PENGENALAN BAB III AKSES KEPADA KEADILAN BAGI PENYELESAIAN PERTIKAIAN PENGGUNA DALAM PENDEKATAN FALSAFAH

BAB III AKSES KEPADA KEADILAN BAGI PENYELESAIAN PERTIKAIAN PENGGUNA DALAM PENDEKATAN FALSAFAH UMUM

3.1 PENGENALAN

Idea atau konsep undang-undang kerap dikaitkan atau disamakan dengan idea atau konsep keadilan. Malahan ramai yang berpegang kepada hakikat bahawa matlamat utama undang-undang adalah pencapaian keadilan. 1 Ini bererti bahawa keadilan merupakan perkara yang dikehendaki dalam setiap isu perundangan, sama ada berkait dengan perlindungan pengguna mahupun penyelesaian pertikaian bagi pengguna. Perlindungan pengguna dan penyelesaian pertikaian pada asasnya merupakan dua perkara yang berasingan, yang kedua-duanya mempunyai lingkup perbincangan yang sangat luas. Namun demikian, dalam konteks tesis ini kedua-dua perkara tersebut dilihat dalam satu kepentingan iaitu kepentingan pengguna perbankan Islam. Oleh itu, penyelidik meletakkan perkara penyelesaian pertikaian pengguna ini sebagai satu bentuk perlindungan pengguna perbankan Islam. Namun demikian, untuk memastikan matlamat keadilan yang dijangkakan dipenuhi, adalah perlu untuk dipastikan apa yang menjadi hak-hak dan kewajipan bagi pengguna perbankan Islam. Memandangkan hubungan erat antara perkara-perkara tersebut, bab ini akan menjelaskan mengenai keadilan dan akses kepada keadilan bagi memperjelaskan matlamat daripada penyelesaian pertikaian. Sedangkan bahagian akhir dalam bab ini membahas tentang pengurusan penyelesaian 1 Badariah Sahamid, Jurisprudens dan Teori Undang-undang Dalam Konteks Malaysia , Sweet Maxwell Asia, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 2005, hlm 177. pertikaian pengguna. Beberapa mekanisme telah dikenal pasti dalam penyelesaian pertikaian secara luaran iaitu timbang tara, pengantaraan dan mahkamah. Dalam bab ini, pendekatan utama yang digunakan ialah pendekatan falsafah. Hal ini diperlukan bagi membahas keadilan dan akses kepada keadilan. Kedua-dua konsep tersebut diperlukan sebagai landasan yang kukuh bagi menjustifikasikan pemberian perlindungan pengguna dalam hal penyelesaian pertikaian. Analitis kritis juga digunakan bagi melengkapi pembahasan terutama dalam perkara konflik, pertikaian dan pengurusan pertikaian. Daripada keseluruhan pembahasan Bab III ini akan melengkapkan jawapan sebahagian objektif kajian yang kedua tesis ini iaitu memerihalkan skop pertikaian pengguna perbankan Islam berhubung kait dengan mekanisme penyelesaiannya sedia ada di Indonesia.

3.2 KEADILAN DAN AKSES KEPADA KEADILAN DALAM KONTEKS