INSTRUMEN KAJIAN KAJIAN RINTIS

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan bagi mengukur , mengumpul bukti ‘empiric’ dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji Majid, 2002. Instrumen yang digunakan dalam kajian yang akan dijalankan ini perlu menepati bagi mengujudkan kuasa perbandingan antara 2 peperiksaan. Antara instrumen yang akan digunakan ialah seperti berikut: i. Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun, bulan Mei 2016. Sebanyak 40 soalan objektif atau aneka pilihan diberikan kepada murid-murid. Peperiksaan akan dijalankan selama 60 minit. ii. Kertas Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 bulan Oktober 2016. Sebanyak 40 soalan objektif atau aneka pilihan diberikan kepada murid-murid. Peperiksaan dijalankan selama 60 minit. kedua-dua Peperiksaan ini mempunyai nilai keesahan dan kebolehpercayaan 99. Ini kerana kertas Peperiksaan ini dibuat oleh Lembaga Peperiksan Malaysia.

3.5 KAJIAN RINTIS

30 Menurut Sabitha Marican, 2006 Ujian rintis atau kajian rintis melibatkan sebilangan responden yang kecil untuk menguji kesesuaian soalan dan kefahaman mereka. Ujian rintis pula berbentuk soal selidik atau alat ukuran dilaksanakan untuk beberapa tujuan. Tujuan utama ujian rintis dibuat adalah untuk mengetahui reaksi responden, tentang soalan yang ditanya adakah terlalu sensitif atau menggugat responden. Dan apa pula respon responden. Hasil dari kajian rintis ini maka penyelidik berpeluang untuk membaiki soalan sebelum diedarkan kepada sampel kajian. Ujian rintis ada dua kategori iaitu Maksud Item dalam alat Kajian dan Jangka Masa. Contohnya soalan yang dibuat di luar Negara tak tentu boleh digunakan di dalam Negara. Ujian rintis memberi ruang kepada pengkaji bagi menyusun soalan, mengagak, jangka masa yang sesuai untuk kajian dijalankan. Bagi kajian yang akan dibuat ini, sebanyak 100 soalan objektif aneka pilihan telah diberikan kepada sampel yang terdiri daripada guru seramai 48 orang dan murid-murid seramai 50 orang. Soalan pula adalah berkaitan multimedia dan kaedah penggunaan multimedia dalam PDP guru. Soalan telah dipilih dan disesuaikan dengan responden guru SMK Temerloh. Soalan didapati daripada unit multimedia Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.6 PROSEDUR MENTADBIR UJIAN