BAB 1 2 Sumber matlamat

CTU 151
PEMIKIRAN &
TAMADUN
ISLAM

MUHAMMAD TAUFIK MD SHARIPP
ACIS, UiTM MELAKA

KONSEP TAMADUN ISLAM:
1. CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
2. SUMBER TAMADUN ISLAM
3. MATLAMAT TAMADUN ISLAM










  Masyarakat beriman kepada Allah SWT serta 
melaksanakan Ubudiyyah kepada Allah SWT. 
Pengutusan para nabi dan rasul kepada masyarakat 
bertujuan untuk membawa manusia beriman 
kepada Allah SWT, menyempurnakan akhlak yang 
mulia serta menggantikan yang batil dengan hak.
  Masyarakat mempunyai nilai keperibadian yang
tinggi, penuh dengan sifat mahmudah dan terhindar 
dari sifat mazmumah.
  Merupakan manifestasi kecemerlangan 
pencapaian hidup dalam pelbagai bidang spiritual,
intelektual dan material
Tamadun Islam berbeza dengan tamadun lain yang 
wujud dalam dunia ini kerana Tamadun Islam 
merupakan tamadun daripada Allah sendiri.

CIRI-CIRI TAMADUN
ISLAM
Rabbaniyyah
Akhlaqiyyah

Al- Insaniyyah
Al-’Alamiyyah
Syumuliyyah
Al-Falah dunia &
akhirat

RABBANIYYAH




Daripada Rabb (Tuhan)
Bersumberkan Al-Quran & Al-Sunnah
Agama Islam di dasari dengan ilmu-ilmu
ketuhanan yang tinggi sekali, kerana
matlamat setiap individu Muslim 
ditetapkan oleh Allah SWT dengan
mengabdikan diri hanya kepada Allah
SWT disamping melaksanakan tugas
sebagai khalifah di muka bumi Allah

SWT.

AKHLAQIYYAH
Unsur Akhlak merupakan unsur yang penting
dalam asas tamadun Islam seiring Aqidah &
Syariah.
 Kedatangan Islam memberi pengaruh besar
dalam pembentukan moral & sahsiah
masyarakat.
 Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan
masyarakat dan negara. 
 Sabda Rasulullah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya aku(Rasulullah) diutus untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia. “
 Islam mengamalkan prinsip “matlamat tidak
menghalalkan cara”.


AL- INSANIYYAH






Nilai kemanusiaan
Tamadun Islam menekankan proses
pembinaan manusia dari sudut
kerohanian, akal, jasmani yang seimbang
dan padu.
 syariat Islam diturunkan agar
kepentingan 5 hak asasi manusia
terlaksana iaitu hak beragama, menjaga
kewarasan akal, menjaga nyawa, harta
benda dan maruah diri. Ini
memperlihatkan ajaran Islam
menekankan nilai kemanusiaan.

AL-’ALAMIYYAH






Bersifat Universal
Tamadun Islam bersifat antarabangsa;
tidak mengira rupa, bangsa, tempat,
dan masa.
Ditambah pula dengan sifat Islam yang
menerima unsur luar selagi tidak
bertentangan dengan syariat

SYUMULIYYAH






Al-Syumuliyyah bermaksud lengkap dan
sempurna meliputi kehidupan di dunia dan di

akhirat 
Menyeluruh dan seimbang serta menekankan
rohani & jasmani
Hasan Al-Banna mengatakan: “Islam
merupakan suatu perutusan (risalah) yang
jangkauan panjangnya meliputi setiap
zaman. Pengisian lebarnya mencangkup
segala bangsa di serata pelosok dunia.
Tunjangannya meliputi semua urusan dunia
dan akhirat”.

AL-FALAH (KEJAYAAN DAN
KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT)






Tamadun Islam bermatlamat menjaga

hubungan manusia dengan Pencipta,
sesama manusia dan alam sekitar.
Tamadun Islam juga bermatlamat
menjamin keselamatan nyawa, akal,
tubuh badan, harta dan keturunan.
Semua objektif ini hanyalah untuk
memperoleh keredaan Allah SWT dan
kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.

RUMUSAN
 Tamadun

Islam adalah sebuah tamadun
mithali, terbina diatas prinsip Akidah,
Syariah & Akhlak yang terpuji, sifat-sifat
murni yang menunjukkan keistimewaan
manusia berbanding makhluk lain.

SUMBER TAMADUN ISLAM


AL-QURAN




Al-Qur’an mengandungi keseluruhan ajaran
Islam yang merangkumi konsep ketuhanan,
sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral,
fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. AlQur’an sebagai mukjizat tetap terpelihara
daripada sebarang bentuk usaha
penyelewengan dan penambahan.
Al-Qur’an sebagai sumber yang dapat
disaksikan hingga ke hari ini sentiasa menyeru
umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi
kejahatan serta membangunkan alam untuk
kebaikan bersama. Selain itu, al-Qur’an
menekankan aspek keadilan dan segala prinsipprinsip sosial. 

AL-SUNNAH







Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan
kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan,
perbuatan dan pengakuan serta sifat atau
akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum
dan sesudah dilantik menjadi Rasul.
Sunnah menjadi sumber penting kerana ia
bukan sahaja menggambarkan keseluruhan
agama Islam, namun turut memaparkan
secara jelas kandungan al-Qur’an yang
menjadi pegangan orang Islam.
Tamadun Islam terawal di Madinah
merupakan Sunnah

IJTIHAD





Adalah curahan idea para ulama’ untuk
mendapatkan sesuatu hukum yang
tiada secara qat’ie dalam Quran &
Sunnah
Kaedah yang digunakan adalah ijmak &
qias
 Ijmak:

persepakatan ulama’ terhadap
sesuatu hukum yang tidak terdapat dam
Quran & Sunnah
 Qias: Menyamakan sesuatu masalah yang
tiada nas (dalil) dengan perkara yang sudah
terdapat nas nya dalam Quran & Sunnah

TAMADUN ASING







Islam bersifat terbuka kepada semua
tamadun dan tidak menolak segala
kebaikan yang dihasilkan oleh tamaduntamadun lain.
Elemen ini membolehkan Tamadun
Islam berkembang tanpa sempadan
masa dan geografi serta bertoleransi
terhadap agama dan budaya lain. 
Sebagai contoh, Islam mengambil ilmuilmu luar dari Tamadun Rom, Yunani &
China

MATLAMAT TAMADUN
ISLAM

PENUTUP






Tamadun Islam: terbina atas prinsip-prinsip akidah
dan syariah Allah SWT, nilai akhlak yg terpuji, serta
sifat-sifat murni kemanusiaan sbg makhluk Allah yg
istimewa
Pegangan dan penghayatan menyeluruh terhadap
agama menjadi faktor penting utk menentukan
pembinaan, perkembangan serta kemajuan dan
kemerosotan sesebuah tamadun.
Berpegang kepada al_quran dan al-Sunnah serta
mengamalkan nilai-nilai murni berlandaskan syariat
islam dalam menjamin keteguhan sesebuah bangsa
dan tamadun Islam.