Peningkatan Kualitas Profesionalisme Guru Bahasa Melayu dalam Institusi Pendidikan
Kajian Linguistik, Agustus 2014, 15-26 Copyright ©2014, Program Studi Linguistik F1B USu, 1SSN 1693-4660
Tahun ke-12, No 2
PENINGKATAN KUALITAS PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN
Anida Sarudin Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tg. Malim Perak, Malaysia
Abstrak Peningkatan kualitas profesionalisme guru Bahasa Melayu dalam institusi pendidikan merupakan satu komitmen yang amat diharapkan bagi memantapkan kuaJitas pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Menjadi guru seorang guru Bahasa Melayu yang profesional bukanlah semata-mata berdasarkan pengalaman dan pangkat yang dimiliki. Guru profesional ialah guru yang memiliki pengetahuan luas dalam pengajian akademik yang intensif dengan latihan yang fonnaJ. Ini bennaksud, profesion perguruan memerlukan pengetahuan yang tinggi dan kepakaran tertentu untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan mempunyai sikap bertanggungjawab. Menurut Sufean Hussein (] 996), ah]i profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dan dedikasi ke arah menyediakan perkhidmatan. Berdasarkan pemyataan di atas, persoalan yang sering dikemukakan iaIah; Adakah guru Bahasa MeIayu tergolong dalam kalangan guru yang mabir, menguasai Hmu linguistik dan memiliki . ciri-ciriprofesional?Persoalan tersebut diajukan keranaciri profesionaJisme guru Bahasa Melayu dapat mencenninkan keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Objektif kajian ini ialah untuk rnengenaJpasti keprofesionalan guru-guru bahasa Melayu dalam bidang linguistik dan mengenal pasti sejauh manakah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini mengunakan kaedah kajian pustaka bagi meneliti perkernbangan kajian berkaitan keprofesionalan guru dalam pengajaran dan pernbelajaran. Kajian ini juga akan rneneliti konsep-konsep linguistik asas yang perlu diketahui serta diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pernbelajaran bahasa Melayu.
Kata kURd: profesionalisme, penguasaan, linguistik
IMPROVING MALAY LANGUAGE TEACHER'S PROFESSIONALISM QUALITY IN EDUCATIONAL INSTITUTIONS
Abstract Improving Malay Language Teacher's Proftssionalism Quality in Educational Institutions was an expectant commitment to improve the quality of teaching and learning the subject. Being a professional Malay language teacher was not solely based on experiences and ranks possessed A professional teachers are those who have extensive knowledge within academic studies that are intensive with formal trainings. This signifies that
Anida Sarudin
this profession requires higher knowledge and certain expertises to achieve the effectiveness, productivity, efficiency and a sense of responsibility. According to SUfean Hussein (1996), professionals do their work with a high degree ofautonomy. They are not supervised on the job, otherwise they are responsible for carrying out their duties- they supervise themselves and dedicate themselves towards providing services. Based on the above phenomena, the questions that are often putforward are; Do Malay teachers belong to skilled teachers, do they have sets of linguistic skills and professional features? The questions are posed because professional features can reflect and influence the effectiveness of teaching Malay language proficiency among students. The objective of this study was to identify the professionalism of Malay language teachers in linguistics and identify the extent of teaching and learning implementation in the classroom.. This study utilized library method to study the development of the study related to the teachers' professionalism during teaching and learning processes. This study also examined the basic linguistics concepts needed by the Malay language teachers in the teaching and learning of Malay language.
Key Words: Professionalism, Proficiency, Linguistics.
