Jawatankuasa Spesifikasi Tempoh Masa Penyediaan Spesifikasi Butiran Spesifikasi

3 Kerajaan. Pembelian di luar Kontrak PusatKontrak Panel adalah DILARANG. 6.2 Perolehan hendaklah dibuat daripada kontraktor yang disenaraikan dalam Pekeliling Kontrak Perbendaharaan PKP. Walau bagaimanapun, perolehan boleh dibuat mengikut tatacara perolehan biasa sekiranya Kontrak Pusat bagi item yang hendak diperolehi tersebut telah tamat tempoh sah lakunya.

7. Borang Piawai

7.1 Agensi hendaklah memastikan bahawa borang piawaiformat yang ditetapkan dalam AP dan SPP yang berkuat kuasa diguna pakai sepenuhnya.

8. Penyediaan Spesifikasi

8.1 Jawatankuasa Spesifikasi

Satu Jawatankuasa Spesifikasi hendaklah dilantik oleh Ketua Agensi bagi menyediakan spesifikasi umumkhususteknikal bagi tiap-tiap perolehan yang hendak dibuat. Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga 3 orang pegawai yang mahir dan berkelayakan dalam bidang berkenaan, yang boleh juga terdiri daripada wakil-wakil agensi lain yang berkaitan.

8.2 Tempoh Masa Penyediaan Spesifikasi

Jawatankuasa Spesifikasi hendaklah diberi masa secukupnya dan bersesuaian dengan perolehan yang hendak dibuat untuk merangka dan mewujudkan spesifikasi yang sempurna dan jelas.

8.3 Butiran Spesifikasi

a Dalam menggariskan spesifikasi, perkara-perkara seperti warna, saiz, bentuk, kualiti, pembungkusan, nisbah kandungan dan butir-butir lain yang berkaitan hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya tidak menimbulkan keraguan kepada kontraktorpembekal tentang apa yang dikehendaki oleh Agensi. b Bagi perolehan perkhidmatan, skop dan spesifikasi perkhidmatan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terperinci. 4 c Spesifikasi teknikal tidak boleh dibuat berdasarkan kepada sesuatu jenama atau buatan. Sekiranya tidak dapat dielakkan, ungkapan ‘atau persamaan’ hendaklah digunakan. d Spesifikasi hendaklah dibuat berasaskan fungsi penggunaan dan sekurang-kurangnya memenuhi piawaian Malaysia atau piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan. Sekiranya barangan tersebut tidak mempunyai sebarang piawaian, Agensi hendaklah memastikan barangan yang ditentukan adalah sesuai, selamat digunakan dan dijamin oleh pembuatnya atau petender. e Spesifikasi yang disediakan hendaklah ditandaaraskan benchmark dengan barangan buatan tempatan yang memenuhi piawaian yang diiktiraf. f Bagi perolehan peralatan yang melibatkan teknologi maklumat, spesifikasi teknikal hendaklah diluluskan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Arahan dan garis panduan mengenai perkara ini yang dikeluarkan oleh MAMPU hendaklah dirujuk. Walau bagaimanapun, pembelian peralatan komputer secara stand alone tidak perlu mendapatkan persetujuan MAMPU. DASAR-DASAR PEROLEHAN KERAJAAN YANG PERLU DIPATUHI 9. Dasar Semasa Kerajaan 9.1 Agensi hendaklah, dalam membuat perancangan dan pelaksanaan tender, memastikan bahawa tindakan yang akan diambil mematuhi dasar semasa Kerajaan. 9.2 Bagi tender antarabangsa, Agensi adalah diingatkan supaya mematuhi dasar-dasar semasa Kerajaan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara DPN, yang antara lain memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: a Peraturan Penggunaan Barangan Tempatan; b Peraturan Pembelian Barang Import; c Peraturan Penggunaan Perkhidmatan Pengangkutan Kebangsaan Melalui Wakil Penghantaran Kerajaan; 5 d Peraturan Perlindungan Insurans daripada Kumpulan Wang Insurans Barang-barang Kerajaan KWIBK; e Penggunaan Bank-bank Tempatan yang Mempunyai Cawangan di Luar Negeri; f Peraturan Kualiti Alam Sekitar; g Peraturan Penggunaan Mata Wang; dan h Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

10. Dasar Pemindahan Teknologi