Bahan Kbat Sains PT

DRAF
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAHAN SUMBER PENINGKATAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Panduan Penggunaan Soalan Trends In International
Mathematics And Science Study (TIMSS)
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

SAINS

KE ARAH MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KANDUNGAN
PENGENALAN
 Apakah TIMSS ?
 Mengapa TIMSS ?
 Mengapa Panduan ini?
 Bagaimana menggunakan Panduan ini ?
 Bilakah bahan ini boleh digunakan ?


ii

PENYUMBANG

vii

TUGASAN BERDASARKAN SOALAN TIMSS DENGAN PANDUAN PELAKSANAAN:
Tugasan 1
Tugasan 2
Tugasan 3
Tugasan 4
Tugasan 5
Tugasan 6
Tugasan 7
Tugasan 8
Tugasan 9

:
:
:

:
:
:
:
:
:

Pengetahuan
Menaakul
Pengetahuan
Menaakul
Aplikasi
Aplikasi
Menaakul
Aplikasi
Aplikasi

Manusia dan Kepelbagaian Kehidupan
Manusia dan Kepelbagaian Kehidupan
Bahan dalam Alam Semula jadi

Bahan dalam Alam Semula jadi
Bahan dalam Alam Semula jadi
Pengurusan dan Kemandirian Hidup
Daya dan Pergerakan
Daya dan Pergerakan
Teknologi dan Kemajuan Industri dalam
Masyarakat
Tugasan 10 : Pengetahuan Bahan dalam Alam Semula jadi
Tugasan 11 : Pengetahuan Lain-lain
Tugasan 12 : Aplikasi
Manusia dan Kepelbagaian Kehidupan

LAMPIRAN I : Surat kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri
Usaha Meningkatkan Pencapaian TIMSS dan PISA Dalam
Kalangan Murid

2007
2003
1995
2007

2007
2007
2003
2007
2007

1
7
15
19
25
31
37
43
49

2003
2007
2003


59
65
71

77

ii

PENGENALAN
Apakah TIMSS?
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
merupakan pentaksiran antarabangsa terhadap pengetahuan dan
kemahiran sains dan matematik murid Gred 4 dan Gred 8 di
seluruh dunia.
TIMSS telah dibangunkan oleh International Association for the
Evaluation of Educational Achievement (IEA) untuk membolehkan
negara-negara yang mengambil bahagian, membandingkan pencapaian
sains dan matematik murid antara negara seluruh dunia. TIMSS pertama kali
dilaksanakan pada tahun 1995 dan berterusan setiap 4 tahun. Malaysia mula
mengambil bahagian dalam TIMSS melalui penyertaan murid gred 8 (Tingkatan Dua) pada

tahun 1999 dan masih meneruskannya sehingga kini.

Mengapa TIMSS?
Penglibatan Malaysia dalam TIMSS bertujuan mendapat maklum balas berkaitan
pendidikan sains dan matematik kebangsaan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan
pendidikan sains dan matematik. Pencapaian murid dalam TIMSS merupakan salah satu
indikator keberkesanan pendidikan sains dan matematik negara kita berbanding dengan
negara lain. Pencapaian Malaysia dalam TIMSS tahun 1999 hingga 2011 bagi sains dan
matematik Gred 8 (Tingkatan 2) ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Skor Malaysia
Skor Purata
TIMSS
Skor Purata
Antarabangsa

Sains

Matematik
Rajah 1: Pencapaian Malaysia dalam TIMSS


Sumber : Technical Report TIMSS 2007 dan Keputusan TIMSS 2011

iii

Secara keseluruhannya pencapaian Malaysia dalam TIMSS amat
membimbangkan. Walaupun skor Malaysia bagi sains
meningkat pada tahun 2003 tetapi terus menurun sehingga
2011. Manakala pencapaian matematik dalam TIMSS semakin
merosot. Skor Malaysia berada di bawah skor purata TIMSS
selepas tahun 2003. Keadaan ini telah memberikan satu wakeup call untuk mempertingkatkan pencapaian murid Malaysia
dalam pendidikan sains dan matematik. Pencapaian negara
dalam TIMSS dan PISA (Programme for International Student
Assessment) mempengaruhi kedudukan negara dalam
ranking a tara a gsa ya g seri g digu aka sebagai satu
indikator kualiti sistem pendidikan. Menyedari kepentingan
pencapaian dalam TIMSS dan PISA, maka salah satu petunjuk
prestasi utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 adalah untuk memastikan Malaysia
mencapai sekurang-kurangnya skor purata TIMSS menjelang tahun 2015 dan pada satu

pertiga teratas menjelang tahun 2025.

Mengapa Panduan Ini?
Malaysia telah menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang
sepanjang penyertaan dalam TIMSS sejak 1999. Soalan sains
dalam TIMSS mengandungi lebih kurang 60% soalan jenis aplikasi
dan penaakulan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Analisis pencapaian sains dalam TIMSS menunjukkan bahawa
murid sekolah di Malaysia lemah dalam menjawab soalan yang
memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. Panduan ini dibina dengan harapan ia dapat
membantu guru meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dengan
menggunakan soalan Released Items TIMSS.

Bagaimana Menggunakan Bahan Yang Disediakan?
Panduan ini mengandungi 12 tugasan berdasarkan soalan Released Items TIMSS. Setiap
tugasan mempunyai Panduan Guru dan Lembaran Kerja Murid.
Panduan Guru merupakan bahan yang disediakan untuk digunakan
oleh guru dalam membimbing murid menyelesaikan tugasan.
Panduan Guru mengandungi Soalan Tugasan dan Panduan
Pelaksanaan Soalan Tugasan yang menggariskan empat langkah

generik yang mudah iaitu, membimbing murid:
iv

i.
ii.
iii.
iv.

Kenal pasti kehendak soalan
Kenal pasti fakta yang diberi dalam soalan
Kemukakan soalan yang merangsang pemikiran
Selesaikan masalah

Terdapat cadangan dan contoh bagi setiap generik tersebut. Murid harus diingatkan dan
dibimbing untuk mengenal pasti kehendak soalan dan fakta yang terdapat dalam soalan
terlebih dahulu. Jika murid tidak dapat memahami soalan, maka guru perlu membimbing
murid berfikir dengan cara mengemukakan soalan-soalan yang merangsang pemikiran
mereka. Murid juga digalakkan menanya diri sendiri soalan sedemikian. Soalan-soalan ini
perlulah bersifat mesra murid, menjurus kepada kehendak soalan dan tidak mendesak.
Skema jawapan TIMSS juga dibekalkan dalam Panduan Guru dan disediakan dalam ruangan

Selesaikan Masalah. Adalah penting untuk guru merujuk ruangan ini semasa membimbing
murid berfikir dan menyelesaikan tugasan tersebut. Skema jawapan yang diberikan adalah
daripada IEA, guru digalakkan untuk menggunakan skema ini sebagai panduan utama.
Guru perlu merangsang pemikiran murid dengan banyak menyoal. Soalan yang ditanya
seperti cadangan dalam Panduan Guru adalah dalam bentuk inkuiri. Berikut adalah
beberapa panduan dalam melaksanakan teknik menyoal yang berkesan:
1. Elakkan bertanya banyak soalan dalam satu masa
2. Elakkan menjawab soalan yang guru sendiri kemukakan
3. Elakkan memanggil nama murid sebaik sahaja soalan dikemukakan. Berikan masa
menunggu yang sesuai bagi memberi peluang murid berfikir sebelum mereka boleh
memberi respon
4. Elakkan memberi soalan susah atau kompleks terlalu awal
5. Elakkan mengemukakan soalan tertutup atau mengingat semula. Perbanyakan
soalan terbuka atau mencapah
6. Sediakan suasana yang selesa untuk murid bertanya, memberi respon dan pendapat
agar murid tidak merasa malu, takut atau tergugat untuk memberi respon
7. Berikan pujian, galakan atau respon positif kepada murid dengan frasa seperti
e gapa a da erkata egitu atau agai a a a da tahu
8. Elakkan terlalu berorientasikan jawapan yang betul. Beri peluang murid membentuk
pemikiran yang luas serta dapat menjawab dengan jelas dan yakin.


v

Lembaran Kerja Murid juga disediakan untuk memudahkan guru memberi tugasan tersebut
kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Semasa berhadapan dengan sebarang tugasan, murid perlu diberi
peluang dan masa untuk cuba menyelesaikannya sendiri. Ini membantu
mereka membiasakan diri dengan bentuk soalan TIMSS dan berfikir
dengan lebih mendalam sebelum menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Guru digalakkan membimbing dan membantu murid dengan
merangsang pemikiran murid melalui soalan-soalan seperti yang dicadangkan dalam
Panduan Guru.
Bilakah Bahan Ini Perlu Digunakan?
Bahan ini hendaklah digunakan seperti yang termaktub dalam surat siaran KP(BPK)800-1(63)
bertarikh 3 April 2013 (sila rujuk Lampiran 1). Bahan ini boleh digunakan dalam mana-mana
situasi berikut :
i) semasa pengajaran dan pembelajaran,
ii) selepas tamat sesuatu tajuk,
iii) sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan,
iv) sebagai rangsangan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi,
v) pada bila-bila masa yang bersesuaian seperti aktiviti kokurikulum atau
vi) pembelajaran akses kendiri

vi

PENYUMBANG
Penasihat
Dr. Masnah binti Ali Muda
Dr. Azian T.S. Abdullah
Penasihat Editorial
Datin Dr. Ng Soo Boon
Editor
Lanita bt. Md. Yusof
Marzita bt. Omar
Nor aidah t. Nordi

Aizatul Adzwa bt. Mohd. Basri
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penulis
Lanita bt. Md. Yusof
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Zainon bt. Abd Majid Bahagian
Pembangunan Kurikulum

Marzita bt. Omar
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Nor aidah t. Nordi
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Anandan a/l Kaniappan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Azmi bin Harun
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd. Osmira bin Mohid
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Hamidah bt. Jailani
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

Siti Suaibah S. Said
SMK Seksyen 16, Shah Alam

Radziah bt. Mohd Yamin
SMK Bukit Saujana, Port Dickson

Morgan a/l Vadiveloo
SMK St. Paul, Seremban

Jariah bt. Khalib
SMA Slim River, Slim River

Hafiz Zaki bin Hamdan
SMK Raja Muda, Teluk Intan

Roziah bt. Ayub
SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Samsiah bt. Sahar
“MK Dato Zulkifli Muha

Yap Poh Kyut
SMK Ketari, Bentong

Lee Yuet Lai
SMK Sulaiman, Bentong

Sabiah Ninggal
SMK Durian Tunggal, Melaka

Nurul Ain Tay Abdullah
SM Sains Muzaffar Shah, Air Keroh

Herliana Yassin
SMK Seri Hartamas, Kuala Lumpur

Mahadiah Muda
SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

Jeyanthi Annamalai
SMK Seri Bintang, Cheras

Tan Shim Yu
SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur

ad, “li

‘i er

vii

viii

TUGASAN 1
_________________________________________________

TIMSS 2007
Tema:
Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup
Domain Kognitif TIMSS:
Pengetahuan
_________________________________________________
Panduan Guru : hlm. 1
Lembaran Kerja Murid: hlm. 5

1

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 1
Kerajaan bercadang membina sebuah empangan di sebuah sungai yang berhampiran
dengan bandar. Empangan itu dibina untuk tujuan pengairan dan sumber elektrik. Tuliskan
satu kesan pembinaan empangan itu ke atas hidupan liar (haiwan dan tumbuhan).
On a river near a town the government decided to build a dam for electricity and irrigation
purposes. Write down one effect the dam could have on wildlife (animals and plants).

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 1
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

HURAIAN
Kesan pembinaan empangan ke atas hidupan liar.












Selesaikan masalah

2

Membina empangan di sebuah sungai yang berhampiran
dengan bandar
Empangan dibina untuk tujuan pengiran dan sumber elektrik
Contoh soalan:
Apakah yang anda faham tentang empangan ?
Apakah kegunaan empangan?
Pada pandangan anda, bagaimana empangan dibina?
Bolehkah empangan dibina di laut? Kenapa?
Apakah akan berlaku pada paras air di sungai jika empangan
dibina?
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada
tumbuhan dan haiwan di kawasan itu apabila empangan
dibina?

Pastikan murid menyatakan kesan tertentu ke atas hidupan liar
(kesan positif atau kesan negatif) yang disebabkan oleh empangan.
Respons yang menyatakan tentang pengairan di ladang atau tentang
tanaman untuk manfaat manusia tidak boleh diterima kerana tidak
menepati kehendak soalan. Murid harus memberi rasional ke atas
jawapan mereka. Jawapan umum yang hanya menyatakan haiwan
atau tumbuhan akan mati tanpa menyatakan kesan tertentu akan
dianggap sebagai respons yang tidak betul. Jika lebih daripada satu
kesan diberikan, maka kesan pertama yang betul harus digunakan,
terima mana-mana satu yang betul.

