BAB 3 ELEMEN KOMUNIKASI

BAB 3
ELEMEN K OMUNIK A SI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan elemen dalam proses komunikasi.
2. Mengenal pasti fungsi dan peranan elemen komunikasi.
3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi elemen
komunikasi.

3.1

PENGENALAN

Dalam bab yang lepas kita telah didedahkan tentang sejarah
perkembangan bidang komunikasi dan takrifan komunikasi. Dalam
proses komunikasi terdapat elemen-elemen yang saling bergantungan
(dependent) antara satu sama lain bagi memastikan komunikasi dapat
berjalan dengan lancar dan efektif. Cuba anda imbas kembali komponenkomponen yang terlibat dalam proses komunikasi.
Jika kita lihat takrifan komunikasi sebagai suatu proses pertukaran

maklumat dan pembujukan dalam Bab 2 yang lepas, kita dapati dalam
elemen-elemen proses komunikasi tersebut terdapat sumber (pengirim),
penerima (khalayak), saluran, mesej, gangguan dan konteks. Peranan dan
komponen yang terlibat dalam sesuatu proses komunikasi bergantung
kepada bentuk komunikasi sama ada komunikasi berlaku secara sehala
(model linear) atau dua hala (transaksional). Selain itu, konteks dan
persekitaran juga memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan proses komunikasi.
Bagi tujuan subjek Pengantar Komunikasi anda hanya akan didedahkan
dengan asas-asas elemen komuniasi. Namun begitu kefahaman tentang
elemen-elemen komunikasi amat penting apabila anda meneruskan
pengajian ke tahap yang lebih tinggi dalam program komunikasi ini.
3.2

ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

Berdasarkan Rajah 3.1 anda boleh lihat hubungan elemen-elemen
komunikasi dalam proses komunikasi. Antara elemen-elemen yang akan
35


dibincang dalam bahagian ini adalah sumber (source), penerima (receiver),
saluran (channel), mesej (message), maklum balas (feedback), gangguan (noise),
rangka rujuk (frame of reference), dan konteks (context).
Keberkesanan sesuatu proses komunikasi amat bergantung kepada
elemen dan ciri-ciri yang terkandung di dalamnya.
Rajah 3.1
Proses Komunikasi dalam Model Shannon

Sumber
maklumat

Isyarat
Terima

Isyarat

Mesej
Transmiter

Mesej

Penerima

Destinasi

Sumber
gangguan

3.2.1

Sumber

Sumber juga dikenali sebagai pengirim. Sebenarnya sumber boleh terdiri
daripada orang perseorangan, sesuatu kumpulan dan boleh juga terdiri
daripada sesebuah organisasi. Fungsi sumber itu sendiri adalah
menghasilkan utusan. Mesej pula mungkin terhasil daripada perasaan
yang hendak diluahkan, pendapat dan idea-idea yang hendak disampaikan
kepada pihak lain. Mesej yang dihasilkan ada pelbagai tujuan sama ada
untuk perbincangan, kefahaman, memberikan maklumat dan arahan.
Cuba anda fikirkan bagaimanakah sumber dapat mewujudkan
komunikasi yang berkesan?

Sekiranya anda sebagai sumber, apakah kriteria yang
perlu ada pada diri anda yang dapat menentukan
kejayaan sesuatu komunikasi.
Sebagai sumber banyak perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin
mencapai komunikasi yang berkesan. Kita perlu melihat kepada faktor
kemahiran komunikasi yang ada pada diri sendiri, tahap pengetahuan
yang dimiliki terutama dalam topik-topik tertentu, sikap dan status.
Berikut kita bincang secara ringkas ciri-ciri sumber yang dapat
mempengaruhi proses komunikasi.
36

1.

Kemahiran komunikasi

Sebagai punca utusan, kemahiran berkomunikasi adalah amat penting.
Bagaimana pula kalau kita ingin berkomunikasi dengan orang yang bisu
atau buta? Sebagai komunikator kita perlu mencari pendekatan yang
berbeza berbanding orang yang normal. Pelajar hendaklah memikirkan
pendekatan yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Ini

bertujuan memberikan kesan kepada komunikasi yang berlaku. Jadi,
latihan berkomunikasi dan kemahiran menyesuaikan diri dalam pelbagai
konteks komunikasi amat penting dalam memastikan keberkesanan
proses komunikasi.
2.

