SEJAUHMANA HUBUNGKAIT PENGUASAAN BACAAN ASAS SOLAT DALAM MEMPENGARUHI PENGAMALAN SOLAT DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

SEJAUHMANA FAKTOR PENGUASAAN BACAAN ASAS SOLAT DALAM
MEMPENGARUHI PENGAMALAN SOLAT DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER 1
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN.

Nor Fauzani binti Jumodi
Nor Akmal binti Mohamad
Noor Haslinda binti Zainoldin
Kolej Komuniti Kuantan

Kata Kunci : Penguasaan, Bacaan Asas Solat, Kolej Komuniti Kuantan

Abstrak. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Maka akan wujudlah generasi yang berilmu dan
berakhlak mulia. Maka solat memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang ke arah
melahirkan generasi yang hebat, tanpa solat kita sebagai orang Islam hanya hebat di mata manusia
sahaja. Justeru itu, kajian ini dibuat kerana ingin mengenal pasti sejauhmana faktor penguasaan bacaan
asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat di kalangan pelajar semester 1 di Kolej Komuniti
Kuantan. Kajian ini adalah berorientasikan untuk melihat sejauhmana faktor penguasaan bacaan asas
solat di kalangan pelajar semester 1 Kolej Komuniti Kuantan. Objektif kajian ini adalah untuk
membantu pelajar menguasai asas bacaan solat dan meningkatkan mutu hafalan bacaan asas solat dan
meningkatkan kefahaman pelajar mengenai ayat hafalan bagi memudahkan proses menguasai bacaan

asas solat. Seramai 65 orang responden draipada semester 1 bagi sesi Julai 2014 terlibat dalam kajian
ini yang dipilih secara rawak oleh penulis. Kaedah kajian ini telah mengaplikasikan kaedah deskriptif
dan kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik atau questionaire yang menggunakan skala Likert dan
diedarkan kepada pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Islam 1. Hasil dapatan ini menunjukkan
tahap penguasaaan pelajar dengan nilai skor min 1.0 yang menyatakan bahawa pelajar telah didedahkan
dengan bacaan asas solat. Kesimpulannya ialah faktor utama pelajar-pelajar semester 1 tidak
mengamalkan solat dalam kehidupan seharian adalah kerana lemahnya penguasaan bacaan asas solat
dan mereka tidak boleh menghafal bacaan asas solat ini kerana ada diantara mereka tidak boleh
membaca dalam tulisan arab. Di sini dapat kita gambarkan bahawa mereka perlu dibimbing dan diberi
didikan yang betul demi memastikan negara bakal melihat modal insan yang hebat dari segi rohani dan
jasmani.

PENGENALAN

Solat lima waktu sehari semalam adalah nadi utama setiap orang Islam. Ibadah ini adalah yang
paling teratas akan dinilai oleh Allah s.w.t. ini dapat menggambarkan bahawa solat ini sangat penting
dalam kehidupan kita seharian. Solat merupakan tiang agama, sekiranya kita tidak solat maka runtuhlah
agama kita. Begitulah perumpamaan yang telah kita terima berabad lamanya. Di dalam al-Quran ada
menyebut “ Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kamu dari perbuatan mungkar”. Ini dapat
ditafsirkan oleh ulama-ulama terdahulu, bahawa sekiranya solat itu dilakukan dengan sepenuh

penghayatan betul dan khusyuk pasti kita semua akan dijauhi dari perkara kemaksiatan dan
kemungkaran.
Namun pada hari ini, remaja kita umumnya dan pelajar-pelajar kita khususnya menganggap
solat itu sebagai satu bebanan. Mereka tidak dapat menjiwai betapa solat itu adalah satu hubungan
komunikasi kita dengan Allah. Apabila ada masalah komunikasi dengan Allah maka akan tercetusnya
masalah-masalah sosial yang saban hari bertambah kronik. Tidak mustahil sekiranya permasalahan ini
tidak dibendung tidak dirawat ia akan merebak seperti kanser, apabila sudah sampai ke tahap kritikal
sudah tidak mampu dilakukan lagi. Hanya mampu melihat dan menyalahkan antara satu sama lain.
Senario yang sama penulis lihat di Kolej Komuniti Kuantan. Pelajar kita tidak menunaikan solat
tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Disebabkan kepincangan dalam pengamalan solat fardhu,
maka tidak hairanlah pelajar-pelejar kita terlibat dengan maslah sosial yang kian meruncing yang tidak
dapat dibendung lagi. Tidak kirala samada pelajar itu terdiri dari pelajar yang pandai atau sebaliknya.
Jawapan yang sama setiap kali ditanya. Mereka dengan selambanya dan jujurnya mengaku yang mereka
tidak solat. Sekiranya pelaajar-pelajar kita memahami tentang betapa pentingnya solat pasti masalah
sosila boleh dikawal dari segi kroniknya maslah tersebut.
Maka dengan itu kita semua maklum, betapa pentingnya bimbingan dari pensyarah untuk
membimbing pelajar yang lemah dari segi penguasaan bacaan asas solat. Sudah menjadi tanggungjawab
sebagai pendidik untuk memastikan pelajar kita dapat menunaikan solat. Tanggungjawab itu adalah
tanggungjawab sesama Muslim.


