KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  

KERANGKA KURSUS

Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21 Topik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Peta Pemikiran-i-Think dalam

  PdP BM

  Personel

  Penceramah

  A. Objektif

  Pada akhir sesi kursus peserta dapat; 1. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid; 2. membimbing guru dalam menggunakan peta pemikiran i-Think ; 3. menggunakan dan mengamalkan peta pemikiran i-Think semasa pengajaran dan pembelajaran.

  B. Kandungan Modul

  Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen i-Think dapat membantu guru dalam meningkatkan amalan dan budaya berfikir aras tinggi. Peta Pemikiran i-

  

Think dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik mudah yang mempunyai proses pemikiran

tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

  C. Pelaksanaan

  1. Syarahan

  2. Perbincangan

  3. Aktiviti latih amal (hands-on)

  4. Pembentangan

  D. Bahan Pengajaran

  1. Modul

  2. Nota

  3. Slaid Perisian Persembahan

  4. Borang penilaian

  5. LCD

  6. Komputer

  7. Papan putih

  8. Pen Papan Putih

  9. Kertas sebak

E. Rumusan/Refleksi

  Peserta kursus dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik PdP yang disarankan

  PROGRAM i-THINK

i-Think merupakan satu program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid agar kita dapat melahirkan

murid berinovatif. Antara alat pemikiran yang boleh digunakan ialah:

  1. Edward De Bono 6 Thinking Hats

  2. Peta Minda (Tony Buzan)

  3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)

  4. Analisis SOWT

  5. Carta T

  6. Carta Y

  7. Diagram Lotus

  8. Peta Pemikiran i-Think

4.0 PETA PEMIKIRAN i-Think

  Dalam program i-Think, peta pemikiran diperkenalkan melalui 8 bentuk grafik mudah. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

LAPAN PETA PEMIKIRAN

  1. Peta Bulatan Proses Pemikiran = Mendefinisikan Mengikut Konteks Langkah Pembinaan Peta Bulatan 1.

  Lukis sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

  2. Tulis topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

  3. Lukis sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

  4. Isi bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

  5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

  Contoh:-

  semua yang saya tahu tajuk/topik bagaimana saya tahu apa yang saya tahu

  Peta Bulatan Proses Pemikiran Mendefinisikan dalam konteks

  2. Peta Buih Proses Pemikiran = Penerangan Menggunakan Kata / Frasa Adjektif Proses Pemikiran

  Menjelaskan sesuatu dengan menggunakan kata atau frasa adjektif

  kata atau frasa adjektif perkara yang dijelaskan Peta Buih Langkah Pembinaan Peta Buih 1. Lukis sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

  2. Lukis beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.

  3. Sambung semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

  4. Senarai seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif.

  Warna yang berbeza boleh digunakan.

  5. Contoh: Kata Adjektif - cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Frasa Adjektif - bertelinga besar, bersisik tebal.

3. Peta Buih Berganda Proses Pemikiran

  Membandingkan dan membezakan

   persamaan

perkara, benda atau idea yang hendak

dibandingkan dan di bezakan perbezaan

  Peta Buih Berganda

  Langkah Pembinaan Peta Buih Berganda

  

1. Lukis 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek

/ idea) yang ingin dibandingkan.

  2. Tulis kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

  3. Lukis beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah antara 2 bulatan utama.

  4. Sambung semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.

  5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

  6. Isi semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.

  7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

4. Peta Pokok Proses Pemikiran = Membuat Pengkelasan Proses Pemikiran

  Mengkategorikan atau mengklasifikasikan

  kategori/tajuk/topik subkategori/idea utama

subkategori-subkategori/

idea sokongan huraian/contoh

  Peta Pokok Langkah Pembinaan Peta Pokok 1. Tulis tajuk / topik utama di bahagian atas dan gariskannya.

