LAMPIRAN E Bahagian Institusi Institusi (2)

LAMPIRAN E

Bahagian Institusi-Institusi
Kementerian Pelajaran,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Kuala Lumpur.

KP(BS)8591/Jld.II/(38)
17 Jun 1985.
Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia.
Y.B. Datuk / Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1985
Latihan Mengajar Bagi Guru-Guru Pelatih
Maktab Perguruan, Pusat / Fakulti Pendidikan Universiti
Salah satu usaha untuk melatih guru-guru yang dapat memberi perkhidmatan yang berkesan ialah dengan
memperkemaskan lagi peraturan latihan mengajar bagi guru-guru pelatih dari maktab-maktab perguruan dan
universiti-universiti. Dalam hubungan ini, institusi-institusi yang dipilih sebagai tempat untuk latihan mengajar
bagi guru-guru tersebut adalah diharap dapat memainkan peranan yang lebih berkesan lagi bagi mencapai
matlamat tersebut. Guru Besar dan guru-guru hendaklah memberi kerjasama untuk membantu guru-guru
pelatih semasa menjalani latihan mengajar.

2.
Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak institusi yang terlibat dengan
latihan mengajar, mengenai beberapa tindakan yang perlu diambil.
2.1

Guru Besar
2.1.1

2.1.2

2.1.3

2.1.4
2.1.5

Memberi taklimat atau penerangan kepada guru-guru pelatih mengenai:
2.1.1.1 Organisasi dan pengurusan serta budaya institusi, termasuklah latar
belakang murid dan masyarakat setempat;
2.1.1.2 Peraturan dan disiplin institusi;
2.1.1.3 Tanggungjawab dan tugas guru darjah/tingkatan;

2.1.1.4 Pengelolaan gerakerja ko-kurikulum dan lain-lain penerangan yang
difikirkan sesuai dan perlu.
Menyemak persiapan guru-guru pelatih dan jika perlu, mengarahkan guru
darjah dan jika perlu, mengarahkan guru darjah/tingkatan atau guru kanan
matapelajaran untuk menyemaknya pada tiap-tiap minggu. Ini termasuklah
memeriksa buku persediaan mengajar, rancangan kerja, nota-nota mengajar
dan alat-alat bantuan mengajar yang disediakan oleh guru-guru pelatih.
Melantik beberapa orang guru terlatih yang berpengalaman untuk membantu
dan membimbing guru-guru pelatih menambah kecekapan serta pengalaman
mengajar yang berguna. Salah satu cara ialah dengan meminta guru-guru
pelatih itu, jika tidak mengajar, berada di kelas, memerhati dan mempelajari
teknik-teknik pengajaran dan sebagainya dari guru-guru terlatih yang sedang
mengajar.
Menentukan bahawa guru-guru pelatih menjadi guru pembantu kepada guruguru lain seperti guru darjah/tingkatan/sukan/penasihat persatuan/bimbingan.
Menentukan guru-guru pelatih yang mengikuti kursus Perguruan Institusi
Rendah (PSR), melibatkan diri secara aktif dalam program Kurikulum Baru

2.1.6

2.2


Guru Darjah/Tingkatan
2.2.1

2.2.2

2.3

Semasa guru-guru pelatih mengajar, guru darjah/tingkatan (yang mana kelaskelas mereka diambil alih oleh guru-guru pelatih tersebut) hendaklah berada
di dalam bilik darjah masing-masing, kecuali sewaktu penyelia/pensyarah
sedang menjalankan penyeliaan.
Memberi panduan dan nasihat kepada guru-guru pelatih tersebut dengan
mengadakan perbincangan dan sebagainya, sekurang-kurangnya 2 kali dalam
tempoh sepanjang latihan mengajar.

