PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan
khas di
barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian.
Namun,
berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih
cepat dan
maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda
dapat
membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang
berlaku di
Malaysia.
Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta
Pendidikan
1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
Manakala di
Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan
pendidikan
khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal
daripada
Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan

serta
kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran
masyarakat
terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah
merupakan
penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai
perbandingan, kita
akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di
Amerika
dan di Britain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat
Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah
pelajar

terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah
memasuki
universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun
dianggap
seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya
yang

berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an.
Pada 29
Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public
Law 94-142yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua
Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undangundang ini menjamin bahawa setiap individu di
antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam
persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek
mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika
Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi
hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya
serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang
upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa.
Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan
didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas
khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia
panggil
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individu Kurang Upaya Akta Pendidikan,
Public
Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in

menunjukkan
betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan
ialah:
�� Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang
sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate
public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke
atas kanakkanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh
kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang
kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.
�� Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang
tidak

menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least
restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada
pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa
dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali
sebagai “pendidikan inklusif”
�� Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak
diskriminasi dalam

penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian
pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya
undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil
kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan
kecacatan atau kekurangan mereka.
�� Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan
setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan
perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan
penumpuan sebelum ini.
�� Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu
guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu
bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi
membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas
dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah
dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas.
Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep
yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama
dalam merancang

pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael
tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang
daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah.
Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang
yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau
kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA, kini program
intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang
upaya dan
pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan
belia
menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan
mereka.

Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan
masingmasing
yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar
dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama
dengan
pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk
kanak-kanak

berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga
konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian pendidikan’
diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan
sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping
itu konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam
pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak
berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan
pendidikan khas di sesetengah negara lain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Britian
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock
ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan
Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan
dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan
yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan
Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangancadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun
berikutnya. Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’
iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang
mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan

kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan
kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan.
Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan
khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanakkanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini
juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan
pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan
ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989
(Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua
perubahan yang ditekankan.
�� Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan
khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada
konsep ‘koloboratif’ iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat
dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli

psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan
dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke
atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang
kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
�� Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan

khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah
dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanakkanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan
Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang
berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas
di Britain.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’
dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional
children’. Pelbagai istilah lain telah
digunakan untuk ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanakkanak istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang
upaya (children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children),
kanak-kanak abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children
with impairments) dan kanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan.
Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar
belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan
tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan
kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Lihat Rajah 1.6 yang
membentangkan tiga kes pelajar berkeperluan khas yang berlainan. Pelajar X

boleh ditakrifkan sebagai bermasalah fizikal, Pelajar Y ditakrifkan sebagai
bermasalah mental dan Pelajar Z boleh ditakrifkan sebagai bermasalah emosi
dan tingkah laku. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak
berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin
mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya,
mengkategorikan kanakkanak berkeperluan khas membolehkan seseorang
mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan
kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah
yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.
(a) Bermasalah Fizikal
Tidak semua murid-murid berkeperluan khas boleh dikenal pasti melalui
pemerhatian fizikal. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran kelihatan seperti kanak-kanak biasa dari segi fizikalnya. Kanakkanak ini mampu bergerak dan mengurus diri seperti kanak-kanak biasa.

Sebaliknya, kanak-kanak yang menghadapi penyakit tulang belakang atau
lumpuh perlu sokongan atau kerusi roda untuk bergerak. Mereka sukar bergerak
seperti kanak-kanak biasa, malahan sesetengah daripada mereka tidak boleh
mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Kesimpulannya, terdapat
pelbagai jenis masalah fizikal yang dihadapi oleh
kanak-kanak berkeperluan khas.

(b) Bermasalah Mental
Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan
menulis pada tahap kanak-kanak normal mungkin menghadapi masalah
keupayaan mental yang rendah. Secara umum, mereka mempunyai keupayaan
intelek atau IQ yang rendah. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang
menghadapi kerencatan mental. Dari segi fizikal, sesetengah antara mereka
kelihatan sama seperti kanakkanak biasa. Sebaliknya, perbezaan dari segi fizikal
dapat dilihat dengan ketara seperti mereka yang menghadapi sindrom Down.
(c) Bermasalah Emosi
Kanak-kanak bermasalah emosi kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Kanakkanak ini boleh dikenal pasti melalui pemerhatian dari segi emosi, hubungan
sosial dan tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah emosi
ialah; gelisah dan bergerak ke sana sini, suka merosakkan harta benda sendiri
dan orang lain, kerap bergaduh, tidak disukai oleh rakan, risau mengenai perkara
yang kecil, berbahasa kasar, dan sebagainya. Senaraikan perbezaan yang nyata
di antara kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah
emosi.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah
kelas biasa, kamu akan dapati kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanakkanak lain, ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah
matematik, manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca.

Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini
dapat dikurangkan. Bagaimana pun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak
yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma
sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan yang
khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional
children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar.
Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih
tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan
khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasi potensi
mereka (Heward, 2003).
Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu
luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang
dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang

dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya
termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami
kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak dilahir.
Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria
(melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur),
tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal
(bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilahkurang
upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai
maksud yang berlainan.
(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila
sesuatuekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau
kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai
masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak
cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran,
masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan
masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang kanak-kanak yang
lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan
kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.
Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang
menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh
individu normal. Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat
daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia
memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.
(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang
yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam
sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu
persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang
berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat
kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanakkanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika
dalam makmal sains.
(
PERANAN PAKAR PERUBATAN DAN PAKAR PENDIDIKAN
KHAS
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai
mengalamai kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu
pendekatan perubatan
terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang
dialami.

Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih
pendengaran
dan melatih mereka bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke
atas kanakkanak
buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan
pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari
semasa ke semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan
oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada
seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas
dilakukan oleh ahli perubatan.
1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri,
kawasanberhampiran,melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital.
2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk
mengumpul maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan
kanakkanak pendidikan khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.
3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi dan
latar belakang murid.
4. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan
masalah kesihatan dan cadangan penempatan.
5. Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
6. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke
sekolah atau kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7. Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa.
8. Merekod pendaftaran.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau
kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan
menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab
atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk
mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation)
dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan
untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu
tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi
pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada
murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada
pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya
dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan
manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh

mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan
(educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Dalam pelaksanaan
pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-perkara berikut:
(a) Penyampaian
Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi
pelajar buta.
(b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya.
(c) Peralatan
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi
kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.
(d) Bilangan Pelajar dalam Kelas
Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid.
(e) Guru Pendidikan Khas Terlatih
Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran
atau kanak-kanak bermasalah penglihatan.
(f) Pengubahsuaian Kurikulum
Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya
yang diajar.
(g) Aktiviti Kokurikulum
Disesuaikan dengan jenis murid khas.
KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang
dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanakkanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang
upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di
kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan
beberapa kategori telah dicantumkan.
(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah
Pendengaran
Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan
berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria
pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi
pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang
berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB

dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing)
manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas
dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh
mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan
memberi kesan ke atas kebolehan membaca,
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan
terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3
tahun).
(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah
Penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua
kumpulan sahaja iaitu:
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa,
termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan,
pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga
perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu
tempat.
(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai
keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau
gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar
dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu
dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan
atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau
kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau
berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya
dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku
yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille
(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental
Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang
tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan
maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami
dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam
sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak
kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada
kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran
sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan
kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun
(d) Kurang Upaya Fizikal
Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang
merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis
penyakit sedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy)

mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih
daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada
otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada
peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit
yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang
menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini
menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot
(muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot
skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan
dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di
antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja
(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa
Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak
menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa
iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak
bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut
sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan
diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalansoalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri
kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil
masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila
bercakap
(f) Kurang Upaya Pembelajaran
Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah
kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku
yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah
laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca,
kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca
daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat.
(g) Gangguan Emosi
Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira
dan sebagainya.Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud
bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak
menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu
tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan untuk belajar,
kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik
dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang
mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap
berjalan dalam kelas, menjerit,

mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti
memencilkan diri, berkhayalan dan sebagainya
(H) Bulu Paint
Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang
mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai
daya imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik,
kepintaran memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadangkala, pelajar ini disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka
mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi perhatian semasa guru
mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar telah mereka
fahami. Mereka
sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .
Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas
memiliki
ciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang
sama.
Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran
berkongsi
ciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur.
Bagaimana
pun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja
kerana setiap
individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak
yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan
yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama.
Ada di kalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh
bertutur. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan
yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi
tidak sama dari segi ciri-ciri khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciriciri umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-kanak
dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh
itu, guru seharusnya memberi
layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau
kategori.
INTERVENSI AWAL
Definisi
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan
khas

sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri
daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan
kemahiran
motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan
sejurus
selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal
boleh
merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran
matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang
intensif
bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada
pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak
memasuki sekolah rendah. Mengapa
amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar
pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat
umur yang muda. Golongan pendidik
enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran
belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih
cenderung untuk mengaitkankanakkanak yang menghadapi masalah
pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi
lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak
mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal
untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut
‘dis-lek-sia]
(sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat
membaca
pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan
perlu diberi
lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah
pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran
membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang
sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi
tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak
dengan
pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka
dikehendaki

mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Selepas
beberapa
tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula
muncul yang
menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat
penting untuk
membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa
dan guru
tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya,
mereka
harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Pentingnya Intervensi Awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif
kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi
awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami
perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?
�� Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanakkanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke
sekolah rendah.
�� Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada
persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap
individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masingmasing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).
�� Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan
kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang
diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
�� Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi
melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami
masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami
masalah emosi seperti perasaan kecewa.
�� Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu
masyarakat. Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan
khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang

memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya,
intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal
dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain,
mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan
institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk
pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan,
kesihatan dan pendidikan.
Perlaksanaan Intervensi Awal
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti
mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi
berpusatkan guru
atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategistrategi
tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang
perseorangan. Pemilihan ini
bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang
terbaik
mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
(a) Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar
dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998).
Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang
tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan
peranan
utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang

menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi,
memberi
arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi
berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran.
(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan
mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar
yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi
berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej
tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya
mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi
berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat
bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar
prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani
kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk
‘berdiri di atas kaki sendiri’.
(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan
dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak
dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki
interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa. Intervensi
berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli
sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang
keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di
antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan
keluarga?
PEMILIHAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada
secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan,
2005).
Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang
diajar
dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan
keperluan

mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang
strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran
bertujuan
untuk mengenal pasti campur tangan awal yang sesuai bagi seseorang individu
atau kumpulan
kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah
bergantung
kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan
Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki
mengalami
kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan
sesuatu
intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai
strategi
pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum,
penaksiran
digunakan untuk penapisan dan diagnosis.
Penapisan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanakkanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down
dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal
kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk
menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu
dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang
sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat
dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang
ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran
sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak
membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian
diagnostik yang lebih terperinci.
Ujian Diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah
atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak
berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang
digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang

dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, ujian diagnostik dilakukan
terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu
menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).
(a) Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.
Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan,
kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak.
Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek)
dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan,
mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanakkanak
.
(b) Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti
kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa
lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat
pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru
dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil ideaidea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.
(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan,
keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan
menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan
penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan
melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air
muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan
khas.
(d) Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang
permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka
tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka
juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian
terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan
sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
(e) Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai
kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan
sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi

dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui
pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak
berkeperluan khas.
Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang
boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan
dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan
dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur
tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan
khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak
berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola
sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan
menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain),
kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial
(mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola
tanpa bantuan).
KOMPETENSI SOSIAL
Apa Kompetensi Sosial?
Dalam beberapa dekad yang lampau, terdapat bukti-bukti penyelidikan yang
mengatakan
iaitu, sehingga kanak-kanak mencapai kompetensi sosial minima pada umur 6
tahun,
kemungkinan besar mereka menghadapi masalah apabila dewasa (Ladd, 2000).
Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang
berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan
individu lain. Menurut Hartup (1992), kebolehan kanak-kanak bergaul dan bukan
pencapaian akademik yang menentukan kejayaan sebagai dewasa. Kanak-kanak
yang agresif dan tidak disukai oleh rakan-rakannya, tidak dapat mengekal
hubungan rapat dengan kanak-kanak lain. Contohnya, seorang kanak-kanak
yang mengambil pensel seorang kanak-kanak lain tanpa meminta kebenaraan
menunjukkan kompetensi sosial yang rendah. Kanak-kanak ini tidak peka
terhadap perasaan orang lain.
Oleh kerana perkembangan sosial bermula sejak lahir dan berlarutan sehingga
ke akhir
hayat, adalah jelas bahawa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak harus
diberi peluang yang cukup untuk memperkembangkan kompetensi sosial
mereka. Contoh tingkah laku yang mempamerkan kompetensi sosial ialah
keupayaan menunjuk empati, merunding untuk menyelesai sesuatu masalah,
menunggu giliran, mengambil kira perasaan orang lain, sanggup bertolak-ansur,
berkompromi, mudah berkawan dan sebagainya. Kompetensi sosial diperolehi
melalui pembelajaran dan dipamerkan melalui tingkah laku lisan (pertuturan)
dan tingah laku bukan lisan (gerak-geri anggota badan). Bagi kanak-kanak
berkeperluan khas pula,

