1 : Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara
Objektif 2 : Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dan Sumber Asli untuk Mencapai Pembangunan Mampan dan Pemeliharaan Biodiversiti
Pembangunan mampan adalah "pembangunan Alam Sekitar yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa
menjejaskan peluang generasi akan datang untuk Ekonomi memenuhi kehendak mereka" (Laporan Bruntland 1 ).
Konsep terkini bagi pembangunan mampan Masyarakat mengambilkira elemen-elemen ekonomi dan sosial
sebagai sub komponen kepada persekitaran pembangunan mampan (Rajah 2.1). Secara ringkasnya, masyarakat bergantung kepada kesejahteraan ekonomi; begitu juga sebaliknya, di mana masyarakat dan ekonomi juga bergantung kepada kesejahteraan alam sekitar.
2.1: Konsep ‘Model Pembangunan Mampan’
Rajah
Model ini memberi penekanan kepada kepentingan perkhidmatan ekosistem iaitu manfaat yang diperolehi oleh manusia daripada ekosistem. Ini membawa maksud bahawa perkhidmatan tersebut amat bernilai kepada manusia dan sekiranya perkhidmatan tersebut mengalami kemerosotan atau kehilangan, maka ia akan menimbulkan impak yang memudaratkan. Perkhidmatan yang diklasifikasikan adalah
pembekalan, pemantauan, kebudayaan dan sokongan 2 (Jadual 5.3).
Biodiversiti merupakan kepelbagaian dan interaksi kehidupan di bumi dan penting untuk proses dan penyediaan perkhidmatan ekosistem. Walaupun tidak terdapat satu perhubungan yang jelas di antara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, perlu diketahui bahawa kadar biodiversiti yang tinggi (di peringkat genetik, spesies dan ekosistem) adalah penting untuk menjamin daya ketahanan proses ekosistem. Oleh itu, terma kemampanan persekitaran, serta kemampanan sosial dan ekonomi, membawa maksud bahawa bekalan sumber yang kritikal (biodiversiti) dan proses-proses ekologi perlu dilindungi. Sehubungan itu, kadar kemusnahan perlu dikawal pada tahap yang boleh diterima dan kerugian modal semula jadi harus diberi pampasan.
Objektif utama perancangan guna tanah adalah untuk menyumbang ke arah pencapaian pembangunan mampan. Sebahagian besar aktiviti pembangunan dijalankan di atas tanah, di mana bagi sebidang tanah yang sama, akan berlaku banyak persaingan untuk kegunaan yang berbeza. Sektor ekonomi, aktiviti sosial dan isu perlindungan alam sekitar saling bersaing untuk mendapatkan kawasan yang bersesuaian dan terhad. RFN Ke-2 bukan sahaja perlu memperuntukkan tanah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masa hadapan setiap sektor, tetapi harus juga peka terhadap pembahagian jumlah peruntukan tanah mengikut sektor, untuk mencapai penggunaan tanah yang mampan, efisien dan optimum, contohnya menetapkan kegunaan atau pembangunan di tempat dan masa yang bersesuaian. Pembaziran tanah, iaitu tanah terbiar dan tanah-tanah yang mempunyai produktiviti rendah bagi mana-mana sektor ekonomi perlu dielakkan. Namun,
2 WED.1987. Our Common Future. World Commission on Environment and Department. Oxford University Press. KSAAS.2008. Visi Bersama Mengenai Biodiversiti dalam Kerajaan dan Proses Pembangunan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya.
peruntukan guna tanah dipengaruhi terutamanya oleh corak guna tanah semasa, kesediaan infrastruktur dan keadaan topografi semula jadi.
Setiap sektor ekonomi mempunyai pelbagai masalah dan peluang yang berbeza, yang akan menentukan secara kasar keperluan tanah di masa hadapan. Contohnya, pertanian berkeperluan untuk meningkatkan produktiviti berbanding dengan keperluan untuk menambah keluasan kawasan, manakala perhutanan, dengan peningkatan permintaan global terhadap kayu balak tropika, berkeperluan untuk menambah keluasan kawasan disebabkan kemerosotan bekalan kayu balak di kawasan hutan semula jadi. Pewujudan kawasan perladangan hutan tidak boleh menjejaskan keluasan kawasan hutan semula jadi.
Permintaan terhadap tanah paling tinggi di dalam tempoh perancangan RFN Ke-2 adalah untuk perkembangan bandar. Hampir 6 juta tambahan penduduk bandar diunjurkan di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh 2010-2020, dengan kadar perbandaran sebanyak 75% menjelang tahun 2020, atau bersamaan dengan 20.9 juta penduduk bandar. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2020, jumlah kawasan yang diperlukan untuk menampung penduduk tambahan dan aktiviti adalah 0.96 juta hektar, atau hanya 7.3% daripada jumlah keluasan Semenanjung Malaysia.
Dalam kawasan tepu bina sedia ada, masih terdapat banyak ruang untuk pembangunan infill dan pembangunan semula untuk pembangunan bercampur yang berkepadatan tinggi. Oleh itu, pada prinsipnya, perkembangan perbandaran tidak perlu mencerobohi kawasan luar bandar yang dilindungi atau dipulihara untuk sesuatu tujuan tertentu, contohnya rekreasi, serta tidak perlu menjalankan kerja-kerja penambakan laut pada skala besar, melainkan untuk pembangunan infrastruktur strategik utama. Jejak bandar yang padat adalah paling berkesan, berbanding dengan rebakan bandar, untuk menggalakkan pengangkutan awam yang lebih cekap, melindungi kawasan luar bandar dan kawasan perhutanan sebagai penyerap karbon dalam menghadapi perubahan iklim. Sebahagian besar sektor kewangan, perniagaan dan perkhidmatan akan ditumpukan dalam kawasan pusat bandar untuk mewujudkan sinergi dan critical mass yang lebih tinggi. Namun, perancangan tempatan perlu diubahsuai menjurus kepada pengezonan guna tanah yang lebih fleksibel dan intensif, dengan menggunakan pendekatan pengezonan berdasarkan impak untuk disesuaikan dengan lokasi tapak.
Peranan penting RFN Ke-2 adalah untuk menyeragam dan menyelaraskan kategori dan tahap penggunaan tanah, contohnya KSAS Tahap 1; dan menggunapakai kategori dan tahap tanah ini untuk kawalan guna tanah, terutamanya memberi panduan dalam tukar syarat tanah untuk kegunaan bandar.
Objektif 3 : Menggalakkan Pembangunan Wilayah yang Seimbang untuk
Mewujudkan Integrasi Ekonomi dan Perpaduan Sosial
Berdasarkan kepada faktor sejarah dan fizikal, pembangunan di Semenanjung Malaysia telah menghasilkan jurang perbezaan yang ketara di antara pantai barat dan pantai timur. Rancangan-rancangan di peringkat negara, khususnya RRJP3 telah membuat ketetapan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ini dan menggalakkan pembangunan yang lebih saksama di antara wilayah dan negeri sebagai objektif utama.
Pembaikan rangkaian pengangkutan, rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pembangunan industri berkaitan petroleum dan gas asli telah mampu meningkatkan tahap kemajuan negeri-negeri di pantai timur. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan pembangunan masih lagi wujud. Pembangunan yang tidak seimbang ini tidak hanya berlaku di antara pantai timur dan pantai barat tetapi juga antara wilayah-wilayah kecil di pantai barat, contohnya antara Lembah Kelang yang pesat membangun dengan selatan Perak atau utara Kedah di mana kedua-dua kawasan tersebut pada amnya menunjukkan ciri-ciri sosio-ekonomi yang sama dengan wilayah pantai timur.
Keseimbangan perlu ditafsirkan sebagai perolehan peluang yang saksama untuk mencapai pendapatan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang setaraf dan tidak semestinya sama dalam bentuk pembangunan. Setiap daerah perlu dimajukan berdasarkan kepada kekuatan dan kelebihan daya saing ekonomi dan sumber wilayah, terutamanya modal insan, yang berkaitan dengan ekonomi negara dan global. Oleh itu, bagi wilayah-wilayah kurang maju yang disebabkan oleh kedudukan yang terpencil dan terpisah, tidak mampu bersaing untuk pembangunan tertentu tetapi mempunyai aset seperti perhutanan tanah tinggi, tasik, pantai, pemandangan indah, kekayaan budaya dan produk pertanian serta perhutanan yang banyak, boleh digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan pembangunan pelancongan termasuk ekopelancongan, aktiviti hiliran pertanian dan perhutanan, dan industri berasaskan kraftangan. Peningkatan pelaburan dalam infrastruktur khususnya untuk menyokong aktiviti-aktiviti tersebut seperti pengangkutan dan komunikasi, perlu diarahkan ke wilayah-wilayah yang kurang maju.
Adalah dijangkakan migrasi luar bandar ke bandar, termasuk juga migrasi antara wilayah akan terus berlaku dan ini menjadi sebahagian daripada fenomena proses perindustrian dan perbandaran di peringkat negara. Latihan kemahiran bagi bakal penghijrah adalah penting untuk memastikan mereka dapat diterapkan ke dalam ekonomi bandar.
Objektif 4 : Mempertingkatkan Kualiti Spatial dan Persekitaran, Kepelbagaian dan
Keselamatan untuk Mencapai Kualiti Hidup yang Tinggi dan Sesuai Didiami
Alam sekitar merangkumi persekitaran yang terdapat di bandar dan pekan, persekitaran luar bandar termasuk kawasan pertanian dan perladangan serta alam sekitar semula jadi hutan dan tanah bencah. Negara perlu melindungi dan memulihara kualiti alam sekitar di ketiga-tiga kawasan ini.
Kerajaan sedang gigih memacu prestasi melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang mengutarakan isu-isu nasional yang berkepentingan rakyat dan bidang- bidang utama yang memerlukan tindakan segera. Enam NKRA yang dikenalpasti adalah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasakan prasarana infrastruktur luar bandar dan pedalaman serta menambah baik tahap pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Sehubungan itu, perancangan untuk Belanjawan 2011 dan penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) akan memberikan fokus dan keutamaan terhadap NKRA. Inisiatif kerajaan yang amat mencabar ini merupakan langkah ke hadapan yang utama ke arah merealisasikan harapan tinggi rakyat untuk mencapai kualiti spatial dan kepelbagaian termasuk keselamatan, terutamanya dalam persekitaran negara yang bebas daripada jenayah.
Objektif utama agenda Habitat II adalah pembentukan dan penyelenggaraan bandar yang sesuai untuk didiami dan mampan. Agenda sesuai didiami kini menarik perhatian yang tinggi di persada dunia. Bandar yang sesuai untuk didiami adalah penjana pertumbuhan dan inovasi berupaya untuk menarik dan mengekalkan modal insan yang kreatif dan berkepakaran, justeru memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi dalam negara. Bukti-bukti empirik menunjukkan bahawa bandar-bandar yang sesuai didiami mempunyai pertalian yang positif dengan Keluaran Negara Kasar per kapita negara masing-masing, contohnya New York, London dan Singapura. Namun, konsep sesuai didiami ditafsir dan dilaksanakan secara berbeza oleh pelaksana, penggubal dasar dan masyarakat umum. Secara umumnya, tafsiran kesesuaian untuk didiami mempunyai pengertian untuk mempertingkatkan kualiti hidup, kesejahteraan hidup, pertumbuhan dan daya saing ekonomi dan peluang untuk memilih tempat tinggal pilihan mereka.
Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.2, kesesuaian untuk didiami melibatkan pelbagai isu yang merentas pelbagai aspek. Terdapat enam komponen asas utama dalam pembentukan bandar yang sesuai didiami dan masyarakat mampan. Di antaranya adalah seperti berikut:
i. Menggalakkan Pengangkutan Awam yang Efisien menerusi integrasi perancangan guna tanah dan pengangkutan untuk mengurangkan keperluan perjalanan dan meminimakan perjalanan ke tempat kerja. Adalah penting untuk menggalakkan satu sistem pengangkutan awam yang tersusun dan efisien terutama hab pengangkutan pelbagai dan antara mod di dalam pusat bandar utama.
ii. Akses kepada Perumahan Mampu Milik di bandar-bandar dengan penyediaan perumahan bercampur dari segi saiz, jenis dan kadar sewa di kesemua kawasan perumahan baru bagi memenuhi permintaan isirumah yang berbeza dari aspek saiz, pendapatan dan karektor. Usaha juga perlu diambil untuk mempercepatkan proses kelulusan perancangan untuk pembangunan perumahan, mempertingkatkan tahap kemudahsampaian pengangkutan awam, pembangunan semula kawasan brownfield di pusat bandar dan pinggir bandar lama, menggalakkan pembangunan bercampur berkepadatan tinggi serta memupuk nilai kemasyarakatan yang kukuh di kawasan kejiranan.
iii. Mewujudkan Persekitaran Menarik yang Menonjol di bandar-bandar yang mempromosikan udara dan air bersih, keselamatan dan kawalan terutamanya kadar jenayah dan kadar kemalangan yang rendah. Tahap kebersihan dan kesihatan, terutamanya dari segi pembuangan sampah dan vandalisma, kawasan lapang dan ruang awam yang menarik bagi seisi keluarga untuk bekerja, beriadah dan beristirehat dengan peluang seni dan riadah perlu dipertingkatkan.
iv. Menyediakan Infrastruktur dan Utiliti Sokongan dengan menumpukan sumber
kewangan awam yang terhad di beberapa conurbation utama seperti Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bharu. Ini akan menjurus kepada penyediaan infrastruktur strategik negara, contohnya seperti taman teknologi tinggi dan pelabuhan antarabangsa, untuk memperolehi kekuatan daya saing global yang bertujuan untuk mempertingkatkan inisiatif sektor swasta dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC).
v. Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran dan Berkemahiran
dengan memupuk kualiti kehidupan yang tinggi di bandar-bandar, yang juga berfungsi sebagai tarikan kepada industri dan perkhidmatan perniagaan yang mempunyai nilai ditambah tinggi. Justeru itu, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi.
vi. Mewujudkan Pusat Pengetahuan Berkualiti di conurbation yang akan menyediakan skala ekonomi menerusi perkongsian kemudahan khusus dan perkhidmatan dalam sesebuah kelompok industri, seperti hab petrokimia. Aglomerasi ekonomi dan sinergi dalam rantaian nilai penawaran akan mengurangkan kos perniagaan dan menjanakan pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
Rajah 2.2: Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan
Masyarakat Mampan
• Berkelayakan Tinggi dan Peluang Pekerjaan
Berpendapatan Tinggi • Intelektual – Persekitaran yang
Memberangsangkan dan Sistem Ganjaran Berasaskan Merit
• Menarik Pekerja Asing yang Terlatih • Mengekalkan Golongan Intelektual dan
• Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Global • Rangkaian Jalur Lebar yang
Profesional Tempatan
Berkelajuan Tinggi
• Pendidikan Berkualiti
• Menarik FDI dan MNC • Perniagaan dan Perkhidmatan Kewangan
• Kemudahan Teknologi Bersih Bernilai Tambah Tinggi
• Kitar Semula • Industri • Tenaga Berteknologi Tinggi Boleh Diperbaharui
Modal Insan
• Pelaburan Infrastruktur Awam Khusus di
• Pemuliharaan Air Berkepakaran dan
Kawasan ‐kawasan Perdagangan dan
Berkemahiran
Taman Hi‐Tech
Perancangan Bandar Padat dengan Pembangunan Bercampur Berkepadatan
Infrastruktur dan Tinggi Pusat Pengetahuan Utiliti Sokongan
Pembangunan Semula Bandar Dalam
yang Berkualiti
Kawasan Brownfield
Kualiti Hidup yang Tinggi
Bandar yang Sesuai Didiami dan Masyarakat
yang Mampan
Persekitaran
Pertumbuhan dan Kemakmuran
Menarik yang
Ekonomi Pengangkutan
Menonjol
Berdaya Maju dan Inovasi
Awam yang Cekap
Keterangkuman Sosial
Urus Tadbir Bandar yang Baik
• Kepelbagaian Pengangkutan
Alternatif, Seperti MRT dan LRT • Mengurangkan Kesesakan Lalu
• Kadar Jenayah yang Rendah Lintas
dan Air yang Bersih Perumahan • Udara Mampu Milik
• Integrasi Perancangan Guna Tanah
• Ruang Awam dan Kawasan Hijau dan Pengangkutan
• Kemudahan Pendidikan dan Kesihatan • Pembebasan Gas Rumah Hijau
• Kemudahan Seni dan Riadah yang Rendah • Pembangunan Berorientasikan
• Peluang Kediaman dan Kepelbagaian Pilihan Transit • Kejiranan (TOD) yang Mementingkan Pejalan Kaki • Komuniti Bercampur
• Persekitaran yang Bersih, Selamat dan Hijau • Ruang Awam untuk Interaksi dan Perpaduan Sosial
Pewujudan Bandar yang Sesuai Didiami dan Masyarakat yang Mampan akan memperlihatkan peranan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang paling kondusif, infrastruktur yang strategik dan insentif-insentif untuk inisiatif swasta dan enterpris supaya mereka akan menerajui sektor tersebut dan berkembang pesat. Usaha mentransformasikan kerajaan tempatan untuk menawarkan perkhidmatan bandar dan pengurusan guna tanah yang lebih berkesan di peringkat tempatan merupakan salah satu aspek utama dalam bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan.
Sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat PBT perlu dipertingkatkan untuk memastikan polisi-polisi negara dan negeri dilaksanakan secara efektif. Sehubungan itu, kerajaan pusat telah memperkenalkan Unit Pusat Setempat (OSC) untuk mempercepatkan tempoh proses kelulusan perancangan untuk lesen dan kebenaran merancang. Tahap kompetensi di kalangan pegawai dan kakitangan PBT juga perlu ditambah baik untuk menghasilkan akauntabiliti yang lebih tinggi.
Penyertaan awam dan keterangkuman sosial akan digalakkan untuk memastikan perancangan inklusif di peringkat tempatan. Bandar yang sesuai didiami berupaya untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang berinovasi dan berpengetahuan. Mereka ini menjadi tarikan kepada firma-firma yang terkemuka yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi. Salah satu daripada komponen kritikal dalam perancangan spatial bagi mencapai bandar yang sesuai didiami adalah untuk menerap bentuk dan reka bentuk bangunan bandar padat berbanding dengan rebakan bandar semasa yang berselerak.
Penglibatan orang ramai dan pihak swasta amatlah penting memandangkan setiap komuniti lebih arif mengenai keperluan dan aspirasi komuniti masing-masing. Secara keseluruhannya, gabungan dan kombinasi enam komponen asas seperti yang dijelaskan, akan saling melengkapi fungsi masing-masing untuk membentuk sebuah bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan, justeru menyumbang ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi.
Masyarakat secara umumnya, telah menyatakan keinginan untuk memiliki identiti tersendiri bagi persekitaran fizikal yang berbeza-beza, umpamanya pembangunan berkepadatan tinggi dan rendah yang kreatif, konsep ruang terbuka dan tertutup, kehidupan bandar dan pinggiran bandar yang selesa berbanding dengan susunatur dan reka bentuk bangunan semasa yang monotonous dan seragam.
Sebaliknya, mercu tanda unik yang mudah dikenal pasti dan menjadi kebanggaan orang ramai adalah penting, contohnya keindahan alam sekitar seperti sungai, paya bakau dan pokok, bangunan ikonik, nodus aktiviti, titik fokal, laluan-laluan warisan dan tempat tumpuan masyarakat. Oleh itu kawasan-kawasan terpilih dalam Kampung Baru Melayu, Old Chinatown dan Little India perlu dikekal dan diintegrasikan dengan rancangan pembangunan baru bagi kawasan masing-masing. Selain itu, amat penting untuk mengembalikan ketenangan dan kepercayaan awam terhadap keselamatan nyawa dan harta benda, terutamanya jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, menerusi perancangan bandar dan kawasan kediaman yang selamat, seterusnya membendung Sebaliknya, mercu tanda unik yang mudah dikenal pasti dan menjadi kebanggaan orang ramai adalah penting, contohnya keindahan alam sekitar seperti sungai, paya bakau dan pokok, bangunan ikonik, nodus aktiviti, titik fokal, laluan-laluan warisan dan tempat tumpuan masyarakat. Oleh itu kawasan-kawasan terpilih dalam Kampung Baru Melayu, Old Chinatown dan Little India perlu dikekal dan diintegrasikan dengan rancangan pembangunan baru bagi kawasan masing-masing. Selain itu, amat penting untuk mengembalikan ketenangan dan kepercayaan awam terhadap keselamatan nyawa dan harta benda, terutamanya jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, menerusi perancangan bandar dan kawasan kediaman yang selamat, seterusnya membendung
Seperti negara-negara maju di seluruh dunia, dijangkakan bahawa sebahagian besar daripada penduduk di Semenanjung Malaysia akan tinggal di kawasan bandar menjelang tahun 2020. Pada masa kini, tren perkembangan bandar yang pesat telah mengakibatkan persekitaran fizikal berubah kepada pembangunan yang tersebar atau rebakan bandar, pusat bandar yang usang serta peningkatan dalam kesesakan lalu lintas, pencemaran dan kemiskinan bandar. Oleh itu amat penting untuk mengkaji semula bentuk dan had bandar, piawaian, institusi perancangan tempatan dan proses kawalan pembangunan untuk memastikan persekitaran bandar yang berkualiti akan terlaksana.
Karektor dan integriti setiap bandar perlu dilindungi dan dijana semula dengan memperkenalkan langkah-langkah yang bersesuaian. Ini untuk memastikan wujudnya kesalinghubungan yang baik di antara bandar-bandar yang terpisah dalam conurbation, serta langkah-langkah untuk memandu dan mengawal rebakan conurbation. Sehubungan itu, bandaraya dan bandar akan menjadi satu tempat yang dinamik lagi berdaya maju, di mana penduduk memilih untuk menetap, bekerja, melabur, menjalankan perniagaan, melancong dan beriadah.
Fenomena perubahan iklim diramal akan memberikan impak yang besar terhadap negara dalam abad ini. Sekiranya langkah mitigasi tidak diambil, dijangkakan impak yang bakal terjadi akan merangkumi bidang yang lebih luas dan meninggalkan kesan bukan sahaja ke atas kesihatan dan keselamatan manusia sejagat, bahkan ekonomi negara. Kesan kenaikan paras laut, kejadian ribut, banjir dan perubahan dalam pola air hujan adalah berkait rapat dengan aspek spatial, maka ianya perlu diambilkira dalam konteks perancangan spatial supaya negara berkeupayaan untuk menghadapi sebarang perubahan iklim. Sehubungan itu, RFN Ke-2 menjurus ke arah pembentukan langkah berjaga-jaga bagi memastikan perancangan guna tanah negara menerap langkah- langkah adaptasi dan mitigasi dalam menghadapi perubahan iklim.
Penurunan bilangan penduduk di kawasan luar bandar bakal menimbulkan kesan yang membimbangkan, maka perancangan perlu dijalankan untuk mengatasi isu tersebut. Pada masa yang sama, penukaran kegunaan tanah daripada tanah pertanian kepada kegunaan perbandaran harus dilaksanakan secara teratur, telus dan efisien. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada kekurangan tanah pertanian berkualiti rendah untuk ditukar syarat kepada kegunaan perbandaran. Oleh itu, persekitaran semula jadi yang masih wujud perlu dipulihara demi keutuhan dan kelangsungan generasi masa kini dan akan datang serta untuk mempertingkatkan persekitaran negara.
Objektif 5 : Mengintegrasikan Hubungan Antara Negeri yang Lebih Efisien dan Peruntukan Ruang Awam Bagi Interaksi Sosial dan Komuniti Mampan Selaras dengan Konsep 1 Malaysia
Kerajaan berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, agama atau budaya untuk bekerja dan hidup bersama dalam keadaan aman damai dan harmoni.
‘Bangsa Malaysia’ merupakan objektif muktamad seperti yang diilhamkan dalam Wawasan 2020, dan konsep 1Malaysia pula merupakan pelengkap kepada pendekatan utama ke arah pencapaian objektif tersebut. Kerajaan menjelaskan bahawa 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep ini menekankan sikap penerimaan dan saling menghormati di kalangan rakyat berbilang kaum dan bangsa dengan keunikan dan kelebihan setiap kumpulan etnik. Asas utama kepada perpaduan adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Perancangan fizikal berupaya untuk menyumbang secara signifikan dalam memupuk integrasi sosial dan perpaduan negara yang lebih kukuh melalui penyediaan kemudahan awam dan sistem pengangkutan berkapasiti tinggi, khususnya kereta api berkelajuan tinggi, yang menghubungkan kesemua bandar ibu negeri seterusnya membolehkan rakyat untuk bertemu dan berkumpul dengan cepat dan mudah mengikut kemampuan.
Selain daripada itu, perancangan spatial perlu mewujud dan mengekalkan komuniti bercampur, kawasan hijau dan awam di kawasan kediaman, contohnya kemudahan sukan, taman awam dan sekolah, di mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dapat berkongsi kemudahan tersebut dengan selesa dan sejahtera. Penyediaan kawasan hijau dan kemudahan awam akan menggalakkan interaksi sosial dan hubungan sesama masyarakat dengan lebih erat. Rakyat Malaysia yang bersatu padu berupaya untuk menyelesaikan masalah secara bersama, termasuk mengatasi cabaran ekonomi, maju bersama dan menambah baik taraf kehidupan.
2.3 Prinsip
RFN Ke-2 merupakan hasil daripada beberapa prinsip utama; di mana perpaduan negara merupakan pra syarat utama dalam pencapaian objektif pembangunan mampan. Kesemua objektif RFN Ke-2 perlu diterimapakai bersama dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan. Langkah-langkah mitigasi dan perlindungan yang bersesuaian perlu ada bagi memastikan dasar-dasar spatial adalah konsisten dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan. Secara umumnya, dasar yang lebih bersesuaian dengan prinsip akan diberikan pemberat dan keutamaan yang lebih tinggi.
Di dalam membuat keputusan mengenai strategi spatial dan dasar-dasar RFN Ke-2, prinsip-prinsip berikut telah dilaksanakan:
P1 Membangunkan Negara Sebagai Satu Unit yang Bersepadu
Untuk mencapai perpaduan negara dan menjadi efisien di dalam persaingan global, adalah sangat penting bagi membangunkan negara sebagai satu unit yang bersepadu, berbanding dengan pembangunan negeri-negeri yang bersaing di antara satu sama lain. Demi kepentingan negara, semua sumber, sama ada semula jadi, tenaga buruh dan kewangan, perlu digunakan secara lebih efisien dan berkesan untuk membolehkan negara menumpukan kepada aktiviti dan bidang tertentu yang mempunyai kelebihan bersaing.
P2 Mewujudkan Perancangan dan Pembangunan Guna Tanah Mampan
Prinsip asas yang menyokong perancangan fizikal adalah pembangunan mampan. Ianya merupakan faktor penentu bagi tahap kualiti sesuatu kawasan dan kehidupan masyarakat. Faktor tersebut membantu dalam membentuk petempatan yang selesa didiami, mewujudkan masyarakat mampan yang memahami keperluan setiap rakyat, melindungi kawasan luar bandar yang produktif dan mengekalkan persekitaran alam semula jadi. Pembangunan mampan juga menyokong ekonomi yang cergas dan makmur, serta penting di dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan.
Dalam membentuk bandaraya, bandar dan luar bandar, prinsip pembangunan mampan perlu diterap dan diintegrasikan ke dalam semua dasar-dasar sektoral dan langkah-langkah pelaksanaan sebagaimana yang dimaksudkan dalam RFN Ke-2. Antaranya adalah:
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, peluang pekerjaan dan pendapatan; Menyediakan rangkaian pengangkutan yang bersepadu serta infrastrutkur strategik yang utama; Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan keterangkuman sosial; Melindungi persekitaran secara berkesan dan menggunakan sumber alam
secara bijaksana; Mewujud dan memelihara sumber-sumber pertanian dan pelancongan.
Penilaian kemampanan perlu dilakukan untuk mengenal pasti dasar-dasar spatial yang bercanggah dan akan menjejaskan prinsip pembangunan mampan.
P3 Menggalakkan Pembangunan di Kawasan yang Mempunyai Potensi Pertumbuhan yang Tinggi
Wilayah bandar seperti Shanghai, Shenzhen, Hong Kong, Singapura dan Bangkok merupakan pusat daya tarikan pelaburan di Asia Tenggara. Hanya kawasan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi di Malaysia, iaitu conurbation di sekitar Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan yang mampu bersaing dengan bandar-bandar wilayah antarabangsa ini, terutamanya bagi pelaburan dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan, khususnya ICT, bioteknologi, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, perkhidmatan kewangan dan perniagaan, serta perkhidmatan pembekal luar dan kreatif. Dalam konteks persaingan global yang semakin sengit untuk pelaburan, perdagangan dan pasaran, langkah yang bijak adalah dengan memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sokongan berkualiti tinggi yang menjana aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi di kawasan- kawasan conurbation utama. Ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan rakyat yang berpendapatan tinggi untuk merealisasikan Wawasan 2020.
P4 Memaksimumkan Penggunaan Infrastruktur Sedia Ada dan Komited
Dalam jangka masa pendek, sumber-sumber negara adalah sangat terhad dan tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua isu spatial negara, terutamanya rangkaian infrastruktur utama. Di dalam usaha untuk memaksimumkan penggunaan pelaburan infrastruktur secara efisien, perkembangan bandar perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan sosial mencukupi atau komited, atau di kawasan yang boleh disediakan dan diselenggara secara ekonomik. Peningkatan taraf infrastruktur sedia ada perlu dijalankan. Alternatif lain yang lebih ekonomik juga perlu dipertimbangkan untuk dasar sedia ada, contohnya penggunaan pengangkutan awam.
Usaha juga harus diambil untuk menggalakkan pembangunan semula bandar dan pembangunan infill untuk mengurangkan spekulasi pembukaan tanah baru. Langkah ini akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan melindungi hutan penyerap karbon dalam menangani perubahan iklim. Pada masa yang sama, budaya penyelenggaraan infrastruktur harus dipupuk di dalam pentadbiran bandar.
P5 Melindungi Kawasan Warisan Negara dan Mengelakkan Gangguan ke atas
Kestabilan Ekologi
Pembangunan mampan merupakan asas utama di dalam perancangan spatial. Usaha yang gigih diperlukan daripada semua pihak untuk memulihara sumber- sumber asli dan biodiversiti negara yang semakin berkurangan dan menguruskannya secara mampan, seperti kawasan sensitif alam sekitar dan ekosistem hidupan laut. Secara khususnya, sikap menghargai dan bangga terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan kekayaan ekologi, tapak sejarah dan yang berkaitan dengan kebudayaan perlu dipupuk di negara ini. Kawasan dan tapak tersebut meliputi hutan asli, bukit-bukau dan tanah bencah, habitat bagi hidupan liar Pembangunan mampan merupakan asas utama di dalam perancangan spatial. Usaha yang gigih diperlukan daripada semua pihak untuk memulihara sumber- sumber asli dan biodiversiti negara yang semakin berkurangan dan menguruskannya secara mampan, seperti kawasan sensitif alam sekitar dan ekosistem hidupan laut. Secara khususnya, sikap menghargai dan bangga terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan kekayaan ekologi, tapak sejarah dan yang berkaitan dengan kebudayaan perlu dipupuk di negara ini. Kawasan dan tapak tersebut meliputi hutan asli, bukit-bukau dan tanah bencah, habitat bagi hidupan liar
Kekayaan biodiversiti (kelompok ekosistem, habitat, tumbuhan dan haiwan serta spesiesnya) yang didapati di seluruh negara merupakan sebahagian daripada kelangsungan hidup dan warisan alam semula jadi kita. Kepelbagaian biodiversiti ini turut memberikan negara satu kelebihan daya saing dalam bidang pelancongan dan bioteknologi.
Lebih penting, terdapat peningkatan dalam penerimaan umum bahawa biodiversiti merupakan asas utama dalam perkhidmatan ekosistem, yang merupakan barangan dan perkhidmatan utama yang dihasilkan oleh ekosistem yang memberangsangkan. Kehilangan atau gangguan terhadap perkhidmatan ekosistem seperti bekalan air mentah dan bersih, bekalan makanan dan serat, perubahan cuaca dan kawalan haiwan perosak, akan menimbulkan kesan yang memudaratkan kelangsungan hidup manusia dan ekonomi serta keselamatan dan kualiti hidup manusia.
Walaupun nilai sebenar perkhidmatan ekosistem masih belum dapat diserapkan ke dalam kos pembangunan masa kini (ini diandaikan sebagai externalities oleh pakar ekonomi), adalah penting untuk memastikan perancangan spatial dapat mengekalkan biodiversiti, kestabilan ekologi dan seterusnya berupaya untuk menawarkan perkhidmatan ekosistem. Secara amnya, ini dapat dicapai menerusi integrasi perancangan dan pembangunan spatial dengan kesediaan data yang terbaik serta penyediaan pelan pembangunan dan garis panduan yang komprehensif dan tegas oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang berkaitan.
Garis panduan pembangunan baru harus diterapkan ke dalam dasar dan strategi spatial. Pendekatan pengurusan hutan secara mampan, pengurusan sumber air berdasarkan konsep Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan pengurusan persisiran pantai iaitu Sistem Pengurusan Zon Persisiran Pantai Bersepadu (ICZM), harus dilaksana dan dikuatkuasakan.
Kawasan semula jadi dan landskap yang terletak di pinggir kawasan bandar perlu dipulihara sebagai kawasan pembekalan oksigen, rekreasi dan dinikmati oleh penduduk bandar yang semakin meningkat, khususnya peningkatan bilangan kanak- kanak bandar dan secara umumnya untuk meningkatkan kepelbagaian spatial dan kualiti keseluruhan persekitaran kehidupan.
P6 Menggalakkan Pembangunan Wilayah Mengikut Potensi Masing-masing
Wilayah-wilayah perlu dibangunkan dan dipromosikan berdasarkan potensi dan kelebihan daya saing masing-masing dan pelaburan-pelaburan awam di dalam infrastruktur sokongan perlu ditumpukan untuk mengukuhkan lagi potensi wilayah ini. Wilayah pantai timur yang telah dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelancongan Wilayah-wilayah perlu dibangunkan dan dipromosikan berdasarkan potensi dan kelebihan daya saing masing-masing dan pelaburan-pelaburan awam di dalam infrastruktur sokongan perlu ditumpukan untuk mengukuhkan lagi potensi wilayah ini. Wilayah pantai timur yang telah dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelancongan
P7 Mengutamakan Pengangkutan Awam daripada Kenderaan Persendirian untuk
Pergerakan Antara Bandar dan Dalaman Bandar
Perancangan spatial perlu memainkan peranan positif bukan sahaja untuk membantu mengurangkan pembebasan gas karbon tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi hijau, seperti penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, dalam usaha mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Satu langkah utama adaptasi adalah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi berbanding kenderaan persendirian. Ini memerlukan pembangunan sistem pengangkutan awam antara bandar yang lebih efisien merangkumi rel berkelajuan tinggi, penerbangan domestik tambang rendah, penggunaan bas awam di lebuh raya dan pewujudan hab pengangkutan di pusat bandar. Bagi perjalanan dalaman bandar, usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kereta api, teksi dan bas dan saling hubungan antara mod-mod tersebut. Aktiviti berjalan kaki dan berbasikal di peringkat tempatan perlu digalakkan di tempat-tempat yang bersesuaian.
Untuk mencapai pengangkutan awam yang ekonomik serta berdaya maju, bandaraya dan bandar perlu dibangunkan dalam bentuk yang lebih padat dan berdensiti tinggi seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Sistem pengangkutan pelbagai dan antara mod perlu disediakan dengan sebaiknya, contohnya perkhidmatan bas perantara ke stesen LRT.
P8 Menggalakkan Reka Bentuk Bandar Padat dan Cekap Tenaga dengan Identiti
yang Jelas
Pengezonan guna tanah berdasarkan impak dan pendekatan intensification dalam pembentukan pelan dan sequential test untuk proses pembangunan perlu diguna pakai.
Keutamaan harus diberikan kepada pembangunan semula tapak brownfield berbanding dengan pembangunan di kawasan greenfield yang berkemungkinan menjejaskan alam sekitar. Di kawasan pusat bandar dan pinggir bandar sedia ada, projek pembangunan yang bersepadu, pelbagai fungsi dan berkepadatan tinggi dapat meningkatkan kecekapan, keselesaan, keceriaan dan imej kawasan bandar. Contohnya, hab pengangkutan yang digabungkan dengan kegunaan pejabat, kediaman dan pusat membeli belah. Ini juga akan membawa kepada pembentukan bandar yang padat dan cekap tenaga, serta dapat membendung rebakan bandar yang tidak terkawal, mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan bersesuaian dengan pembangunan sistem pengangkutan awam berasaskan rel.
Pengagihan spatial, lokasi dan reka bentuk pembangunan bandar baru harus dirancang dengan teliti untuk meminimumkan pendedahan terhadap perubahan iklim pada masa hadapan. Pertimbangan ke atas usaha mitigasi dan adaptasi yang bersesuaian dalam menangani perubahan iklim perlu diintegrasikan dalam semua strategi perancangan spatial dan proses pembentukan cadangan pembangunan.
Dalam proses perluasan conurbation, perpaduan dan hubungan erat komuniti sedia ada perlu dikekalkan dan tidak harus diganggu. Cadangan pembangunan yang tidak saling melengkapi di luar had pembangunan bandar perlu mengemukakan justifikasi perancangan yang kukuh dan tertakluk kepada kelulusan oleh PBT dan bantahan awam selaras dengan keperluan perundangan bagi RT.
P9 Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi)
Selaras dengan langkah Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi, sektor perkhidmatan dijangka akan memainkan peranan yang lebih menonjol dan agresif dalam menjana aktiviti ekonomi. Penumpuan dan promosi terhadap inovasi, kreativiti dan unsur-unsur nilai ditambah tinggi amat penting untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sektor pendidikan tinggi yang berasaskan pengetahuan dan teknologi dengan jayanya. Oleh itu, kawasan conurbation dan pusat bandar yang besar menawarkan persekitaran yang paling kondusif dari segi kemudahan infrastruktur, tenaga kerja mahir, pasaran dan sokongan perniagaan, serta perkhidmatan profesional untuk menarik pelabur dan menubuhkan pengkalan operasi seperti ibu pejabat wilayah, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat inovasi, pusat perkhidmatan dan pembekal luar, pusat perolehan, pusat siber, taman bioteknologi dan taman teknologi tinggi.
Untuk mewujudkan pemangkin kepada pertumbuhan negara dan mempertingkatkan daya saing negara, perluasan rangkaian dan perhubungan ICT ke semua kawasan di seluruh negara perlu dilaksanakan. Usaha perlu dijalankan untuk mempromosikan pembangunan jaringan infrastruktur ICT bertaraf dunia, terutamanya rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara dan langkah-langkah perlu diambil untuk meningkatkan bilangan pekerja ICT yang berkemahiran tinggi.
P10 Mengukuhkan Hubungan Bandar dan Luar Bandar
Kerajaan perlu mengadakan program-program bagi menyokong usahawan- usahawan baru dan sedia ada dalam Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) dari pusat pertumbuhan desa, kampung tradisi, kampung baru, bandar kecil dan sederhana, untuk memulakan projek-projek pertanian bagi membekalkan makanan dan bahan- bahan mentah ke kawasan bandar serta industri kecil dan sederhana yang akan memberi perkhidmatan kepada industri yang lebih besar di kawasan bandar.
Selain daripada itu, kesalinghubungan yang baik di antara desa-desa utama ke tempat pekerjaan di kawasan pusat bandar yang bersaiz kecil dan sederhana perlu disediakan untuk masyarakat desa. Ini untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan bukan dari hasil pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan isi rumah mereka.
BAB 3
Ko nte ks Pe ra nc a ng a n
RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA
BAB 3 KONTEKS PERANCANGAN
Rangka kerja spatial negara adalah merupakan garis panduan fizikal yang amat penting, dalam merealisasikan objektif negara untuk mencapai pembangunan mampan dengan meningkatkan pendapatan tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Rangka kerja ini bersama dengan Wawasan 2020, Konsep 1Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-10 dan dasar-dasar sektor lain akan menjadi teras bagi memacu Malaysia ke hadapan untuk lebih berdaya saing dengan kuasa ekonomi dunia. Rangka kerja ini meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar akan menjadi asas pembangunan fizikal negara, seterusnya mencapai hasil terbaik dalam aspek pembangunan spatial negara. Ketiga-tiga aspek pembangunan negara ini telah dikaji melalui satu pendekatan yang holistik, bersepadu dan seimbang oleh RFN Ke-2 bagi mencapai matlamat yang disasarkan.
Semenanjung Malaysia terdiri daripada Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang terdiri daripada Banjaran Titiwangsa, Banjaran Nakawan serta Banjaran Bintang. Corak guna tanah dipengaruhi oleh faktor-faktor sejarah dan ekonomi di mana aktiviti ekonomi bandar yang lebih produktif dan bilangan penduduk lebih tertumpu di wilayah pantai barat. Tiga conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru di pantai barat adalah lebih membangun jika dibandingkan dengan kawasan perbandaran lain di Semenanjung Malaysia. Bagi kawasan pantai timur, potensi pembangunan yang unik seperti alam semula jadi, pantai dan pulau pelancongan berupaya menjadi pemangkin pertumbuhan yang signifikan bagi kawasan tersebut.
Malaysia yang mempunyai kekuatan dan potensi yang tersendiri dalam persekitaran global, akan mengambil setiap peluang untuk mempromosi dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing, menggunapakai strategi baru pertumbuhan negara, menceburkan diri dalam sumber- sumber pertumbuhan ekonomi yang baru dan mempercepatkan kadar transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi. Pada masa yang sama, pengeluaran modal insan yang berkualiti untuk mempertingkatkan keupayaan negara bersaing di pasaran antarabangsa akan dimaksimumkan. Dalam menyelesaikan isu-isu pembangunan dalam negara, negara perlu akur dengan krisis kewangan yang berlaku dalam keadaan ekonomi dunia masa kini dan komitmen terhadap konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim.
RFN Ke-2 akan menyediakan strategi perancangan spatial untuk mempertingkatkan daya saing antarabangsa dan rangka kerja untuk mengukuhkan kesepaduan dan teras pembangunan negara. Laporan ini akan menyediakan dimensi spatial atau geografi ke dalam rancangan pembangunan yang lebih cenderung kepada aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Aspek spatial RFN Ke-2 akan memandu perancangan pembangunan negara yang lebih efisien bagi memastikan penggunaan sumber negara secara mampan dan efisien, terutamanya penggunaan modal dan sumber modal insan sedia ada yang optimum.
3.1 Isu-isu Strategik dan Cabaran Global dan Negara
Strategi spatial, dasar dan langkah-langkah yang terkandung dalam RFN telah dikaji semula dan disesuaikan untuk menangani isu-isu negara yang dikenal pasti dan cabaran masa hadapan yang bakal dihadapi. Perkara ini dijelaskan mengikut tema yang disediakan. Dalam membentuk rangka kerja dan strategi spatial negara, isu-isu strategik dan cabaran utama pada masa hadapan bagi semua tema serta kesan spatial telah diambilkira dan dirumuskan seperti berikut:
i. Mempromosikan Konsep 1Malaysia
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa dengan pelbagai agama dan budaya. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan amat bergantung kepada kemampuan semua rakyat Malaysia untuk tinggal dan bekerja secara harmoni. Dalam hal ini, konsep 1Malaysia bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial dan perpaduan nasional melalui sikap saling menghormati dan saling mempercayai di kalangan pelbagai komuniti serta meningkatkan perhubungan
antara negeri dan kawasan yang berbeza di Malaysia. RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Contohnya, terdapat keperluan untuk mewujud dan menerapkan konsep dan pendekatan perancangan masyarakat bersepadu, termasuk mewujudkan kawasan kejiranan bercampur yang terdiri daripada pelbagai kelompok sosial dan etnik dan penyediaan ruang awam seperti kemudahan sukan dan pusat-pusat komuniti.
ii.
