i. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi;
ii. Pengurusan Kurikulum;
iii. Pengurusan KoKurikulum;
iv. Pengurusan Hal‐Ehwal Murid;
v. Pengurusan Kewangan;
vi. Pengurusan Pentadbiran Pejabat;
vii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal;
viii. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan
ix. Pengurusan Pembangunan Luar.
Sementara itu, para guru pula perlu mengamalkan piawaian yang standard dalam amalan pengajaran dan pembelajaran . Standard Guru Malaysia SGM menggariskan
beberapa kriteria yang merangkumi aspek berikut; i.
Kepimpinan Berkesan; ii.
Mengutamakan Instruksional; iii.
Berwawasan; iv.
Menterjemah Dasar; v.
Merancang dan Melaksanakan; vi.
Komunikasi; vii.
Menangani Krisis; viii.
Urustadbir yang Cekap; ix.
Pembangunan ETOS; dan x.
Keberhasilan Akademik.
13.6 Dapatan Kajian Melalui Seminar dan Analisis Dokumen
1. Profesionalisme Guru Pembangunan profesionalisme guru adalah bertujuan untuk mengekal dan
mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka. Pembangunan profesionalisme juga usaha‐usaha kearah penimbaan pengalaman melalui kursus‐kursus
yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka. Penimbaan pembelajaran
itu termasuklah pembangunan secara tidak formal di sekolah dan juga melalui peluang‐ peluang pembelajaran secara formal yang wujud melalui latihan dalam perkhidmatan
yang dikendalikan di dalam sekolah dan di luar sekolah. Pembangunan profesional dijelaskan oleh Joyce Showers 1980 ialah:
Sebarang aktiviti yang dilaksanakan bagi pembangunan profesional yang terdiri daripada semua pengalaman pembelajaran semula jadi yang dilalui,
yang mencakupi aktiviti‐aktiviti yang terancang dengan tujuan untuk memberikan manfaat secara langsung atau secara tidak langsung kepada
individu, kumpulan atau sekolah, dan meningkatkan kualiti pendidikan di bilik
darjah. Pembangunan
profesionalisme merupakan
proses pembangunan profesional guru untuk menyemak, memperbaharui dan
memantapkan komitmen mereka sebagai agen perubahan, memperoleh dan membangunkan pengetahuan kritikal, kemahiran dan kecerdasan
emosi bagi memperbaiki amalan di bilik darjah pada setiap fasa pengajaran mereka
Joyce Showers, 1980. Sebagai golongan profesional adalah perlu bagi guru sentiasa peka kepada aspek
peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Beberapa elemen dalam meningkatkan kualiti tersebut adalah seperti pada jadual berikut:
Jadual 13.1: Aspek Peningkatan Kualiti Guru
BIL. PENINGKATAN
ASPEK YANG PERLU DITINGKATKAN
1. Akademik
Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama sebagai
guru siswazah
terlatih, wajib
meneruskan pengajian sampai ke peringkat Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu
memiliki Ijazah Sarjana. Mereka yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian
sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. 2.
Pembelajaran dan pengajaran
Guru‐guru wajib mengikuti kursus‐kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat
sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan
melalui program‐program
perkembangan profesionalisme yang berterusan Continuing
Professional Development
Programmes. 3.
Pentadbiran dan
Pengurusan Selain dari bidang pembelajaran dan pengajaran,
semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus yang berwibawa.
4. Penyuburan Diri
Guru‐guru perlu
dilatih untuk
menguasai kemahiran‐kemahiran generik secara berterusan
agar personaliti mereka dapat dipupuk untuk menjadi individu yang berkebolehan dalam serba
serbi. Antara
aspek dalam
kategori ini,
termasuklah semangat patriotisme, perpaduan, pengurusan stress, kecerdasan pelbagai dan
pembangunan personaliti kendiri. 5.
Keagamaan dan
Moral Aspek ini perlu dibimbing supaya guru‐guru
berakhlak, bernilai dan bermoral.
