BAB 1 : MANUSIA DAN ILMU

1. Membincangkan definisi ilmu dan falsafah menurut
sarjana Islam dan Barat.
2. Menjelaskan klasifikasi dan falsafah ilmu yang
merangkumi epistemologi, ontologi, dan aksiologi.
3. Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah dan ilmu
dalam tamadun manusia.
4. Membincangkan budaya ilmu dari sudut konsep dan
pengaplikasiannya dalam kehidupan manusia.

Sains, Teknologi dan Manusia?
• Apa itu Sains, Teknologi dan Manusia?
– Berikan pandangan.

• Sains?
• Teknologi? – Logi?

SAINS = ILMU
• Sains yang akan dibincangkan di dalam kuliah adalah
Ilmu yang memberi makna yang lebih luas.
• Apa itu Ilmu?


4

Ilmu dan Manusia
• Manusia merupakan makhluk berakal yang dijadikan
Tuhan dan terdiri daripada dua unsur, jasad dan roh
atau fizikal dan spiritual pada satu masa.
• Menurut al-Quran (al-Baqarah, 2: 30), kejadian Nabi
Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkan
dengan ilmu untuk membolehkannya melaksanakan
tugas sebagai khalifah di bumi dengan diajar oleh Allah
untuk mengetahui nama segala benda.
• Imam al-Ghazali (1986: 51) menjelaskan bahawa akal
yang dimiliki oleh manusia berfungsi membezakan
antara manusia dengan makhluk lain. Daripada akal
inilah manusia dapat membangun dan
memperkembangkan potensi diri serta alam seluruhnya
menurut apa yang direncanakannya.

5


DEFINISI UMUM ILMU
• Antara persoalan yang penting tentang ilmu
ialah apakah yang dimaksudkan dengan ilmu?
Apakah ada sesuatu yang bukan ilmu? Apakah
ilmu sama dengan maklumat? Menurut Wan
Mohd Nor Wan Daud (1997: 35), soalan-soalan
ini perlu ditanya dan dijawab dengan betul
kerana kesilapan memahami pengertian ilmu
akan menghasilkan usaha yang sia-sia,
merugikan, dan merosakkan.
• Wan Mohd Nor menambah bahawa ilmu
walaupun susah ditakrifkan, tetapi maknanya
tidak begitu susah untuk difahami.

6

ISTILAH ILMU DALAM KAMUS
INGGERIS
• Umumnya disebut sebagai ‘knowledge’
dan ‘science’ yang diterjemah dalam

bahasa Melayu sebagai tahu,
pengetahuan, dan kepandaian.
• Secara etimologinya, kata ilmu berasal
daripada bahasa Arab “alima, ya’lamu,
ilman”. Justeru, ilmu adalah kata benda
abstrak daripada kata kerja “alima”
yang meletakkannya antara “alim”
(yang mengetahui) dan ma’lum (yang
diketahui). Dengan kata lain, ilmu

Apa pandangan ahli
falsafah tentang ILMU?

PENDAPAT TOKOH-TOKOH FALSAFAH
MENGENAI ILMU SECARA UMUM
• Plato [427-347S.M]: Ilmu adalah pemberian hak jasmani
dan rohani dari segenap segi yang membawa kepada
kesempurnaan.
• Aristotle [384-322 S.M]: Ilmu adalah persiapan akal
untuk menerima sokongan luar.

• Herbert Spencer [1820-1903]: Ilmu adalah
menyediakan manusia menjalani hidup yang sempurna,
kuat tubuh badan, sempurna akhlak dan teratur
fikirannya.
• J.J Rousseau [1712-1804]: Penerimaan ilmu adalah
untuk menciptakan manusia yang sempurna dalam
pelbagai urusan hidup serta berusaha mengatasi segala
kesulitan mengenainya.

9

Sambungan..
• Kata Albert Einstein [1879-1955],
“ilmu tanpa agama adalah buta, dan
agama tanpa ilmu adalah lumpuh”.