PENDAHULUAN
Guru BM yang profesional dapat meletakkan BM sebagai mata pelajaran yang penting daIarn sistem pendidikan negara. Untuk memastikan profesionalisme guru Bahasa Melayu dapat dipertanggungjawabkan, perlu difIkirkan kembali kemahiran guru Bahasa Melayu agar sesuai dengan objektif untuk melahirkan guru Bahasa Melayu yang mahir. Antara kemahiran yang dapat membawa kepada pencapaian ini adalah penguasaan ilmu linguistik. Guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu-ilmu linguistik yang tinggi bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan kualitas pembelajaran. Untuk tujuan penguasaan Hmu bahasa dan linguistik, pelajar perlu didedahkan dengan iImu tatabahasa, sosiolinguistik, psikolinguistik, semantik, wacana, sintaksis, morfologi dan fonologi. Gabungan ilmu-ilmu ini dalarn pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan pelajarpelajar bahasa Melayu yang mempunyai kapasitas iImu yang tinggi sarna ada dari segi teori mahupun arnali. Guru Bahasa Melayu yang profesionaI perlu mahir menggabungkan aspek teori sarna ada yang melibatkan bidang pendidikan dan bahasa serta mabir pula untuk mengaplikasikan dalarn bentuk pengajaran di daIarn kelas. Oleh itu, sifat profesional ini menekankan perlunya guru Bahasa Melayu berilmu dalarn bidangnya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan babwa pendidikan ialah usaba berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Implikasi dan aplikasinya terhadap pendidikan bahasa ialah realisasi atau pelaksanaan gagasan pendidikan bahasa menurut pendekatan bersepadu. Dengan berasaskan pendekatan bersepadu, pendidikan bahasa diharapkan meninggalkan arnaIan lama pra-Reformasi Pendidikan dan pra-KBSR, serta pra-KBSM yang memisahmisahkan komponen bahasa dan kemahiran berbahasa dan kurang menegaskan aspek penyerapan ilmu, nilai dan kemahiran bemkir dalam pendidikan bahasa. Namun, apakah kenyataan yang berlaku di bilik darjah? Berlangsungkah pengajaran bahasa yang berlandaskan pendekatan bersepadu itu? Berlakukah gabung jalin Hmu-iImu linguistik dalam pengajaran sistem bahasa (tata bahasa, sebutan, ejaan, istilah, kosa kata umum, dan laras bahasa) dengan kemah iran bahasa (mendengar, bertutur, membaca, dan
16
Kajian Linguisti/c, Tahun Ke-12, No 2, Agustus 2014
menulis). Beriakukah proses penyerapan ilmu dalam proses pengajaran Bahasa Melayu? Beriakukah pengajaran tata bahasa terancang? Pertanyaan-pertanyaan itu periu dijadikan asas retrospeksi semua pihak yang terlibat dalam pendidikan Bahasa Melayu khususnya dan pendidikan negara umumnya.
Berdasarkan pemerhatian secara rambang dan juga maklumat daripada pelbagai pihak yang terlibat daJam bidang pendidikan, terdapat tanda-tanda yang membimbangkan dan mencemaskan dalam hal penghayatan dan pelaksanaan gagasan-gagasan barn pendidikan BM yang bersifat inovatif itu. Pelaksanaan gagasan-gagasan yang dicitacitakan sebagai pengisian Falsafah Pendidikan Negara dan Reformasi Pendidikan itu tampaknya kian lesu dan luntur. Suasana pengajaran dan pembeJajaran Bahasa Melayu kembali ke suasana kurikulum lama. Suasana pendidikan Bahasa Melayu yang berasaskan pendekatan bersepadu sukar ditemukan dan disaksikan di kebanyakan sekolah. Senario pada hari ini, didapati guru-guru Bahasa Melayu hanya mempraktikkan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran, terbatas dalam panduan di dalam buku teks dan buku rujukan silabus semata-mata. Kekurangan inilah yang akan diterokai dalam kajian ini bagi menambah baik pengajaran Bahasa MeJayu di dalam kelas.