Pengetahuan

Pengetahuan merupakan elemen yang mampu menyemarakkan proses
komunikasi agar dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Mengapa ia memainkan peranan yang penting? Cuba kita berkomunikasi
tentang topik proses komunikasi dengan tukang kebun sekolah, sudah
tentu dia tidak dapat memberikan maklum balas dengan baik. Jika ada
pun maklum balas daripadanya mungkin berbentuk umum sahaja. Selain
itu, perbincangan yang berlaku tidak diberikan perhatian yang serius dan
tidak ada sebarang keputusan. Justeru, pengetahuan sumber dan
penerima dapat menentukan kelangsungan komunikasi dan pemikiran
seseorang.
Jika anda sebagai sumber tetapi kurang berpengetahuan
tentang sesuatu topik dan diminta berucap di khalayak,

adakah anda menerima tawaran tersebut?

3.

Sikap

Sikap dalam konteks sumber bermaksud sikap terhadap diri sendiri,
kedua sikap terhadap mesej yang hendak diperkatakan serta apa yang
orang lain boleh dapat daripada mesej tersebut. Ini bermakna sikap
sumber hendaklah selari dengan sasarannya. Jika berlaku sesuatu yang
bertentangan, maka komunikasi yang berlaku tidak mendatangkan faedah
atau tidak berkesan.
Contohnya, jika kita bercakap dengan seorang petani yang cetek
pengetahuan tentang keupayaan teknologi komputer dalam
meningkatkan pendapatannya, sudah tentu apa yang hendak disampaikan
tidak diberi perhatian berbanding nelayan laut dalam yang memerlukan
sistem komputer untuk mengesan kawasan ikan yang banyak.
37

Jadi, kita dapati sikap kita sebagai sumber hendaklah bijak supaya apa

yang hendak dikomunikasikan selaras dengan sasaran agar komunikasi
kita itu memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak sama ada
sumber mahupun penerima.
4.

Status

Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila kita berkomunikasi dengan
orang lain. Pernahkan anda memikirkan peraturan-peraturan tersebut?
Mungkin kita terfikir bahawa yang penting kita sudah memberitahu pihak
kedua, tetapi bagaimana sistem budaya sesuatu masyarakat itu? Sistem
budaya juga adalah sesuatu yang amat penting kerana melibatkan imej
dan adat. Contohnya, ketika bercakap dengan ketua di pejabat kita
memerlukan keadaan yang lebih formal berbanding berkomunikasi di
luar dengan rakan-rakan yang tidak formal. Kenapa dengan ketua di
pejabat kita berkomunikasi dalam keadaan formal tetapi dengan rakanrakan tidak? Sudah tentu ia disebabkan oleh peraturan-peraturan dan
sosiobudaya yang sedia wujud.
Soal status memang perlu diberi perhatian. Jika tidak, komunikasi kita
dengan orang lain akan sia-sia sahaja. Jelas bahawa dalam keadaan apa
sekalipun seseorang komunikator perlu bersedia untuk menyesuaikan diri

apabila hendak berkomunikasi.
3.2.2

Penerima

Dalam komunikasi antara manusia, penerima merupakan pihak yang
penting. Sebagai penerima, ciri-ciri yang ada pada sumber sepatutnya
dimiliki. Cuba kita bayangkan sekiranya ciri-ciri tersebut tidak sama atau
tidak serasi? Ciri-ciri tersebut perlu selari supaya komunikasi yang berlaku
lebih berkesan. Kalau sumber berkeupayaan mengenkod, di pihak
penerima pula perlulah berkeupayaan mendekod. Jadi, maksudnya sama
ada sumber atau penerima kedua-duanya perlu membentuk kesefahaman
supaya komunikasi antara mereka berkesan.
3.2.3

