REKA BENTUK KAJIAN KERANGKA PERSAMPELAN

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Sulaiman 2003 reka bentuk kajian membawa maksud sesuatu perancangan yang dapat menentukan cara bagaimanan sesuatu penyelidikan itu dijalankan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian terhadap jawapan yang bakal diperolehi mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kajian yang akan dijalankan ini adalah mengunakan kaedah penerokaan Exploratory dimana Reka Bentuk Penerokaan digunakan secara terus dan tetap. Maklumat yang terhad dan sedikit menjadi tunjang kepada kajian yang akan saya buat. Bentuk tinjauan ini ingin melihat kepada topik-topik baru dan hasil datanya nanti akan melahirkan persoalan-persoalan baru untuk mengujudkan hipotesis bagi tujuan penyelidikan lanjut. Namun begitu datanya nanti tidaklah tetap definitif mahupun muktamad conclusive. Lazimnya bentuk umum dan mudah untuk difahami. Sabitha Marican, Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. 2006. Data diperolehi dengan melihat keputusan PPT 2016 dan dibandingkan dengan PT3 2016. Keptusan kajian dijangka diperolehi setelah keputusan PT3 diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Data yang diperolehi digunakan untuk menjelaskan samada wujudnya peningkatan keputusan peperiksaan dalam kalangan muri-murid tingkatan 3 Cekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang setelah guru-guru PJPK mengunakan Multimedia sebagai metod pengajaran. 28 Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini ialah guru-guru subjek PJPK dan murid-murid tingkatan 3 Cekal. Manakala pembolehubah bersandar ialah kaedah PDP yang menggunakan Multimedia.

3.3 KERANGKA PERSAMPELAN

Teori persampelan merupakan salah satu daripada cabang matematik yang memberikan satu cara untuk penyelidik mendapatkan sampel yang mempunyai ciri-ciri kewakilan representativeness, agar kajian hasil boleh dianalisis secara statistik. Kajian yang ingin dijalankan ini menggunakan Persampelan Kebarangkalian Probability Sampling. Kerangka persampelan ini memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi mewakili murid-murid lain di sekolah. Bagi kajian yang akan dibuat ini nanti sampel yang dipilih ialah murid Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, tingkatan 3 Cekal dan berumur 15 tahun. Seramai 30 orang lelaki dan perempuan. Mereka selama ini diajar menggunakan teknik atau kaedah guru menunjukan lakuan fizikal. Kajian yang ingin dibuat ini pula menggunakan multimedia sebagai medium penyampai maklumat kepada murid-murid. Setelah kaedah multimedia dijadikan medium menyampai ilmu, pengkaji akan menggunakan keputusan Peperiksan Pertengahan Tahun sebagai ujian pertama dan Peperiksaan Pemilaian T3 2016 sebagai bandingan kepada peningkatan murid. 29

3.4 INSTRUMEN KAJIAN