Pengiklanan Tender Antarabangsa Penubuhan Jawatankuasa untuk Menimbangkan Bantahan

21

26. Pengiklanan Tender Antarabangsa

26.1 Semua pelawaan tender antarabangsa hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu 1 akhbar harian tempatan utama Bahasa Melayu dan satu 1 akhbar harian tempatan utama Bahasa Inggeris. 26.2 Tarikh tender ditutup hendaklah sekurang-kurangnya lima puluh enam 56 hari dari tarikh dokumen tender mula dijual. 26.3 Bagi tender yang melibatkan lawatan tapakpremis, agensi hendaklah memastikan bahawa tarikh tutup tender hendaklah sekurang-kurangnya 56 hari dari tarikh lawatan yang ditetapkan. 26.4 Tawaran tender kerja antarabangsa hendaklah juga mematuhi peraturan di perenggan 25 di atas, mana yang berkenaan. ANGGARAN HARGA JABATAN 27. Penyediaan Anggaran Harga 27.1 Agensi hendaklah menyediakan anggaran harga Jabatan bagi setiap tender dan memasukkannya ke dalam peti tawaran sebelum tarikh tutup tender. 27.2 Bagi perolehan BekalanPerkhidmatan yang sukar ditentukan harga anggaran Jabatan, Agensi boleh memasukkan harga pembelian lampau perolehan berkenaan. BANTAHAN KE ATAS SPESIFIKASI TENDER YANG MENJURUS KEPADA SESUATU JENAMA 28. Bantahan oleh Petender 28.1 Agensi hendaklah memasukkan suatu peruntukan dalam dokumen tender yang membolehkan petender membuat bantahan secara bertulis kepada Agensi dan disalinkan kepada Perbendaharaan sekiranya ia mendapati spesifikasi tender menjurus kepada sesuatu jenama. Bantahan tersebut berserta bukti-bukti yang kukuh hendaklah dikemukakan kepada Agensi yang membuat pelawaan tender dalam tempoh seperti berikut: a Empat belas 14 hari dari tarikh dokumen tender mula dijual; dan 22 b Dua puluh lapan 28 hari dari tarikh dokumen tender mula dijual bagi tender antarabangsa. 28.2 Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

29. Penubuhan Jawatankuasa untuk Menimbangkan Bantahan

29.1 Apabila terdapat bantahan dari petender, Agensi hendaklah menubuhkan jawatankuasa untuk menimbang serta memutuskan bantahan yang dibuat oleh petender. Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh wakil Agensi yang membuat tawaran dengan dua 2 orang ahli lain yang terdiri daripada wakil Perbendaharaan dan seorang pegawai dari agensi lain yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang tersebut. 29.2 Sekiranya bantahan didapati berasas, tender tersebut hendaklah dibatalkan dan ditender semula mengikut spesifikasi yang telah disemak semula. PEMBUKAAN TAWARAN TENDER 30. Keahlian Jawatankuasa Pembuka Tender 30.1 Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah dianggotai sekurang- kurangnya oleh dua 2 orang pegawai, di mana seorang daripadanya hendaklah terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf. Sekiranya BahagianUnit berkenaan kekurangan pegawai, pelantikan boleh dibuat di kalangan pegawai daripada BahagianUnit lain dalam Agensi tersebut. 30.2 Pelantikan ahli Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua JabatanBahagian yang menguruskan tender.

31. Tugas Jawatankuasa Pembuka Tender