Pengenalan BAB 13 LAPORAN AKHIR PROFESIONALISME GURU edited 30 April-

BAB 13 PROFESIONALISME, KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN KUALITI GURU

13.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan pendekatan yang difikirkan terbaik dan sesuai bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru kerana pengajaran yang efektif berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William 1996 menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru‐guru dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru‐guru baharu, guru‐guru kanan mata pelajaran, guru‐guru cemerlang, guru‐guru penolong kanan dan PengetuaGuru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih kompeten dan profesional. 13.2 Objektif Objektif bab ini adalah; • Untuk menjelaskan isu‐isu utama berkaitan profesionalisme, kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru. • Untuk memaparkan dapatan kajian yang berkaitan dengan profesionalisme, kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru. • Untuk mencadangkan dasar dan mekanisme bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru di Malaysia. 13.3 Isu‐Isu Utama Isu‐isu utama yang diberi tumpuan dalam perbincangan ini adalah berkaitan Anjakan ke‐ 4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, iaitu Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. a Cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, melaksanakan pengurusan sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya. Dalam menangani cabaran ini, para guru perlu mempunyai semangat juang yang kuat dan sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan. Persoalannya, adakah guru di Malaysia memiliki kesediaan menangani cabaran‐cabaran perubahan itu sendiri dan bagaimanakah mekanisme pemantauan dilaksanakan bagi memastikan guru‐ guru telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi melaksanakan sesuatu perubahan yang dirancang oleh pihak KPM. b Penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Isu ini agak kritikal bila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang mendapati sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap HARAPAN 52, MEMUASKAN 31 yakni tahap yang masih boleh diperbaiki Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013. Hanya 12 berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31 taraf Pengajaran dan Pembelajaran adalah MEMUASKAN dan hampir 5 LEMAH. Aspek kelemahan yang telah dikenal pasti adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan murid secara “hands‐on” yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan tersebut juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Daripada penilaian yang dilakukan ke atas aspek‐aspek kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran, iaitu aspek‐aspek 4.1 hingga 4.9 penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian dan teknik penyoalan, didapati sebanyak 30 masih berada pada skor MEMUASKAN dan ke bawah, manakala teknik penyoalan yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan kurang mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid. Kajian ini mencadangkan antara cabaran‐cabaran yang perlu ditangani oleh pengurusan pendidikan di Malaysia ialah:‐ • Memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah di setiap peringkat pengurusan; • Perubahan dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran ke arah berpusatkan murid yang berorientasikan proses pembelajaran dan proses berfikir yang bukan berorentasikan peperiksaan; • Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK dan aspirasi murid perlu dicapai; dan • Melonjakkan mutu pendidikan untuk mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa. c Matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013‐2025 PPPM. d Pemilihan calon‐calon guru yang berkualiti bagi memastikan hanya guru terbaik sahaja yang dapat dipasarkan di pasaran. Anjakan ini memungkinkan proses pengambilan calon guru yang lebih berwibawa di peringkat Institut Pendidikan Guru IPG dan Institut Pendidikan Tinggi AwamSwasta IPTA IPTS. Ini akan menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan dan rebutan seperti yang berlaku di negara‐negara maju. e Sistem pendidikan di Malaysia juga berhadapan dengan masalah yang timbul disebabkan oleh pelbagai tafsiran dan pemahaman yang melibatkan penggubal dasar. Pelbagai tafsiran dan pemahaman tersebut diandaikan berpunca daripada: • Kepelbagaian tahap kepimpinan di setiap peringkat terutamanya dari segi politik dan latar belakang pendidikan; • Setiap kali berlaku pertukaran kepimpinan sering berlaku perubahan mengenai pendekatan pelaksanaan sesuatu dasar; • Penggubalan dasar yang dibuat mengikut tekanan ahli politik dan tidak bersandarkan kepada fakta empirikal dan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan; dan • Tahap profesionalisme keguruan yang sewajarnya perlu dicapai oleh guru. f Memperkasa perkhidmatan perguruan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan Pasukan Guru Malaysia yang mempunyai ciri‐ciri berikut: • Kekentalan semangat keguruan; • Ketinggian ilmu akademik dan profesionalisme; • Kompetensi; • Kemahiran; • Kepakaran; • Dedikasi; dan • Komitmen.

13.4 Memperkasakan Guru