Guru-Guru Pelatih
2.3.1

2.3.2


2.4

Institusi Rendah (KBSR). Bagi guru-guru pelatih institusi menengah pula,
Guru Besar hendaklah memberi kesempatan kepada mereka mengajar matamata pelajaran opsyen masing-masing.
Mengisi borang laporan sulit bagi tiap-tiap guru pelatih yang menjalani
latihan mengajar di institusinya. Laporan sulit ini hendaklah dikembalikan
kepada Pengetua-Pengetua maktab atau pihak berkuasa universiti seminggu
selepas tempoh latihan mengajar selesai dijalankan. (Laporan sulit ini akan
diambil kira di dalam penilaian pencapaian latihan mengajar keseluruhannya
bagi seseorang guru pelatih itu).

Guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah arahan dan pentadbiran Guru
Besar Institusi berkenaan, sama seperti mana guru-guru terlatih yang lain.
Oleh itu, mereka juga adalah dikehendaki mematuhi peraturan institusi.
Mereka tidak dibenarkan mengambil cuti semasa menjalani latihan mengajar.
Jika sakit, surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk
dipanjangkan kepada pihak-pihak berkuasa maktab-maktab perguruan atau
universiti.

Penyelia/Pensyarah

2.4.1

2.4.2

2.4.3
2.4.4
2.4.5

Berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar mengenai hal-hal yang
berkaitan dengan latihan mengajar guru-guru pelatih, sebelum latihan
mengajar dimulakan.
Memahami peraturan institusi seperti tatatertib, pakaian, rambut, waktu
masuk dan balik serta lain-lain peraturan yang terdapat di institusi berkenaan,
supaya mereka dapat memastikan bahawa semua guru pelatih mematuhi
peraturan tersebut di sepanjang tempoh latihan mengajar.
Memberi syor kepada pihak institusi bagi mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru-guru pelatih, jika ada, semasa menjalani latihan mengajar.
Berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara ikhtisas
dengan guru-guru terlatih untuk faedah bersama.
Mendapatkan ulasan keseluruhan daripada pihak institusi mengenai prestasi

dan kelakuan guru-guru pelatih masing-masing.

Adalah diharapkan Y.B. Dato’/ Tuan dapat memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua institusi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
T.T.
(DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
(Bahagian Institusi-institusi)
bp. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran

Dokumen yang terkait

AN ALIS IS YU RID IS PUT USAN BE B AS DAL AM P E RKAR A TIND AK P IDA NA P E NY E RTA AN M E L AK U K A N P R AK T IK K E DO K T E RA N YA NG M E N G A K IB ATK AN M ATINYA P AS IE N ( PUT USA N N O MOR: 9 0/PID.B /2011/ PN.MD O)

0 82 16

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

IMPLEMENTASI E SERVICE PT TELKOM DALAM MENINGKATKAN BRAND AWARNESS ( StudiPadaDivisiPelayananPelanggan PT Telkom Kota Madiun)

1 22 61

Improving the VIII E Students’ Achievement in Writing a Recount Text by Using Dictogloss Technique at SMP Negeri 3 Kencong Jember;

3 42 15

Modul TK E 2016 150 hlm edit Tina M imas

2 44 165

Pengaruh Penerapan E Spt Ppn dan Kualitas Pelayanan Pajak Terhadap Kepuasan Wajib Pajak (Studi Kasus pada Pengusaha Kena Pajak di KPP Bandung Karees)

6 35 50

Pengaruh Penerapan E Faktur dan Efisiensi Pengisian SPT Terhadap Persepsi Pengusha Kena Pajak (Studi Kasus pada KPP Pratama Garut)

10 42 26

Pengaruh Persepsi Kemudahan dan Kepuasan Wajib Pajak Terhadap Penggunaan E Filling (Survei Pada Wajib Pajak Orang Pribadi Di Kpp Pratama Soreang)

12 68 1

Pengaruh Sistem Administrasi Perpajakan Modern dan Penerapan E Filling Terhadap Kualitas Pelayanan (Studi Kasus pada Kantor Pelayanan Pajak Pratama Subang)

5 56 42

PENGARUH ARUS PENGELASAN TERHADAP KEKUATAN TARIK PADA PENGELASAN BIMETAL (STAINLESS STEEL A 240 Type 304 DAN CARBON STEEL A 516 Grade 70) DENGAN ELEKTRODA E 309-16

10 133 86