Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

Pengenalan

Bahan bukti biologi tergolong dalam kategori bahan bukti yang sangat luas.Perkataan biologi
itu sendiri merujuk kepada organisma atau benda hidup.Bahan bukti pula boleh ditafsirkan
sebagai sesuatu yang sah secara undang-undang yang dirujuk kepada satu sistem pengadilan
yang berwibawa untuk menentukan kesahihan sesuatu perkara yang disiasat atau maklumat,
yang boleh digunakan bagi membuktikan sesuatu tindakan, sabitan atau keterangan.

Justeru bahan bukti biologi boleh didefinisikan sebagai sebarang bahan biologi sebagai
contoh rambut, tisu, tulang, gigi, darah, air mani atau cecair tubuh lain atau sebarang bahan
bukti yang mengandungi bahan biologi yang boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu
dalam mana-mana perbicaraan kes yang dibawa kepada muka pengadilan.

Jenis-Jenis Bukti Biologi

Bahan bukti biologi berasal daripada pelbagai sumber. Ia boleh diperolehi daripada manusia,
tumbuhan ataupun haiwan. Bukti biologi seperti debunga, alga, kulat dan diatom adalah
contoh-contoh bahan bukti daripada tumbuhan. Mikroorganisma dan serangga adalah contoh
bahan bukti biologi daripada haiwan. Namun begitu, artikel ini hanya menyentuh mengenai

bahan bukti biologi yang boleh diperolehi daripada manusia. Oleh itu, istilah bahan bukti biologi
yang akan digunakan seterusnya dalam artikel ini hanyalah merujuk kepada bahan bukti biologi
yang diperolehi daripada manusia.

Bahan bukti biologi termasuklah :
-

Darah dan kesan darah
Semen (air mani) dan kesan semen
Air liur
Air kencing
Tisu dan sel
Tulang dan organ
Rambut
Gigi

1/4

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik


-

Najis
Muntah
Kandungan perut
Peluh
Tahi telinga

Analisis
1.

Toksikologi

Sampel seperti darah, air kencing, muntah dan kandungan perut adalah sampel yang
penting dalam analisis ini. Pengesanan, pengenalpastian dan pengiraan kepekatan
bahan-bahan toksik berkaitan dan interpretasi keputusan daripada bahan bukti biologi ini
membantu dalam penyiasatan kematian, keracunan dan juga penyalahgunaan dadah dan ubat.
Antara analysis yang sering dijalankan ialah analisis etanol bagi mengesan kehadiran alkohol,
analisis karbon monoksida dan analisis pestisid dalam kes-kes keracunan.
2.


Analisis DNA

Salah satu analisis yang penting untuk bahan bukti biologi ialah analisis DNA. Ini kerana
analisis DNA memberikan nilai ketepatan analisis yang sukar untuk dinafikan. Hampir semua
bahan bukti biologi sesuai untuk analisis DNA kecuali bahan bukti biologi atau cecair tubuh
yang tidak mempunyai sel bernukleus seperti air mata, peluh dan serum. DNA juga boleh
diperolehi daripada rambut dengan syarat sampel rambut yang diperolehi masih mempunyai
bahagian akar rambut . Maka pengestrakan DNA boleh dikalukan kepada sel yang terdapat
pada akar rambut tersebut.
3.

Pemeriksaan Histopatologi

Sampel tisu merupakan sampel yang diperlukan dalam pemeriksaan histopatologi. Sample
ini biasanya diambil semasa bedah siasat atau biopsi seterusnya akan melalui beberapa siri
peringkat pemprosesan persediaan sebelum dapat dianalisis dan dinterpretasi menggunakan
mikroskop. Melalui pemeriksaan histopatologi, kita dapat melihat perubahan yang berlaku
kepada badan pada peringkat sel dan ianya boleh membantu memberi gambaran jelas kepada
punca kematian pada peringkat molecular.

4.

Anthropologi

Di bawah analisis ini, tulang dan peninggalan sisa baki tulang merupakan bahan bukti yang
akan digunakan untuk analisis. Sampel tulang yang diperolehi adakalanya perlu dibersihkan

2/4

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

terlebih dahulu sebelum analisis dapat dilakukan. Analisis pada sampel tulang boleh membantu
dalam:
-

membezakan tulang manusia dan tulang haiwan
menentukan jantina , anggaran umur dan tinggi mangsa
menentukan punca kematian melalui kecederaan yang terdapat pada sampel tulang

Nota Penting


Bahan bukti biologi mudah mengalami proses pereputan kerana sifat biologikalnya. Oleh itu,
pengendalian atau pengumpulan serta penyimpanan bahan bukti biologi ini perlu dilakukan
dengan cermat dan berhati-hati mengikut prosedur pengendalian spesimen yang ditetapkan.
Selain dapat mengelakkan kontaminasi, ia juga dapat memastikan maklumat yang berguna
boleh diperolehi daripada analisis yang akan dijalankan kelak.

Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang individu atau agensi yang akan terlibat
bersama. Bahan bukti ini akan bertukar tangan daripada seorang individu atau agensi kepada
individu atau agensi yang lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bekas atau medium
pengangkutan yang digunakan sesuai. Semua perihal dokumentasi direkodkan dengan lengkap
untuk memastikan integriti dan rantai bahan bukti terjaga sentiasa.

Rujukan
1.
Abacus Diagnostic : Dramatically Improving Crime Scene Investigation (2014), Modern
Methods of Collection and Preservation of Biological Evidence for Human Identification by DNA
Analysis. Retrieved 01, 22, 2014 from
tp://www.abacusdiagnostics.com/Modern_Methods_of_Collection.pdf
2.

Crime Scene Investigator Network (2000-2014), The Biological Evidence Preservation
Handbook : Best Practices for Evidence Handler. Retrieved 01, 19, 2014 from
http://www.crime-scene-investigator.net/BiologicalEvidencePreservationHandbook.pdf
Semakan Akhir
Penulis

:

:

17 Mac 2014
Reynold Vicenti

3/4

Bahan Bukti Biologi Dalam Bidang Forensik

 

4/4