Manusia sebagai khalifah Allah di muka b

PENDIDIKAN ASAS
ISLAM
Thursday, April 17, 2008

Manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi
PENDAHULUAN.
Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu penghinaan
atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah s.w.t. adalah
satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah
s.w.t. sendiri di dalam al-Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi
dan rasul. Kehambaan diri manusia kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta hakikatnya
adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan yang paling hina ialah
kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk. Inilah yang ditentang
dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari
keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya
ialah manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh
makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.
Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan perlantikkan
itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara
kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hamba-Nya maka manusialah yang lebih
hampir dengan Alllah s.w.t. Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya

maka manusia tidak berhak mencipta yang diizinkan.
Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia
dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada
itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi
khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba
itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu
hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah
tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu
ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan
telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri
tersebut. a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat
Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun
mempunyai sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh Allah s.w.t. seperti
yang termaktub dalam perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan" keatas
segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi. Tetapi sifat ini bukan
menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya
sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas khalifah. Jika
ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas
khallifahtullah dimuka bumi maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah
tetapi manusia yang menentang, melawan menderhaka dan memberontak kepada

Allah s.w.t. serta kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan kehakiman
Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut.
Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba Allah s.w.t. itu dengan sendirinya
atau semestinya khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia pada
hakikatnya adalah hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep
pengabdian kepada Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya ia bukan
khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan berhak menjadi khalifatullah ialah

manusia yang menerima kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian.
Tegasnya konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan
kekuasaan yang diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini
bagi faedah dan
kepentingan tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU.
Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa asalah satu asas terpenting untuk
melaksanankan tugas ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda
bagi di pergunakn untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan
konsep pengabdian dan penyerahan.
Kedua ialah ilmu yang menjadi asas terpenting kepada manusia dalam menjalankan
tugas sebagai seorang khalifah, yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali

penghubung dengan Allah s.w.t. ialah:a) Ilmu tentang alam syahadah dan alam ghaib
b) Ilmu tentang alam fizik dan ilmu tentang alam metafizik
c) Ilmu tentang alam benda dan ilmu tentang pencipta alam benda(e)
Itulah yang dimaksudkan dalam surah al-Baqarah ayat 31;
'Dan Dialah(Allah s.w.t. ) telah mengajar(nabi) Adam, akan segala nama bendabenda dan gunanya'
Definisi khalifah
Dalam al-Quran menyebut tentang pemberian khalifah dari Allah s.w.t. kepada
orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti yang terkandung dalam ayat
berikut: 'Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih,
bahawa Ia akan memberikan khalifah(menggantikan penguasa-penguasa yang ada)
kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu
kepada orang-orang sebelum mereka'(QS 24:55)
Di dalam Islam, khalifah digunakan sebagai kata kunci dan bukannya kata
kedaulatan atau yang lain kerana kedaulatan sesungguhnya adalah milik Allah s.w.t.
Sehubungan dengan itu, sesiapa pun yang memegang kekuasaan dan menggunakan
kekuasaan itu sesuai dengan norma-norma dan hukum-hukum Tuhan maka dengan
sendirinya ia menjadi khalifah.
Selain daripada itu, kekuasaan untuk mengatur bumi, memakmurkan, mengelola
negara dan menyejahterakan masyarakat dijanjikan kepada " seluruh masyarakat
beriman" bukannya kepada seseorang atau suatu kelas tertentu.

Maksud khalifah menurut bahasa
Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti;
iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama
ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika
ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c)
1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.
Maksud khalifah menurut istilah
Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah
s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka

bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi,
keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
Dalam pada itu, gelaran khalifah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kaum
mukmin secara menyeluruh iaitu tidak terbatas pada keluarga tertentu, kelas
tertentu, suku tertentu atau ras tertentu. Dalam Islam setiap orang mukmin
menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi yang sesuai dengan kapasitas
individualnya. Seorang khalifah di muka bumi adalah semuanya sama dan tidak ada

