BAB 111 Propasal

BAB 111
3.1

PENGENALAN

Dalam bab ini

pengkaji akan mengutarakan mengenai reka bentuk

kajian, kerangka persampelan, instrument kajian, kajian rintis, prosedur
mentadbir ujian, prosedur data dan prosedur analisis data. Reka bentuk tertentu
diperlukan kajian perlu ada bagi mendapatkan data dalam menyelesaikan
pemasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Kajian yang dicadangkan ini
adalah untuk mencari kesan daripada penerapan PDP menggunakan multimedia
dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam
Peperiksaan Petengahan Tahun 2016 dan Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3
2016.
Kajian dicadangkan dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh,
Pahang. Kajian dicadangkan ini akan dibuat selama 10 bulan. Guru-guru PJPK
sekolah ini akan membantu kajian ini dengan cara menggunakan kaedah
multimedia.


27

3.2

REKA BENTUK KAJIAN
Menurut Sulaiman (2003) reka bentuk kajian membawa maksud sesuatu
perancangan yang dapat menentukan cara bagaimanan sesuatu penyelidikan itu
dijalankan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian terhadap jawapan
yang bakal diperolehi mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Kajian yang akan dijalankan ini adalah mengunakan kaedah penerokaan
(Exploratory) dimana Reka Bentuk Penerokaan digunakan secara terus dan
tetap. Maklumat yang terhad dan sedikit menjadi tunjang kepada kajian yang
akan saya buat. Bentuk tinjauan ini ingin melihat kepada topik-topik baru dan
hasil

datanya

nanti


akan melahirkan persoalan-persoalan

baru untuk

mengujudkan hipotesis bagi tujuan penyelidikan lanjut. Namun begitu datanya
nanti tidaklah tetap (definitif) mahupun muktamad (conclusive). Lazimnya
bentuk umum dan mudah untuk difahami. (Sabitha Marican, Kaedah
Penyelidikan Sains Sosial. 2006).

Data diperolehi dengan melihat keputusan PPT 2016 dan dibandingkan
dengan PT3 2016. Keptusan kajian dijangka diperolehi setelah keputusan PT3
diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Data yang diperolehi digunakan
untuk menjelaskan samada wujudnya peningkatan keputusan peperiksaan dalam
kalangan muri-murid tingkatan 3 Cekal di Sekolah Menengah Kebangsaan
Temerloh, Pahang setelah guru-guru PJPK mengunakan Multimedia sebagai
metod pengajaran.

28


Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini ialah guru-guru subjek
PJPK dan murid-murid tingkatan 3 Cekal. Manakala pembolehubah bersandar
ialah kaedah PDP yang menggunakan Multimedia.

3.3

KERANGKA PERSAMPELAN
Teori persampelan merupakan salah satu daripada cabang matematik
yang memberikan satu cara untuk penyelidik
mempunyai

mendapatkan sampel yang

ciri-ciri kewakilan (representativeness), agar kajian hasil boleh

dianalisis secara statistik. Kajian yang ingin dijalankan ini menggunakan
Persampelan Kebarangkalian (Probability Sampling). Kerangka persampelan ini
memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi
mewakili murid-murid lain di sekolah.


Bagi kajian yang akan dibuat ini nanti sampel yang dipilih ialah murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, tingkatan 3 Cekal dan berumur 15
tahun. Seramai 30 orang lelaki dan perempuan. Mereka selama ini diajar
menggunakan teknik atau kaedah guru menunjukan lakuan fizikal. Kajian yang
ingin dibuat ini pula menggunakan multimedia sebagai medium penyampai
maklumat kepada murid-murid.

Setelah kaedah multimedia dijadikan medium menyampai ilmu, pengkaji
akan menggunakan keputusan Peperiksan Pertengahan Tahun sebagai ujian
pertama dan Peperiksaan Pemilaian T3 2016 sebagai bandingan kepada
peningkatan murid.
29

3.4

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan bagi mengukur ,

mengumpul bukti ‘empiric’ dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji (Majid, 2002).
Instrumen yang digunakan dalam kajian yang akan dijalankan ini perlu menepati bagi

mengujudkan kuasa perbandingan antara 2 peperiksaan. Antara instrumen yang akan
digunakan ialah seperti berikut:

i.

Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun, bulan Mei 2016. Sebanyak 40
soalan objektif atau aneka pilihan diberikan kepada murid-murid.
Peperiksaan akan dijalankan selama 60 minit.

ii.

Kertas Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 bulan Oktober 2016. Sebanyak
40 soalan objektif atau aneka pilihan diberikan kepada murid-murid.
Peperiksaan dijalankan selama 60 minit.
(kedua-dua Peperiksaan ini mempunyai

nilai

keesahan


dan

kebolehpercayaan 99%. Ini kerana kertas Peperiksaan ini dibuat oleh
Lembaga Peperiksan Malaysia.)