TINJAUAN PUSTAKA
Kajian Terdahulu
Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan dalam aspek memnJau keprofesionalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antaranya kajian Yahya Othman dan Roselan Baki (2009). Kajian ini melihat persepsi guru Bahasa Melayu terhadap aspek penyerapan berdasarkan persediaan, pelaksanaan dan keberkesanannya. Pengkaji juga mengkaji persepsi guru dalam melaksanakan unsur penyerapan . Kecerdasan' Pelbagat dalam ptmgajaran. Kajian secara' tinjauan ini menggunakan soal selidik dengan sampel kajian yang terdiri atas 60 guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah. Temuan menunjukkan sampel kajian memahami konsep penyerapan. Namun, terdapat kelemahan dari aspek pendedahan dan pelaksanaan unsur tersebut. Manakala, unsur penyerapan kecerdasan pelbagai pula masih pada tahap sederhana dari segi pelaksanaan dan memerlukan pendedahan yang lebih mendalam. Penyerapan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembeJajaran lebih bermakna dengan menggunakan keupayaan kognitif. Melalui penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan Jagi keupayaan bahasanya berdasarkan 9 jenis kecerdasan iaitu Iinguistik, matematik-logik, ruang-visual, kinestetik-badan, muzik, interpersonal, intrapersonal, Iingkungan dan eksistensial (Suparno 2004). Namun. keterbatasan kajian ini lebih memokuskan kepada kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan kesan penyerapan yang diukur dalam kemampuan beJajar pelajar-pelajar dan tidak memfokuskan kapasitas Hmu dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu itu sendiri yang mana ini dapat memberi kelebihan dalam P&P Bahasa Melayu.
Kajian seterusnya adalah kajian oleh Boon Pong Yong (2009) yang mengkaji tentang amalan reflektif ke arab peningkatan profesionalisme guru. Artikel ini membicarakan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk peJajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Justru itu, guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflel..'tif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Antaranya amalan refleksi melalui penulisan reflektifljumal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, perkembangan profesional on-line serta aktivitas Pusat Kegiatan Guru dapat membawa kepada peningkatan profesional diri guru. Strategi-strategi tersebut merupakan jentera untuk guru membuat refleksi selain mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif
17
Anida Sarudin
dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan pengajaran-pembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reflektif, guru dapat meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta menjadi more thoughtful teachers. Berdasarkan kajian ini, jelas bahwa batasan kajian lebih menumpukan kepada pelaksanaan strategi bagi meningkatkan keprofesionalisme guru dan tidak juga berfokus kepada kapasitas iImu guru Bahasa Melayu dalam P&P.
Kajian seterusnya adaIah kajian yang telah dilakukan oleh Syed Najmuddin et. aI
(2009) yang meninjau persepsi pelajar terhadap profesionaIisme guru Pendidikan Islam
MRSM. k。ョセ@ゥ
ini bertujuan mengenal pasti penilaian pelajar terhadap kepemimpinan
guru Pendidikan Islam MRSM. Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap
profesionaIisme guru pendidikan Islam daIam aspek irnej dan integritas, pengajaran dan
pembelajaran, kepemimpinan keagamaan dan interaksi dengan pelajar. Kajian ini
berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 1011 orang pelajar di kalangan pelajar
MRSM. Sebanyak 10 buah MRSM telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Data
dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 (Statistical Package for Social Science) dan
dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, persentase dan min
saja. HasH kajian ini mendapati bahwa tahap kepemimpinan guru pendidikan Islam
MRSM adaIall pada tahap tinggi. Berdasarkan kajian ini, jelas sekali bahwa pengukuran
profesionalisme guru terbatas kepada imej dan integritas, pengajaran dan pembelajaran
(pedagogi), komunikasi interpersonal dan kepemimpinan. Walaupun terdapat pengukuran
profesionaIisme guru dalam P&P, akan tetapi tahap profesionalisme yang diukur lebih
berpusat kepada kualitas kaedah pengajaran dan bukan kepada kapasitas ilmu oleh guru-
guru itu sendiri. Keterbatasan ini menyebabkan kajian ini perIu dilakukan bagi meninjau
keprofesionaIan guru khususnya guru Bahasa Melayu dalam penguasaan ilmu linguistik.
