Perencanaan Kota Pasca Bencana Gempa Bumi Dan Tsunami

PERENCANAAN KOTA PASCA BENCANA GEMPA BUMI DAN
TSUNAMI

Abdul Ghani Salleh

PERENCANAAN KOTA PASCA BENCANA
GEMPA BUMI DAN TSUNAMI

Abdul Ghani Salleh
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

Abstrak. Isu dan masalah akibat daripada kesan Bencana Tsunami di Banda Aceh dikenalpasti dan Banda Aceh
perlu dibangun semula dengan seberapa segera untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh
penduduknya. Beberapa strategi pembangunan berasaskan kelebihan dan potensi yang dimilikinya dikenalpasti
untuk meningkatkan semula pembangunan ekonomi Banda Aceh. Prinsip perencanaan berteraskan hubungan
dengan Tuhan, alam sekitar dan insan untuk mencapai pembangunan seimbang dicadangkan. Prinsip ini perlu
diintegrasikan dengan unsur-unsur pembangunan berkelanjutan supaya keperluan generasi akan datang tidak
diketepikan.
Katakunci: Bencana Tsunami, Pembangunan Seimbang, Pembangunan Berkelanjutan


1.

Pendahuluan

Bencana alam tidak selalu berlaku tetapi
sekiranya ia berlaku kesannya adalah luar dari
jangkaan kita. Tidak pernah kita merencanakan
untuk memulihkan pembangunan semula
sesebuah kota ssebelum berlakunya bencana itu.
Perencanaan itu hanya dilakukan setelah
penelitian dan penilaian akibat daripada bencana
dilakukan.
Bencana Tsunami yang berlaku di Banda Aceh
pada 26 Disember 2004 adalah luar daripada
jangkaan kita. Kita hanya dapat menilai sejauh
mana kesan kemusnahan itu selepas bencana itu
berlaku. Apa kah yang kita dapat rumuskan hasil
daripada penelitian kita tentang kesan Bencana
Tsunami itu? Saya kira banyak pengajaran yang
kita dapati daripada bencana itu. Seluruh

kawasan yang dilanda oleh Bencana Tsunami itu
musnah melainkan bangunan masjid, pokokpokok dan penduduk yang selamat.Adakah
Bencana Tsunami ini merupakan amaran Tuhan
kepada kita kerana ketidakpatuhan kita kepada

perintahNya terhadap pembangunan yang
sedang kita dilaksanakan? Sekiranya itulah
kesilapan kita, maka kita seharusnya sentiasa
mengambilkira perintah Tuhan, menjaga alam
sekitar dan perhubungan sesama insan dalam
pembangunan kota.

SEBELUM

SELEPAS

1

Universitas Sumatera Utara


Jurnal Arsitektur “ATRIUM” vol. 02 no. 01, April 2005 : 1-4

KERJASAMA
MASJID

MASJID
MASJID

ALAMSEKITAR

ALAMSEKITAR

MANUSIA

2

Universitas Sumatera Utara

PERENCANAAN KOTA PASCA BENCANA GEMPA BUMI DAN
TSUNAMI


2.

Isu Dan Masalah

Akibat daripada Bencana Tsunami itu ramai
penduduk kehilangan saudara mara, pekerjaan
dan harta benda. Banyak infrastruktur dan
kemudahan umum musnah. Sejauh mana
kemusnahan itu berlaku perlu dinilai dan
direncanakan semula untuk memulihkan
kehidupan harian penduduk dan pembanguan
ekonomi kota. Oleh itu, isu-isu dan masalah
yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan
semula Banda Aceh adalah perumahan,
pekerjaan,
kemudahan
kesihatan
dan
pendidikan, infrastruktur dan kemudahan umum.

3.

Pembangunan Semula Banda Aceh

Pembangunan semula kota dan desa di Banda
Aceh
perlu
mengambilkira
keperluan
penduduknya berasaskan prinsip pembangunan
yang telah dijelaskan di atas. Ia perlu
direncanakan
dengan
seberapa
segera
memandangakan ramai mangsa bencana itu
perlu memulakan hidup mereka secepat
mungkin. Strategi pembangunan Banda Aceh
perlu dibentuk melalui Analisis Kekuatan,
Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT).

Secara ringkasnya analisis ini dilakukan denga
mengenalpastikan faktor-faktor yang berkaitan
seperti berikut:
Kekuatan Banda Aceh:
ƒ Hasil Sumber Asli
ƒ Sumber Manusia
ƒ Pusat Ilmu
Kelemahan Banda Aceh:
ƒ Kemusnahan Akibat Bencana
ƒ Kekurangan Parasarana
ƒ Kekurangan Kemampuan Manajemen Kota
ƒ Ketidaksetabilan Politik

Abdul Ghani Salleh

Berdasarakan analisis di atas, strategi
pembangunan Banda Aceh yang dikenalpasti
adala seperti berikut:
ƒ Meningkatkan Pembangunan Ekonomi
ƒ Meningkatkan Pembangunan Berasaskan

Ilmu
ƒ Meningkatkan Hubungan Pemerintah Pusat
dan Provinsi & Kota dan Desa
ƒ Meningkatkan
penyelidikan
dan
pembangunan (R & D) untuk bersaing
ƒ Pembangunan
Berasaskan
Partisipasi
Masyarakat
ƒ Pembangunan Tanpa Menjejaskan Sistem
Ekologi Alam
4.

Prinsip Perencanaan

Pembangunan semula Banda Aceh perlu
berdasarkan kepada 3 prinsip perencanaan untuk
menjamin pembangunan seimbang seperti

berikut:
ƒ Hubungan Manusia dengan Allah
ƒ Hubungan Manusia dengan Manusia
ƒ Hubungan Manusia dengan Alamsekitar
Selaras dengan itu, Pembangunan Pasca
Bencana Tsunami Banda Aceh adalah seperti
berikut:
- Pembangunan Sosial dan Rohani
- Pembangunan Ekonomi
- Pembangunan Parasarana & Perkhidmatan
Konsep pembangunan Banda Aceh perlu
dibentuk mengikut konsep pembangunan
kejiranan dan pembangunan kota seperti dalam
Rajah1 dan 2 dengan memberi keutamaan
kepada pembangunan berasaskan ilmu (kdevelopment).
Rajah 1. Konsep Pembangunan Kejiranan

Peluang Banda Aceh:
ƒ Kerjasama Serantau IMTGT dan Lain-Lain
ƒ Kerjasama dengan Pemerintah Pusat

ƒ Pemasaran Sumber Asli dan Pendidikan
Ancaman Banda Aceh:
ƒ Bencana Alam
ƒ Persaingan dengan Wilayah dan Negara
lain

3

Universitas Sumatera Utara

Jurnal Arsitektur “ATRIUM” vol. 02 no. 01, April 2005 : 1-4

Rajah 2. Konsep Pembangunan Kota

Konsep pembangunan ini perlu diimplementasi
mengikut
prinsip-prinsip
pembangunan
berkelanjutan yang melibatkan setiap genap
lapisan masyarakat. Di antara beberapa unsur

pembangunan berkelanjutan adalah seperti
berikut:
Lengkap

Segregasi
aktivitas
perlu
dikurangkan. Pembangunan masyarakat lebih
seimbang dari segi pekerjaan, pekerjaan,
perumahan, perniagaan dan lain-lain.
Padat – Kota Padat (Compact city) tidak terlalu
bergantung kepada mobil, lebih murah untuk
menyediakan parasarana dan kurang tekanan
keatas kawasan alamsekitar yang sensatif.

5.

Kesimpulan

Isu dan masalah akibat daripada kesan Bencana

Tsunami di Banda Aceh telah dikenalpasti dan
Banda Aceh perlu dibangun semula dengan
seberapa segera untuk mengatasi masalah yang
sedang dihadapi oleh penduduknya. Untuk
meningkatkan semula pembangunan ekonomi
Banda Aceh, strategi pembangunannya perlu
dibentuk berasaskan kelebihan dan potensi yang
dimilikinya. Untuk mencapai pembangunan
seimbang, prinsip perencanaan berteraskan
hubungan dengan Tuhan, alam sekitar dan insan
perlu digunakan. Prinsip ini perlu diintegrasikan
dengan unsur-unsur pembangunan berkelanjutan
supaya keperluan generasi akan datang tidak
diketepikan.

Konservasi – Pertumbuhan kota perlu dihadkan
sekitar kawasan alamsekitar yang sensatif dan
mengekalkan fungsi ekologi habitat.
Selesa – Ruang umum (public spaces) yang
selesa kepada pejalan kaki perlu disediakan
untuk manfaat semua.
Koordinasi – Koordinasi aktivitas perencanaan
dan manajemen akan menjamin pembangunan
guna lahan dan parasarana yang efisyen.
Usahasama – Penduduk perlu terlibat dalam
keputusan yang mempengaruhi hidup mereka.

4

Universitas Sumatera Utara