Program Pembangunan Profesional Yang Berterusan
Bagi peningkatan tahap profesionaliksme, guru‐guru wajib meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka melalui Program Pembangunan profesional
dengan mod berikut: Jadual 13.2: Mod Program Pembangunan Profesional Guru
Mentoran Menghadiri kursus‐kursus
dan bengkel‐bengkel Jaringan Komuniti
Pembelajaran Pembelajaran kendiri
Pencerapan di bilik darjah Pengajaran Berpasukan Bimbingan Rakan Sebaya
Penyelidikan Tindakan Kumpulan‐kumpulan
Penyelesai Masalah Menulis dalam jurnal
profesional Pasukan Pengurusan
Sekolah Permuafakatan
Sekolah‐Universiti Jaringan Pakar Mata Pelajaran
Pendidikan Guru secara on‐line dalam talian
Latihan Dalaman
Program Sandaran Penggiliran Tugas
Konsultansi E‐Pembelajaran
Pembelajaran Berkumpulan
Lawatan ke Sekolah
Landskap perkembangan profesionalisme guru juga harus dilahat dari perspektif zaman bagi mencerminkan keperluan terhadap perubahan itu sendiri. Jadual berikut
menjelaskan perspektif tersebut; Jadual 13.3: Konsep‐konsep Tradisional Dan Baharu Tentang Perkembangan Staf
Konsep Tradisional Tentang Perkembangan Staf
Konsep Baru Tentang Perkembangan Staf
1. Kawalan dari luar • Autoriti
pendidikan di
pusat merancang dan menguruskan aktiviti‐
aktiviti yang menekankan semata‐ mata tentang polisi
• Staf tidak berminat untuk melibatkan diri dan memberikan pendapat
• Aktiviti‐aktiviti tidak boleh memenuhi keperluan staf
• Aktiviti‐aktiviti diadakan
di luar
institusisekolah, peserta
perlu meninggalkan tempat kerja dan tugas
institusisekolah yang normal terjejas. 1. Program berasaskan institusisekolah
• Staf merancang dan mengurus aktiviti‐ aktiviti dan kandungan kursus direka
bentuk mengikut keperluan staf setiap institusisekolah
• Staf bersedia untuk terlibat dan memberikan sumbangan idea
• Aktiviti lazimnya
dikendalikan di
institusisekolah pegawaiguru
tidak perlu meninggalkan tempat kerja dan
mereka boleh mengamalkan apa‐apa yang dimuridi secara serta merta.
2. Pemulihan • Aktiviti
disusun untuk
tujuan pemulihan apabila proses pendidikan
menjadi salah.
• Hanya mengambil berat tentang masalah secara umum, tidak tertumpu
kepada keperluan
sesebuah institusisekolah.
2. Perkembangan • Aktiviti‐aktiviti dirancang untuk tujuan
perkembangan dengan
memenuhi keperluan institusisekolah, kumpulan
dan individu • Bertindak untuk memenuhi keperluan
institusisekolah
3. Sementara, tidak sistematik • Aktiviti‐aktiviti adalah hanya
sementara, dirancang dan dikendalikan oleh pakar‐pakar
daripada luar. • Tiada mempunyai strategi jangka
panjang untuk pembangunan dan tiada pengurusan yang sistematik
3. Berterusan, sistematik • Aktiviti‐aktiviti sudah dimasukkan di dalam
perancangan tahunan
institusisekolah sepenuhnya disokong oleh pentadbiran
institusisekolah • Mempunyai strategi jangka panjang dan
pengurusan yang sistematik
4. Kandungan • Terputus‐putus
• Terlampau menekankan ilmu teknikal dan perubahan tingkahlaku
4. Kandungan • Berterusan dan komprehensif
• Perkembangan teknik, kesan, nilai dan kepercayaan,
kesemuanya diberi
pertimbangan
5. Fokus terhadap individu
• Menekankan pembaikan individu dan mengabaikan
perkembangan kumpulan dan institusisekolah secara
keseluruhan. 5. Fokus terhadap individu, kumpulan dan
institusisekolah • Menekankan perkembangan pada tahap‐
tahap individu, kumpulan dan keseluruhan institusisekolah
6. Untuk guru‐guru sahaja 6. Bukan sahaja untuk guru, tetapi juga
untuk pentadbir, staf sokongan dan murid 7. Penceramah luar sahaja
• Mereka tidak faham tentang situasi institusisekolah dan menggunakan
contoh‐contoh yang tidak relevan. 7. Penceramah luar dan dalaman
• Kandungan kursus disesuaikan dengan keperluan peserta dan kajian kes yang
sebenar yang dikongsi amat berguna dalam amalan di tempat kerja.
8. Peranan staf pasif 8. Peranan staf aktif
9. Jenis aktiviti yang mudah • Hanya kuliah
9. Pelbagai jenis aktiviti • Seminar, syarahan, bengkel, bimbingan,
kumpulan kualiti mutu kerja, penyelidikan bilik darjah, penilaian, dan lain‐lain lagi.
10. Motivasi • Menggalakkan penglibatan staf secara
ganjaran ekstrinsik, seperti kenaikan pangkat dan pengurangan beban tugas
kerja. 10. Motivasi
• Penglibatan staf
adalah berbentuk
motivasi kendiri melalui ganjaran secara intrinsik
sebagai perkembangan
profesional dan perasaan sepunya.
Merujuk kepada konsep‐konsep baru perkembangan staf dalam Program Pendidikan Guru Yang Bersepadu pada jadual di atas, beberapa fungsi penting perkembangan staf
pada pelbagai tahap dapat dirumuskan seperti berikut: Jadual 13.4: Impak Perkembangan Staf
Elemen Perkembangan Individu Dan Keberkesanannya
Untuk menggalakkan staf secara individu supaya lebih bermotivasi dan mempunyai iltizam terhadap tugas mereka;
Untuk memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, keterampilan dan kepakaran staf;
Untuk membantu staf secara individu dalam perkembangan kerjaya mereka; Untuk membantu ahli‐ahli individu membuat refleksi terhadap tujuan dan objektif dan
polisi institusisekolah yang sedia ada; Untuk memperkembang potensi setiap ahli staf;
Untuk menjaga dan membaiki kepuasan peribadi dalam menjalankan tugas harian; dan
Untuk meningkatkan keyakinan individu. Elemen Perkembangan Kumpulan Dan Keberkesanannya
Untuk menggalakkan kerjasama di dalam kumpulan; Untuk membina semangat berpasukan;
Untuk memupuk perasaan persaudaraan dan hubungan intim; Untuk belajar daripada ahli kumpulan yang lain;
Untuk memahami dan menerima idea‐idea alternatif di dalam kumpulan; Untuk menyelesaikan konflik kumpulan;
Untuk memperbaiki komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan; dan Untuk mencetuskan idea, keputusan dan strategi penyelesaian yang lebih baik di
dalam kumpulan. Elemen Perkembangan InstitusiSekolah Dan Keberkesanannya
Untuk memastikanmeningkatkan
kualiti pembelajaran
dan pengajaran
di institusisekolah;
Untuk memperbaiki pengurusan staf; Untuk membina budaya institusisekolah yang kuat;
Untuk memupuk jalinan hubungan kemanusiaan yang terbuka dan positif dalam institusisekolah;
Untuk memberi peluang berkomunikasi dan membina misi dan matlamat institusisekolah;
Untuk membantu ahli‐ahli institusisekolah bagi tujuan melaksanakan perubahan di institusisekolah atau mengadakan inovasi‐inovasi dalam bidang pendidikan;
Untuk memenuhi keperluan jangka panjang sekolah; dan Untuk menggalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan ahli‐ahli di
institusisekolah.
13.7 Akreditasi Dan Pelesenan Guru