LATAR BELAKANG MASALAH

Sekiranya diamati bacaan asas solat adalah bacaan yang amat sedikit dan ringkas bagi Muslim
yang tidak ada masalah dalam penguasaan asas bacaan solat. Namun bacaan asas solat ini menjadi satu
permasalahan yang besar dan sangat membebankan kepada pelajar-pelajar kita yang lemah dalam
penguasaaan bacaan asas solat. Mana mungkin mereka akan solat sekiranya mereka tidak dapat
menguasai bacaan asas solat dengan sempurna. Sekalipun mereka solat, solat mereka itu terdapat banyak
kesalahan pada bacaan asas solat yang hukumnya adalah wajib.
Malah yang lebih mengejutkan lagi ada beberapa pelajar kita yang buta huruf jawi. Maka inilah
punca utama mereka lemah dalam penguasaan bacaan asas solat. Walaupun mereka sedar solat itu tiang
agama akan tetapi kekangan yang menghalang mereka untuk solat adalah kerana lemahnya penguasaan

bacaan asas solat. Penulis yakin ada segelintir pelajar yang ingin solat, akan tetapi mereka tidak tahu
membaca dan menghafal bacaan asas solat.
Maka disebabkan itulah tercetusnya idea untuk mengkaji atau melihat sejauh mana faktor
penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar-pelajar
kita. Pengamatan juga dilakukan di dalam kelas ketika amali bacaan asas solat. Di situ penulis melihat
hampir separuh pelajar kita tidak dapat menguasai bacaan asas dalam solat. Apabila soal jawab di ajukan
kepada mereka, kebanyakan dari mereka hanya diajar dan belajar ketika di sekolah rendah. Ini
menampakkan pelajar kita perlukan bimbingan yang berterusan. Maka disitulah tugas kita sebagai

pendidik.

PERNYATAAN MASALAH
Menurut kajian terdahulu, pentingnya penguasaan bacaan asas solat ini kerana dari penguasaan
itu kita akan menghayati ibadah solat itu dengan lebih senang. Penguasaan bacaan asas solat merupakan
perkara pokok yang perlu dipelajari, diajar sejak dari kecil lagi. Setiap pihak harus bergabung tenaga
untuk memastikan bimbingan bacaan asas solat ini akan berterusan sehinggalah pelajar-pelajar kita
dapat menguasai dengan lancar.
Berdasarkan pemerhatian penulis sebagai pensyarah Agama Islam, pelajar-pelajar ini sangat
lemah dalam penguasaan bacaan asas solat. Penulis terpaksa mengajarkan satu persatu tentang bacaan
asas solat. Oleh disebabkan itu penulis merasakan terpanggil untuk membuat kajian sejauh mana faktor
penguasaan bacaan asas solat dalam pengamalan solat fardhu.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

Membantu pelajar menguasai bacaan asas solat.

Meningkatkan keupayaan pelajar menghafal bacaan asas solat.
Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai ayat hafalan bagi memudahkan proses hafalan
bacaan asas solat.

PERSOALAN KAJIAN
i.
ii.
iii.

Adakah faktor penguasaan bacaan asas solat mempengaruhi pengamalan solat fardhu?
Adakah faktor penguasaan bacaan asas solat mempengaruhi pengahayatan solat?
Adakah faktor penguasaan bacaan asas solat mempengaruhi hafalan bacaan tersebut?

KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pensyarah Pendidikan Islam supaya dapat
meningkatkan pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar sekaligus meningkatkan mutu pencapaian
akademik pelajar tersebut. Pensyarah sedia maklum masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
kita dan mempunyai cara atau kaedah untuk mengatasinya. Dengan adanya kajian ini proses pendidikan
akan berterusan kerana pensyarah akan membimbing pelajar tersebut sehingga pelajar itu dapat
menguasai bacaan asas solat dengan baiknya.


SKOP KAJIAN
Skop kajian ini adalah bertumpu hanya kepada faktor penguasaan bacaan asas solat dapat mempengaruhi
pengamalan solat fardhu di kalangan pelajar semester satu Kolej Komuniti Kuantan.

KAJIAN LITERATUR

Penguasaan bacaan asas solat dilihat amat penting bagi memastikan kelangsungan pelajar-pelajar kita
dalam mengamalkan solat fardhu sebagai rutin harian yang wajib ditunaikan. Seperti yang diketahui
umum, “ solat itu adalah tiang agama”. Kesempurnaan akhlak seseorang juga bergantung kepada
kesempurnaan ibadah solatnya. Dengan penguasaan yang baik, maka dengan ini dapat memantapkan
lagi ibadat pelajar-pelajar kita dan seterusnya dapat mendidik akhlak pelajar.
Beberapa kajian sebelum ini telah menunjukkan mata pelajaran kerohanian akan membentuk
keperibadian pelajar. Antaranya yang dinyatakan oleh Azhar Ahmad dan Dr. Ab. Halim Tamuri iaitu
rendahnya penghayatan dalam beberapa aspek seperti kewajipan solat lima waktu, adab pergaulan dan
pendedahan aurat akan memberikan gambaran kepada punca masalah sosial pada zaman ini. Asmawati
bte Suhid dalam kajiannya menyentuh tentang pemantapan komponen akhlak dalam Pendidikan Islam
bagi menangani era globalisasi. Penekanan perlu dititikberatkan oleh institusi supaya pelajar dapat
menghayati nilai-nilai ada dalam subjek ini dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Sehubungan dengan itu kajian ini akan melihat sejauhmana faktor penguasaan bacaan asas solat dalam

mempengaruhi pengamalan solat fardhu di kolej komuniti Kuantan.
Kajian ini akan melihat sejauhmana faktor penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi
pengamalan solat fardhu di kolej Komuniti Kuantan. Hubungan ibadah solat dengan ibadah lain saling
kait mengait. Udah (2008) menyenaraikan hubungan solat dengan beberapa perintah Allah yang
melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Antara bentuk hubungan tersebut
ialah hubungan solat dengan menutup aurat, menjauhi zina, bersifat adil, amanah dan tidak cepat marah
terhadap orang lain. Melalui solat yang dihayati akan membentuk jatidiri yang mulia, yang cintakan
kebaikan dan menghindar segala larangan.
Menurut kajian Ramli Awang dan Rosmaziah Abdul Kadir (2009), menyatakan tujuan kajian
adalah untuk mengenalpasti tahap pengalaman solat sunat di kalangan pelajar Sarjanamuda Pendidikan
Islam (SPI),jenis-jenis solat sunat yang diamalkan dan faktor-faktor yang mendorong pelajar SPI untuk
melaksanakan solat sunat. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami
tentang solat-solat sunat. Namun tahap pengalaman pelajar dalam melaksanakan solat sunat masih
kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk
diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat
sunat di kalangan pelajar SPI, khususnya di kampus.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Suhardi Bin Jusoh (2001) ,beliau mendapati bahawa
tahap pengamalan solat fardhu adalah berbeza-beza di kalangan remaja Islam. Buktinya ialah peratusan
pelajar remaja yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten hanyalah sebanyak 53.2% manakala
bakinya iaitu sebanyak 46.7% lagi berpendapat mereka tidak konsisten di dalam mengerjakan solat

fardhu. Sifat malas dan sibuk dengan urusan lain merupakan di antara sebab utama kebanyakan pelajar
remaja meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini terbukti apabila seramai 77.8% responden memberi
jawapan bahawa punca utama mereka meninggalkan solat fardhu adalah kerana malas dan sibuk dengan
urusan lain.

