Keberkesanan penggunaan peta minda Sekolah

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?

1.0

Pendahuluan
Sekolah berkesan perlu dikaji dan dilihat serta difahami konsep, ciri dan definisinya oleh
semua warga pendidikan. Penulisan yang akan saya bentangkan ialah berkaitan dengan peranan
seorang

pengetua dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada sekolah berkesan atau

keberkesanan sekolah . Walau bagaimanapun hanya empat aspek yang akan dihuraikan iaitu aspek
kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran guru dan sikap
pelajar-pelajarnya dan sebenarnya keempat-empat faktor ini adalah berkait rapat dengan peranan
pengetua.

Apabila memperkatakan tentang keberkesanan sekolah, kita tidak boleh lari dari aspek
kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974), kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan
dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Begitu juga di sekolah di mana
pembentukan


organisasi

sekolah

berkesan

itu

sangat

bergantung

kepada

kepemimpinan

pengetuanya. Ini adalah disebabkan oleh tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan akan
turut mempengaruhi suasana dan semangat subordinatnya.

Sekolah berkesan di Malaysia adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Selain faktor yang

timbul dari keberkesanan kepemimpinan pengetua, faktor efikasi guru dan demografi guru besar juga
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Ini adalah disebabkan oleh
seseorang guru besar atau pengetua itu akan melibatkan hubungannya dengan guru dan pelajar
sewaktu memimpin organisasi sekolah ke arah kecemerlangan.

Indikator kualiti yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesebuah sekolah itu
selalunya

adalah

yang

berkaitan

dengan

kecemerlangan

pencapaian


akademik

pelajar,

kepemimpinan pengetua, iklim sekolah, strategi dan teknik pembelajaran, budaya dan nilai sesebuah

sekolah serta pembangunan staf (Creemers 1997). Selain itu salah satu faktor yang tidak kurang
pentingnya menyumbang kepada keberkesanan sekolah ialah keberkesanan

pengajaran guru.

Kajian yang dilakukan oleh Stringfield & Teddlie (1987) telah membuktikan hubungan ini.

Kajian berkaitan sekolah berkesan telah mendapat perhatian ramai kerana individu mahupun
organisasi tertentu di dalam bidang pendidikan telah menyedari kepentingannya untuk mewujudkan
sekolah berkesan dalam kriteria akauntabiliti pendidikan. Ia juga adalah bagi memenuhi matlamat
pendidikan negara seperti yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 Definisi, konsep dan ciri sekolah berkesan


Keberkesanan sekolah bukan sahaja diukur dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi
kesaksamaan (equity), itulah apa yang didefinisikan oleh Edmonds (1979), mengenai sekolah
berkesan. Edmonds menyatakan, keberkesanan sesebuah sekolah itu boleh diukur berdasarkan
kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak dari keluarga kurang berada
sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak yang kurang berada yang boleh menguasai akademik
sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Sesebuah sekolah tidak
layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi peluang pendidikan yang sama. Berdasarkan
kriteria ini, menurutnya, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat
sedikit. Untuk memenuhi kriteria seperti yang diharapkan tidak mustahil jika keseluruhan warga
sekolah itu bekerjasama bergerak ke arah pencapaian matlamatnya.

Empat cara bagi mengenalpasti sekolah yang berkesan menurut Rowan (1983), ialah: -

(1) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih
daripada median kebangsaan.

(2) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah
meningkat dari semasa ke semasa
(3) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort
(4) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Namun begitu definisi yang paling biasa digunakan dalam kajian-kajian tentang keberkesanan
sekolah ialah :
Sekolah yang mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya mencapai tahap yang tinggi dalam
prestasi akademik apabila dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain.
( Cuttance 1985 ).
Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berkesan
adalah berdasarkan pendapat Edmonds (1979), iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan
dengan jelas dan menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik. Harapan yang diletakkan
kepada sekolah yang cemerlang ialah bahawa pelajar-pelajarnya akan belajar dengan baik. Sekolah
berkesan juga mempunyai iklim yang teratur dan selamat bagi menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai pendidik yang kukuh sebagai pengetua.
Mortimore (1995), telah memberikan sebelas ciri sekolah berkesan:i.

kepemimpin profesional.

ii.

perkongsian wawasan dan tujuan.

iii.


persekitaran pembelajaran dan iklim sekolah yang baik.

iv.

tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

v.