Saluran

Saluran adalah merujuk kepada sama ada alat atau perantara yang
berkemampuan menyalurkan mesej daripada sumber kepada penerima.
Pemilihan saluran dalam komunikasi memainkan peranan yang penting

kerana ia menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan maklumat
komunikasi. Pada pendapat anda adakah menggunakan saluran yang
banyak lebih baik berbanding menggunakan satu saluran untuk
menyampaikan mesej atau saluran yang berkualiti itu adalah lebih
penting?
38

Kesesuaian memilih saluran untuk digunakan sebagai penyalur mesej
yang berkesan adalah lebih penting. Kita boleh lihat terdapat banyak
saluran yang digunakan dalam komunikasi. Kalau kita berkomunikasi
dengan rakan, kita dikenali sebagai saluran bersemuka. Proses
komunikasi seperti ini biasanya dalam situasi yang sama.
Saluran terbahagi kepada beberapa bentuk:
(i)
(ii)
(iii)
3.2.4

Saluran bersemuka – interpersonal.
Saluran perantara – televisyen atau radio.

Saluran melalui mesej tanpa lisan – bahasa isyarat.

Mesej

Mesej merupakan intipati dalam proses komunikasi. Mesej terdiri
daripada simbol-simbol bukan lisan atau perkataan lisan yang digunakan
oleh sumber untuk menyampaikan sesuatu makna. Mesej juga ada yang
tersurat dan yang tersirat. Sebagai penerima kita hendaklah
mentafsirkannya mengikut persekitaran termasuk pengetahuan dan
pengalaman.
Jadi, apa sahaja yang boleh membawa makna semasa berkomunikasi
adalah mesej. Contohnya, seorang pensyarah menunjukkan wajah yang
muram ketika diminta mengajar kursus yang di luar bidangnya. Mungkin
kursus tersebut bukan bidang kemahirannya tetapi dia terpaksa berbuat
demikian. Ini membuatkan pensyarah tersebut merasa tertekan. Kita
dapati mesej yang hendak disampaikan adalah mengharapkan pelajar
faham dia tidak begitu mahir dalam bidang tersebut tetapi terpaksa.
Situasi begini juga mengharapkan pelajar sendiri bertemu pihak berwajib
agar dapat membekalkan pensyarah lain yang benar-benar mampu
mengajar kursus tersebut pada masa akan datang.

Sesuatu mesej itu dapat disampaikan dengan berkesan apabila ianya
memiliki kandungan mesej, kod mesej dan pengolahan mesej. Apakah
yang dimaksudkan dengan kandungan mesej, kod mesej dan pengolah
mesej itu?
1.

Kandungan mesej

Maklumat yang diperoleh dan didapati dalam mesej yang dienkodkan
oleh sumber kepada penerima. Maklumat seperti topik sesuatu
perbincangan itu adalah contoh mesej yang hendak disampaikan.

39

2.

Kod utusan

Kod mesej membawa erti satu kumpulan simbol-simbol yang dapat
memberi makna kepada penerima.
3.2.5

Maklum Balas

Maklum balas merujuk kepada reaksi penerima apabila menerima sesuatu
mesej daripada sumber. Bagaimanakah anda memberikan reaksi apabila
anda ditanya dengan cara menengking tentang sesuatu perkara? Sudah
pastilah anda terperanjat dan memberikan jawapan dengan keras. Dalam
proses komunikasi, maklum balas berlaku secara pasif dan agresif.
Maklum balas boleh dalam bentuk lisan ataupun simbol bukan lisan.
Berdiam diri juga merupakan satu bentuk maklum balas. Maklum balas
penting dalam menentukan keberkesanan mesej dan kelangsungan proses
komunikasi.
3.2.6

Gangguan

Dalam proses komunikasi mungkin terdapat beberapa gangguan yang
boleh menyebabkan penerima tidak dapat menerima mesej dengan jelas
seperti mana yang disampaikan oleh sumber. Dapatkah anda bayangkan
jika mesej yang hendak disampaikan tidak dapat disampaikan dengan
jelas. Apakah kemungkinan wujudnya halangan dalam proses komunikasi
tersebut?
Cuba anda fikirkan bagaimana gangguan menjejaskan
proses penyampaian maklumat dan pentafsiran
maklumat.
Gangguan komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
gangguan mental, gangguan fizikal dan gangguan fisio-psikologi.
1.

Gangguan mental

Gangguan seperti ini berpunca dari dalam diri sendiri. Contohnya,
apabila kita menghadapi masalah kewangan sudah tentu keadaan menjadi
tidak tenteram dan mempengaruhi proses kita berkomunikasi.
2.

Gangguan fizikal

Gangguan seperti ini biasa dikaitkan dengan persekitaran seperti keadaan
lalu lintas yang bising, keadaan bilik yang panas dan pembesar suara yang
tidak berfungsi dengan baik ketika kita berkomunikasi.
40

3.

Gangguan fisio-psikologi

Gangguan jenis ini lebih menekankan kepada keupayaan diri dan
tanggapan terhadap orang lain. Bagaimana ianya boleh berlaku? Ini
disebabkan budaya yang berbeza dan kesediaan diri sama ada pihak
sumber mahupun penerima itu sendiri. Apakah tahap pengetahuan kita
menjadikan gangguan seperti ini berlaku kepada diri kita?
3.2.7

Rangka Rujuk

Pengalaman dan pengetahuan kita dalam sesuatu peristiwa atau bidang
memberikan impak kepada komunikasi. Rangka rujuk yang sama antara
sumber dengan penerima dapat menyumbang kepada keberkesanan
sesuatu komunikasi itu. Pernahkah anda mendengar bualan orang yang
mengatakan tentang “macam ayam bercakap dengan itik.” Kata-kata ini
menggambarkan ketidakselarasan dua belah pihak. Begitu juga apabila
berkomunikasi, faktor kesamaan pengetahuan dan pengalaman
memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan
interaksi.
3.2.8

Konteks

Konteks merujuk kepada di mana situasi dan proses komunikasi itu
berlaku. Pada pendapat anda kenapa dan mengapa konteks itu penting
dalam proses komunikasi? Dalam proses komunikasi, konteks dilihat
sebagai salah satu elemen yang penting kerana menurut DeVito (2002)
konteks tertentu boleh mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej.
Mengapa dikatakan demikian? Ini kerana setiap elemen dikatakan saling
berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain. Contohnya, kalau
kita berkomunikasi dengan seorang rakan ianya lebih tertumpu
berbanding kita berucap di hadapan khalayak ramai seperti dalam bilik
kuliah yang berbeza keadaannya. Misalnya, sebagai komunikator kita
perlu merancang supaya komunikasi kita lebih berkesan.
3.3

RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah mengenal pasti dan menghuraikan elemenelemen komunikasi yang saling bergantungan dalam memberikan kesan
kepada proses komunikasi. Kaedah yang digunakan juga memainkan
peranan yang penting mengikut tujuan komunikasi. Antara sumber dan
penerima ia memerlukan kesamaan seperti kemahiran komunikasi, sikap,
tahap pengetahuan dan status. Dalam hal ini penyesuaian amat penting
untuk diberikan perhatian serius kerana maklumat atau mesej yang
sampai kepada penerima adalah sama dengan apa yang hendak
disampaikan oleh sumber.
41

SOALAN DALAM TEKS

1. Mengapakah komunikasi dikatakan satu proses?
2. Nyatakan EMPAT (4) ciri utama yang harus ada
pada sumber dan penerima supaya sesuatu
komunikasi berkesan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.

Mengapakah rangka rujuk merupakan salah satu elemen dalam
komunikasi yang dikatakan memberikan kesan dalam sesuatu
proses komunikasi? Berikan beberapa contoh yang dapat
menjelaskan kenyataan ini.

2.

Huraikan EMPAT (4) bentuk gangguan komunikasi.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
1.

Tidak diketahui bila permulaan dan akhirnya atau ia berterusan.

2.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Kemahiran komunikasi
Sikap
Tahap pengetahuan
Kedudukan (dalam sesuatu sistem budaya)

42