Respons Betul
Kesan negatif pembinaan empangan ke atas hidupan liar (seperti
perubahan habitat, bekalan air, bekalan makanan, dll).
Contoh:
 Tiada tempat untuk haiwan hidup.
 Mungkin kekurangan bekalan air dalam empangan untuk
hidupan liar.
 Pembinaan empangan boleh memusnahkan tempat tinggal
haiwan dan mereka mungkin akan pupus.
 Haiwan yang perlukan air untuk minum atau sebagai tempat
tinggal, tidak dapat menikmatinya lagi.
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

Kesan positif pembinaan empangan ke atas hidupan liar (seperti
perubahan habitat, bekalan air, bekalan makanan, dll).
Contoh:
 Empangan boleh membekalkan lebih banyak air kepada
haiwan yang hidup dalam empangan.
 Tumbuhan di kawasan itu tidak akan mati kerana mempunyai
sumber air yang kekal dan mencukupi.
 Empangan menyediakan tempat untuk ikan hidup.
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Nota: Menyatakan pengairan berfaedah kepada manusia dianggap
respons yang tidak betul kerana soalan berkehendakkan kesan
terhadap tumbuhan dan haiwan (hidupan liar). Respons lain yang
dianggap betul, boleh diterima.
Respons Yang Tidak Betul
Tumbuhan atau haiwan akan mati atau seumpamanya, tanpa
menyatakan kesan tertentu.
Contoh:
 Tumbuhan dan haiwan akan musnah.
 Hidupan liar akan mati.

3

Kesan yang salah yang merujuk kepada konsep yang salah tentang
empangan.
Contoh:
 Arus elektrik akan mengalir dalam air dan membunuh ikan di
sungai.
 Empangan menjana keradioaktifan dan membunuh haiwan.

4

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 1
Kerajaan bercadang membina sebuah empangan di sebuah sungai yang berhampiran
dengan bandar. Empangan itu dibina untuk tujuan pengairan dan sumber elektrik. Tuliskan
satu kesan pembinaan empangan itu ke atas hidupan liar (haiwan dan tumbuhan).
PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 1
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

5

Selesaikan masalah

6

TUGASAN22
TUGASAN
_________________________________________________

TIMSS 2003
TIMSS Tema:
2003
Manusia dan Kepelbagaian BendaTema:
Hidup
Manusia dan Kepelbagaian
Benda Hidup
Domain Kognitif
TIMSS:
Domain Kognitif
TIMSS:
Menaakul
Menaakul
_________________________________________________
Panduan Guru : hlm. 6
Lembaran
KerjaGuru
Murid:
hlm.8 4
Panduan
: hlm.
Lembaran Kerja Murid: hlm. 13

7

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 2
Gambar rajah berikut menunjukkan susunan radas di dalam makmal untuk sebuah
penyiasatan.
The picture shows how a student set up some apparatus in a laboratory for an investigation.

Pada awal penyiasatan tabung uji yang diterlangkupkan dalam bikar dipenuhi dengan air
seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Selepas beberapa jam, aras air dalam tabung uji di dapati
menurun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
The inverted test tube was completely filled with water at the beginning of the investigation
as shown in figure 1. After several hours, the level of water in the test tube had gone down
as shown in figure 2.
Apakah yang terkandung di bahagian atas tabung uji yang berlabel X pada Rajah 2?
(Tandakan satu kotak)
What is contained in the top of the test tube labeled X in Figure 2?
(check one box).
Udara
Air
Oksigen
Oxygen
Karbon dioksida
Carbon dioxide
Vakum
Vacuum
Jelaskan jawapan anda.
Explain your answer.

8

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 2
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

HURAIAN
Nama gas di bahagian atas tabung uji dalam Rajah 2.










Terdapat tumbuhan akuatik dalam bikar
Cahaya lampu dibekalkan
Selepas beberapa jam aras air dalam Rajah 2 menurun
Contoh soalan:
Pada fikiran kamu apakah yang hendak dikaji dalam
eksperimen ini?/ Mengapakah terdapat tumbuhan hijau di
dalam radas tersebut?
Bolehkah kamu fikirkan mengapakah lampu dipasang?/
Apakah peranan lampu tersebut?
Pada pendapat anda, apakah yang berlaku apabila tumbuhan
menerima cahaya?
Bolehkah anda ramalkan apa yang terhasil selepas tumbuhan
menerima cahaya?

9

Selesaikan masalah

Semua respon atau jawapan murid mestilah disertakan dengan
rasional dan penjelasan.
Respon betul
OKSIGEN, dengan penerangan jelas berkaitan dengan fotosintesis.
Contoh:
 Fotosintesis telah berlaku, dan tumbuhan menggunakan
karbon dioksida daripada air dan membebaskan oksigen.
 Semasa fotosintesis, tumbuhan menghasilkan oksigen dan
glukos.
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Beri penerangan jelas tentang fotosintesis, tetapi menekankan
karbon dioksida dan udara.
Contoh:



KARBON DIOKSIDA. Tumbuhan menjalankan fotosintesis.
UDARA. Apabila tumbuhan melakukan fotosintesis, ia
menggunakan karbon dioksida dan membebaskan udara.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

OKSIGEN, dengan penerangan ringkas berkenaan pertukaran
oksigen/karbon dioksida dalam tumbuhan. (Tiada penekanan ke
atas fotosintesis.)
Contoh:



Tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan membebaskan
oksigen.
Tumbuhan membebaskan oksigen.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Respon yang tidak betul
OKSIGEN, tetapi tiada penerangan atau penerangan yang tidak
betul, atau tiada kaitan dengan proses dalam tumbuhan.
Contoh:


10

Kerana haba telah menyejatkan air dan tekanan oksigen
terlalu besar.
Kerana air terdiri daripada 2 bahagian hidrogen dan 1

bahagian oksigen. Sebahagian hidrogen telah terpisah dari
oksigen menyebabkan oksigen terbentuk di bahagian atas
tabung uji.
KARBON DIOKSIDA, tanpa penerangan atau penerangan yang tidak
betul (tidak berasaskan fotosintesis).
Contoh:


Haba yang terhasil daripada cahaya menyebabkan karbon
dioksida di dalam air dan ia mengeluarkan gelembung gas.

UDARA, tanpa penerangan atau penerangan yang tidak betul (tidak
berasaskan fotosintesis.)
Contoh:
 Tumbuhan menyerap sebahagian air dan hanya udara yang
tertinggal.
 Apabila air menjadi panas maka ia akan tersejat ke udara.
VAKUM, tanpa penerangan atau penerangan yang tidak betul.
Contoh:
Tumbuhan menggunakan oksigen dalam air dan meninggalkan vakum
di bahagian atas tabung uji.

11

12

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 2
Gambar rajah berikut menunjukkan susunan radas di dalam makmal untuk sebuah
penyiasatan.
The picture shows how a student set up some apparatus in a laboratory for an investigation.