3.5

KAJIAN RINTIS
30

Menurut Sabitha Marican, (2006) Ujian rintis atau kajian rintis
melibatkan sebilangan responden yang kecil untuk menguji kesesuaian soalan
dan kefahaman mereka. Ujian rintis pula berbentuk soal selidik atau alat ukuran
dilaksanakan untuk beberapa tujuan.

Tujuan utama ujian rintis dibuat adalah untuk mengetahui reaksi
responden, tentang soalan yang ditanya adakah terlalu sensitif atau menggugat
responden. Dan apa pula respon responden. Hasil dari kajian rintis ini maka
penyelidik berpeluang untuk membaiki soalan sebelum diedarkan kepada sampel
kajian.


Ujian rintis ada dua kategori iaitu Maksud Item dalam alat Kajian dan
Jangka Masa. Contohnya soalan yang dibuat di luar Negara tak tentu boleh
digunakan di dalam Negara. Ujian rintis memberi ruang kepada pengkaji bagi
menyusun soalan, mengagak, jangka masa yang sesuai untuk kajian dijalankan.

Bagi kajian yang akan dibuat ini, sebanyak 100 soalan objektif aneka
pilihan telah diberikan kepada sampel yang terdiri daripada guru seramai 48
orang dan murid-murid seramai 50 orang. Soalan pula adalah berkaitan
multimedia dan kaedah penggunaan multimedia dalam PDP guru. Soalan telah
dipilih dan disesuaikan dengan responden guru SMK Temerloh. Soalan didapati
daripada unit multimedia Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.6

PROSEDUR MENTADBIR UJIAN

31

Ujian Rintis memerlukan sekurang-kurangnya sampel sebanyak 50
orang. Pemilihan itu pula tidak perlu mengikut prosedur kebarangkalian. Namun

ada faktor yang perlu diberikan perhatian dalam melaksanakan ujian rintis.

i.

Individu yang dipilih perlu ada ciri mewakili individu dalam
populasi yang hendak dikaji. Bagi kajian ini pengkaji telah
memilih seramai 50 orang murid dan 48 orang guru bagi
menjawab soalan berkaitan penggunaan multimedia di
sekolah.

ii.

Sampel yang terlibat pula, dalam ujian rintis ini mempunyai
kebarangkalian / peluang yang rendah untuk berjumpa dengan
individu yang akan terlibat dalam kajian sebenar. Bagi kajian
yang dicadangkan ini murid-murid tingkatan 3 Cekal
dipisahkan dari prosedur ujian rintis. Guru-guru pula di
tempatkan berasingan dengan diberikan masa 120 minit bagi
menjawab soalan ujian rintis, tidak termasuk guru-guru PJPK.


3.7

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

32

Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, soalan peperiksaan ini
dijawab atau dijalankan selama 60 minit pada bulan Mei 2016. Keputusannya
akan direkodkan dalam buku rekod peperiksaan. Selepas itu Peperiksaan
Penilaian Tingkatan 3 dijalankan pada Oktober, pengkaji akan menunggu selama
12 bulan lagi iaitu pada bulan Mac 2017, keputusan Peperiksaan Penilaian
Tingkatan 3 dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Masa ini
pengkaji meneruskan aktiviti PDP guru dengan berteraskan multimedia.. Mudah
kata data diambil 2 kali setahun.

3.8

PROSEDUR ANALISIS DATA
Pelbagai cara boleh digunakan bagi menganalisis data. Sekadar
menyebut program seperti SPSS. Namun begitu kajian yang akan dijalankan ini

mesti menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Malaysia.

Kedua-dua keputusan peperiksaan ini akan dimasukkan dalam SAPS.
Kemudian skor keputusan dibuat secara ranking. Murid skor paling tinggi akan
berada di atas dan murid skor terendah berada di bawah. Selepas itu data ini pula
akan diproses dalam Statistikal Package for the Social Sciens (SPSS.V20).

Proses seterusnya data dimasukan dalam statistic inferensi ialah korelasi
Pearson bagi menentukan wujudnya perbezaan yang signifikan terhadap
keberkesanan penerapan kaedah multimedia dalam PDP mata pelajaran PJPK di
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh berbanding kaedah demontrasi yang
digunakan sebelum kajian ini dicadangkan.
33

Jadual akan dibentuk untuk menerangkan gambaran dan menentukan
samada pernyataan hipotesis nul gagal untuk menolak atau menerima hipotesis
nul.

3.9


PENUTUP
Akhir kata usul penyelidikan ini merupakan satu interprestasi baru bagi
kajian dalam pendidikan di sekolah. Maka oleh sebab itu usul penyelidikan ini
patut diterima bagi

dibuat

kajian

sepenuhnya. Hasilnya

nanti

akan

memungkinkan lagi kajian lain terada dan membaik pulih mata pelajaran PJPK
yang selama ini tidak dipedulikan oleh pentadbir sekolah. Moga usul
penyelidikan ini diterima dengan rela hati.

34