Pengajaran yang bertujuan.

vi.

jangkaan kejayaan yang tinggi.

vii.

pengukuhan yang positif.

viii.


pemantauan kemajuan.

ix.

Menghormati hak dan tanggungjawab pelajar.

x.

hubungan rumah dengan sekolah.

xi.

organisasi pembelajaran.

Mortimore

percaya

berdasarkan


ciri-ciri

tersebut

sekolah

akan

menunjukkan

keberkesanannya sebagai sebuah organisasi yang outputnya diukur dari pencapaian dan
keberhasilan pelajar meningkat lebih daripada apa yang diharapkan.

Shahril Marzuki ( 1997), menyatakan terdapat lima ciri sekolah untuk membina profil sekolah
berkesan di Malaysia mendapati semua faktor tersebut adalah positif . Sekolah yang berkesan
mempunyai kepimpinan dan iklim sekolah yang positif (selesa dan selamat), guru-guru menaruh
harapan guru yang tinggi terhadap penguasaan kemahiran asas pelajar, kekerapan mengadakan
penilaian, peranan persatuan ibu bapa dan guru, dan kemudahan fizikal (prasarana, kewangan)
sekolah yang baik bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Berbanding dengan sekolah tidak

berkesan mempunyai faktor-faktor tersebut tetapi pada tahap atau darjah yang rendah dan kurang
efektif untuk mempertingkatkan pencapaian murid.

Sementara itu Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak
berkesan menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel,
pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal.

3.0 Elemen- Elemen Mewujudkan Sekolah Berkesan

3.1 Peranan Kepemimpinan Pengetua

Kepemimpinan pengetua adalah antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan
sekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Alma Haris (2002), yang menyatakan sekolah berkesan
adalah hasil dari kepemimpinan pengetua yang bersifat ‘distributed leadership’ iaitu yang berkongsi
peranan secara kolektif dengan guru-gurunya untuk kecemerlangan sekolah melalui pencapaian
matlamat yang sama. Begitu juga dengan Tay (1984, di dalam Nordin Hj Yahya 2004), yang
mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah berpunca dari kepemimpinan pengetuanya. Tay juga
berpendapat kejayaan sistem pentadbiran sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kualiti
kemudahan sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepemimpinan pengetua dan
kemahiran profesional guru-gurunya. Pembentukan organisasi sekolah yang berkesan sangat

bergantung kepada kualiti kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974) pula, kepemimpinan
yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini
adalah kerana tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu yang
akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerjanya.

Kajian yang dijalankan oleh Nordin (2004), ke atas lima buah sekolah menengah bantuan
penuh kerajaan mendapati pada keseluruhannya keberkesanan organisasi adalah selari dengan
dapatan kajian Ahmad Mohammad Shariff (1989) ke atas sekolah-sekolah vokasional seluruh negara.
Nordin mendapati terdapatnya hubungan antara tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan
sekolah berkesan. Beliau mendapati pada keseluruhannya di dalam aspek kepemimpinan pengetua,
pengetua mengamalkan kepemimpinan yang seimbang dari tingkahlaku permulaan struktur tugas dan
struktur konsiderasi. Keberkesanan organisasi sekolah pula pada keseluruhannya berada pada tahap
sederhana. Dapatan ini turut disokong oleh hasil kajian terdahulu yang dilakukan.