Pada awal penyiasatan tabung uji yang diterlangkupkan dalam bikar dipenuhi dengan air
seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Selepas beberapa jam, aras air dalam tabung uji di dapati
menurun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
The inverted test tube was completely filled with water at the beginning of the investigation
as shown in figure 1. After several hours, the level of water in the test tube had gone down
as shown in figure 2.
Apakah yang terkandung di bahagian atas tabung uji yang berlabel X pada Rajah 2?
(Tandakan satu kotak)
What is contained in the top of the test tube labeled X in Figure 2?
(check one box).
Udara
Air
Oksigen
Oxygen
Karbon dioksida
Carbon dioxide
Vakum
Vacuum
13

Jelaskan jawapan anda.
Explain your answer.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 2
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

14

HURAIAN

TUGASAN 3
_________________________________________________

TIMSS 1995
Tema:
Jirim Dalam Alam
Domain Kognitif TIMSS:
Pengetahuan
_________________________________________________
Panduan Guru : hlm. 16
Lembaran Kerja Murid: hlm. 17

15

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 3
Perkataan kain, benang, dan gentian boleh digunakan dalam ayat di bawah:
Kain terdiri daripada benang yang diperbuat daripada gentian.
Gunakan perkataan molekul, atom dan sel untuk melengkapkan ayat berikut:
_______________ terdiri daripada ____________ yang terbina daripada ____________
The words cloth, thread, and fiber can be used in the following sentence:
Cloth consist of threads which are made of fiber.
Use the words molecules, atoms, and cells to complete the following sentence:
________________consist of_______________ which are made of ____________

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 3
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

HURAIAN
Melengkapkan ayat yang diberikan.
Contoh pembinaan ayat telah diberikan, iaitu:
Kain terdiri daripada benang yang diperbuat daripada gentian.
~ Murid perlu tahu bahawa perkataan pertama dalam ayat tersebut
merupakan perkara asas bagi subjek yang disebutkan dalam ayat.
Subjek ayat tersebut ialah gentian.







Selesaikan masalah

Contoh soalan:
Apa yang boleh kamu katakan tentang contoh ayat yang
diberi dalam soalan ?
Apa yang kamu tahu tentang molekul, atom dan sel?
Pada pandangan anda, apakah hubungan molekul, atom dan
sel?
Adakah kamu fikir kamu boleh membina ayat yang
dikehendaki menggunakan molekul, atom dan sel itu?

Respon betul
Sel – Molekul – Atom
Respon yang tidak betul
Sel – Atom – Molekul
Molekul – Atom – Sel
Molekul – Sel – Atom
Atom – Molekul – Sel
Atom – Sel – Molekul

16

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 3
Perkataan kain, benang, dan gentian boleh digunakan dalam ayat di bawah:
Kain terdiri daripada benang yang diperbuat daripada gentian.
Gunakan perkataan molekul, atom dan sel untuk melengkapkan ayat berikut:
_______________ terdiri daripada ____________ yang terbina daripada ____________
The words cloth, thread, and fiber can be used in the following sentence:
Cloth consist of threads which are made of fiber.
Use the words molecules, atoms, and cells to complete the following sentence:
________________consist of_______________ which are made of ____________

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 3
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

17

18

TUGASAN 4
_________________________________________________

TIMSS 2007
Tema:
Jirim Dalam Alam
Domain Kognitif TIMSS:
Menaakul
_________________________________________________
Panduan Guru : hlm. 20
Lembaran Kerja Murid: hlm. 23

19

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 4

Suhu
Temperature

Garam terlarut
Dissolved salt

Isi padu air
Volume of
water

Ketumpatan
Density

250C

0g

100 ml

1.0 g/ml

250C

10 g

100 ml

?

Air tulen
Pure water
Larutan garam
Salt solution

Jadual di atas menunjukkan perbandingan antara air tulen dan larutan garam.
Apakah ketumpatan larutan garam?
( Tandakan satu kotak )
The incomplete table above compress some data for pure water and for a salt solution
What is the density of the salt solution?
(Check one box)

1.0 g/ml
1.0 g/ml
Kurang daripada 1.0 g/ml
Less than 1.0 g/ml
Lebih daripada 1.0 g/ml
Greater than 1.0 g/ml
Jelaskan jawapan anda.
Explain your answer.

20

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 4
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan

Anggarkan ketumpatan yang betul. Tandakan dalam kotak.
Beri penjelasan ke atas pilihan tersebut.

Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Suhu bagi air tulen dan larutan garam.
Jisim garam terlarut.
Isi padu bagi air tulen dan larutan garam.
Ketumpatan air tulen.

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah








Contoh soalan:
Apa yang anda faham tentang air tulen?
Apa yang anda faham tentang larutan garam?
Pada pendapat anda, bagaimana kita boleh tentukan
ketumpatan sesuatu bahan?
Apakah kesan bahan larut terhadap ketumpatan larutan?
Bolehkah kamu anggarkan ketumpatan larutan jika bahan
larut berkurang/bertambah?

Respon / Jawapan yang betul ialah pilihan (tanda) pada
daripada 1.0 g/ml , DAN disertakan dengan penerangan.

lebih

Respon betul
>1.0 g/ml, dengan penjelasan berdasarkan kepada jisim tambahan
pada garam terlarut (isi padu tidak berubah).
Contoh:
 Apabila garam ditambah ke dalam air, ia akan larut dan
meningkatkan g/ml.
 Air tulen mempunyai 0 g garam dan 100 ml air. Jika larutan
garam mempunyai 10 g lebih garam berbanding air tulen,
maka ketumpatannya akan lebih daripada 1 g/ml.
 Apabila garam terlarut bertambah, ketumpatannya akan
bertambah kerana terdapat pertambahan jisim yang
menyebabkan pertambahan zarah per unit.
 Ketumpatan ialah 1.1 g/ml [(100 g air + 10 g garam)/ml].
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
>1.0 g/ml dengan penerangan ringkas.
Contoh:
 Ketumpatan sentiasa meningkat apabila garam ditambah.
 Air akan menjadi lebih berat apabila ditambah garam.
 Lebih banyak garam telah dilarutkan.
 Larutan yang tidak tulen mempunyai ketumpatan yang lebih
tinggi.
21



Kerana ia adalah air garam. Air tulen tidak mengandungi
garam di dalamnya.
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Respon yang tidak betul
>1 g/ml tanpa penerangan atau penerangan yang tidak betul.
Contoh:
 v/25 x 100/10 = 20.5 g/ml
 Air panas perlu ditambah untuk melarutkan garam.
>1 g/ml dengan atau tanpa penerangan.
Contoh:
 Garam itu terlarut dan tiada apa berlaku.
 Larutan garam sama dengan air tulen.
>1 g/ml dengan atau tanpa penerangan.
Contoh:
 Garam hilang apabila dilarutkan.
 Garam lebih cepat larut jika dipanaskan dan tiada apa yang
tinggal selepas itu.
 Ketumpatan ialah 0.1 g/ml (10 g garam/100 ml).

