Autonomi golongan pendidik (2016)

Autonomi golongan pendidik
SAUDARA PENGARANG, Utusan Malaysia
Rencana Forum 05 Ogos 2016 12:19 AM
IDEA autonomi guru merujuk kepada kebebasan
pendidik di sekolah, boleh menyelesaikan dan
menggunakan pengurusan pengajaran mereka
sendiri.
Ramai pendidik, kesatuan atau organisasi
profesional pendidikan berpandangan bahawa
mengehadkan autonomi guru di dalam bilik
darjah melemahkan kedudukan dan kebolehan
pendidik.
Sistem pembangunan kurikulum Malaysia adalah
berpusat. Oleh itu, autonomi profesional pendidik
adalah terhad kerana dipantau oleh pihak
atasan.
Sistem peperiksaan Malaysia juga ditadbir oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mengawal,
menyelaras dan mengendalikan semua
peperiksaan dan penilaian berasaskan sekolah,
peperiksaan berpusat serta penilaian dalam dan

luar negara selari dengan dasar dan kepentingan
kerajaan.
Oleh kerana penggunaan ujian piawai masih
dikendalikan secara berpusat, dasar yang
termasuk pertimbangan markah ujian pelajar
dalam penilaian kerja dan prestasi pendidik
datang dari pihak atasan.
Oleh itu, apabila sekolah “menyelaraskan”
program akademik dan kurikulum dengan
matlamat pembelajaran yang dinyatakan dalam
piawaian, pendidik akan mempunyai kurang
“autonomi” dalam menentukan pengetahuan,
kemahiran, dan kandungan pengajaran kepada
pelajar.
Sejauh mana piawai pembelajaran mengehadkan
autonomi pendidik tetap menjadi subjek
perbincangan dan perbahasan yang berterusan
tetapi ramai pendidik berhujah bahawa piawaian
mengenakan batasan yang ketara pada
autonomi profesional pendidik.


Jika proses penilaian, jangkaan, dan keperluan adalah ketat atau membebankan, ia
boleh mempengaruhi cara pendidik mengajar pelajar mereka.
Azizi Ahmad Segambut Luar, Kuala Lumpur Utusan Malaysia Rencana Forum 05
Ogos 2016 12:19 AM
-

See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/autonomi-golongan-pendidik-1.366599#sthash.dRwB2POV.dpuf