penguasaan kompetensi sosial menjadi lebih mencabar. Mereka menghadapi
kesukaran
berinteraksi dengan orang lain, enggan menyatakan perasaan mereka, tidak
dapat berasa empati, tidak mahu menerima pendapat orang lain, bersifat agresif
dan anti-sosial, tidak cekap menyelesai masalah dalam kumpulan dan tidak
cekap merancang masa depan (Vaughn, 2003). Contohnya, kanak-kanak autistik
kerap memencilkan diri.
Strategi Mempertingkatkan Kompetensi Sosial
Pelbagai strategi telah digunakan bagi mempertingkatkan kompetensi sosial.
Bagaimana
pun strategi yang digunakan bergantung kepada umur kanak-kanak dan masalah
yang
dialami. Satu strategi yang kerap digunakan ialah latihan kemahiran sosial
(social skills
training). Kemahiran yang lazim diajar ialah tolong-menolong, perkongsian dan
bekerjasama. Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar cara bagaimana memasuki
sesuatu
kumpulan, bagaimana menjadi peserta yang berkesan dalam kumpulan,
pentingnya
menunggu giliran dan mematuhi peraturan dan bagaimana berbual dengan
dengan rakan
sebaya.
Kemahiran-kemahiran lain boleh diajar ialah seperti pengurusan kemarahan,
resolusi
konflik dan penyelesaian masalah (mengenal pasti masalah, mewujudkan
alternatif,
pemilihan penyelesian). Sesuatu kemahiran sosial boleh diajar secara individu
atau secara
kumpulan kecil. Sesuatu kemahiran itu diperkenalkan dan kanak-kanak diberi
peluang
membincang tentang kemahiran berkeaan. Kemudian, kanak-kanak menonton
sesuatu
filem pendek atau mendengar cerita yang mengilustrasi penggunaan kemahiran
berkenaan. Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktik
kemahiran yang

diajar melalui drama atau main peranan bersama dengan kanak-kanak lain
dalam
kumpulan. Guru memandu penggunaan kemahiran tersebut sambil pengukuhan
dan
maklum balas positif supaya kemahiran itu dipamerkan secara spontan.
PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam
pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu
bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada
seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam
tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri
kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya
guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika
dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada
sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun
tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka.
Ibu bapa juha berpendapat bahawa pihak
sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka.
Lagi pun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang
strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat
dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah.
Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif
dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar
kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.. Program pendidikan khas
tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar
berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga
dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk
menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak
sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut:
(i) Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa
Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang
upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang
upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru
pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa
tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilahistilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal,
kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)
(ii) Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa

Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif
apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli
professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa
bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka
boleh berkembang dengan asuhan yang teratur.
Contohnya:
�� “Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?”
"Ini bukan salah anda"
�� “Anak anda berkemampuan untuk lebih maju”
(iii) Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa
Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa,
dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka.
Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa
depan anak mereka.
(iv) Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa
Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa
perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan
bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.
(v) Meyakinkan Ibu Bapa
Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak
mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai
sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai
pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam
usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus
sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada
latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati
berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh
itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha
mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas atau kurang upaya
PENDIDIKAN INKLUSIF
Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya
sederhana harus
di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa.
Contohnya, pelajar yang mengalamai kerencatan mental sederhana atau pelajar
penglihatan terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal.
Pendi