22

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 4
Suhu
Temperature

Garam terlarut
Dissolved salt

Isi padu air
Volume of
water

Ketumpatan
Density

250C

0g

100 ml

1.0 g/ml

250C

10 g

100 ml

?

Air tulen
Pure water
Larutan garam
Salt solution

Jadual di atas menunjukkan perbandingan antara air tulen dan larutan garam.
Apakah ketumpatan larutan garam?
( Tandakan satu kotak )
The incomplete table above compress some data for pure water and for a salt solution
What is the density of the salt solution?
(Check one box)

2.0 g/ml
2.0 g/ml
Kurang daripada 1.0 g/ml
Less than 1.0 g/ml
Lebih daripada 1.0 g/ml
Greater than 1.0 g/ml
Jelaskan jawapan anda.
Explain your answer.

23

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 4
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

24

HURAIAN

TUGASAN 5
_________________________________________________

TIMSS 2007
Tema:
Jirim Dalam Alam
Domain Kognitif TIMSS:
Aplikasi
_________________________________________________
Panduan Guru : hlm. 26
Lembaran Kerja Murid: hlm. 27

25

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 5
Tom mengambil susu di dalam gelas dengan kertas litmus biru. Kertas litmus biru didapati
tidak berubah warna. Selepas dua hari, Tom menguji susu yang sama dengan kertas litmus
biru sekali lagi dan kertas litmus bertukar menjadi warna merah jambu.
Tom took a glass of milk and tested it with blue litmus paper. The litmus paper stayed blue.
After two days, Tom tested the same milk with blue litmus paper again, and the blue litmus
paper turned pink.
Apakah jenis perubahan yang telah berlaku di dalam susu?
(Tandakan satu kotak)
What kind of change took place in the milk?
(Check one box)

Perubahan kimia
Chemical change
Perubahan fizikal
Physical change

Jelaskan Jawapan anda.
Explain you answer.

26

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 5
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan

Tentukan jenis perubahan kepada susu. Tandakan dalam kotak.
Beri penjelasan ke atas pilihan tersebut.

Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Selepas dua hari, Tom menguji susu yang sama dengan kertas litmus
biru, dan warna kertas litmus berubah kepada merah jambu.

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Contoh soalan:
 Mengapakah kertas litmus biru digunakan dalam ujian ini?
 Mengapa kertas litmus berwarna biru pada hari pertama?
 Selepas dua hari, kertas litmus biru berubah warna. Pada
pendapat kamu, mengapa terjadi demikian.
 Apa terjadi kepada susu selepas dua hari?
 Apa hubungan kejadian itu dengan perubahan warna kertas
litmus?

Selesaikan masalah

Respon yang memilih perubahan fizikal tetapi memberi penerangan
tentang perubahan kimia dianggap sebagai respon yang tidak betul.
Respon betul
Perubahan kimia dan menerangkan bahawa susu telah menjadi asid.
Contoh:
 Keasidan berubah. Ini menunjukkan tindak balas kimia telah
berlaku dan menyebabkan perubahan.
 Susu telah berubah menjadi asid, menyebabkan warna kertas
litmus berubah kepada merah.
 Susu telah berubah dari keadaan asal menjadi berasid.
 Bakteria di dalam susu telah menukarkan gula kepada asid.
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Perubahan kimia dan menerangkan terdapat bahan baharu yang
terbentuk (tindak balas kimia berlaku) ATAU menyatakan penguraian
atau penapaian.
Contoh:
 Susu mula terurai – ini ialah perubahan kimia.
 Susu menjadi masam dan tidak boleh diminun. Perubahan
kimia berlaku kerana bahan baharu terbentuk
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

Perubahan kimia dan menerangkan terdapatnya pertumbuhan
bakteria di dalam susu (dan susu menjadi basi).
27

Contoh:



Susu menjadi masam kerana bakteria.
Kerana terdapat bakteria di dalam susu.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Perubahan kimia dengan penerangan merujuk kepada perbezaan
antara perubahan fizikal dan perubahan kimia.
Contoh:





Perubahan kimia ialah perubahan yang tidak boleh berbalik
manakala perubahan fizikal merupakan perubahan boleh
berbalik.
Susu tidak boleh kembali kepada keadaan asal, maka ia adalah
perubahan kimia.
Susu telah mula basi.
Susu telah basi, itu ialah perubahan kimia.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

Respon yang tidak betul
Perubahan kimia, dengan penerangan yang tidak betul atau tiada
penerangan.
Contoh:


Susu itu telah lama, menyebabkan bahan kimia dalam susu
telah berubah.

Perubahan fizikal, dengan atau tanpa penerangan.
Contoh:



28

Selepas dua hari, bakteria telah memasuki susu, menyebabkan susu
basi. Oleh itu terdapat perubahan warna dan rasa.
Perubahan fizikal berlaku kerana perubahan itu tidak berbalik.

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 5
Tom mengambil susu di dalam gelas dengan kertas litmus biru. Kertas litmus biru didapati
tidak berubah warna. Selepas dua hari, Tom menguji susu yang sama dengan kertas litmus
biru sekali lagi dan kertas litmus bertukar menjadi warna merah jambu.
Tom took a glass of milk and tested it with blue litmus paper. The litmus paper stayed blue.
After two days, Tom tested the same milk with blue litmus paper again, and the blue litmus
paper turned pink.
Apakah jenis perubahan yang telah berlaku di dalam susu?
(Tandakan satu kotak)
What kind of change took place in the milk?
(Check one box)

Perubahan kimia
Chemical change
Perubahan fizikal
Physical change

Jelaskan Jawapan anda.
Explain you answer.

29

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 5
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

30

HURAIAN

TUGASAN 6
TIMSS 2007
Tema:
Pengurusan dan Kesinambungan Hidup
Domain Kognitif TIMSS:
Aplikasi
_________________________________________________
Panduan Guru : hlm. 32
Lembaran Kerja Murid: hlm. 35

31

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 6
Terdapat banyak pokok di kawasan pedalaman. Penduduk di situ membuat keputusan
menebang pokok untuk dijadikan kayu.
Berikan satu kesan jangka masa panjang terhadap keputusan mereka ke atas alam sekitar.
In rural area, there are many trees. The people living in the area decide to cut down the trees for
wood.
Give one possible long-term effect of their decision on the environment.

PANDUAN PELAKSANAAN SOALAN TUGASAN 6
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan

Kesan penebangan pokok di kawasan luar bandar terhadap
persekitaran.

Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Pokok di kawasan luar bandar akan ditebang.

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah
Selesaikan masalah




Contoh soalan:
Pada pendapat kamu, apakah kebaikan menanam pokokpokok?
Pada pendapat kamu, apakah hubungan pokok dengan alam
sekitar?

Kredit akan diberikan ke atas respon yang memberikan kesan jangka
masa panjang yang negative, neutral atau positif ke atas alam sekitar
(tumbuh-tumbuhan, haiwan, daratan, air, atmosfera dan lain-lain).
Jawapan yang hanya merujuk kepada kehilangan pokok dan kesan
terhadap manusia dianggap salah kerana tidak memenuhi kehendak
soalan. Jika lebih dari satu kesan dinyatakan, kredit hanya diberikan
kepada kesan pertama yang betul sahaja walaupun kesan lain yang
betul dinyatakan.
Respon Betul
Kesan negatif kepada alam sekitar. (Contoh: kehilangan habitat
tumbu-tumbuhan, haiwan, hakisan tanah, perubahan atmosfera,
kawasan menjadi tandus, perubahan taburan hujan dan lain-lain.
Contoh:


32

Kebanyakan haiwan akan kehilangan tempat tinggal dan mati








Ia akan mempengaruhi haiwan kerana tumbuhan merupakan
sumber makanannya.
Haiwan akan mati atau berpindah ke tempat lain
Tiada pokok untuk menyerap air maka hujan dan angin akan
menghakis tanah.
Tiada pokok untuk mengeluarkan oksigen
Bila pokok ditebang maka kawasan tersebut akan kekurangan
hujan
Kawasan tersebut menjadi tandus seperti gurun.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Kesan neutral atau positif kepada alam sekitar (contoh: perubahan
keseimbangan hidup tumbuh-tumbuhan, pertambahan habitat bagi
sebahagian haiwan atau tumbuhan).
Contoh:



Bila semua pokok ditebang, ruang untuk sebahagian haiwan
dan tumbuh-tumbuhan akan bertambah.
Tumbuhan yang berbeza boleh tumbuh di situ.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Respons Yang Tidak Betul
Menyatakan hanya kehilangan pokok-pokok.
Contoh:
Akhirnya, semua pokok tiada.
Pokok mengambil masa yang lama untuk tumbuh semula.
Menyatakan hanya kesan yang berkaitan dengan kegunaan kayu
kepada manusia atau penggondolan tanah (kesan jangkamasa
panjang pada alam sekitar tidak jelas).
Contoh:
Manusia akan mempunyai kayu api yang banyak.
Lebih banyak kawasan untuk perumahan, pusat membeli-belah dan
perniagaan.
Tidak mempunyai pokok yang mencukupi pada masa hadapan untuk
pembinaan rumah dan kertas.

33

34

LEMBARAN
MURID

SOALAN TUGASAN 6

Terdapat banyak pokok di kawasan pedalaman. Penduduk di situ membuat keputusan
menebang pokok untuk dijadikan kayu.
Berikan satu kesan jangka masa panjang terhadap keputusan mereka kepada alam sekitar.
In rural area, there are many trees. The people living in the area decide to cut down the trees for
wood.
Give one possible long-term effect of their decision on the environment.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 6
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

35

36

TUGASAN 7
______________________________________

TIMSS 2003
Tema:
Daya dan Gerakan
Domain Kognitif TIMSS:
Menaakul
______________________________________
Panduan Guru : hlm. 38
Lembaran Kerja Murid: hlm. 41

37

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 7
Jadual di bawah menunjukkan keptusan eksperimen untuk menyiasat perubahan panjang
spring apabila ia digantungkan sesuatu dengan jisim yang berbeza
The table below shows the results of an experiment to investigate how the length of a spring changes
as different masses are hug from it

Jisim (gram)
Mass (gram)
0
10
20
30
40
50
60

Panjang spring (cm)
Length of the spring (cm)
5
7
9
11
12
13
13

Terangkan bagaimana perubahan panjang spring
digantungkan.

berlaku

apabila jisim yang berbeza

Describe how length of the spring changes as different masses were hung from it.

PANDUAN PELAKSANAAN SOALAN TUGASAN 7
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

HURAIAN
Terangkan bagaimana pemanjangan spring berlaku apabila jisim yang
berbeza digantungkan.

Mass (grams)
0
10
20
30
40
50
60

Length of spring (cm)
5
7
9
11
12
13
13

Panjang spring didapati bertambah apabila jisim yang digantungkan
38

bertambah.
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah





Selesaikan masalah

Contoh soalan:
Apakah yang boleh kamu katakan tentang maklumat dalam
jadual yang diberi?
Bagaimanakah kadar pemanjangan spring apabila jisim
ditambah?
Berapakah penambahan panjang spring penambahan pada
setiap jisim?

Jisim (grams)

Panjang spring
(cm)

0

5

Penambahan panjang
spring (cm)
-

10

7

2

20

9

2

30

11

2

40

12

1

50

13

1

60

13

0

Respon Betul
Respon termasuk lajur (i) dan (ii)
Contoh:
 Apabila jisim rendah, pemanjangan adalah 2cm bagi setiap 10
gram. Kemudian ia bertukar dengan penambahan 1cm apabila
jisim 40 gram. Seterusnya apabila jisim 50 gram, spring tidak
memanjang lagi.
 Panjang spring meningkat sebanyak 2cm sehingga jisim
30gram, meningkat sebanyak 1cm sehingga jisim 50 gram dan
meningkat sebanyak 0 cm apabila jisim 60 gram.
 Spring memanjang dengan sekata sehingga 40 gram,
kemudian ia memanjang sedikit sahaja sehingga 13cm apbila
jisim 50 dan 60 gram.
 Pada mulanya spring memanjang apabila setiap kali jisim
digantungkan, tetapi lama kelamaan ia tidak memanjang lagi.
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

39

Respons Yang Tidak Betul
Merujuk kepada lajur (i) sahaja. Respon merujuk hanya kepada
penambahan panjang apabila lebih banyak jisim ditambah tetapi
penerangan tidak lengkap atau tidak mencukupi .
Contoh:
 Panjang spring meningkat apabila jisim ditambah.
 Panjang spring menjadi 2 cm lebih panjang bagi setiap
penambahan jisim.
 Ia memanjang sebanyak 2 cm setiap kali sehingga 40 gram.
Merujuk hanya kepada pemanjangan spring atau pengurangan
pemanjangan apabila jisim yang lebih besar di tambah.
[Penerangan tentang perubahan bahagian (i) tidak mencukupi atau
tiada]
Contoh:
 Ia meregang tetapi hanya sehingga 13 cm.
 Selepas 50 gram, spring tidak berubah.
 Ia meregang kurang apabila jisim yang tinggi digantungkan.