10

Sambungan …
• F. Frobel mengatakan “ilmu hendaknya memimpin

manusia untuk mengenal siapa dirinya, alam
sekeliling, juga kepercayaan terhadap keEsaan Tuhan
untuk mengangkat manusia kepada kehidupan yang
suci dan murni”.
• Imam al-Ghazali mengatakan: “sesungguhnya ilmu
adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T”.
• Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu
merupakan kumpulan ilmu pengetahuan yang
mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu
dengan yang lainnya. Beliau juga menambah bahawa
ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran
manusia dalam menjawab pertanyaan.

Sambungan…
• Frank Rosenthal menyenaraikan sebanyak 15 takrifan ilmu
yang dipetik daripada 107 definisi. Sebahagian besar
daripada takrifan tersebut diambil daripada golongan Ahli
Kalam seperti Abu al-Hasan al-Ash’ari, al-Juwayni, alGhazali dan Ibn Hazm. Antara takrifan tersebut ialah:
• Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang
membolehkan seseorang itu mengetahui.


• Ilmu adalah kognisi (makrifah)
contohnya takrifan al-Baqilani bahawa:
“ilmu adalah kognisi tentang sesuatu
benda menurut hakikatnya yang
sebenar”.
• Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental.

S. M. Naquib Al-Attas
(1975: 154) mentakrifkan
• ketibaan sesuatu
ilmu makna
sebagai
hasil daripada maklumat
yang benar ke dalam diri
seseorang.

• Kebenaran sesuatu ilmu itu
adalah apabila merujuk kepada
Allah sebagai sumber asal segala

Takrifan ini menunjukkan bahawa autoriti ilmu di
ilmu.
bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu.
Allah S.W.T selaku Pencipta sekalian alam bersifat
Maha luas ilmu pengetahuan-Nya. Dialah Yang Maha
Mengetahui hakikat segala ilmu dan makna sesuatu
yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki

ILMU DARI PERSPEKTIF
FALSAFAH
 Ilmu ialah kumpulan pengetahuan yang
mempunyai ciri-ciri tertentu yang
membezakan ilmu daripada yang lain.
 Menurut Jujun Suriasumantri (1993: 3), ciriciri keilmuan didasarkan pada tiga jawapan
yang diberikan kepada tiga persoalan pokok,
iaitu:
1. Apakah yang ingin kita ketahui ?
(ontologi/teori wujud)
• Bagaimanakah kita memperolehi
pengetahuan? (epistemologi/teori ilmu)

• Apakah nilai pengetahuan tersebut bagi kita?

14

Dari sudut falsafah, ilmu
merupakan
• salah satu daripada pemikiran manusia dalam
menjawab ketiga-tiga persoalan tersebut.
• Untuk menghargai ilmu menurut kewajarannya
yang sebenar, hakikat sesuatu ilmu mestilah
diketahui dengan sebenarnya.
• Pengertian yang mendalam terhadap hakikat
ilmu bukan sahaja akan mengikat seseorang
terhadap ilmu malahan juga membuka matanya
terhadap pelbagai kekurangan dirinya dan
keterbatasan ilmu yang dimilikinya.

15

KONSEP ILMU MENURUT BARAT


 Kalangan masyarakat Barat yang telah
melepaskan diri daripada ikatan ajaran
Kristian melihat bahawa ilmu hanya
merupakan kegiatan bersifat akal
semata-mata. Berpunca daripada
aktiviti akal yang berfikir inilah lahirnya
ilmu.
 Akal manusia menyimpan segala
maklumat serta pengalaman, kemudian
memprosesnya dan seterusnya
menganalisis.

16

Sambungan …
Masyarakat Barat menerima akal sebagai satu-satunya
sumber ilmu yang tertinggi. Mereka berpegang
kepada konsep rasional sebagai ukuran dalam
menerima atau menolak sesuatu ilmu.

• Konsep ini membawa kepada penerimaan dalam sains
yang hanya diterima apabila dapat dibuktikan oleh
bukti-bukti saintifik (empirikal). Apabila kaedah
saintifik tidak boleh membuktikannya, maka ia
dianggap tidak wujud.
• Akal pula menerima maklumat daripada lima
pancaindera (penglihatan, pendengaran, rasa,
hiduan, dan sentuhan). Memandangkan pancaindera
manusia itu bersifat serba kekurangan lalu konsep

Ilmu dan Pengetahuan.
• Bagaimana kita tahu?
– Epistemology?