Menurut Siti Rokiah binti Abdul Ghani (2007), kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat
tahap amalan solat dan hubungannya dengan akhlak pelajar. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa
tahap amalan solat dan tahap akhlak pelajar adalah berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan jantina tetapi terdapat
perbezaan yang signifikan dalam amalan solat berdasarkan pencapaian Pendidikan Islam untuk SPM.
Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam akhlak pelajar berdasarkan
jantina dan pencapaian dalam Pendidikan islam untuk SPM. Dapatan kajian ini juga mendapati wujud
hubungan di antara amalan solat dengan akhlak pelajar.
Menurut Norlyana binti Sulong (2006), kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap
pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat. Kajian ini mempunyai tiga skop kajian iaitu
pengetahuan, tahap pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan pandangan pelajar terhadap
kesan perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara
keseluruhan tahap pencapaian min adalah tinggi iaitu 4.73 bagi pengetahuan, 4.22 bagi tahap
pengamalan pelajar terhadap tanggungjawab solat dan 4.63 pandangan pelajar terhadap kesan
pengamalan solat terhadap perlaksanaan solat terhadap diri seseorang. Dari kajian ini diharap dapat

memberi panduan kepada semua pihak agar asas peneguhan agama dititikberatkan di kalangan
masyarakat. Penulis bersetuju dengan pendapat beliau dan ingin menambah peneguhan agama bukan
sahaja diterapkan dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja, tetapi ibubapa perlu mengambil peranan
dirumah dalam memberi penekanan agama terhadap ana-anak mereka.
Setelah meneliti dapatan kajian lepas, penulis dapat merumuskan bahawa pengamalan solat
dalam kalangan pelajar khususnya dan umumnya dalam masyarakat Malaysia masih kurang
memuaskan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dato Dr. Mohd fadhilah Kamsah, sejumlah 80% umat
islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu sehari

METODOLOGI
1. REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini dijalankan berbentuk deskriptif (tinjauan). Menurut Mohd Majid Konting (2005:96),
penyelididkan deskriptif adalah merupakan penyelidikan yang bermatlamatkan untuk menerangkan
sesuatu fenomena yang berlaku. Ary (1979) menyatakan (Nor Hayati, 2007)bahawa kaedah tinjauan
merupakan suatu rekabentuk kajian yang digunakan secara meluas dalam kajian yang membabitkan
bidang sosiologi, perniagaan, sains politik dan pendidikan. Kaedah deskriptif ini digunakan bagi
mendapatkan data kuantitatif mengenai faktor penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi
pengamalan solat fardhu di kolej komuniti Kuantan. Soal selidik digunakan bagi mendapatkan data
kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2005:21) soal selidik merupakan cara yang sering digunakan
di dalam bidang penyelidikan.


2. SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 Kolej Komuniti Kuantan yang telah
dipilih secara rawak. Dalam kajian ini, sampel kajian adalah seramai 67 orang. Ini kerana Mohd
Najib (1999:38) persampelan diambil 30% daripada jumlah populasi adalah sudah mencukupi.
Penulis telah mengedarkan borang soal selidik kepada semua sampel.

3. INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik. Penulis
memilih kaedah soal selidik adalah kerana jawapan yang diperolehi adalah lebih konsisten. Di
samping itu juga, ia dapat menjimatkan masa responden untuk memberi respon. Wiersma (1997)
menyatakan bahawa penggunaan soal selidik dapat membantu penulis mengumpul data yang
diperlukan daripada responden dalam satu jangka masa yang singkat.

4. ANALISIS DATA
Penulis menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk menganalisa maklumat yang diperolehi
daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada sampel kajian. Merujuk jadual dibawah, min yang
paling tinggi adalah 1.0 iaitu mempelajari bacaan asas dalam solat. Ini menunjukkan responden
setuju telah mempelajari bacaan asas dalam solat. Min yang paling rendah adalah 0.04 iaitu tidak
berminat untuk menghafal bacaan asas solat.


Bil

Perkara

Mean

Std.
Deviation

1

Mempelajari bacaan asas dalam solat

1.00

.000

2

Mempelajari bacaan asas dalam solat
melalui ahli keluarga

.91

.284

3

Mempelajari bacaan asas dalam solat
semasa di peringkat sekolah.