40

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 7
Jadual di bawah menunjukkan keptusan eksperimen untuk menyiasat perubahan panjang
spring apabila ia digantungkan sesuatu dengan jisim yang berbeza.
The table below shows the results of an experiment to investigate how the length of a spring
changes as different masses are hug from it

Jisim (gram)
0
10
20
30
40
50
60

Panjang spring (cm)
5
7
9
11
12
13
13

Terangkan bagaimana perubahan panjang spring
digantungkan.

berlaku

apabila jisim yang berbeza

Describe how length of the spring changes as different masses were hung from it.

41

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 7
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

42

HURAIAN

TUGASAN 8
___________________________________

TIMSS 2007
Tema:
Daya dan Pergerakan
Domain Kognitif TIMSS:
Aplikasi
___________________________________
Panduan Guru : hlm. 44
Lembaran Kerja Murid: hlm. 47

43

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 8
Kerja dilakukan apabila objek digerakkan dalam arah daya yang dikenakan. Individu
melakukan tugas berbeza seperti rajah di bawah. Rajah yang manakah menunjukkan kerja
sedang dilakukan?
Work is done when an object is moved in the direction of an applied force. A person
performed different tasks as shown in the diagrams below. In which diagram is the person
doing work?

Memegang
objek berat

Menolak kereta
sorong ke atas

44

Menolak
dinding

Membaca buku

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 8
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

HURAIAN
Kenal pasti rajah yang menunjukkan kerja dilakukan

Kerja dilakukan apabila suatu objek digerakkan mengikut arah daya.







Selesaikan masalah

Contoh soalan:
Apakah persamaan dan perbezaan di antara keempat-empat
gambar tersebut?
Apa yang anda faham tentang kerja?
Apa yang anda faham tentang daya?
Adakah daya terlibat dalam aktiviti setiap gambar yang
diberikan ?
Pada pendapat kamu, gambar yang manakah menunjukkan
daya menghasilkan pergerakan ?
Bolehkah kamu kaitkan pergerakan yang dihasilkan oleh daya
itu dengan kerja?

Kerja = Daya x Jarak
Jawapan: C

45

46

LEMBARAN
MURID

SOALAN TUGASAN 8

Kerja dilakukan apabila objek digerakkan dalam arah daya yang dikenakan. Individu
melakukan tugas berbeza seperti rajah di bawah. Rajah yang manakah menunjukkan kerja
sedang dilakukan?
Work is done when an object is moved in the direction of an applied force. A person
performed different tasks as shown in the diagrams below. In which diagram is the person
doing work?

Memegang objek berat/
Holding a heavy object

Menolak dinding/
Pushing against the

wall

Menolak kereta sorong
ke atas/ Pushing a cart
up a ramp

Membaca buku/
Reading a book

47

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 8
LANGKAH
Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

48

HURAIAN

TUGASAN 9
_____________________________
TIMSS 2007
Tema:
Teknologi dan Pembangunan Industri dalam
Masyarakat
Domain Kognitif TIMSS:
Aplikasi
_______________________________________________
Panduan Guru : hlm. 50
Lembaran Kerja Murid: hlm. 55

49

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 9
Peter dan Joan sedang mempelajari tentang Piramid Agung Cheops (Khufu) yang terdapat di
Mesir
Peter and Joan are learning about the Great Pyramid of Cheops (Khufu) that found in Egypt.

Mereka ingin tahu bagaimana masyarakat purba Mesir mampu mengangkat blok batu untuk
membina piramid. Mereka menjalankan kajian melalui internet dan menjumpai rajah seperti
di bawah.
They wondered how the ancient Egyptians managed to lift the stone blocks to build the
pyramid. They did some research on the Internet and found the diagram shown below.

50

Peter tidak memahami rajah itu, jadi Joan melukis kembali rajah tersebut seperti di bawah
untuk membantu Peter memahaminya.
Peter was not sure he understood the diagram so Joan drew a diagram to help him
understand how the stone was lifted. Her diagram is shown below.

A.

Padankan bahagian tuas orang purba Mesir dengan rajah tuas yang dilukis oleh Joan.
Satu contoh padanan telah diberikan seperti jadual di bawah.
Match the parts of the Egyptian levers to the diagram of the lever Joan drew. One
has been done for you

Rajah yang dilukis oleh Joan
Joa ’s Diagra
Daya
Effort
Beban
Load
Fulkrum
Fulcrum
Lengan tuas
Lever arm

Tuas orang purba Mesir
Egyptian Levers
Tarikan ke bawah oleh pekerja
Downward pull of the worker

51

B. Peter dan Joan mendapati sekumpulan enam lelaki mampu mengangkat batu
seberat 30,000 Newton. Ini bermakna seorang lelaki mampu mengangkat 1/6 dari
berat ini (5,000 Newton). Mereka cuba mengira berapa banyak daya yang perlu
dikenakan ke atas setiap tiang kayu masing-masing.
Peter and Joan read that six men could together lift a stone weighing 30,000 Newton.
Each man would then need to be able to lift one sixth of this weight (5,000 Newton).
They decided to work out how much effort each man had to exert on his wooden
pole.

Peter meletakkan ukuran pada setiap lengan tuas dalam rajah Joan seperti di bawah.
Peter added the le gth of ea h le er ar

to Joa ’s diagra

as sho

elo

Mereka merujuk kepada formula yang terdapat dalam buku teks.
He looked up the following formula in a textbook:
Daya oleh beban

Jarak antara usaha dengan fulcrum

Force exerted by load

length between effort and fulcrum
=

Usaha yang diperlukan

Jarak antara beban dengan fulcrum

Force exerted by effort

length between load and fulcrum

Berapakah daya yang perlu digunakan oleh setiap lelaki untuk mengangkat blok batu itu?
___________ Newton.
How much force does each man have to exert to lift the blocks?
____________Newton

52

PANDUAN PELAKSANAAN SOALAN TUGASAN 9
LANGKAH

HURAIAN
Bahagian A: Memadankan bahagian-bahagian tuas orang Mesir
dengan rajah tuas yang dilukis oleh Joan

Kenal pasti
kehendak soalan

Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Bahagian B: Menentukan nilai daya yang diperlukan untuk
mengangkat blok batu itu.
Gambar rajah blok batu, tiang kayu dan batang pokok sebagai analog
kepada Rajah tuas yang berlabel.
Contoh padanan Rajah yang dilukis oleh Joan dengan Tuas orang
purba Mesir.

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah






Selesaikan masalah

Contoh soalan:
Apa pendapat anda tentang gambar rajah tuas orang purba
Mesir dengan rajah tuas yang dilukis oleh Joan?
Peter telah meletakkan ukuran setiap lengan tuas ke dalam
rajah Joan. Bolehkah anda perincikan maklumat yang diberi
dalam rajah itu?
Menggunakan rumus dan rajah tersebut, bagaimanakah anda
menentukan nilai daya?

