12 a
Perincian teknikal dan perincian harga hendaklah disediakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri;
b Kedua-dua sampul perincian tersebut hendaklah dimasukkan
ke dalam satu bungkusan; dan
c Petender tidak dibenarkan mencatat nama petender dan
harga dalam dokumen spesifikasi yang dikemukakan. Bagi Petender yang tidak mengikut arahan ini akan menyebabkan
tawaran tender mereka tidak layak dipertimbangkan.
18. Perkara-perkara Utama Yang Perlu Dimasukkan Dalam Dokumen Tender Kerja
18.1 Agensi hendaklah menggunakan Borang JKR Siri 203 untuk tender kerja kecuali projek-projek yang dilaksanakan secara bukan
konvensional. Projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey atau Design Build
boleh menggunakan Borang PWD DBT yang berkuat kuasa. Senarai borang tender dan borang-borang lain yang
perlu digunakan adalah seperti di LAMPIRAN B.
18.2 Bagi projek yang dibiayai oleh peruntukan asing, penggunaan borang JKR Siri 203 hendaklah dipakai jika dipersetujui oleh
pembiaya.
18.3 Seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 342 Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia LPIPMCIDB 1994
Akta 520, Agensi hendaklah memasukkan peruntukan dalam ‘Arahan Kepada Petender’ bahawa semua tender yang bernilai
RM500,000 ke atas, levi sebanyak 0.25 daripada nilai harga kontrak akan dikenakan ke atas petender yang berjaya.
19. Perkara-perkara Utama Yang Perlu Dimasukkan Dalam Dokumen Tender Antarabangsa
19.1 Apabila mempelawa tender antarabangsa, Agensi hendaklah menyatakan dengan jelas perkara-perkara yang dinyatakan di
perenggan 17 dan 18, termasuk meminta petender mengemukakan cadangan pembiayaan ke atas tawaran tender
mereka, sama ada dalam bentuk pinjaman dua hala, kredit pembekal atau pembiayaan perniagaan yang lain, jika ada. Untuk
tujuan tersebut, cadangan pembiayaan seperti di LAMPIRAN C hendaklah dimasukkan ke dalam dokumen tender.
13 19.2 Bagi tender kerja, jika ia melibatkan kaedah teknologi baru,
petender hendaklah mengemukakan cadangan-cadangan berikut: a
Setakat mana loji dan peralatan akan dibawa masuk ke Malaysia;
b Sama ada loji dan peralatan pemprosesan akan ditubuhkan
di Malaysia; atau c
Cadangan lain sekiranya ada. 19.3 Loji-loji yang dibawa masuk untuk kontrak kerja, sama ada untuk
kegunaan pembinaan atau dijadikan sebahagian daripada kerja kekal, adalah tidak dikecualikan daripada cukai walaupun projek
tersebut adalah projek Kerajaan.
19.4 Bagi perlindungan insurans dalam tempoh penghantaran barangan import Kerajaan, Agensi hendaklah menggunakan Kumpulan Wang
Insurans Barang-barang Kerajaan KWIBK dan pembelian secara FOB
hendaklah dimasukkan ke dalam dokumen tender. Badan Berkanun hendaklah menguruskan perlindungan insurans untuk
pembelian tersebut melalui broker atau syarikat insurans yang diluluskan oleh Perbendaharaan.
20. Kadar Bayaran Dokumen Tender Hard CopySoft Copy Bagi