Aktiviti Kumpulan
1. Secara berkumpulan, bincangkan
bagaimana seseorang memperoleh
pengatahuan / mendapat ilmu?
2. Apa yang anda faham dengan Ilmu.
• Secara berkumpulan (5 orang setiap 1

kumpulan), bincang soalan di atas.

Bagaimana kita tahu?
(ways of Knowing)

7 SUMBER ILMU
MENURUT JOHN
• terdiri
daripada persepsi
(tanggapan),
HOSPERS
(1988:
41-47)

introspeksi (menilik diri), memori (ingatan),
alasan atau keterangan (reason), kepercayaan
(faith), intuisi (ilham), dan testimoni
(perakuan).
• Kesemua pernyataan sumber ilmu
tersebut boleh dipertikaikan
kebenarannya.
• Justeru, Barat kelihatannya berpegang
kepada sumber ilmu yang boleh
dipertikaikan kebenarannya dan konsep

KONSEP ILMU MENURUT
AJARAN KRISTIAN
• terkandung dalam teks Bible yang
mempercayai bahawa tafsiran bagi
pohon yang buahnya dimakan oleh
Adam a.s. ialah pohon ilmu yang
ditegah oleh Allah daripada Adam
menghampirinya ataupun memakan
sesuatu daripada buahnya. Old
Testament menyebut:
• “And the Lord God commanded the
man, “you are free to eat from any tree

Sambungan …

• Pesanan tersebut telah diabaikan oleh Adam dan atas
pujukan isterinya yang diperdaya oleh ular (syaitan),
maka mereka berdua memakan buah larangan pokok
ilmu tersebut. Justeru, selepas memakan buah
larangan pokok ilmu tersebut, Adam a.s memperolehi
ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Adam dan
Hawa tidak mengetahui hakikat keduanya tidak
berpakaian dan tidak mempunyai rasa malu.
• Ungkapan tersebut bermaksud nilai moral hanya
diketahui oleh Adam setelah memakan buah daripada
pohon ilmu tersebut.
• Atas tafsiran bahawa akal mengarahkan kepada
kejahatan maka gereja mengambil tindakan terhadap
sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu sains dan
menghukumnya dengan hukuman yang berat.

KONSEP ILMU MENURUT ISLAM
 Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran
manusia disepadukan bertujuan
membolehkan para sarjana, pemikir, ahli
sains, cendekiawan dan ulama
mengembangkan diri, masyarakat dan alam
sekitarnya sebagai usaha pengabdian diri
kepada Allah dan penyempurnaan amanah
sebagai khalifah.
 Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan
yang tertinggi ialah mengenal Allah dengan
sebenar-benar pengenalan yang membawa
kepada keyakinan dan mampu meletakkan
manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai
dan kedudukannya.

24

KLASIFIKASI ILMU
• Terdapat berbagai istilah yang digunakan
oleh ulama dalam pembahagian ilmu.
• Jika dilihat secara terperinci, maka ilmu dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
1.ilmu naqli (ilmu fardu ain/ilmu wahyu) dan
2.ilmu aqli (ilmu fardu kifayah/ilmu perolehan
akal).

25

PEMBAHAGIAN ILMU MENURUT
HIERARKI

1. Pertamanya, ilmu yang diturunkan oleh
Allah melalui para Nabi dan Rasul-Nya
yang dipanggil ilmu naqli.
2. Keduanya, ilmu yang dihasilkan oleh
usaha manusia yang dipanggil ilmu aqli
atau kasbi.
• Ilmu yang ditanzilkan bersifat benar
secara mutlak manakala ilmu manusia
pula kebenarannya bersifat relatif
kerana diperolehi daripada akal dan

KLASIFIKASI AL-GHAZALI
& MULLA SADRA
• Imam al-Ghazali membahagikan ilmu kepada
empat kelompok, iaitu; (1) ilmu teoritikal dan
praktikal, (2) Ilmu mendatang (huduri) dan
ilmu pemerolehan (husuli), (3) ilmu
keagamaan (shari’yyah) dan ilmu intelektual
(‘aqliyyah), dan (4) ilmu fardu ain dan fardu
kifayah.
• Al-Ghazali turut membahagikan ilmu kepada
ilmu terpuji (mahmud) dan ilmu terkeji
(madhmum), dan ilmu yang harus dipelajari
(mubah).