Model Baru Ekonomi Kerajaan ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
Laporan Bank Dunia telah menggariskan kelemahan struktur ekonomi Malaysia yang mengakibatkan Malaysia terjerat
Pendapatan
dalam tahap pendapatan sederhana. Tinggi Malaysia tidak mampu untuk kekal
kompetitif sebagai pengeluar berkuantiti
Kualiti
besar dan berkos rendah, malah tidak Hidup
Rakyat
mampu untuk menggerakkan rantaian nilai Inklusif tinggi dalam pasaran yang berkembang
Kemampanan
pesat bagi produk dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan dan inovasi.
Untuk menyahut cabaran ini, Model Baru Ekonomi (MBE) digerakkan ke arah peningkatan nilai pasaran ekonomi dalam sektor tertiari bernilai tambah yang lebih tinggi bagi membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi, seimbang dan mampan, seterusnya mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MBE disasarkan lebih kepada inovasi, pencarian bernilai Untuk menyahut cabaran ini, Model Baru Ekonomi (MBE) digerakkan ke arah peningkatan nilai pasaran ekonomi dalam sektor tertiari bernilai tambah yang lebih tinggi bagi membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi, seimbang dan mampan, seterusnya mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MBE disasarkan lebih kepada inovasi, pencarian bernilai
iii. Mempercepatkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi dalam Wilayah Ekonomi Kurang Maju
Terdapat jurang perbezaan yang besar di dalam tahap pembangunan dan jumlah pendapatan di antara wilayah pantai timur dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Bagi mencapai integrasi dan keseimbangan wilayah, usaha dan sumber jaya telah diagihkan untuk memanfaatkan potensi kawasan-kawasan yang berbeza ini, terutamanya koridor pembangunan ekonomi utama dengan melaksanakan projek- projek berimpak tinggi berdasarkan pelbagai pelan induk ekonomi wilayah yang telah disediakan. Contohnya, terdapat keperluan untuk menaik taraf Pelabuhan Kuantan supaya ia dapat berfungsi sebagai sebuah pelabuhan negara dan juga bagi menyokong Zon Ekonomi Khas di conurbation Pertumbuhan Kuantan bagi memacu pertumbuhan kawasan luar bandar ECER yang kurang membangun.
iv. Mempertingkatkan Globalisasi Ekonomi, Liberalisasi Perdagangan Tempatan dan Daya Saing Antarabangsa
Memandangkan Malaysia mempunyai pasaran domestik yang kecil dan mengamalkan ekonomi terbuka, adalah penting bagi negara ini untuk terus berpandangan keluar dan mengamalkan ekonomi berorientasikan eksport. Oleh itu, asas ekonomi strategik disasarkan khasnya untuk memperolehi peningkatan jumlah perdagangan antarabangsa dan pasaran eksport, untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan untuk merangsang lebih banyak enterpris swasta tempatan dalam memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan pelbagai hala dan dua hala seperti Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN-China dan AFTA.
Pada masa yang sama, negara telah mengenal pasti kemunculan beberapa kluster yang kuat sebagai sumber pertumbuhan baru termasuk pelancongan khususnya perubatan dan pendidikan, kewangan Islam, bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui, logistik dan teknologi maklumat. Sektor swasta yang berdaya saing dan inovatif dijangka akan bertindak sebagai jentera penggerak pertumbuhan utama. Kerajaan akan berperanan sebagai fasilitator dan penggalak yang efektif dengan mewujudkan persekitaran pelaburan ekonomi yang lebih kondusif bagi inisiatif swasta dan enterpris untuk berkembang dan lebih maju. Sebagai contoh, insentif cukai disediakan untuk mempromosi aktiviti di Iskandar Malaysia bagi membangunkan industri kreatif dan ibu pejabat wilayah serta perkhidmatan pesisir luar, seterusnya meningkatkan potensi pertumbuhan keseluruhan.
v. Penggunaan Teknologi Inovatif Baru
Kerajaan Malaysia sedang berusaha gigih untuk mengubah struktur ekonomi menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang akan didorong secara asasnya oleh kreativiti, kualiti dan produktiviti. Teknologi inovatif merupakan instrumen pengeluaran yang amat diperlukan, terutamanya ICT dan bioteknologi, untuk meningkatkan kecekapan ekonomi dan kualiti hidup, dan memberi kesan kepada masyarakat, tempat dan potensi. Sebagai contoh, aplikasi komunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi membolehkan beberapa aktiviti perniagaan dan perindustrian untuk lebih berdaya saing, walaupun dari segi kedudukannya ia berada di kawasan yang terpencil dan jauh dari pusat aktiviti utama. Salah satu cara yang boleh diguna pakai adalah dengan meletakkan kelompok industri Halal di bandar bersaiz sederhana dan di kawasan yang kurang membangun di negeri pantai timur. Ekonomi berasaskan pengetahuan juga perlu lebih berpandukan kepada produktiviti, yang memerlukan pembangunan komponen sokongan ICT, pelaburan di dalam infrastruktur pengangkutan awam dan kumpulan pekerja yang berkemahiran. Malaysia akan beralih ke era inovasi yang berpandukan pengetahuan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berasaskan pengetahuan. (Rajah 3.1)
Rajah 3.1: Model Peralihan Ekonomi
Ba ra ng a n &
Eksp o rt b a ra ng a n
p e rkhid m a ta n
b e ra sa ska n p e ng e ta hua n
e le ktrik & e le ktro nik
d e ng a n nila i ta m b a h
ya ng ting g i
Era Ino va tif
Eksp o rt te kstil &
Era
b a ra ng a n e le ktro nik
Me ng ha silka n
Did o ro ng Eksp o rt g e ta h, tin,
b a ra ng sub situsi
Mo d a l Insa n
Pro d uktiviti
Pe rind ustria n
Sumber: Institut Pengurusan Malaysia, April 2008.
vi. Ancaman Perubahan Iklim
Fenomena perubahan iklim merupakan risiko ancaman bencana alam jangka masa panjang yang paling ketara kepada dunia. Bukti menunjukkan bahawa aktiviti manusia yang tidak terkawal adalah penyebab perubahan iklim dunia, khususnya pembebasan karbon buatan manusia yang telah menyumbang kepada pemanasan global yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan kekal terhadap alam semula jadi, malahan memberikan cabaran yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan kestabilan sosial.
Untuk mengatasi masalah persekitaran global ini, dasar spatial dan langkah- langkah yang bersesuaian perlu diambil untuk menyesuaikan dan mengurangkan kesan sampingan kepada Malaysia. Sebagai contoh, kesan perubahan iklim perlu dijadikan perkara utama yang diambil kira dalam penyediaan rancangan pembangunan termasuk penggabungan kesemua langkah-langkah dasar. Ini bagi memastikan tiada pembangunan bandar dibenarkan di kawasan pesisir pantai yang rendah dan terdedah kepada banjir laut yang disebabkan oleh peningkatan paras air laut. Pemeliharaan kawasan hutan yang berfungsi sebagai penyerap karbon, penggalakan penggunaan tenaga yang efisien dan pembangunan bandar mesra alam juga hendaklah dilaksanakan.
vii. Kemerosotan Kemampanan, Biodiversiti dan Mengelakkan Geo-Bencana
Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan sebahagian besar kawasan hutan dan kawasan tanah bencah, termasuk masalah kawasan hutan yang berpecah bahagi. Pada tahun 2008, hanya 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah di Semenanjung Malaysia adalah kawasan hutan. Kawasan hutan menyediakan ekosistem yang berharga untuk menyokong kehidupan dan kesejahteraan manusia, khususnya air bersih, oksigen dan ekopelancongan. Banyak kawasan hutan yang mempunyai cerun curam menjadi kawasan berisiko geo-bencana dan mudah terdedah kepada kejadian tanah runtuh. Namun begitu, Malaysia kekal sebagai salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Setakat ini, Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan kawasan hutan yang ketara; daripada 9.5 juta hektar (1954) kepada 6 juta hektar (2000), namun menjadi stabil pada 5.9 juta hektar (2008) yang secara tidak langsung menggambarkan satu trend positif. (Rajah 3.2)
Oleh itu, adalah amat penting untuk mengenal pasti keperluan untuk memulihara dan memelihara sumber semula jadi dan kawasan sensitif alam sekitar yang berharga serta kesannya terhadap bentuk dan corak bandar. Contohnya, untuk menyekat rebakan bandar dan pencerobohan kawasan hutan dan tanah bencah, galakan perlu diberikan kepada pembangunan yang mempunyai jejak bandar yang kecil, berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur. Selain daripada itu, adalah penting untuk memberikan keutamaan yang lebih tinggi kepada penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau serta mewujudkan rangkaian ekologi yang dapat menghubungkan semula kelompok-kelompok hutan yang terpecah.
Rajah 3.2: Pemecahan Kawasan Hutan Semula Jadi di Semenanjung Malaysia (1954-2000)
6.0 6.0mil ha. juta hek. Sumber : 1954, 1969 & 1972 – Jomo et al. (2004) after Aitken et al. (1982: 161).
9.5 9.5mil ha.
juta hek.
8.0 8.0mil ha.
juta hek.
7.4 7.4mil ha. juta hek.
6.2 6.2mil ha. juta hek.
1990 – Jomo et al. (2004) after Anon (1992). 2000 – Stibig et al. (2002: 11).
viii. Memelihara Sumber Semula Jadi di dalam Zon Ekonomi Eksklusif
Malaysia merupakan negara maritim dengan pesisiran pantai yang panjang dan beberapa kepulauan, beting dan singkapan batuan di kawasan perairan tanah besar Semenanjung Malaysia. Di bawah United Nations Convention on Law of the Sea (UNCLOS) mana-mana pulau di dalam 12 batu nautika dari tanah besar dikira sebagai kawasan perairan negara tersebut dan 200 batu nautika adalah sebagai Zon Ekonomi Eksklusif. Zon Ekonomi Eksklusif memberi kebenaran kepada negara tersebut untuk menjelajah, mengeksploitasi dan menguruskan sumber semula jadi di zon tersebut untuk tujuan ekonomi (contohnya perikanan, pelancongan), kajian saintifik, perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan seperti taman maritim. (Rajah 3.3)
Kehilangan Pulau Batu Putih atau Pedra
Rajah
3.3 : Sumber Semula Jadi di
Branca kepada Singapura telah mewujudkan
Zon Ekonomi Eksklusif
satu kesedaran baru akan perlunya menjalankan aktiviti di dalam kawasan kepulauan Malaysia bagi menunjukkan hak ketuanan. Sumber yang terdapat di Zon Ekonomi Eksklusif termasuklah sumber minyak dan gas, kawasan perikanan laut dalam dan kapal karam serta harta karun yang mempunyai kepentingan sejarah dan warisan. Terdapat keperluan untuk memetakan sumber ini, membangunkan pengkalan bekalan dan pelan kontigensi untuk bantuan kecemasan dan keselamatan sekiranya berlaku kemalangan kapal, ancaman lanun atau tumpahan minyak. Kesan alam sekitar akibat kejadian tumpahan minyak ke persisiran pantai boleh membawa keburukan kepada kawasan persisiran pantai
Taman Laut
negeri-negeri Pantai Timur seperti yang telah berlaku dalam kemalangan melibatkan British
Sumber : Data WWF, PETRONAS, USGS, 2008
Petroleum di Teluk Mexico.
ix. Bekalan Makanan Negara yang Tidak Mencukupi
Malaysia sebagai sebuah negara pengimport makanan, sangat terdedah kepada faktor luaran seperti kenaikan harga makanan dan bekalan beras yang tidak stabil di pasaran antarabangsa akibat keadaan cuaca yang buruk, bencana alam dan rusuhan. Bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin, adalah penting bagi negara untuk melindungi kawasan-kawasan pertanian sedia ada dan memperluaskan tanah pertanian utama, khususnya kawasan jelapang padi untuk penanaman padi. Cabaran yang harus dihadapi oleh pihak berkuasa ialah untuk mewujudkan insentif fiskal yang boleh dilaksanakan bagi mengimbangi potensi kerugian bagi hak-hak pembangunan serta hasil dari kawasan yang terlibat untuk mencapai keperluan negara dalam memelihara dan memperluaskan kawasan jelapang padi dan tanah pertanian utama di dalam negara.
x. Tahap Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Teknologi Hijau yang Rendah
Sehingga kini, intipati perancangan bandar di negara ini lebih berkisar kepada penggunaan bahan api fosil bagi kenderaan persendirian, yang menghasilkan sejumlah besar karbon. Aplikasi teknologi hijau seperti tenaga boleh diperbaharui dan rendah-karbon dalam perancangan spatial dan reka bentuk bandar serta perancangan rangkaian sistem pengangkutan adalah masih baru dan terhad.
Dalam menghadapi harga minyak yang semakin tinggi dan masalah perubahan iklim, adalah penting untuk mengutamakan kemampanan dalam pembangunan bandar dan luar bandar. Pembangunan baru dan pembangunan semula dari segi perumahan, pekerjaan, perkhidmatan dan penyediaan infrastruktur, perlu menggunakan sumber asli dan tenaga yang paling efisien, di samping mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Contohnya, pembangunan bandar padat dengan kepadatan tinggi dan guna tanah bercampur yang mempunyai fungsi rangkaian hubungan yang lebih baik dan penggunaan ruang yang lebih optimum, akan melibatkan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding pembangunan menjajar berkepadatan rendah. Bandar eko dan bandar berorientasikan transit juga merupakan alternatif pembangunan bandar yang lebih mampan. Bentuk dan corak perbandaran perlu ke arah mengurangkan keperluan untuk perjalanan dan meminimumkan perjalanan jauh untuk ke tempat kerja dan aktiviti harian. Selain itu, insentif harus diberikan untuk mendorong penggunaan teknologi tenaga hijau dalam bangunan dan susunatur pembangunan.
xi. Kemerosotan Kawasan Pusat Bandar dan Peningkatan Kadar Kemiskinan
Bandar
Secara umumnya, beberapa golongan masyarakat yang menetap di kawasan pusat bandar dan bandar-bandar besar, terutamanya keluarga berpendapatan rendah yang menetap di rumah pangsa sewaan persendirian, menghadapi pelbagai masalah sosial, ekonomi, persekitaran yang buruk dan serba kekurangan.
Mereka juga menghadapi masalah pengangguran yang tinggi, pendapatan yang rendah, perumahan mampu milik yang tidak mencukupi, pengangkutan awam yang tidak cekap, persekitaran yang buruk, kadar jenayah yang tinggi, penyalahgunaan dadah dan kekurangan kawasan lapang. Sebahagian besar penduduk bandar yang terdiri daripada mereka yang berhijrah dari desa serta tenaga kerja asing dengan tahap kemahiran kerja dan pendidikan yang rendah, telah mengubah kemiskinan luar bandar kepada kemiskinan bandar dan terperangkap di kawasan miskin di bandar. Oleh yang demikian, program pembangunan semula bandar dan pembangunan pusat bandar bagi golongan yang kurang bernasib baik dan kawasan yang mengalami kemerosotan perlu diberi perhatian selain mempertingkatkan peluang pekerjaan, kualiti perumahan, pendidikan serta rekreasi.
xii. Perubahan Struktur Demografi dan Gaya Hidup Masyarakat
Perubahan struktur demografi, seperti penurunan tahap kesuburan penduduk, bilangan warga tua yang tinggi dan pembentukan isi rumah baru yang bertambah di negara ini mempunyai implikasi spatial yang ketara terhadap peluang pekerjaan, keperluan perumahan dan kemudahan sosial. Apabila masyarakat semakin berpendidikan dan berpendapatan lebih tinggi, saiz keluarga mereka semakin mengecil. Mereka juga mengharapkan taraf hidup dan persekitaran yang lebih baik, termasuk bandar yang lebih selesa untuk didiami, pelbagai pilihan lokasi dan jenis perumahan, serta kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti. Contohnya peningkatan jumlah warga tua menandakan keperluan untuk membina lebih banyak rumah orang tua dan kemudahan rawatan di kawasan luar bandar; dan kesediaan tenaga kerja yang rendah pula bermakna aktiviti perlu diubah daripada pengeluaran berorientasikan tenaga kerja kepada aktiviti dan industri menggunakan mesin.
xiii. Kekurangan Sumber Kewangan Negara pada Masa Hadapan
Pada masa hadapan, sumber kewangan negara untuk pembangunan dijangka akan berkurangan berikutan kelembapan dan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan sedang dalam proses pemulihan, terutamanya bagi kemudahan infrastruktur mega serta kemudahan awam. Pengurangan perbelanjaan awam dijangka akan turut berlaku. Keadaan bajet yang terhad dijangka akan bertambah buruk akibat tekanan permintaan masyarakat yang lebih tinggi terhadap kualiti dan kepelbagaian spatial, seperti tempat tinggal dan persekitaran yang lebih baik. Oleh itu, negara telah meletakkan siling sebanyak RM180 billion untuk perbelanjaan keseluruhan pembangunan di bawah RMK-10 (2011-2015) iaitu 21.7%, yakni kurang daripada jumlah peruntukan dalam RMK-9.
Justeru itu, adalah amat penting untuk menumpukan sumber-sumber sedia ada yang terhad untuk meningkatkan pertumbuhan di bandar-bandar strategik bagi memaksimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited serta mengenal pasti pembangunan baru di kawasan di mana kemudahan dapat disedia dan diselenggarakan secara ekonomik. Selain itu, penting bagi negeri-negeri yang Justeru itu, adalah amat penting untuk menumpukan sumber-sumber sedia ada yang terhad untuk meningkatkan pertumbuhan di bandar-bandar strategik bagi memaksimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited serta mengenal pasti pembangunan baru di kawasan di mana kemudahan dapat disedia dan diselenggarakan secara ekonomik. Selain itu, penting bagi negeri-negeri yang
3.2 Kedudukan Global dan Trend Pembangunan
3.2.1 Dagangan Dunia
Antara tahun 2000 dan 2008, dagangan barangan dunia meningkat pada kadar 12% setahun dan mencapai US$15,775 billion nilai eksport dan US$16,120 billion nilai import pada tahun 2008. Malaysia berada di tempat ke-21 dalam senarai pengeksport dan tempat ke-28 dalam senarai pengimport dunia pada tahun 2008.
Dari segi prestasi perdagangan, Malaysia menduduki tempat ke 28 dalam Enabling Trade Index 2009. Prosedur import yang cekap, kos rendah bagi import dan eksport barangan, infrastruktur pengangkutan dan perkhidmatan pengangkutan berkaitan yang berkualiti
telah menyumbang kepada keputusan penilaian yang memberangsangkan ini. 1
Krisis ekonomi global tahun 2008-2009 telah melemahkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Keyakinan ekonomi juga semakin berkurangan dan sektor perdagangan telah dilumpuhkan. Pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009, disebabkan permintaan yang lemah dalam ekonomi membangun, aliran dagangan telah menurun dan diburukkan lagi oleh pengurangan pembiayaan perdagangan dan kejutan daripada situasi ekonomi yang merudum.
Dagangan barangan dunia hanya berkembang 2% pada tahun 2008 berbanding dengan 6% pada tahun 2007. Pertumbuhan pada tahun 2008 adalah di bawah purata 5.7% yang dicapai sepanjang tempoh tahun 1998-2008. Suku pertama tahun 2009 menyaksikan penurunan dagangan yang paling buruk dalam sejarah Malaysia, dengan anggaran penurunan hampir 25%. Penurunan dagangan telah kembali pulih pada pertengahan tahun 2009. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melaporkan bahawa eksport Malaysia telah meningkat sebanyak 8.4% pada bulan Julai 2009 berbanding dengan bulan Jun 2009.
Ini adalah jumlah eksport bulanan tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2009, sekaligus membuktikan pemulihan industri eksport negara. Bank Negara juga melaporkan tahap penurunan yang rendah sebanyak 3.9% bagi KDNK negara berbanding dengan penurunan sebanyak 6.2% bagi suku pertama tahun 2009. Ini dipengaruhi oleh kadar perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam
Sumber: Forum Ekonomi Dunia, “The Global Enabling Trade Report 2009”. ETI menilai institusi‐institusi, polisi‐polisi dan perkhidmatan‐perkhidmatan yang menyokong aliran barangan yang bebas merentasi sempadan dan ke destinasi yang ditetapkan.
perbelanjaan peribadi bagi tempoh suku kedua tahun itu. Semua sektor ekonomi utama juga telah mencapai prestasi yang baik dari segi penawaran bagi suku kedua tahun 2009.
3.2.2 Kerjasama Antarabangsa
Krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada September 2008 dengan pantasnya berubah menjadi krisis global. Rakan dagangan utama Malaysia ini telah menerima kesan yang mendalam akibat krisis tersebut. Walaupun mengalami pertumbuhan yang memuaskan bagi tujuh bulan pertama tahun 2008, ekonomi negara membangun mencatatkan pertumbuhan 0.8% pada tahun 2008 berbanding 2.5% pada
tahun 2007. Sebaliknya, negara Asia 2 yang sedang membangun mengalami pertumbuhan sebanyak 5.7%, didahului oleh China yang mencatatkan pertumbuhan
tertinggi di kalangan negara-negara ekonomi utama. Pada tahun 2008, keluaran dunia, dikira dengan KDNK sebenar, merosot kepada 1.7% berbanding 3.5% pada tahun sebelumnya, iaitu kadar terendah sejak tahun 2001.
Menyedari kemungkinan berlakunya krisis ekonomi global, usaha telah dilakukan oleh agensi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan rakan serantau mereka, bagi mendapatkan kerjasama beberapa negara untuk memulihkan ekonomi mereka melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi. Negara-negara maju utama, yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah tampil ke hadapan dengan mengadakan tabung kecemasan. Di Asia, negara China dan Jepun juga telah mengagihkan jumlah tabungan yang signifikan untuk tujuan yang sama.
Organisasi antarabangsa ini memainkan peranan yang penting dalam meyakinkan negara-negara untuk menyelaras rancangan rangsangan ekonomi. Tanpa usaha penyelarasan ini, kemelesetan ekonomi global pasti akan berlaku.
Menjelang pertengahan tahun 2009, kemerosotan ekonomi dunia mula perlahan. Walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya (contohnya kadar pengangguran yang masih tinggi), suasana dalam bursa saham dunia telah bertukar kepada keadaan yang lebih positif. Penurunan dalam dagangan juga semakin berkurangan dan prospek untuk pemulihan ekonomi adalah lebih baik berbanding dengan ramalan pada separuh tahun pertama 2009.
Malaysia telah memperkenalkan dua pakej rangsangan bernilai kira-kira satu per tiga daripada saiz bajet RMKe-9 sebagai sebahagian daripada program untuk memulihkan ekonomi. Penyediaan RFN Ke-2 telah memberi peluang untuk mengkaji semula kemerosotan ekonomi dan penilaian semula keupayaan ekonomi Malaysia untuk mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020 dan MBE.
2 Negara Membangun Kecuali Asia – Kecuali Jepun, Australia dan New Zealand
3.2.3 Kerjasama Serantau
Di peringkat wilayah serantau, Malaysia terus menyokong perkembangan integrasi ekonomi ASEAN serta mempromosikan perdagangan dan pelaburan. Pembangunan sub-wilayah, adalah melalui Segitiga Pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan BIMP-EPGA) bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi di sub-wilayah yang kurang membangun.
Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menghasratkan sebuah kawasan wilayah yang progresif, makmur dan aman dengan kualiti kehidupan yang lebih baik, iaitu menjadi sebuah komuniti ekonomi ASEAN menjelang tahun 2020. Untuk merealisasikan impian ini, IMT-GT bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta dan menyelaraskan pembangunan di bahagian wilayah lain secara keseluruhannya. Objektifnya, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan 2007-2011 adalah untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan di dalam IMT-GT dan di antara IMT-GT.
Segitiga Pertumbuhan antara Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) disasarkan ke arah mempertingkatkan daya saing, integrasi dan pertumbuhan dengan kelebihan berbanding, skala ekonomi dan hubungkait produktiviti. Dengan dua jalan perhubungan darat terus ke Singapura dan perhubungan laut ke Batam, Iskandar Malaysia mempunyai kelebihan dari segi lokasi yang strategik untuk mengambil peluang daripada IMS-GT kerana ia membolehkan perkembangan kerjasama antarabangsa, pergerakan manusia dan pelancongan.
Visi kawasan pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia- Filipina (BIMP-EAGA) adalah untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang mampan dan diterima oleh masyarakat, seterusnya mendorong kepada penyertaan EAGA sepenuhnya dalam proses pembangunan ASEAN. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan di sebahagian negara serantau dengan menyokong;
i. Pergerakan bebas rakyat, barang dagangan dan perkhidmatan;
ii. Pembangunan infrastruktur yang penting di sebahagian wilayah serantau; dan
iii. Penyelarasan dalam pengurusan ekosistem dan sumber bersama untuk memastikan pembangunan yang mampan.
3.2.4 Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia
Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC 3 ) meramalkan peningkatan suhu purata global sebanyak 1.8°C hingga 4.0°C dalam abad ini sekiranya tindakan lanjut
untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau tidak diambil. Pemanasan global dijangka akan mendatangkan kesan yang serius kepada manusia, termasuk kenaikan paras air laut sebanyak 18 hingga 59 cm yang akan menjejaskan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil, serta peningkatan frekuensi dan keadaan cuaca melampau
3 IPCC = Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca 3 IPCC = Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca
Sebagai pihak Non-Annex 1 dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC 4 ), kewajipan utama Malaysia
termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon dan menyedia serta membentuk pelan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim. Walaupun pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai kemungkinan keadaan iklim dan kesan-kesan yang berkaitan dengannya adalah penting dalam merumuskan langkah- langkah yang lebih khusus, secara amnya dipersetujui bahawa langkah-langkah adaptasi awalan adalah sangat penting untuk menghadkan kerosakan dan kos yang terhasil kesan daripadanya.
Rangka kerja kebangsaan untuk menangani perubahan iklim telahpun dibentuk dan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan telah diluluskan oleh Kabinet.
Jadual 3.1: Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia
Sektor
Kesan-kesan
Petempatan dan Perluasan kawasan yang mudah banjir dan peningkatan intensiti kejadian Infrastruktur
banjir. Peningkatan kejadian hakisan pantai serta kerosakan infrastruktur di kawasan
rendah pesisir pantai. Kehilangan kawasan hutan paya bakau persisiran pantai jika kenaikan paras air laut berlaku pada kadar 0.9 cm/tahun. Walau bagaimanapun, peralihan kawasan hutan paya bakau ke arah daratan boleh berlaku sekiranya kadar kenaikan paras air laut lebih rendah, dengan tiada halangan di pinggiran kawasan daratan.
Pengurangan kadar keberkesanan pintu kawalan air pasang surut dan
kawalan sistem saliran di hilir sungai. Peningkatan kos pengendalian dan penyelenggaraan bagi penjanaan kuasa elektrik akibat ribut yang melanda. Untuk setiap peningkatan 1°C suhu sekitar, pengeluaran tenaga turbin gas dan hidro masing-masing akan menurun lebih kurang 2% (ini dianggarkan akan mengakibatkan kerugian tahunan sebanyak RM 40 juta bagi kapasiti 6,600 MW turbin gas yang sedia ada).
Pertanian Peningkatan purata suhu tahunan kepada 31°C akan mengakibatkan kemarau yang akan memberi kesan kepada 273,000 hektar (atau 15%) kawasan tanaman getah, mengakibatkan pengurangan kawasan tanaman di antara 3% hingga 15%. Kesan yang paling ketara dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Peningkatan jumlah hujan akan menyebabkan pengeluaran getah menurun di antara 13% hingga 30%. Negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan paling terjejas.
Kejadian kemarau mungkin akan memberi kesan kepada 208,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit, terutamanya di sebahagian kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Pengeluaran padi mungkin akan berkurangan sebanyak 9% hingga 10% untuk setiap 1°C kenaikan suhu. Kejadian kemarau berpanjangan juga boleh menjejaskan pengeluaran padi.
Kenaikan paras air laut pada kadar 0.9 cm/tahun akan mendatangkan kesan yang serius kepada projek-projek pertanian besar seperti Projek Pembangunan Pertanian Johor Barat.
Kenaikan paras air laut akan membawa kesan kepada aktiviti akuakultur persisiran pantai, terutamanya kolam-kolam akuakultur yang berada di dalam
4 UNFCCC = Konvensyen Rangka Kerja Bangsa‐Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim
Sektor
Kesan-kesan
lingkungan kawasan hutan paya bakau di hilir sungai. Kehilangan hutan paya bakau sebanyak 20% diramalkan akan menyebabkan kerugian RM300 juta di dalam industri ternakan udang.
Perubahan suhu dan hujan dijangka akan membawa kepada peningkatan dalam kejadian jangkitan penyakit dan haiwan perosak pada tanaman pertanian.
Biodiversiti Risiko kebakaran hutan akan meningkat (terutamanya di kawasan tanah
gambut) akibat kejadian kemarau yang berpanjangan. Risiko terhadap ekosistem semula jadi akan meningkat seperti fenomena kemusnahan batu karang. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem amat sukar untuk diramalkan disebabkan oleh proses ekologi yang kompleks.
Kepupusan spesies-spesies tumbuhan dan haiwan yang sensitif terhadap
perubahan cuaca mikro.
Sumber Air Musim panas akan mengakibatkan peningkatan permintaan bekalan air atau
tekanan bekalan air dan pembiakan alga . Penyerapan air masin ke air permukaan dan air bawah tanah mungkin akan mengakibatkan pengurangan bekalan air tawar, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Kejadian ribut besar akan meningkatkan kadar pemendapan sungai dan empangan, kehilangan nutrien tanah dan risiko keruntuhan tebing sungai dan lereng bukit.
Sumber: Malaysia’s Initial National Communication to UNFCC (MOSTI, 2000) and Study of the Impact of Climate Change on the
Hydrologic Regimes and Water Resources of Peninsular Malaysia (NAHRIM, 2006)
3.3 Kedudukan Negara
3.3.1 Pertumbuhan Penduduk Nasional
Di antara tahun 2000 dan 2008, bilangan penduduk Malaysia dianggarkan akan meningkat daripada 23.3 juta kepada 27.7 juta orang dengan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak 2.2% setahun.
Bagi Semenanjung Malaysia, kadar pertumbuhan penduduk adalah perlahan daripada 2.5% setahun (antara tahun 1991-2000) kepada 2.2% setahun di antara tahun 2000 hingga 2010; dan kadar pertumbuhan pada masa hadapan dijangka akan merosot sebanyak 2.0% antara tahun 2000 hingga 2020. Menjelang tahun 2020, penduduk Semenanjung Malaysia diunjurkan seramai 27.68 juta orang (Jadual 3.2).
Pertumbuhan penduduk yang perlahan ini adalah sama seperti di negara-negara pesat membangun yang lain, dan ia dikaitkan dengan penurunan kadar kesuburan. Penurunan ini berpunca daripada tahap perkahwinan yang semakin kurang atau semakin lambat disebabkan ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dan memiliki bilangan anak yang kecil bagi mengejar cita-cita dan karier. Peningkatan kos untuk menanggung keluarga turut menyumbang kepada pengurangan pertumbuhan penduduk.
Jadual 3.2: Agihan Penduduk Mengikut Negeri, 2020
Kadar
Saiz Penduduk
Negeri/ Wilayah
Tahunan (%)
1980- 1991- 2000-
Pulau Pinang
Wilayah Utara
W.P. Putrajaya
W.P. Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Wilayah Tengah
Wilayah Selatan
Wilayah Timur
Semenanjung Malaysia
% dari Semenanjung Malaysia
83.1 80.5 79.6 Malaysia Timur
Sumber: (1) 1980 & 1991 – Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1 dan 2, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 – Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010
i. Corak Penduduk Wilayah
Penduduk Malaysia diunjurkan di peringkat negara, oleh itu isu utamanya adalah pengagihan penduduk mengikut wilayah dan negeri. Memandangkan penduduk merupakan parameter kritikal untuk perancangan adalah penting untuk memastikan angka tersebut dianggarkan dengan jitu untuk mengelakkan penyalahgunaan peruntukan pelaburan awam dan meningkatkan penggunaan sumber awam secara berkesan.
Walau pun unjuran penduduk tahun 2020 bagi sebahagian besar RSN adalah selaras dengan sasaran penduduk RFN Ke-2, masih terdapat ketidakselarasan dalam beberapa RSN. Bagi memenuhi aspirasi setiap negeri, RFN Ke-2 telah mengguna pakai unjuran penduduk RSN yang selaras dengan sasaran RFN Ke-2. Kajian semula unjuran penduduk telah dijalankan dan penyelarasan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.
Isu dalam sasaran penduduk strategik adalah “Berapakah jumlah penduduk yang mampu ditampung oleh struktur ekonomi sesebuah negeri?”. Peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, persekitaran hidup yang kondusif, kos hidup yang rendah, komuniti dan kejiranan yang mesra, merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi tahap penduduk. Tanpa peluang pekerjaan dalam negeri, migrasi keluar tenaga kerja akan berlaku. Penduduk juga akan berhijrah keluar sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang lebih menarik di negeri lain.
Wilayah Tengah diunjur akan mengalami kadar pertumbuhan penduduk tertinggi pada 2.5% setahun di antara tahun 2000 dan 2020. Kadar pertumbuhan yang tinggi ini didorong oleh migrasi antara negeri, di mana penduduk akan bergerak ke Wilayah Tengah untuk tujuan tersebut. Jadual 3.2, menunjukkan agihan penduduk mengikut negeri bagi tiga bancian penduduk yang lepas dan unjuran penduduk tahun 2020. Rajah 3.4 menunjukkan sasaran penduduk tahun 2020.
ii. Penduduk Bandar - Luar Bandar
Kadar penduduk di kawasan bandar akan terus meningkat dan tahap perbandaran dijangka akan mencapai 75% menjelang tahun 2020. Wilayah Tengah akan menjadi wilayah perbandaran utama negara. Wilayah ini merupakan wilayah pembangunan dan perindustrian paling membangun dengan penumpuan pusat- pusat bandar besar di Lembah Klang. Penduduk bandar di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 8.86 juta dari tahun 2000 ke 2020, dan dijangka mencapai 21 juta pada tahun 2020.
Menjelang tahun 2020, separuh daripada penduduk Wilayah Timur akan tertumpu di kawasan luar bandar (Jadual 3.3). Kelantan akan terus mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar menjelang tahun 2020. Kedah dan Perlis akan mempunyai bilangan penduduk yang hampir seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, manakala negeri-negeri yang lain akan mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan bandar berbanding luar bandar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagaimanapun secara takrifannya tidak mempunyai penduduk luar bandar.
Jadual 3.3: Penduduk (‘000) di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, Tahun 1991, 2000 dan 2020
2020 Negeri/ Daerah
1991
2000
Luar Bandar
65.7 104.6 39.8 157.9 60.2 Kedah 423.3 32.5 879.0 64.5 648.0 39.3 1,001.8 60.7 1,120.6 47.4 1,243.3 52.6 Pulau Pinang
Wilayah Utara
W.P. Putrajaya 281.5 100.0 - - W.P. Kuala Lumpur 1,145.3 100.0
- 1,962.0 100.0 - - Negeri Sembilan
Wilayah Tengah
Wilayah Selatan
Wilayah Timur
Sumber: (1) 1991 – Laporan Kiraan Permulaan bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) 2000 - Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Bancian 2000, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 – Rancangan Fizikal Negara ke-2, 2010
Rajah
3.4 : Sasaran Populasi Mengikut Negeri, 2020
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Rajah
3.5 : Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, 2020
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
3.3.2 Prestasi Ekonomi
i. Keluaran dalam Negara Kasar
Kemelut ekonomi dan politik global sejak tahun 1997 telah meninggalkan kesan yang amat ketara ke atas ekonomi Malaysia. Menjelang tahun 2010, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Semenanjung Malaysia akan mencapai RM436 bilion (mengikut harga tahun 2000), meningkat daripada RM297 bilion pada tahun 2000. Pertumbuhan ekonomi bagi RMKe-9 diramalkan pada 6% setahun, namun pencapaian sebenar dianggarkan hanya 2.7%. Berbanding dengan sasaran Wawasan 2020, angka ini tersasar sebanyak 26%. Bagi tempoh 1991-2010, ekonomi sebenar berkembang sebanyak 5.4% setahun berbanding dengan sasaran Wawasan 2020 sebanyak 7% setahun.
Kerajaan telah melancarkan dua pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2008-2009; dan mengumumkan langkah-langkah ekonomi baru pada pertengahan kedua tahun 2009 (Rujuk Bahagian 4.2). Untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, EPU mengunjurkan kadar purata pertumbuhan tahunan bagi KDNK Malaysia sebanyak 5.5% bagi tempoh 2010 - 2020. Justeru, bagi tahun 2020, anggaran KDNK bagi Semenanjung Malaysia adalah RM744 bilion mengikut harga tahun 2000, dengan mengguna pakai anggaran pertumbuhan ekonomi RMKe-10 (Rujuk Bahagian 3.4).
Negeri-negeri di Wilayah Tengah akan membangun lebih pesat berbanding dengan negara secara keseluruhannya, manakala Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mempunyai KDNK yang terbesar menjelang tahun 2020. Negeri-negeri di Pantai Timur akan juga berkembang secara sederhana dalam tempoh ini dengan kadar yang lebih cepat berbanding negara.
Jadual 3.4: KDNK Mengikut Wilayah, 2000-2020
KDNK (RM juta mengikut harga tahun 2000)
Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (%)
2000- 2000- 2000- 2005
93,300 122,100 159,600 4.8 3.9 4.7 Wilayah Tengah
Wilayah Utara
146,694 186,738 218,700 285,900 373,600 4.9 4.1 4.8 Wilayah Selatan
89,800 4.8 3.8 4.6 Wilayah Timur
Semenanjung Malaysia
Nota: KDNK bagi harga tahun 2000 untuk tahun 2000, 2005 dan 2010 dipetik dari data EPU yang tidak diterbitkan. Selepas tahun 2010, anggaran KDNK adalah berdasarkan pertumbuhan keseluruhan dan agihan tahun 2010, dibundarkan ke angka 100 terhampir. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010-2020 dianggarkan 5.5% setahun.
Sumber: Dikira daripada data KDNK negeri yang tidak diterbitkan, EPU dan RMKe -10 Sumber: Dikira daripada data KDNK negeri yang tidak diterbitkan, EPU dan RMKe -10
Jadual 3.5 menunjukkan anggaran bagi unjuran KDNK negeri mengikut sumbangan sektoral.
Jadual 3.5: Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), 2000-2020
Tertiari (%) Negeri
Perlis 12.6 4.3 33.3 32.9 54.1 62.8 Kedah
18.3 8.1 22.5 26.2 59.2 65.7 Pulau Pinang
1.0 0.3 45.5 44.5 53.5 55.2 Perak
19.9 7.9 27.3 28.2 52.8 63.9 Selangor 3.2 0.8 59.7 62.6 37.1 36.6 W.P. Kuala Lumpur
0.0 0.0 19.7 13.1 80.3 86.9 Negeri Sembilan
9.8 5.4 42.6 46.2 47.6 48.4 Melaka
4.4 1.5 36.4 34.9 59.2 63.6 Johor
11.9 5.0 40.7 46.5 47.4 48.5 Pahang 21.3 10.4 19.3 22.9 59.4 66.7 Terengganu 56.3 9.5 18.7 39.4 25.0 51.1 Kelantan 16.5 8.1 16.1 12.4 67.4 79.5
Nota:
(1) Sumbangan ekonomi kepada KDNK mengikut negeri berdasarkan Jadual 1, data KDNK mengikut sektor oleh EPU yang tidak diterbitkan bagi tahun 2001-2010. Anggaran KDNK tidak disesuaikan mengikut caj bank dan duti import. (2) Anggaran bagi tahun 2011-2020 adalah berdasarkan trend di dalam sektor pertumbuhan bagi tempoh 2001-2010 dan disesuaikan bagi menunjukkan pembangunan sektoral di peringkat nasional. (3) Selangor meliputi W.P. Putrajaya
Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU 2001-2010
iii. Pekerjaan
Senario pekerjaan dan tenaga kerja menunjukkan kadar pengangguran akan kekal pada paras yang rendah sepanjang tempoh perancangan, dengan anggaran 3.5%. Menjelang tahun 2020, tenaga buruh dijangka mencapai 12.4 juta dan jumlah pekerjaan akan mencecah 12 juta (Jadual 3.6).
Jadual 3.6: Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, 1990 – 2010
KPPT (%) Kumpulan Pekerjaan
1995- 2000- 2005-
Tenaga Buruh (‘000)
3.23 3.0 3.4 1.9 Jumlah Pekerjaan (‘000)
3.65 3.0 3.3 1.9 Nisbah Pekerjaan-
Penduduk 0.37 0.39 0.39 0.41 0.41 ---- Nisbah Pekerja-Isirumah 1.43 1.78 1.89 - - ---- Pengangguran (‘000) 356 254.8
---- Kadar Pengangguran (%) 5.1 3.1 3.1 3.5 3.5 ----
Sumber: RMKe-7,RMKe-8 dan RMKe-9
Struktur pekerjaan pada tahun 2020 akan mempunyai lebih ramai pekerja yang berpendidikan tinggi dalam bidang yang berkaitan pengurusan, profesional dan teknikal. Perubahan paling besar dijangka berlaku dalam industri perkhidmatan dan kraf serta yang berkaitan perdagangan runcit. Pekerjaan yang dijangka merosot termasuklah operator loji dan mesin serta pekerja pemasangan (Jadual 3.7).
Jadual 3.7: Pekerjaan di Malaysia (‘000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan 1 , 1995, 2000 dan 2020
Kumpulan Pekerjaan
6.9 777.4 7.7 1,157.1 8.2 Pekerja Profesional 3 537.9
Pegawai Tinggi & Pengurus 2 639.9
12.0 1,266.8 12.6 2,073.1 14.7 Pekerja Perkeranian 5 890.4
Juruteknik dan Profesional Bersekutu 4 1,112.9
Pekerja Perkhidmatan dan Pekerja Kedai & Jualan 6 1,205.6
Pekerja Kemahiran Pertanian dan Perikanan 7 1,391.2
Pekerja Pertukangan dan Perdagangan berkaitan 8 844.0
16.1 1,427.5 14.2 1,145.4 8.1 Pekerjaan Asas 10 1,159.5
Operator Loji dan Mesin & Pemasang 9 1,493.2
2 Klasifikasi ini berdasarkan Standard Klasifikasi Pekerjaan Malaysia 1998. 3 Ini termasuk pengurus besar, pengurus jabatan dan pegawai tinggi kerajaan. 4 Ini termasuk graduan pengajar profesional, akauntan dan juruaudit dan pereka sistem komputer dan penganalisis. 5 Ini termasuk guru bukan-graduan, penyelia dan juruteknik jentera dan juruteknik sokongan komputer. 6 Ini termasuk kerani pentadbiran, kerani akauntan dan kewangan dan operator telefon. 7 Ini termasuk tukang masak, pemandu pelancong dan pelayan. 8 Ini termasuk pekerja kebun, ladang dan perhutanan. 9 Ini termasuk mekanik dan pemasang, tukang kayu dan tukang jahit. 10 Ini termasuk pemasang peralatan, pemandu, dan operator mesin. Ini termasuk jurujual jalanan, pembantu rumah dan pencuci, buruh binaan dan penyelenggaraan.
