Keberkesanan penggunaan perbincangan ata. pdf
242
1st International Malaysian Educational Technology Convention
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERBINCANGAN ATAS TALIAN
DALAM PORTAL MY GURU 2 TERHADAP PEMBELAJARAN DI UPSI
Mahizer Hamzah
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
[email protected]
ABSTRAK
Portal MY Guru 2 merupakan satu platform e-pembelajaran yang baru digunakan di UPSI
bermula Januari 2007. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan
penggunaan perbincangan atas talian oleh pelajar menggunakan portal tersebut dalam
pembelajaran mereka. Seramai 400 orang responden daripada pelajar tahun 3 yang
mengambil subjek Rekabentuk Instruksional dan Teknologi dipilih untuk kajian ini. Dalam
kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.76. Data yang diperolehi menjawab aspekaspek seperti kandungan perbincangan, interaksi dalam forum, maklumbalas pensyarah,
strategi pensyarah dan rupabentuk am My Guru2. Dapatan kajian ini dianalisis secara
kuantitatif yang akan dijadikan panduan kepada penambaikan portal ini.
PENGENALAN
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak merupakan universiti pendidikan
yang terunggul di negara ini. Sebelum penubuhannya, ianya pernah dikenali sebagai Sultan
Idris Training College (SITC) iaitu institusi pendidikan guru pada tahun 1922 dan seterusnya
kepada maktab perguruan dan institut perguruan sebelum dinaiktaraf sebagai sebuah
universiti pada tahun 1997.
Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), UPSI telah
mengorak langkah dalam memartabat penggunaan ICT dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajarannya. Penubuhan Unit Pembelajaran Berasaskan Komputer (UPBK) pada bulan
Jun 1999, merupakan permulaan kepada perkembangan pembelajaran berasaskan elektronik
(e-learning) dan berasaskan komputer seiring dengan pembelajaran kovensional. Dibawah
projek ELIT ( Electronic Instruction and Learning), UPSI telah mengariskan objektif yang
hendak dicapai iaitu ,
1. membina bahan elektronik terutama berasaskan web dan pembelajaran berbantukan
komputer,
2. menggunakan secara sinkronous dan asinkronous internet dan bahan multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran, dan
3. menggunakan bahan pembelajaran berasaskan ICT seiring dengan kaedah
konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran.
(Yusup & Razmah, 2005)
Bertitik tolak daripada perkembangan projek ELIT, UPSI memilih untuk menggunakan
WebCT bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian pertamanya.
Sistem pengurusan kursus secara atas talian ini merupakan sistem yang dibangunkan oleh
University of British Columbia, Vancouver, Kanada. Peringkat awal penggunaan WebCT,
pensyarah diberi latihan membina bahan pengajaran digital menggunakan perisian
persembahan PowerPoint dan pemprosesan perkataan Word. Bahan-bahan ini kemudiannya
dimuat naik ke dalam sistem rangkaian WebCT agar menjadi rujukan pelajar secara atas
talian.
Penggunaan WebCT sebagai sistem pengurusan kursus atas talian yang dikawalselia oleh
agensi luar negara telah menimbulkan beberapa masalah yang akhirnya membawa kepada
perkhidmatan sistem ini ditamatkan. Pada bulan November 2004, sistem pengurusan kursus
WebCT telah digantikan dengan sistem pengurusan kursus yang dibangunkan oleh syarikat
tempatan yang dikenali sebagai MyGuru. Pengaplikasian MyGuru diharapkan akan dapat
meningkatkan kualiti pengajaran dan profil akademik di UPSI. Pentadbiran MyGuru
diserahkan kepada Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) manakala Pusat ICT
243

memberi sokongan dan bantuan. Pada semester II sesi 2006/2007, UPSI sekali lagi
mengorak langkah dengan menaiktaraf sistem pengajaran dan pembelajaran atas taliannya
dengan menggantikan sistem lama My Guru kepada My Guru 2. Sistem yang lebih mesra
pengguna ini mempunyai pelbagai ciri-ciri tambahan antaranya perbincangan atas talian,
pengumuman, berkongsi fail dan pemantauan. Sistem ini juga membenarkan pensyarah
mengawal serta membuat pengubahsuaian terhadap paparan dan kandungan sistem selaras
dengan tajuk-tajuk yang diajar.
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan My Guru 2 yang baru diaplikasi dalam sistem pengurusan pengajaran dan
pembelajaran di UPSI bermula semester II 2006/2007 mempunyai matlamat yang besar
terutama bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, satu
kajian bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian My Guru 2 di
peringkat awal lagi bagi memastikan sistem ini benar-benar membantu pengajaran dan
pembelajaran di UPSI.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perbincangan atas
talian di kalangan pelajar UPSI di dalam proses pembelajaran berdasarkan aspek berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
kandungan perbincangan
interaksi dalam forum
maklumbalas pensyarah
strategi pensyarah
rupabentuk am My Guru 2
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Skop dan batasan kajian ini adalah seperti berikut :
a) Penyelidikan ini tertumpu kepada pelajar yang mengambil subjek KPT2063
Rekabentuk Instruksional dan Teknologi semester II 2006/2007.
b) Penyelidikan ini berdasarkan persepsi pelajar mengenai keberkesanan
penggunaan perbincangan atas talian dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini ialah :
a) Dapat mengetahui keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian My Guru
2
b) Dapat mengenalpasti faktor-faktor yang membantu meningkatkan penggunaan
My Guru2
c) Memberi maklumbalas kepada pihak UPSI dalam meningkatkan keupayaan
sistem My Guru 2 dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran
METODOLOGI
Rekabentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan
pelajar-pelajar yang menggunakan perbincangan atas talian sebagai salah satu kaedah
pembelajaran. Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai instrumen untuk penyelidikan dan
dibahagikan kepada 2 bahagian A dan B. Bahagian A merupakan maklumat asas responden
manakala bahagian B mempunyai 23 soalan bagi mengumpul data berkaitan persepsi pelajar
terhadap keberkesanan forum atas talian My Guru 2. Bahagian ini terbahagi kepada 5
komponen dan menggunakan skala pengukuran interval iaitu skala Likert 5 mata iaitu Amat
Setuju (AS), Setuju (S), Sederhana Setuju (SS), Tidak Setuju (TS) dan Amat Tidak Setuju
(ATS). Borang soalselidik ini diubahsuai dari soalselidik yang direkabentuk oleh Abtar Kaur
(2004).
Populasi kajian ini adalah semua pelajar yang mengambil subjek KPT2063 Rekabentuk
Instruksional dan Teknologi bagi semester II sesi 2006/2007 yang terdiri daripada pelajar
tahun 3 seramai 1157 orang. Manakala sampel kajian adalah seramai 400 orang yang dipilih
244

secara rawak daripada 12 kumpulan berdasarkan kepada kaedah Krejcie dan Morgan (1970).
Data yang dikumpulkan akan dikodkan, direkod dan dianalisis menggunakan program
Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Proses penganalisisan adalah menggunakan
kaedah peratus dan skor min (item skala likert).
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan data demografik yang diperolehi daripada sejumlah 400 yang menjawab
soalselidik yang dikemukakan, 77 orang merupakan pelajar lelaki manakala 323 merupakan
pelajar perempuan. Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah pelajar mengikut program yang
telah mengisi borang soal selidik. Program Sains merupakan jumlah yang tertinggi iaitu 137
orang (34.3%) diikuti dengan program Matematik seramai 111 orang (27.8%). Hanya seorang
sahaja pelajar pelajar daripada program Pendidikan Sekolah Rendah mengisi borang soal
selidik ini.
Jadual 1 : Taburan pelajar mengikut program
Program
Bahasa Melayu
Seni dan Visual
Pendidikan Khas
Pendidikan Sekolah Rendah
Matematik
Sains
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Perakaunan
Geografi
Sains Sukan
Jumlah
Jumlah
15
13
38
1
111
137
48
21
8
8
400
Peratus (%)
3.8
3.3
9.5
0.3
27.8
34.3
12.0
5.3
2.0
2.0
100.0
Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Forum Atas Talian My Guru 2
Persepsi pelajar terhadap keberkesanan forum atas talian My Guru 2 dilihat dari enam aspek
iaitu kandungan perbincangan, interaksi dalam forum, maklumbalas pensyarah, strategi
pensyarah, rupabentuk am My Guru dan tahap penglibatan atas talian.
Kandungan perbincangan
Jadual 2 menunjukkan persepsi pelajar terhadap kandungan perbincangan atas talian.
Majoriti pelajar (90.5%) mendapati tajuk perbincangan sesuai dengan kursus yang diambil,
mencabar minda mereka (72.8%), membantu memahami perkara yang sukar (55.6%),
merupakan kesinambungan topik yang diajar semasa kuliah bersemuka (74.6%) dan
mendapati bahan rujukan banyak membantu mereka dalam kursus (72.6%).
