bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana terlalu yakin dengan jawapan sendiri.
Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum
dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masing-
masing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk
kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada
tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.
2. Fokus KajianIsu Keprihatinan
Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang
nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari
sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu, saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga
berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang.
Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan
dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata ‘boleh’. Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus
pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu tandan masih ada yang tidak sama.
2
3. Objektif Kajian
Objektif Umum:
Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa
Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.
Objektif Khusus:
Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan
betul. Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa
yang betul, dan mengeja dengan tepat. Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis untuk
menambah markah.
4. Kumpulan Sasaran
Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat
D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.
3
5. Pelaksanaan Kajian