Bahasa Bidayuh di Persimpangan

Bahasa Bidayuh
Oleh AHI SAROK

KAUM BIDAYUH yang berjumlah lebih kurang 187,000 orang merupakan 8.6
peratus daripada 2.3 juta penduduk Sarawak. Banyak pengkaji sejarah
beranggapan bahawa masyarakat Bidayuh merupakan kumpulan yang paling
awal menetap di Sarawak. Ada juga yang berpendapat bahawa mereka ialah
migran yang datang dari Gunung Sungkung di Kalimantan sebelum kedatangan
Rajah Brooke ke Sarawak pada akhir abad ke-19, dan mereka dipercayai telah
mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Walaupun ada yang beragama Islam,
kebanyakan

mereka

menganut

agama

Kristian,

dan


selebihnya

masih

mengamalkan kepercayaan animisme. Kaum Bidayuh dikategorikan sebagai
etnik minoriti bersama-sama dengan kaum Penan, Lun Bawang, Bisaya, Kayan
dan Kenyah. Mereka mengamalkan adat resam dan budaya yang sama.

Masyarakat Bidayuh

bertumpu di empat daerah di Sarawak, ia itu daerah

Kuching, Serian, Bau, dan Lundu, mengikut dialek yang digunakan. Majoriti
kaum Bidayuh terdapat di daerah Serian, terletak kira-kira 50 km dari Bandar
raya Kuching. Dari segi bahasa, kaum Bidayuh boleh dibahagikan kepada empat
dialek utama, iaitu Biatah, Bukar-Sadong, Bau-Jagoi, dan Selako-Lara. Dialek
Biatah digunakan oleh mereka di daerah Kuching, manakala Bukar-Sadong

di


dearah Serian. Bagi Bidayuh dari daerah Bau, mereka menggunakan dialek
Bau-Jagoi, dan kumpulan Selako-Lara yang terdapat di daerah

Lundu

berkomunikasi menggunakan dialek Selako-Lara. Masyarakat Bidayuh boleh
dibahagikan kepada 29 kumpulan yang kecil berdasarkan kawasan atau
perkampungan yang didiami seperti dalam jadual berikut.

Daerah Kuching
Benuk
Peroh
Bisitang
Biatah

Daerah Serian
Bibukar
Sambat
Mentu

Sumpas

Daerah Lundu
Singghai
Jagoi
Serumbu (Birois)
Gumbang

Penyewa
Biannah
Biya
Braang
Bisipug
Bibengoh
Bisemban

Temong
Taup
Engkeroh
Riih

Sambang
Suntas

Tringgus

11 kumpulan

10 kumpulan

5 kumpulan

Daerah Lundu
Selako-Gajing
Selako-Sengkuku
Lara
Undu (kumpulan
ini sudah pupus)

3 kumpulan


Pada sekitar tahun 1960-an terdapat tiga dialek, iatu Biatah, Bukar-Sadong dan
Bau-Jagoi dijadikan mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dari darjah satu
sehingga darjah enam sebagai bahasa Ibunda. Penekanan diberikan tehadap
dalam aspek penulisan dan lisan,
peperiksaan kerana

namun dialek tersebut tidak diuji dalam

tujuan pengajaraan adalah untuk memastikan bawa

generasi muda dapat berkomunikasi dalam dialek itu.

Seperkara yang menarik ialah kitab Injil juga turut ditulis dalam ketiga-tiga dialek
itu kerana dialek Selako-Lara tidak ada sistem tulisan. Tulisan ini menggunakan
sistem rumi. Walau bagaimanapun, kitab Injil tidak lagi ditulis dalam dialek
berkenaan sejak sekitar lima tahun lalu; sebaliknya menggunakan bahasa

Melayu. kerana generasi kini lebih fasih

dalam bahasa kebangsaan ekoran


kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan pemasyarakatan bahasa itu melalui
media massa.

Dalam hubungan ini, RTM Sarawak, khususnya Bahagian Bidayuh ialah satusatunya wadah yang kekal memperjuangkan martabat dialek Bidayuh melalui
rancangan radionya. Semenjak ditubuhkan pada awal tahun 1950-an, Bahagian
Bidayuh RTM

Kuching terus mengorak langkah dan menyiarkan rancangan-

rancangan sama

ada dalam bentuk hiburan atau pendidikan

dengan

menggunakan dialek Biatah, Bukar-Sadong dan Bau-Jagoi secara selang seli
melalui pelbagai program yang disiarkan selama lapan jam sehari. Namun
demikian, dialek Selako-Lara terus dipinggirkan kerana mereka merupakan
subkumpulan kecil.


Terdapat beberapa

persamaan dan juga perbezaan

ketiga-tiga dialek ini.

Persamaan dan perbezaan ini boleh dilihat dari segi kosa kata, sebutan, dan
tatabahasa. Sebagai contoh bagi kosa kata seperti: makan, tidur dan mandi,
ejaan dan sebutannya adalah hampir sama. Perbezaan yang agak ketara dari
segi kosa kata terutama bagi dialek Bukar-Sadong jika dibandingkan dengan
dialek-dialek Bidayuh yang lain. Contohnya, bagi perkataan; minum, kaki dan
air, ejaan dan sebutan bagi perkataan tersebut adalah hampir sama dalam
dialek Biatah dan Bau-Jagoi. Perbezaan dalam ejaan dan sebutan yang ketara
boleh dilihat dalam dialek Bukar-Sadong bagi perkataan-perkataan tersebut.

Bahasa
Melayu
Makan
Tidur

Minum
Kaki
Air
mandi
Malam
Ibu
Bapa

Biatah
man
be’os
nuok
keja
piin
mamuh
singarum
Sindo
ama

BukarSadong

naan
be’es
nyihup
pe-en
umon
mamuh
ngare
ande
amang

Bau-Jagoi
Man
bo’os
Nuok
Koja
po-in
Mamuh
Ngaroum
Sino
Sama


Dari segi sintaksis, pola ayat antara dialek-dialek juga memperlihatkan beberapa
persamaan dan perbezaan yang agak jelas. Contoh persamaan dan perbezaan
dalam pola ayat boleh diihat dalam jadual di bawah.

Bahasa Malaysia

Biatah

Saya mahu
makan.
Saya sedang tidur.
Ke mana awak
pergi?
Ayah saya pergi
mandi.
Siapa nama
awak?
Aku cinta padamu.


Aku an man.

Aku ira naan.

Oku an maan.

Aku moh be’os.
Kuu re di kemaki.

Aku mbeh be’es.
Amu ira kapih.

Oku mboh bo’os.
Kaki muu odi.

Sama aku di
mamuh.
Asi adun mu.

Amang aku ira
aji mamuh.
Asih genan kinde/
amu.
Aku nyayang
amu.

Sama di mamuh.

Aku rindu ku’u/
Aku awang ku’u.

Bukar-Sadong

Bau-Jagoi

Osi odon muu.
Oku suka mu’u./
Oku rindu mu’u.

Persamaan dan juga perbezaan dari segi kosa kata, sebutan, tatabahasa serta
sintaksis menyebabkan dialek-dialek ini unik seolah-olah menyebabkan bahasa
Bidayuh kini berada di persimpangan. Walaupun daripada kaum yang sama,

mereka dipisahkan oleh tembok dialek yang mungkin sukar difahami
perbezaannya oleh mereka daripada kaum lain yang beranggapan bahawa kaum
Bidayuh berkomunikasi dalam satu bahasa atau dialek yang saling terjemah.

Perbezaan dari segi pertuturan menyebabkan pengguna dialek-dialek itu tidak
saling memahami. Umpamanya, disebabkan perbezaan dialek, Bidayuh Biatah
dan Bidayuh Bukar-Sadong akan menggunakan sama ada bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris ketika berkomunikasi. Bagi mereka yang terdidik dalam bahasa
Inggeris,

mereka cenderung menggunakan bahasa itu. Perkahwinan campur

turut menyebabkan generasi muda tidak bertutur dalam bahasa ibunda mereka.
Bagi yang terdidik dalam aliran bahasa Melayu, mereka menggunakan bahasa
tersebut, manakala golongan yang tidak berpendidikan menggunakan bahasa
Melayu Sarawak.

Kepelbagaian ini turut mewarna-warnikan lagi masyarakat

pelbagai kaum di Sarawak.

Yang ketara ialah tidak terdapat perkataan yang menggambarkan kesopanan
seperti “terima kasih’’ dan “selamat jalan”

dalam dialek-dialek ini. Ketiadaan

kosa ungkapan ini menyebabkan belaku gejala peminjam dan penyerapan
bahasa Melayu kepada bahasa Bidayuh disebabkan pendedahan yang lebih
meluas terutama melalui sistem pendidikan dan media massa terhadap bahasa
itu untuk menyatakan perkara tersebut, sambil diiringi dengan bahasa tubuh
yang sesuai, misalnya senyuman, anggukan, dan lambaian tangan.

Sementara itu, pada tahun 2001

Summer Institute of Linguistic (SIL) yang

mempunyai pejabat cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah dengan kerjasama
Research and Development of Singghai (REEDEMS) yang beribu pejabat di
Bau, dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) telah mengorak
langkah proaktif untuk mengkaji keunikan dialek-dialek yang digunakan oleh
masyarakat Bidayuh. Diharapkan hasil kajian mereka akan dapat melahirkan
cadangan bernas untuk dikemukan kepada pihak berwajib agar penggunaan
bahasa Bidayuh standard dapat dipelajari oleh masyarakat Bidayuh di sekolah
yang majoriti anak muridnya ialah masyarakat Bidayuh, sebagai bahasa ibunda
seperti bahasa Iban dan bahasa Kadazandusun.

BIODATA

AHI SAROK yang berketurunan Bidayuh-Biatah ialah pensyarah Fakulti Sains
Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian
pada peringkat Ph.D di Universiti Malaya.

TAMAT