Kepentingan tingkahlaku dan gaya kepemimpinan pengetua di dalam mengerakkan
sekolah ke arah sekolah berkesan turut dinyatakan oleh Ahmad Zabidi

( 2003), di dalam kajiannya mengenai ciri-ciri sekolah berkesan : Implikasinya ke atas pengurusan
sekolah agama. Dapatan kajiannya mendapati kepemimpinan pengetua bukanlah merupakan faktor
terpenting berbanding kajian sekolah sebelum ini. Hasil kajian Ahmad Zabidi ini menyerupai

pandangan Abd. Hamid Othman (1992), yang mendapati kelemahan yang perlu diatasi segera di
sekolah-sekolah agama ialah kecekapan dan kelicinan pentadbirannya. Ini sepatutnya menyedarkan
pengetua-pengetua untuk meningkatkan kualiti kepemimpinannya dengan mendalami ilmu untuk
meningkatkan lagi kebekesanan sekolah kerana peranan pengetua cukup penting seperti mana
menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989), yang mengatakan peranan pemimpin sekolah amat penting di
dalam melahirkan sekolah berkesan.

Peranan pengetua di dalam memimpin guru-guru dan pelajar-pelajarnya ke arah melahirkan
sebuah sekolah berkesan juga turut dinyatakan oleh Wu (1989), di dalam kajiannya di Taiwan
berkaitan dengan sekolah berkesan. Beliau menyatakan di antara indikator sekolah berkesan itu ialah
perancangan dan iklim sekolah, kualiti pengajaran guru, tingkahlaku pelajar, komunikasi pentadbiran,
pencapaian akademik pelajar, kepuasan kerja guru, penyusunan kurikulum, hubungan ibu bapa dan
sekolah, hubungan guru-pelajar dan

kepemimpinan pengetua. Ini jelas menunjukkan bagi

mewujudkan sekolah yang berkesan kepemimpinan pengetua itu adalah antara faktor yang diambil
kira dan penting.

Hussein Mahmood (1993), pula melihat pengetua atau guru besar ialah orang yang
terpenting di dalam memimpin sebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Ini jelas
menunjukkan yang sesebuah sekolah yang berkesan itu mempunyai stail atau gaya kepemimpinan
yang turut berkesan.

Sekolah-sekolah agama di Malaysia juga turut tidak ketinggalan dikaji aspek keberkesanan
sekolahnya. Hasil dari kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), telah merumuskan
sepuluh ciri sekolah menengah agama berkesan iaitu harapan yang tinggi oleh para guru, iklim

sekolah yang kondusif, pengukuhan yang positif, kepemimpinan pengetua yang professional,
pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan pelajar, perkongsian visi dan matlamat yang
jelas, program perkembangan staf, penumpuan terhadap kurikulum dan pengajaran, permuafakatan
sekolah dan rumah serta akhirnya ialah sikap pelajar yang positif. Kesemua ciri yang dinyatakan
menyamai ciri-ciri yang ditemui dalam kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sekolah awam dan
sekolah vokasional. Antara kelainannya ialah ciri sekolah menengah agama berkesan banyak
bergantung kepada sikapp kerja guru berbanding peranan yang dimainkan oleh pengetua. Ini beliau
nyatakan sebagai bukan sesuatu yang pelik kerana menurutnya sekolah-sekolah agama mempunyai
kekurangan dari aspek kecekapan pentadbiran. Beliau turut mencadangkan agar program latihan
kepengetuaan bagi pengetua-pengetua sekolah agama dan aspek yang perlu diberi penekanan ialah
aspek pembangunan diri, budaya kualiti, profil pengetua berkesan, komunikasi dan pembinaan
pasukan. Melalui latihan dan kursus sebegini dilihat akan mampu meningkatkan lagi kualiti
kepemimpinan pengetua untuk menguruskan sekolah sehingga meningkatkan kuantiti sekolah
menengah agama berkesan. Ia bersesuaian dengan pendapat Edmonds (1979), “Principals can
make a difference”.

