Manusia Sebagai Khalifak di Muka Bumi

Manusia Sebagai Khalifah
Yang dimaksud dengan khalifah ialah bahwa manusia diciptakan untuk menjadi
pengusaha yang mengatur apa-apa yang ada di bumi, seperti tumbuhannya,
hewannya, hutannya, airnya, sungainya, gunungnya, lautnya, perikanannya dan
seyogyanya manusia harus mampu memanfaaatkan segala apa yang ada di
bumi utuk kemaslahatannya. Jika manusia telah mampu menjalankan itu
semuanya maka sunatullah yang menjadikan manusia sebagai khalifah du bumi
benar-benar dijalankan dengan baik oleh manusia tersebut, terutama mannusia
yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Mengapa Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ?

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang maha agung. Mengikut kamus
dewan bahasa dan pustaka, manusia ialah makhluk yang mempunyai akal budi.
Jika diperincikan lagi maksudnya, akal dari pada as[ek manusia bermaksud
dapat berfikir, manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan.
Dalam Al-Qur’an telah diterangkan mengenai asal penciptaan manusia yang
bermula dari tanah (Nabi Adam a.s) kemudian seterusnya seperti mana firman
Allah S.W.T. Surah Al-Mu’minun Ayat 12-14.

Tanggung jawab manusia sebagai khalifah

Ada segolongan manusia yang berpendapat bahwa manusia dan alam dijadikan
tanpa tujuan tertentu. Alam yang terbentang luas ini terdedah kepada
pengolahan manusia sesuai dengan tingkat ilmu pengetahuan yang dimilikinya.
Manusia dan alam dianggap seperti satu sistem yang bertindak balas diantara
satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Pada pandanan mereka, hidup hanya
untuk keperluan kebendaan semata-mata. Ini adalah pandangan sains sekular.
Bagi mereka, manusia tidak mempunyai tujuan dan arah tertentu dalam
kehidupan, melainkan sebagai ejen perubahan alam ini. Manusia dipecahkan
kepada komponen alam tanpa mengambil kira faktor serta peranann akal, hati,
dan nafsu tabii manusia itu sendiri.
Pada pandangan Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah, tetapi
manusia mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding makhluk lain. Sementara

1

Written By Rahmad Zulhaidir

asal-usul manusia itu bermula dari manusia pertama yang diciptakan Allah, yaitu
Nabi Adam, dan bukannya jelmaan dari makhluk lain, Allah juga menyatakan
dengan jelas tujuan manusia dicipta, yaitu sebagai khalifah di bumi. Hakikat ini

dapat dilihat dalam firman-nya yang bermaksud : “Ingatlah ketika tuhanmu
berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi.” (Surah al-baqarah, ayat 30).
Dari aspek lain pula, pendukung sekularisme berpandangan bahwa, agama dan
kehidupan duniawi adalah sesuatu yang perlu dipisahkan. Bagi mereka, segala
bentuk kepercayaan agama yang membawa kepada ketaatan kepada Allah serta
memelihara batasan syariah adalah terhad kepada amalan pribadi saja manakala
perkara umum yang membabitkan kehidupan manusia secara keseluruhannya,
perlu diatasi dengan kekuatan kebendaan semata-mata.
Sebaliknya, Islam mengajar penganutnya yang juga khalifah di bumi ini, supaya
dapat mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat sewajarnya. Di
samping menganjurkan umatnya supaya beramal sebagai bekalan pada akhirat,
Islam tidak pernah pula melarang umatnya daripada berusaha untuk
kesejahteraan hidup di dunia. Yang berbeda adalah kaedah yang disarankan
oleh islam untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu.

2

Written By Rahmad Zulhaidir