yang lebih rendah dari khalifah yang lain.
Pemilihan menjadi khalifah
Nikmat terbesar yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada kita manusia adalah
menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Hal ini tercantum
dalam firman-Nya yang bermaksud:- 'Adalah Dia yang telah menjadikan engkau
khalifah-Nya, pewaris bumi ini, Ia telah meningkatkan darjat sebahagian di
antaramu lebih tinggi dari sebahagian yang lain. Sehingga Ia dapat mengujimu
mengenai caramu memeperlakukan pemberian-Nya, sesungguhnya Tuhanmu cepat
memberi siksaan namun Ia juga Sangat Pengampun dan Maha Penyayang'( surah
Al-anam ayat 165)
Allah s.w.t. telah melepaskan manusia di muka bumi yang terbentang luas ini
supaya manusia itu mencari atau menerapkan sifat-sifat yang baik dan buruk
menurut apa yang dianggap baik oleh manusia. Oleh sebab itulah manusia diberi
kelebihan dari-Nya iaitu akal. Selain itu, otak yang diberikan Allah s.w.t. kepada
manusia juga adalah kelengkapan yang utama sekali bagi manusia agar dapat
menjadi khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan bijaksana.
Di samping itu, akal manusia timbul yang berpangkal dari otaknya yang membuat
satu pertimbangan dengan cara yang di redhai Allah s.w.t. Dengan akal yang
diberikan Allah s.w.t. inilah yang menjadikan manusia sebagai pewaris Allah s.w.t.
di muka bumi dan cuba mengatasi tentangan kehidupan yang berubah-ubah dari

masa ke semasa. Bagi seorang khalifah, dia perlulah memikirkan keputsan yang
terbaik dan memilih tindakan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Jika penggunaan akal
yang ada pada manusia di jalan yang benar, nescaya ianya akan membuatkan
manusia itu berperilaku hampir sesuci dan semurni malaikat.
Selain itu, nikmat yang besar bagi manusia ini pernah di tanya oleh malaikat
kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam ayat berikut, yang bermaksud:- '
Ingatlah, " Firman Allah s.w.t. kepada malaikat, " Sesungguhnya Aku akan
menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi(Adam). Maka jawab mereka itu, "
Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana
dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan
Engkau? Allah berfirman, " Sesungguh nya Aku mengetahui apa-apa yang tiada
engakau ketahui". (surah al-Baqarah ayat 30)
Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa menguasai pemerintahan dengan
kekuatan kemudian mengambil bai'at secara paksa, bukanlah cara yang sah
menurut syariat bagi menjadi khalifah. Sesungguhnya khalifah yang benar ialah
yang berdasarkan kesepakatan dan permusyawaratan para ahli fikir yang memeng
patut di ajak bermusyawarah.
Selain pendapat Imam abu Hanafiah, keadaan yang terbaik untuk memelih khalifah
ialah dengan cara rakyat yang meletakkan kendali pemerintahan, setelah
permusyawaratan mereka, mereka akan memilih seseorang yang mereka anggap

paling tepat untuk memimpin umat dan patut menggendalikannya.
Dalam pada itu, mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang yang zalim, fasik,

fajir*, lalai akan Allah s.w.t. , melanggar batasan-batasan-Nya tetapi mereka
haruslah terdiri atas orang-orang mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh. Allah
s.w.t. berfirman dalam surah Shaad ayat 28, bermaksud: 'Adakah Kami jadikan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti orang-orang yang berbuat
bencana dimuka bumi? Bahkan adakah Kami jadikan orang-orang yang taqwa(baik)
seperti orang-orang yang fasik(jahat)?
Selain itu, mereka juga tidak terdiri dari orang-orang bodoh atau dungu, tapi
haruslah orang-orang yang berilmu, berakal, sihat, memiliki kecerdasan, kearifan,
kemamapuan intelektual dan fasik untuk memerintah roda khalifah dan mengikut
tanggungjawabnya.
Kisah pemilihan khalifah(Khalifah ar-Rasyidin)
Umar bin Khattab r. a. telah mencalonkan Abu Bakar as-Shiddiq r. a. untuk
menduduki jabatan khalifah menggantikan kedudukan Nabi s.a.w. Dan penduduk
kota Madinah, yang pada hakikatnya merupakan wakil-wakil negeri secara
keseluruhan telah menerimanya dengan baik, mereka itu telah membai'atnya
dengan sukarela dan atas dasar pilihan mereka, tanpa paksaan ataupun tekanan.
Dan ketika Abu Bakar meninggal dunia, ia mewasiatkan khalifah bagi Umar r. a.