  2. Lukis garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan / kategori.

  3. Tulis setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.

  4. Senaraikan contoh / penjelasan bagi setiap kategori.

  5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

5. Peta Dakap Proses Pemikiran = Hubungan Seluruh dan subbahagian Proses Pemikiran

  Keseluruhan dan Bahagian

  

s u b b a h a g i a n k e p a d a

b a h a g i a n u t a m a n a m a o b j e k [ k e s e l u r u h a n] b a h a g i a n

  • – b a h a g i a n u t a m a o b j e k

  Peta Dakap Langkah Pembinaan Peta Dakap

  1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisis objek secara fizikal / maujud 2. Tulis bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

  3. Tulis bahagian / pecahan utama.

  4. Tulis bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

  5. Lukis ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.

6. Peta Alir Proses pemikiran = Urutan Proses Pemikiran

   urutan/kitaran/sekuen

  fasa-fasa/peringkat-peringkat utama peristiwa/proses mengikut urutan/sekuen subfasa-subfasa/subperingkat- utama peristiwa/proses mengikut urutan/sekuen

  Peta Alir Langkah Pembinaan Peta Alir

  1. Tulis tajuk ( peristiwa / langkah)

  2. Lukis sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat ...

  3. Lukis anak panah mengarah ke sebelah kanan.

  4. Lukis kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.

  5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

  6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)

  7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukis kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.

7. Peta Pelbagai Alir Proses pemikiran = Sebab dan Akibat Peta Pelbagai Alir Langkah Pembinaan Peta Pelbagai Alir 1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.

  2. Lukis kotak di bahagian tengah dan tulis peristiwa yang dikaji.

  3. Di sebelah kiri rajah, tulis sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.

  4. Sambung setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

  5. Tulis beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.

  6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

  7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.

8. Peta Titi Proses pemikiran = Melihat Analogi (Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Penghubung)

  Langkah Pembinaan Peta Titi 1. Lukis sebuah garisan dan tulis faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.

  2. Faktor penghubung (RF) ialah frasa setara yang mengaitkan analogi.

  3. Lukis garisan dan tulis di bahagian atas dan di bawahnya pasangan yang berkaitan.

  4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.

  5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi 6. Sambung pasangan seterusnya sehingga tamat.

  Contoh

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  

KERANGKA KURSUS

Tajuk Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21 Topik Didik Hibur dalam PdP BM Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir kursus ini, peserta dapat memahami:

  1. konsep didik hibur 2. faktor-faktor yang menentukan kejayaan pelaksanaan didik hibur; dan 3. proses pelaksanaan didik hibur dalam PdP.

  B. Kandungan Pengajaran 1. Definisi didik hibur.

  2. Ciri-ciri didik hibur.

  3. Peranan guru dan aktiviti-aktiviti yang menentukan kejayaan pelaksanaan pendekatan didik hibur.

4. Pengaplikasian elemen –elemen didik hibur.

  C. Kaedah

  1. Syarahan

  2. Perbincangan

  3. Aktiviti latih amal (hands-on)

  4. Pembentangan

  D. Bahan Pengajaran

  1. Modul

  2. Nota

  3. Slaid Perisian Persembahan

  4. LCD

  5. Komputer

  6. Papan putih

  7. Pen Papan Putih

E. Rumusan/Refleksi

  Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap dapat memahami konsep kreativiti didik hibur dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing. Di samping itu, peserta berupaya untuk meneroka ilmu pedagogi terkini sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan.

  5.0 Pengenalan

  Pendekatan didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah.

  5.1 Latar Belakang Didik Hibur

  Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang telah memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

  Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan Didik Hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif iaitu didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.

  5.2 Apa Itu Didik Hibur ?

  Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera, iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

  5.3 Ciri-Ciri Didik Hibur

  i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. ii. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru ,murid- murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu- tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. iii. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.

  Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan TMK dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. iv. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa Malaysia. v. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. vi. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. vii. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. viii. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. ix. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

  5.4 Cara Pelaksanaan

  Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan pantun dua kerat. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu: i. Pelbagai bidang ilmu serta tema, ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, iii. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan iv. Kemahiran bernilai tambah.

  Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema kerana ,iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan, pantun dua kerat dan empat kerat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

  5.5 Objektif Didik Hibur

  Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu: i. Menggunakan dan memahami lirik lagu secara didik hibur; ii. Menggunakan dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita; dan iii. Menggunakan dan memahami pantun dua kerat dan empat kerat secara didik hibur.

  5.6 Apa Itu Bahasa Badan ?

  Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walau bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur, bahasa tubuh merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan pantun dua kerat dan empat kerat.

5.7 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

  a. Guru

  Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Hal bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: i. Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakutkan atau menggerunkan murid-murid. ii. Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. iii. Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. iv. Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. v. Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. vi. Guru boleh membuat pelbagai suara. vii. Guru boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. viii. Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. ix. Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, x. Guru atau fasilitator ialah seorang yang fleksibel.

  b. Aktiviti Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang.

  Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira semasa merancang aktiviti Didik Hibur, iaitu: i. Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. ii. Aktiviti yang dijalankan hendaklah berdasarkan silang budaya iii. Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai. iv. Aktiviti didik hibur boleh dibuat, dijalan dan diselesaikan oleh murid-murid tanpa banyak masalah dan halangan. v. Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. vi. Peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid hendaklah disediakan. vii. Aktiviti didik hibur yang dirancang perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

5.8 Nyanyian dalam Didik Hibur

  Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian.

5.8.1 Aktiviti Nyanyian

  a. Definisi Nyanyian

  Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Kamarudin Husin (1999) pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

  b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian

  i. Menyanyi boleh menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baharu kepada murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Hal ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. ii. Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru, murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan. iii. Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya. iv. Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah. v. Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan. vi. Lagu boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat. vii. Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik. viii. Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek pemahaman bahasa.

5.8.2 Prinsip Nyanyian

  i. Elakkan daripada memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Lagu juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno atau dialek negeri tertentu. Pilihlah seni kata dari lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard dan digunakan sehari-harian. ii. Pilihlah lagu yang menpunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik- baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik lagu tersebut. iii. Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya, iaitu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat perlulah diberikan keutamaan oleh guru. iv. Pilihlah lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi, perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang hendak dipelajari. Hal ini kerana pembelajaran bukan sahaja melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran. v. Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita seperti kisah seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat.

  Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Hj. Arshad. vi. Bagi murid-murid yang berada dalam tahap rendah, lagu yang dipilih perlu mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran mereka.

  5.8.3 Standard Kandungan ( 1 ) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

  1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

  1.1 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

  5.8.4 Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian

  ( i ) Prapersediaan Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai atau menulis semula seni kata lagu tersebut mengikut kesesuaian.

  ( ii ) Penyampaian Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenalpasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh memainkan pita rakaman dan memperdengarkan lagu itu kepada murid-murid. Buat latih nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan gerak badan atau aksi untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat. ( iii ) Penutup

  Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam seni kata lagu berkenaan.

5.8.5 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian

  i. Santai – Mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang digemari. ii. Kelakar – Mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri. iii. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan. iv. Semangat mencuba

  • – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.

  v. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.

5.8.6 Kaedah Mengajar Nyanyian ( i ) Kaedah keseluruhan lagu.

  Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Selain itu, kaedah ini sesuai untuk kelas yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya. Sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Guru menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas itu murid dibimbing untuk membaca sukukata lagu dengan sebutan yang betul. Seterusnya mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara sebutan a, e, i, o, u secara berulang-ulang. Akhirnya murid-murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

  ( ii ) Kaedah baris demi baris.

  Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah dan panjang. Caranya, guru akan memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Seterusnya murid mendengar dan mengikut guru menyanyi secara baris demi baris dan kemudiannya keseluruhan lagu. Dalam masa yang sama murid juga akan mengajar murid membaca senikata lagu. Jika murid mula menguasainya guru akan membimbing murid menyanyi dengan senikata lagu sebaris-sebaris, berulang-ulang. Guru dan murid-murid menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama. Seterusnya meminta murid menyanyi sendiri dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik. Akhir sekali guru gunakan isyarat tangan.

5.8.9 Cadangan Aktiviti Nyanyian

  ( i ) Murid diperden garkan CD lagu ‘Wajah’ nyanyian Jaclyn Victor dan dalam masa yang sama lirik lagu dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru meminta murid nyanyi bersama-sama sambil menghayati senikata lagu.

  Tajuk/Lirik Lagu : Wajah Penyanyi: Jaclyn Victor

  Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu Setiap langkah perjalananmu beronak berliku Betapa berat mata memandang Berat lagi menggalas bebannya Belum sempat menitis ke pipi Tangisan kering sendiri Berkali tersungkur Pandanganmu kabur Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur Engkaulah perwira di medan derita Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan Luahan rasa derita jiwa Pada wajah tiada rahsia Menunggu malang berganti tuah Usah kau berputus asa

  ( ii ) Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau kandungan lagu yang telah dipelajari. ( iii ) Seterusnya guru boleh meminta mereka menggambarkan idea dalam lagu itu dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.