METODEPENELITIAN
Kajian ini mengunakan kaedah kajian pusstaka, soaI selidik dan wawancara bagi meneliti perkembangan kajian berkaitan keprofesionalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian pustaka, kajian ini meneliti konsep-konsep linguistik asas yang perlu diketahui oleh guru-guru bahasa Melayu untuk diketengahkan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian ini dilaksanakan di dua daerah di negeri Perak, iaitu daerah Kuala Kangsar, dan Manjung. Kedua-dua buah daerah ini dipilih untuk merangkumi kesemua sekolah yang terdapat di negeri Perak. Sebanyak lima buah sekolah telah dipilih bagi setiap daerah. Pemilihan sekolah-sekolah ini merangkumi kategori sekolah Bandar (kota) dan sekolah luar kota bagi melihat prestasi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah ini. Berdasarkan penilaian ini, penyelidikan ini dapat melihat kaitan penguasaan ilmu linguistik guru Bahasa Melayu dengan pencapaian pelajar di sekolah bandar dengan sekolah di luar bandar.
Penyelidikan yang di lakukan ini, melibatkan dua jenis data, yaitu data primer dan data sekunder. Data primer dapat diperoleh daripada borang soal selidik, wawancara dan proses rekaman pengajaran dan pembelajaran. Data sekunder pula, dapat diperoleh daripada pelbagai sumber seperti buku, jumal pendidikan, kertas keIja dan sebagainya.
Responden dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sahaja. Penyelidikan ini telah mendapatkan 50 orang responden bagi setiap sekolah dalam memberikan maklum balas terhadap kajian ini. Di samping itu, kaedah wawancara merupakan satu teknik untuk mendapatkan data dan maklumat secara tidak berstruktur atau separuh struktur. Melalui kaedah ini, penyelidik dapat mendengar dengan jelas serta memahami maklumat yang disampaikan oleh responden secara bersistematik.
18
Kajian Linguistik, Tahun Ke-12, No 2, Agustus 2014
Penyelidikan ini telah memilih dua orang guru Bahasa Melayu untuk diwawancara. Kaedah seterusnya ialah, kaedah rakaman proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui rakaman ini, penyelidik dapat mengetahui penguasaan dan penerapan ilmu linguistik guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah pemerhatian digunakan dalam penyelidikan ini untuk melihat penguasaan
ilmu linguistik guru Bahasa Melayu semasa proses 。@・イセァョー
dan pembelajaran.
Menurut Asmah Haji Omar (2002), pemerhatian boleh dilaksanakan dengan dua eara.
Pertama, secara pemerhatian luar dan kedua, pemerhatian sebagai pemeran. Pemerhatian
luar ialah セゥ@ォョ・ーァ
meletakkan dirinya sebagai pemerhati dan memerhati semua perkara
yang berlaku. Pemerhati sebagai pemeran bermaksud penyelidik mengikuti dalam
kegiatan yang di lakukan oleh subjek kajian. Kaedah pemerhatian ini menggunakan
kaedah rekaman untuk dijadikan bahan bukti mengenai pengajaran responden tersebut.
Semasa kaedah pemerhatian dijalankan, pengajaran guru yang di pilih akan di rakam
supaya setiap perkara dapat dijadikan maklumat untuk penyeIidikan ini. Semasa
memerhatikan pengajaran responden, sesi eatatan dilakukan untuk membuat andaian
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat dalam penyelidikan ini.
Penyelidikan ini juga menggunakan kaedah wawancara. Wawaneara merupakan instrumen penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian daripada responden. Wawancara di jalankan bagi mendapatkan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk meneapai objektif penyelidikan. Wawancara merupakan salah satu sumber maklumat yang paling penting dalam penyelidikan ini. Hal ini kerana melalui wawancara, penyelidik dapat mengetahui pandangan responden terhadap kajian yang dijalankan. Dalam penyeJidikan ini dua orang guru dari setiap daerah telah di pilih bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai penguasaan linguistik dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sesi wawancara di jalankan sebelum merekod sesi pengajaran dan pembelajarandi jalankan.
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item berbentuk tulisan. Soalan soaJ
selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat
bagi tujuan menganalisis persoalan kajian. Soal selidik mempunyai beberapa kelebihannya. Antara kelebihannya menurut Mahdzan (2007), ialah dapat membantu penyelidik dalam membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain menerusi soalan yang di soal dalam soal selidik. Keduanya, membantu penyeIidik mempercepatkan ketja pengumpulan data dan memastikan data yang telah di kumpul berkualitas. Ketiga, memudahkan ketja pemerosesan data.