dengan mengumpulkan pendudukan di masjid Nabi s.a.w. , kemudian berkata
kepada mereka: "Apakah kalian menyetujui oranag yang ku tunjuk untuk
menggantikan kedududkanku sepeninggalku? Sesungguhnya aku, demi Allah s.w.t. ,
telah bersungguh-sungguh berdaya upaya memikirkan tentang hal ini dan aku tidak
mengangkat seorang dari sanak saudaraku, tapi aku telah menunjuk Umar bin
Khattab sebagai penggantiku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya. "
Orang ramai pun berkata: "sami'na wa atha'na'( Kami dengar dan kami taat)".
Ketika Umar bin Khattab pada saat menlaksanakan haji di tahun hidupnya yang
terakhir, beliau mendengar bahawa seseorang telah berkata; " Sekirananya amirul
mukmunin(yakni Umar) meninggal dunia, nescaya aku akan membai'atkan sifulan,
sebab bai'at kepada Abu Bakar adalah suatu peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba,
namun ia telah berlangsung dengan baik dan sempurna". Maka Umar pun berkata:"
Aku akan berpidato kepada rakyat pada petang hari ini dan akan menggeluarkan
peringatan kepada sekelompok orang yang ingin memaksakan kehendak mereka
atas rakyat".
Kerana itu, demi mengingatkan peristiwa ini dalam khutbahnya yang pertama
sekembalinya ke kota Madinah, ia telah menceritakan dengan terperinci peristiwaperistiwa yang terjadi pada hari Saqifah dan kondisi yang telah menyebabkan
dirinya bangkit untuk memberikan bai'atnya kepada Abu Bakar secara tiba-tiba.
Kata Umar:" Sesungguhnya kami waktu itu tidak mempunyai pilihan lain yang lebih
kuat dari melakukan bai'at kepada Abu Bakar. Sekiranya kami meningalkan tempat

itu melaksanakan bai'at, kami khuwatir bahawa meraka akan melangsungkan suatu
bai'at lainnya dan setelah itu kami hanya dapat mengikuti mereka dalam sesuatu
yang kami setujui atau kami menentang mereka, maka keonaran pun pasti akan
terjadi. Kerana itu barangsiapa membai'at seseorang tanpa musyawarah dengan
kaum muslimin, hendaknya dia jangan diikuti dan jangan pula diikuti oarang yang
telah dibai'atnya sebab keduanya terancam akan di bunuh.
Berdasarkan kaedah yang telah dijelaskan dalam pidatonya itu ia kemudian
mengangkat suatu panitia pemilihan sesaat sebelum ia wafat agar dapat
memutuskam perkara kekhalifahan ini dan ia berkata:" Barangsiapa menyeru
kepada kepimpinan bagi dirinya tanpa bermusyawarah dengan kaum muslimin
maka bunuhlah dia". Kemudian ia menggeluarkan suatu keputusan yang
mengecualikan puteranya sendiri dari hak untuk meraih khalifah agar jabatan itu
tidak menjadi jabatan yang diwariskan. Dan ia telah menunjuk 6 orang dalam

panitia pemilihan itu yang menurut pandangan adalah orang-orang yang paling
besar penggaruhnya dan di terima oleh rakyat.
Pada akhirnya telah diputuskan oleh panitia tersebut untuk meyerahkan urusan
pemilihan khalifah ini kepada Abdurrahman bin Auf', maka ia pun berkeliling
siapakah yang lebih dapat di terima oleh orang ramai, sehinggalah ia bertanya
kepada khafilah-khafilah yang sedang pulang dari haji dan akhirnya ia