KLASIFIKASI ILMU MENGIKUT ALAT
• 1. ILMU WAHYU PENERIMA
Ialah ilmu-ilmu agama yang berteraskan wahyu
daripada Allah (mewakili ilmu-ilmu seperti al-Quran,
tafsir, hadis, fikah dan ilmu-ilmu yang berkaitan
dengannya seperti ilmu Kalam dan ilmu Tasawuf).
Ilmu-ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu syariah, ilmu
agama, revealed knowledge dan ilmu naqli.
• 2. ILMU ILHAM
Turut dikenali dengan nama ilmu ladunni dan bersifat
lebih menjurus kepada kehendak ilmu wahyu,
berbanding ilmu aqli. Ilmu ini tidak dapat dimiliki
oleh semua orang. Biasanya ia diberikan kepada
orang-orang yang hatinya benar-benar hampir
dengan Tuhan.
• 3. ILMU EMPIRIKAL

Empiricism vs Rationalism

ONTOLOGI,
EPISTEMOLOGI, DAN
AKSIOLOGI
DALAM
ISLAM
• Persoalan ilmu dalam falsafah dilihat
daripada tiga bidang ilmu, iaitu;
1.Ontologi (teori wujud)
2.Epistemologi (teori perolehan), dan
3.Aksiologi (teori nilai).
• Dalam menjelaskan hubungan antara ketigatiga teori tersebut, Suriasumantri (1995: 105)
menegaskan bahawa setiap jenis
pengetahuan mempunyai ciri-ciri yang
spesifik mengenai apa (ontologi), bagaimana
(epistemologi), dan untuk apa (aksiologi)

Lost key experience

1) ONTOLOGI (TEORI KEWUJUDAN, ILMU
HAKIKAT BENDA DAN ILMU PRINSIP
DASAR)

• berasal daripada bahasa Yunani, iaitu
onto yang bererti sesuatu yang wujud
manakala perkataan logi atau logos
pula bererti ilmu pengetahuan yang
logik (Runes, 1976).
• Oleh itu, ontologi bermaksud
menjelaskan sesuatu perkataan atau
ilmu pengetahuan mengenai hakikat
atau sifat sesuatu benda, kenyataan
atau hakikat sesuatu yang wujud secara

Persoalan Ontologi Ilmu
• Menjelaskan perkataan ilmu dari segi semantik
(etimologi dan terminologi), kepelbagaian maksud
perkataan ilmu yang berulangan sebanyak 750 kali
dalam al-Quran; perkataan yang sinonim (seerti)
dengan ilmu seperti perkataan makrifah
(pengetahuan), hikmah (kebijaksanaan), fikr
(pemikiran), ulul al-bab (ahli ilmu), dan ulul al-absar
(pemerhati atau pengkaji).
• Untuk menjawab tiga persoalan utama;
• Apakah yang diteliti oleh sesuatu ilmu? (perlukan
penjelasan konsep falsafah ilmu dari segi semantik
dan teori falsafah ilmu).
• Bagaimana hakikatnya sesuatu ilmu itu wujud?
(perlukan penjelasan teori falsafah ilmu

2) EPISTEMOLOGI
• Dari sudut bahasa berasal daripada gabungan
dua perkataan Yunani, iaitu episteme yang
bermaksud ilmu dan logos yang bermaksud
sains atau kajian. Ringkasnya, epistemologi
ialah kajian secara falsafah yang berkaitan
tentang ilmu atau disebut teori ilmu.
• Skop perbincangan epistemologi amat luas
dan merangkumi aspek yang berkaitan
dengan sifat ilmu, bagaimana menjustifikasi
ilmu yang diperolehi dan mentafsir bentuk
ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu,
dan batasan justifikasi yang boleh dibuat.

