Syarat Perjanjian 2 Ogos 1824; KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

ix. Setelah menjadi Sultan, Sultan Hussein iktiraf perjanjian awal Temenggung dengan Raffles. x. SHTI secara rasmi bertapak di Singapura. xi. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor mempunyai dua orang sultan – Sultan Hussein bersemayam di Singapura Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga. British di Singapura - Perjanjian 1823 1824 i. Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura. ii. 7 Jun 1823, perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membolehkan SHTI berkuasa di Singapura dan pulau berdekatan. iii. Syarat Perjanjian 7 Jun 1823; a. Sultan terima bayaran 1500 dolar Sepanyol, Temenggung terima 800 dolar Sepanyol setiap bulan. b. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina. c. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung. d. Undang-undang British dikuatkuasa. iv. 2 Ogos 1824, perjanjian ditandatangani John Crowfurd Residen Singapura dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

v. Syarat Perjanjian 2 Ogos 1824;

a. Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada SHTI b. Sultan dan Temenggung hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya. c. Sultan dan Temenggung atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura. vi. S. Hussein menetap di Kampung Gelam, Singapura. vii. Baginda ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian 1824. viii. SHTI mengarahkan Temenggung memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sg Singapura ke Teluk Belanga dgn alasan memajukan Singapura. ix. SHTI mengambil tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga x. Tahun 1866, pusat pemerintahan dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru. 1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu i. Belanda dakwa Singapura bwh pengaruhnya. ii. Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangannya di Betawi. iii. Pertikaian berkaitan Singapura mencetuskan ketegangan British dengan Belanda. iv. British enggan serahkan Singapura kepada Belanda v. Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Persetiaan London vi. Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 a. Belanda iktiraf petempatan British di Singapura. b. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. c. British serah Bangkahulu kepada Belanda d. Belanda serah Melaka kepada British. e. British tidak akan buka petempatan baru ke selatan Singapura vii. Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda a. Kepulauan Melayu terbahagi dua kawasan. b. Sem. Tanah Melayu Singapura pengaruh British. c. Kepulauan Riau Lingga-pengaruh Belanda. d. Pengaruh British di Sem. Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat lain. SHTI di Melaka i. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda serahkan Melaka kepada British. ii. British serahkan Bangkahulu kepada Belanda iii. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka. iv. Perjanjian mengakibatkan kerajaan Johor berpecah. v. Melaka, Pahang, Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh British vi. Kepulauan Riau serta Lingga di bawah Pengaruh Belanda.

1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat NNS