sudut pandang mahasiswa AUTONOMI MAHASIS

TASK VIP

Sejarah pernah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai gerakan mahasiswa yang cukup
disegani dalam lewat era 60 an dan awal 70 an. Kita mempunyai sejarah keunggulan dunia
akademik suatu masa dahulu. Namun akhirnya keunggulan ilmu dan idealisme mahasiswa ini
tersekat dengan pengenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Di dalam aspek sejarah, AUKU digubal sepertimana yang diungkap oleh Muhammad
Abu Bakar di dalam buku yang ulung membicarakan perjuangan mahasiswa: Mahasiswa
Menggugat (1975), menyatakan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan
daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan
yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah kecenderungan pelajar
menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar
menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.
Mahasiswa merupakan majoriti di dalam sebuah universiti, namun jelas boleh dilihat
bahawa suara mahasiswa yang paling tidak didengari dan dipedulikan. Hal ini kerana
mahasiswa tidak lagi mempunyai autonomi sebagai mahasiswa kerana kebanyakan keputusan
yang dijalankan tanpa penglibatan secara optimum daripada mahasiswa. Sehubungan itu,
kami pihak Gabungan Mahasiswa Ukm (GMUKM) sentiasa komited dalam memperjuangkan
isu ini secara berterusan bagi mamastikan mahasiswa kembali diberi kepercayaan oleh pihak
pentadbiran sekaligus mengembalikan autonomi mahasiswa yang dirampas selama beberapa
dekad yang lalu.

GMUKM menuntut agar mahasiswa diberi AUTONOMI dalam menguruskan pelajar
sendiri. secara konseptualnya, peranan yang sedang dimainkan oleh JHEPA di masa depan
perlu dikembalikan kepada pelajar dan perkara ini memang pernah berlaku pada suatu masa
dahulu. Kenapa perlu mahasiswa diberikan autonomi? Jawapannya mudah,iaitu kerana
mahasiswa ialah segolongan manusia intelek yang diberikan ruang untuk berfikir
secukupnya dan kesannya mahasiswa sudah cukup matang dalam menentukan hala tuju diri
mereka sendiri.
Selain itu, GMUKM juga amat menitikberatkan nilai kebebasan akademik didalam dasar
yang diperjuangkan selama ini. Kebebasan akademik membawa pengertian kita mempunyai
kebebasan untuk berfikir, berbicara, membuat pilihan, mengeluarkan pendapat dan bergerak
ke mana pun yang disukai. Namun, kita dihalang dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, Para
ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran
akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta
bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.
GMUKM juga komited supaya mahasiswa diberikan kebebasan kebebasan menyatakan
pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan

pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di
dalam atau di luar universiti.


GMUKM juga sentiasa komited dalam menjadi gerakan aktivisme yang menjadi third
force berideologi bebas dan sentiasa prihatin dalam isu diperingkat kampus mahupun
nasional. Peranan mahasiswa perlu diperluaskan dalam menjadi agen perubahan masyarakat
yang merasai setiap denyut nadi rakyat agar mahasiswa dapat menyumbang kembali kepada
masyarakat kerana atas dasar itulah Universiti kebangsaan Malaysia ini ditubuhkan.

Dokumen yang terkait

analisis sikap mahasiswa terhadap layanan jas PT.pos indonesia(persero) di jember

0 6 86

Analisis pengaruh atribut produk handphone nokia dan bauran promosi terhadap minat beli: studi kasus pada mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah Jakarta yang menggunakan handphone nokia

0 7 152

Analisis pengaruh pilihan merek, kualitas produk dan kepuasan pelanggan terhadap keputusan pembelian serta dampaknya pada loyalitas pelanggan : studi kasus pada mahasiswa UIN pengguna produk kosmetik sari ayu

3 16 139

Pengaruh self-efficacy, locus of control dan faktor demografis terhadap kematangan karir mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah Jakarta

9 58 104

Pentingnya pendidikan pemakai bagi mahasiswa dalam penelusuran informasi melalui katalog Online (OPAC) : studi kasus pada Perpustakaan Utama Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah

0 18 85

Hubungan tipe kepribadian lima faktor dengan motivasi berwirausaha pada mahasiswa minang

1 17 150

Hubungan orientasi masa depan dengan pengambilan keputusan dalam memilih program studi pada mahasiswa

2 41 95

Pengaruh religiusitas terhadap perilaku prososial: studi kasus mahasiswa Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Mukhlisin (STAIM) Ciseeng Bogor.

3 52 83

Pengaruh pemahaman fiqh muamalat mahasiswa terhadap keputusan membeli produk fashion palsu (study pada mahasiswa angkatan 2011 & 2012 prodi muamalat fakultas syariah dan hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

0 22 0

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145