3.2 Iklim sekolah yang kondusif

Walau apa pun ciri-ciri sekolah berkesan yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji, namun
begitu, hampir kesemuanya memperkatakan tentang ciri-ciri sekolah berkesan ialah kepemimpinan
pengetua, iklim sekolah yang kondusif, peranan guru yang berkesan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran, sikap pelajar yang positif dan pemuafakatan di antara sekolah dan
rumah. Antara kajian yang memperlihatkan akan kepentingan iklim sekolah yang kondusif di dalam
mempengaruhi keberkesanan sekolah ialah Rahimah dan Zulkifli (1998) dan Mortimore& Sacknay
(1986).

Ini turut ditemui di dalam kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), di mana beliau
telah mendapatkan purata nilai min yang kedua tertinggi bagi iklim sekolah yang kondusif di dalam
ciri sekolah agama yang berkesan. Kajian beliau juga menunjukkan ciri iklim sekolah turut membantu
ke arah keberkesanan sekolah. Dengan itu, warga sekolah perlulah membentuk budaya hidup
beragama sebagai iklim sekolah agama berkesan kerana budaya hidup beragama ini bukan sahaja
mengatasi masalah disiplin bahkan ia turut membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Peranan utama perlu dimainkan oleh pengurusan sekolah agama terutamanya pengetua untuk
membentuk

iklim

yang

bersesuaian

kerana

pengetua

mempunyai

kemampuan

untuk

melaksanakannya.

Iklim sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu mewujudkan integrasi dan
keharmonian sesama pelajar-pelajarnya yang berbeza dan mengurangkan perbezaan sesama
mereka. Pengurusan sekolah agama perlu mewujudkan iklim sekolah agama yang disepadukan di
antara iklim yang bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan
komunikasi yang baik dan juga pembentukan iklim dalaman seperti penerapan nilai keagamaan di
dalam kehidupan seharian di sekolah. Melalui kesepaduan iklim-iklim ini pihak sekolah bukan sahaja
mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari
aspek akhlak dan keperibadian.

Dapatan di atas mengenai kepentingan iklim sekolah yang kondusif bagi menghasilkan
sebuah sekolah yang berkesan turut diakui oleh Creemers (1997), yang menyatakan antara kualiti
indikator mengukur sekolah berkesan ialah melalui pencapaian akademik pelajar, iklim sekolah, nilai
dan budaya sekolah, teknik pengajaran dan pembelajaran, kepemimpinan pengetua dan
perkembangan staf.

Kajian yang dijalankan oleh Wu (2005), di Taiwan turut menyatakan akan kepentingan iklim
bilik darjah dan sekolah di dalam menyumbang kepada pembentukan sekolah berkesan. Beliau
menyatakan yang iklim sekolah adalah di antara lima penentu utama sekolah berkesan di Taiwan.
Menurutnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesebuah sekolah maka penekanan perlu
diberikan terhadap kelima-lima faktor penentu yang dinyatakan termasuklah iklim sekolah yang
kondusif.

Rahimah dan Zulkifli (1996), juga telah melihat yang iklim dan kemudahan fizikal turut
menyumbang kepada sekolah berkesan. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu berasa selesa apabila
berada di sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan berada di dalam keadaan yang teratur akan
mengalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan pelajarpelajar yang cemerlang dan seterusnya ke arah sekolah yang berkesan.

Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan
menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan
pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal. Kajian mendapati terdapat perbezaan
yang signifikan antara sekolah-sekolah yang dikaji. Tiga daripada empat buah sekolah luar bandar
mempunyai skor yang tertinggi untuk skala Perhubungan Interpersonal. Dua daripadanya adalah dari
sekolah berkesan manakala satu daripada sekolah kurang berkesan didapati mempunyai hubungan
interpersonal yang positif berbanding dengan sekolah di kawasan bandar. Dapatan kajian juga
mendapati bahawa pelajar-pelajar serta guru-guru yang berada di dalam sekolah yang berkesan
sentiasa positif tentang pembelajaran di sekolah serta persekitaran di sekelilingnya. Dengan kata lain
sekolah berkesan berkaitan rapat dengan semua staf di dalamnya samada sentiasa ingin maju dan
sentiasa memandang ke hadapan atau sentiasa berfokus tentang pembelajaran, sentiasa peka
terhadap keperluan pelajarnya dan sentiasa berwawasan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melihat sekolah-sekolah yang dipilih menunjukkan
keberkesanan dalam pencapaian samada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri. Jika diteliti dari kriteria
yang digunakan keberkesanan sekolah itu mementingkan;
i.

Outcome dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum.

ii.

‘Proses’ bagi mencapai kecemerlangan akademik

iii.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah

iv.

Iklim sekolah

v.

Penglibatan PIBG (ibu bapa)
Pelajar dan guru di sekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di
perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.
Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong
untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada
keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan perasaan
atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah
tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1966), di sekolah yang dapat memberikan rasa suasana yang
selesa dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan dapat diperhatikan :-

1. Guru merasa selesa, yakin dan puas.

2. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru.

3. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil.

4. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka.

5. Pengetua

merupakan

seorang

pemimpin

yang

baik,

mampu

membimbing

kakitangannya serta memperkembang potensi mereka.

6. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka.

Iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya
membantu pelajar-pelajar memperoleh pencapaian yang baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja.
Iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Ini dikuatkan lagi melalui dapatan kajian
oleh Shahril (1997), yang mengatakan iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah
itu aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Banguanan sekolah turut dijaga dengan baik
dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia penting untuk mempengaruhi psikologi dan
emosi warga sekolah itu.
Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan sekolah berkesan. Namun begitu
untuk mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan gambaran yang lebih lengkap
mengenai sekolah tersebut dan juga pemerhatian jangka panjang serta pemantauan yang kerap
terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara
yang tidak tetap dan berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa.

3.3 Keberkesanan Pengajaran Guru
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap
orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah
sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan
ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.

Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil
persekolahan (pencapaian akademik dan bukan akaemik) yang juga pencapaiannya lebih daripada
apa yang diharapkan. Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur keberkesanan sekolah
misalnya aspek pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Keberkesanan pengajaran guru ini adalah penting kerana melalui teknik pengajaran yang
berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Ini disokong oleh kenyataan oleh Rotter (1996), di
mana lokus kawalan adalah faktor yang dominan yang mana guru-guru mempengaruhi pencapaian
pelajar-pelajar. Guru-guru yang boleh mengawal tindakan mereka untuk mencapai kejayaan akan
mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Teori yang dinyatakan oleh Bandura (1977), yang
mengenalpasti efikasi guru sebagai salah satu efikasi kendiri berdasarkan perspektif kongnitif
sosialnya.

Setiap manusia mampu membentuk kepercayaan untuk membuat yang terbaik.

Kepercayaan inilah yang akan menghasilkan usaha untuk berjaya dan akan mendorong guru-guru
untuk berusaha dengan lebih ke arah pengajaran yang berkesan bagi menghasilkan pelajar yang
cemerlang dan akhirnya sekolah yang berkesan.

Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan kajian Sazali Yusoff (2004 ), yang dapat
mencungkil satu faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan sesebuah sekolah. Kajian
menunjukkan yang pencapaian akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh efikasi kolektif guruguru. Efikasi kolektif guru ini merupakan peramal yang kuat kepada kejayaan akademik murid.
Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka pengajaran guru akan lebih berkualiti dan
pencapaian pelajar-pelajar akan meningkat di samping menyumbang kepada keberkesanan sekolah.