Penyelidikan ini menggunakan set soal selidik yang merangkumi butir-butir 「ゥ。ー・イセ、@ inventori persediaan dan pelaksanaan P&P. Data sekunder diperoleh daripada pembacaan dan kajian daripada buku- buku, jurnal, majalah pendidikan dan sebagainya. Dalam penyelidikan ini, data sekunder digunakan untuk mengukuhkan keputusan kajian yang dijalankan. Jadi, sumber sekunder sangat penting dalam penyelidikan ini. Selain itu juga, sumber sekunder ini dapat dijadikan hujah bagi menyokong fakta yang di kemukan bagi penyelidikan ini.
TEMUAN DAN PEMBABASAN
1. ProCesional Dalam Profesion Perguruan
Menurut Kamus Dewan (2005), 'profesion' ialah suatu bidang peketjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Pendapat Lieberman (1956), profesion merujuk kepada suatu peketjaan yang melaksanakan fungs! sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap
19
Anida Sarudin
kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan (Noriati A.Rashid et. aI 2010).
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu Iagi era baham. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai
ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru Iebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21. Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionaJisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan (Noriati A.Rashid et. ai, 2010).
The National Board ofProfessional Teacher Standards (1993) di Amerika Syarikat telah mengenal pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, yaitu:
1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan kepada pelajaranya.
3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya.
4. Guru ber:fikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari daripada pengalaman masing-masing.
5. Guru senantiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti (Mohd Yusof Abdullah et aI., 2008).
Berdasarkan pernyataan-pernyataan ini dapatlah dirumuskan bahwa guru bahasa
Melayu yang profesional ialah guru yang memiliki pengetahuan yang tinggi daIam bidangnya dan memainkan peranan yang berkesan dalam penyampaiannya. Dengan kata lain, guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan. Mereka juga perIu mempunyai pedagogi serta berpengetahuan terhadap kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Polemik Penguasaan Dmu Linguistik di Kalangan Guru-Guru Bahasa Melayu di Sekolah
Salah satu tanggungjawab sebagai seorang guru ialah memperbaiki mutu pengajarannya supaya lebih berkesan. Menurut Azizi Yahya et.al (2007), seseorang guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka. Selain memperbaiki kaedah pengajaran, guru Bahasa Melayu juga perlu melengkapkan diri dengan aspek-aspek persediaan lain dalam meningkatkan mutu pengajaran seperti memperkayakan diri dengan kemahiran atau strategi meningkatkan ilmu pengetahuan iaitu memperkasakan ilmu berkaitan bidang pengajaran. Berdasarkan hakikat tersebut, temyata amalan
20
Kajian Linguistik, Tahun Ke-l2, No 2, Agustus 2014
pengajaran memainkan peranan penting bagi memastikan kualitas dalam pengajaran dan pencapaian prestasi yang cemerlang dalam kalangan pelajar-pelajar.
Dalam konteks amalan pengajaran yang menyentuh tentang kualitas ilmu yang ada dalam diri seorang guru Bahasa Melayu, penguasaan seseorang guru terhadap asas bidangnya, iaitu ilmu linguistik amat penting. Hal ini kerana iImu ini merupakan satu bidang ilmu yang luas yang pada asasnya memusatkan kajian kepada segala aspek bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan lain-lain. IImu linguistik bertujuan mengkaji bahasa dan mencipta teori-teori bagi menghuraikan segala fenomena bahasa yang dikaji itu. Walaupun pada dasamya ilmu linguistik lebih memfokus kepada aspek teori dan struktur bahasa, tetapi bidang ini juga telah membuka langkahnya menerokai bidang-bidang lain seperti sosiologi, psikologi, dan neurologi. Disiplin linguistik yang mengkaji bahasa dari perspektif sosial dinamakan sosiolinguistik, sementara disiplin linguistik yang mengkaji bahasa dari perspektif psikologi dinamakan psikolinguistik, dan yang mengkaji bahasa dari sudut neurologi dinamakan pula neurolinguistik.