Bagi tahun 2010-2020 – Anggaran berdasarkan trend masa lalu bagi tempoh 2000-2007. Sumber: RMKe-9 dan JPM, Laporan Bancian Tenaga Buruh Malaysia, 2007.
3.3.3 Corak Guna Tanah
Corak guna tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dikategorikan kepada empat guna tanah utama iaitu:
Guna Tanah
Keluasan (hek)
Kawasan Tepubina
Badan Air
Keluasan Semenanjung Malaysia
Sumber : Data GIS, Rancangan Fizikal Negara Ke-2 , 2010
i. Kawasan Tepu Bina
RFN Ke-2 mendefinisikan kawasan tepu bina sebagai kawasan yang sebahagian besarnya adalah untuk kegunaan bandar, meliputi pelbagai jenis guna tanah seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan kegunaan institusi serta kemudahan sokongan seperti jalan, utiliti awam, kawasan lapang, taman-taman dan tanah kosong.
Kawasan tepu bina sedia ada merangkumi kira-kira 759,900 hektar atau 5.8% daripada jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah ini, Kawasan tepu bina sedia ada merangkumi kira-kira 759,900 hektar atau 5.8% daripada jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah ini,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai tumpuan tepu bina yang paling tinggi masing-masing sebanyak 92.6% dan 72.7% daripada jumlah keseluruhan kawasan. Manakala Kelantan hanya mempunyai 2.6% kawasan yang dikelaskan sebagai tepu bina.
Jadual 3.8: Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 (‘000 hektar)
Badan Air % Jumlah
6.9 8.5 5.8 7.4 7.2 Pulau Pinang
WILAYAH UTARA
18.9 6.1 4.2 8.1 6.0 W.P. Putrajaya
0.4 0.0 0.0 0.2 0.0 W.P. Kuala Lumpur
1.2 5.0 0.1 0.4 0.5 2.1 24.2 %
22.4 92.6
2.9 0.0 0.0 0.2 0.2 Negeri Sembilan
WILAYAH TENGAH
WILAYAH SELATAN
WILAYAH TIMUR
Nota: Keluasan setiap negeri mungkin berbeza dengan keluasan sebenar disebabkan oleh perbezaan data GIS. Namun, perbezaan tersebut bersifat marjinal dan boleh diterima untuk analisis spatial makro. Sumber : Data GIS, JPBDSM 2009 Jumlah Tanah Perhutanan berdasarkan data oleh Jabatan Perhutanan, 2008
Rajah 3.6 : Guna Tanah Semasa, 2008
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Kawasan pertanian, khususnya yang berada di sekitar pusat-pusat bandar, kini diancam oleh rebakan bandar. Dengan peningkatan jumlah penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang pesat, tanah pertanian semakin dicerobohi dan ditukar syarat kegunaannya untuk memenuhi tambahan keperluan perumahan serta ruang lantai komersil dan permintaan tanah industri. Walaupun kehilangan tanah pertanian berlaku secara berterusan, pertumbuhan pembangunan yang terancang harus dilaksanakan untuk memastikan pembaziran atau kehilangan tanah pertanian yang bernilai tidak berlaku atau sekurang-kurangnya pada tahap minimum.
Pengenalpastian Kawasan Pertanian Utama (KPU) adalah penting untuk memberi keutamaan kepada tanah pertanian yang perlu dipulihara dan disokong berdasarkan kawasan pengeluaran makanan dan komoditi makanan utama yang sedia ada dan berpotensi. RFN Ke-2 telah mengenal pasti KPU yang perlu dipulihara seperti berikut:
a. Kawasan jelapang padi yang terdiri daripada Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin- Semerak;
b. Kawasan tanaman padi di luar kawasan jelapang padi;
c. Kawasan pertanian ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM);
d. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering dan mengalami musim kering yang singkat;
e. Kawasan pertanian dalam Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan tanah gambut dan tanah organik.
Pada tahun 2006, keluasan keseluruhan KPU telah meningkat sebanyak 18.9% berbanding KPU dalam Peta Guna Tanah Pertanian tahun 2000. Ini disebabkan oleh peningkatan tanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2. Penanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2 telah meningkat masing-masing sebanyak 34.9% dan 40.4%. Kawasan pertanian yang telah dikenal pasti di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2 juga telah meningkat sebanyak 7.64%. Walau bagaimanapun, kawasan padi termasuk kawasan jelapang padi, telah mengalami penurunan sebanyak 7.9% sepanjang tempoh tahun 2000 hingga 2006.
iii. Hutan
Mengikut statistik daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pada tahun 2008, 5.9 juta hektar atau 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan Semenanjung Malaysia merupakan kawasan hutan. Daripada jumlah ini, hampir
4.8 juta hektar adalah kawasan hutan simpan di bawah pengurusan hutan secara 4.8 juta hektar adalah kawasan hutan simpan di bawah pengurusan hutan secara
Isu utama adalah kehilangan kawasan hutan dan pemecahan kawasan hutan. Adalah didapati bahawa kawasan perlindungan secara relatifnya masih selamat, namun kawasan rizab hutan dengan mudahnya dapat dinyahwarta kepada tanah hutan negeri, yang kemudiannya ditukar syarat kepada tanah pertanian. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, kawasan di dalam hutan simpan yang ditanam dengan getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar pada tahun 2007.
Blok hutan dipterokarp tanah rendah terbesar yang masih kekal dan menjadi habitat utama bagi mamalia besar seperti gajah, harimau, seladang dan badak adalah Taman Negara dan hutan simpan di sekitarnya, seperti Taman Negara Endau-Rompin, Rizab Hidupan Liar Krau, dan juga kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Ibam (Pahang) dan Hutan Simpan Lenggor (Johor). Sebahagian besar hutan tanah rendah yang ada kini wujud secara berasingan, saiznya terlalu kecil atau terletak jauh terpencil sehingga tidak mampu menampung hidupan mamalia besar dalam jumlah yang tinggi pada masa hadapan.
Sebahagian besar daripada dua kompleks hutan paya gambut utama di Utara Selangor dan Tenggara Pahang, telah mengalami kemusnahan teruk atau ditukar syarat untuk kegunaan pertanian. Pada masa kini, terdapat usaha untuk mengurus dan memulihkan kawasan penyerap karbon yang penting ini secara mampan.
Ekosistem hutan di zon persisiran pantai berkemungkinan merupakan kawasan yang paling teruk terancam oleh tekanan pembangunan yang tinggi di kawasan ini. Akibatnya, hanya sebahagian hutan pesisir pantai yang unik yang masih tinggal, seperti Hutan Gelam di pantai timur, hutan dipterokarp pantai bukit di Terengganu dan Perak serta hutan paya air tawar di Sedili, Johor.
iv. Badan Air
Badan air yang merangkumi kawasan sungai utama, tasik empangan dan kolam, meliputi lebih kurang 1.9% daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Kategori ini termasuklah bekas lombong yang kebanyakannya terletak di Perak.
Terdapat kawasan badan air yang agak kecil di Melaka (1.4 hektar), Perlis (1.8 hektar), Pulau Pinang (2.4 hektar) dan Negeri Sembilan (3.9 hektar). Kawasan badan air di Kedah dan Selangor yang masing-masing meliputi 2.0% dan 2.6% adalah sangat kecil iaitu 18,700 hektar dan 20,000 hektar berbanding dengan 65,000 hektar bagi Perak dan 50,600 hektar bagi Terengganu.
3.3.4 Corak Petempatan Semasa
Corak petempatan semasa merupakan hasil daripada perubahan ekonomi dan sosio- ekonomi negara masa lampau dan masa kini, di mana ciri pengeluaran dan pengangkutan yang pelbagai mempengaruhi taburan geografi aktiviti dan juga penduduk.
Selaras dengan proses pembangunan negara, perubahan dalam kedudukan politik, citarasa pengguna, gaya hidup dan teknologi telah menghasilkan ekonomi baru dan suasana ekonomi yang sentiasa berubah. Perubahan ini telah membawa perubahan terhadap pusat-pusat pengeluaran, bentuk bandar dan seterusnya corak petempatan. Perubahan ini berlaku secara perlahan disebabkan tekanan faktor sosial iaitu keengganan penduduk untuk membuat penyesuaian dan keinginan untuk mendapatkan semula keuntungan sepenuhnya kos infrastruktur dan pelaburan-pelaburan lain yang tinggi.
Kemunculan rejim ekonomi baru tidak semestinya menghapuskan corak petempatan yang dihasilkan oleh rejim terdahulu, tetapi sebaliknya akan mendorong penyesuaian dan perkembangan ke atas petempatan tersebut. Perubahan dalam rejim ekonomi bagaimanapun boleh berlaku dengan pesat iaitu satu proses yang boleh ditingkatkan melalui penggunaan teknologi. Proses ini telah dan akan terus memberi kesan ke atas corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia.
Corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia meliputi zon utama yang merangkumi bandaraya dan bandar, ladang-ladang dan tanah pertanian komersil yang maju di sepanjang Pantai Barat dari kaki bukit banjaran tengah sehingga ke kawasan pantai. Bandaraya dan bandar yang lebih besar kebanyakannya terlibat dengan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Bandar-bandar yang lebih kecil menyediakan perkhidmatan runcit dan perkhidmatan sokongan kerajaan, umumnya untuk orang awam, dengan beberapa aktiviti pembuatan yang berselerak. Walau bagaimanapun, masih terdapat aktiviti perkebunan terpencil dalam zon ini dan juga penumpuan aktiviti ini di pinggir zon utara di bahagian timur Kedah dan Perlis.
Di bahagian timur banjaran tengah, zon pembangunan dan petempatan penduduk tidak kelihatan dengan jelas. Petempatan penduduk secara amnya adalah berselerak tetapi terdapat tumpuan petempatan di kawasan delta Kelantan, kawasan muara Terengganu dan bahagian barat kaki bukit Pahang, sepanjang Pantai Timur dan sepanjang sungai. Kebanyakan petempatan ini masih terlibat dalam aktiviti separa perladangan. Kawasan ini juga mempunyai petempatan baru yang diwujudkan oleh Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah di Selatan Kelantan (KESEDAR), Terengganu Tengah (KETENGAH), Jengka, Pahang Tenggara (DARA) dan Johor Tenggara (KEJORA).
Aktiviti industri telah bertapak di Kuantan dan selatan Terengganu serta kawasan tengah Pahang. Pelancongan pula telah menjadi penting di zon pantai dan kepulauan. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya, bahagian timur adalah kurang membangun berbanding dengan bahagian barat Semenanjung Malaysia.
Rajah
3.7 : Perhubungan Hierarki Bandar
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Sistem infrastruktur seperti jalan, rel, pelabuhan dan lapangan terbang menyokong sistem petempatan negara. Walau bagaimanapun, pada amnya jaringan perhubungan dan pengangkutan adalah lebih maju di Pantai Barat berbanding Pantai Timur. Satu lebuh raya (Lebuh Raya Utara-Selatan) telah tersedia digunakan di sepanjang zon Pantai Barat manakala satu lagi lebuh raya (Lebuh Raya Pantai Timur) ke Pantai Timur kini telah pun disediakan. Terdapat landasan kereta api yang mengunjur sepanjang Pantai Barat, sementara landasan kereta api di Pantai Timur hanya meliputi sebahagian kawasan pantai timur yang melalui bahagian tengah Semenanjung dan tidak meliputi kawasan di sepanjang pantai timur. Selain dari itu, terdapat tiga pelabuhan utama (Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang) dan Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Pantai Barat. Sistem infrastruktur ini menggambarkan tumpuan ekonomi yang kuat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Semenjak beberapa dekad yang lalu, Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar perbandaran yang pesat dengan peratusan penduduk menetap di kawasan bandar meningkat daripada 26.7% pada tahun 1970 kepada 65.4% pada tahun 2000. Penduduk bukan sahaja telah berpindah ke kawasan bandar, malah telah bertumpu di beberapa conurbation, iaitu di sekitar Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Jumlah penduduk di ketiga-tiga conurbation ini adalah hampir 54% daripada jumlah penduduk Semenanjung dan dijangka akan meningkat kepada 75% menjelang tahun 2020.
Perbandaran tidak hanya bercirikan migrasi luar bandar ke bandar, tetapi juga migrasi terus ke kawasan conurbation, yang mengakibatkan pengurangan ketara ekonomi penduduk di kampung-kampung dan kawasan luar bandar. Walaupun kebanyakan kampung-kampung dapat mengekalkan penduduk yang sudah berusia, kampung- kampung terpencil dijangka akan mengecil dan lupus. Pusat-pusat bandar utama dan kecil di luar conurbation, kecuali beberapa bandar sahaja, turut mengalami kehilangan peratusan penduduk bandar kepada conurbation.
Corak petempatan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Perbandaran Negara (DPN) adalah seperti berikut:
i. Conurbation Pertumbuhan Negara : Conurbation Kuala Lumpur
Conurbation Kuala Lumpur merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Nilai dan Seremban, dicadangkan sebagai Conurbation Pertumbuhan Negara. Secara dasarnya, kawasan Conurbation Kuala Lumpur menganjur daripada Kuala Selangor di utara ke Port Dickson di selatan. Conurbation Kuala Lumpur berpotensi untuk menampung penduduk seramai 10.37 juta orang atau 37% daripada jumlah penduduk Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020.
Isu utama bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah keperluan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menangani keperluan penyediaan dan perkongsian lebih banyak ruang, terutamanya guna tanah bercampur dan berkepadatan tinggi di kawasan pembangunan terdahulu serta sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dengan mengambil perhatian terhadap aspek alam persekitaran dan implikasi Isu utama bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah keperluan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menangani keperluan penyediaan dan perkongsian lebih banyak ruang, terutamanya guna tanah bercampur dan berkepadatan tinggi di kawasan pembangunan terdahulu serta sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dengan mengambil perhatian terhadap aspek alam persekitaran dan implikasi
ii. Conurbation Pertumbuhan Wilayah
Matlamat untuk mengukuhkan Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah untuk keberkesanan pengagihan peluang ke arah merealisasikan keseimbangan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk mengimbangi semula aktiviti ekonomi dan penduduk yang terlalu tertumpu di Conurbation Kuala Lumpur. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah berskala spatial tahap wilayah-bandar, di mana kawasan pusat bandar menarik penduduk untuk bekerja dan memperolehi perkhidmatan, seperti membeli-belah dan riadah. Untuk memacu pembangunan di wilayah bersebelahan, kawasan tersebut perlu mempunyai saiz ruang dan critical mass yang mencukupi. Justeru, prestasi ekonomi wilayah-bandar akan meningkat secara signifikan melalui hubung kait fungsi yang lebih kuat dalam rantaian penawaran and aglomerasi ekonomi. Tambahan pula, Conurbation Pertumbuhan Wilayah seperti Kuantan, akan dihubungi dengan kawasan pedalaman yang lebih luas dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), untuk memangkin dan menyokong pembangunan bandar-bandar kecil, perkampungan dan kawasan desa.
Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah seperti berikut;
Wilayah Utara - Conurbation George Town Conurbation ini merangkumi negeri Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation ini dirujuk sebagai Conurbation George Town.
Dalam konteks Conurbation George Town, cadangan kawasan conurbation akan merentasi tiga negeri: Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation George Town dijangka akan menampung penduduk berjumlah 2.42 juta menjelang 2020.
Wilayah Selatan - Conurbation Johor Baru Conurbation Johor Baru dijangka menampung penduduk 2.4 juta menjelang 2020, dijangka akan meliputi bahagian selatan negeri Johor dari Tanjung Pelepas di sebelah barat sehingga ke Pasir Gudang di sebelah timur.
Wilayah Timur - Conurbation Kuantan Lokasi yang strategik, infrastruktur dan kelebihan faedah berbanding yang terdapat di Kuantan membolehkannya dikategorikan sebagai conurbation pertumbuhan wilayah, walaupun dapat dilihat dari segi saiz ia berfungsi di peringkat yang lebih rendah. Conurbation Kuantan dijangka Wilayah Timur - Conurbation Kuantan Lokasi yang strategik, infrastruktur dan kelebihan faedah berbanding yang terdapat di Kuantan membolehkannya dikategorikan sebagai conurbation pertumbuhan wilayah, walaupun dapat dilihat dari segi saiz ia berfungsi di peringkat yang lebih rendah. Conurbation Kuantan dijangka
iii. Conurbation Separa Wilayah
Ipoh dan Melaka akan berperanan sebagai Conurbation Separa Wilayah untuk menyokong Conurbation Pertumbuhan Wilayah.
Dalam tempoh masa selepas tahun 2020, bergantung pada pembangunan rangkaian rel berkelajuan tinggi, Melaka berpotensi menjadi satu connective conurbation pertumbuhan selatan kepada Conurbation Kuala Lumpur.
iv. Conurbation Pertumbuhan Negeri
Ibu-ibu negeri sedia ada seperti Alor Setar, Kangar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu termasuk di dalam hierarki di peringkat ini. Ibu-ibu negeri ini akan berperanan sebagai pusat pentadbiran utama, komersial, kewangan, sosial dan pusat kebudayaan untuk negeri. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi kebanyakan ibu negeri ini mungkin tidak dapat berkembang dari segi ekonomi akibat dari persaingan global yang sengit.
v. Conurbation Pertumbuhan Daerah
Dalam konteks Semenanjung, terdapat sebilangan pusat bandar yang berada di peringkat yang lebih rendah, yang mempunyai aktiviti pembuatan dan perkhidmatannya sendiri. Pusat-pusat bandar ini membekalkan perkhidmatan dan barangan bukan sahaja kepada pasaran antarabangsa, malahan juga kepada kawasan luar bandar. Contoh bagi bandar-bandar yang telah membangun ini ialah Muar-Batu Pahat-Kluang, dan pusat-pusat yang sedang muncul ialah Temerloh- Mentakab dan Sitiawan-Lumut-Manjung.
vi. Pusat Petempatan Utama dan Kecil
Bandar-bandar dengan bilangan penduduk di antara 10,001 hingga 100,000 dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil. Kebanyakan daripada bandar-bandar ini didapati tidak berkembang, kecuali bagi bandar-bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation dan bandar- bandar berciri khas seperti Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung atau bandar-bandar yang lebih besar seperti Muar-Batu Pahat-Kluang. Ini adalah kesan daripada perubahan struktur ekonomi Malaysia.
Pusat Petempatan Utama dan Kecil yang juga dikenali sebagai bandar Kecil dan Sederhana, telah membangun berasaskan perdagangan dan perkhidmatan dengan kawasan pedalaman masing-masing, termasuk perkhidmatan pentadbiran. Ekonomi kawasan pedalaman ini yang berasaskan pertanian didapati tidak berkembang. Sekiranya bandar-bandar tersebut tidak mampu membangunkan aktiviti Pusat Petempatan Utama dan Kecil yang juga dikenali sebagai bandar Kecil dan Sederhana, telah membangun berasaskan perdagangan dan perkhidmatan dengan kawasan pedalaman masing-masing, termasuk perkhidmatan pentadbiran. Ekonomi kawasan pedalaman ini yang berasaskan pertanian didapati tidak berkembang. Sekiranya bandar-bandar tersebut tidak mampu membangunkan aktiviti
Proses kemerosotan bandar-bandar ini berkemungkinan agak perlahan kerana peniaga generasi tua akan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun menghadapi marginalisasi yang berterusan. Bagaimanapun, anak-anak peniaga- peniaga ini dijangka tidak akan meneruskan perniagaan ini dan akan lebih cenderung untuk berpindah keluar, dan seterusnya menyumbang kepada pergerakan penduduk ke conurbation.
Sebaliknya, pusat petempatan utama dan kecil yang terletak di dalam kawasan pengaruh conurbation adalah lebih cenderung untuk diserapkan dan menjadi bandar satelit atau kawasan pinggiran metropolis utama di dalam conurbation tersebut. Bandar-bandar ini dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan perubahan yang mendadak dalam asas pekerjaan. Pada dekad yang lepas, beberapa bandar seperti Nilai, Rawang, Balakong, Senai dan Ulu Tiram telah mengalami perubahan ini. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lebuh raya dan perhubungan kereta api komuter mengunjur keluar dari conurbation ke kawasan luarnya, lebih banyak pusat petempatan utama dan kecil akan mendapat faedah daripada perkembangan pembangunan dari pusat bandar.
Suntikan pelaburan buatan di bandar-bandar yang sedang merosot tidak akan menghasilkan keberkesanan ekonomi. Dasar kerajaan tidak sepatutnya menghalang perubahan demografi ini tetapi perlu membantu pusat petempatan utama dan kecil menjadi maju. Bandar-bandar ini masih diperlukan oleh penduduk luar bandar walaupun ia hanya dapat menampung sebilangan penduduk berniaga. Pengusaha dari bandar-bandar ini perlu mewujudkan perhubungan di antara ekonomi perbandaran di bandar dan kawasan luar bandar. Sokongan perlu diberi kepada pengusaha pertanian, perkhidmatan dan lain-lain enterpris. Program pendidikan dan latihan bagi menyediakan golongan muda untuk berhijrah keluar dan diintegrasikan dengan ekonomi bandar hendaklah digalakkan.
vii. Pusat Pertumbuhan Desa
Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan desa merupakan petempatan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang. PPD merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada sesebuah kawasan pedalaman yang terdiri daripada beberapa kawasan petempatan desa. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan kemudahan awam asas dan perkhidmatan setempat untuk petempatan di sekitarnya. Petempatan-petempatan ini merangkumi perkampungan tradisional, perkampungan baru di luar kawasan bandar, perkampungan nelayan, Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan desa merupakan petempatan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang. PPD merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada sesebuah kawasan pedalaman yang terdiri daripada beberapa kawasan petempatan desa. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan kemudahan awam asas dan perkhidmatan setempat untuk petempatan di sekitarnya. Petempatan-petempatan ini merangkumi perkampungan tradisional, perkampungan baru di luar kawasan bandar, perkampungan nelayan,
Sumber pendapatan utama bagi petempatan ini adalah pertanian, terutamanya penanaman kelapa sawit, getah, padi dan dusun buah-buahan. Pertanian sayur- sayuran dijalankan di lokasi yang spesifik seperti Cameron Highlands, Lojing, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Tumpat dan juga Sepang; manakala tanaman lain seperti tanaman ladang, rempah dan herba ditanam di kawasan yang lebih kecil. Untuk pendapatan sambilan, mereka turut memelihara binatang ternakan dan terlibat dalam pengeluaran akuakultur. Bagi nelayan, kebanyakan mereka terbabit dengan penangkapan ikan persisiran pantai.
Dalam proses perbandaran dan migrasi keluar luar bandar, sebilangan besar petempatan desa dijangka mengalami kekurangan penduduk dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Keadaan ini mungkin memerlukan pengumpulan penduduk luar bandar di PPD, di mana penyediaan perkhidmatan boleh ditambah baik dan dipertingkatkan. Perkhidmatan desa khususnya pendidikan dan kesihatan, perlu dinilai semula agar dapat dipadankan dengan struktur baru penduduk luar bandar.
Isu atau cabaran utama di kawasan petempatan desa adalah pendapatan yang rendah di kalangan penduduk luar bandar yang bergantung tinggi kepada hasil pertanian. Ini disebabkan oleh saiz tanah pertanian yang dimiliki atau dikerjakan oleh setiap petani adalah terlalu kecil untuk membolehkan mereka memiliki pendapatan yang memuaskan. Walaupun peneroka FELDA yang merupakan contoh terbaik bagi golongan petani berpendapatan memuaskan, mereka hanya memiliki tanah seluas 3.2 hektar bagi setiap keluarga, manakala purata pegangan bagi pekebun kecil RISDA adalah 2.3 hektar. Kebanyakan petani di perkampungan tradisional pula bekerja di kebun dengan keluasan kurang dari 2 hektar.
BAB 4
Stra te g i Pe m b a ng una n
RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA
BAB 4 STRATEGI PEMBANGUNAN
Strategi pembangunan mempunyai implikasi penting terhadap prestasi ekonomi dan kualiti kehidupan di Semenanjung Malaysia. Strategi pembangunan yang dipilih bermatlamat untuk menjadikan negara ini suatu tempat yang menarik untuk didiami, bekerja, berekreasi, melabur, berniaga dan melancong. Untuk mencapai matlamat tersebut, tanah yang mencukupi dan bersesuaian perlu disediakan bagi menyokong inisiatif perniagaan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta menyediakan infrastruktur dan utiliti. Pada masa yang sama, mempertingkatkan kesesuaian untuk didiami, memudahcara pembangunan semula bandar, melindungi alam sekitar dan menggunakan sumber asli secara berhemah.
Pada tahun 2020, dianggarkan hampir 75% daripada jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia akan menetap dalam kawasan bandar. Justeru, peruntukan perlu disediakan untuk menampung kira-kira 4.7 juta tambahan penduduk antara tahun 2010 hingga 2020. Kira-kira 1.92 juta pekerjaan baru, kebanyakannya perkhidmatan tertiari perlu diwujudkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini bagi menyokong pertambahan peratusan penduduk dalam kumpulan umur bekerja serta kebarangkalian berlakunya pengurangan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan beberapa industri pembuatan berintensifkan buruh dan industri perkilangan bernilai tambah rendah. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira-kira 200,000 hektar tanah bandar diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang. Dalam menentukan strategi yang dipilih, isu-isu di peringkat negara dan global, peluang serta keperluan telah diambilkira sebagai asas utama dalam pembentukan dasar-dasar perancangan spatial negara.
4.1 Konsep Strategi Pembangunan
Strategi pembangunan RFN telah dikaji semula dan ditambah baik untuk menyediakan satu ekspresi geografi dan tindak balas spatial yang proaktif terhadap perubahan semasa termasuk komitmen konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim. Masalah kelembapan ekonomi global semasa, pengurangan perbelanjaan awam oleh Kerajaan, konsep 1Malaysia dan ekonomi berpendapatan tinggi, koridor pertumbuhan wilayah dan lain-lain teras pembangunan strategik utama negara seperti RRJP3, RMKe-
9, Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3), Dasar Pertanian Negara Ke-3 (NAP3), perhutanan, pelancongan, pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, pengangkutan, tenaga dan teknologi hijau telah dikaji dan dianalisis.
Bagi merealisasikan objektif sosio-ekonomi nasional untuk berdaya saing di peringkat global, perpaduan negara, pembangunan mampan dan kualiti hidup yang tinggi, terjemahan rancangan-rancangan dan dasar sektoral negara ke dalam dimensi spatial memerlukan negara untuk: Bagi merealisasikan objektif sosio-ekonomi nasional untuk berdaya saing di peringkat global, perpaduan negara, pembangunan mampan dan kualiti hidup yang tinggi, terjemahan rancangan-rancangan dan dasar sektoral negara ke dalam dimensi spatial memerlukan negara untuk:
ii. Mencapai ekonomi berpendapatan tinggi;
iii. Mempromosikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang; iv. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber alam semula jadi; v. Melindungi kualiti dan kepelbagiaan spatial dan alam sekitar; dan vi. Memudahcara perhubungan dan integrasi sosial di antara negeri secara bersepadu.
Dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN adalah berdasarkan Strategi Pembangunan Tumpuan Terpilih yang merupakan tindak balas perancangan fizikal untuk menangani persaingan sengit daripada peningkatan ekonomi global dan liberalisasi perdagangan. Pra syarat utama adalah untuk menjanakan kadar pertumbuhan mampan yang tinggi, khususnya melalui perindustrian yang pesat bagi mencapai Wawasan 2020. Sehubungan ini, fokus pembangunan khusus ditumpukan kepada tiga wilayah geografi, iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang mengemukakan ciri-ciri, isu dan potensi pembangunan yang hampir sama.
Strategi pembangunan untuk Wilayah Pantai Barat adalah untuk memudahcara perkembangan perbandaran dan industri serta memastikan penggunaan infrastruktur yang optimum. Pembangunan tertumpu di tiga conurbation pertumbuhan utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Infrastruktur strategik utama di pintu masuk antarabangsa utama dan hab negara seperti rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang akan dibangunkan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi nilai ditambah tinggi di setiap conurbation utama. Sektor swasta, khususnya pelaburan langsung asing akan memacu pertumbuhan pesat tersebut.
Penumpuan bagi Wilayah Pantai Timur adalah dalam Conurbation Kuantan untuk pembangunan sektor industri dan perkhidmatan, manakala inisiatif pembangunan di Kota Bharu akan ditumpukan kepada perdagangan merentas sempadan dengan Thailand. Potensi pelancongan wilayah ini juga akan diekploitasikan dan dipertingkatkan dengan penglibatan aktif para penduduk dalam ekonomi moden melalui program pembangunan pendidikan dan sosial. Terdapat juga potensi yang tinggi untuk meletakkan Kuala Terengganu sebagai pintu masuk pelancongan antarabangsa bagi Wilayah Pantai Timur berdasarkan kesediaan pelbagai produk pelancongan dalam negeri tersebut dan mempertingkatkan lapangan terbang sedia ada ke taraf antarabangsa.
Tumpuan pembangunan bagi Banjaran Tengah adalah untuk mewujudkan dan melindungi Central Forest Spine (CFS) melalui integrasi rizab-rizab hutan bagi memulihara biodiversiti, mengawal dan menghadkan perkembangan bandar dan pertanian serta mempertingkatkan potensi pelancongan di kawasan tanah tinggi.
Selaras dengan transformasi struktur ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi ekonomi berasaskan tertiari dan penggalakan konsep 1Malaysia, struktur spatial negara perlu dirasionalisasi dan disesuaikan untuk memudahcara pencapaian pertumbuhan ekonomi tinggi secara berterusan dengan penyatuan sosial yang kukuh. Dalam hal ini, strategi pembangunan RFN telah ditambahbaik dan diperkukuhkan dengan Selaras dengan transformasi struktur ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi ekonomi berasaskan tertiari dan penggalakan konsep 1Malaysia, struktur spatial negara perlu dirasionalisasi dan disesuaikan untuk memudahcara pencapaian pertumbuhan ekonomi tinggi secara berterusan dengan penyatuan sosial yang kukuh. Dalam hal ini, strategi pembangunan RFN telah ditambahbaik dan diperkukuhkan dengan
Teras utama bagi strategi pembangunan yang dikaji semula adalah untuk menumpukan sumber negara yang terhad kepada beberapa pusat bandar terpilih dengan potensi pertumbuhan tertinggi untuk penjanaan pekerjaan di sepanjang koridor ekonomi utama seperti Bentong dan Temerloh-Mentakab, di samping memelihara kawasan luar bandar dan alam sekitar. Pengagihan sumber-sumber terhad ini secara menyeluruh ke seluruh negara, akan menghasilkan outcome yang kurang berkesan dan membawa kesan negatif kepada alam sekitar.
Oleh itu, pembangunan baru dan pembangunan semula bandar pada masa hadapan, akan bertumpu terutamanya di conurbation bandar terpilih dan nod-nod bandar strategik utama dalam koridor-koridor pertumbuhan untuk mengelakkan rebakan bandar, memulihara kawasan desa dan luar bandar serta mempercepatkan pembangunan di wilayah kurang maju.
Sebagai enjin pertumbuhan utama, pusat-pusat bandar terpilih ini akan menjanakan kesan sampingan untuk memangkin pembangunan dalam lingkungan kawasan pedalamannya, justeru memperkukuhkan hubungkait fungsi dan sinergi ekonomi bandar- luar bandar. Kerajaan akan berusaha untuk menyokong pertumbuhan pusat bandar strategik terpilih melalui pelaksanaan inisiatif projek flagship berimpak tinggi dan kemudahan infrastruktur utama. Beberapa contoh inisiatif tersebut adalah Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Pertanian dan Taman Industri Halal.
Koridor-koridor pembangunan ini akan dipromosi dan dibangunkan sebagai Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan untuk memenuhi fungsi rangkaian pembekal atau pengeluar dan pasaran yang berbeza. Koridor pembangunan utama dikenal pasti melalui conurbation dan nod bandar utama yang dihubungi oleh lebuh raya, cadangan rel berkelajuan tinggi dan disokong oleh pelabuhan serta lapangan terbang utama. Sebagai pintu masuk antarabangasa dan zon ekonomi utama, inisiatif dan enterpris berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan seperti aktiviti multimedia, penyelidikan bioteknologi, industri kreatif dan pembangunan pelancongan khusus iaitu MICE, akan dipromosi dan disokong untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran eksport negara yang khusus dan spesifik.
Koridor Sub-Pembangunan merupakan koridor wilayah yang penting untuk menyebarkan pembangunan dan menambah baik kualiti hidup ke seluruh negara, terutamanya dalam wilayah yang kurang aktiviti ekonomi. Ini melibatkan terutamanya bandar-bandar bersaiz sederhana dan kecil, termasuk bandar ciri khas. Koridor Sub-Pembangunan akan dihubungi oleh lebuh raya yang akan mewujudkan perhubungan mudah antara conurbation dan bandar-bandar besar dengan kawasan desa dan luar bandar yang di Koridor Sub-Pembangunan merupakan koridor wilayah yang penting untuk menyebarkan pembangunan dan menambah baik kualiti hidup ke seluruh negara, terutamanya dalam wilayah yang kurang aktiviti ekonomi. Ini melibatkan terutamanya bandar-bandar bersaiz sederhana dan kecil, termasuk bandar ciri khas. Koridor Sub-Pembangunan akan dihubungi oleh lebuh raya yang akan mewujudkan perhubungan mudah antara conurbation dan bandar-bandar besar dengan kawasan desa dan luar bandar yang di
Jadual 4.1: Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan
Inisiatif Pembangunan Utama Koridor Pembangunan Utama
Koridor Pembangunan
Ciri-ciri Utama Fizikal
1.Koridor Utara-
Koridor ini, yang mengunjur dari
Rancangan wilayah conurbation bagi
Selatan
Kangar di utara ke Johor Bahru di
Conurbation Kuala Lumpur, George Town
selatan (875km), merupakan koridor
dan Johor Bahru.
pertumbuhan yang paling maju di
Mengurus pertumbuhan bandar untuk
Semenanjung. Ia juga merupakan
mengelakkan rebakan bandar melalui
kawasan perbandaran terbesar dalam
strategi pengurusan pertumbuhan mampan.
negara dengan kebanyakan bandar-
Mempromosikan dan menyokong ekonomi
bandar besar dan ibu negeri terletak
berteknologi tinggi dan berasaskan
dalam koridor ini.
pengetahuan. Cadangan Jaluran Industri untuk
Fokus Sektor Ekonomi
pembangunan kluster nilai ditambah tinggi. Pembangunan bandar, pembangunan Rel berkelajuan tinggi untuk
industri, sektor berasaskan
memperkukuhkan koridor.
pengetahuan, sektor perkhidmatan,
Lebuh raya Persisiran Pantai untuk
pertanian: Jaluran Industri Utama. melengkapi lebuh raya Utara-Selatan.
Kebanyakan kluster berasaskan pengetahuan termasuk Hab Pendidikan.
Jaluran Makanan utama dengan empat kawasan jelapang padi utama. Disokong oleh Rel Wilayah, lebuh raya Utara-Selatan dan tiga pelabuhan utama (Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Tanjung. Pelepas), dan lapangan terbang antarabangsa utama (KLIA, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Senai)
2.Koridor Pantai
Koridor ini mengunjur dari Kota Bharu
Pelancongan persisiran pantai dengan
Timur
di utara ke Johor Bahru di selatan,
tumpuan di Desaru, Rompin, Mersing, Kuala
dengan jarak 689 km.
Pahang, Kuantan, Dungun, Besut, Merang dan Tumpat.
Fokus Sektor Ekonomi
Pembangunan kluster industri di nod terpilih
Pelancongan, minyak, gas dan
dalam Conurbation Bandar Kuantan, Kuala
petrokimia, kluster industri, sektor
Terengganu dan Kota Bharu.
berasaskan pengetahuan, pertanian:
Penubuhan SEZ untuk memacu
Berpotensi sebagai destinasi
pembangunan wilayah.
pelancongan persisiran pantai dan
Pembangunan Hab Petrokimia di Kerteh dan
pelancongan pulau utama.
Gebeng.
Hab Minyak, Gas dan Petrokimia.
Pembangunan Hab Pendidikan termasuk
Pembangunan kluster industri
universiti dan pusat-pusat pendidikan tinggi
berasaskan sumber dan pertanian di
(UMP, UMT dan UMK).
kawasan terpilih.
Lebuh raya baru (LPT2 dan LPT3 ke arah
utara). Rel berkelajuan tinggi menghubungkan Kuantan ke Kota Bahru di sebelah utara.
Inisiatif Pembangunan Utama Pembangunan
Koridor
Ciri-ciri Utama Fizikal
3. Koridor Tengah Koridor ini meliputi kawasan dari Kuala Penumpuan pembangunan kluster industri di
Timur-Barat
Lumpur ke Kuantan di Pantai Timur
nod terpilih dan limpahan industri dari
(260km) dan merupakan koridor
Lembah Klang terutama di Bentong.
pertumbuhan timur-barat utama.
Penubuhan SEZ di Conurbation Kuantan. Rangkaian rel berkelajuan tinggi.
Fokus Sektor Ekonomi
Pembangunan Conurbation Daerah di
Kluster Industri, pembangunan
Temerloh – Mentakab.
pertanian, pelancongan:
Pembangunan terkawal di Kawasan
Koridor industri sekunder yang
Pengurusan Khas : Genting Highlands –Bukit
penting.
Tinggi–Janda Baik.
Saluran utama untuk menyebarkan pembangunan ke Pantai Timur. Potensi hubungan logistik antara negara-negara Asia Pasifik dan negara-negara di Barat dan Asia Selatan.
Bandar Hiburan di Genting Highlands. Disokong oleh Jalan Persekutuan 2 dan Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1)
KORIDOR SUB-PEMBANGUNAN 4.Sub-Koridor
Koridor ini berkembang dari Kota
Rangkaian Ekologi Utama (PL1) telah dikenal
Utara-Selatan
Bharu di utara ke Segamat di selatan
pasti di Sungai Yu (Kuala Lipis utara) untuk
(584km).
lintasan hidupan liar terutamanya bagi harimau dan gajah.
Fokus Sektor Ekonomi
Cadangan lebuh raya utama yang baru di
Pertanian, pelancongan,
bawah HNDP2 (Rancangan Pembangunan
pembangunan kluster industri
Rangkaian Lebuh raya Ke-2)
(terutama industri berasaskan sumber
menghubungkan Segamat ke Gua Musang
dan pertanian):
(memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan
Dijadikan pintu masuk bandar dan
yang terletak dalam Rangkaian Ekologi yang
menyediakan perhubungan ke
dikenal pasti dalam koridor)
destinasi ekopelancongan utama
Tiga Kawasan Pengurusan Khas melibatkan
(Taman Negara dan Banjaran
Cameron Highlands -Lojing-Kinta, Bukit
Tengah).
Fraser dan Genting Highlands-Bukit Tinggi-
Zon pertanian yang penting
Janda Baik dengan fokus terhadap
terutama untuk buah-buahan,
pelancongan tanah tinggi dan pertanian.
tanaman, pusat bioteknologi herba
Bandar-bandar utama dikenal pasti untuk
dan pertanian tanah tinggi.
penumpuan pelaburan ekopelancongan,
Menghubungkan kawasan-kawasan
binatang ternakan, taman herba dan tanaman
tumpuan kemiskinan di barat
di bawah Pelan Induk ECER akan
Pahang dan selatan Kelantan.
merangkumi Kuala Krai, Tanah Merah, Gua
Disokong oleh Central Spine Link
Musang, Kuala Lipis, Bentong, Raub dan
(FR 8 dan FR 9) dan rangkaian rel.
Temerloh-Mentakab.
5.Sub-Koridor
Mengunjur dari Pulau Pinang ke Kota
Satu Rangkaian Ekologi Primer (PL2) telah
Timur-Barat
Bharu (386km).
dikenal pasti dari Gerik ke Jeli (memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan, terutamanya
Fokus Sektor Ekonomi
gajah di lokasi terpilih dan kawasan
Pelancongan, perdagangan
pembangunan pertanian di sepanjang koridor
sempadan:
ini).
Rangkaian jalan utama untuk
Hubungan lebuh raya utama dari Pulau
bandar-bandar sempadan Trans
Pinang-Kulim-Pengkalan Hulu-Gerik-Jeli-
Nasional.
Rantau Panjang di bawah HNDP2.
Hubungan jalan terus dari Kota
Inisiatif Pembangunan Merentas Sempadan
Bharu ke Pulau Pinang.
Bersepadu, melibatkan Pengkalan Hulu,
Dibangunkan sebagai koridor
Bukit Bunga, Rantau Panjang, Pengkalan
keselamatan untuk mengelakkan
Kubur dan bandar-bandar sempadan di
pemberontakan.
Thailand.
Habitat ekologi dan rezab hidupan
liar yang penting termasuk Taman Negeri DiRaja Belum, Hutan Simpan Temenggor dan destinasi ekopelancongan di Pulau Banding.
Inisiatif Pembangunan Utama Pembangunan
Koridor
Ciri-ciri Utama Fizikal
6.Sub-Koridor
Mengunjur dari Lumut-Ipoh-Cameron
Dua Rangkaian Ekologi Primer telah dikenal
Lumut-Gua
Highlands -Gua Musang-Kuala
pasti di koridor ini.
Musang-Kuala
Terengganu (586 km).
Inisiatif utama berkaitan dengan pertanian
Terengganu
tanah tinggi dan pembangunan perbandaran
Fokus sektor ekonomi
telah dikenal pasti di Lojing, Gua Musang
Kluster industri, pelancongan:
(tanaman, ternakan, herba) dan Tasik Kenyir
Conurbation Lumut-Sitiawan-
(pelancongan) di bawah Pelan Induk ECER.
Manjung. Koridor perindustrian tempatan utama (Lumut-Ipoh). Koridor Ekopelancongan tanah tinggi utama (Ipoh-Tasik Kenyir). Pengkalan Tentera Laut Lumut Bandar Baru Sri Iskandar Universiti PETRONAS.
7.Sub-Koridor
Sub-Koridor yang penting
Berpotensi untuk dibangunkan sebagai
Kuantan-Muar
menghubungkan Muar-Segamat-
Jaluran Pertanian yang penting untuk negara.
Muadzam Shah-Kuantan (336km).
Pembangunan lebuh raya utama baru yang menghubungkan bandar Kuantan-Muadzam
Fokus Sektor Ekonomi
Shah-Segamat-Muar dibawah HNDP2.
Pembangunan pertanian, pelancongan, kluster industri: Pembangunan pertanian untuk
kelapa sawit, tanaman dan ternakan. Hubungan ke tapak RAMSAR iaitu Tasik Chini dan Tasik Bera serta Taman Negara Endau-Rompin.
Pelabuhan darat di Segamat Disokong oleh Jalan Persekutuan 12.
4.2 Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan
Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan ekonomi dunia, di mana nilai dagangan (import dan eksport) bagi barangan dan perkhidmatan adalah bersamaan dua kali ganda KDNK. Industri berorientasikan eksport menguncup sebanyak 24.7% pada permulaan tahun 2009 disebabkan krisis kewangan global dan permintaan dunia yang semakin lemah. Pertumbuhan negatif dicatatkan dalam sub-sektor utama, terutamanya sektor- sektor elektrik dan elektronik (E&E), produk kayu, tekstil dan produk getah. Industri berorientasikan domestik juga menguncup sebanyak 18.7% pada bulan Januari 2009 berpunca daripada kemerosotan dalam industri berkaitan dengan pembinaan.