Jadual 2 : Kandungan perbincangan atas talian
No
1
2
3
4
5
Pernyataan
Tajuk perbincangan sesuai dengan
kursus yang saya ambil
Topik perbincangan mencabar
minda saya
Perbincangan
atas
talian
membantu saya lebih memahami
perkara yang sukar
Perbincangan
atas
talian
merupakan kesinambungan topik
yang
diajar
semasa
kuliah
bersemuka
Bahan rujukan ( cth. pautan, nota )
banyak membantu di dalam kursus
Keseluruhan
AS
19.5%
(78)
13.5%
(54)
5.8%
(23)
S
71%
(284)
59.3%
(237)
49.8%
(199)
SS
9%
(36)
23.8%
(95)
36.8%
(147)
TS
0.5%
(2)
3.3%
(13)
7.3%
(29)
12.8%
(51)
61.8%
(247)
18.8%
(75)
6.8%
(27)
15.8%
(63)
56.8%
(227)
23.5%
(94)
3.3%
(13)
ATS
Min
4.10
0.3%
(1)
0.5%
(2)
3.83
3.53
3.81
0.8%
(3)
3.84
3.82
245

Interaksi dalam forum
Interaksi dalam forum atas talian pula mendapati perbincangan antara pelajar dan pensyarah
berjalan secara konsisten (61.6%), perbincangan antara rakan sekursus banyak membantu
mempertingkatkan kefahaman (60.8%). Manakala 45.8% mendapati ramai rakan mereka
yang menyertai perbincangan. 65.1% daripada responden mendapati pensyarah mereka
mengalakkan pelajar berinteraksi antara satu dengan lain dan interaksi mereka dengan
pensyarah membantu dalam kursus (68%).
Jadual 3 :Interaksi dalam forum atas talian
No
6
7
8
9
10
Pernyataan
Perbincangan antara pensyarah
dan pelajar berjalan secara
konsisten sepanjang semester
Perbincangan
antara
rakan
sekursus
banyak
membantu
mempertingkatkan
kefahaman
saya
Ramai rakan sekursus yang
menyertai perbincangan atas talian
Pensyarah saya menggalakkan
pelajar berinteraksi antara satu
dengan lain di atas talian
Interaksi antara pensyarah dan
pelajar membantu saya di dalam
kursus ini
Keseluruhan
AS
4.8%
(19)
S
56.8%
(227)
SS
32.3%
(129)
TS
5.5%
(22)
ATS
0.8%
(3)
Min
3.59
9.8%
(39)
51%
(204)
34.8%
(139)
4.3%
(17)
0.3%
(1)
3.66
5.3%
(21)
13.8%
(55)
40.5%
(162)
51.3%
(205)
22%
(88)
30.3%
(121)
28.5%
(114)
4%
(16)
3.8%
(15)
0.8%
(3)
3.15
9.5%
(38)
58.5%
(234)
28.5%
(114)
3.5%
(14)
3.73
3.74
3.57
Maklumbalas pensyarah
Jadual 4 menunjukkan 60.1% pensyarah memberi maklumbalas segera terhadap persoalan
yang dikemukakan, pensyarah memberi jawapan seperti yang dikehendaki (62.6%),
pensyarah memberi maklumat tambahan yang diperlukan (64.3%) dan 70.5% memahami
maklumbalas yang disampaikan oleh pensyarah.
Jadual 4 : Maklumbalas dari pensyarah
No
11
12
13
14
Pernyataan
Pensyarah memberi maklumbalas
segera terhadap persoalan saya
Pensyarah memberi jawapan yang
saya kehendaki
Pensyarah
memberi
maklumat
tambahan yang saya perlukan
Saya memahami maklumbalas yang
disampaikan oleh pensyarah
Keseluruhan
AS
8.8%
(35)
5.8%
(23)
9.3%
(37)
7.5%
(30)
S
51.3%
(205)
56.8%
(227)
55%
(220)
63%
(252)
SS
34%
(136)
32.3%
(129)
29.8%
(119)
27.3%
(109)
TS
5.5%
(22)
5%
(20)
5.8%
(23)
2.3%
(9)
ATS
0.5%
(2)
0.3%
(1)
0.3%
(1)
Min
3.62
3.63
3.67
3.76
3.67
Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah
Jadual 5 menunjukkan strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah. Majoriti (86.3%)
responden mendapati pensyarah menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam
perbincangan, memberi motivasi dan galakan apabila mereka hadir dalam perbincangan
(70.5%), pensyarah menggunakan maklumbalas untuk menggalakkan perbincangan
selanjutnya (54.8%) dan 73.8% mendapati pensyarah memberi motivasi bagi menggalakkan
mereka berbincang.
