BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS Alamat E-mel

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
Profil Jabatan

Jabatan

Bahagian Pendidikan Khas

Ketua Jabatan

Pengarah
En. Shazali Bin Ahmad

Alamat

Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

Nombor Telefon


03-88849190

Nombor Faks

03-88886659

Laman Web

http://www.moe.gov.my/v/BpKhas

Alamat E-mel
Latar Belakang

Bahagian Pendidikan Khas merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan bagi
murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program pendidikan untuk murid
berkeperluan khas bermula sejak sebelum merdeka bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan
dan masalah pendengaran. Penglibatan kerajaan dalam pendidikan murid berkeperluan khas masalah
penglihatan bermula dengan penubuhan Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948. Manakala penglibatan kerajaan bagi pendidikan

murid bermasalah pendengaran pula bermula dengan pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak
Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1954. Selepas merdeka, kerajaan telah memperluaskan
program pendidikan khas ke sekolah-sekolah biasa melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (dahulu
dikenali
sebagai
Program
Percantuman).

Latar Belakang

Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang dikenali
sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM,
sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Dengan adanya
Jabatan ini di peringkat KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri)
telah mewujudkan Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula KPM,
Jabatan Pendidikan Khas kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas.

Visi


Pendidikan Berkualiti menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas selaras dengan
Sistem Pendidikan Kebangsaan

Misi

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
·

Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;

·

Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;

Misi

·

Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;


·

Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab; dan

·

Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

Penyataan Dasar

1. Semua murid berkeperluan khas berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan
sesuai.
2. Semua murid berkeperluan khas perlu diperkembangkan bakat dan potensi melalui pendidikan
vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
3. Semua murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap
keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
4. Murid yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.

Fungsi


1. Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khas.
2. Membentuk sahsiah dan mempertingkat potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat antarabangsa.
3. Mempertingkat kompetensi pengurus, pentadbir, guru dan anggota kumpulan sokongan pendidikan khas

Fungsi

melalui program latihan di dalam dan di luar negara.
4. Memastikan sumber manusia mencukupi, terlatih dan berkemahiran untuk melaksanakan Program
Pendidikan Khas.
5. Mempertingkat kemudahan infrastruktur, infostruktur, peralatan khas, bahan pengajaran dan
pembelajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khas.

Piagam Pelanggan

Kami warga Bahagian Pendidikan Khas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir Program Pendidikan Khas dengan
cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berikrar untuk:
1.


Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh
pendaftaran;

2. Mengeluarkan surat penempatan/pertukaran guru dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor
diri;
3. Memastikan maklum balas minit mesyuarat dihantar kepada urus setia dalam tempoh lima (5) hari
selepas minit diterima;
4. Memastikan tindakan bagi perkhidmatan pakar dan aduan diambil dalam tempoh 14 hari bekerja ;
5.

Mengurus kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan
khas dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima ; dan

Piagam Pelanggan

6. Memastikan semua sumbangan yang diterima untuk program pendidikan khas dari agensi lain diuruskan
dalam tempoh 30 hari bekerja.