Wu (2005), juga mendapati dari hasil kajiannya kadar keberkesanan pengajaran guru adalah
sederhana tinggi di mana hubungan guru-pelajar yang akrab merupakan yang tertinggi. Kajian juga
telah mendapati yang umur, jantina, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, jenis sekolah,

latarbelakang sekolah dan sejarah sekolah signifikan dengan keberkesanan sekolah manakala tahap
pendidikan dan jawatan tidak mempunyai perhubungan dengan keberkesanan sekolah. Lebih tinggi
keberkesanan pengajaran guru maka akan tinggilah keberkesanan sekolah. Penyelidik juga telah
mendapati terdapat lima cara untuk mengesan keberkesanan sekolah iaitu jantina, jenis sekolah,
efikasi guru, penggunaan bahan pengajaran yang sistematik dan iklim bilik darjah.

Sekolah

yang

berkesan

sepatutnya

memberikan

penekanan

yang

lebih

kepada

keberkesanan pengajaran guru yang akhirnya akan membawa kepada keberkesanan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Nordin (2004), mendapati tekanan kerja yang dialami
oleh guru tiada kaitan dengan keberkesanan sekolah. Ini adalah kerana beban yang diberikan tiada
kaitan dengan produktiviti guru. Oleh itu beliau mencadangkan beban tugas yang tiada kaitan dengan
peningkatan keberkesanan sekolah hendaklah dikurangkan. Sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada
peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih
kepada menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pengetua sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin
pengajaran dengan membimbing dan memudah cara kepada guru bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru perlu diberi peluang untuk meningkatkan
perkembangan diri melalui penguasaan kemahiran terkini.

Begitu juga kepentingan keberkesanan pengajaran guru ini turut diakui oleh Ahmad Zabidi
(2003), di dalam kajiannya terhadap ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan. Hasil kajiannya
mendapati ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada sikap kerja guruguru berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh pengetua serta pelajarnya. Ini jelas
menunjukkan yang kekuatan guru-guru melalui pengajaran yang berkesan mampu menyumbang
kepada keberkesanan sekolah. Penumpuan terhadap kurikulum dan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penting di dalam mewujudkan sekolah menengah agama yang berkesan.
Dapatan ini menyamai dapatan-dapatan sebelumnya yang melihat keberkesanan pengajaran guru
antara faktor keberkesanan sekolah.

Menurut Rahimah Hj Ahmad (1998), guru merupakan faktor paling penting yang menjadi
tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan ‘technicians’ yang bertanggungjawab
terhadap ‘core business of schools’ khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan
bimbingan. Pengajaran guru yang berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang
gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang perlu dititikberatkan ialah
kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan
bertindak secara orang-orang professional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak
mudah patah semangat dan kreatif di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan.

3.4 Sikap pelajar-pelajar.

Menurut Hussein (1993), keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi
kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan kerja
dalam sesebuah sekolah itu. Bagaimanapun, sekolah yang berkesan bukan sahaja sekolah yang
dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi tetapi juga sekolah yang kurang menghadapi
masalah disiplin seperti kerosakan harta benda sekolah, ponteng dan keciciran, di samping mendapat
kepercayaan di kalangan masyarakat setempat dan guru-gurunya pula mendapat kepuasan bekerja.
Walaupun begitu penekanan lebih tertumpu kepada pencapaian akademik kerana secara relatifnya
pencapaian akademiknya mudah diukur melalui ujian kognitif berbanding dengan aspek-aspek lain
khususnya aspek afektif.

Mengikut pandangan murid, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mempunyai guruguru yang boleh mengajar dengan berkesan supaya pelajarnya jadi bijak, kreatif, sekolah yang
persekitarannya cantik dan bersih serta sekolah yang cemerlang. Namun begitu secara umumnya
boleh dirumuskan bahawa keberkesanan sekolah diukur berdasarkan hasilannya (seperti pencapaian

akademik, moral, personel dan jasmani), keadaannya (persekitaran teratur) dan prosesnya
(pengajaran guru, penglibatan ibu bapa dan sistem pentadbiran).