Sejak pertengahan tahun pertama 2009, terdapat pemulihan yang stabil dalam perdagangan. Antara bulan Januari dan Julai tahun 2009, eksport telah meningkat dengan kadar purata 5.4% bulan ke bulan dan jumlah dagangan telah meningkat sebanyak 6.6%. Bulan Januari 2009 mengalami kesan paling teruk di mana jumlah dagangan berada di bawah paras 30% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah pelaburan langsung asing di Malaysia bagi tempoh tahun 2003-2008 adalah RM146.4 bilion untuk pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan. Pelaburan langsung asing mula mengalir keluar dari Malaysia sejak 15 tahun yang lalu; dan trend ini masih berterusan kerana negara-negara membangun lain bersaing untuk memberi lebih banyak insentif.
Rajah 4.1 : Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Jadual 4.2 menunjukkan kedudukan Malaysia di dalam kedudukan daya saing global berdasarkan World Competitiveness Scoreboard Ranking 1 . Kedudukan indeks daya
saing global bagi Malaysia meningkat dari tempat ke-30 pada tahun 2000 kepada tempat ke-21 pada tahun 2008 di kalangan 134 ekonomi mendahului beberapa ekonomi negara maju. Namun begitu, kedudukan Malaysia jatuh 3 tempat kepada tempat ke-24 pada tahun 2009. Dalam kedudukan papan skor daya saing dunia pula, Malaysia telah menjadi lebih berdaya saing sejak 9 tahun yang lalu dengan menduduki tempat ke-18 pada tahun 2009 berbanding tempat ke-27 pada tahun 2000. Kedudukan Malaysia juga telah meningkat kepada tempat ke-10 bagi 2010 dan mengatasi beberapa negara maju termasuk Netherlands (tempat ke-12), Denmark (tempat ke-13), Britain (tempat ke-22), Thailand (tempat ke-26) dan juga lebih berdaya saing daripada Korea Selatan (tempat ke-23). Tiga kedudukan teratas diduduki oleh Singapura (tempat pertama), Hong Kong (tempat kedua) dan Amerika Syarikat (tempat ketiga). Negara perlu berusaha gigih untuk mengekalkan pencapaian ini dengan meneruskan pelaksanaan dasar, proses dan prosedur yang telus dan diperkemaskan bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan supaya dapat terus berdaya saing di peringkat global.
Jadual 4.2: Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global
Kedudukan Indeks Daya Saing Global (Global Competitiveness Index Rankings) 1 30 24 21 24 Kedudukan Papan Skor Daya Saing Dunia (World Competitiveness Scoreboard Rankings)
Sumber: 1. Pelbagai Isu-isu dalam Global Competitiveness Report. 2. Buku Tahunan IMD World Competitiveness.
Isu-isu ekonomi utama yang akan mempengaruhi perancangan ekonomi Malaysia dalam lima tahun akan datang adalah:
i. Pemulihan ekonomi dunia dan impaknya ke atas perdagangan;
ii. Keperluan untuk merangka semula dasar persekitaran bagi mengekalkan daya saing dan menarik pelaburan secara berterusan;
iii. Langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan pembangunan dicapai oleh mereka yang memerlukannya dan memaksimumkan potensi untuk pencapaian matlamat Wawasan 2020.
Dengan mengenal pasti kekangan dalam dasar-dasar semasa, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) pada tahun 2009, yang dijangka akan meningkatkan produktiviti para pekerja melalui inovasi dan pengetahuan. Ini diharap akan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Selaras itu, penekanan juga diberi kepada penggunaan domestik.
Pada Jun 2009, kerajaan telah meliberalisasikan pelaburan asing di sektor-sektor utama. Peraturan-peraturan mengenai pelaburan asing dilonggarkan, sementara 27 sektor perkhidmatan telah diliberalisasikan daripada peruntukan pemilikan bumiputera, sebagai satu kaedah untuk menambah baik persekitaran pelaburan. Dalam aspek ini, Kerajaan
1 Forum Ekonomi Dunia : Global Competitiveness Report, membincangkan asas‐asas mikroekonomi dan makroekonomi bagi tahap daya saing negara.
telah menubuhkan sebuah firma ekuiti swasta yang diberikan mandat untuk membantu membangunkan usahawan-usahawan bumiputera.
Strategi-strategi ini diperincikan dalam RMKe-10 dan lima Teras Misi Nasional telah diumumkan. Strategi-strategi RMKe-10 dijangka akan meningkatkan Indeks Kasar Negara (GNI) per kapita iaitu RM38,845 pada tahun 2015, yang akan meletakkan Malaysia ke arah negara maju. Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam MBE kelak.
Dengan strategi-strategi ini, EPU telah meramalkan bahawa KDNK akan berkembang pada 6.0% setiap tahun bagi sepanjang tempoh RMKe-10. Dengan trend ini, KDNK Semenanjung Malaysia akan mencapai RM740.3 bilion pada tahun 2020.
IMP3 (2006-2020), bermatlamat untuk melonjakkan perindustrian negara ke tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan berintegrasi terhadap pembangunan industri dan ekonomi. IMP3 memberikan penekanan tinggi terhadap transformasi dan inovasi dalam sektor-sektor pembuatan dan perkhidmatan. Strategi IMP3 telah melangkaui strategi pembuatan berdasarkan kluster, untuk meliputi lain-lain sektor seperti perkhidmatan, Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) dan sebagainya. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan outcome. Malaysia sedang beralih ke arah sektor perkhidmatan untuk kekal di hadapan dalam persaingan. Tenaga kerja mahir diperlukan untuk menyokong peralihan ini. Penguasaan bahasa Inggeris merupakan suatu kelebihan untuk melonjakkan sektor perkhidmatan. Oleh itu rangka kerja dan strategi pembangunan RFN Ke-2 telah melalui perubahan spatial untuk diintegrasikan dengan strategi pembangunan pembuatan-perkhidmatan secara holistik yang diterima pakai oleh IMP3.
4.2.1 Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi
Penilaian ekonomi semasa negara menunjukkan Malaysia terperangkap di dalam jerat ekonomi berpendapatan sederhana di mana ianya terhimpit di antara pengeluar- pengeluar berpendapatan rendah yang mengalami pertumbuhan perlahan dengan ekonomi-ekonomi berkemahiran tinggi yang mana Malaysia tertekan untuk menjanakan pemacu pertumbuhan baru apabila perolehan kecekapan berakhir. KDNK per kapita semasa untuk Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan sebanyak USD$6,970 (Jadual 4.3) yang meletakkan negara dalam kelompok berpendapatan sederhana tinggi. Situasi ini terjadi disebabkan negara-negara membangun lain menggunakan strategi yang serupa dengan Malaysia, di mana mereka mempunyai kelebihan dari aspek penawaran gaji rendah atau ketersediaan sumber-sumber asli.
Kerajaan telah mengumumkan sasaran memajukan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Ke arah ini, kerajaan akan berusaha mewujudkan strategi-strategi baru dalam sektor perkhidmatan baru, strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan, menggalak dan menyokong inovasi serta idea-idea yang didorong oleh modal insan berkepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi. Rancangan dan strategi ini disokong oleh perubahan dalam dasar-dasar untuk menyokong aktiviti yang menjanakan Kerajaan telah mengumumkan sasaran memajukan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Ke arah ini, kerajaan akan berusaha mewujudkan strategi-strategi baru dalam sektor perkhidmatan baru, strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan, menggalak dan menyokong inovasi serta idea-idea yang didorong oleh modal insan berkepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi. Rancangan dan strategi ini disokong oleh perubahan dalam dasar-dasar untuk menyokong aktiviti yang menjanakan
Justeru, kerajaan akan terus membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran, menarik pelaburan asing yang membawa masuk teknologi dan pasaran yang baru serta menyokong syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan strategi- strategi berasaskan inovasi. Strategi IMP3 berusaha untuk mentransformasikan sektor industri di Malaysia menjadi syarikat-syarikat berdaya saing global. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembangunan Lembah Bioteknologi untuk menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Wawasan 2020 memperkukuhkan strategi ini dan telah diterjemahkan ke dalam dasar-dasar sektoral. MBE yang diumumkan pada April 2010 telah menyediakan hala tuju strategik untuk mengeluarkan Malaysia daripada jerat ekonomi berpendapatan sederhana.
Jadual 4.3 : Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN
Kumpulan Pendapatan
KNDK Per Kapita (USD$)
Negara-negara ASEAN
Pendapatan Tinggi
Brunei, Singapura
Malaysia (USD$6,970 - 2008) Pendapatan Sederhana
Pendapatan Sederhana Tinggi
3,856 - 11,905
Indonesia, Filipina, Thailand Rendah
976 - 3,855
Pendapatan Rendah
Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam
Sumber: Bank Dunia, 2009
Kesemua strategi ini bertujuan untuk memberikan dorongan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ianya bertujuan untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Pendapatan setahun bagi negara yang berpendapatan tinggi dianggarkan sebanyak US$13,426 per kapita menjelang tahun 2020 (RM46,991 pada kadar penukaran US$1 = RM3.50). Untuk mencapai tahap pertumbuhan tersebut, ekonomi negara perlu berkembang pada kadar yang lebih tinggi.
Jadual 4.4 menunjukkan KDNK per kapita (harga bagi tahun 2000) konservatif yang dianggar sebanyak RM27,000 menjelang tahun 2020 bagi Semenanjung Malaysia yang meletakkan negara dalam kumpulan berpendapatan sederhana tinggi. Justeru, objektif- objektif MBE dan strategi-strateginya perlu dilaksanakan dengan efektif bagi mencapai sasaran USD15,000 per kapita menjelang tahun 2020.
Jadual 4.4 : Anggaran Per Kapita Bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, 2020
Purata Pertumbuhan Wilayah
Harga KDNK Per Kapita (RM)
dalam tahun 2000
2000-2010 2010-2020
14,714 21,774 1.9 4.0 Wilayah Tengah
Wilayah Utara
24,883 32,887 1.8 2.8 Wilayah Selatan
1.4 3.4 Wilayah Timur
Semenanjung Malaysia
Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU 2001-2010
4.3 Proses Perbandaran
Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami kepesatan dalam perbandaran hasil daripada perubahan struktur ekonomi daripada kebergantungan dalam sektor perlombongan dan pertanian kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Walaubagaimana pun, selain daripada proses perbandaran yang pesat, telah muncul juga satu trend yang kurang menonjol tetapi amat signifikan kepada pembangunan bandar dalam tempoh banci tahun 1991-2000. Ini adalah pemusatan tumpuan penduduk bandar di beberapa wilayah bandar, iaitu di sekitar Conurbation Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru.
Malaysia mempunyai hierarki perbandaran yang kukuh, yang telah dibangunkan semenjak awal abad ke-19. Hierarki ini terus membentuk satu asas geografi yang mampan untuk memodenisasikan sektor perindustrian dan ekonomi negara. Kini, satu pola polisentrik pusat-pusat bandar yang saling berkait telah wujud, dengan Conurbation Kuala Lumpur menjadi sebuah ‘bandar maju’ yang disokong oleh Conurbation George Town, Johor Bahru dan Kuantan (Rajah 4.1). Bagi mengelakkan Conurbation Kuala Lumpur menjadi satu-satunya bandaraya utama yang berpengaruh, tindakan-tindakan awal perlu diambil untuk mengelakkan bandar ini daripada menjadi tumpuan penduduk dan kapasiti produktif di dalam satu conurbation utama.
RFN Ke-2 memperakui trend-trend tersebut merupakan sebahagian daripada proses globalisasi yang berhubung kait dengan transformasi ke arah K-ekonomi. Gabungan proses-proses ini seiring dengan wawasan negara untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, menunjukkan trend semasa bagi pembangunan bandar tertumpu di pusat-pusat yang lebih besar untuk pertumbuhan yang lebih efisien dan nilai ditambah tinggi akan turut menjejaskan kawasan luar bandar dan petempatan bandar kecil. Di peringkat ekonomi makro, yang berasaskan pertumbuhan ekonomi semasa, peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya teknologi tinggi dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan, akan terus memerlukan pembangunan ditumpukan di pusat bandar berbanding dengan penyelerakan pembangunan ke kawasan-kawasan yang persekitaran ekonominya kurang maju.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih pesat berlaku di kawasan bandar pada masa hadapan dengan penumpuan pertumbuhan pusat aktiviti di bandar besar sedia ada. Justeru itu, dijangka bahawa kebanyakan penduduk bandar akan menetap dan bekerja di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Keempat-empat conurbation pertumbuhan ini dilihat sebagai asas pertumbuhan utama untuk menjanakan peluang pekerjaan yang diperlukan serta mempertingkatkan pendapatan yang lebih tinggi dan memastikan kualiti hidup untuk semua golongan di kawasan petempatan. Menjelang tahun 2020, dianggarkan hampir 70% daripada penduduk bandar Semenanjung Malaysia akan bertumpu di keempat- empat conurbation ini.
Conurbation Kuantan merupakan satu kes khas yang perlu dinyatakan, yang mana walau pun ianya tidak setaraf dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru, tetapi Conurbation Kuantan telah dipilih untuk memperolehi infrastruktur sokongan yang setaraf dengan kedua-dua conurbation tersebut. Strategi pembangunan bagi Conurbation Kuantan adalah untuk mewujudkan satu pusat dengan critical mass yang tinggi di Pantai Timur sebagai asas untuk menjanakan perkembangan ekonomi.
DPN telah menunjukkan kadar perbandaran yang pesat sedang dialami di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan trend semasa dan terdahulu, kadar ini dijangka akan melonjak pada masa hadapan untuk mencapai tahap perbandaran sebanyak 75% di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020 hampir setanding dengan lain-lain negara maju.
Dengan peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya dalam menarik pelaburan langsung asing, RFN Ke-2 mencadangkan keperluan untuk meneruskan tumpuan pembangunan bandar di pusat-pusat terpilih, terutamanya di conurbation. Dengan pembangunan dan perkembangan pesat di conurbation, pembangunan secara ad-hoc yang tidak berurutan, kehilangan kawasan rekreasi dan kawasan hijau serta kemerosotan di pusat dalaman bandar, adalah diantara kesan dan ancaman yang timbul akibat pembangunan bandar.
Cabaran kepada negara, pihak berkuasa negeri dan PBPT adalah untuk mengurus dan mentadbir pertumbuhan bandar yang cekap, di kedua-dua conurbation yang pesat dan di conurbation yang berkembang perlahan atau kawasan bandar yang merosot. Kesemua peringkat pihak berkuasa ini perlu memaksimakan faedah-faedah pembangunan, mengawal potensi kesan sampingan contohnya kesesakan lalu lintas dan pencemaran, serta memainkan peranan positif dalam mencapai Wawasan 2020. Perancangan spatial perlu bermatlamat ke arah mewujudkan sebuah pusat bandar yang menawarkan kualiti persekitaran hidup yang tinggi dan tahap penyediaan kemudahan yang mencukupi seperti sekolah, IPT, hospital, kawasan rekreasi serta pengangkutan bandar dan utiliti yang berkualiti tinggi kepada penduduknya.
Pusat-pusat bandar yang terletak di luar empat conurbation utama dijangka akan berkembang dengan lebih perlahan dan semakin lama akan kehilangan sebahagian daripada penduduknya. Kebanyakan PPU dan PPK, kecuali yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation utama, dijangka akan mengalami penurunan dalam populasinya. Bagi PBPT, ini dianggap sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan Pusat-pusat bandar yang terletak di luar empat conurbation utama dijangka akan berkembang dengan lebih perlahan dan semakin lama akan kehilangan sebahagian daripada penduduknya. Kebanyakan PPU dan PPK, kecuali yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation utama, dijangka akan mengalami penurunan dalam populasinya. Bagi PBPT, ini dianggap sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan
Terdapat beberapa PPU dan PPK yang menunjukkan potensi untuk menjadi nukleus conurbation pada masa hadapan. Ini termasuklah Mentakab-Temerloh, Lumut-Sitiawan- Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang. Terdapat juga beberapa PPU dan PPK yang mempunyai ciri-ciri khas seperti Rantau Panjang, bandar pintu masuk di sempadan, yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan aktiviti khusus. Pada masa yang sama, keupayaan ibu negeri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekelilingnya juga perlu disokong.
Cabaran-cabaran lain adalah seperti menangani masalah kelembapan ekonomi wilayah serta kemiskinan bandar dan luar bandar. Lebih banyak usaha perlu dilaksanakan untuk memangkin dan mentransformasikan persekitaran bandar dan luar bandar menjadi kawasan yang lebih menarik, makmur dan sesuai didiami dengan penambahbaikan ke atas tahap pendapatan dan gaya hidup. Faktor-faktor ini memberikan kesan terhadap keberkesanan perancangan dan pengurusan petempatan manusia yang mampan, di kawasan bandar dan juga luar bandar.
RFN Ke-2 menyokong strategi pembangunan Serakan Tertumpu di koridor pembangunan ekonomi utama bagi mencapai objektif pembangunan wilayah yang mengutamakan pertumbuhan, kesaksamaan dan kemampanan. Strategi ini menghasratkan satu sistem fungsi hierarki perbandaran dengan usaha untuk menjana semula pertumbuhan bandar-bandar bersaiz sederhana (petempatan utama) bagi mencapai jumlah penduduk dan penumpuan aktiviti ekonomi yang mencukupi untuk kecekapan ekonomi dan aglomerasi ekonomi.
Pembangunan masa hadapan pusat-pusat bandar dan conurbation akan dipandu dan dibentuk menjadi struktur bandar padat poli-nukleus, di mana kluster pusat-pusat bandar mempunyai hubung kait fungsi dan ekonomi antara satu sama lain, justeru menjanakan pertumbuhan saling bergantungan dan sinergi yang signifikan untuk manfaat bersama (Rajah 4.2). Dalam merangka rancangan pembangunan untuk conurbation, adalah penting untuk memberikan fokus kepada strategi pengurusan pertumbuhan seperti menentukan had atau sempadan bandar, pertumbuhan bandar dan peralihan ke arah pembangunan berorientasikan transit (TOD) dalam memastikan pembangunan bandar mampan. Program tindakan seperti pembangunan semula bandar dan infrastruktur wilayah strategik berimpak tinggi, perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah yang mengalami tekanan ekonomi dan kawasan fokus kemiskinan.
Rajah 4.2 : Strategi ‘Concentrated Dispersal’
Conurbation Pusat Petempatan Utama Pusat Petempatan Kecil
Tahap 1 : Conurbation Pertumbuhan Negara
Tahap 7 : Pusat Petempatan Kecil Tahap 2 : Conurbation Pertumbuhan Wilayah
Tahap 5 : Conurbation Pertumbuhan Daerah
Tahap 6 : Pusat Petempatan Utama Tahap 8 : Pusat Pertumbuhan Desa
Tahap 3 : Conurbation Pertumbuhan Separa Wilayah Tahap 4 : Conurbation Pertumbuhan Negeri
Pusat ‐pusat Bandar Sistem Bandar Poli‐Nukleus
Petempatan Desa
Adalah dijangkakan sebahagian besar daripada KDNK negara dihasilkan di dalam kawasan bandar. Asas utama untuk memacu pertumbuhan dan inovasi adalah di dalam Pusat Pertumbuhan Negara dan Wilayah, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selain fungsi wilayah, Pusat Pertumbuhan Wilayah dijangka akan memainkan peranan yang sesuai di peringkat antarabangsa dan negara untuk mengimbangi pertumbuhan di semua peringkat hierarki bandar serta mengekalkan kadar dan tahap perbandaran di Conurbation Kuala Lumpur pada tahap yang dinamik dan mudah diurustadbir. Sebagai contoh, Conurbation Kuantan akan berfungsi sebagai hab petrokimia utama negara untuk memenuhi permintaan pasaran Asia-Pasifik. Bentuk bandar conurbation ini akan mempunyai satu kawasan metropolitan utama yang dihubungkan dengan kluster pusat-pusat bandar dalam wilayah ini oleh sistem pengangkutan awam yang efisien dan kemudahan perhubungan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Contoh lain adalah Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai bandar utama dihubungkan secara rapat dengan satu lingkaran pusat-pusat bandar seperti Petaling Jaya, Putrajaya, Kajang, Rawang dan Klang yang mengelilinginya.
Konsep bandar-wilayah ini juga boleh diubahsuaikan ke semua peringkat hierarki dan corak petempatan. Konsep fungsi hierarki bandar adalah penting bukan sahaja untuk mengoptimumkan peruntukan dan penyediaan kualiti perkhidmatan infrastruktur bandar yang berdaya maju, tetapi juga merupakan instrumen penting untuk mencapai keseimbangan wilayah dan kesaksamaan pembangunan, terutamanya dalam memastikan tahap penerimaan perkhidmatan yang minimum disediakan di semua kawasan bandar.
Perkembangan bandar di negara kini mengarah kepada trend perbandaran pesat, maka kerajaan perlu memberikan komitmen yang lebih tinggi untuk bersedia menghadapi sebarang cabaran dengan strategi-strategi yang lebih kreatif dan inovasi bagi menangani cabaran tersebut. Ini perlu, antara lain, melibatkan pewujudan Kementerian Pembangunan Bandar Mampan, pembentukan Institut Penyelidikan Bandar dan pewujudan Dana dan Program Pembangunan Bandar untuk menyokong PBT di dalam pembiayaian komponen infrastruktur yang signifikan bagi pembangunan bandar, pembangunan semula brownfield dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar di kawasan khas.
4.4 Keseimbangan Wilayah
Keseimbangan wilayah diterjemahkan sebagai peluang setara untuk mencapai kesaksamaan tahap pendapatan, kualiti kehidupan dan pembangunan individu, dan tidak semestinya sama dalam bentuk pembangunan fizikal. Secara umumnya, tidak semua tempat mempunyai peluang yang sama meningkatkan potensi pertumbuhan dan pembangunan, seperti pewujudan dan pengoperasian industri berteknologi tinggi. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan jurang dan kadar pertumbuhan antara wilayah dalam negara.
Tanah dan sumber asli di wilayah kurang maju yang masih belum digunakan sepenuhnya, perlu dipergunakan untuk meningkatkan rantaian nilai dan produktiviti wilayah tersebut dan membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Industri dan aktiviti yang berasaskan sumber dan perhutanan, aktiviti hiliran asas pertanian, eko atau resort pelancongan, industri asas kraf dan lain-lain aktiviti khusus perlu digalakkan dan disokong. Dalam erti kata lain, aktiviti ekonomi yang berdaya maju yang dibangunkan berdasarkan kelebihan sumber sedia ada dan kelebihan berbanding sesuatu wilayah perlu dihalakan ke wilayah yang kurang maju.
Penyediaan kawasan perusahaan SME yang sesuai, insentif dan infrastruktur strategik dalam wilayah tersebut, terutamanya penyediaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) serta rangkaian ICT dan pengangkutan di kawasan potensi pelancongan, perlu dipertingkatkan untuk memudahcara pembangunan masing-masing. Ini akan mempercepatkan integrasi mereka ke dalam aktiviti K-ekonomi untuk menggalakkan keseimbangan wilayah. Secara khusus, usaha ini termasuklah penyambungan lebuh raya persekutuan ke negeri Kelantan.
Keseimbangan wilayah juga ditafsirkan sebagai satu permulaan bagi membolehkan pembangunan mampan dijalankan di semua kawasan yang berpotensi dalam negara pada masa hadapan. Justeru itu, kemasukan Conurbation Kuantan yang semakin membangun, sebagai satu wilayah-bandar, akan dipromosikan bersama dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru. Kuantan akan bertindak sebagai pintu masuk bagi sektor pertumbuhan ekonomi baru dan canggih.
Pemodenan pertanian dan peningkatan pendapatan sektor pertanian, walau bagaimanapun, masih merupakan faktor asas dalam pembasmian ketidakseimbangan wilayah. Penghijrahan keluar dari wilayah yang kurang maju juga perlu dijangka di dalam strategi pembangunan negara untuk memudahcarakan pengukuhan pertanian dan menambah baik produktiviti tenaga kerja. Terdapat juga keperluan untuk memperkukuhkan program pembangunan pendidikan, latihan teknikal dan sosial di negeri-negeri kurang maju bagi menggalakkan penduduknya supaya dapat berintegrasi lebih efektif ke dalam ekonomi bandar conurbation tersebut.
Hasrat untuk mencapai keseimbangan wilayah merupakan salah satu tonggak utama dalam pembangunan negara yang selaras dengan RMLT. Sistem 3-peringkat pentadbiran negara, telah menyumbang kepada keseimbangan wilayah dengan peruntukan pembangunan diagihkan secara saksama di antara negeri-negeri mengikut keperluan, sumber dan keutamaan masing-masing.
Pada masa kini, kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk melonjak dan meningkatkan prestasi ekonomi di dalam wilayah bagi menyokong pertumbuhan negara yang tinggi dan mampan. Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi wilayah, strategi khusus telah dirangka dan dilaksanakan untuk empat wilayah ekonomi di Semenanjung Malaysia, iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Utara dan Wilayah Timur. Pendekatan wilayah ini telah mengenal pasti koridor pembangunan ekonomi tempatan yang utama di sepanjang Koridor Pertumbuhan bagi melaksanakan inisiatif pemangkin berimpak tinggi. Contoh-contoh pembangunan ekonomi ialah agropolitan dan SEZ, berhubung dengan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) melibatkan Iskandar Malaysia. Untuk menyokong inisiatif ekonomi wilayah negara, RFN Ke-2 mencadangkan pengukuhan empat conurbation pertumbuhan utama sebagai pintu masuk antarabangsa dan negara serta hab wilayah bagi setiap wilayah ekonomi tersebut, iaitu: -
Wilayah Tengah - Conurbation Kuala Lumpur. Wilayah Utara - Conurbation George Town. Wilayah Timur - Conurbation Kuantan. Wilayah Selatan - Conurbation Johor Bahru.
Conurbation ini merupakan pemangkin dalam memacu pembangunan di wilayah ekonomi berkenaan. Conurbation di Pantai Barat adalah lebih jelas, bagaimanapun Conurbation Kuantan yang baru bermula di Pantai Timur memerlukan bantuan khas daripada Kerajaan dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal serta pembangunan sosial dan infrastruktur fizikal yang bersepadu. Salah satu instrumen ekonomi utama yang digunakan adalah penetapan SEZ yang akan menarik pelaburan awam dan swasta ke dalam wilayah tersebut.
4.5 Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar
Pembentukan perhubungan yang kuat antara bandar dan luar bandar adalah amat penting dalam memastikan pembangunan kawasan luar bandar yang mampan. Kawasan luar bandar lazimnya dikaitkan dengan aksessibiliti lemah ke pusat bandar, di mana penduduknya bergantung hampir sepenuhnya kepada pendapatan dan pemasaran hasil pertanian. Kekurangan inovasi teknologi dan sokongan juga menyebabkan produktiviti dan hasil pendapatan rendah. Di peringkat awal pembangunan, kemiskinan lazimnya dikaitkan dengan aktiviti pertanian pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar (Senario 1 di Rajah 4.3).
Untuk menambah baik daya tarikan ke kawasan luar bandar, adalah penting untuk memperkenalkan elemen-elemen utama seperti penyediaan peluang pekerjaan bukan pertanian, meningkatkan sumber pendapatan, mempertingkatkan kualiti hidup, penyediaan kemudahan sosial yang lebih baik dan menambah baik akses dan sistem perhubungan. Hubungan simbiotik antara petempatan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan melalui penambahbaikan perhubungan dan laluan pengangkutan supaya peluang pekerjaan di bandar-bandar utama boleh menyediakan pekerjaan tambahan kepada para petani dan penduduk desa dengan jarak perjalanan berhampiran dengan kediaman mereka. Keadaan ini juga akan membolehkan pekerja menetap di kawasan luar bandar dan bekerja di pusat bandar berdekatan. Ini akan meningkatkan pendapatan isirumah luar bandar dan membolehkan keluarga menetap di desa, di mana kos sara hidup adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar.
Pelaburan Kerajaan yang berterusan di kawasan luar bandar telah menghasilkan peningkatan dalam aksessibiliti dan kemahiran individu. Jalan luar bandar yang ditambah baik, membolehkan penduduk luar bandar untuk berulang-alik ke pusat pekerjaan bukan pertanian yang kebanyakannya terletak di pusat bandar utama yang berhampiran. Pendapatan bukan pertanian juga telah meningkat dengan pengenalan industri asas sumber dan industri asas pertanian, di samping peluang pekerjaan (separuh masa dan bermusim) dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan di bandar-bandar bersaiz kecil dan sederhana.
Perjalanan untuk bekerja di pusat bandar yang menawarkan pekerjaan dalam sektor bukan pertanian telah menghasilkan pendapatan isirumah yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, pekebun-pekebun kecil yang kekurangan pekerja ladang tempatan dan sokongan teknologi termasuk harga pasaran yang rendah untuk produk hasil pertanian, telah mengakibatkan kawasan ladang ditinggalkan dan kemerosotan dalam pendapatan hasil ladang secara umumnya (Senario 2 dalam Rajah 4.3).
RFN Ke-2 telah mencadangkan keperluan untuk beralih ke Senario 3 (Rajah 4.3) di mana berlakunya penggabungan aktiviti ekonomi yang merentas sektor (seperti pertanian dan industri bio teknologi) dan integrasi ekonomi yang rapat antara kawasan luar bandar dan pusat bandar. Program pembangunan luar bandar perlu mengenalpasti kepentingan peranan bandar-bandar kecil dan PPD sebagai komponen-komponen yang bersepadu bagi menjamin kejayaan pembangunan luar bandar. Pada masa yang sama, RFN Ke-2 telah mencadangkan keperluan untuk beralih ke Senario 3 (Rajah 4.3) di mana berlakunya penggabungan aktiviti ekonomi yang merentas sektor (seperti pertanian dan industri bio teknologi) dan integrasi ekonomi yang rapat antara kawasan luar bandar dan pusat bandar. Program pembangunan luar bandar perlu mengenalpasti kepentingan peranan bandar-bandar kecil dan PPD sebagai komponen-komponen yang bersepadu bagi menjamin kejayaan pembangunan luar bandar. Pada masa yang sama,
Rajah 4.3 : Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar
SENARIO 1
Tahap aksessibiliti yang
Pusat Awal di Antara Kampung
Hubungan PPK/ PPD/
rendah ke pusat bandar
Pekerjaan
Kawasan Luar Bandar
dan Bandar
• Hampir sepenuhnya bergantung kepada pendapatan pertanian • Produktiviti yang rendah
Conurbation Pertumbuhan • Kemahiran teknikal dan profesional yang rendah
(Negara, Wilayah/ Negeri/ Pertengahan)
• Pendapatan yang rendah
Pusat Pertumbuhan Utama
Peningkatan aksessibiliti
SENARIO 2 PPK/
PPD/ ke peluang pekerjaan
Pusat Kampung • Peningkatan aksessibiliti fizikal ke pusat Pekerjaan
Aksessibiliti dan
pekerjaan di bandar
Kemahiran Individu • Peningkatan pendapatan bukan pertanian
Dipertingkatkan • Peningkatan pendapatan isi rumah pekerjaan • Pendapatan pertanian statik atau berkurangan
• Berulang alik untuk bekerja di pusat
Pengukuhan peluang
• Kebun terbiar
pekerjaan di pusat utama • Pekerjaan pertanian berkurangan
• Peningkatan kemahiran teknikal dan profesional
Aksessibiliti
PPK/
SENARIO pengangkutan 3 PPD/ yang baik
Pusat Kampung Pekerjaan
Penyatuan Ladang dan Perkembangan
Pekerjaan Bukan‐ • Penyatuan ladang dan lain‐lain perubahan institusi
Pengukuhan peluang
Pertanian di Masa • Produktiviti ladang meningkat dan Pusat PPP diperkenalkan
pekerjaan yang berterusan
Hadapan • Pendapatan pertanian dan bukan pertanian meningkat
dalam sektor pembuatan
• Mewujudkan pekerjaan bukan pertanian, dalam sektor perkhidmatan, pelancongan,
dan perkhidmatan
perindustrian luar bandar, Pusat PPP, Satu Daerah Satu Industri, dan sebagainya • Mengambil kesempatan dari kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang wujud
• Mengintegrasikan strategi pembangunan pekan kecil/ Pusat Petempatan Desa • Akses (PPD) dengan membekalkan kemudahan sosial yang sewajarnya serta menaiktaraf infrastruktur jalur lebar dan Pusat ICT Desa
Strategi-strategi utama ke arah pembentukan masyarakat luar bandar yang makmur, berdaya maju dan mampan adalah :-
a. Menambah baik produktiviti pertanian dan nilai ditambah dalam rangkaian penawaran dan pemasaran melalui penggabungan ladang-ladang pekebun kecil serta memperkenalkan koperasi perladangan dengan pengurusan professional.
b. Membangunkan tenaga sumber manusia yang merupakan penggerak utama kepada peningkatan produktiviti dan inovasi.
c. Menggalakkan dan memudahcara penggunaan teknologi termasuklah akses kepada internet jalur lebar serta membangunkan Pusat ICT Desa.
d. Menyediakan aksessibiliti yang baik, terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam yang tetap dari PPK dan PPD ke pusat pekerjaan di pusat bandar besar untuk membantu perjalanan ulang-alik pekerjaan bukan pertanian.
e. Mewujudkan peluang bagi pelbagai sumber pendapatan bukan pertanian dengan membangunkan perusahaan enterpris luar bandar yang berdaya saing, mempunyai kepelbagaian dan berdaya maju, termasuk inisiatif eko dan agropelancongan, industri luar bandar, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (PPP) produk- produk pertanian dan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).
f. Merangkumkan petempatan luar bandar dan perkampungan ke dalam kawasan pentadbiran PBT untuk memastikan piawaian umum bagi bangunan, kebersihan dan infrastruktur dipatuhi. Kekurangan kawalan terhadap struktur bangunan dan kerja- kerja membaik-pulih di kampung-kampung seringkali menyebabkan kemerosotan kualiti persekitaran fizikal dan alam bina kampung-kampung berkenaan.
g. Menaiktaraf PPK dan PPD bagi mewujudkan perkhidmatan sosial dan perniagaan yang berkualiti serta menjana peluang pekerjaan sektor sekunder dan tertiari.
Pembangunan industri, terutamanya IKS merupakan pilihan pendekatan yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Aktiviti IKS perlu mengambil kesempatan daripada kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang menonjol di kawasan berkenaan. Pihak Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi membolehkan inisiatif dan syarikat enterpris swasta untuk berkembang dan berdaya maju. Penggerak yang paling sesuai bagi program ini adalah institusi berkaitan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Di kebanyakan petempatan luar bandar, termasuk FELDA, peneroka dan ahli keluarga turut terlibat dalam aktiviti hiliran pertanian seperti pembuatan kuih-muih tradisional, sos, kerepek, kraftangan dan jahitan. Contoh yang paling berjaya adalah program Satu Kampung Satu Industri atau SAWARI. Ia merupakan model yang diperkenalkan oleh FELDA, di mana satu wilayah mengeluarkan satu jenis produk. Menerusi program ini, ramai peneroka FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka, manakala produk-produk tertentu telah berjaya dieksport. Daerah-daerah yang telah berjaya melalui hasil aktiviti ini adalah seperti Tumpat bagi pengeluaran sambal daging, Kuala Kangsar dengan labu sayong dan Marang untuk keropok lekor. Aktiviti-aktiviti ini perlu diperkukuhkan, dibangunkan dan diperkembangkan lagi.
Selain daripada menyediakan pendapatan yang saksama, kawasan luar bandar juga perlu dipertingkatkan dan ditambah baik untuk meningkatkan kualiti hidup dan kualiti alam sekitar. Ini boleh dicapai dengan penyediaan kemudahan sosial yang mencukupi seperti pusat komuniti dan padang permainan serta penambahbaikan kemudahan infrastruktur, sistem kebersihan, tapak pelupusan sisa pepejal dan sistem perparitan. Kebanyakan kawasan luar bandar telah pun disediakan dengan kemudahan infrastruktur asas ini, namun banyak lagi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan kualiti serta memastikan supaya kesemua petempatan luar bandar mempunyai kemudahan asas ditahap yang minimum.
Salah satu kawasan luar bandar yang mundur adalah petempatan Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli ini boleh dianggap masih tergolong dalam kategori kemiskinan tegar. Walau pun pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menyediakan setiap isirumah dengan sebuah rumah dan tanah pertanian, namun masih ramai lagi yang tidak mempunyai kediaman dan tanah pertanian untuk menjanakan pendapatan yang sewajarnya.
Kerajaan telah merangka satu dasar mengenai pemberimilikan dan pembangunan tanah kepada Orang Asli untuk kegunaan pertanian dan kediaman, melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara No. 65 pada 4hb. Disember, 2009. Terma-terma yang diluluskan adalah:
i. Kawasan seluas 2 - 6 ekar untuk ladang dan satu plot rumah berukuran 5,000 kaki persegi hingga 1 /4 ekar, mengikut kemampuan PBN;
ii. Pemberimilikan tanah hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Asli (Akta 134);
iii. Tanah yang akan diberimilik adalah secara berkekalan; dan iv. Sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut dikenakan seperti berikut:
Tanah yang diberi milik tidak boleh disewa, dipajak, digadai atau dilepaskan kecuali dengan kebenaran PBN selepas berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli;
Tanah yang diberi milik tidak boleh dipindah milik selama 15 tahun oleh pemilik pertama; dan Pindah milik tanah hanya dibenarkan kepada Orang Asli sahaja.
Dasar ini pada amnya terikat bagi semua PBN di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, dasar ini telah menerima bantahan daripada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) yang menyarankan supaya Wilayah Adat Orang Asli diiktiraf, termasuk kawasan petempatan, perkuburan, tapak keramat, kawasan pertanian sara hidup, kawasan herba, kawasan memburu, kawasan dusun, kawasan rekreasi dan kawasan hutan dara.
RFN Ke-2 mencadangkan supaya masyarakat Orang Asli disediakan dengan rumah yang teratur dengan tanah untuk tujuan bercucuk tanam, termasuk geran tanah yang perlu dilindungi supaya tidak terjatuh ke tangan golongan bukan Orang Asli. Tanah pertanian perlu dibangunkan hanya untuk faedah Orang Asli dan mereka boleh membina petempatan di atas tanah tersebut. Perancangan spatial dan model ekonomi yang digunakan oleh skim FELDA dan FELCRA boleh diubahsuai dan digunapakai untuk membangunkan tanah pertanian bagi Orang Asli. Walaupun begitu, tanah tersebut perlu diuruskan secara komersial oleh sebuah agensi yang sesuai seperti FELCRA atau koperasi tanah yang sewajarnya. Untuk memastikan kesaksamaan pendapatan, nisbah tanah kepada setiap keluarga perlu sekurang-kurangnya 6 -10 hektar.
4.6 Penggunaan Tanah Secara Mampan
4.6.1 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan
Penawaran tanah untuk pembangunan merujuk kepada kesediaan tanah untuk perluasan kawasan bandar pada masa akan datang. Analisis penggunaan tanah di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kawasan tepubina hanya menyumbang sebahagian kecil atau kira-kira 3.3% daripada keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 dan kira-kira 5.8% pada tahun 2008. Fenomena pertumbuhan bandar di Semenanjung Malaysia, diperkukuhkan dengan sumbangan signifikan oleh aktiviti ekonomi asas bandar kepada KDNK, telah menghasilkan suatu gambaran menyeluruh mengenai rebakan bandar.
Satu penilaian telah dijalankan untuk menentukan bukan sahaja jumlah kasar tambahan tanah yang diperlukan di Semenanjung Malaysia untuk menampung pertumbuhan bandar dan keperluan aktiviti ekonomi sehingga tahun 2020, tetapi juga mengenal pasti arah tuju pertumbuhan bandar di peringkat negeri. Penilaian guna tanah ini telah mempertimbangkan kesemua hasil penemuan dan unjuran bagi setiap kajian sektoral terhadap aspek pertanian, persekitaran, utiliti dan pengangkutan.
Kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan telah mengambil kira keperluan untuk mengoptimumkan kegunaan tanah tanpa mengabaikan kepentingan pemuliharaan semua aset dan warisan negara yang bernilai, terutamanya tanah yang bernilai ekologi. Penilaian ini menggunakan teknik peta tapisan di mana empat kawasan halangan utama telah disaring bagi menentukan kesediaan tanah untuk pembangunan, iaitu:-
a. Kawasan tepubina sedia ada;
b. Kawasan berhalangan fizikal (kontur > 300m dan kecerunan > 25 o );
c. Kawasan Pertanian Utama Tahap 1 dan 2; dan
d. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1, 2 dan 3.
Jadual 4.5 : Jumlah Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Hadapan Mengikut Negeri (‘000 hek)
Negeri
Kawasan (hektar)
Pulau Pinang
W.P. Putrajaya
W.P. Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Sumber : RFN Ke-2, 2010
Dengan meletakkan sekatan ke atas kawasan berhalangan untuk pembangunan, baki tanah yang terhasil dikelaskan sebagai tanah yang tersedia untuk pembangunan bandar (Rajah 4.4). Jadual 4.5 menunjukkan jumlah kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan mengikut negeri. Secara keseluruhannya, seluas 820,960 hektar tanah di Semenanjung Malaysia adalah tersedia untuk pembangunan masa hadapan.
4.6.2 Tanah Pertanian
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) bermatlamat untuk meningkatkan prestasi sektor luar bandar melalui penggunaan sumber secara optimum dan mencadangkan untuk mengurangkan kos import makanan. Antara langkah-langkah yang diterapkan dalam RFN Ke-2 untuk memenuhi dan menyokong keperluan ini adalah menetapkan Kawasan Pertanian Utama (KPU).
Pengenalpastian KPU adalah penting untuk mengutamakan kawasan pertanian yang perlu dipelihara berasaskan kawasan pengeluaran pertanian utama sedia ada. Kriteria- kriteria yang telah digunakan dalam RFN telah diambilkira dan ditambah baik sebagai input ke dalam analisis. Berikut adalah kriteria dan tahap kepentingan yang digunakan untuk menentukan KPU:-
i. Kawasan Jelapang Padi (lapan kawasan jelapang padi sedia ada)
ii. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi
iii. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), termasuk kawasan penanaman makanan, penternakan haiwan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA)
iv. Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau organik v. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 1 dan Kelas 2 vi. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 3 vii. Kawasan pertanian di wilayah agroekologi tanpa musim kering viii. Kawasan pertanian dalam wilayah agroekologi yang mengalami musim kering
pendek.
Jadual 4.6 menunjukkan jumlah KPU mengikut negeri di Semenanjung Malaysia dan tahap kepentingan masing-masing. Jumlah keluasan KPU adalah lebih kurang 4.8 juta hektar. Negeri yang mempunyai kawasan KPU tertinggi adalah Pahang diikuti oleh Johor dan Perak.
Kesemua KPU perlu dipulihara sebagai sebahagian daripada keperluan untuk memastikan pengeluaran makanan yang mencukupi bagi kepentingan keselamatan negara. Dengan memperakui hakikat ini, sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai enjin pertumbuhan ketiga terpenting dalam pembangunan negara. Oleh kerana lokasi KPU adalah umum, maka kajian terperinci perlu dijalankan di peringkat negeri dan tempatan bagi menentukan sempadan yang lebih tepat bagi setiap KPU.
Rajah
4.4 : Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Depan Semenanjung Malaysia
Jadual 4.6 : Jumlah Keluasan Bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri (‘000 hektar)
Perlis 13.4 14.3 27.7 55.4 Kedah
362.3 Pulau Pinang
329.4 W.P. Putrajaya
0.6 0.6 W.P. Kuala Lumpur
0.3 0.3 Negeri Sembilan
Sumber: RFN Ke-2, 2010
4.6.3 Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merujuk kepada kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan kritikal dari segi pembekalan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidup seperti penulenan air, kawalan haiwan perosak dan kawalan hakisan tanah. KSAS juga merangkumi kawasan-kawasan yang menampung sumber kekayaan biodiversiti negara. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan KSAS ini tidak dibangunkan, serta dipulihara atau diurus secara mampan, bergantung kepada jenis, ciri-ciri dan tahap kesensitifan atau kepentingan. Berdasarkan kepada kriteria-kriteria ini, KSAS dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu KSAS Tahap 1, 2 atau 3. Setiap tahap KSAS diberi kriteria pengurusan seperti berikut:
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi KSAS Tahap 1 aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan
pendidikan. Tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan secara mampan dan
KSAS Tahap 2 pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat.
Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal
KSAS Tahap 3
bergantung kepada ciri-ciri halangan.
Satu analisis komposit telah digunakan untuk merumuskan kategori-kategori KSAS, berdasarkan kepada tiga kriteria umum KSAS iaitu kawasan berkepentingan biodiversiti, kawasan berkepentingan sokongan hidup (perlu dinyatakan bahawa kawasan berkepentingan biodiversiti lazimnya juga merupakan kawasan berkepentingan sokongan hidup) dan kawasan risiko bencana (Jadual 4.7).
Jadual 4.7 : Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Tahap
Kriteria
Perlindungan Biodiversiti
1 Kawasan Perlindungan (PA) sedia ada dan cadangan baru Habitat kecil yang penting di luar sistem kawasan perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut,
kawasan penting tumbuh-tumbuhan, bukit batu kapur dan tanah bencah semula jadi yang bernilai pemuliharaan tinggi.
2 Lain-lain hutan dan tanah bencah di luar kawasan perlindungan. 3 Pulau-pulau taman laut.
Sistem Sokongan Hidup
1 Kawasan tadahan empangan yang sedia ada dan cadangan baru 3 Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah.
Kawasan Risiko Bencana
1 Kawasan melebihi kontur 1,000m. 2 Kawasan antara kontur 300m - 1,000m 3 Kawasan antara kontur 150m - 300m Kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150 tan/ hektar/ tahun Kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal atau yang signifikan.
Sumber: RFN Ke-2, 2010
Di samping itu, zon penampan selebar 500m disediakan di sekeliling kawasan KSAS Tahap 1 dan 2. Proses analisis melibatkan pertindihan kesemua lapisan data untuk menghasilkan satu output yang mengandungi gabungan maklumat spatial dan atributnya. Dalam proses penentuan tahap KSAS, pangkalan data atribut telah diselaraskan dengan menetapkan syarat serta menghubungkan pangkalan data yang dipilih kepada ciri spatial tersebut. Syarat-syarat ini dibentuk dengan merumuskan pertanyaan seperti nilai tahap tertinggi (contohnya Tahap 1) daripada setiap lapisan data terpilih, yang kemudiannya akan digunakan apabila kedua-dua kawasan ditindihkan. Proses ini memerlukan input tahap penilaian ke dalam atribut bagi semua sub-analisis lapisan data.
Dengan menggunakan proses yang sama, hasil sub-analisis untuk lapisan data perlindungan biodiversiti, sistem sokongan hidup dan kawasan risiko bencana digabungkan untuk membentuk KSAS. Nilai tahap KSAS telah dikenalpasti mengikut kesensitifan bagi sub-analisis lapisan data.
Jadual 4.8 menunjukkan jumlah kawasan mengikut tahap KSAS bagi setiap negeri. Sebanyak 4.7 juta hektar KSAS Tahap 1, 3.6 juta hektar KSAS Tahap 2 dan 3.8 juta hektar KSAS Tahap 3 telah dikenalpasti. Negeri Pahang mempunyai jumlah kawasan KSAS tertinggi, diikuti dengan negeri Perak, Johor dan Kelantan.
Jadual 4.8 : Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri (‘000 hek)
Perlis 32.6 9.2 27.6 69.4 Kedah
846.6 Pulau Pinang
722.1 W.P. Putrajaya
3.9 3.9 W.P. Kuala Lumpur
0.4 3.3 7.2 10.9 Negeri Sembilan
Sumber: RFN Ke-2, 2010
4.6.4 Tanah Bandar
i. Keperluan Tanah Bandar Masa Depan
Tanah bandar yang diperlukan untuk memenuhi keperluan unjuran pembangunan, melibatkan pelbagai keputusan dasar dan piawaian perancangan, seperti nisbah penduduk bandar-luar bandar, tahap intensiti pembangunan, perkembangan pembangunan bercampur, bentuk dan corak bandar yang dihasratkan. Dalam menganggarkan keperluan tanah untuk kegunaan bandar, dua faktor utama diambilkira. Faktor pertama adalah permintaan bagi tanah yang dijanakan oleh pertambahan penduduk bandar seperti perumahan dan keperluan pekerjaan dan keduanya, penilaian kesediaan tanah bandar tanpa menjejaskan guna tanah utama dan lain-lain kegunaan penting seperti kawasan pengeluaran pertanian untuk jaminan bekalan makanan, pemuliharaan biodiversiti atau kawasan risiko geo bencana.
Keperluan tanah bandar untuk kegunaan baru mengikut setiap negeri ditentukan dengan menggunakan unjuran pertumbuhan penduduk bandar berbanding purata kepadatan kasar iaitu 25 orang per hektar. Ini menghasilkan jumlah anggaran tanah bandar yang diperlukan di Semenanjung Malaysia sebanyak 768,610 hektar sehingga tahun 2020. Kepadatan bandar pada tahun 2020 berdasarkan RSN adalah lebih rendah daripada purata kepadatan bandar yang dicadangkan oleh RFN iaitu 25 orang per hektar.
Ini memberikan implikasi bahawa berlakunya lebihan peruntukan dan ketidakberkesanan penggunaan tanah bandar masa depan, yang mengakibatkan pembaziran sumber dalam penyediaan infrastruktur yang tidak diperlukan serta tidak digunakan sepenuhnya. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan penyemakan terhadap keperluan tanah bandar terutamanya bagi negeri-negeri yang mempunyai kepadatan bandar yang rendah seperti Perlis, Kedah, Negeri
Sembilan, Pahang dan Terengganu. Terdapat juga keperluan untuk menjalankan satu kajian perbandingan tanda aras yang terperinci serta menerima pakai kepadatan bandar yang bersesuaian bagi memastikan penggunaan tanah yang optimum dalam persekitaran mampan.
Bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk bandar sehingga tahun 2020, RFN Ke-2 telah menganggarkan lebih kurang 960,300 hektar tanah diperlukan untuk kegunaan bandar atau 7.3% dari jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia (Jadual 4.9).
Jadual 4.9 : Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020
Anggaran Tanah Bandar/ Negeri
Tambahan Tanah Bandar
Tambahan Penduduk Bandar 2008-2020 (‘000)
yang Diperlukan
Kawasan Tepubina, 2020
(’000 hek)
(‘000 hek) %
Perlis 20.2 0.8 6.6 8.1 Kedah
13.3 65.5 6.9 Pulau Pinang
25.7 W.P. Putrajaya*
0.7 3.9 88.6 W.P. Kuala Lumpur*
0.1 22.5 93.0 Negeri Sembilan
Nota : Kepadatan bandar yang telah dianggarkan berdasarkan kepadatan bandar sedia ada dan juga sasaran kepadatan dalam RSN dan RFN, atau mana yang lebih tinggi. Kepadatan 25 orang per hektar digunakan untuk negeri-negeri yang mempunyai kepadatan kawasan tepubina sedia ada yang lebih rendah. Bagi negeri Selangor, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kepadatan sedia ada digunakan untuk menganggarkan keperluan tanah bandar.
(*) Keseluruhan W.P Putrajaya dan W.P Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dibangunkan sepenuhnya untuk kegunaan bandar pada tahun 2008 (92.6% dan 72.7%). Pembangunan semula bandar dengan kepadatan yang sama atau lebih tinggi diperlukan bagi menyokong sasaran penduduk bandar pada tahun 2020. Sumber : RFN Ke-2, 2010
ii. Penawaran Tanah untuk Pembangunan
Keperluan tanah untuk kegunaan bandar pada masa depan perlu disediakan tanpa mencerobohi kawasan kegunaan khas atau spesifik seperti KPU dan KSAS. Sebahagian besar daripada keperluan tanah boleh ditampung dengan pembangunan semula kawasan brownfield atau pembangunan infill dengan kepadatan tinggi dan pembangunan bercampur tanpa menjejaskan kawasan greenfield di kawasan pinggiran bandar.
Dengan menggunakan kriteria yang sama di peringkat negeri, analisis menunjukkan bahawa lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka perlu menggunakan tanah yang telah ditetapkan sebagai KPU atau KSAS.
Bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang demi kepentingan kawasan jelapang padi dan pelaburan tinggi dalam skim pengairan, penggunaan tanah KSAS tahap rendah mungkin diberi keutamaan berbanding penggunaan tanah KPU dalam mengatasi kekurangan tanah untuk pembangunan bandar masa depan. Namun begitu, Bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang demi kepentingan kawasan jelapang padi dan pelaburan tinggi dalam skim pengairan, penggunaan tanah KSAS tahap rendah mungkin diberi keutamaan berbanding penggunaan tanah KPU dalam mengatasi kekurangan tanah untuk pembangunan bandar masa depan. Namun begitu,
Analisis keperluan tanah masa depan dan tanah yang tiada halangan pembangunan bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, menunjukkan bahawa walaupun sebahagian daripada tanah KSAS tahap rendah akan diperuntukkan bagi kegunaan bandar, namun masih terdapat keperluan untuk menggunakan tanah KPU bagi tujuan kegunaan bandar. Berasaskan corak pembangunan guna tanah sedia ada di negeri-negeri ini, keutamaan perlu diberi kepada pengukuhan penggunaan tanah bandar berbanding penggunaan tanah KPU demi kepentingan penggunaan sumber negara secara efisien dan efektif.
Langkah-langkah perancangan spatial yang inovatif perlu diambil untuk mengurangkan kehilangan tanah KPU dan KSAS tahap 3 secara berterusan, termasuk mengguna pakai kepadatan kasar yang lebih tinggi, menggalakkan pembangunan bercampur di pusat bandar, pembangunan infill, pemulihan dan pembangunan semula tapak bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya, terutamanya kegunaan institusi seperti tanah kereta api dan penjara. Lain-lain langkah perancangan fizikal termasuk pewujudan dan perkongsian ruang, pengezonan guna tanah yang fleksibel dalam kawasan tepubina, penempatan semula kegunaan bukan berpusat dan menyelerakkan aktiviti yang menggunakan saiz tanah yang luas ke negeri-negeri yang mempunyai lebihan tanah untuk pembangunan. Rebakan bandar perlu dikekang manakala pembangunan baru terutamanya perbandaran di kawasan greenfield, hanya dibenarkan jika pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam kawasan pusat bandar atau pinggiran bandar sedia ada. Rancangan pembangunan untuk kawasan conurbation perlu menentukan secara terperinci kawasan-kawasan yang perlu diperkukuhkan, menentukan had pembangunan bandar serta penyediaan koridor hijau dan jaluran hijau sebagai salah satu keperluan untuk memulihara dan melindungi KPU dan KSAS.
iii. Perumahan
Penilaian keperluan perumahan semasa dan unjuran perumahan sehingga 2020 menunjukkan bahawa keperluan ini boleh ditampung di dalam pusat-pusat bandar yang telah ditentukan tanpa memerlukan tukar guna tanah hutan atau kawasan sensitif alam sekitar kepada perumahan. Namun begitu, kekurangan perumahan mampu milik di dalam conurbation dan bandar-bandar besar merupakan isu utama yang perlu diselesaikan segera. Spekulasi tanah juga perlu dikurangkan dengan menguatkuasakan peruntukan Seksyen 24, Akta 172 berkaitan luputnya kebenaran merancang.
Satu cabaran utama dalam perancangan spatial ialah untuk mengubah persepsi iaitu semua tanah berhampiran kawasan bandar perlu dibuka untuk pembangunan. Pembaziran sumber yang banyak boleh berlaku apabila kelulusan tukar syarat tanah dijalankan tanpa penilaian permintaan secara terperinci. Proses perluasan Satu cabaran utama dalam perancangan spatial ialah untuk mengubah persepsi iaitu semua tanah berhampiran kawasan bandar perlu dibuka untuk pembangunan. Pembaziran sumber yang banyak boleh berlaku apabila kelulusan tukar syarat tanah dijalankan tanpa penilaian permintaan secara terperinci. Proses perluasan
Penentuan laluan koridor pengangkutan awam perlu dibuat segera untuk memastikan operasi pengangkutan awam yang efisien pada masa depan. Ia perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa secara terurus melalui penyediaan tanah untuk pembangunan bandar baru terutamanya di kawasan conurbation. Penilaian perlu mengambilkira keupayaan dan kos menaiktaraf infrastruktur dan utiliti sedia ada seperti bekalan air, elektrik dan ruang jalan untuk pertumbuhan bandar masa depan.
iv. Industri
IMP3 mensasarkan untuk memacu perindustrian ke satu tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan integrasi pembangunan perindustrian dan ekonomi. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah yang bertujuan untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan dalam outcome.
Dalam sektor perindustrian, fokusnya adalah untuk membangunkan kluster industri atau ekonomi utama di semua lokasi yang mempunyai kelebihan daya saing. Kawasan kluster utama ditunjukkan dalam IP5. Kawasan-kawasan tersebut akan dibangunkan selaras dengan faktor pemboleh yang bersesuaian seperti infrastruktur, kemahiran dan dasar kerajaan yang kondusif untuk mempertingkatkan daya tarikan kluster-kluster tersebut.
Aktiviti perindustrian akan dipromosikan di sepanjang koridor pertumbuhan utama yang telah dikenalpasti dalam pelan di mana aktiviti perindustrian asas bandar akan ditempatkan. Selain itu aktiviti perindustrian ini juga akan dipromosikan di dalam zon atau nod industri terpilih di kawasan conurbation. Infrastruktur, utiliti dan sokongan logistik yang mencukupi perlu disediakan dalam jaluran kawasan perindustrian ini bagi memaksimumkan potensi guna tanah tersebut dan juga sebagai zon penampan untuk kawasan kediaman.
Industri pembuatan umum akan dipromosikan di bandar-bandar sederhana dan pusat bandar sekunder untuk mempelbagaikan asas ekonomi wilayah dan menyediakan peluang pekerjaan bukan asas pertanian. Industri asas sumber akan dibangunkan di kawasan sumber berkenaan bergantung kepada jenis industri. Industri desa pula akan ditempatkan di pusat petempatan kecil dan PPD untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar serta memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang tersedia di bandar-bandar kecil ini.
4.6.5 Pelancongan
Pelancongan akan dipromosikan sebagai enjin pertumbuhan kedua bagi negara, terutamanya dengan liberalisasi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saing global. Malaysia, sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan, kini dipakejkan mengikut pelbagai jenis kategori produk tarikan dan dipromosikan secara agresif oleh setiap negeri. Jadual 4.10 memaparkan sumber tarikan pelancongan dan kekuatan lokasi mengikut negeri masing-masing. Adalah amat penting kepada setiap negeri untuk memastikan sumber pelancongan tersebut diurus dan dipelihara dengan sebaiknya.
Jadual 4.10: Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri
Negeri
Slogan Promosi
Perlis: Indera Kayangan Kaya dengan keindahan alam semula jadi dan keunikan tarikan desanya yang (Little Northern Gem)
tradisional. Landskap yang pelbagai lagi menawan mengikut musim sawah padi, iaitu
Kedah: Jelapang Padi Malaysia kehijauan semasa pertumbuhan padi baru dan akan bertukar menjadi kekuning- (The Rice Bowl of Malaysia)
kuningan ketika musim menuai.
Pulau Pinang: Mutiara Timur Pulau Pinang menarik peminat makanan dan mereka yang menggemari pantai (Pearl of Orient)
dan pengalaman kebudayaan yang pelbagai
Perak: Negeri ‘Bijih Timah’ Banjaran gunung dan bukit-bukit batu kapur yang merentasi negeri, dan berdiri (Silver State)
megah di tanah pamah rata, mewujudkan pemandangan yang menawan. Melaka: Bandaraya Bersejarah
Melaka merupakan antara destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia dengan (Historical City)
peninggalan warisan sejarah, rangkaian muzium dan keenakan makanan. Bandaraya Kuala Lumpur: Ibu
Kuala Lumpur, di mana yang baru menerapi yang lama, sofistikasi pemodenan Negara Malaysia
bertemu tradisi yang berwarna-warni. Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru.
Putrajaya: Bandar Bestari Sebuah bandar moden yang berkembang pesat dan mengaplikasikan konsep (Intelligent City)
“Bandar Pintar Dalam Taman”.
Negeri Sembilan: Negeri Sembilan terkenal dengan kekayaan warisan budaya Minangkabau yang Negeri Adat Perpatih
masih jelas kelihatan dari segi keunikan seni bina bangunan dan cara kehidupan (Land of Quite Grace)
masyarakat Minang.
Pahang: Hampir dua pertiga daripada kawasan di negeri ini masih lagi diliputi hutan hujan Negeri Kepelbagaian Penjelajahan
tropika dara, mewujudkan enklaf kehijauan semula jadi serta habitat hidupan liar (Adventures Off The Beaten Track)
yang menakjubkan.
Kelantan : Kelantan merupakan pusat utama kebudayaan dan kesenian Melayu dan Serambi Kebudayaan Melayu
keagamaan.
(Cradle of Malay Culture) Landskap Johor dibentuk oleh kawasan pertaniannya yang meluas dan
Johor: Pintu Masuk Selatan Negara ditonjolkan dengan taman negara yang mengkagumkan serta perkampungan (Southern Gateway)
nelayan yang unik.
Terengganu: Terengganu mempunyai identiti kebudayaan yang kukuh serta dianugerahkan Syurga Pantai Peranginan
dengan pulau-pulau terindah dalam negara.
(Beach Paradise) Selangor merupakan kawasan perbandaran yang ideal dengan pembangunan
Selangor: Gerbang Emas infrastruktur yang tinggi, serta masih memelihara sebahagian daripada rezab (Golden Gates)
alam semula jadi yang terbaik.
Sumber: Kementerian Pelancongan, 2009
Jadual 4.11 : Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi
Kategori Destinasi Pelancongan
Lokasi
Kuala Lumpur
Bandar Membeli Belah
Johor Bahru Pulau Pinang Bukit Kayu Hitam
Bandar Sempadan
Padang Besar Rantau Panjang Kuah, Langkawi Geo Park Port Dickson
Bandar Pelancongan Persisiran George Town – Tanjung Bungah – Bayan Baru Pantai
Lumut Kuala Terengganu Kuantan Jerantut Gua Musang
Bandar Pintu Masuk
Gerik
Ekopelancongan
Kuala Berang Kuala Lipis Segamat – Bekok Mersing - Kuala Rompin Kuala Besut - Merang
Bandar Pintu Masuk ke Pulau
Kuala Terengganu -Marang
Peranginan
Kuala Perlis – Kuala Kedah Pelabuhan Klang Lumut
Cherating - Kijal Alor Gajah Yan – Seberang Perai Utara
Zon Pelancongan Persisiran Pantai Luar Bandar
Muar - Pontian Mersing – Desaru Sabak Bernam – Kuala Selangor Daerah-daerah sebelah pantai di Negeri Terengganu Taman Laut Johor
Taman Laut Kedah Taman Laut Terengganu
Zon Pelancongan Ekopersisiran
Taman Negara Pulau Pinang
Pantai
Taman Negeri Pulau Sembilan
(Pulau Peranginan dan Tanah Bencah)
Kepulauan Klang Pulau Kukup
Tanjung Tuan Tanah Bencah Setiu Kuala Gula – Matang – Segari – Melintang Taman Alam Kuala Selangor George Town dan Melaka
Bandar Warisan Dunia/ Tapak-tapak Warisan Negara/ Bandar Warisan/
Beruas, Lenggong, Sg. Lembing, Lembah Bujang Bandar DiRaja
Taiping, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Klang, Kuala Lipis Kuala Kangsar, Pekan, Seri Menanti, Alor Setar Cameron Highlands
Peranginan Tanah-tanah Tinggi/
Genting Highlands dan Bukit Tinggi
Stesen Bukit
Bukit Fraser Bukit Bendera
Sumber : Kajian RFN Ke-2, 2010
Antara tahun 2005-2007, ketibaan pelancong ke Malaysia telah bertambah di antara 3.5% hingga 14.0% dan meningkat sebanyak 10% setahun, melebihi sasaran pertumbuhan sebanyak 6.9% untuk tempoh tahun 2001-2005. Ini menunjukkan kesan pengukuhan sektor ini dan kemunculan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan pelancong. RMKe-9 mensasarkan peningkatan ketibaan pelancong pada kadar 8.4% setahun dan mencapai 24.6 juta ketibaan pelancong pada tahun 2010.
Empat zon pembangunan pelancongan yang dikenal pasti dalam Dasar Pelancongan Negara akan diberi penekanan dalam RFN Ke-2. Pendekatan bersepadu dalam perancangan serta pelaksanaan program-program pelancongan secara mampan juga telah diutarakan dalam RMKe-9. Di peringkat negeri, produk pelancongan dan potensi zon atau koridor pelancongan utama dikenal pasti dalam RSN masing-masing. Strategi pembangunan pelancongan yang seimbang disasarkan kepada pasaran antarabangsa dan tempatan juga perlu diterima pakai. Strategi ini memerlukan Kerajaan Persekutuan, semua kerajaan negeri dan pihak swasta, untuk membangunkan sektor pelancongan secara mampan dan mempromosikan secara aktif produk tarikan pelancongan selaras dengan kehendak pelawat, menyediakan kemudahan sokongan dan infrastruktur berkualiti tinggi bagi pelancong asing dan domestik di samping memastikan sumber- sumber ini dipulihara dan diselenggara dengan sebaiknya.
Sumber semula jadi yang semakin berkurangan seperti hutan, bukit dan tanah bencah, tapak warisan dan gaya hidup budaya, perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan. Usaha-usaha yang serius perlu diambil oleh kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pelancongan untuk mengurangkan tekanan pembangunan yang terhadap sumber- sumber asli di negara ini. Satu opsyen yang baik adalah untuk mempelbagaikan produk daripada sumber asli kepada sumber buatan manusia. Pembangunan pelancongan bandar dan buatan manusia yang berdensiti tinggi perlu mengguna pakai strategi tumpuan berpusat di kawasan khas pelancongan bandar, manakala kawasan pelancongan luar bandar perlu dipelihara dan dilindungi daripada konflik guna tanah. Bandar, pekan dan zon pelancongan perlu mempunyai sempadan yang ditetapkan dengan jelas.
Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan dalam bandar dan zon pelancongan yang telah dikenal pasti. Pembangunan masa hadapan bagi bandar dan zon pelancongan tersebut, perlu dipantau untuk memastikan perlindungan secara mampan ke atas kawasan pelancongan sedia ada dan yang berpotensi sebagai aset negara. Garis panduan pelancongan khusus perlu disediakan bagi kawasan yang ditetapkan, dengan mengambilkira had keupayaan masing-masing. Kawalan pembangunan iaitu pengezonan guna tanah, kawalan kelas guna tanah, garis panduan rekabentuk dan pelan pengurusan pemeliharaan warisan dan budaya perlu dirancang dan diterima pakai untuk kesemua zon pelancongan. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan yang berikut selaras dengan pendekatan pelancongan mampan dan kehendak pelancong yang terkini (Jadual 4.11):
i. Pusat beli-belah antarabangsa bagi wilayah ASEAN dan pelancong antarabangsa lain di dalam conurbation utama (Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang) dan bandar-bandar pintu masuk antarabangsa;
ii. Pelancongan bandar termasuk aktiviti membeli belah, pelancongan kesihatan, perubatan, pendidikan, festival, sukan, pelancongan MICE serta lain-lain produk yang terletak dalam kawasan perbandaran dengan kesediaan kemudahan sokongan seperti infrastruktur, kemudahan dan sumber tenaga manusia. Ini termasuk juga bandar berciri khas seperti Putrajaya dan Cyberjaya sebagai “Bandar Bestari”; ii. Pelancongan bandar termasuk aktiviti membeli belah, pelancongan kesihatan, perubatan, pendidikan, festival, sukan, pelancongan MICE serta lain-lain produk yang terletak dalam kawasan perbandaran dengan kesediaan kemudahan sokongan seperti infrastruktur, kemudahan dan sumber tenaga manusia. Ini termasuk juga bandar berciri khas seperti Putrajaya dan Cyberjaya sebagai “Bandar Bestari”;
iv. Pelancongan kebudayaan desa dengan penekanan terhadap pembangunan dan
pemeliharaan aset pelancongan nyata dan tidak nyata yang terdapat di kampung- kampung tradisional, pantai dan kepulauan seperti Alor Gajah, Kuala Pilah dan Kuala Lipis;
v. Pembangunan dan pemeliharaan bagi zon, laluan dan nilai aset negara yang nyata
dan tidak nyata seperti Bandar-bandar Warisan Dunia, tapak warisan di Perak, Bandar-bandar DiRaja dan warisan, gaya hidup tradisional dan warisan kepelbagaian budaya Malaysia; dan
vi. Pembangunan dan pemeliharaan aset-aset semula jadi seperti Taman Negara, Taman Negeri, taman laut, stesen bukit dan tanah tinggi, tanah bencah dan tapak RAMSAR, pantai, santuari burung, tapak pendaratan penyu, habitat kelip-kelip dan lain-lain tapak ekopelancongan.
4.6.6 Rangkaian Pengangkutan
Pembangunan rangkaian pengangkutan komprehensif adalah penting sebagai satu kaedah untuk mengintegrasi dan memaksimumkan faedah berbanding bagi setiap ekonomi negeri demi kepentingan negara secara keseluruhannya.
PI 22 menunjukkan konsep Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu bagi Semenanjung Malaysia untuk menyokong Strategi Pembangunan RFN Ke-2.
Strategi rangkaian pengangkutan terdiri daripada aspek-aspek berikut:
i. Reka Bentuk Jaringan;
ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan; dan
iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar.
i. Reka Bentuk Jaringan
Jalan dan rangkaian kereta api perlu dihubungkan untuk memudahkan pelbagai mod dan pencapaian sistem pengangkutan Negara bersepadu.
a. Sistem Rel Berkelajuan Tinggi
Berdasarkan kriteria kecekapan, suatu sistem rel berkelajuan tinggi 300 km per jam (ksj) dicadangkan meliputi satu laluan Pantai Barat, Pantai Timur dan satu laluan menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur.
Sistem rel berkelajuan tinggi dicadangkan sebagai mod pengangkutan muatan tinggi bagi kedua-dua penumpang dan barangan ke semua conurbation dan ibu negeri sedia ada. Ia juga perlu menghubungkan semua pintu masuk utama dan pelabuhan (pelabuhan laut, darat dan lapangan terbang) dalam negara.
Oleh kerana cadangan rel berkelajuan tinggi di sepanjang Pantai Barat, Pantai Timur dan juga menghubungkan timur-barat adalah program jangka panjang, jajaran koridor perlu dikenalpasti dan dirangkumkan dalam perancangan peringkat tempatan dan dilindungi sebagai sebahagian daripada program pelaksanaan bagi cadangan-cadangan tersebut.
b. Rangkaian Jalan Raya
Sistem lebuh raya akan diperluaskan untuk memastikan hubungan yang berkesan di antara negeri-negeri. Sekurang-kurangnya tiga penghubung rentas akan disediakan untuk menghubungkan sistem lebuh raya Pantai Barat dan Pantai Timur.
Rangkaian hierarki jalan yang lebih rendah seperti Jalan Persekutuan dan Negeri perlu dinaiktaraf untuk menyokong dan melengkapi sistem lebuh raya ekspres negara. Rangkaian jalan sedia ada juga perlu diperkukuhkan untuk membentuk jaringan pola bertangga (PI 24).
ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan
a. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah pintu masuk terpenting Negara.
Dengan jumlah penumpang sebanyak 27.5 juta setahun (mppa), KLIA kini beroperasi sebanyak 60.0% daripada kapasiti sedia ada iaitu 40 mppa. KLIA mempunyai kapasiti tertinggi untuk menampung sebanyak 50 mppa. Dengan adanya kapasiti sandaran sebanyak 40.0%, KLIA perlu mencipta critical mass yang tinggi untuk membolehkannya menjanakan pendapatan sendiri.
Dalam konteks dunia, KLIA mempunyai lokasi strategik iaitu terletak di pertengahan laluan penerbangan dari Eropah, Timur Tengah dan Benua Kecil India (di utara) ke negara-negara Australasia dan Oceania (di selatan), juga strategik untuk perjalanan dari negara-negara Asia Timur (China, Jepun, Korea dan Taiwan) ke Benua Afrika Selatan. Kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan laluan ini akan mempertingkatkan lagi peranan dan tarikannya sebagai satu hab antarabangsa.
KLIA mesti dijadikan hab pengangkutan negara bersepadu di mana penumpang ke destinasi antarabangsa, sama ada yang dijanakan di peringkat tempatan ataupun kawasan pedalaman dapat digerakkan secara efisien melalui pelbagai mod. (IP 25).
b. KL Sentral
KL Sentral perlu menjadi hab pengangkutan negara yang menghubungkan nod-nod pengangkutan utama di negara ini dengan perkhidmatan pelbagai mod. Sebagai stesen pusat, KL Sentral akan menjadi titik pertemuan sistem rel negara dengan Ekspres Perhubungan Rel (ERL), Komuter KTM, Ekspres KTM, Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel.
Untuk menjadi satu pusat pertukaran pengangkutan bandar yang berkesan, KL Sentral perlu dilengkapi dengan perkhidmatan bas sokongan yang efisien dan disepadukan dengan rekabentuk jaringan pejalan kaki dan laluan basikal.
c. Lapangan Terbang
Lima lapangan terbang antarabangsa dicadangkan untuk menyokong strategi pembangunan RFN Ke-2 secara keseluruhan:
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Pulau Pinang), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (Johor Bahru), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Pembangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail di Johor Bahru telah dirancang secara bersepadu dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai salah satu hab mega trans-perkapalan kargo bagi wilayah selatan (PI 25).
d. Pelabuhan
Pelabuhan laut sedia ada dan fungsinya adalah seperti di bawah:
Pelabuhan Negara: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang
Pelabuhan Wilayah: Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kerteh
Pelabuhan Persisiran
dan Feeder Ports:
Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Langkawi, Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Kuala Kedah, Pelabuhan Tanjung Keling, Pelabuhan Tanjung Langsat, Pelabuhan Tok Bali
Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan adalah pelabuhan utama negara dan mempunyai fokus yang berbeza (PI 25).
Pelabuhan Klang dengan lokasinya di pertengahan dan berhampiran dengan kawasan pedalaman tempatan, perlu dijadikan sebagai pelabuhan darat negara dilengkapi dengan perkhidmatan intermodalism dan hubungan darat yang efisien ke Negara-negara ASEAN lain, seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos. Di sebaliknya, PTP perlu menumpukan pembangunannya untuk menjadi hab trans-perkapalan wilayah untuk Asia Tenggara disokong oleh perkhidmatan maritim yang ekstensif ke semua Negara ASEAN.
Perkhidmatan maritim di dua pelabuhan negara ini akan terus disokong dan diperkukuhkan oleh Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan. Syarikat perkapalan utama yang sering memunggah dan memuatkan barangan terus di Wilayah Utara Semenanjung perlu dikendalikan oleh Pelabuhan Pulau Pinang. Manakala Pelabuhan Kuantan boleh menampung perkhidmatan kepada syarikat yang ingin berlayar terus ke Wilayah Timur Semenanjung dan syarikat-syarikat perkapalan dari negara Pacific Rim yang tidak melalui Selat Melaka.
Pembangunan sistem antara mod dan sokongan serta hab pelabuhan yang efisien dan pelbagai bagi pengangkutan barangan perlu dipromosi dengan giatnya. Penubuhan Suruhanjaya Negara bagi Pengangkutan Intermodal (NATCIT) atau setarafnya untuk menggerakkan pembangunan intermodal dalam negara yang berdaya saing global adalah amat diperlukan. Ini akan meningkatkan kelebihan daya saing kedua-dua pelabuhan negara sebagai pelabuhan utama di wilayah Asia Tenggara. Walaupun Pelabuhan Klang dan PTP mempunyai jumlah pertumbuhan kapasiti yang terbaik, terdapat juga keperluan bagi sokongan kerajaan untuk merangka strategi dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang berkaitan untuk pelabuhan laut dalam di Pulau Pinang dan Kuantan. Kedudukan keempat-empat pelabuhan negara ini juga akan menjadi pemangkin untuk pembangunan kawasan conurbation dan wilayah pedalaman masing-masing .
iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar
Strategi pengangkutan bandar akan memberi penekanan kepada pembangunan satu sistem pengangkutan yang efisien dan andal di semua pusat bandar utama di Semenanjung Malaysia. Penekanan akan diberikan kepada keperluan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan pengangkutan persendirian.
Adalah dicadangkan bagi pusat bandar utama di Malaysia, sasaran nisbah modal split 30:70 menjelang tahun 2020 antara pengangkutan persendirian dan awam serta nisbah modal split jangka panjang 50:50 diguna pakai sebagai satu matlamat pembangunan bandar. Pada masa kini, nisbah modal split bagi Kuala Lumpur adalah 80:20, yang mana menunjukkan bahawa pengangkutan persendirian masih menjadi pilihan manakala NKRA mensasarkan pencapaian nisbah modal split 25:75 untuk Lembah Klang menjelang tahun 2012.
Penggunaan sistem dan rangkaian bersepadu sepenuhnya memerlukan penubuhan satu pihak berkuasa yang menyediakan pengangkutan pelbagai mod dan fungsi untuk menyelia pengangkutan awam yang merangkumi sistem rel, laluan bas dan mod transit yang lain. Kajian terperinci di peringkat conurbation adalah diperlukan dengan memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur untuk mencapai modal split dan menyelaras rangkaian laluan tetap di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Untuk pusat bandar yang lebih kecil dengan jumlah penduduk tidak melebihi 500,000 orang pengangkutan bas perlu diberi penekanan.
Pengangkutan Sistem Pengangkutan Pintar (SPP), akan melengkapkan pembangunan kemudahan pengangkutan bandar awam yang moden. Sistem ini bergantung kepada komunikasi elektronik canggih dan IT untuk memantau dan mendapatkan maklumat masa sebenar mengenai aliran trafik dan isipadu untuk pengurusan ruang jalan yang terhad secara lebih baik. Tahap infrastruktur SPP sedia ada juga akan diperluaskan ke tiga conurbation utama lain.
4.6.7 Utiliti dan Perkhidmatan
Aspek-aspek fizikal yang utama dalam penyediaan infrastruktur dan utiliti yang bersesuaian merangkumi strategi-strategi yang berikut:
i. Bekalan dan sumber – bekalan perlu mencukupi dan selamat untuk memenuhi permintaan;
ii. Liputan dan aksessibiliti – infrastruktur perlu boleh diakses bagi memenuhi permintaan;
iii. Keandalan dan kualiti – infrastruktur perlu andal dan berkualiti untuk memenuhi permintaan; dan iv. Kemampanan – infrastruktur perlu dibangunkan secara mampan untuk menjaga
persekitaran dan berupaya untuk memenuhi permintaan masa depan.
Selain itu, infrastruktur perlu disediakan secara saksama, termasuk akses kepada tahap infrastruktur yang sesuai perlu diwujudkan di semua peringkat penduduk.
i. Bekalan Air
Selain daripada memulihara sumber air, strategi pembangunan untuk sektor bekalan air merangkumi peningkatan sistem pembekalan dan pengagihan untuk memenuhi unjuran permintaan. Kapasiti pengeluaran untuk seluruh negara dijangka akan meningkat dari 11,917 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2000 kepada 18,482 (JLH) pada tahun 2010. Empangan, takat pengambilan air, loji rawatan air dan sistem pengagihan yang baru perlu dibina untuk memenuhi keperluan masa hadapan.
Untuk memastikan sistem pengagihan bekalan air yang efisien, beberapa langkah seperti mengurangkan kehilangan air tidak berhasil (NRW), penguatkuasaan terhadap kecurian air, penggantian paip dan meter air, pengunaan GIS untuk sistem agihan, kerja-kerja membaik pulih dan menambah baik sistem agihan serta loji rawatan air dengan pemantauan secara berterusan.
Untuk menangani masalah kekurangan air dan agihan bekalan yang tidak seimbang, pemindahan air di antara lembangan sungai dan antara negeri akan dilaksanakan. Langkah-langkah awal untuk menangani kekurangan air termasuk penuaian air hujan, penggunaan air hujan di kolam takungan untuk penggunaan bukan minuman dan pembangunan sumber air bawah tanah. Kaedah-kaedah bukan struktur seperti pemuliharaan air dan penggunaan peralatan-peralatan yang menjimatkan air akan digalakkan.
Aksessibiliti kepada bekalan air minuman di kawasan-kawasan terpencil dan kawasan luar bandar juga perlu diberi keutamaan. Liputan bekalan air kepada penduduk luar bandar akan meningkat kepada 100% di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Liputan bagi penduduk luar bandar di Selangor, Terengganu dan Kelantan masing-masing dijangka mencapai 99.5%, 98% dan 70% menjelang tahun 2010. Peratusan ini dijangka akan bertambah pada masa depan apabila projek-projek tambahan bekalan air luar bandar dilaksanakan.
Teras utama perkhidmatan ini adalah untuk membekalkan air bagi menampung keperluan penduduk bandar, pertanian dan industri. Kajian Sumber Air Negara Sehingga 2050 (NWRS) telah menganggarkan keperluan domestik, industri dan
pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat daripada 10,833 juta m 3 per tahun air pada 2000 kepada 13,900 juta m 3 per tahun pada 2020, iaitu penambahan
sebanyak 22.0% (Jadual 4.12).
Jadual 4.12 : Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, 2020
Tahun
Permintaan Sektor
3,862 Domestik JLH 8,184 10,582
Juta m 3 /tahun 2,987
3,561 Industri JLH 7,101 9,756
Juta m 3 / tahun
7,423 Jumlah Kecil
Juta m 3 / tahun
6,517 Pengairan JLH 17,857 17,857
Juta m 3 / tahun
13,940 Jumlah
Juta m 3 / tahun
Sumber: RFN Ke-2, 2010
Kesediaan bekalan air per kapita bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2050 diunjurkan akan berkurangan sebanyak 3,000 m 3 /setahun. Negeri Sembilan
diunjurkan akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada tahun 2010 manakala Pulau Pinang dan Melaka akan menghadapi kekurangan bekalan air pada tahun 2020. Selangor dan Perlis juga akan berada di kategori yang sama pada tahun 2050. Negeri Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula adalah negeri- negeri yang kaya dengan sumber air.
Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi keutamaan terhadap perlindungan sumber-sumber air dan memenuhi keperluan masa depan untuk kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan lebihan dan kekurangan sumber air telah dikenalpasti dan telah dipadankan dengan kawasan tadahan bekalan air, empangan, aquifer dan imbuh semula air (Rujuk PI 26).
Selain daripada program-program pemindahan bekalan air, lain-lain cadangan spesifik untuk pengurusan air meliputi penentuan 38 lokasi empangan dan perlindungan serta membaikpulih sungai-sungai dan badan-badan air sedia ada melalui penggunaan zon penampan dan juga pemuliharaan kawasan tanah bencah, gambut dan tasik-tasik (termasuk kolam bekas lombong).
ii. Pembetungan
Selaras dengan keperluan untuk mewujudkan bandar bertaraf dunia, komitmen utama bagi rawatan pembetungan adalah diperlukan. Sebanyak 13 projek pembetungan termasuk sepuluh loji rawatan kumbahan dan tiga loji rawatan enapcemar berpusat dijangka akan meningkatkan perkhidmatan pembetungan kepada 14.4 juta orang.
Tahap perkhidmatan kemudahan pembetungan perlu dipertingkatkan dengan memberi keutamaan kepada kawasan penduduk berkepadatan tinggi di dalam Conurbation Utama Kuala Lumpur, Geoge Town, Johor Bahru dan Kuantan. Di dalam conurbation utama dan kawasan petempatan utama, loji rawatan kumbahan dan sistem pembetungan mengikut wilayah diperlukan untuk meningkatkan Tahap perkhidmatan kemudahan pembetungan perlu dipertingkatkan dengan memberi keutamaan kepada kawasan penduduk berkepadatan tinggi di dalam Conurbation Utama Kuala Lumpur, Geoge Town, Johor Bahru dan Kuantan. Di dalam conurbation utama dan kawasan petempatan utama, loji rawatan kumbahan dan sistem pembetungan mengikut wilayah diperlukan untuk meningkatkan
iii. Perparitan
Di bawah strategi pembangunan RFN Ke-2, program perparitan dan tebatan banjir sehingga tahun 2020 adalah untuk mengatasi masalah banjir di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan.
Pendekatan tradisional tebatan banjir akan diintegrasikan dengan langkah-langkah kawalan punca banjir berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pelan risiko banjir bagi Semenanjung Malaysia perlu disediakan bagi memastikan peruntukan dan pertimbangan mencukupi diberi kepada aspek ini dalam perancangan fizikal dan guna tanah masa hadapan. Dalam konteks ini, pendekatan kontemporari tebatan banjir berdasarkan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan pembangunan di kawasan-kawasan mudah banjir perlu digunapakai. Pada prinsipnya, ini adalah untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah bandaran ke dalam kawasan tanah bencah dan dataran banjir yang berperanan sebagai kawasan takungan banjir semula jadi. Dasar mesra alam ini menggalakkan pemuliharaan tanah bencah serta flora dan fauna juga menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan aktif peringkat wilayah untuk penduduk bandar.
iv. Pengurusan Sisa Pepejal
Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (PSPSPK) menyediakan pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan sisa pepejal. Antara aspek fizikal dalam pelan tersebut adalah pembinaan kemudahan- kemudahan sisa pepejal untuk membolehkan pungutan, rawatan dan pelupusan sisa pepejal secara teratur.
Antara kemudahan yang telah dibina termasuk stesen pemindahan di Kuala Lumpur dan tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar, Selangor dan Selong, Johor. Adalah dijangkakan kemudahan-kemudahan tambahan seperti pusat pelupusan sanitari wilayah dan kemudahan lain seperti loji rawatan termal sisa pepejal, stesen pemindahan dan tapak pelupusan sanitari juga akan dibina. Kerja-kerja menambah baik tapak-tapak pelupusan sampah tidak sanitari juga akan dijalankan. Tapak-tapak pembuangan sampah lama yang tidak digunakan pula akan ditutup secara selamat.
Selain dari membina kemudahan-kemudahan fizikal, kempen-kempen kesedaran awam akan juga dijalankan. Usaha-usaha akan dijalankan untuk mencapai sisa minima, guna semula sisa pepejal, pemulihan sisa pepejal dan mencapai sasaran kitar semula sisa pepejal sebanyak 22% pada tahun 2010.
v. Bekalan Elektrik
Permintaan maksimum bekalan elektrik dijangka meningkat 3 kali ganda seiring dengan peningkatan dalam penggunaan domestik, perdagangan dan industri.