Bidang pengajaran bahasa pula merupakan satu bidang penerapan linguistik yang kompleks dan 'multidisiplin' sifatnya, bertujuan mengajar bahasa kepada pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka menguasai bahasa tersebut dan boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan bahasa yang dipelajari tadi. Bagi mencapai tujuan ini, bidang pengajaran bahasa tidak dapat mengasingkan dirinya daripada disiplin-disiplin
linguistik yang Jain terutamanya disipJin linguistik teoritis, sosiolinguistik, dan
psikolinguistik. Semua disipJin ini memberi sumbangan yang berguna bagi menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Disiplin sosiolinguistik penting bagi pengajaran bahasa kerana disiplin ini memperlihatkan bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dalam masyarakat dan ini akan memberikan gambaran yang menyeluruh mengenai penggunaan bahasa dalam konteks sosial dan budaya masyarakat penuturnya kepadapelajar.- Sumbangandisiplin-ini akan membolehkan trelajar berinteraksi dalam masyarakat dengan menggunakan bentuk dan Jaras bahasa yang betuJ dan sesuai puJa dengan pelbagai situasi. Kepada guru pula, disiplin ini membantu dalam memilih bahanbahan atau isi bagi pengajaran bahasa, sesuai dengan fungsi sosial yang didokong oleh sesuatu bahasa itu sebagai alat Ufltuk berkomu..nikasi.
Memang selalu kita mendengar guru mengatakan mereka tidak memerlukan linguistik untuk mengajarkan subjek bahasa Melayu. Hal ini bolehjadi benar. Ada ramai guru bahasa Melayu, lebih-Iebih lagi daripada generasi yang laIn, tidak pun mendengar istiIah linguistik, tetapi teIah dapat mengajarkan bahasa Melayu dengan baik. Hari ini guru bahasa diberi pengetahuan linguistik dan dilengkapi pula dengan segala macam alat dan kemudallan tetapi masih menghasilkan pelajar yang kadang-kadang tidak pun boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan sempuma. lni menimbulkan persoalan, betulkah linguistik itu diperlukan oleh guru bahasa Melayu? Ada satu perkara yang jelas, kita tidak harns berlagak seperti Pak Pandir dan menganggap linguistik barn saruya ditemui. Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. R.H. Robins (1967), telah menunjukkan beberapa kejayaan satjana Yunani. Memanglah satjana-satjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Kajian ini berterusan ke hari ini.
Linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Bezanya hanyalah, mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pemyataan preskriptif dan normatif, tetapi linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Seseorang guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajarkan sebutan, tatabahasa, atau
21
Anida Sarudin
makna, sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas.
Sekolah merupakan institusi yang memainkan peranan penting dalam mengubah minda pelajar. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan wawasan pendidikan negara, guru perlulah menjalankan pengajaran dengan baik dan berkesan. Kualitas pencapaian pelajar dalam subjek yang diajar bergantung kepada keprofesionalan guru menguruskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Mok (2000), pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Pengajaran bahasa Melayu yang bennutu sebagai saluran pengajaran bahasa pengantar yang unggul dan dinamis perlu dikuasai oleh guru-guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kurikulum sekolah. Untuk mengetahui bahasa sahaja belum mencukupi, tetapi penguasaan bahasa mestilah mencapai peringkat penghayatan. Antara peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah:
1. Guru sebagai model kepada pelajar di mana guru perlu meningkatkan pengetahuan Hmn bahasa supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan bennutu dan tepat.
2. Guru hendaklah meningkatkan amalan mengutamakan penyampaian fakta dan isi sesuatu mata pelajaran ke arah pengajaran bemilai tambah.
3. Guru perin mengambil berat terhadap pengetahuan bahasa Melayu yang bennutu dan sentiasa peka terhadap perubahan istilah.