Lengkap jadual berdasarkan bahagian-bahagian yang dipadankan
Respon betul
Bahagian A
Gambarajah Joan

Tuas orang Mesir

Daya

Tolakan pekerja ke bawah

Beban

Batu

Fulkrum

Batang pokok (pokok)

Lengan Tuas

Kayu (batang kayu)

Bahagian B
1000 Newton.

5000
10
------- = ----- ; Usaha = 1000 N
Usaha
2

53

54

LEMBARAN
MURID
SOALAN TUGASAN 9
Peter dan Joan sedang mempelajari tentang Piramid Agung Cheops (Khufu) yang terdapat di
Mesir
Peter and Joan are learning about the Great Pyramid of Cheops (Khufu) that found is Egypt.

Mereka ingin tahu bagaimana masyarakat purba Mesir mampu mengangkat blok batu untuk
membina piramid. Mereka menjalankan kajian melalui internet dan menjumpai rajah seperti
di bawah.
They wondered how the ancient Egyptians managed to lift the stone blocks to build the
pyramid. They did some research on the Internet and found the diagram shown below.

Peter tidak memahami rajah itu, jadi Joan melukis kembali rajah tersebut seperti di bawah
untuk membantu Peter. Rajah Joan adalah seperti berikut:
Peter was not sure he understood the diagram so Joan drew a diagram to help him
understand how the stone was lifted. Her diagram is shown below.

55

A. Padankan bahagian tuas orang purba Mesir dengan rajah tuas yang dilukis oleh Joan.
Satu contoh padanan telah diberikan seperti jadual di bawah.
Match the parts of the Egyptian levers to the diagram of the lever Joan drew. One
has been done for you

Rajah yang dilukis oleh Joan
Joa ’s Diagra
Daya
Effort
Beban

Tuas orang purba Mesir
Egyptian Levers
Tarikan ke bawah oleh pekerja
Downward pull of the worker

Fulkrum
Lengan tuas

B. Peter dan Joan mendapati sekumpulan enam lelaki mampu mengangkat batu
seberat 30,000 Newton. Ini bermakna seorang lelaki mampu mengangkat 1/6 dari
berat ini (5,000 Newton). Mereka cuba mengira berapa banyak daya yang perlu
dikenakan ke atas setiap tiang kayu masing masing.
Peter and Joan read that six men could together lift a stone weighing 30,000 Newton.
Each man would then need to be able to lift one sixth of this weight (5,000 Newton).
They decided to work out how much effort each man had to exert on his wooden
pole.

56

Peter meletakkan ukuran pada setiap lengan tuas dalam rajah Joan seperti di bawah.
Peter added the le gth of ea h le er ar

to Joa ’s diagra

as sho

elo

Mereka merujuk kepada formula yang terdapat dalam buku teks.
He looked up the following formula in a textbook:
Daya oleh beban

Jarak antara usaha dengan fulcrum

Force exerted by load

length between effort and fulcrum

=
Usaha yang diperlukan

Jarak antara beban dengan fulcrum

Force exerted by effort

length between load and fulcrum

Berapakah daya yang perlu digunakan oleh setiap lelaki untuk mengangkat blok batu itu?
________Newton.
How much force does each man have to exert to lift the blocks?
____________Newton

57

PANDUAN MENJAWAB SOALAN TUGASAN 9
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan
Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan
Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah

Selesaikan masalah

Bahagian A:
Gambarajah Joan
Daya
Beban
Fulkrum
Lengan Tuas

Bahagian B:

58

Tuas orang Mesir
Tolakan pekerja ke bawah

TUGASAN 10
_____________________________________

TIMSS 2003
Tema:
Lain-lain
Domain Kognitif TIMSS:
Pengetahuan
_____________________________________
Panduan Guru : hlm. 60
Lembaran Kerja Murid: hlm. 63

59

PANDUAN GURU
SOALAN TUGASAN 10
Nyataka satu se a ke apa lu a g ya g terdapat pada lapisa
memudaratkan manusia
Write do

o e reaso

hy a hole i Earth’s ozo e layer

ozo

Bu i

oleh

ay e har ful to people.

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN 10
LANGKAH

HURAIAN

Kenal pasti
kehendak soalan

Menerangkan kenapa lubang pada lapisan ozon boleh membawa
kemudaratan kepada kesihatan manusia

Kenal pasti fakta
yang diberi dalam
soalan

Penipisan lapisan ozon membawa kemudaratan kepada manusia

Kemukakan soalan
yang merangsang
pemikiran untuk
menyelesaikan
masalah











Selesaikan masalah

60

Contoh soalan:
Apakah yang anda tahu mengenai ozon?
Apakah fungsi lapisan ozon?
Adakah anda tahu tentang kepentingan lapisan ozon?
Apakah pu a erlaku ya lu a g pada lapisa ozo ?
Pernahkah anda dengar tentang klorofluorokarbon (CFC)?
Pada pendapat anda, apakah sumber yang boleh
membebaskan CFC? Terangkan bagaimana.
Apakah kesan CFC terbebas ini terhadap lapisan ozon ?
Apakah sinar yang mungkin menembusi lapisan ozon yang
nipis ini ?
Apakah kesan sinar tersebut terhadap manusia jika lapisan
ozon berlubang?

Respons Betul
Merujuk kepada sinaran matahari atau ultraviolet (UV) dan kesan
buruk yang spesifik (seperti sunburn , kanser kulit, kerosakan kulit,
kerosakan mata, terbakar oleh sinaran matahari)
Contoh:
 Sinaran ultravoilet (UV)
yang terlalu banyak boleh
merosakkan mata manusia.
 Sinaran UV yang tidak dihalang akan menyebabkan kanser
kulit.
 Manusia mendapat kanser kerana sinaran matahari
menembusi lapizan ozon dan terkena kulit.

(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

Merujuk hanya kepada sinaran tanpa menyatakan kesan mudarat
Contoh:
 Ia membenarkan sinaran ultraviolet melaluinya.
 Sinaran yang berbahaya dari matahari dapat menembusi ozon
itu
 Sinaran dari matahari melepasi lapisan ozon
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)

Merujuk hanya kepada kesan terhadap manusia mendapat
kebakaran matahari/kanser kulit tanpa menyatakan tentang
sinaran dengan terperinci.
Contoh:
 Meningkatkan manusia mendapat kanser kulit.
 Me ye a ka
a usia e dapat su ur .
(Markah diberi bagi mana-mana satu jawapan di atas)
Respons Yang Tidak Betul
Mengaitkan lapisan ozon dengan kesan rumah hijau atau
perlindungan daripada haba
Contoh:
 Lubang itu akan menyebabkan terlalu banyak haba
melepasinya dan m