Tinjauan Masalah Pelaksanaan Kajian

3

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 . - Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang selesa didengar. - Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual waktu. - Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi pelbagai denda. ii. Soal selidik dari murid perempuan - Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan - Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang. - Berbincang dalam kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat menyelesaikan masalah. iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama. - Kerja yang tidak menentu atau kerja syif - Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan - Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak memahami format baharu. - Tidak sempat kerana anak yang ramai. - Anak yang tidak mendengar kata. - Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu - Anak tinggal dengan datuk dan nenek 4 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008 1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20 sahaja, dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi. 2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga dapat membantu pemberian markah . 5.3 Melaksanakan Tindakan Aktiviti 1: PaMa Papa Mama Programme Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan. Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan kepada semua waris. Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai Mentor. 1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan mengeja setiap perkataan. 1.2 Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid. 1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas. 5 Pemerhatian i. Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah. ii. Kertas dilaminet dengan kemas. iii. 80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan betul. iv. Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru. v. Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu lancar. Refleksi Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah lisan sepanjang PP. 6 Aktiviti 2 : HUWatWe who what where 1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya. 2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi bulatan tersebut. 3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu. 4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut, nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu. 5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi Section A di Paper 2. 1. The woman is buying some fresh vegetables at the market. 2. The fishmonger is selling fish at his stall.

3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom.