Shop Configuration

11.2 Shop Configuration

Tab Global

11.2.1 Pergi ke menu Admin

Configuration

11.2.2 Pada Global, Shop is Offline? – Anda boleh tutup sementara kedai anda di sini. Ianya sama dengan Global Configuration pada Joomla. Anda juga boleh setkan mesej untuk dipaparkan pada saat kedai anda offline.

11.2.3 Pada ’Use only as catalogue’- Anda boleh matikan fungsi shopping cart VirtueMart jika tick butang di sini, ia akan dipaparkan sebagai katalog.

11.2.4 Pada ’Show Prices – Anda juga boleh matikan fungsi paparan harga. Pilihan ini biasanya digunakan bersekali dengan mod katalog.

Gambarajah 11.25

11.2.5 Anda juga boleh setkan beberapa option untuk bila & bagaimana untuk mempamerkan harga.

Gambarajah 11.26

11.2.6 Virtual Tax - menentukan samada item yang tiada berat (zero weight) dikenakan cukai ataupun tidak.

Tax mode - menentukan kadar cukai yang diambil untuk kiraan cukai, samada berdasarkan alamat pembeli atau alamat penjual atau mod EU, iaitu kadar cukai per-produk digunakan jika pembeli itu berada di European Union, jika tidak, kadar cukai adalah berdasarkan alamat pembeli.

Enable multiple tax rates? – Pilih ini jika anda mempunyai produk-produk dengan pelbagai kadar cukai (contohnya 7% untuk buku dan makanan, 16% untuk barangan lain)

Discount before tax/shipping? – Jika anda pilih ini, bermaksud tolakan diskaun dibuat sebelum cukai dan bayaran pos. Jika tidak pilih, maka ia sebaliknya.

11.2.7 Pada Frontend Features, biarkan seperti yang telah ditetapkan. Anda boleh edit jika anda mahu.

Gambarajah 11.27

Gambarajah 11.28

11.2.8 Di bahagian ’User Registration Settings’, pada User Registration Type, anda boleh setkan beberapa pilihan, iaitu

11.2.8.1 Normal Account Creation – pendaftaran standard yang mana pengguna memilih username dan kata laluan.

11.2.8.2 Silent Account Creation – pengguna tidak perlu pilih username dan kata laluan, tetapi ianya dibina secara automatik semasa pendaftaran dan akan dihantar kepada email yang telah disediakan.

11.2.8.3 Optional Account Creation – pengguna boleh memilih samada mahu membuat akaun atau tidak. Jika mahu, username dan kata laluan mestilah dipilih.

11.2.8.4 No Account Creation – pengguna tidak perlu buat pendaftaran.

Gambarajah 11.29

11.2.9 Jika anda mahu pamerkankan ’Terms of Service’ dan ‘Return Policy’, sila tick pada kedua- dua kotak tersebut. Jika ‘Return Policy’ anda terlalu panjang, anda perlu buat article mengenainya terlebih dahulu. Kemudian, kembali ke page ini semula. Article yang anda buat mengenai ‘Return Policy’ tadi pasti akan tersenarai di “Long version of the return policy (link to a content item)”. Klik satu kali pada article berkenaan untuk linkkannya.

Gambarajah 11.30

11.2.10 Pada ’Core Settings’ dan ’Logfile Configuration’, biarkan by default seperti yang disediakan.

Gambarajah 11.31

Gambarajah 11.32

Tab Security

11.2.11 – Gunakan setting yang disediakan.

Gambarajah 11.33

Tab Site

11.2.12 – Gunakan setting yang disediakan. Cuma pada ’Show footer’, anda boleh untick jika

tidak mahu imej powered-by-VirtueMart dipaparkan di bahagian footer. Klik butang Apply untuk

simpan ketetapan (setting) itu.

Gambarajah 11.34

Tab Shipping

11.2.13 – Gunakan setting yang disediakan.

Gambarajah 11.35

Tab Checkout

11.2.14 – Gunakan setting yang disediakan. Checkout adalah proses terakhir pengguna selepas memilih barang. Pengguna akan keluar dan diminta melalui proses-proses di bawah mengikut urutan nombor yang ditetapkan.

Gambarajah 11.36

Tab Downloads

11.2.15 – Anda perlu enablekan bahagian ini jika anda menjual bahan digital yang boleh didownload. Jika tidak, biarkan ia tanpa dipilih.

Gambarajah 11.37

Tab Feed Configuration

11.2.16 – Gunakan setting yang disediakan. Feed Configuration membenarkan pengguna mendapatkan maklumat terus daripada laman web jualan online anda mengenai produk terbaru yang anda masukkan tanpa anda perlu memberitahu mereka samada melalui email atau sebagainya.

Gambarajah 11.38