3) AKSIOLOGI
• Berasal daripada perkataan Inggeris axiology
yang bermaksud sains nilai, teori, dan sistem
nilai. Istilah aksiologi terdiri daripada dua suku
kata Greek, iaitu axios [harga atau nilai] dan
logos [logik atau teori].
• Nilai ialah satu unsur yang dapat mencerminkan
perlakuan manusia. Dalam Islam, nilai ilmu dan
pemikiran merupakan unsur terpenting yang
menentukan tindakan dan perlakuan manusia.
Nilai juga digambarkan sebagai sesuatu yang
tersirat yang dinyatakan secara lisan. Nilai
ditunjukkan dengan kenyataan-kenyataan seperti

LIMA NILAI YANG
DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS
MANUSIA

1)FARDU ATAU WAJIB [Nilai ini
menjadi suatu kemestian dan dikira
amat baik untuk dilaksanakan]
2)SUNAT [Nilai ini amat digalakkan dan
dikira sebagai satu kebaikan]
3)HARUS [Nilai ini dikira seimbang
antara melakukan atau
meninggalkannya]
4)MAKRUH [Nilai ini dibenci dan
merupakan sebahagian daripada

SEJARAH
PERKEMBANGAN
FALSAFAH DAN ILMU

BUDAYA ILMU: KONSEP
DAN
• Konsep
dan frasa “budaya ilmu” mula
PENGAPLIKASIANNYA

diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Prof. Dr.
Wan Mohd Nor Wan Daud menerusi risalah
berjudul Budaya Ilmu: Konsep, prasyarat dan
perlaksanaan di Malaysia.
• Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah
kewujudan suatu keadaan setiap lapisan
masyarakat melibatkan diri secara
langsung atau tidak langsung dengan
kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap
kesempatan; dan keadaan di mana segala
tindakan manusia baik pada tahap
38
individu atau masyarakat, ditentu dan

BEBERAPA ASPEK DAN GAGASAN
UNTUK MENYUBURKAN BUDAYA
ILMU
1) Pembinaan budaya ilmu
dan tamadun yang lahir
daripadanya sistem nilai, pandangan dunia, dan
idealisme sesebuah sistem sosial serta individu di
dalamnya.
2) Perlu ada kecintaan terhadap ilmu serta kegigihan
menimba, menyebar dan mengamalkannya yang
dianggap sebagai idealisme dan kebaikan tertinggi
yang menjadi punca dan pendorong bagi
mencetuskan segala kebaikan yang lain.
3) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang
bersepadu adalah berasaskan konsep Tuhan,
manusia, dan alam semesta.
4) Budaya ilmu terbukti wujud apabila ilmu merupakan
perkara penting yang mahu disampaikan kepada

Sambungan …

1) Ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana
proses pencapaian ilmu, antara lainnya memerlukan
usaha yang gigih, kesabaran yang banyak,
pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.
2) Ganjaran bagi setiap usaha ke arah mencari dan
menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman
(intrinsik) dan keakhiratan.
3) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika
ilmu diberikan status sebagai ‘the highest good’
kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam sistem nilai
bagi individu dan masyarakat.
4) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan
bersifat seumur hidup (life long learning) , dari buaian
hingga ke liang lahad, serta menyeluruh dan
bersepadu.

Sambungan …
1) Budaya ilmu mencetuskan tamadun
yang banyak membantu manusia.
Justeru, setiap lapisan masyarakat
perlu menghormati ilmu dan ilmuwan.
2) Para pemimpin memainkan peranan
penting untuk memperkasakan
penyebaran ilmu pengetahuan.

LIMA PELAN TINDAKAN UNTUK MEMBOLEHKAN
BUDAYA ILMU MENYERAP DALAM MINDA, JIWA,
DAN AMALAN WARGA UNIVERSITI
1) Menjadikan nilai ilmu sebagai aspek tertinggi dalam
pemikiran, minda, kehidupan dan warga kerja universiti,
termasuklah mahasiswa, staf akademik dan staf
sokongan.
2) Meletakkan golongan ilmuwan pada martabat dan
kedudukan yang sewajarnya dari segi penghormatan,
peranan, dan tanggungjawab.
3) Memastikan seluruh warga universiti turut terlibat
dalam proses peningkatan dan penghayatan ilmu.
4) Menjadikan program akademik seperti kuliah, tutorial,
makmal dan kerja lapangan sebagai majlis ilmu yang
diberkati Ilahi.
5) Menghargai bukan tujuan untuk pendewaan dan
penyuburan sifat sombong, ego, dan bangga diri,
42