Bagi memenuhi pertumbuhan permintaan elektrik, lebih banyak loji janakuasa baru yang efisien akan dibina dan dicadangkan di pinggiran Conurbation Utama Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selaras dengan aspirasi Negara untuk menggunakan tenaga hijau, lebih banyak loji janakuasa hidro akan dibina untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dua loji janakuasa hidroelektrik yang baru di Ulu Jelai dan Hulu Terengganu akan dibangunkan. Seterusnya, penyelesaian sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin, ombak dan biomass juga akan digalakkan. Sistem Cekap Tenaga dan Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga akan dilaksanakan untuk memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan produktif.
Pertambahan permintaan yang terus meningkat memerlukan pengukuhan dalam sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik untuk menambah baik kecukupan dan keandalan dalam bekalan elektrik. Talian Penghantaran 500kV dan 275kV akan membentuk tulang belakang bagi memindahkan bekalan tenaga yang besar daripada loji janakuasa ke pusat-pusat beban di Semenanjung Malaysia, di mana bekalan tenaga akan diagihkan ke pengguna melalui rangkaian agihan yang menyeluruh. Antara projek penghantaran yang telah siap adalah talian 500kV dari Gurun-Air Tawar di utara, Air Tawar ke Kapar di wilayah tengah, Pasir Gudang-Yong Peng di selatan dan sambungan dari tiga janakuasa besar iaitu Janakuasa Manjung, Janakuasa Tanjung Bin dan Janakuasa Jimah. Talian 500kV akan ditambah apabila janakuasa-janakuasa dipertingkatkan untuk memenuhi pertambahan permintaan bekalan elektrik.
Hubungan tenaga merentas sempadan dengan negara-negara jiran ASEAN telahpun diadakan sejak 1981 dan pada hari ini sistem tenaga Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand dihubungkan untuk membolehkan penukaran tenaga.
Sistem Penghantaran Arus Terus Bervoltan Tinggi (HVDC) antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta antara Semenanjung Malaysia dengan Sumatera akan membuka laluan bagi penubuhan Grid Tenaga ASEAN.
vi. Gas Asli
Laluan Paip Penggunaan Gas Semenanjung Malaysia (PGU) dan Sistem Penghantaran Gas Asli (NGDS) telah membolehkan banyak kawasan di Semenanjung Malaysia mendapat khidmat bekalan gas asli berpaip. Pengguna utama bekalan gas asli adalah sektor tenaga, diikuti oleh sektor bukan tenaga. Sebahagian kecil daripada bekalan ini dieksport ke Singapura.
Sistem NGDS akan diperkembangkan lagi dengan pertambahan sebanyak 640km, mencapai 2,005km pada tahun 2010 untuk memenuhi permintaan di kawasan pertumbuhan baru. Perkembangan NGDS ini akan diperluaskan dengan langkah- langkah untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi kenderaan (NGV). Stesen- stesen NGV tambahan dijangka akan dibina untuk menyokong penggunaan NGV.
4.6.8 Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) merupakan satu rangka kerja strategik untuk program pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan. Ianya bertujuan untuk menarik penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan dan juga masyarakat umum. Teras NITA adalah satu segitiga di antara infrastruktur, aplikasi perisian dan manusia yang berkait rapat. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang memberangsangkan dan menyediakan semua rakyat Malaysia dengan akses maklumat dan pengetahuan secara saksama.
Koridor Raya Multimedia (KRM) yang terletak di Conurbation Kuala Lumpur bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin untuk perkembangan industri yang berkaitan IT malah menyediakan satu pemboleh persekitaran untuk pembangunan industri IT yang lebih tersusun dalam negara. Lain-lain pusat IT akan merangkumi Conurbation George Town dan Conurbation Johor Bahru yang mempunyai hubung kait dengan Singapura.
Penggunaan ICT perlu digalakkan di kawasan yang mempunyai tumpuan aktiviti berbanding dengan kawasan aktiviti berselerak. Ini kerana pusat-pusat bandar ini memerlukan perkhidmatan sokongan sofistikated yang tidak didapati di kawasan- kawasan yang terpencil.
Dalam konteks RFN Ke-2, Conurbation Pertumbuhan Negara dan Wilayah iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan akan dibangunkan sebagai bandaraya bestari. Program ini akan membabitkan semua ibu negeri di dalam negara untuk membina rangkaian bandaraya-bandaraya bestari kebangsaan yang berhubung dengan jaringan informasi global.
Internet dan teknologi tanpa wayar mewakili dua pembangunan teknologi terpantas dalam bidang telekomunikasi. Satu rangkaian tulang belakang seperti di KRM yang meliputi 386 km laluan kabel fiber optik jalur lebar kelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA telah pun siap dilaksanakan.
Rangkaian gentian optik menyeluruh sepanjang 62,600km telah dipasang bagi menghubungkan negeri dan bandar utama di seluruh negara yang membolehkan penghantaran jalur lebar berkapasiti tinggi dengan keupayaan pengendalian penghantaran data, audio dan video. Dengan wujudnya empat pintu masuk satelit di Kuantan, Melaka di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Semantan (Kuching) di Malaysia Timur, perhubungan dapat dijalin dengan negara-negara di sekitar Lautan
Pasifik dan Lautan Hindi. Peralihan kepada teknologi komunikasi mudah alih Generasi Ke-3 (3G) akan mempercepatkan lagi capaian internet tanpa halangan fizikal.
Penggunaan perkhidmatan berasaskan internet seperti e-dagang dan penyediaan akses jalur lebar dengan mekanisma kadar harga sama rata akan menggalakkan penggunaan internet dan aplikasi berasaskan internet. Kemudahan ini membolehkan Malaysia untuk bersaing dalam perkhidmatan bernilai tinggi di peringkat antarabangsa.
4.6.9 Kemudahan Komuniti
Kemudahan komuniti yang terpenting di peringkat nasional adalah universiti dan hospital awam. Ia berikutan kedua-dua kemudahan memerlukan kawasan tanah yang luas, modal pelaburan dan kos penyelenggaraan yang tinggi serta sumbangan penting kedua-dua kemudahan ini terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sebagai contoh, sesebuah universiti awam yang terletak di negeri-negeri tertentu boleh menawarkan jurusan yang dikhususkan kepada penghasilan tenaga kerja berkemahiran untuk mengeksploitasikan kekuatan dan potensi sedia ada dalam negeri berkenaan, justeru membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah.
i. Universiti Awam
Universiti awam memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan yang berkemahiran dan berkepakaran ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi untuk negara ini. Selain menjadi pusat pengetahuan dan kecemerlangan, universiti juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan bagi idea kreatif dan inovasi. Kerjasama erat di antara universiti dan industri boleh menyediakan platform untuk mewujudkan pemimpin industri bertaraf dunia dalam pertumbuhan produk termaju, perkhidmatan dan teknologi tenaga boleh diperbaharui.
Pada masa kini terdapat kira-kira 20 buah universiti awam di Semenanjung Malaysia dan ini melebihi bilangan universiti yang disasarkan di dalam RFN.
Selaras dengan Dasar Perbandaran Negara (DPN), universiti perlu ditempatkan di dalam Conurbation Pertumbuhan Negara, Conurbation Pertumbuhan Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah dan Conurbation Pertumbuhan Negeri. Ini bagi menyediakan kemudahan awam mengikut hierarki bandar serta menyokong komuniti perniagaan di dalam conurbation yang memerlukan pelbagai kemudahan berkualiti tinggi.
ii. Hospital Awam
Pada masa kini, terdapat 91 buah hospital awam di Semenanjung Malaysia. Adalah penting agar lokasi hospital baru pada masa hadapan diletakkan di kawasan tampungan dengan mengambilkira jarak perkhidmatan dan kesediaan kemudahan pengangkutan awam. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah seperti ruang yang mencukupi bagi pembesaran hospital kepada kompleks kesihatan yang Pada masa kini, terdapat 91 buah hospital awam di Semenanjung Malaysia. Adalah penting agar lokasi hospital baru pada masa hadapan diletakkan di kawasan tampungan dengan mengambilkira jarak perkhidmatan dan kesediaan kemudahan pengangkutan awam. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah seperti ruang yang mencukupi bagi pembesaran hospital kepada kompleks kesihatan yang
Kemudahan komuniti adalah penting dalam memenuhi kepelbagaian keperluan sosial. Kemudahan ini disediakan dalam lokasi yang bersesuaian di peringkat tempatan dan mampu diakses oleh masyarakat yang tidak mempunyai pilihan yang lain.
Kebanyakan kemudahan komuniti disediakan di kawasan yang maju, terutamanya di pusat bandar utama serta kawasan perumahan yang besar. Namun, kawasan yang kurang membangun masih ketinggalan kerana kekurangan kemudahan ini terutamanya di petempatan Orang Asli dan kawasan pedalaman yang terpencil. Tambahan pula, golongan kurang upaya memerlukan lebih kemudahan bebas sekatan bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti bersama-sama dengan masyarakat lain. Untuk memastikan peluang sama rata kepada semua golongan masyarakat, kemudahan yang bersesuaian perlu disediakan bagi memenuhi keperluan istimewa golongan kurang upaya seperti ramps bagi penggunaan kerusi roda. Tempat ibadah dan tapak perkuburan yang mencukupi perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan keagamaan penduduk pelbagai etnik.
4.6.10 Teknologi Hijau
Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem yang digunakan bagi memulihara persekitaran semula jadi di samping meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Walaupun teknologi ini masih baru di Malaysia, banyak strategi dan program telah disenaraikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau. Lima objektif Teknologi Hijau adalah:-
i. Untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga di samping meningkatkan pembangunan ekonomi;
ii. Untuk menyokong pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
iii. Untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa;
iv. Untuk memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk
generasi akan datang; dan
v. Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam serta menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Julai 2009. Dasar ini merangkumi pembentukan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang akan menyokong pembangunan teknologi hijau dan juga menggalakkan budaya penggunaan sumber secara optimum. Salah satu strategi adalah mewujudkan satu Tabung Teknologi Hijau yang beroperasi berdasarkan konsep prinsip ‘pencemar bayar’. Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara dan Agensi Teknologi Hijau Malaysia akan menjadikannya agensi yang efektif untuk menyelaras dan melaksanakan program serta inisiatif Teknologi Hijau di Malaysia.
BAB 5
Da sa r- da sa r
RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA
BAB 5 DASAR-DASAR
Fokus utama bagi strategi pembangunan RFN Ke-2 adalah untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sub-sektor yang ditumpukan adalah elektronik, pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pelancongan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai strategi ini, sokongan, promosi dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang berpotensi tinggi dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Dalam konteks ini, RFN Ke-2 telah menerima pakai Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu.
RFN Ke-2 menggalakkan dan menyokong pembangunan sumber, pertanian dan industri berasaskan kraf dan kebudayaan serta perkhidmatan. Ini merangkumi penghasilan produk hutan dan kayu balak, penghasilan kraf dan kemahiran tradisional, aktiviti-aktiviti hiliran pertanian, ekopelancongan dan pelancongan am. Pembangunan dan perdagangan rentas sempadan di wilayah-wilayah yang mempunyai sumber dan potensi berkaitan juga perlu digalakkan. Pada masa yang sama, pengeluaran produk makanan bernilai tinggi dan pertanian komersial perlu dibangunkan secara intensif di kawasan luar bandar.
RFN Ke-2 perlu menyediakan strategi perancangan spatial untuk membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa dan menyediakan satu rangka pembangunan negara yang bersepadu dan terancang. Rangka kerja spatial ini akan dapat mengelakkan persaingan serta menjadi asas untuk mewujudkan kerjasama dan sokongan antara negeri. Tanpa prejudis terhadap persaingan global, RFN Ke-2 juga perlu menggalakkan kerjasama antara negara-negara jiran Malaysia.
Di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi, rangka kerja spatial ini juga memberi tumpuan terhadap pemuliharaan sumber asli, biodiversiti dan kualiti persekitaran fizikal negara. Kekayaan biodiversiti negara juga perlu dilindungi dan diuruskan secara cekap untuk mencapai kemampanan sumber semulajadi yang berterusan.
RFN Ke-2 telah mencadangkan strategi pembangunan yang mengandungi 41 dasar. Dasar-dasar ini dibahagikan kepada lapan tema dan disokong oleh langkah-langkah pelaksanaan utama.
Tema 1 : Pembentukan Rangka Kerja Spatial Negara Tema 2 : Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Tema 3 : Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tema 4 : Pembangunan Pelancongan Mampan Tema 5 : Pengurusan Petempatan Manusia Tema 6 : Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Tema 7 : Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara Tema 8 : Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian
Dasar-dasar ini akan dilaksanakan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri. Dasar-dasar dan langkah-langkah yang dirumuskan akan menjadi panduan pelaksanaan RFN Ke-2. Walaupun penyediaan RFN Ke-2 adalah satu tindakan untuk merancang dan mengawal pembangunan fizikal negara, tetapi perbahasan, perbincangan dan persetujuan daripada pelbagai pihak dipastikan dalam proses pembentukan dan kajian semula pada setiap lima tahun.
Dalam masa yang sama, inisiatif dan program oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan selagi ia selaras dengan rangka kerja keseluruhan RFN Ke-2.
5.1 Pembentukan Rangka Spatial Negara
Rangka Kerja Spatial RFN Ke-2 menyediakan hala tuju am pembangunan fizikal negara. Ia menjadi asas dalam merangka rancangan-rancangan pemajuan yang lebih terperinci seperti RS dan RT serta rancangan sektoral lain, serta selaras dengan objektif negara dan RMK-10. Rangka kerja spatial ini juga akan memastikan penggunaan sumber- sumber negara secara optima, mengelakkan pertindihan pelaburan insfrastruktur serta memastikan pencapaian pembangunan mampan di peringkat negeri.
Pendekatan pembangunan berpandukan pelan, tidak merujuk kepada satu struktur perancangan berpusat yang tegar, tetapi merupakan satu sistem perancangan yang amat fleksibel dalam memenuhi keperluan dari peringkat atas ke bawah dan dari bawah ke atas di dalam sistem perancangan negara semasa. Aspirasi-aspirasi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan telah diambilkira dalam pembentukan dasar-dasar RFN Ke-2.
RFN 1
RFN KE-2 BERPERANAN SEBAGAI RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL NEGARA UNTUK MENCAPAI PERANCANGAN GUNA TANAH YANG BERSEPADU DAN MAMPAN SERTA SELARAS DENGAN DASAR-DASAR SEKTORAL YANG LAIN
PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020
Langkah- langkah:
i. Rancangan Pemajuan (RS dan RT) atau rancangan-rancangan dan dasar-dasar sektoral
perlu mematuhi peruntukan RFN.
ii. Untuk mewujudkan keseragaman, rancangan pemajuan perlu menggunapakai piawaian dan kriteria RFN Ke-2 dalam:
a. Klasifikasi Guna Tanah
b. Hierarki Bandar
c. Klasifikasi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
d. Klasifikasi Kawasan Pertanian Utama (KPU) d. Klasifikasi Kawasan Pertanian Utama (KPU)
iv. Sasaran penduduk RFN Ke-2, dalam lingkungan perbezaan +/- 5% atau seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Perancang Negeri, hendaklah dijadikan asas penyediaan RS. Lingkungan +/- 5% ini boleh juga digunakan dalam perancangan infrastruktur awam dan kemudahan sosial utama negara serta kelulusan permohonan pembangunan yang berkepentingan negara.
v. RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi pembentukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) terutama dalam menentukan pelaburan awam untuk kemudahan infrastruktur utama, pemuliharaan dan pembangunan bandar.
vi. Dasar-dasar dan strategi yang relevan daripada RFN Ke-2 perlu diterjemah dan diintegrasikan ke dalam dasar-dasar sektoral negara yang dihasilkan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri.
vii. Keutamaan dalam membuat pelaburan modal negara terutamanya dalam projek-projek infrastruktur utama perlu selaras dengan RFN Ke-2.
5.2 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara
Rancangan Malaysia Ke-Sembilan mempunyai lima teras yang akan mempertingkatkan pembangunan Negara. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:-
Teras 1 : Menaikkan Ekonomi ke Tahap Atas Rantaian Nilai; Teras 2 : Meningkatkan Keupayaan untuk Pengetahuan dan Inovasi; Teras 3: Bertindak Terhadap Ketidaksamaan Sosio-Ekonomi yang Berterusan; Teras 4 : Meningkatkan Kualiti Kehidupan; dan Teras 5 : Mengukuhkan Keupayaan Kerajaan untuk Perlaksanaan.
Strategi pertumbuhan bandar RFN Ke-2 akan bertumpu kepada empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Strategi ini disokong dengan ibu negeri dan kawasan bandar baru yang akan menjadi pusat utama untuk pertumbuhan ekonomi asas bandar.
Pusat-pusat bandar yang terpilih ini akan menjadi penerima utama untuk pelaburan sektor swasta, sama ada dari pelabur asing ataupun tempatan. Sektor-sektor sedia ada seperti elektrik dan elektronik, ICT, sektor perkhidmatan baru berasaskan pengetahuan, dan perkhidmatan lain seperti pengangkutan, logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan, perkhidmatan perniagaan dan pengurusan juga akan diberi tumpuan. Terdapat banyak peluang bagi sektor-sektor ini untuk membina hubungan antara industri bagi jangka panjang, yang akan memberikan kelebihan ekonomi kepada sektor perkhidmatan asas bandar. Terdapat dua komponen bagi strategi ini iaitu perkhidmatan eksport secara langsung atau mewujudkan perkhidmatan eksport supaya firma-firma antarabangsa akan menempatkan semula operasi mereka di negara ini.
Teras strategik IMP3 mengenai daya saing global akan dipertingkatkan dengan memperkukuhkan keupayaan perdagangan dan perindustrian, menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor pengeluaran dan perkhidmatan, dan juga mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan. Asas teknologi bagi industri- industri Malaysia akan diperkukuhkan dengan mempertingkatkan hubungan antara universiti dan industri, penggunaan ICT dan kemajuan dalam teknologi hijau, serta penubuhan pusat-pusat kecemerlangan. IMP3 juga telah mempertimbangkan ekuiti dan keseimbangan pembangunan wilayah.
Dari aspek dimensi spatial, RFN Ke-2 juga mencadangkan bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan oleh IMP3 ditempatkan di kawasan conurbation (contohnya, sektor berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan) dan kawasan luar bandar (contohnya, pertanian dan industri berasaskan sumber). Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan dipromosi dengan mengalakkan syarikat-syarikat multinasional untuk melabur atau memperluaskan perniagaan, serta memberi sokongan kepada firma-firma tempatan untuk mengambil peluang ke atas kedekatan lokasi dan potensi untuk pertumbuhan.
RFN Ke-2 juga memperuntukkan integrasi koridor pembangunan wilayah ke dalam Rangka Kerja Spatial Negara, mengalakkan pembangunan di kawasan bersempadan dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi serantau dengan negara-negara ASEAN.
Kerajaan telah mengenal pasti tiga koridor pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia, iaitu NCER, ECER dan Iskandar Malaysia, untuk menggalakkan pembangunan wilayah, serta mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Strategi spesifik dan inisiatif projek telah dikenal pasti mengikut pelan induk masing-masing untuk dilaksanakan mengikut tempoh masa rancangan berkenaan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan kesemua cadangan tersebut ke dalam rangka kerja spatial negara secara keseluruhannya.
Pendekatan pembangunan koridor RFN Ke-2, mengutamakan inisiatif-inisiatif pembangunan di pusat-pusat terpilih. Objektif utamanya adalah untuk menjana pertumbuhan di Wilayah Pantai Timur yang kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Negeri-negeri ini mempunyai sumber tanah dan sumber asli yang banyak dan warisan kebudayaan yang menarik yang perlu dibangunkan secara optima. Penambahbaikan perhubungan dan rangkaian ke wilayah ini melalui jalan raya, kereta api dan udara akan membantu wilayah ini menjadi lebih berdaya saing, dalam penawaran barangan dan perkhidmatan ke kawasan bandar dan pasaran eksport.
Dalam keadaan yang sama, kawasan-kawasan bersempadan menawarkan peluang dari segi kerjasama wilayah antarabangsa. Malaysia dan jiran-jirannya akan memperolehi manfaat dengan perluasan wilayah ekonomi untuk pelaksanaan strategi masing-masing. Sebagai contohnya, membangunkan projek insfrastruktur secara usahasama bagi mengintegrasikan wilayah-wilayah ini atau menggalakkan perdagangan, untuk meningkatkan faedah berbanding masing-masing. Rantau ASEAN membentuk satu pasaran yang besar dengan jumlah penduduk melebihi 500 juta orang. Malaysia perlu Dalam keadaan yang sama, kawasan-kawasan bersempadan menawarkan peluang dari segi kerjasama wilayah antarabangsa. Malaysia dan jiran-jirannya akan memperolehi manfaat dengan perluasan wilayah ekonomi untuk pelaksanaan strategi masing-masing. Sebagai contohnya, membangunkan projek insfrastruktur secara usahasama bagi mengintegrasikan wilayah-wilayah ini atau menggalakkan perdagangan, untuk meningkatkan faedah berbanding masing-masing. Rantau ASEAN membentuk satu pasaran yang besar dengan jumlah penduduk melebihi 500 juta orang. Malaysia perlu
RFN 2 PUSAT PERTUMBUHAN BANDAR MASA DEPAN PERLU DITUMPUKAN DI CONURBATION STRATEGIK
PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation
Langkah-langkah:
i. Aktiviti ekonomi asas bandar akan ditumpukan di Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan bagi menggalakkan kecekapan guna tanah dan infrastruktur untuk berdaya saing di peringkat global.
ii. Aktiviti-akitiviti ekonomi asas bandar hanya akan ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan di luar conurbation utama yang mempunyai infrastruktur, sumber tenaga kerja tempatan dan sumber asli yang mencukupi.
iii. Pembangunan kluster-kluster industri dan ekonomi digalakkan di dalam kawasan conurbation bagi mencapai skala ekonomi.
iv. Pembangunan kemudahan pendidikan dan latihan swasta dan awam perlu digalakkan di pusat-pusat bandar sedia ada bagi memudahkan peralihan kepada k-ekonomi dan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi.
v. Aktiviti asas pengetahuan dan bandar siber perlu di tempatkan di conurbation utama dan
pusat pertumbuhan bandar terpilih selaras dengan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (KRM).
vi. Kemudahan infrastruktur sedia ada seperti lebuh raya, laluan kereta api, lapangan
terbang dan pelabuhan perlu digunakan secara optima bagi menyokong objektif pembangunan secara keseluruhannya.
PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation
RFN 3 PENDEKATAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERLU DIGUNAPAKAI DALAM PERANCANGAN WILAYAH KURANG MAJU UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN WILAYAH
PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi
Langkah-langkah:
i. Inisiatif-inisiatif pembangunan, terutamanya pembangunan bandar dan industri, pertanian
serta pelancongan perlu ditumpukan di lokasi-lokasi terpilih dalam koridor pembangunan terutamanya Koridor Pembangunan Utama seperti Koridor Utara-Selatan, Koridor Timur- Barat Tengah dan Koridor Pantai Timur.
ii. Rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan bandar di sepanjang koridor- koridor pembangunan perlu dioptima dan dipertingkatkan.
iii. Kepelbagaian ekonomi perlu digalakkan menerusi pengembangan asas ekonomi di negeri-negeri kurang maju melalui :
a. Kedua-dua aktiviti pelaburan ‘upstream’ pertanian dan aktiviti pemprosesan produk hiliran pertanian perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan tahap pendapatan luar bandar.
b. Kawasan-kawasan ekopelancongan atau pelancongan alam semula jadi yang berpotensi tinggi, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur perlu dipulihara dan dibangunkan secara mampan.
c. Kluster-kluster berasaskan sumber dan kraf perlu digalakkan di negeri dan wilayah yang kurang maju sebagai pemangkin untuk pertumbuhan dan pekerjaan.
d. Perdagangan merentas sempadan akan dipertingkatkan.
iv. Kemudahan infrastuktur, terutamanya ICT dan rangkaian pengangkutan di kawasan
pertanian dan kawasan berpotensi pelancongan perlu diperkukuhkan untuk memudah dan mempercepatkan integrasinya ke dalam ekonomi moden.
v. Penyediaan program latihan pendidikan teknikal dan pembangunan sosial perlu
diperkukuhkan di negeri-negeri yang kurang maju untuk memenuhi keperluan penduduk supaya dapat diintegrasikan dengan lebih berkesan ke dalam ekonomi bandar.
vi. Negeri-negeri di Pantai Timur perlu digalakkan untuk membangunkan program
kemahiran kraf yang diiktiraf seperti batik, pertukangan perak, songket, pembinaan bot kayu dan ukiran kayu untuk menjadi pusat pengeluaran kraf tersohor di peringkat antarabangsa.
vii. Cadangan-cadangan Pelan Induk Koridor Pembangunan Wilayah perlu diintegrasikan
dengan RS dan RT bagi negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing.
PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 4 KERJASAMA DI DALAM PERANCANGAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN EKONOMI ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA SERANTAU ASEAN PERLU DIPERKUKUHKAN
PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN
Langkah-langkah:
i. Peluang-peluang ekonomi yang diperolehi daripada negara jiran dan Segitiga Pertumbuhan di selatan, utara dan timur Semenanjung Malaysia, serta bantuan pembangunan ke negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
ii. Inisiatif-inisiatif pembangunan antara wilayah Malaysia Timur dan Barat serta negara jiran ASEAN perlu diperkukuhkan terutamanya dengan mempertingkatkan rangkaian pengangkutan, mempromosikan pelancongan wilayah dan menyediakan peluang pengajian tinggi.
iii. Kerjasama serantau dengan negara jiran ASEAN perlu digalakkan dengan memanfaatkan faedah berbanding secara berkesan dan mengoptimakan penggunaan infrastruktur, tanah, sumber asli dan sumber manusia.
iv. Zon-zon Ekonomi Khas (SEZ) di negara-negara kesatuan Segitiga Pertumbuhan perlu diwujudkan untuk menampung kawasan baru bagi kerjasama serantau seperti pemprosesan makanan halal dan perdagangan merentasi sempadan.
v. Potensi untuk mengeksport perkhidmatan profesional dan memupuk kerjasama dalam perancangan fizikal dengan Sabah, Sarawak dan negara-negara ASEAN, melalui institut perancangan negeri dan negara berkenaan perlu dikaji.
PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 5
PERANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERLU MENGGUNAPAKAI STRATEGI PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (IMP3) UNTUK MENCAPAI DAYA SAING GLOBAL MELALUI TRANSFORMASI DAN INOVASI SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN
PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi
Langkah-langkah:
i. Sasaran bidang pertumbuhan IMP3 untuk pembuatan dan perkhidmatan akan digalakkan
di kawasan yang mempunyai faedah berbanding dan aglomerasi ekonomi sedia ada iaitu:
a. Conurbation utama dan kawasan bandar perlu menyediakan satu rangkaian kemudahan infrastruktur bersepadu, termasuk kemudahan sosial bagi menyokong keupayaan firma perindustrian dan perkhidmatan untuk bersaing dalam pasaran global.
b. Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan digalakkan di conurbation yang terpilih, mengikut faedah berbanding masing-masing.
ii. Pembangunan kawasan perindustrian baru, termasuk taman industri halal dan kluster perindustrian, perlu disokong dengan program terperinci yang mengenalpasti pengusaha berpotensi, aktiviti, perhubungan dan kajian kebolehlaksanaannya.
iii. Asas teknologi untuk pembangunan perkhidmatan industri perlu diperkukuhkan, seperti menggunapakai pengurusan rangkaian penawaran, ICT dan teknologi hijau.
iv. Perhubungan dan kerjasama antara universiti-industri di peringkat tempatan dan
antarabangsa perlu diwujudkan dan pusat-pusat kecemerlangan untuk penyelidikan industri dan yang berkaitan perlu ditubuhkan.
v. Aktiviti-aktiviti industri berat atau yang menjanakan pencemaran tidak dibenarkan dalam atau bersempadan dengan kawasan-kawasan ekopelancongan dan sumber semula jadi yang telah ditetapkan.
vi. Zon Ekonomi Khas perlu dibangunkan di lokasi-lokasi terpilih bagi menggalakkan
pembangunan wilayah dan mempertingkatkan potensi eksport negara.
PI
5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi
Sumber : Pelan Induk Perindustrian Ke‐3 (IMP3), 2006
5.3 Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
Kawasan pertanian telah berkurangan setiap tahun akibat daripada tekanan pembangunan bandar (Jadual 5.1). Terdapat banyak kawasan, terutamanya yang bersempadan dengan kawasan bandar, industri dan perumahan, akan diambil untuk pembangunan bandar. Walau bagaimanapun, kawasan yang terletak di luar zon pembangunan bandar perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, terutamanya kawasan yang subur atau mempunyai fungsi tertentu seperti kawasan jelapang padi. Rancangan Malaysia Ke-9 (2006–2010) telah mensasarkan sektor pertanian sebagai enjin pembangunan negara yang ketiga. Program Pertanian Baharu telah diperuntukkan untuk menjalani proses pemodenan, pengkomersialan, skim bernilai tambah tinggi, ICT, bioteknologi dan penambahbaikan pemasaran. Aktiviti hiliran juga digalakkan terutamanya bagi sub-sektor kelapa sawit dan getah, manakala bidang yang berpotensi tinggi untuk sektor akuakultur, perikanan laut dalam, perikanan hiasan, tanaman herba dan hortikultur perlu dibangunkan. RMK-9 turut mensasarkan Malaysia sebagai Hab Makanan Halal.
Jadual 5.1: Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar)
Perbezaan Tanaman
-74,760 Kelapa Sawit
-275,088 Lain-lain Tanaman
Sumber : MOA Inc., Risalah Statistik Pertanian 2006 & 2008.
Untuk mencapai pembangunan seimbang, beberapa kawasan pertanian yang mempunyai produktiviti tinggi (Kawasan Pertanian Utama) perlu dipelihara. Antara Kawasan Pertanian Utama (KPU) yang telah dikenal pasti adalah kawasan tanaman padi (terutamanya kawasan jelapang padi) dan kawasan pertanian berproduktiviti tinggi seperti kawasan tanah Kelas 1 dan 2 (serta diperluaskan kepada tanah Kelas 3). Kawasan lain yang perlu dipelihara adalah kawasan pertanian yang terletak dalam zon agroiklim yang tidak mengalami musim kemarau dan musim kemarau singkat, serta kawasan pertanian di tanah gambut.
Kawasan tanaman padi boleh dikategorikan sebagai kawasan jelapang padi dan kawasan bukan jelapang padi. Kawasan jelapang padi telah dibangunkan dengan kos pelaburan yang amat tinggi dan dapat ditanam padi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Lapan kawasan jelapang padi sedia ada perlu dipulihara sebagai satu langkah keselamatan makanan memandangkan beras adalah makanan ruji Malaysia dan hanya 7% daripada pengeluaran beras dunia boleh didapati dalam pasaran. Oleh itu, potensi pembangunan bandar dalam kawasan jelapang padi ini perlu dihalakan ke kawasan bersempadan, iaitu di luar kawasan jelapang padi. Kawasan jelapang padi yang ke- sembilan dijangka akan dibangunkan dalam masa terdekat di Daerah Rompin dan Pekan. Tanah padi di luar kawasan jelapang padi perlu disediakan dengan sistem pengairan dan saliran yang baik bagi menjadikan kawasan ini berproduktiviti tinggi. Penggunaan tanah Kawasan tanaman padi boleh dikategorikan sebagai kawasan jelapang padi dan kawasan bukan jelapang padi. Kawasan jelapang padi telah dibangunkan dengan kos pelaburan yang amat tinggi dan dapat ditanam padi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Lapan kawasan jelapang padi sedia ada perlu dipulihara sebagai satu langkah keselamatan makanan memandangkan beras adalah makanan ruji Malaysia dan hanya 7% daripada pengeluaran beras dunia boleh didapati dalam pasaran. Oleh itu, potensi pembangunan bandar dalam kawasan jelapang padi ini perlu dihalakan ke kawasan bersempadan, iaitu di luar kawasan jelapang padi. Kawasan jelapang padi yang ke- sembilan dijangka akan dibangunkan dalam masa terdekat di Daerah Rompin dan Pekan. Tanah padi di luar kawasan jelapang padi perlu disediakan dengan sistem pengairan dan saliran yang baik bagi menjadikan kawasan ini berproduktiviti tinggi. Penggunaan tanah
Hampir tiada lagi kawasan tanaman padi baru akan dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Maka sasaran pengeluaran beras sebanyak 70% bergantung sepenuhnya kepada usaha pemodenan dan penggunaan teknologi baru yang berupaya untuk meningkatkan tahap purata pengeluaran padi.
Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan dari segi pengeluaran makanan. Mengikut Buku Perangkaan Pertanian 2008, nilai import bagi bahan makanan meningkat setiap tahun, iaitu daripada RM 12.69 juta pada tahun 2003 kepada RM 23.37 juta pada tahun 2007. Data guna tanah pertanian menunjukkan bahawa sebahagian besar kawasan pertanian ditanami dengan kelapa sawit dan getah (2.8 juta hektar dan 1.28 juta hektar masing-masing), diikuti oleh tanaman padi (331,036 hektar), hortikultur bercampur (326,768 hektar), kebun buah-buahan (184,828 hektar), kelapa (104,555 hektar) dan sayur-sayuran (16,913 hektar). Dengan ini, usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Kawasan-kawasan pengeluaran makanan sedia ada perlu dipulihara, terutamanya kawasan yang dibangunkan secara komersial iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Pada masa ini, hanya tanah kerajaan yang digunakan untuk TKPM. Oleh itu, dicadangkan supaya lebih banyak kawasan yang dimiliki oleh pekebun individu dilibatkan ke dalam program TKPM ini. Program TKPM juga harus merangkumi kawasan-kawasan yang digunakan untuk pengeluaran hasil ternakan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA).
Kawasan pertanian sedia ada yang terletak di kawasan tanah gambut merupakan antara kawasan yang paling produktif untuk tanaman kelapa sawit dan nanas di negara ini dan perlu dikekalkan untuk pembangunan pertanian. Selain dapat memberikan hasil pertanian yang tinggi, tanah gambut ini tidak sesuai untuk pembangunan perbandaran kerana mengandungi bahan organik yang tebal yang tidak sesuai untuk pendirian bangunan dan terdedah kepada ancaman banjir. Pembangunan baru di tanah gambut perlu dihadkan kerana ianya akan mengancam ekosistem semula jadi. Namun, sekiranya pembangunan dijalankan, ia perlu dilaksanakan secara mampan.
Semenanjung Malaysia mempunyai 26 wilayah agroiklim untuk tanaman kawasan rendah dan 2 wilayah agroiklim untuk tanaman tanah tinggi (kawasan yang melebihi 300 meter dari aras paras laut). Kawasan-kawasan ini boleh dikategorikan kepada 5 wilayah, iaitu:-
Tanah tinggi Wilayah yang mengalami musim kering yang jelas dan berkala Wilayah yang mengalami musim kering yang pendek tetapi berkala Wilayah yang tidak mengalami musim kering Kawasan yang didominasi oleh tanah organik
Wilayah yang paling produktif dalam kelompok ini adalah wilayah yang tidak mengalami musim kering. Oleh itu, kawasan-kawasan tersebut harus dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ia telah dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan perbandaran. Kebanyakan kawasan ini boleh didapati di Negeri Johor, Selangor, Pahang Tengah dan kawasan persisiran pantai di utara Negeri Perak.
Produktiviti pertanian juga bergantung kepada kesesuaian tanah. Pengkelasan Kesesuaian Tanah Dan Penentuan Kesesuaian Tanaman telah membahagikan tanah kepada lima kelas seperti berikut:-
Kelas 1 : Tanah yang tiada halangan atau hanya halangan kecil untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 2 : Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 3 : Tanah yang mempunyai satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman.
Kelas 4 : Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 5 : Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang amat serius untuk pertumbuhan tanaman.
Kawasan di bawah Tanah Kelas 1 dan 2 merupakan tanah yang paling produktif dan perlu dikhususkan untuk pertanian, melainkan kawasan berkenaan terletak dalam had sempadan pembangunan bandar. Kawasan di bawah Tanah Kelas 3 juga perlu dipulihara untuk pertanian bagi mana-mana kawasan berkenaan, melainkan terdapat keperluan yang mendesak dan kukuh untuk membangunkannya.
Penduduk luar bandar termasuk mereka yang menetap di kampung tradisi, kampung baru, petempatan FELDA, FELCRA dan Orang Asli, kuarters ladang, perkampungan nelayan dan skim perumahan luar bandar. Kawasan luar bandar juga harus dibangunkan secara berterusan untuk membolehkan penduduk di luar bandar menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan memperkasakan prasarana dan infrastruktur asas luar bandar dan kawasan pedalaman. Antara strategi utama yang akan diguna pakai termasuklah penggabungan ladang-ladang luar bandar, penyediaan Pusat Pengumpulan, Pemperosesan dan Pembungkusan hasil pertanian dan pengembangan pekerjaan bukan-pertanian (pelancongan luar bandar, perkhidmatan, pembuatan am) di pekan- pekan utama (pusat pekerjaan) yang memberi perkhidmatan kepada kluster luar bandar. Akses jalur lebar akan dipertingkat dan pengangkutan awam ke pusat pekerjaan akan ditambah baik untuk membolehkan pergerakan ulang-alik ke tempat bekerja bagi menjana sumber pendapatan tambahan.
RFN 6 KAWASAN PERTANIAN UTAMA PERLU DIPULIHARA KHUSUS UNTUK TUJUAN PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR DALAM KAWASAN TERSEBUT PERLU DIHADKAN
PI 6 : Kawasan Pertanian Utama
Langkah-langkah:
i. Kawasan pertanian perlu diberi keutamaan untuk memulihara Kawasan Pertanian Utama (KPU) mengikut kepentingan seperti berikut:-
a. Kawasan jelapang padi strategik.
b. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi.
c. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai “Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)”, dengan merangkumi kawasan untuk produktiviti tanaman, penternakan haiwan, akuakultur dan avikultur.
d. Kawasan pertanian sedia ada di atas tanah gambut dan tanah organik.
e. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2.
f. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 3.
g. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering.
h. Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek.
ii. Kawasan Pertanian Utama (KPU) dikategorikan kepada Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 mengikut tahap kepentingan masing-masing;
a. Tahap 1 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanaman padi dan tidak dibenarkan untuk tujuan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:-
Kawasan jelapang padi
b. Tahap 2 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, melainkan ianya terletak dalam had sempadan kawasan bandar dan pekan. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kategori ini adalah:
Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi. Kawasan pertanian yang dibangunkan sebagai “Taman Kekal Pengeluaran
Makanan (TKPM)”. Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau tanah organik. Kawasan pertanian di tanah Kelas 1 dan Kelas 2.
c. Tahap 3 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ianya telah dikenalpasti untuk pembangunan kegunaan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:-
Kawasan pertanian di bawah Tanah Kelas 3. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering. Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek.
PI 6 : Kawasan Pertanian Utama
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 7
LAPAN (8) KAWASAN JELAPANG PADI STRATEGIK, IAITU MUDA (MADA), KEMUBU (KADA), IADA KERIAN-SUNGAI MANIK, IADA BARAT LAUT SELANGOR, IADA PULAU PINANG, IADA SEBERANG PERAK, IADA TERENGGANU UTARA (KETARA), DAN IADA KEMASIN-SEMERAK PERLU DIPULIHARA
PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik
Langkah-langkah:
i. Lapan (8) kawasan jelapang padi strategik perlu diwartakan sebagai kawasan tanaman padi.
ii. Had sempadan pembangunan bagi semua pusat bandar yang terletak dalam kawasan ini perlu ditetapkan dalam RS dan RT.
iii. Kawasan padi yang terletak di luar had sempadan bandar tidak dibenarkan ditukar untuk kegunaan lain, kecuali untuk aktiviti yang berkaitan dengan penanaman padi.
iv. Pembangunan perbandaran pada masa hadapan perlu dialihkan daripada kawasan jelapang padi. Dalam situasi yang tidak boleh dielakkan, hanya pembangunan secara menegak dibenarkan untuk meminimakan kehilangan tanah.
v. Kawasan tadahan air bagi kawasan jelapang padi perlu dikenal pasti dan dipulihara bagi
memastikan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti untuk tanaman padi.
vi. Langkah-langkah fiskal perlu diperkenalkan bagi membantu negeri-negeri yang perlu
memulihara kawasan jelapang padi.
PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik
RFN 8 TANAH PADI SEDIA ADA YANG BERPOTENSI DI LUAR KAWASAN JELAPANG PADI, PERLU DILENGKAPI DENGAN INFRASTRUKTUR YANG SESUAI UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN HASIL
PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi
Langkah-langkah:
i. Kawasan padi yang berpotensi tetapi terletak di luar kawasan jelapang padi perlu dipelihara sebagai kawasan tanaman padi. Di mana sesuai, ianya perlu dibekalkan dengan infrastruktur yang diperlukan.
ii. Kawasan padi yang berpotensi perlu disediakan dengan sistem pengairan, saliran dan rangkaian jalan raya untuk memudahkan penggunaan jentera.
iii. Produktiviti tanaman padi perlu dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi baru dan peralatan pertanian moden untuk mencapai hasil pengeluaran yang lebih tinggi.
PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi
Sumber : Jabatan Pertanian,2006
RFN 9 KAWASAN LUAR BANDAR DAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA PERLU DIBANGUNKAN AGAR MASYARAKAT BOLEH MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI DAN KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK
PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar
Langkah-langkah:
i. Dasar Pembangunan Desa Negara perlu disediakan untuk mewujudkan rangka kerja bagi pembangunan bersepadu kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) termasuk petempatan FELDA.
ii. Perancangan pembangunan desa secara bersepadu perlu mengambil kira peranan pusat-pusat bandar bersempadan dan potensi pelancongan dalam menjana pekerjaan bukan pertanian, menambah baik sistem pengangkutan awam serta meningkatkan tahap kemudahan internet.
iii. Ladang-ladang berskala kecil perlu digabungkan bagi membolehkan pengurusan ladang yang lebih baik dan pengeluaran hasil berskala ekonomi.
iv. Aktiviti ekonomi yang bersesuaian perlu dibangunkan di kawasan luar bandar seperti program Satu Daerah Satu Industri, agropolitan, program inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan dan agropelancongan.
v. PPD perlu disediakan dengan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti
seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik, perparitan, kemudahan ICT, perumahan, sanitasi, sekolah dan klinik.
vi. PPD sedia ada perlu dikaji semula dan pelaksanaan program-program pemajuannya perlu dipercepatkan. RS dan RT perlu mengenal pasti PPD sebagai pusat perkhidmatan luar bandar yang efektif.
vii. Perkhidmatan sosial, komersial dan kemudahan awam akan ditumpukan di PPD.
viii. Kemudahan pengangkutan awam antara PPD dengan pusat-pusat bandar utama yang
menawarkan pekerjaan bukan-pertanian perlu dipertingkatkan.
ix. Pelaburan awam dan infrastruktur perlu ditumpukan di PPD bagi menyokong
pembangunan aktiviti ekonomi asas sumber, industri asas kraftangan, program pelancongan luar bandar, serta industri hiliran berasaskan pertanian dan perhutanan.
x. Kampung-kampung yang mempunyai nilai sejarah, warisan, kebudayaan dan seni bina akan dikenal pasti sebagai PPD di masa hadapan. Bagi kampung-kampung yang tidak x. Kampung-kampung yang mempunyai nilai sejarah, warisan, kebudayaan dan seni bina akan dikenal pasti sebagai PPD di masa hadapan. Bagi kampung-kampung yang tidak
xi. Penduduk di kampung-kampung yang jumlahnya terlalu kecil, lokasi terpencil atau tidak
ekonomik untuk disediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan, akan digalakkan ditempatkan semula di PPD.
PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 10 MASYARAKAT ORANG ASLI PERLU DIINTEGRASIKAN DARI SEGI SPATIAL DAN EKONOMI KE DALAM INISIATIF PEMBANGUNAN UTAMA
PI 10 : Petempatan Orang Asli
Langkah-langkah:
i. Kawasan tertentu perlu dirizab dan diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli bagi mempertingkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka.
ii. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan perumahan yang teratur di perkampungan terancang dengan kemudahan masyarakat yang mencukupi serta kemudahan pengangkutan yang bersesuaian mengikut keperluan dan adat resam setiap masyarakat Orang Asli.
iii. Kawasan pertanian yang bersesuaian dan pengembangan perkhidmatan serta kemudahan perlu disediakan untuk kemakmuran ekonomi masyarakat Orang Asli.
iv. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan dengan pelbagai kemudahan masyarakat yang
berkualiti seperti sekolah, klinik, jalan, bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik.
v. Kawasan pertanian yang diperuntukkan kepada Orang Asli perlu dibangunkan secara
komersial oleh mereka sendiri atau agensi kerajaan yang bersesuaian.
vi. Penternakan haiwan dan akualkultur perlu diperkenalkan sebagai pertanian bersepadu di kawasan yang bersesuaian.
vii. Aktiviti dan program ekonomi yang bersesuaian perlu diperkenalkan kepada masyarakat Orang Asli supaya mereka terlibat secara aktif dalam program pembangunan ekonomi luar bandar seperti agropolitan, inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan, eko dan agropelancongan.
PI 10 : Petempatan Orang Asli
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
5.4 Pembangunan Pelancongan Mampan
Prinsip-prinsip pelancongan mampan merujuk kepada keseimbangan yang bersesuaian di antara aspek alam sekitar, ekonomi dan sosio-budaya untuk menjamin kemampanan yang berterusan. Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) menekankan bahawa Malaysia perlu secara berterusan memenuhi semua komitmennya terhadap deklarasi pelancongan yang berkait dengan pelancongan mampan dan perubahan iklim.
Dua isu utama yang dihadapi oleh negara adalah mengekalkan tahap daya saing global dan sebagai destinasi pelancongan yang selamat. Di peringkat tempatan, isu yang dihadapi adalah memulihara sumber tarikan pelancongan semula jadi serta melindungi kawasan luar bandar daripada tekanan berterusan bagi pembangunan bandar dan pelancongan. Sehubungan itu, Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia telah dikaji semula untuk diselaraskan dengan trend semasa dan hasrat yang tertera dalam inisitatif ekopelancongan di peringkat tempatan dan global.
Negara-negara ASEAN telah mengiktiraf kepentingan kerjasama serantau untuk pertumbuhan pelancongan. Peluang-peluang yang terdapat dalam wilayah ASEAN telah memperlihatkan perkembangan syarikat penerbangan negara dan syarikat penerbangan tambang murah ke lebih banyak destinasi dalam wilayah ini. Peningkatan dalam pergerakan pelawat dan permintaan untuk perkhidmatan pelancongan dalam wilayah APEC, serta kepentingan sektor pelancongan terhadap tahap daya saing ekonomi negara telah diiktirafkan oleh Kerajaan. Sektor pelancongan akan terus menjadi salah satu penggerak ekonomi utama negara pada masa hadapan, terutamanya dengan dasar liberalisasi negara bagi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saingnya di peringkat global.
Pembangunan pelancongan yang tidak terkawal di bandar dan luar bandar telah menimbulkan impak negatif kepada bandar pelancongan pesisiran pantai, kawasan luar bandar dan sumber semula jadi. Walaupun bandar-bandar pelancongan pesisiran pantai yang telah lama dimajukan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson mengalami pembangunan yang rancak, namun masing-masing menghadapi banyak isu yang belum diatasi seperti tahap penyelenggaraan dan kebersihan produk-produk pelancongan yang rendah. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas, kelemahan aspek keselamatan pelancong, hakisan pantai, kualiti air laut yang rendah, tahap aksessibiliti yang rendah pada musim puncak serta kualiti perkhidmatan yang rendah.
Cadangan projek penambakan laut di beberapa negeri merupakan satu ancaman kepada sumber pelancongan semula jadi seperti taman laut, kepulauan, hutan, tanah bencah, tempat pendaratan penyu, tempat persinggahan burung-burung migratori dan kawasan tadahan air. Begitu juga dengan produk pelancongan kebudayaan dan warisan seperti kampung-kampung tradisional dan kawasan luar bandar yang turut menghadapi perubahan fizikal dan budaya disebabkan oleh proses perbandaran.
Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 30 destinasi pelancongan utama yang semakin menonjol di peringkat global. Kepelbagaian produk iaitu dengan penumpuan baru seperti MICE dan pelancongan asas kesihatan, memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan bertaraf dunia supaya produk- produk ini dapat berfungsi dengan berkesan.
Kerajaan juga perlu mengiktiraf dan mempromosikan pembangunan pelancongan mampan sebagai satu keutamaan negara, dengan mengoptimakan penggunaan sumber alam semula jadi, mengekalkan proses ekologi yang penting serta memberi bantuan dalam memulihara warisan semula jadi dan biodiversiti.
Destinasi-destinasi yang popular memerlukan suntikan pembangunan baru dan penjenamaan semula untuk memenuhi kehendak para pelancong. Warisan kepelbagaian kebudayaan serta gaya hidup 1Malaysia perlu dipupuk dan dipromosikan di seluruh dunia secara berterusan menerusi konsep “Truly Asia”. Cabaran utama sektor ini adalah untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong serta memastikan mereka berkunjung semula ke Malaysia.
Industri pelancongan perlu meningkatkan keuntungan dan saiz serta berdaya maju agar dapat beroperasi dalam jangka masa panjang, dan memastikan pengagihan faedah sosio-ekonomi secara saksama kepada semua pihak yang berkepentingan. Ini termasuk pewujudan pekerjaan yang stabil, peluang untuk memperolehi pendapatan dan perkhidmatan sosial untuk komuniti penganjur serta ke arah pembasmian kemiskinan. Pembangunan pelancongan mampan memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan pemimpin politik untuk memastikan penglibatan yang lebih meluas, pemantauan impak pembangunan secara berkala dan pembentukan langkah-langkah pembetulan dari masa ke semasa.
RFN 11 SUMBER PELANCONGAN SEMULA JADI, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN WARISAN SEJARAH NEGARA PERLU DIPULIHARA
Langkah-langkah:
i. Langkah-langkah perlindungan dan pengurusan sumber pelancongan perlu dilaksanakan secara efisien dan efektif di semua kawasan sumber pelancongan. Ini termasuklah :
a. Kawasan pelancongan perlu dizonkan secara teratur berdasarkan merit masing- masing untuk melindungi sumber pelancongan daripada dibangunkan secara berlebihan dan terjejas oleh skala pembangunan yang tidak bersesuaian.
b. Kualiti sumber pelancongan perlu dilindungi, dipantau dan diuruskan secara mampan, termasuk merangka had perubahan yang boleh diterima dan perkongsian sumber b. Kualiti sumber pelancongan perlu dilindungi, dipantau dan diuruskan secara mampan, termasuk merangka had perubahan yang boleh diterima dan perkongsian sumber
ii.
Biodiversiti negara dan koridor pelancongan perlu dipulihara. Pada masa yang sama, skim-skim pentauliahan dan pensijilan sektor pelancongan perlu diberikan kepada produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa dan negara untuk menambah baik prestasi persekitaran masing-masing.
iii.
Promosi mengenai keaslian budaya dan warisan hidup negara ini perlu diiktiraf dan diperkukuhkan. Penglibatan masyarakat dalam sektor pelancongan perlu digalak dan dipromosikan agar mereka boleh menyumbang ke arah persefahaman antara budaya dan saling menghormati sesama masyarakat.
iv. Perhubungan saling bergantungan di antara pemuliharaan alam sekitar (termasuk pembangunan di KSAS) dengan pelancongan perlu diiktiraf dan digalakkan.
v. Industri pelancongan akan dipertanggungjawabkan terhadap amalan terbaik dalam pemeliharaan persekitaran, dengan mematuhi peruntukan perundangan alam persekitaran dan menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mampan.
vi.
Semua pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan perlu digalakkan untuk mempraktikkan amalan pelancongan berpandukan kod-kod amalan berikut:-
a. Menyumbang kepada ekonomi setempat.
b. Menghormati budaya dan melabur dalam modal sosial.
c. Mempromosi lawatan dan aktiviti yang dikendalikan oleh pemandu pelancong tempatan.
d. Menggunakan sumber pelancongan secara cekap dan mampan.
e. Pengurusan sisa buangan yang sistematik.
f. Komited terhadap pemeliharaan alam sekitar.
g. Membangunkan keupayaan untuk penambahbaikan secara berterusan.
h. Menguruskan tapak-tapak pelancongan dalam had yang boleh diterima.
RFN 12 ZON PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SETIAP NEGERI PERLU MENEKANKAN PRODUK KHUSUS WILAYAH BERDASARKAN KELEBIHAN LOKASI DAN SUMBER SEDIA ADA
PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia
Langkah-langkah:
i. Dasar Pelancongan Negara 2004 perlu dikaji semula untuk menerapkan aspek spatial dalam pembangunan pelancongan termasuk cadangan pendekatan yang bersesuaian bagi pembangunan pelancongan mampan. Dasar Pelancongan Negara yang dipinda akan mengandungi garis panduan pembangunan dan amalan pengurusan yang akan diguna pakai untuk semua bentuk destinasi pelancongan. Dasar Pelancongan Negara akan menjadi panduan kepada aspek-aspek berikut:-
a. Mengelakkan persaingan yang tidak sihat, meningkatkan usaha saling melengkapi dalam pembangunan pelancongan dan membentuk pakej pelancongan di antara negeri dan negara jiran.
b. Mencapai kerjasama dan penyelarasan pembangunan pelancongan dan promosi di kalangan sektor awam dan pelbagai sektor berkepentingan (sektor swasta, masyarakat dan orang awam).
c. Menggalakkan pelancongan asas masyarakat (berasaskan warisan dan budaya
tempatan) dan memudahcara aktiviti pelaburan dalam industri pelancongan.
ii. Produk pelancongan yang berkualiti tinggi perlu disediakan dan dikekalkan dengan :
a. Mengenal pasti destinasi pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri dan
keindahan semula jadi yang unggul dengan potensi pelancongan yang tinggi.
b. Memberi suntikan pembaharuan kepada produk-produk pelancongan sedia ada secara berterusan.
c. Mempelbagai dan memperkenalkan produk gabungan dan infrastruktur baru berdasarkan cita rasa pelancong, termasuk keperluan pelancong domestik melalui kajian pasaran yang berterusan serta analisis kelebihan daya saing negara.
iii. Pembangunan poduk-produk pelancongan dalam Zon Pelancongan perlu digalakkan mengikut kelebihan lokasi masing-masing:-
a. Meningkatkan tarikan pelancongan membeli-belah di pusat bandar utama, bandar sempadan dan zon bebas cukai, bagi memaksimakan faedah ekonomi dari kemasukan pelancong.
b. Pembangunan pelancongan kesihatan, kesejahteraan, sukan dan acara perlu dipertingkatkan di semua bandar utama yang mempunyai ketersediaan kemudahan sokongan infrastruktur, manakala lebih banyak zon kesejahteraan yang menawarkan b. Pembangunan pelancongan kesihatan, kesejahteraan, sukan dan acara perlu dipertingkatkan di semua bandar utama yang mempunyai ketersediaan kemudahan sokongan infrastruktur, manakala lebih banyak zon kesejahteraan yang menawarkan
c. Pelancongan perubatan perlu dipertingkatkan di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan.
d. Pembangunan pelancongan pendidikan perlu dipertingkatkan di pusat-pusat institusi pengajian tinggi sedia ada, manakala bandar-bandar pendidikan baru akan dibangunkan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi perkembangan para penuntut dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian.
e. Kepentingan negara sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Seminar dan Pameran (MICE) perlu disokong dengan pembangunan infrastruktur yang berterusan di bandar-bandar utama.
f. Ekopelancongan berasaskan alam semula jadi perlu dibangunkan secara mampan dan dipromosikan di kawasan semula jadi seperti tanah tinggi, kawasan persisiran pantai, pulau taman laut, taman negara dan negeri, tapak geologi, tanah bencah, tapak RAMSAR, tapak pendaratan burung dan penyu dan habitat kelip-kelip.
g. Sumber dan produk pelancongan kepelbagaian budaya yang asli dan warisan sejarah perlu dibangunkan secara mampan, dipelihara dan dipromosikan di bandar- bandar warisan, zon dan tapak warisan serta daerah luar bandar.
PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi
PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia
Sumber : Pelan‐pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara, 2009
RFN 13
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN BERKUALITI TINGGI PERLU DISEDIAKAN BAGI MEMPERTINGKATKAN KESELESAAN DAN KESELAMATAN PELANCONG TANPA MENJEJASKAN KUALITI ALAM SEKITAR
Langkah-Langkah:
i. Bandar pintu masuk ke destinasi ekopelancongan dan kepulauan perlu digalakkan untuk memperluaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan seperti kemudahan penginapan, pengangkutan, agensi pelancongan, pemandu pelancong berlesen, makanan dan minuman dan cenderahati.
ii. Industri pelancongan perlu digalakkan untuk bersedia menghadapi krisis dan situasi bencana seperti perancangan kemudahan pemindahan semasa kecemasan, tindak balas kecemasan dan daya ketahanan masyarakat.
iii. Sistem pengangkutan (udara, air, kereta api dan jalan raya) dan aksessibiliti yang cekap dan komprehensif perlu dirancang dan ditambah baik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan pakej pelancongan bersepadu. Ini termasuk keperluan untuk menyediakan:
a. Laluan persisiran pantai dengan pemandangan yang menarik sebagai tarikan pelancongan bagi kawasan luar bandar.
b. Tahap aksessibiliti yang tinggi bagi semua zon atau produk pelancongan.
c. Laluan kecemasan, kemudahan pemindahan semasa kecemasan serta lain-lain aspek keselamatan perjalanan dan aktiviti pelancong dalam zon-zon pelancongan, yang dipantau secara berkala oleh pihak berkuasa, agensi berkaitan dan pengusaha resort.
iv. Kemudahan penginapan yang berkualiti dan bersih dengan harga berpatutan perlu disediakan untuk memenuhi semua segmen pasaran pelancong. Kemudahan ini perlu disediakan dengan skala yang bersesuaian serta berdekatan dengan kemudahan sokongan pelancongan dan infrastruktur, berdasarkan permintaan pelancong dan di dalam had yang boleh diterima bagi kawasan terlibat.
v. Kemudahan sokongan seperti teknologi maklumat, tandas awam yang bersih,
kemudahan penukaran wang asing, kemudahan transit, peti keselamatan, serta kemudahan-kemudahan lain untuk keperluan pelancong domestik, pelancong berkeluarga dan pengembara perlu disediakan dalam zon pelancongan.
vi. Penyelenggaraan infrastruktur yang berterusan dan sokongan kewangan yang mencukupi perlu disediakan untuk melindungi produk pelancongan serta memastikan kepuasan para pelancong dapat dipenuhi.
5.5 Pengurusan Petempatan Manusia
Walau pun terdapat hubungan simbiotik antara pusat bandar dan petempatan luar bandar, seksyen ini memberi fokus kepada bandar dan pekan. Petempatan luar bandar, terutamanya Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan Orang Asli, serta potensi kluster ekonomi luar bandar telah dihuraikan di dalam Seksyen 5.3: Pemuliharaan Sumber Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar.
Tahap perbandaran di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 54.3% kepada 65.4% dalam tempoh masa bancian 1991-2000 dan dijangka terus meningkat sehingga 75.0% pada tahun 2020. Dalam tempoh masa RFN Ke-2, peningkatan intensiti perbandaran menjadi faktor penting dalam pembangunan spatial dan ekonomi Malaysia. Proses perbandaran jelas wujud dengan peningkatan tumpuan pembangunan perbandaran di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Bandar-bandar yang paling pesat berkembang bagi tempoh 1991-2000 adalah yang terletak di sekitar bandaraya tersebut. Sepuluh bandar yang pesat berkembang ialah Subang Jaya, Skudai, Batu 9 Cheras, Pasir Gudang, Kulim, Shah Alam, Kajang, Gelugor, Ampang Jaya dan Klang. Keempat-empat conurbation utama akan terus berkembang dengan lebih pesat berbanding kawasan lain di negara ini dan akan menarik lebih banyak migrasi masuk. Unjuran penduduk bagi empat conurbation utama tersebut ditunjukkan di dalam Jadual 5.2.
Jadual 5.2: Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama
Conurbation Tahun 2000 (juta) Tahun 2020 (juta)
Kuala Lumpur 4.8 10.37 George Town
1.3 2.42 Johor Bahru
1.0 2.40 Kuantan
Peratus daripada Jumlah Penduduk Semenanjung
Sumber : Unjuran penduduk bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah berdasarkan Kajian Rangka Kerja Penyelarasan
Pengurusan Pertumbuhan Kuala Lumpur Conurbation dan Conurbation George Town adalah berdasarkan RFN. Untuk Conurbation Johor Bahru dan Kuantan, unjuran penduduk adalah berdasarkan Pelan Induk SJER dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER.
Pembentukan conurbation yang keempat sedang berlaku di sekitar Kuantan. Strategi Serakan Tertumpu dalam koridor pembangunan berasaskan conurbation utama akan mengukuhkan fungsi dan kedudukan keempat-empat conurbation ini.
Wawasan 2020 dan strategi RRJP3 adalah berasaskan kepada tahap pertumbuhan ekonomi yang tinggi menerusi kepesatan pembangunan industri dan sektor pembuatan asas eksport. RMKe-9 juga telah mengiktirafkan sektor pembuatan dan perkhidmatan sebagai sektor-sektor ekonomi yang sedang berkembang pesat. Ia selanjutnya mengenal pasti keperluan menggalakkan pelaburan langsung asing dan memperakukan bahawa pembangunan perindustrian masa depan akan menghadapi persaingan lebih intensif antara negara-negara bagi mendapatkan pelaburan dan pasaran. Berdasarkan cabaran tersebut dan strategi perancangan ekonomi yang telah dirumuskan, pembangunan negara pada masa akan datang memerlukan dan bergantung kepada kawasan bandar.
Ianya juga memberi implikasi terhadap kebebasan memilih lokasi secara am bagi pelabur-pelabur, bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan perniagaan masing- masing. Pelabur-pelabur antarabangsa lebih berminat dengan lokasi yang menawarkan infrastruktur fizikal bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, berhampiran dengan perniagaan serta industri lain untuk memperolehi kos perdagangan yang rendah dan aglomerasi ekonomi, termasuk kemudahan infrastruktur sokongan bagi memenuhi keperluan gaya hidup pekerja berpengetahuan tinggi. Kemudahan yang diperlukan termasuk kelab sosial, rekreasi dan sukan, pelbagai pusat hiburan dan pusat kebudayaan masing-masing sekolah antarabangsa, pusat beli belah bertaraf mewah dan akses mudah bagi perjalanan antarabangsa. Bandar dan conurbation yang sesuai didiami dapat menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran dan berpengetahuan tinggi yang seterusnya mampu menarik kemasukan industri berteknologi tinggi dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi (Rajah 2.2).
Strategi serakan tertumpu dalam pembangunan koridor akan meningkatkan kemampuan bandar-bandar yang dinamik di negara ini untuk bersaing dengan bandar-bandar lain di wilayah Pasifik Barat dan terus mengekalkan kemampanan daya saingnya. Oleh itu, di dalam konteks Semenanjung Malaysia, tumpuan pelaburan produktif, peluang-peluang pekerjaan dan penduduk di conurbation utama dijangka berterusan.
Trend perbandaran semasa yang memberi penumpuan utama di bandaraya-bandaraya utama mungkin boleh diubahsuai tetapi tidak boleh disekat, sebagaimana dilaksanakan melalui dasar masa lalu contohnya untuk memperbandarkan kawasan luar bandar seperti pembangunan kawasan-kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW). Sebarang usaha untuk mengarahkan pembangunan perindustrian ke kawasan yang ditentukan oleh pihak kerajaan akan mengakibatkan pelaburan awam yang tidak efektif, menjejaskan daya saing Malaysia dalam menarik pelaburan lansung asing dan menyebabkan kehilangan pelaburan tempatan kepada pesaing-pesaing antarabangsa, dan seterusnya menjejaskan usaha ke arah pencapaian objektif Wawasan 2020. Pengubahsuaian trend pembangunan semasa merangkumi sokongan berterusan kepada pembangunan di lokasi terpilih dan terhad dalam wilayah kurang maju seperti Kuantan dan selatan Terengganu dalam bentuk ‘pembangunan kon’ dalam koridor pertumbuhan ekonomi utama. Setiap pusat bandar terpilih perlu mengkhususkan aktiviti ekonomi mengikut potensi sumber masing-masing untuk menampung pasaran khusus, sebagai contoh NCER dengan pengeluaran pertanian khusus untuk pasaran Timur Tengah. Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan pembangunan geografi seimbang serta memperkukuhkan asas bagi perkembangan sektor perindustrian pada masa hadapan di wilayah tersebut. Usaha ini juga merangkumi usaha menyalurkan limpahan dan lebihan pembangunan ke conurbation yang terletak di antara conurbation utama seperti Ipoh, Melaka, Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang.
PPU dan PPK (bandar kecil dan sederhana) secara umumnya termasuk beberapa buah ibu negeri didapati tidak membangun dengan pesat seperti conurbation utama dan mengalami pengurangan penduduk bandar dalam dekad 1991-2000. Pelaburan awam bagi infrastruktur bertujuan untuk menarik pembangunan sektor yang menghadapi PPU dan PPK (bandar kecil dan sederhana) secara umumnya termasuk beberapa buah ibu negeri didapati tidak membangun dengan pesat seperti conurbation utama dan mengalami pengurangan penduduk bandar dalam dekad 1991-2000. Pelaburan awam bagi infrastruktur bertujuan untuk menarik pembangunan sektor yang menghadapi
Terdapat beberapa pengecualian, khususnya bagi bandar-bandar yang mempunyai potensi berkait dengan pembangunan sumber in-situ, iaitu sektor khusus yang tidak dipengaruhi oleh persaingan global yang intensif. Bandar-bandar ini dikenali sebagai Bandar Berciri Khas. Ianya merangkumi bandar-bandar terletak berhampiran dengan kawasan yang mempunyai keindahan semula jadi yang menyerlah atau kawasan berdaya tarikan alam semula jadi, arkeologi atau bersejarah yang boleh dijadikan sebagai bandar peranginan pelancong (contoh: Tanah Rata dan Port Dickson) dan tapak baru eko-lancong (contoh: Raub dan Kuala Lipis) termasuk bandar yang menyokong operasi perlombongan seperti di Kerteh. Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengarahkan pelaburan infrastruktur mengikut kesesuaian jenis pembangunan ke kawasan-kawasan istimewa ini.
Rebakan bandar dan kemerosotan persekitaran bandar di dalam conurbation merupakan satu isu dalam perkembangan conurbation. Walaupun conurbation digalakkan untuk berkembang supaya dapat memanfaatkan pelaburan pembangunan, setiap bandar di dalam conurbation berkenaan tidak seharusnya menghadapi kemerosotan dalam aspek rupa bentuk, karektor dan kecekapan fungsi masing-masing.
Perancangan bandar di peringkat tempatan perlu berusaha untuk menggalakkan persekitaran yang sesuai didiami di dalam setiap bandar, mengekalkan keutuhan hubungan di antara bandar utama dan pinggir bandar serta mengurangkan masa perjalanan di antara pusat bandar dan kawasan sekitarnya. Conurbation tidak sepatutnya menjadi kawasan perbandaran yang bercelaru dengan guna tanah bandar yang bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan sehingga penduduk terpaksa membuat perjalanan yang tidak perlu, panjang atau bersilang antara satu sama lain, sama ada ke tempat kerja, sekolah, membeli belah atau beriadah.
Bandar yang sesuai didiami dan komuniti mampan dapat dicapai dengan peralihan bentuk pembangunan daripada rebakan bandar konvensional yang tidak teratur kepada rupa bentuk dan reka bentuk bandar padat. Untuk mewujudkan bandar yang sesuai didiami, keutamaan perlu diberi kepada peruntukan sumber bagi menjana semula masyarakat dan merancakkan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada.
Konsep bandar yang sesuai didiami meletakkan keutamaan kepada menggalakkan pembangunan bercampur, berdensiti tinggi, aksessibiliti pengangkutan awam dan pejalan kaki, penggunaan optimum infrastruktur sedia ada, penambahbaikan persekitaran, dan perlindungan dan penyediaan ruangan terbuka. Reka bentuk bangunan padat membolehkan pemeliharaan dan penyediaan lebih banyak kawasan hijau dan tanah lapang seperti taman, hutan bandar, tanah bencah dan kawasan Konsep bandar yang sesuai didiami meletakkan keutamaan kepada menggalakkan pembangunan bercampur, berdensiti tinggi, aksessibiliti pengangkutan awam dan pejalan kaki, penggunaan optimum infrastruktur sedia ada, penambahbaikan persekitaran, dan perlindungan dan penyediaan ruangan terbuka. Reka bentuk bangunan padat membolehkan pemeliharaan dan penyediaan lebih banyak kawasan hijau dan tanah lapang seperti taman, hutan bandar, tanah bencah dan kawasan
Komponen utama dalam bandar padat adalah integrasi kegunaan tanah bercampur ke dalam komuniti, terutamanya di pusat bandar, berdasarkan kepada pendekatan pengezonan kegunaan tanah mengikut kesan pencemaran. Kedudukan kegunaan bercampur (contohnya perumahan, perniagaan dan perkhidmatan) yang berdekatan antara satu sama lain, menggalakkan keberkesanan rangkaian fungsi dan menawarkan alternatif lain kepada penggunaan kereta, seperti berjalan kaki dan berbasikal, justeru membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Kegunaan tanah bercampur akan menjanakan critical mass penduduk dan asas perdagangan yang besar untuk menyokong sistem pengangkutan awam yang berdaya maju. Ia juga akan mempertingkatkan keceriaan, keselamatan dan kehidupan sesebuah kawasan terutamanya pusat bandar dan pusat kejiranan, dengan meningkatkan bilangan penduduk di atas jalanan, kawasan membeli-belah dan reruang awam, dan seterusnya mempertingkatkan aktiviti ekonomi di pusat komersial dan merancakkan semula kehidupan komuniti.
Pusat conurbation telah mengalami penurunan bilangan penduduk kepada kawasan pinggiran bandar dan bandar satelit dalam dekad yang lepas. Faktor utama yang menyebabkan perpindahan penduduk keluar dari pusat bandaraya utama adalah peningkatan kos perumahan, di mana kos kehidupan dalam bandar telah melebihi keupayaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Hanya perumahan yang mendapat subsidi iaitu dalam bentuk rumah kos rendah dapat mengekalkan sebahagian golongan berpendapatan rendah di pusat bandar. Namun demikian, perumahan kos rendah ini ditawarkan kepada golongan miskin bandar sahaja dan tidak kepada golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah. Keadaan ini mewujudkan suasana di mana pusat bandar hanya didiami oleh golongan terkaya dan termiskin. Keadaan ini tidak mengambarkan kepelbagaian sosial yang dihasratkan di pusat-pusat bandaraya.
Bagi menangani sindrom perumahan golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah, maka perumahan mampu milik yang mencukupi dari segi saiz, jenis dan pemilikan, perlu disediakan di bandar-bandar mengikut keperluan penduduk tempatan. Kehidupan bandar, terutamanya dalam inovasi bangunan bertingkat, akan digalakkan; dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di semua kawasan pembangunan perumahan baru, terutamanya di tapak brownfield, dengan mempercepatkan kebenaran merancang dan penyediaan insentif, seperti pembangunan bercampur dan kepadatan tinggi. Dengan ini, bilangan penduduk yang tinggal di bandar Bagi menangani sindrom perumahan golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah, maka perumahan mampu milik yang mencukupi dari segi saiz, jenis dan pemilikan, perlu disediakan di bandar-bandar mengikut keperluan penduduk tempatan. Kehidupan bandar, terutamanya dalam inovasi bangunan bertingkat, akan digalakkan; dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di semua kawasan pembangunan perumahan baru, terutamanya di tapak brownfield, dengan mempercepatkan kebenaran merancang dan penyediaan insentif, seperti pembangunan bercampur dan kepadatan tinggi. Dengan ini, bilangan penduduk yang tinggal di bandar
Migrasi keluar penduduk dari pusat bandar memberi peluang untuk menukar kegunaan kawasan perumahan usang kepada kegunaan perdagangan dan pejabat tetapi kebanyakan kawasan tersebut telah dibiarkan usang, di mana kadar pembangunan terbengkalai adalah lebih tinggi berbanding kadar pembangunan semula. Masalah ini dijangka akan terus menjadi isu utama dalam tempoh dua dekad akan datang. Untuk mencapai bandar yang berkembang pesat dengan ekonomi yang berdaya maju, teras pembangunan spatial utama adalah ke arah pembangunan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada. Dasar perlu dirumuskan untuk memandu perancangan di pusat bandar khususnya bandar lama yang terletak di dalam conurbation utama. Usaha perlu ditingkatkan di peringkat RT untuk menangani isu-isu rekabentuk dan pembaharuan terhadap tapak dan lokasi khusus, serta halangan berkaitan pembangunan semula seperti isu pemilikan tanah.
Aspirasi untuk mencapai status negara maju dengan menikmati kualiti kehidupan bandar setaraf dengan negara maju memerlukan penerimapakaian piawaian perancangan bertaraf negara maju. Piawaian perancangan sedia ada khususnya dalam penyediaan kawasan lapang, taman rekreasi dan kemudahan awam lain perlu dikaji semula. Piawaian dan kualiti penyediaan infrastruktur seperti bekalan air, pembetungan serta kebersihan jalan dan longkang, perlu dipantau, dikaji semula dan dibandingkan dengan piawaian antarabangsa.
Malaysia sehingga kini masih menghadapi isu hartanah tidak terjual yang menyebabkan modal dan sumber menjadi statik, akibat daripada spekulasi pembangunan. Untuk mengelakkan isu tersebut daripada berulang di masa hadapan, pihak berkuasa tempatan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan permohonan pembangunan dan perlu berpandukan kepada unjuran perumahan dan permintaan hartanah yang realistik.
Dasar pengurusan petempatan manusia perlu diintegrasikan dengan dasar sektoral seperti pertanian, pemuliharaan sumber dan alam sekitar serta sektor lain yang mempunyai impak ke atas guna tanah. Sebagai contoh, dasar pertanian untuk pemuliharaan kawasan jelapang padi strategik akan memerlukan pembangunan bandar masa depan dikawal dan diarahkan jauh daripada bandar-bandar yang terletak di dalam kawasan jelapang padi seperti Bandaraya Alor Setar. Pembangunan baru ini boleh diarahkan ke kawasan yang terletak di luar kawasan tanaman padi atau bandar-bandar lain di dalam negeri tersebut. Perincian terhadap pengalihan pembangunan bandar ini perlu dikaji di peringkat perancangan negeri dan tempatan, manakala dasar negara perlu merangkumi bantuan kewangan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan usaha- usaha pengalihan kawasan tersebut.
Dasar negara terhadap petempatan manusia perlu juga menggalakkan inisiatif tempatan, agar inisiatif tersebut tidak bercanggah dengan rangka kerja spatial negara. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga perlu diperuntukkan untuk menyokong program- program tempatan yang selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Ke-2.
RFN 14 TUMPUAN PERTUMBUHAN BANDAR PERLU DITAMPUNG DI DALAM CONURBATION YANG DIRANCANG DAN DIMAJUKAN SECARA BERSEPADU SELARAS DENGAN DASAR PERBANDARAN NEGARA
PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar
Langkah-langkah:
i. Tahap conurbation yang dicadangkan untuk keutamaan pembangunan adalah seperti
berikut:
Julat Penduduk Tahap Conurbation
Kawasan
Indikatif Conurbation Pertumbuhan
1 Conurbation Kuala Lumpur
> 2.5 juta
Negara
Conurbation George Town
Conurbation Pertumbuhan
2 Conurbation Johor Bahru
1.5 – 2.5 juta
Wilayah
Conurbation Kuantan Conurbation Ipoh
3 Conurbation Separa Wilayah
Conurbation Melaka
juta
Conurbation Alor Setar
Conurbation Pertumbuhan
Conurbation Kota Bharu
4 Negeri
Conurbation Kuala Terengganu
Conurbation Kangar Conurbation Muar-Batu Pahat-
Kluang
Conurbation Pertumbuhan
5 Conurbation Lumut-Setiawan-
Daerah
Manjung Conurbation Temerloh-Mentakab
Sumber : Dasar Perbandaran Negara, 2006.
Rancangan wilayah untuk conurbation perlu disediakan untuk setiap kawasan conurbation. Pelan ini perlu mengutamakan perancangan bandar-bandar baru dan pusat- pusat pertumbuhan dalam conurbation, had pembangunan bandar, lingkaran hijau, sistem pengangkutan, bekalan air, sistem pembetungan, pelupusan sisa pepejal, kawasan industri dan tebatan banjir.
ii. Pembangunan tambahan yang tidak dapat ditampung dalam had pembangunan bandar sedia ada, perlu diarahkan ke bandar-bandar baru dan pusat-pusat pertumbuhan yang terletak dalam sempadan conurbation.
iii. Dalam menentukan had pembangunan bandar, perlu ada pemisah antara kawasan- kawasan bandar untuk mengekalkan identiti setiap bandar. Kawasan atau tanah bandar ini perlu dielakkan daripada pembangunan dan dijadikan sebagai lingkaran hijau. Garis panduan akan digubal bagi penyediaan, penyelenggaraan dan pengawalan kawasan lingkaran hijau.
iv. Rizab hutan simpan terpencil, KPU dan KSAS Tahap 1 dan Tahap 2 merupakan sebahagian daripada lingkaran hijau.
v. Kawalan pembangunan bagi tanah yang ditetapkan sebagai KPU dan KSAS di dalam
lingkaran hijau perlu dilaksanakan. Secara umum, pembangunan di kawasan lingkaran hijau akan dihadkan untuk penggunaan rekreasi sahaja, dan kesesuaian jenis aktiviti rekreasi akan bergantung kepada kesensitifan kawasan persekitaran.
vi. Permohonan tukar syarat tanah dan pembangunan perlu dinilai berdasarkan kaedah ‘sequential test’ untuk meminimakan spekulasi pembangunan.
vii. Tanah-tanah kerajaan negeri yang terletak di dalam had pembangunan bandar perlu
dirizabkan untuk kegunaan awam seperti kawasan lapang dan kemudahan masyarakat yang bersesuaian.
viii. Pergerakan di antara bandar dalam conurbation haruslah dipermudahkan dengan sistem
transit berkapasiti tinggi, perancangan guna tanah dalam conurbation perlu ke arah meminimumkan pergerakan di antara bandar.
ix. Hierarki infrastruktur, kemudahan sosial dan rekreasi perlu ditetapkan dalam setiap
conurbation untuk menggalakkan kecekapan dalam pelaburan awam dan penggunaan kemudahan awam.
PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar
Sumber : Dasar Perbandaran Negara (DPN), 2006
RFN 15 PERTUMBUHAN EMPAT CONURBATION UTAMA IAITU KUALA LUMPUR, GEORGE TOWN, JOHOR BAHRU DAN KUANTAN PERLU DISOKONG UNTUK MEMPERTINGKAT DAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL
Langkah-langkah:
i. Selain daripada sokongan am terhadap sektor perkhidmatan dan pembuatan, daya saing global conurbation utama untuk menarik pelaburan tempatan dan asing dalam pertumbuhan k-ekonomi; sektor ICT, pelancongan kesihatan dan pendidikan serta bioteknologi akan diberi perhatian dan sokongan khusus.
ii. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan khususnya bekalan tenaga, perumahan, rekreasi, hiburan dan persekitaran berkualiti yang diperlukan untuk menyokong sektor k-ekonomi perlu dipertingkatkan.
iii. Dimana perlu dan sesuai kawasan-kawasan khusus perlu dikenal pasti dan dibangunkan di dalam conurbation untuk menempatkan pengusahaan ICT dan bioteknologi.
iv. Sistem transit berkapasiti tinggi bersepadu perlu dibangunkan di dalam conurbation utama untuk meningkatkan kecekapan conurbation.
v. Aspirasi untuk memaju dan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai ‘bandar bertaraf
dunia’ perlu disokong.
vi. Pembangunan industri dan perkhidmatan yang tidak dapat ditampung oleh conurbation
utama perlu digalakkan dan dibangunkan di conurbation separa wilayah dan conurbation pertumbuhan daerah iaitu:
a. Ipoh
b. Melaka
c. Temerloh-Mentakab
d. Lumut-Sitiawan-Manjung
e. Muar-Batu Pahat-Kluang
RFN 16 KEUTAMAAN PERLU DIBERI UNTUK MENCAPAI TAHAP BANDAR PADAT YANG CEKAP TENAGA
Langkah-langkah:
i. Pembangunan berorientasikan transit (TOD), berintensiti tinggi dan pembangunan bercampur akan digalakkan untuk mencapai bandar padat dan cekap tenaga yang sesuai didiami.
ii. Pembangunan infill dan penggunaan tapak brownfield di kawasan bandar perlu digalakkan untuk penggunaan optima infrastruktur fizikal dan sosial sedia ada dan komited.
iii. Insentif yang bersesuaian perlu disediakan untuk merangsang pembangunan semula bandar dan pembangunan infill.
iv. Perancangan tempatan perlu mewujudkan peluang untuk pembangunan semula bandar- bandar utama yang bukan hanya bertujuan untuk pertumbuhan ekonomi bahkan juga untuk mempertingkatkan persekitaran kehidupan.
v. Hubungan dan identiti antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggirannya perlu ditetapkan dan dikekalkan.
vi. Individualiti dan pemisah fizikal bagi bandaraya, bandar dan luar bandar perlu dikekalkan.
vii. Sempadan had pembangunan dan pertumbuhan bandar bagi setiap bandaraya, bandar
dan kampung akan ditentukan untuk menghadkan perkembangan mendatar bagi bandaraya, bandar dan kampung berkenaan.
viii. Perancangan tempatan perlu sensitif terhadap pemuliharaan kawasan yang
berkepentingan sejarah, budaya dan seni bina untuk meningkatkan karektor dan keunikan bandar berkenaan.
ix. Rancangan pembangunan perlu mengenal pasti isu-isu relevan yang berkaitan dengan
perubahan iklim dan untuk mencapai konsep kawasan kejiranan hijau.
RFN 17 BANDAR BERCIRI KHAS PERLU DIKENALPASTI DAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG MEMPERKUKUHKAN CIRI-CIRI ISTIMEWA TERSEBUT PERLU DISOKONG DENGAN INFRASTRUKTUR YANG BERSESUAIAN
Langkah-langkah:
i. Ciri-ciri khas dan fungsi bandar-bandar terpilih akan dibangunkan dan dipertingkatkan mengikut potensi ekonomi masing-masing dengan menyediakan kemudahan sokongan yang mencukupi.
Bandar-bandar yang berciri khas disenaraikan di bawah:
Fungsi Khas
Negeri Ciri-ciri Khas Bandar Lain
Bandar
1. Bandar Resort Persisiran Mersing Johor
Desaru Kuah
Kedah
Port Dickson
Negeri Sembilan
Kuala Rompin Cherating
Pahang
Pantai Sepat Dungun Marang
Terengganu
Penarik-Merang Kuala Besut Pangkor
Perak
Lumut Batu Feringghi
Penang
Tanjung Tokong Tumpat
Kelantan 2. Bandar Tanah Tinggi dan Tanah Rata (Cameron Highlands) Stesen Bukit
Genting Highlands
Pahang
Bukit Fraser (Fraser’s Hill) Lojing
Kelantan
Bukit Bendera (Penang Hill)
Pulau Pinang
Bukit Larut (Maxwell Hill)
Perak
Kedah 3. Alam Semula Jadi/
Gunung Jerai
Pontian Kecil
Johor Ekopelancongan
Segamat Jerantut
Pahang
Bera Jerteh
Terengganu
Marang Dabong
Kelantan
Gua Musang Alor Gajah Ayer Keroh
Melaka
Jasin
Fungsi Khas
Bandar
Negeri
Pulau Pinang Bersejarah
4. Bandar Warisan/
George Town
Teluk Intan Gerik
Perak
Lenggong Taiping Klang
Selangor
Bandar Melaka
Melaka
Pahang 5.Bandar DiRaja
Kuala Lipis
Pekan
Pahang
Kota Bharu
Kelantan
Kuala Terengganu
Terengganu
Kuala Kangsar
Alor Setar
Kedah
Sri Menanti
Negeri Sembilan
Selangor 6. Bandar Berfungsi Khas
Selangor 7. Bandar Industri Khas
Cyberjaya
Tanjung Malim – Bandar Proton
Perak
Prai – Industri Berat
Pulau Pinang
Gurun- Industri Berat
Kedah
Kulim Hi-Tech – Teknologi Tinggi Senai – Hab penerbangan dan logistik
Johor
Kerteh – Petrokimia, minyak dan gas
Terengganu
Teluk Kalong – Industri Berat
Terengganu
Gebeng – Petrokimia, minyak sawit, bio-
Pahang
diesel dan logistik Peramu - Automobil
Pahang
Pahang 8. Pusat Pengangkutan dan Lumut – Sitiawan – Manjung
Tanjung Agas- Industri berasaskan marin
Perak Komunikasi
Gerik Temerloh – Mentakab
Pahang
Gua Musang
Kelantan
Negeri Sembilan 9. Bandar Sempadan
Gemas
Padang Besar
Perlis
Bukit Kayu Hitam
Kedah
Kota Putra Pengkalan Hulu
Perak
Bukit Bunga Rantau Panjang
Kelantan
Pengkalan Kubor
ii. Ciri-ciri dan fungsi khas bandar perlu diterjemahkan melalui reka bentuk bandar yang responsif dan efektif.
iii. Semua bandar sempadan perlu dirancang dengan mengambilkira keadaan sedia ada dan cadangan pembangunan di kawasan bersempadan. Kerjasama merentas sempadan perlu digalakkan.
iv. Rancangan pembangunan komprehensif yang merangkumi kedua-dua belah sempadan
perlu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Strategi Pembangunan Bersama melalui kerjasama pembangunan sub-wilayah ASEAN di IMT-GT dan IMS-GT.