4. Guru harns peka tentang sejauh mana pengetahuan bahasa yang digunakan oleh murid-murid.
S. Guru harnslah menambahkan pengetahuan bahasa kepada pelajar bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam ilmu bahasa Melayu.
Pengetahuan tentang ilmu Jinguistik adalah perJu kepada guru-guru bahasa Melayu
di sekolah. Hal ini kerana aspek linguistik merupakan komponen asas untuk memahami
bahasa Melayu. Disiplin linguistik dapat memperkenalkan bidang-bidang linguistik yang
begitu luas kepada umum. Linguistik meliputi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan
kajian bahasa, yaitu dari segi イエセゥ・@ッ
aplikasi dan antara disiplin. Antara bidang-bidang
linguistik ialah:
1. Fonetik: kajian bunyi-bunyi bahasa manusia.
2. Fonologi atan fonemik: kajian pola-pola bunyi asas bagi sesuatu bahasa.
3. Morfologi: kaj ian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan.
4. Sintaksis: kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk
membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa.
S. Semantik: kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana
perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bennakna.
6. Pragmatik: kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun
secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi.
7. Linguistik sejarah: kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui
melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan
sintaksis.
8. Stilistik linguistik: kajian gaya dalam bahasa-bahasa.
9. Analisis wacana: kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.
10. Linguistik korpus: kajian bahasa menggunakan data sebenar.
11. Leksikografi: kajian bahasa yang melibatkan proses penyusunan kamus.
12. Sosiolinguistik: kajian yang mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat.
13. Neurolinguistik: kajian bahasa yang mengkaji hubungan bahasa dan otak.
14. Dialektologi: kajian bahasa berkaitan dialek.
22

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkualitas
guru bahasa Melayu perlu sekurang-kurangnya menguasai bidang-bidang linguistik ini
supaya dapat memberi nilai tambah terhadap pengetahuan @セN。イャ・ー
Kebanyakan guru-guru
masih lagi mengarnalkan cara tradisional dalarn ョ@ァーイ・。セ
dengan tidak menitikberatkan
aspek bernilai tambah dalarn pengajaran. Laporan Penilaian Kurikulum Bam Sekolah
Menengah yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah maktab perguruan di Malaysia
mendapati, sebilangan guru tetap dan kekal dengan cara pengajaran sehala dan kekal
dengan membahaskan pellgajarall ke arOO peperiksaan semata-lllata. Hal ini berIaku
kerana guru malas membuat persediaall dan perancangan sebelum kuliah berlangsung.
Memang diakui juga ramai di kalangan guru-guru tidak menerapkan kreativiti dalarn
pengajaran dan 。イョ@セャ・「ュー
bahasa Melayu di sekolah. Mereka tetap bersandarkan
kepada buku teks dan buku-buku rujukan yang berlegar dalarn aras pendidikan sekolah
menengOO saja, tidak kepada aras yang lebih tinggi menjangkaui pengetahuan mereka.
Selain memiliki sijil kelayakan yang diiktiraf, guru juga perIu mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemOOiran tinggi yang diiktiraf bukan セウ。@ィ
dalarn aspek yang
diajarnya. Kajian dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bOOwa
antara sebab yang membawa kepada fenomena guru tidak berkualitas berlaku kerana
ketidaksepadanan opsyen dengan kepakaran mereka. Kajian juga mendapati bahwa guru
tidak suka membaca dan keadaan ini akan membuatkan guru tersebut terhad terhadap
ilmu yang dikuasainya dan tidak berkembang. Guru perlu sedar bahwa ilmu tidak statik
dan ilmu sentiasa mengalarni fasa perubahan dan pembOOaruan. Sekiranya guru itu
menguasai ilmu pengetahuan dan menerapkannya dalarn pengajaran dan pembelajaran,
sudOO pasti pelajar-pelajar dapat menguasai ilmu bOOasa Melayu dengan baik. Jika
fenomena ini berterusan, situasi ini akan mewujudkan impak yang positif dalam mutu
pendidikan bahasa Melayu.
Sesungguhnya, peranan guru