Kajian oleh Ahmad Zabidi ( 2003 ), turut memperlihatkan yang sikap pelajar yang positif
adalah perlu untuk membentuk sekolah menengah agama yang berkesan. Walaupun ia merupakan
ciri terendah dari senarai ciri sekolah menengah agama berkesan kajian sebelum ini
mennggambarkan sikap pelajar turut mempengaruhi pencapaian mereka. Untuk mewujudkan
kecemerlangan dan sekolah berkesan, sikap pelajar yang baik juga ialah mereka yang bukan sahaja
menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata sebaliknya juga perlu aktif di dalam
kegiatan kokurikulum. Pencapaian akademik yang tinggi di dalam suatu mata pelajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Memandangkan
keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan pencapaian dan akhlak pelajar, maka
pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pengurusan sekolah. Sekiranya sekolah hanya
mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dari aspek intelek, sudah tentu ia tidak berjaya
memenuhi matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Sesebuah sekolah yang berjaya adalah sekolah yang mempunyai kadar keciciran kosong, di
mana tidak ada pelajar yang tidak tahu membaca, menulis atau mengira. Begitu juga tidak ada sistem
diskriminasi, setiap pelajar mendapat layanan yang adil dari sekolah dan guru. Kemampuan sekolah
yang berkesan mengesan kemajuan murid secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu
setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif
pengajaran. Di sekolah berkesan murid digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan
kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka.
Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Kepentingan diletakkan
terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh
untuk berjaya. Setiap murid yang berjaya akan diberi penghargaan serta maklum balas yang cepat
dan berterusan terhadap prestasi murid mereka.

Murid memainkan peranan yang penting berbanding guru diamalkan di sesebuah sekolah
yang bekesan. Sekolah memberi keyakinan kepada murid mereka bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap pelajaran mereka. Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkifli dan Rahimah (1998), mereka
telah menjawab persoalan apakah yang telah digunakan sebagai ukuran kepada keberkesanan
sekolah. Melalui dapatan kajian, mereka berpendapat bahawa keberkesanan sekolah selalunya
diukur dari segi output atau hasil persekolahan yang lazimnya dikaitkan dengan pencapaian
akademik pelajar.
Apabila memperkatakan tentang sikap pelajar , aspek disiplin tidak boleh dipandang ringan.
Disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa
dan harmoni. Sesebuah sekolah yang berkesan mempunyai disiplin yang teratur tanpa perlu
peraturan ketat, selesa dan tenang untuk suasana proses pembelajaran.
Pelajar-pelajar di sekolah berkesan perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan
membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah
dapat dikurangkan. Ada sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output
sesuatu sekolah itu. Menurut kajian, sekolah yang berkesan adalah sekolah yang kurang mengalami
masalah disiplin dan ponteng sekolah di samping mempunyai pencapaian akademik yang baik serta
konsisten.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin,
ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Masalah disiplin
yang dialami disekolah disusuli

dengan prestasi pencapaian pelajar yang kurang memuaskan

terutamanya di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej
dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan.

4.0 Kesimpulan

Kewujudan sesebuah sekolah berkesan banyak dimainkan oleh pengetuanya. Daripada apa
yang telah saya bincangkan tadi, elemen-elemen dalam mewujudkan sekolah berkesan ialah
kepimpinan pengetuanya dan disokong oleh iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran
guru dan sikap pelajar itu sendiri. Sebenarnya ketiga-tiga elemen tadi adalah berkait rapat dengan
kepimpinan pengetua. Ketiga-ketiga elemen ini sebenarnya didorong oleh kepimpinan pengetua itu
sendiri. Maka saya membuat kesimpulan bahawa elemen yang mewujudkan sekolah berkesan
adalah bergantung sepenuhnya kepada gaya kepimpinan pengetua itu sendiri . Kepimpinan
pengetualah yang menentukan jatuh bangunnya sekolah tersebut. Sebagai pemimpin utama di
sekolah, pengurus sekolah berkemampuan mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk
melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang ke arah mencapai matlamat dan objektif
sekolah. Dengan kata lain, keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan kepimpinan
sekolah khususnya kepimpinan pengetuanya.