berkesimpulan setelah mengadakan referendum umum bahawa kebanyakkan rakyat
lebih condong kepada Saidina Usman bin Affan. Berdasarkan itu di pilih sebagai
khalifah atas kaum muslimin dan di bai'at orang ramai dalam suatu pertamuan
umum.
Asas Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah
Allah s.w.t. menentukan tanggungjawab khalifah ke atas manusia berdasarkan
kelayakan dan asas-asas yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima
tugas tersebut. Ternyatalah bahawa manusia di beri banyak kelebihan oleh Allah
s.w.t. jika di bandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam
benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat.
Antara kelebihannya ialah:1. Keseimbangan kejadian
2. Anugerah akal fikiran
3. Memiliki ilmu pengetahuan
Keseimbangan kejadian manusia
Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah di
berikan oleh Allah s.w.t. dengan berbagai-bagai kelebihan kerana untuk
melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah. Firman-Nya dalam surah as-Sajdah
32:7, bermaksud : 'Yang membaguskan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya, dan
Dia(Allah) memulai kejadian manusia dari tanah”
Bentuk badan dan unsur-unsur fizikal manusia yang seimbang dan dikemaskan lagi

dengan perasaan, akal, dan roh. Perimbangan antara rohani dan jasmani
menjadikan manusia amat berbeza daripada makhluk Allah s.w.t. yang lain.
Kelebihan ini di berikan oleh Allah s.w.t. bukannya tanpa sebab tetapi sebenarnya
dalam rangka menjadikan manusia sebagai khalifah bumi. Keelokkan kejadian
manusia yang menyerlah dengan bentuk fizikal, susunan anggota dan fungsinya
serta di lengkapi dengan akal dan emosi yang perlu difahami dan di fungsikan
sebaik mungkin oleh generasi manusia.
Anugerah akal fikiran
Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah as-Sajdah 32:9, bermaksud: 'Kemudian Dia
sempurnakan kejadian(manusia) dan meniupkan ke dalam(tubuh)-nya roh(ciptaan)Nya dan Dia menjadikan untukmu pendengaran, penglihatan, dan hati(tetapi
kebanyakan) kamu amat sedikit bersyukur’
Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah
kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju. Cara hidup,
pemakanan, tempat tinggal, susunana masyarakat dan segala perkara yang
berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah s.w.t. yang
lain.
Wahyulah yang akan berfungsi untuk memandu akal manusia ke arah yang
sepatutnya agar manusia tetap berada di jalan yang benar di sisi Allah s.w.t.
Batasan kemampuan akal akan diatasi oleh wahyu agar manusia dapat
melaksanakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi dengan lebih berpedoman