.99

.120

4

Menghadiri kelas fardu ain mengenai bacaan
asas dalam solat.

.29

.457

5

Tidak memahami maksud ayat bacaan asas
solat.

.68

.469

6

Mudah lupa hafalan bacaan asas solat.

.26

.442

7

Tidak berminat untuk menghafal bacaan asas
solat.

.04

.205

8

Tidak mendapat pengajaran yang berterusan
mengenai bacaan dalam solat.

.33

.475

Jadual 1

SKOR MIN

1

0.99
0.91

0.68

0.33

0.29

0.26
0.04

Mempelajari
bacaan asas
dalam solat

Mempelajari
bacaan asas
dalam solat
melalui ahli
keluarga

Mempelajari
bacaan asas
dalam solat
semasa di
peringkat
sekolah.

Menghadiri
kelas fardu ain
mengenai
bacaan asas
dalam solat.

Tidak
memahami
maksud ayat
bacaan asas
solat.

Mudah lupa Tidak berminat Tidak mendapat
untuk
pengajaran yang
hafalan bacaan
menghafal
berterusan
asas solat.
bacaan asas
mengenai
solat.
bacaan dalam
solat.

GRAF 1
Graf 1 menunjukkan skor min yang telah diperolehi.

KESIMPULAN

Sepertimana yang kita sedia maklum solat merupakan tiang agama, dan dengan solat itu dapat
mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar. Bacaan asas solat merupakan perkara wajib yang
perlu dikuasai oleh setiap muslim untuk lebih menghayati solat tersebut. Bagi mencapai tujuan dan
matlamat tersebut, solat hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas dihati serta
dengan penuh kecintaan terhadap Allah s.w.t. solat adalah hubungan kita dengan Allah s.w.t, setiap
kali kita solat, Allah akan menjaga kita dan setiap apa yang dilakukan sepanjang hari tersebut.
Manakala sebaliknya, sekiranya kita mengabaikan solat maka kita akan menerima azab di dunia dan
akan mkenunggu di akhirat sana. Apa yang menjadi permasalahan kita hari ini ialah, di mana pelajarpelajar kita khususnya sangat lemah dalam penguasaan dalam bacaann asas solat, dan ini
menyebabkan mereka tidak menunaikan solat dengan sempurna. Impak daripada ketidaksempurnaan
solat, maka akan timbullah masalah social yang semakin hari semakin meruncing. Justeru itu, semua
pihak haruslah berkerjasama dalam memastikan generasi hari ini lancar dan baik dalam penguasaan
bacaan asas solat dan dapat menunaikan solat dengan sempurna sepertimana yang telah dituntut oleh
Islam.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail (2006) Model Guru Pendidikan Islam:
Konsep 5m. Kertas
Kerja Seminar Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan
Malaysia. 1 April 2006
Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. (2010) Penglibatan Ibu bapa
dalam
Pendidikan
Anak-anak Ketika di Sekolah Menengah dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid.
Internatioanal Seminar Comparative Studies in Educational
System
Between
Indonesia and Malaysia.
Abu Bakar Jabir Al-Jazairi. (1996). Pedoman Hidup Muslim: Akidah, Adab, Akhlak, Ibadah dan
Muamalah. Diterjemahkan oleh Drs. Hasanuddin & Didin hafidhuddin. Kuala Lumpur: Victory
Agencie.
Baharom Mohamad , Ali Suradin dan Za’ba Helmi Khamisan (2008)
Pendidikan Moral Dalam
Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti

Peranan Pendidikan Islam Dan

Che Ku Rahayu binti Che Ku Long. (1999). Solat Fardhu di Kalangan Kakitangan
Syarikat
Percetakan The News Straits Times Press
(Malaysia) Berhad, Bangsar: Satu Kajian Kefahaman
dan
Amalannya. Kuala Lumpur: University Malaya.
Dayangku Intan binti Awang Lawi. (1991). Perlaksanaan Sembahyang Lima Waktu: Satu Tinjauan di
Pekan Kecil Meludam, Sri Aman,
Bahagian Kedua, Sarawak. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya
Mohd Majid Konting (2000). ‘’Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala
Bahasa dan Pustaka.

Lumpur:

Dewan

Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab Halim Tamuri,
Kamarulzaman Abdul Ghani
(2011) Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah di Selangor.