  ( iv ) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek dari isi atau kandungan lagu tadi. ( v ) Seterusnya murid-murid bebas melakonkan aktiviti atau peristiwa dalam lagu tersebut menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal. ( vi ) Akhir sekali murid-murid diminta mendengar lagu itu sekali lagi dan dalam masa yang sama, mereka memenuhkan tempat kosong dengan perkataan yang telah dikosongkan tadi. ( vi ) Pada akhir sesi, guru dan murid boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang dijalankan sebelum ini.

5.9 Bercerita dalam Didik Hibur

  Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah sering digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dalam keadaan yang menyeronokkan.

  5.9.1 Definisi Bercerita

  Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.

  5.9.2 Kebaikan Aktiviti Bercerita

  i. Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya. ii. Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya. iii. Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid- murid. iv. Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid. v. Asas untuk pendidikan agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur- unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid. vi. Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak dapat membentuk jiwa pelajar secara sihat. Si Tanggang misalnya, mempunyai falsafah-falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat mendalam. Implikasi cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid-murid. Pengajaran yang diperoleh daripadanya juga boleh dijadikan panduan hidup mereka.

  5.9.3 Prinsip Aktiviti Bercerita

  i. Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka. ii. Cerita perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan. iii. Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa- peristiwa tertentu dan sebagainya. iv. Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.

  5.9.4 Standard Kandungan

  ( 1 ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

  1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

  1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

5.9.5 Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita

  ( i ) Permulaan cerita ( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Permulaan cerita boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, pelibatan murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

  ( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang hendak disampaikan.

  ( ii ) Pembentukan cerita ( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid- murid. Hal ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.

  ( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.

  ( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan suara mengilai. Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai reaksi di luar kawalan mereka.

  ( d ) Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan. ( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan.

  Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan. ( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, iaitu jalan cerita yang perlu didahulukan akan disampaikan pada awal cerita dan begitulah sebaliknya. Hal ini perlu supaya hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan meyakinkan pendengar. ( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema yang hendak disampaikan. Pemahaman terhadap tema membantu murid mengenal pasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan. ( h ) Pelibatan murid perlu menyeluruh dan maksimum, iaitu sama ada secara kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini. ( iii ) Penutup Cerita

  ( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai. ( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru.

5.9.6 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita

i. Santai – Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari.

  ii. Kelakar dan lucu

  • – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan maka adegan lucu terjadi.

iii. Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan.

  iv. Semangat mencuba

  • – Usaha murid untuk mengambil bahagian di hadapan rakan- rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita yang digemari.

  v. Tidak takutkan guru

  • – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian cerita lebih berkesan.

  vi. Kurang tekanan

  • – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita atau pendengar cerita dihargai.

5.9.7 Cadangan Aktiviti Bercerita

  i. Aktiviti Menyanyikan Cerita

  • – Isi dan fakta yang kan diajar digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika d iiringi muzik ‘minus one’ lagu berkenaan.

  ii. Aktiviti Lakonan Cerita

  • – Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca dialog lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

  iii. Aktiviti Kerusi Panas

  • – Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan.

  iv. Aktiviti Improvisasi

  • – merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.

5.10 Lakonan dalam Didik Hibur

  Di sekolah, berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid kerana dijalankan dalam bentuk bermain dan bersantai. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi aktiviti ini pasti akan membantu meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik.

  5.10.1 Definisi Lakonan

  Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Lakonan dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

  5.10.2 Kebaikan Aktiviti Lakonan

  i. Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul. ii. Membolehkan mmurid-murid menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul. iii. Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur. iv. Membolehkan murid-murid berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka. v. Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat. vi. Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. vii. Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid. viii. Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negatif lain. ix. Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar.

  5.10.3 Prinsip-prinsip Berlakon

  Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan berkesan serta memenuhi tujuan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu ketika mengendalikan aktiviti berlakon. Antaranya adalah seperti berikut: i. Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid. ii. Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar. iii. Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid. iv. Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan. v. Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan lakonan tersebut atau membunuh minat dan semangat berlakon dalam kalangan murid. vi. Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang.

  5.10.4 Standard Kandungan

  ( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

  1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.

  1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

5.10.5 Jenis Lakonan

  Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu: i. Lakonan Berdasarkan Permainan