STESEN JANAKUASA STIM SISTEM JANAKUASA GAS

6

3.1.5 STESEN JANAKUASA STIM

Stim tekanan tinggi Lawas Kipas turbin Aci Bahan api Air penyejuk Pam Kondenser Air Rajah 3.5 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Stim Prinsip kendalian : a Bahan api seperti arang batu dibakar supaya dapat memanaskan air yang telah disalurkan ke dandang. b Hasil daripada pemanasan air, ia akan mengeluarkan stim yang bertekanan tinggi. c Stim tersebut disalurkan ke turbin dan seterusnya memutarkan kipas turbin. d Pemotongan uratdaya akan berlaku dan menghasilkan dge. Tekanan stim yang keluar daripada turbin akan menjadi rendah dan disalurkan ke kondenser supaya ditukar kepada air. Air tersebut disalurkan ke kawasan takungan air dan akhirnya pam akan mengepam semula air ke dandang. e Proses berulang. 7 Bahan api

3.1.6 SISTEM JANAKUASA GAS

Gas tekanan tinggi Ruang pembakaran Turbin Janaelektrik Pemampat Aci Aci Udara masuk Lawas Rajah 3.6 : Gambar Rajah Stesen Janakuasa Gas Prinsip kendalian : a Udara disedut dan dimampatkan oleh pemampat dari luar dan disalurkan ke ruang pembakaran. b Bahan api dimasukkan ke dalam ruang pembakaran dan dibakar bersama aliran udara. c Hasil daripada pembakaran , gas bertekanan tinggi dihasilkan. d Gas tersebut disalurkan ke turbin. Sebahagian gas tersebut akan berfungsi untuk menggerakkan kipas turbin dan sebahagian lagi menggerakkan pemampat. e Oleh kerana kipas turbin berputar, maka pengalir rotor juga berputar dan seterusnya menghasilkan dge. f Gas yang keluar dari turbin disalurkan keluar melalui saluran gas lawas. 8 AKTIVITI 3A 3.1 Berikan takrifan bagi sistem penjanaan di dalam sistem bekalan . 3.2 Senaraikan lima 5 jenis stesen janakuasa elektrik yang anda ketahui. 3.3 Berikan lima 5 faktor yang diambil kira sebelum sesebuah stesen janakuasa dibina. 3.4 Terangkan secara ringkas teori penghasilan tenaga elektrik. Uji kefahaman dan ingatan anda dengan membuat aktiviti berikut. Sekiranya masih kabur, sila buat ulang kaji. 9 MAKLUM BALAS 3A 3.1 Sistem penjanaan ialah Suatu pengeluaran tenaga elektrik dengan kadar yang banyak dan diperolehi daripada stesen janakuasa elektrik hasil daripada pergerakan oleh air, gas, stim dan sebagainya.

3.2 Jenis-jenis Stesen Janakuasa Elektrik :