B AGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid

BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya
tanggungjawab murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru
juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang baik. Jika di
rumah anda harus menurut segala perintah dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah
anda harus pula mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati.
Seorang murid harus menghormati bantuan gurunya untuk membimbing mereka ke jalan
yang diredhai Allah SWT untuk menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka.
Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru adalah merupakan orang yang
sentiasa membimbing anda untuk mencapai cita-cita.
Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya
1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas
anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.
2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.
3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika
diperintahkan oleh guru.
4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada
guru anda dengan sopan.
5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.
6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.
7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di
hati anda apa yang diajarkan ketika itu.

8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.
Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini
anda akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan
guru anda jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda harus
banyak bertanya dari banyak merungut untuk mendapatkan kefahaman.
Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri
untuk mencapai kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh
mengajar untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid yang harus tahu
membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.
Usaha anda untuk menjadi murid yang berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar
guru mengajar sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu.
Kejayaan seorang pelajar itu bergantung kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan,
tanpa mengharap pertolongan orang lain untuk menjayakan diri sendiri.

Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga.
Rasa hormat kepada guru membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan
sudah tentu lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda harus
berdoa, agar segala usaha anda itu akan beroleh kejayaan cemerlang.
INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab
anda tidak mahu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya

sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan remajanya yang rajin berusaha untuk
mencapai kejayaan.
Sebagai seorang pelajar, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu
dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, guru, negara,
ibu bapa dan sebagainya. Mari kita ikuti beberapa tanggungjawab yang
harus dipegang oleh seorang pelajar.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI.
- Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani.
- Bersopan,jujur dan amanah.
- Menghargai masa dan menepati masa.
- Berjimat cermat.
- Bersifat sederhana dan tidak sombong.
- Sabardan bertolakansur.
- Menghormati hak asasi orang lain.
- Berani dan cekal hati.
- Berdedikasi dan berdikasi.
- Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP AGAMA.

- Taat kepada perintah Tuhan.
- Mempertahankan kesucian agama.
- Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.
- Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.

- Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA.
- Menghormati orang-orangtua dan ibu-bapa.
- Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
- - Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang
berpendidikan dan bermoral tinggi.
- Menjaga nama baik keluarga.
- Menghormati sahabat / kenalan keluarga.

TANGUNGGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARKAT.
- Tolong menolong dan bekerjasama.
- Menghormati orang-orang yang lebih tua.
- Bertolak ansur, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain.
- Bersefahaman dan sabar.

- Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan.
- Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam
sekitar.
- Memelihara kerukunan hidup berjiran.
- Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada
pencemaran budaya.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MAKTAB.
- Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab.
- Menghormati guru-guru kakitangan.
- Belajar bersungguh-sungguh.

- Menaikkan imej maktab dalam semua bidang.
- Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral tinggi.
- Bekerjasama dan bersatupadu.
- Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh maktab.
- Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh MARA
dengan baik.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU:

- Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan.
- Bersopan terhadap guru.
- Bersedia memberi kerjasama dan bantuan.
- Mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak
agama).
- Menjaga perasaan guru.
- Menerima teguran guru dengan positif.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA:
- Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan
negara.
- Mematuhi undang-undang.
- Mengamalkan Prinsip Rukunegara.
- Menjaga kemudahan-kemudahan awam.
- Menjaga dan menaikkan imej negara .
- Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.
- Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota :


1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha guru besar sklj, en.che lat b salleh
Yang berusaha Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) en.azmi b sarid - PK Pentadbiran.
.2) pn norani bt ahmad hejas - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Siti rohani bt mahbat - PK Kokurikulum. Guru-guru
dan rakan-rakan pelajar.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin
dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.
DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan
saudara______________ untuk melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar
tadi.
NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu

Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi
bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.
Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan
sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS.
Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan
laporan bertugas mingguan.
Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang
disampaikan tadi.
UCAPAN GURU (JIKA ADA)
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk
memberikan ucapan mengenai program ______________________________
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________
UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong
Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita


jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.
PENGUMUMAN
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman
yang ingin saya sampaikan ;
.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________
BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang
dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan
membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
‫شهد أ كن ل ك إل كه إل ل أ كنت أ كستغيفر ك ك‬
‫ك الل لهم وبحمد ك ك‬
‫ب إ إل كي ي ك‬
‫حان ك ك‬
‫ك‬
‫ب ل كإ ك ي إ‬
‫ك وكأت بوي ب‬
‫كأ ي ك ب ي‬

‫سب ي ك‬
‫ب‬
‫إ ك إ ي ك ي ك إ ب‬
Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.