246

Jadual 5 : Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah
No
15
16
17
18
Pernyataan
Pensyarah
menggalakkan
saya
untuk mengambil bahagian dalam
perbincangan
Pensyarah memberi motivasi dan
galakan apabila saya hadir di dalam
perbincangan
Pensyarah
menggunakan
maklumbalas
saya
bagi
menggalakkan
perbincangan
selanjutnya
Pensyarah memberi motivasi dengan
bagi menggalakan semua pelajar
menyertai perbincangan
Keseluruhan
AS
20%
(80)
S
66.3%
(265)
SS
12.5%
(50)
TS
1.3%
(5)
ATS
Min
4.05
11.5%
(46)
59%
(236)
25%
(100)
4%
(16)
0.5%
(2)
3.77
7%
(28)
47.8%
(191)
37.5%
(150)
7.5%
(30)
0.3%
(1)
3.54
11.3%
(45)
62.5%
(250)
23.3%
(93)
2.8%
(11)
0.3%
(1)
3.82
3.80
Rupabentuk Am My Guru 2
Dalam menilai rupabentuk am My Guru 2, 97.3% menyatakan yang mereka tahu mengakses
My Guru 2, mereka boleh mengakses My Guru 2 dengan mudah (57.8%). Sebanyak 50.3%
pelajar menyatakan mereka suka paparan perbincangan atas talian My Guru 2 manakala
47.8% pula bersetuju maklumbalas yang mereka hantar jarang hilang. Sebilangan kecil (20%)
sahaja pelajar bersetuju server memproses maklumat yang dihantar dengan cepat.
Jadual 6 : Rupabentuk Am My Guru 2
No
19
Pernyataan
Saya tahu mengakses My Guru 2
20
Saya boleh mengakses My Guru 2
dengan mudah
Apabila
saya
menghantar
maklumbalas, server memprosesnya
dengan cepat
Apabila
saya
menghantar
maklumbalas, maklumbalas yang
saya hantar jarang hilang
Saya
suka
dengan
paparan
perbincangan atas talian My Guru
Keseluruhan
21
22
23
AS
67%
(268)
17.5%
(70)
3.5%
(14)
S
30.3%
(121)
40.3%
(161)
16.5%
(66)
SS
1.5%
(6)
28.3%
(113)
43%
(172)
TS
1.3%
(5)
11.5%
(46)
28.5%
(114)
ATS
Min
4.63
2.5%
(10)
8.5%
(34)
3.59
8%
(32)
39.8%
(159)
34.3%
(137)
14%
(56)
4%
(16)
3.34
5.3%
(21)
35%
(140)
48%
(192)
9%
(36)
2.8%
(11)
3.31
2.78
3.53
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi setiap aspek melebihi 3 dengan
kandungan perbincangan atas talian (3.82), interaksi dalam forum atas talian (3.57),
maklumbalas dari pensyarah (3.67), strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah (3.80)
dan rupabentuk am My Guru 2 (3.42). Min kandungan perbincangan atas talian merupakan
yang tertinggi iaitu 3.82. Ini jelas menunjukkan bahawa kandungan perbincangan amat
penting dalam perbincangan atas talian dan ianya secara tidak langsung akan mengalakkan
penggunaanya oleh pelajar. Hasil ini disokong oleh Ismail Zain (2002) yang berpendapat
bahawa isi kandungan dalam laman e-pembelajaran merupakan kriteria penting dan memberi
kesan terhadap pembelajaran. Aspek yang kedua tertinggi ialah strategi motivasi yang
digunakan oleh pensyarah iaitu 3.80. Pensyarah merupakan orang yang bertanggungjawab
memainkan peranan memotivasikan pelajar bagi memastikan mereka menggunakan
perbincangan di atas talian. Dapatan ini disokong oleh Aviv & Golan (1998) mendapati
penglibatan pelajar dalam talian selalunya minima sekiranya tanpa penglibatan pensyarah.
Kearsley, et al. (1995) juga sependapat bahawa penglibatan pensyarah merupakan salah
satu faktor yang mempengaruhi penyertaan pelajar atas talian.
247

Seterusnya aspek maklumbalas dari pensyarah yang mempunyai min keseluruhanya 3.67. Ini
menunjukkan pensyarah perlu merancang dengan teliti setiap perbincangan yang dijalankan
serta memberi maklumbalas yang tepat dan sesuai dengan kehendak pelajar bagi
mengalakkan pelajar terus berbincang di atas talian. Ini juga disokong oleh Aviv & Golan
(1998) yang menyatakan dalam perbincangan secara elektronik, kebanyakan pelajar terlibat
secara pasif dan hanya sedikit sahaja yang mengemukakan soalan. Ianya juga
mencadangkan perbincangan secara elektronik boleh mewujudkan pengalaman
pembelajaran sekiranya ianya dirancang dengan baik, berfokus dan mempunyai panduan
sepanjang proses. Bagi aspek interaksi atas talian, min keseluruhannya masih berada pada
tahap yang kuat iaitu 3.57. Aspek ini membuktikan perbincangan secara konsisten banyak
memberi faedah kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan mereka. Ini selaras dengan
kajian di New Jersey Institute of Technology terhadap 116 pelajar oleh Wu dan Hiltz (2003)
mendapati secara keseluruhannya, perbincangan atas talian memberi menafaat kepada
kemahiran belajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
Aspek rupabentuk am My Guru 2 menyumbang min keseluruhan yang rendah dalam kajian
ini iaitu 3.53. Walaubagaimanapun ianya masih berada pada tahap sederhana. Hal ini
menunjukkan bahawa rupa am sesuatu portal perbincangan atas talian juga memainkan
peranan yang penting bagi menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Ini sependapat
dengan Lynch, Marguerita (2002) yang mendapati pelajar ghairah dan tertarik dengan epembelajaran jika antaramukanya direkabentuk dengan menarik dan teratur. Namun
demikian item 21 iaitu apabila saya menghantar maklumbalas, server memprosesnya
dengan cepat mempunyai min yang terendah iaitu 2.78. Ini menunjukkan bahawa faktor
kemudahan mengakses maklumat memberi kesan terhadap penggunaan perbincangan atas
talian oleh pelajar. Peters (2001) yang mengatakan kepuasan pelajar terhadap pembelajaran
atas talian adalah kerana ianya mudah diakses, felksibel dalam interaksi antara guru dan
pelajar. Ini juga disokong oleh Davis, Fred D. (1989) yang menyatakan kesenangan
penggunaan bagi sesuatu sistem itu mampu mengalakkan seseorang menggunakannya.
Oleh itu, sistem sedia ada perlulah dipertingkatkan bagi memastikan masalah server dapat
diatasi.
RUJUKAN
Abtar Kaur, (2004). Effectiveness of Online Forum at OUM. Tidak terbit, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur.
Aviv & Golan, (1998). Pedagogical Communication Patterns in Collaborative Telelearning.
Journal of Education Technology Systems.
http://www.cjlt.ca/content/vol29/cjlt29-3_art6.html.
Davis, Fred D. (1989).”Perceived usefulness, perceived ease of use, & user acceptance of
information technology.” MIS Quater. 13, pp. 319 – 340.
Horton, S. (2000). Taking Discussion online.
http://www.dartmouth.edu/~webteach/artices/discusssion.html.
Ismail Zain (2003). “Pelajar Cemerlang: Melangkah Ke Alam Siber.” Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kearsley et al. (1995). “The effective & impact of online learning in graduate education.”
Education Technology, pp. 37-42
Lynch, Marguerita (2002). “The Online Educator.” London & New York : Routledge Falmer.
McDonald, J. (2002). Is “ As Good as Face-to-Face” As Good As It Gets?
http://www.sloan-c.org/publications/jaln/v6n2/v6n2_macdonald.asp.
Peters, L. (2001). Through the Looking Glass: Students Perception of Online Learning.
http://ts.mivu.org/default.asp?show=article&id=907.
Wu, Dezhi & Hiltz, Starr Roxanne. (2003). Discussions and Perceived Learning.
http://www.alnresearch.org/Data_Files/articles/full_text/wu_Hiltz(2003).pdf.
Yusup Hashim, Razmah Man (2005). Teknologi Instruksional : Teori dan aplikasi.Tanjung
Malim
How to cite:
Mahizer Hamzah (2007). Keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian dalam portal My Guru
2 terhadap pembelajaran di UPSI. Proceedings of the 1st International Malaysian
Educational Technology Convention 2007 (pp. 242–247). Kuala Lumpur: META.