1. Refleksi Pengajaran Pembelajaran Lalu
Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada
mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu , dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor
murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan dan cemerlang.
Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang
sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana
mereka untuk menghadapi PP tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan guru-guru mata pelajaran kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja.
Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru kepada mereka.
Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan
memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini ‘payah’ dan ‘memang tidak boleh’. Program PaMa dimulakan dengan
mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada
kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat
memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan
telah berlaku. Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan
terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan
cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun
1
bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana terlalu yakin dengan jawapan sendiri.
Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum
dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masing-
masing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk
kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada
tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.
2. Fokus KajianIsu Keprihatinan