dan jayanya.
Memiliki ilmu pengetahuan
Firman Allh s.w.t. dalam surah al-Baqarah 2:31 bermaksud: 'Dan Dia(Allah)
mengajar kepada adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, yang kemudian
mengemukakan kepada para malaikat lalu berfiman: "Sebutkanlah kepada-Ku nam
benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar".
Ilmu yang di maksudkan bukan hanya dengan alam tabi'i dan fizikal malah ianya
merangkumi tentang kerohanian dan ghaib. Dengan kejadian dan kelebihan diri
yang dianugerahkan Allah s.w.t. serta sumber yang dikawalnya, manusia sepatutnya
menanggani pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu. Ilmu
yang di tuntut bukanlah semata-mata merupakan "maklumat" dan "kefahaman"
berkaitan sesuatu perkara, malah ianya hendaklah digunapakai untuk
mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab
terhadap dunia dan Allah s.w.t. yang menciptakannya. Panduan akal dan wahyu
merupakan proses penting menjamin kealsian dan benarnya ilmu yang dimiliki.
Di dalam pemerintahan seseorang khalifah itu mestilah dapat memikul
tanggungjawab dengan aman dan tanpa keraguan dalam membuat kata putus yang
perlu berlandaskan hukum Islam. Sebagai seorang khalifah juga mestilah
mempunyai ukhuwah yang kuat supaya masyarakat yang dipimpinnya akan hormat
dan memandang tinggi kepadanya. Ini tercantum dalam surah Shaad ayat 20, yang
bermaksud: ' Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya nikmat dan
lidah yang fasih( kata putus)'
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujaraat ayat 10, yang bermaksud: ' Orangorang mukmin itu adalah bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang
yang bersaudara dan takutlah kepada Allah s.w.t. , mudah-mudahan kamu
mendapat rahmat’
Di dalam hidup bersaudara ini, kita dapat lihat semasa zaman Rasulullah s.a.w. iaitu
semasa baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah. Semasa berhijrah meraka
menolong antara satu sama lain walaupun mereka tidak kenal. Oleh itu, sebagai
seorang khalifah haruslah menolong saudara mereka dengan hati yang ikhlas dan
jangan biarkan mereka dalam kemurkaan dan kebinasaan. Kita juga haruslah tidak
melepaskan hajat saudara kita dan perlulah bantu hingga hajatnya tercapai dengan
amanah dan jujur.
Khalifah dan Perubahan
Sebagai khalifah, manusia tentunya melakukan perubahan demi perubahan
bersama perkembangan tamadun dunia dari masa ke semasa. Sesungguhnya
perubahan yang di lakukan tidaklah tergelincir daripada landasan kesejahteraan
serta perlulah memepunyai ciri-ciri aqidah, akhlak dan manhaj yang jauh berbeza
daripada aliran perubahan yang lain di dunia.
Perubahan yang di lakukan bukannya setakat dari segi material atau fizikal sahaja
tetapi ianya merangkumi semua sudut kehidupan manusia iaitu dari segi sosial,
ekonomi, politik, aqidah, tabiat dan tingkah laku masyarakat seluruhnya. Perubahan
Islam itu mestilah dengan persiapan faktor-faktor dan sendi-sendi yang
membolehkan terbangunnya masyarakat madani sebenar di atas asas-asas yang
kukuh.
Perubahan perikemanusiaan iaitu cara yang benar tidak akan menuju kepada
kebaikan dengan menggunakan jalan keburukan atau menghirup kehinaan untuk
sampai ke mercu kejayaan. Perubahan-perubahan ke arah kemajuan yang Rabbani

tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan
dengna kemajuan teknikal. Sesungguhnya perubahan tersebut adalah meruntuhkan
jahiliah dari sudut pemikiran, peraturan dan prinsip. Maka ianya secara
menyeluruh meresap dalam rangka melaksanakan tugas dan peranan manusia
sebagai khalifah di bumi.
Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh di buat dalam tajuk "Manusia Sebagai Khalifah allah s.w.t.
di Muka Bumi" ini adalah, manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah
yang memberikan manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang
lain. Seorang khalifah itu juga harus sedar bahawa dia telah memikul
tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. , oleh sebab itu mereka perlu
menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta meninggalkan apa yang
dilarang-Nya.
Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat
hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap
adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan
atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu
yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah perlulah mempunyai sifat-sifat yang di
pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.
Dalam pada itu, khalifah mestilah mempunyai keadaan fizikal yang sihat dan baik.
Ini kerana kesihatan juga diambil kira sebab ia adalah penting untuk seseorang itu
memerintah dengan cara yang betul dan tegas yang berlandaskan hukum Islam.
Keselamatan masyarakat yang di perintahnya juga menjadi faktor yang penting
supaya kawasan atau tempat yang diperintahnya sentiasa berada dalam keadaan
aman dan selamat bagi membentuk masyarakat yang berdisplin serta
mengagungkan Allah s.w.t. dalam semua hal.
Selain daripada itu, seorang khalifah juga harus terdiri daripada orang yang bijak
pandai supaya kawasan yang di tadbirnya sentiasa dalam keadaan harmoni dan
maju kehadapan. Ilmu pengetahuan adalah faktor yang penting bagi seorang
khalifah, kerana ianya merupakan satu bonus terhadapnya supaya dia dapat
memutuskan sesuatu masalah dengan teliti dalam hal yang berkaitan.