Kajian Keberkesanan Penggunaan Alat Penstabilan Tenaga.

v

ABSTRAK

Tesis ini membincangkan mengenai kajian yang telah dilakukan terhadap alat
penstabilan tenaga elektrik. Tujuan kajian dilakuk:an adalah bagi mengenal pasti kesan
penggunaan alat tersebut kepada pengguna domestik. Alat penstabil tenaga yang
digunakan dalam kajian ini adalah terdiri dari dua model iaitu DEMS 10 untuk pengguna
yang mempunyai purata nilai bil elektrik kurang dari RM 80.00 dan DEMS 20 untuk
pengguna yang mempunyai purata nilai bil lebih dari RM 80.00 elektrik serta kurang

dari RM 200.00. Alat penstabil tenaga tenaga ini beroperasi berdasarkan konsep
kapasitor bank dan dijangkakan mampu untuk meningkatkan kecekapan tenaga elektrik
serta mengurangkan nilai bil pengguna. Kajian terhadap kesan kuasa reaktif yang
terhasil, nilai faktor kuasa dan nilai arus yang digunakan dijalankan untuk sebelum dan
selepas penggunaan alat ini. Bagi melihat perubahan yang berlaku, analisis dilakukan
untuk memastikan peralatan ini dapat membantu meningkatkan kecekapan sistem tenaga
elektrik pengguna atau tidak. Kajian ini amat penting untuk membantu pengguna
membuat pilihan sama ada menukar peralatan elektrik baru yang lebih cekap atau
dengan membeli alat penstabilan tenaga yang lebih ban.yak kelebihannya.


(

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka