Modul KBAT sejarah

  Sebagai warga patriotik, saya boleh berperanan menghalang penjajahan bentuk baru di negara kita dengan mengukuhkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan segala anasir luar. Selain itu, saya perlu menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar dapat menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada negara dan seterusnya berupaya menghalang segala penjajahan bentuk baru di negara ini. Di samping itu, saya juga akan berhati-hati terutamanya apabila menggunakan laman sosial agar tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang bertujuan menjatuhkan negara. Saya juga akan menanamkan nilai- nilai murni dalam diri agar dapat membentuk peribadi yang luhur. Seterusnya, saya boleh menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk meningkatkan jati diri dan menanam perasaan cinta akan negara. Bagi menghalang penjajahan bentuk baru dari aspek ekonomi, saya akan menggunakan dan menyokong barangan buatan Malaysia dan tidak membeli serta menyokong barangan buatan barat. Bagi menghalang penjajahan bentuk bru dari aspek kebudayaan, saya akan mengamalkan budaya tempatan yang baik dan menjauhi budaya negatif barat yang akan merosakkan minda dan akhlak kita. Filem-filem yang kurang bermoral terutamanya dari barat perlu dielakkan bagi menghalang penjajahan dari aspek sosial.

  Sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotik, kestabilan politik di negara ini akan terancam terutamanya apabila wujudnya perselisihan antara kaum. Selain itu, nagara kita juga diancam akan dijajah semula oleh musuh. Kedaulatan bangsa juga akan hilang kerana rakyat tidak menghormati perlembagaan negara. Di samping itu, perpaduan antara kaum juga akan terjejas kerana wujudnya perselisihan faham antara kaum. Sejarah mungkin akan berulang semula, iaitu peristiwa 13 Mei 1968 yang melibatkan masalah perkauman sehigga boleh mengancam keamanan negara. Dari aspek ekonomi, negara kita akan mundur kerana rakyat tidak persat-padu untuk menggerakkan ekonomi negara.

  Pembangunan negara juga tidak dapat diteruskan kerana kerajaan terpaksa mengalihkan fokus kepada menyelesaikan masalah perpaduan kaum. Perdagangan dengan negara luar juga akan berkurangan kerana para pelabur tidak akan melabur di negara yang tidak mempunyai kestabilan politik. Dari aspek sosial, keamanan negara akan terancam kerana berlaku banyak rusuhan dan demonstrasi yang menimbulkan isu perkauman dan menentang kerajaan. Kadar jenayah juga akan meningkat keraa pihak berkuasa tidak mampu menjalankan tugas dengan cekap. Seterusnya, masalah sosial akan terus berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja kerana mudah terpengaruh dengan budaya barat yang tidak baik yang merupakan salah satu penjajahan bentuk baru. Pemimpin yang beewibawa juga