RFN 18 PUSAT PETEMPATAN UTAMA DAN PUSAT PETEMPATAN KECIL PERLU DIKEKAL DAN DIBANGUNKAN MENGIKUT POTENSI EKONOMI SETEMPAT
PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil
Langkah-langkah:
i. Kemudahan awam di kesemua Pusat Petempatan Utama (PPU) dan Pusat Petempatan Kecil (PPK) perlu diuruskan setaraf dengan keperluan penduduk.
ii. Industri-industri berasaskan sumber, industri kraf, aktiviti pertanian nilai ditambah, ekopelancongan serta industri dan perkhidmatan berkaitan di PPU dan PPK yang berpotensi perlu disokong dengan pelaburan infrastruktur awam yang diperlukan untuk pembangunan tersebut.
iii. Pembangunan bandar perlu diselaraskan dengan dasar-dasar negara berkaitan dengan guna tanah, seperti Dasar Pertanian Negara bagi melindungi kawasan pengeluaran makanan. Perkembangan bandar berskala besar tidak dibenarkan di bandar-bandar yang terletak di dalam kawasan jelapang padi. Pembangunan sedemikian perlu dialihkan ke kawasan lain yang tidak dirizabkan sebagai kawasan pengeluaran padi.
iv. Bandar-bandar sempadan perlu dirancang dan diselaraskan pembangunannya dengan
memberi penekanan kepada identiti negeri masing-masing. Contoh bandar-bandar sempadan negeri adalah:
Nibong Tebal-Permatang Keling-Parit Buntar Tanjong Malim-Ulu Bernam Tampin-Gemas Endau-Tanjung Gemok Kemaman-Chendur Kuala Besut-Tok Bali
Rancangan pembangunan komprehensif bagi bandar-bandar sempadan perlu disediakan berdasarkan kerjasama antara negeri, menangani isu-isu merentas sempadan dan prinsip-prinsip reka bentuk bandar yang seragam.
PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil
Sumber : Dasar Perbandaran Negara (DPN), 2006
RFN 19 PERUMAHAN MAMPU MILIK YANG MENCUKUPI DAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN KOMUNITI TERMASUK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN PERLU DISEDIAKAN DI PUSAT BANDAR UTAMA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK
Langkah-langkah:
i. Perumahan yang mencukupi serta dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan awam dan kemudahan sosial perlu disediakan berdasarkan tahap kemampuan.
ii. Perumahan di pusat bandar utama perlu dirancang untuk mencapai sasaran satu unit kediaman bagi setiap isirumah.
iii. Di pusat bandar utama, sasaran Setinggan Sifar perlu dicapai menjelang tahun 2020.
iv. Keselamatan dan kawalan perlu dilaksanakan di kesemua kawasan kejiranan. Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED) perlu diguna pakai dalam skim perumahan awam dan swasta.
v. RT perlu mengenal pasti kawasan untuk perumahan awam yang berdekatan dengan tempat kerja, aksessibiliti yang baik dan memberi pertimbangan terhadap keperluan pelbagai kumpulan etnik masyarakat termasuk orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
vi. Strategi-strategi pelaksanaan yang baru seperti Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan land pooling perlu diguna pakai sebagai satu strategi untuk menyatukan pecahan- pecahan tanah bagi memenuhi keperluan perumahan.
vii. Ruang awam masyarakat perlu disediakan untuk interaksi sosial dan kemampanan
masyarakat.
RFN 20 PIAWAIAN PERANCANGAN DAN GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BANDAR PERLU DIRANGKA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEBUAH NEGARA MAJU
Langkah-langkah:
i. Piawaian perancangan sedia ada perlu diukur dengan piawaian antarabangsa dan akan ditingkatkan bagi memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia adalah setaraf dengan status negara maju. Peningkatan piawaian perlu praktikal dan sesuai dengan budaya tempatan, iklim dan keadaan lain.
ii. Pelaksanaan piawaian akan dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang impak yang mendadak terhadap harga tanah dan rumah.
iii. Pelaksanaan piawaian perancangan akan dipantau dan dikaji semula dari semasa ke semasa.
iv. Piawaian perancangan yang dikaji semula perlu merangkumi piawaian ruang bagi
kemudahan awam dan pembangunan sektor swasta. v. Kualiti dan jenis perkhidmatan perbandaran yang disediakan akan dikaji semula supaya
setaraf dengan aspirasi sebagai negara maju. vi. Keseragaman dalam piawaian perancangan dan garis panduan terperinci mengenai
pembangunan bandar perlu dibentuk untuk memenuhi keperluan negara maju, di samping mengemukakan isu-isu relevan berkaitan dengan perubahan iklim dan ke arah mencapai konsep kejiranan hijau.
RFN 21 SATU AGENSI PUSAT PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERBITKAN SECARA BERKALA MAKLUMAT PEMBANGUNAN GUNA TANAH
Langkah-langkah:
i. Agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan maklumat secara berkala mengenai pembangunan guna tanah adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
ii. Setiap Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) perlu mengemukakan kepada agensi pusat, secara berkala, maklumat mengenai kelulusan perancangan dan pemberian Certificates of Completion and Compliance (CCC) di kawasan masing-masing.
iii. Setiap Pejabat Tanah dan Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri perlu membekalkan kepada agensi pusat secara berkala, maklumat kelulusan tukar syarat tanah di dalam daerahnya.
iv. Agensi pusat perlu menetapkan kekerapan penerbitan melalui rundingan dengan pihak- pihak yang berkepentingan dan kekerapan laporan yang perlu dikemukakan oleh PBPT dan Pejabat Tanah dan Daerah.
v. Agensi pusat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan perlu menentukan format pelaporan dan penerbitan serta jenis maklumat yang dikehendaki.
vi. Kesemua rancangan pemajuan perlu mengandungi jadual bagi menentukan masa tanah
tersedia untuk pembangunan dan untuk ditukar syarat kepada kegunaan bandar. Kelulusan bagi tukar syarat tanah daripada pertanian kepada kegunaan bandar perlu diselaraskan dengan jadual tersebut. Sekiranya tanah yang ditukar syarat telah melebihi keperluan pembangunan, penangguhan tukar syarat perlu dikenakan. Kadar pertukaran syarat perlulah tidak melebihi 5 tahun daripada unjuran pembangunan.
5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia dengan kekayaan biodiversiti yang meliputi pelbagai jenis habitat hutan, habitat air tawar dan marin. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat sekitar 8,300 spesies tumbuhan vaskular, 229 spesies mamalia, 742 spesies burung, 1,031 spesies serangga dan 290 spesies ikan air tawar. Perairan tropika di Semenanjung Malaysia juga mempunyai rangkaian terumbu karang, tanah lumpur, paya bakau dan kawasan rumput laut yang luas, yang mengandungi spesies marin yang signifikan di peringkat global. Antara spesies terancam yang didapati adalah penyu hijau dengan populasi terbesar di dunia, penyu hawksbill, dugong dan ikan yu paus.
Pemuliharaan spesies, habitat, ekosistem dan proses ekologi yang berkaitan adalah penting untuk kesinambungan kesejahteraan manusia sejagat. Biodiversiti membekalkan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidupan yang amat diperlukan untuk kewujudan manusia. (Jadual 5.3)
Jadual 5.3 : Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem
Biodiversiti & Ekosistem
Perkhidmatan Pembekalan
Perkhidmatan Pengawasan
Perkhidmatan Budaya
Manfaat bukan material yang daripada ekosistem
Produk yang diperolehi
Manfaat yang diperolehi
diperolehi daripada ekosistem Makanan
daripada pengawasan proses ekosistem
Keagamaan & Kerohanian Air Bersih
Peraturan Mengenai Iklim
Rekreasi & Kayu Balak
Peraturan Mengenai
Ekopelancongan Kayu Api
Makhluk Perosak
Nilai Estetika & Inspirasi Serat
Peraturan Mengenai Air
Pendidikan Biokimia
Larian Permukaan/ Banjir
Warisan Budaya Sumber Genetik
Penulenan Air
Pendebungaan Peraturan Mengenai
Hakisan
Perkhidmatan Sokongan
Perkhidmatan yang Diperlukan untuk Pengeluaran Khidmat Ekosistem Lain Pembentukan
Penyediaan Habitat Penghasilan Tanah
Kitaran Nutrien
Sumber: A Common Vision on Biodiversity (NRE, 2008)
Malaysia telah mempraktikkan pemuliharaan habitat sejak akhir 1900-an. Pada tahun 1994, Malaysia telah memeteraikan Konvensyen PBB Mengenai Biodiversiti dan pada tahun 1998 juga telah menggubal Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan yang memberi arah tuju dan strategi dalam pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti negara. Pada masa kini, kawasan hutan masih lagi merangkumi sekitar 44.8% daripada kawasan daratan Semenanjung Malaysia, manakala kawasan perlindungan (termasuk rizab hutan simpan kekal yang mempunyai status perlindungan) meliputi 13%. Sistem taman laut
pula merangkumi kawasan perairan seluas 2,199 km 2 mengelilingi 71 buah pulau.
Walau pun terdapat banyak usaha pemuliharaan dijalankan, kehilangan habitat serta pemecahan spesies dan perkhidmatan ekosistem masih berterusan di Semenanjung Malaysia.
Secara umumnya, kawasan perlindungan merupakan kawasan yang diwartakan, namun kawasan rizab hutan ini dengan mudahnya dinyah wartakan dan ditukar syarat kepada tanah pertanian atau kegunaan lain. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kawasan dalam rizab hutan yang ditanami dengan pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar tahun 2007. Kehilangan dan pemecahan hutan telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan ekosistem, penurunan populasi hidupan liar serta peningkatan kejadian konflik manusia- hidupan liar. Oleh yang demikian, usaha untuk menangani kehilangan litupan hutan dan masalah pemecahan hutan merupakan langkah penting dalam pemuliharaan warisan biologi negara.
Nilai pemuliharaan ekosistem yang berada di luar kawasan perlindungan sering diketepikan demi untuk mengeksploitasi sumber. Sebagai contoh, bukit batu kapur yang menempatkan bilangan spesies endemik yang tinggi, sering kali dianggap hanya sebagai sumber asli yang dieksploitasi untuk agregat atau batu marmar. Oleh itu, kajian di peringkat negara yang mengutamakan kawasan-kawasan tersebut bagi tujuan pemuliharaan atau penggunaan sumber asli amat diperlukan.
Zon persisiran pantai Semenanjung Malaysia sedang mengalami proses perbandaran yang pesat, termasuk penambakan laut pada skala besar untuk pembangunan pelabuhan, zon industri dan akuakultur, yang kesemuanya mengakibatkan kehilangan habitat dan pencemaran. Kawasan perairan dan terumbu karang di taman laut juga mengalami kemerosotan secara berterusan akibat pembangunan dan pencemaran dari pulau-pulau taman laut. Kesemua faktor tersebut menjejaskan nilai perkhidmatan ekosistem yang dihasilkan oleh zon persisiran pantai seperti perikanan dan pelancongan.
Banyak ekosistem persisiran pantai dan marin yang penting seperti kawasan rumput laut, tapak pendaratan penyu dan kawasan habitat burung perlu dilindungi untuk mengurangkan kejadian kehilangan habitat yang lebih tinggi.
Kawasan tanah tinggi pula mempunyai ciri-ciri yang unik yang menjadi tarikan untuk pelancongan dan pertanian. Namun, pembangunan tidak terkawal, terutama di kawasan tanah tinggi seperti Lojing dan Cameron Highlands, menyebabkan masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemendapan sungai. Ini seterusnya menjejaskan biodiversiti akuatik dan fungsi sungai untuk membekalkan air bersih, rekreasi dan pelancongan. Pengawalan tegas perlu dijalankan ke atas perkembangan kawasan bandar dan pertanian di kawasan tanah tinggi, di samping melaksanakan amalan pengurusan yang lebih baik dan merangka rancangan-rancangan pemajuan berstatus untuk kawasan stesen bukit yang utama.
Perlindungan kawasan tadahan air, sungai dan zon recharge air bawah tanah amat penting untuk memastikan penawaran yang mencukupi untuk bekalan air berkualiti tinggi dan perancangan guna tanah secara mampan. Di samping itu, nilai ekonomi sebenar bagi kawasan hutan tadahan dan sungai-sungai yang bersih perlu dikenal pasti dan diiktiraf. Pembangunan empangan, yang menimbulkan impak alam sekitar dan sosial yang amat tinggi, tidak harus dianggap sebagai satu-satunya pilihan untuk pembangunan sumber air. Sebaliknya, langkah-langkah pengurusan permintaan air dan mempertingkatkan rangkaian pengagihan perlu diberi keutamaan yang sama penting.
Malaysia perlu pro-aktif dalam menangani impak-impak yang diramalkan akibat perubahan iklim global. Walaupun negara ini bukan penyumbang utama kepada perubahan iklim, Malaysia tetap terdedah kepada kesannya. Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) meramalkan bahawa tanpa tindakan lebih lanjut untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, suhu global akan naik secara purata 1.8°C sehingga 4.0°C dalam abad ini. Pemanasan global ini diramalkan akan mempunyai kesan serius, termasuk kenaikan paras air laut antara 18 dan 59 cm, yang akan membahayakan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil. Perubahan iklim juga dijangka akan meningkatkan lagi frekuensi dan kemusnahan cuaca melampau, mengakibatkan kehilangan biodiversiti, serta memberi kesan kepada sumber air dan pertanian.
Kewajipan utama Malaysia sebagai anggota Non-Annex 1 - Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon.
Pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai keadaan iklim dan impak yang berkaitan dengannya (Jadual 3.1) adalah penting bagi membentuk langkah-langkah yang lebih spesifik. Bagaimanapun langkah-langkah awal adaptasi juga adalah kritikal untuk mengekang kerosakan dan kos ekonomi akibat impak-impak perubahan iklim.
Secara keseluruhannya, perancangan guna tanah yang lebih berkesan, pengurusan dan perlindungan yang lebih ketat bagi kawasan sensitif alam sekitar di setiap peringkat amat penting untuk menjamin penggunaan secara bijak ke atas sumber asli, biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri juga perlu diberikan peluang untuk mengubah kebergantungan mereka kepada sumber pendapatan yang amat terhad, iaitu eksploitasi sumber asli dan cukai tanah, kepada sumber baru.
Oleh itu, adalah amat penting untuk mewujudkan dasar dan insentif-insentif ekonomi yang mencukupi untuk memastikan program perlindungan persekitaran dan pemuliharaan biodiversiti dilaksanakan di peringkat negeri.
RFN 22 KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PERLU DIINTEGRASI KE DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN GUNA TANAH DAN SUMBER ALAM SEMULA JADI
PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Langkah-langkah:
i. Penggunaan dan pemuliharaan KSAS di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan berdasarkan kriteria pengurusan yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Selain itu,
Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap 1 akan dirujuk bersama dalam semua peringkat perancangan guna tanah.
Kategori KSAS dan Kriteria:-
Kriteria Pengurusan KSAS
Tahap
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Kawasan Perlindungan sedia ada dan cadangan Pembangunan, pertanian
Tahap 1
atau pembalakan tidak Habitat kecil yang penting di luar sistem Kawasan
baru.
dibenarkan kecuali 2
Perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut,
ekopelancongan ,
kawasan penting tumbuhan, bukit batu kapur dan
penyelidikan dan
tanah bencah semula jadi yang mempunyai nilai
pendidikan.
pemuliharaan tinggi. Kawasan tadahan empangan sedia ada dan
cadangan baru. Kawasan melebihi kontur 1,000m
KSAS
Semua hutan dan tanah bencah di luar kawasan Pembangunan atau
Tahap 2
pertanian tidak dibenarkan. . Pembalakan mampan dan Kawasan antara kontur 300m - 1,000m
perlindungan.
Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 1 3
ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan tetapi tertakluk kepada halangan setempat.
KSAS
Pulau-pulau Taman Laut Pembangunan terkawal di
Tahap 3
Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 2 3 mana jenis dan intensiti Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon
pembangunan perlu
tertakluk kepada ciri-ciri Kawasan antara kontur 150m - 300m, semua
groundwater recharge.
halangan.
kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150tan/ha/tahun, semua kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal.
NRE. 2009. Pengurusan Biodiversity dalam Persekitaran Landskap ‐ Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian 2 Sumber Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (Kementrian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan 1997) menggunakan definasi Kesatuan Antarabangsa untuk Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya.
Pemulihan Alam Sekitar (IUCN) untuk ekopelancongan, iaitu “Environmentally responsible travel to relatively undisturbed natural areas in order to enjoy and appreciate nature (and any other accompanying cultural features). One that promotes conservation, one that has low visitor impact and one
3 that Keluasan provides for beneficially active socioeconomic involvement of local populations.” zon penampan akan disemak di peringkat tempatan dengan mengambilkira halangan spesifikasi tapak.
ii. RS dan RT perlu meneliti KSAS yang dikenal pasti di dalam RFN Ke-2 untuk merangkumi KSAS lain yang mungkin penting di peringkat negeri atau tempatan. Kategori KSAS dan kriteria pengurusan berkaitan dalam RFN Ke-2 perlu dikekalkan dalam RS dan RT. Kriteria pengurusan tambahan perlu dihuraikan di dalam RS dan RT untuk semua jenis KSAS di bawah KSAS Tahap 3.
iii. Semua sempadan KSAS perlu dipetakan dalam RS dan RT. Seterusnya, sempadan tersebut perlu ditandakan dengan jelas di atas tapak.
iv. Zon penampan yang mencukupi perlu disediakan di antara KSAS (Tahap 1 dan Tahap 2)
dan kawasan perbandaran atau pertanian. Garis panduan untuk guna tanah di zon penampan perlu ditetapkan. Bangunan kekal tidak dibenarkan di dalam zon penampan. Zon penampan boleh digunakan untuk agroperhutanan, mengikut kesesuaian garis panduan di atas. Dalam kawasan conurbation yang dikenal pasti, zon penampan KSAS boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan lingkaran hijau.
v. Hutan simpan kekal tidak dibenarkan dinyahwarta untuk mengekalkan jumlah litupan
hutan semula jadi sedia ada. Selain itu, perladangan hutan hanya dibenarkan di luar kawasan hutan simpan kekal.
vi. Tindakan fiskal perlu diperkenalkan untuk membolehkan kerajaan negeri mengimbangi
potensi kerugian hasil pendapatan akibat inisiatif pemuliharaan biodiversiti. Kajian perlu dilakukan untuk merumuskan mekanisme yang paling sesuai, yang merangkumi contohnya skim Payment for Ecosystem Services (PES) seperti instrumen pembayaran awam, perdagangan karbon dan offsets biodiversiti.
vii. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara perlu diwujudkan di setiap negeri. Majlis ini akan
menasihati kerajaan negeri dalam segala hal berkaitan dengan pemuliharaan biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan, akses kepada sumber-sumber biodiversiti dan perkongsian faedah, keselamatan biologi dan bioprospecting.
viii. Sistem Kawasan Perlindungan (PA) harus diperluas untuk merangkumi semua jenis
habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, Pelan Sistem Kawasan Perlindungan Semenanjung Malaysia perlu diwujudkan, dengan mengambil kira semua cadangan terdahulu untuk PA. Beberapa kawasan paling penting yang telah dicadangkan adalah:
Ulu Muda (Kedah) Gunung Jerai (Kedah) Hutan Paya Bakau Sungai Merbok (Kedah) Banjaran Bintang (Kedah dan Perak) Temenggor (Perak) Hutan Paya Air Tawar Pondok Tanjung (Perak) Taman Negara Bukit Fraser ( Pahang) Hutan Paya Gambut Tenggara Pahang (Pahang) Gunung Panti (Johor)
Tanah Lembap Sungai Sedili Kecil dan Sungai Sedili Besar (Johor) Tanah Lembap Setiu (Terengganu) Kenyir dan Tembat (Terengganu) Terengganu Hills (Terengganu) Hulu Lembangan Sungai Nenggiri / Perias (Kelantan) Pergau dan Gunung Basor (Kelantan) Gunung Chamah (Kelantan) Bukit batu kapur yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi seperti Gunung Jaya dan
Gua Panjang di Kelantan; Serdam, Gelanggi dan Jebak Puyoh di Pahang, Gunung Datuk, Rapat, Lanno dan Kantan di Perak dan Batu Caves di Selangor.
Hutan dipterokarp bukit pesisiran pantai seperti Segari Melintang dan Teluk Muroh di
Perak dan Bukit Labohan di Terengganu.
Pendekatan berperingkat adalah digalakkan bagi merumuskan pelan tersebut, berdasarkan dokumen Senarai Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia 4 . Pelan
tersebut perlu mengandungi strategi dan tindakan untuk mengukuhkan keberkesanan pengurusan dan sistem pembiayaan mampan untuk kawasan perlindungan.
ix. Pelan Tindakan Kebangsaan perlu dirumuskan sebagai panduan untuk penggunaan bijaksana, pemuliharaan dan perlindungan kawasan yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi yang pada masa kini berada luar kawasan perlindungan, khususnya bukit-bukit
batu kapur, tanah lembap semula jadi, kawasan penting tumbuhan (IPA) 5 , dan kawasan penting beburung (IBA) 6 .
5 KSAAS. Dalam Penyediaan Senarai Induk Kawasan Perlindungan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 6 Sebuah kajian berkenaan kawasan Kawasan Tanaman Utama sedang dijalankan. Hubungi FRIM untuk maklumat lanjut. Yeap, C.A., Sebastian, A.C. and Davison, G.W.H. (compilers). 2007. Directory of Important Birds Areas in Malaysia: key sites for conservation. Kuala
Lumpur. Malaysian Nature Society (MNS Conservation Publication No. 8)
PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 23 CENTRAL FOREST SPINE AKAN DIWUJUDKAN BAGI MEMBENTUK TULANG BELAKANG RANGKAIAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR
PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine
Langkah-langkah:
i. Central Forest Spine (CFS) perlu dirancang dan diuruskan sebagai satu unit bersepadu
yang membentuk tulang belakang rangkaian KSAS. Kawasan bukan hutan di dalam sempadan indikatif CFS juga perlu diambil kira sebagai KSAS dan langkah-langkah pengurusan yang bersesuaian perlu dibentuk. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk menerima pakai konsep ini secara formal.
ii. Pelan Induk CFS 7 perlu dilaksanakan untuk mewujudkan rangkaian ekologi bagi menghubungkan semula kompleks-kompleks hutan yang penting di Semenanjung
Malaysia. Rangkaian ekologi tambahan juga perlu dikenal pasti di peringkat RS dan RT. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk mengurus dan memulihara rangkaian ekologi yang telah dikenal pasti.
iii. Perancangan guna tanah di semua peringkat perlu mengelak atau mengurangkan pemecahan habitat. Dalam hal ini, Pelan Induk CFS, Pelan Tindakan Harimau
Kebangsaan 8 serta Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap 9 perlu dirujuk terutamanya bagi pembinaan jalan raya, landasan kereta api,
rangkaian paip dan perladangan, yang merupakan ancaman terbesar kepada pemecahan habitat.
iv. Langkah yang lebih terperinci perlu diambil untuk meminimakan pemecahan habitat,
terutamanya bagi kawasan pembangunan di sekitar Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, yang terletak di tengah-tengah CFS di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara. Kawasan ini amat penting untuk integriti CFS dan perlu dirancang dan diuruskan sebagai KSAS.
v. Sebuah projek perintis perlu dijalankan untuk membangunkan konsep "Daerah
Pemuliharaan“ di daerah yang mempunyai peratusan KSAS yang tinggi, terutamanya dalam kawasan CFS. Projek tersebut perlu meliputi pembentukan organisasi, pembiayaan, strategi, program dan latihan. Program dan langkah-langkah tersebut akan bertindak sebagai satu instrumen bagi kerajaan tempatan untuk menerapkan pemuliharaan biodiversiti dan perlindungan alam sekitar secara efektif, terutamanya tindakan-tindakan relevan seperti terkandung dalam RFN Ke-2, ke dalam perancangan, pengurusan dan protokol pentadbiran guna tanah.
8 TCPD. 2009. Central Forest Spine 1 – Pelan Induk Koridor Ekologi. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur. 9 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2008, Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Harimau di Malaysia. Kuala Lumpur. KAAS.2009.Pengurusan Biodiversiti dalam Persekitaran Landskap ‐ Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya.
PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine
Sumber : Central Forest Spine: Pelan Induk Koridor Ekologi (JPBD SM), 2010
RFN 24 EKOSISTEM PERSISIRAN PANTAI DAN MARIN YANG SENSITIF PERLU DILINDUNGI DAN DIGUNAKAN SECARA MAMPAN
PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif
Langkah-langkah:
i. Penambakan persisiran pantai tidak digalakkan kecuali untuk pembangunan pelabuhan strategik berkepentingan negara. Penambakan persisiran pantai tidak dibenarkan di dalam atau bersempadan dengan ekosistem yang sensitif seperti taman laut, hutan paya bakau, tanah lumpur, terumbu karang, padang rumput laut, kawasan pendaratan penyu, dan pantai pelancongan utama. Semua cadangan yang melibatkan penambakan persisiran pantai perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara.
ii. Pelan Tindakan Kebangsaan untuk tanah bencah perlu dirumuskan untuk memastikan penggunaan bijak dan pengurusan tanah bencah semula jadi secara mampan. Tukar syarat tanah bencah semula jadi untuk kegunaan lain hanya dibenarkan untuk pembangunan infrastruktur yang kritikal di kawasan tanah bencah yang dikenal pasti memiliki nilai rendah dalam menampung biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem.
iii. Kawasan rumput laut, yang merupakan habitat tanah bencah kritikal untuk perikanan marin dan pemuliharaan dugong, perlu diwartakan sebagai kawasan perlindungan. Pelan Tindakan Rumput Laut Kebangsaan perlu dirumuskan bagi menjamin perlindungan kawasan rumput laut yang penting.
iv. Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Penyu Laut perlu dirujuk dan diterima pakai. Tapak penetasan utama bagi penyu dan tuntung perlu dilindungi. Ini termasuklah pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Cherating (Pahang), Chakar Hutang, Penarik, Telaga Papan, Geliga dan Pantai Kijal (Terengganu), Pulau Upeh, Padang Kemunting, Pasir Gembur, Pantai Kem Terendak (Melaka) dan kesemua Pusat Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Marin. Selain itu, tapak penetasan yang lain perlu dikenal pasti dan dikategorikan sebagai KSAS Tahap 1. Kesemua tapak yang mengalami kemerosotan perlu dibaik pulih.
v. Tapak persinggahan beburung air yang berkepentingan antarabangsa perlu dipulihara dan diurus secara mampan 10 . Tapak-tapak ini terletak di pantai barat, khususnya Teluk
Air Tawar-Kuala Muda di Kedah dan Seberang Perai, Hutan Paya Bakau Larut-Matang di Perak dan persisiran pantai utara-tengah di Selangor.
vi. Pulau-pulau dalam taman laut perlu diuruskan dengan kaedah yang akan melindungi kekayaan biodiversiti marin di perairan persekitarannya. Pembangunan dan pengurusan pelancongan di pulau-pulau ini perlu selaras dengan Pelan Pengurusan Taman Marin
Li, Z.W.D. and Ounsted, R. (eds.). 2007. The Status of Coastal Waterbirds and Wetlands in Southeast Asia: Results of Waterbird Surveys in Malaysia (2004–2006) and Thailand and Myanmar (2006). Wetlands International, Kuala Lumpur, Malaysia.
berkenaan. Sistem pengurusan sisa pepejal dan air kumbahan yang bersesuaian perlu dibangunkan.
vii. Perancangan dan pembangunan kawasan persisiran pantai harus mengambil kira strategi dan cadangan yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai
Negara 11 , Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) dan lain-lain pelan pengurusan pantai yang berkaitan.
viii. Pengurusan Perikanan Berasaskan Ekosistem (EBFM) digunakan sebagai satu instrumen pengurusan untuk memastikan pengurusan perikanan marin secara mampan. Tindakan pemuliharaan spesifik berdasarkan EBFM perlu merangkumi rancangan pemulihan dan pengurusan perikanan untuk semua ikan-ikan utama serta mewartakan kawasan tambahan bagi Kawasan Larangan Tangkapan Ikan dan habitat perikanan yang penting.
11
JPBD. 2010. Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur
PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 25 PEMBANGUNAN DI TANAH TINGGI PERLU DIKAWAL DENGAN TEGAS BAGI MELINDUNGI KESELAMATAN MANUSIA DAN MENGEKALKAN KUALITI PERSEKITARAN DAN BIODIVERSITI
PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas
Langkah-langkah:
i. Semua pembangunan perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 12 .
ii. Strategi pembangunan pertanian dan pelancongan di kawasan bukit dan tanah tinggi perlu dirancang dengan teliti dan bersepadu untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tersebut.
iii. Padang golf dan industri sederhana dan berat yang baru tidak akan dibenarkan di kawasan tanah tinggi.
iv. Dasar Kawasan Tanah Tinggi Kebangsaan perlu dirumuskan untuk memandu pembangunan di kawasan tanah tinggi.
Pembangunan di Kawasan Pengurusan Khas (KPK)
v. Berdasarkan kajian untuk Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia 13 , pembangunan bandar dan pertanian yang baru di kawasan tanah tinggi
hanya akan dibenarkan di dalam dua Kawasan Pengurusan Khas (KPK) iaitu :
a. Cameron Highlands-Kinta-Lojing; dan
b. Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik.
Dalam KPK tersebut, pembangunan pertanian baru hanya dibenarkan di luar kawasan hutan simpan dan kawasan tadahan air. Semua pembangunan harus mematuhi Garis
Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 14 .
vi. Pembangunan baru tidak dibenarkan dalam KPK Bukit Fraser. Pembangunan sedia ada perlu mematuhi strategi dan garis panduan yang terkandung dalam Kajian Penyelarasan
Pembangunan Bukit Fraser 15 .
vii. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk KPK Cameron Highlands-Kinta- Lojing, KPK Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik dan KPK Bukit Fraser serta Bukit Larut (Maxwell Hill), Bukit Bendera dan Gunung Jerai. Pembangunan hanya dihadkan kepada ekopelancongan yang menumpu kepada usaha membaik pulih dan meningkatkan kemudahan sedia ada. Pembangunan stesen bukit baru tidak dibenarkan.
12 13 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 14 UPE. 2002. Kajian Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdanan Menteri, Putrajaya. 15 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. JAS. 2008. Kajian Penyelarasan Pembangunan di Bukit Fraser, Pahang. Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.
PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 26 SEMUA SUMBER AIR PERMUKAAN DAN AIR BAWAH TANAH ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DILINDUNGI DAN DIURUSKAN SECARA MAMPAN
PI 19 : Kawasan Tadahan Air PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah
Langkah-langkah:
i. Kawasan tadahan bagi empangan sedia ada dan yang dicadangkan akan diwartakan sebagai kawasan tadahan air untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah yang tidak bersesuaian di kawasan tersebut.
ii. RS dan RT perlu mengenal pasti dan menandakan kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah sebagai KSAS Tahap 3, yang memerlukan pengurusan guna tanah khusus. Jenis dan tahap pembangunan perlu dikawal secara ketat bergantung kepada jenis-jenis halangan pembangunan.
iii. Semua kegiatan guna tanah sedia ada dan akan datang dalam kawasan tadahan air takat pengambilan air dan zon recharge perlulah tidak mengancam atau meningkatkan kos untuk rawatan air bagi kegunaan manusia. Pembangunan industri baru dan aktiviti lain yang menjadi punca pencemaran air tidak akan dibenarkan, manakala industri sedia ada perlu menerima pakai langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang bersesuaian untuk melindungi kesihatan awam dan kualiti air.
iv. Penggunaan telaga air awam dan sumber air bawah tanah yang penting untuk aktiviti
komersial, industri dan pertanian perlu dipantau untuk mengelakkan pengambilan berlebihan. Kawalan perparitan mesti diperkenalkan di sekitar kawasan sumber air bawah tanah yang penting seperti paya gambut dan paya air tawar untuk mengekalkan aras air yang diperlukan untuk kemampanan ekosistem tersebut.
v. Badan-badan air perlu diurus untuk melindungi biodiversiti akuatik, dengan objektif untuk
melindungi kemampanan sungai. Kawasan rizab sungai dan tasik perlu diwujudkan untuk melindungi kualiti air sungai, menjaga integriti habitat akuatik, mengatasi kejadian banjir dan di mana perlu, untuk berfungsi sebagai koridor ekologi.
vi. Langkah-langkah pengurusan permintaan air perlu dilaksanakan. Pendekatan
Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) harus diterima pakai untuk menerapkan penggunaan sumber air secara mampan ke dalam perancangan guna tanah.
vii. Penilaian Alam Sekitar Strategik (SEA) perlu digunakan untuk merasionalisasikan keperluan pembangunan empangan yang baru.
PI 19 : Kawasan Tadahan Air
Sumber : Kajian Sumber Air Kebangsaan, 2000
PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah
Sumber : Peta Hidro‐Geologi Semenanjung Malaysia Edisi 1, 2008 (Jabatan Mineral dan Geosains)
RFN 27 RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL PERLU MENGAMBIL KIRA LANGKAH- LANGKAH MITIGASI DAN ADAPTASI TERHADAP KESAN-KESAN PERUBAHAN IKLIM
PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim
Langkah-langkah:
i. Perancangan petempatan dan infrastruktur masa depan di zon persisiran pantai perlu dialihkan jauh daripada kawasan yang berkemungkinan menerima kesan kenaikan paras air laut/ribut taufan, dengan pelebaran anjakan bangunan mengikut kesesuaian. Penilaian risiko dan vulnerability mapping perlu dilakukan sebagai sistem amaran awal dan sistem tindakan kecemasan terhadap mana-mana bencana alam sekitar.
ii. Struktur penstabilan persisiran pantai (perintang dan tembok laut) perlu diperkukuhkan di kawasan-kawasan kritikal yang mempunyai nilai ekonomi tinggi atau berkepentingan strategik.
iii. Halangan semula jadi, khususnya hutan paya bakau perlu dilindungi dan diperluaskan. Tukar guna tanah hutan paya bakau tidak dibenarkan.
iv. Kecekapan sistem pengairan untuk pertanian perlu dipertingkatkan untuk
mengoptimumkan penggunaan air dalam aktiviti pertanian. Kepelbagaian dalam perladangan, tanaman bercampur dan tanaman bergilir, pengurusan haiwan perosak secara bersepadu serta lain-lain teknik pengurusan tanah dan perladangan perlu diguna pakai dengan lebih meluas. Kesesuaian tanaman harus dikaji secara berkala untuk menyesuaikan produktiviti tanaman dengan kesan perubahan iklim.
v. Proses-proses ekosistem utama seperti penghijrahan, pembiakan, pendebungaan dan
penyebaran benih, perlu dilindungi untuk mengekalkan daya ketahanan biodiversiti terhadap perubahan iklim. Tindakan utama adalah untuk melindungi kesemua jenis ekosistem di Semenanjung Malaysia dan juga mengekalkan hubungan di antara habitat melalui pembentukan koridor hidupan liar.
vi. Teknologi hijau perlu digalakkan secara aktif sebagai satu kaedah untuk menangani
perubahan iklim. Pembangunan baru perlu mengamalkan kecekapan tenaga dan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui.
vii. Penggunaan tenaga dalam sektor pengangkutan perlu dikurangkan dengan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pejalan kaki dan berbasikal serta menyediakan insentif untuk penggunaan bahan bakar dan kenderaan yang kurang menghasilkan pencemaran.
viii. Pengurusan permintaan bekalan air perlu diberi keutamaan berbanding pengurusan penawaran air. Program penuaian air hujan, simpanan air dan pemuliharaan air harus viii. Pengurusan permintaan bekalan air perlu diberi keutamaan berbanding pengurusan penawaran air. Program penuaian air hujan, simpanan air dan pemuliharaan air harus
ix. Hutan dan tanah gambut adalah penyerap karbon yang penting. Rizab hutan simpan
sedia ada perlu dikekalkan untuk menghadkan jumlah karbon yang dilepaskan ke atmosfera.
PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
5.7 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar
Rangkaian jalan dan lebuh raya ekspres di Semenanjung Malaysia telah dibangunkan dengan sempurna terutamanya di Pantai Barat, walaupun sistem lebuh raya ekspres ini belum lagi dibina di Pantai Timur. Perjalanan darat bagi penduduk secara amnya adalah perlahan dan sukar manakala, perjalanan udara adalah lebih cepat, tetapi ia melibatkan masa perjalanan yang panjang kerana memerlukan pergerakan dari bandar ke lapangan terbang, pengurusan tiket, dan tempoh menunggu. Pengangkutan udara adalah lebih berfaedah kepada penumpang apabila masa penerbangan adalah lebih panjang berbanding masa perjalanan biasa. Ini hanya dapat dicapai apabila jarak di antara tempat pelepasan dan destinasi adalah sangat jauh. Purata jarak di antara bandar- bandar utama di Semenanjung, khususnya conurbation adalah lebih kurang 300km. Ini menjadikan perjalanan udara lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan darat atau perkhidmatan rel sedia ada, seandainya tiada alternatif mod yang lain. Penggunaan rel berkelajuan tinggi akan mengubah sepenuhnya perspektif ini dan menyediakan satu paradigma yang berbeza bagi pembangunan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia.
RFN Ke-2 mencadangkan pembangunan sistem pengangkutan negara bersepadu, di mana pengangkutan rel menjadi sistem utama bagi pengangkutan manusia dan barangan, manakala sistem jalan menyediakan mod alternatif dan penyambung kepada sistem tersebut. Kedua-dua rangkaian sistem jalan dan rel ini perlu disepadukan dengan baik agar dapat beroperasi secara efisien dan efektif. Kedua-dua rangkaian pengangkutan jalan dan rel perlu berinteraksi dan bersambungan bagi memudahkan pergerakan multimodal barangan dan manusia.
Sistem lebuh raya ekspres negara masih belum lengkap sepenuhnya. Sambungan ke Pantai Timur, khususnya menghubungkan bandar-bandar di Pantai Timur iaitu Kota Bharu dan Kuala Terengganu ke conurbation Pantai Barat, perlu diberi pertimbangan utama. Sokongan dan pelengkap bagi sistem lebuh raya ekspres negara ini perlu merangkumi satu rangkaian hierarki jalan peringkat bawah yang menyeluruh seperti jalan persekutuan dan jalan negeri. Ini adalah penting bagi pengagihan trafik daripada sistem lebuh raya ekspres ke akses tempatan khususnya akses ke kawasan luar bandar. Walau pun hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar boleh menggunakan pelbagai peringkat lebuh raya dan jalan serta laluan rel atau perkhidmatan udara, namun faktor yang paling kritikal dalam sistem ini adalah jalan-jalan negeri terutamanya jalan-jalan kampung.
Sistem rel yang menggunakan kriteria reka bentuk berkelajuan tinggi masih belum dilaksanakan sepenuhnya, untuk berfungsi sebagai satu cara yang bukan hanya dapat menghubungkan kawasan di Semenanjung Malaysia secara berkesan tetapi juga untuk menyatukan pelbagai elemen sistem pengangkutan negara. Berdasarkan kepada bentuk taburan pusat bandar utama, sistem pengangkutan rel berkelajuan tinggi negara akan berfungsi sebagai satu sistem penyatuan komprehensif menghubungkan kesemua ibu negeri dan conurbation yang dikenal pasti. Dengan kelajuan 300km sejam atau lebih, rel berkelajuan tinggi akan menjadi pilihan paling optima dan sesuai dari segi masa perjalanan, kapasiti tampungan dan keselamatan. Selain daripada pertimbangan Sistem rel yang menggunakan kriteria reka bentuk berkelajuan tinggi masih belum dilaksanakan sepenuhnya, untuk berfungsi sebagai satu cara yang bukan hanya dapat menghubungkan kawasan di Semenanjung Malaysia secara berkesan tetapi juga untuk menyatukan pelbagai elemen sistem pengangkutan negara. Berdasarkan kepada bentuk taburan pusat bandar utama, sistem pengangkutan rel berkelajuan tinggi negara akan berfungsi sebagai satu sistem penyatuan komprehensif menghubungkan kesemua ibu negeri dan conurbation yang dikenal pasti. Dengan kelajuan 300km sejam atau lebih, rel berkelajuan tinggi akan menjadi pilihan paling optima dan sesuai dari segi masa perjalanan, kapasiti tampungan dan keselamatan. Selain daripada pertimbangan
Memandangkan panjang Semenanjung Malaysia adalah hampir 900km dengan kelebaran kira-kira 300km, serta lokasi Kuala Lumpur yang terletak di pertengahannya, sistem rel berkelajuan tinggi adalah mod pengangkutan awam antara negeri yang paling optima di negara ini. Oleh itu dalam jangka masa panjang, rangkaian kereta api laju seharusnya digunakan sebagai pengangkutan asas untuk pergerakan penduduk di dalam negara. Malaysia juga perlu bergerak ke arah rangkaian rel berelektrik yang komprehensif untuk menyokong transformasi ekonomi negara daripada fasa perindustrian kepada model baru ekonomi yang menekankan pertumbuhan industri pembuatan dan perkhidmatan yang bernilai ditambah tinggi.
Bagi melengkapkan rel berkelajuan tinggi antara negeri, conurbation utama perlu mempunyai sistem transit rel ringan dan transit rel berkapasiti tinggi (LRT dan MRT) untuk kawasan bandar. Stesen kereta api akan menjadi pusat tumpuan pergerakan dan aktiviti bandar serta tempat tumpuan masyarakat. Ia juga akan menjadi pusat komuniti, di samping berfungsi sebagai tempat pertukaran mod pengangkutan.
Dalam konteks pengangkutan laut, Malaysia memainkan peranan penting sebagai hab penghantaran barangan (transhipment hub) serantau dan juga berfungsi sebagai pelabuhan pendalaman wilayah. Sebagai hab penghantaran barangan, Malaysia berfungsi sebagai pusat pertukaran bagi pelbagai syarikat perkapalan di mana muatan kargo dipunggah dari satu kapal ke kapal yang lain dan seterusnya dihantar ke destinasi pelabuhan yang lain. Pelabuhan laut dan darat adalah berorientasikan kepada pengangkutan barangan berbanding dengan penduduk. Objektif utama sesuatu pelabuhan adalah untuk memastikan kecekapan dan kepantasan dalam pemunggahan barangan dari pengangkutan darat ke pengangkutan laut dan sebaliknya.
Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan perlu dipromosikan sebagai pelabuhan-pelabuhan utama negara dengan fokus yang berbeza. Pelabuhan Klang yang mempunyai kedudukan pertengahan dan berhampiran dengan kawasan pendalaman negara perlu fokus sebagai pelabuhan dalaman wilayah yang dilengkapi dengan perkhidmatan pelbagai mod pengangkutan dan perkhidmatan land-bridging yang efisien ke negara-negara ASEAN lain. PTP yang mempunyai lokasi yang strategik perlu menumpukan pembangunannya sebagai hab penghantaran di peringkat wilayah dan antarabangsa dengan memanfaat limpahan aktiviti dari Singapura. PTP akan bertindak sebagai pelabuhan utama negara di Wilayah Utara, manakala Pelabuhan Kuantan pula akan dibangunkan sebagai pelabuhan utama negara bagi Wilayah Pantai Timur dan pelabuhan penghantaran barangan dan kontena penting yang memberi perkhidmatan kepada negara ASEAN dan wilayah Asia Timur.
Bagi pengangkutan udara, KLIA memiliki potensi strategik untuk menjadi hab yang berdaya saing bagi pengangkutan udara di antara hemisfera utara dan selatan. Kekuatan KLIA terletak pada potensi penumpang yang ramai iaitu hampir 23 juta di kawasan Bagi pengangkutan udara, KLIA memiliki potensi strategik untuk menjadi hab yang berdaya saing bagi pengangkutan udara di antara hemisfera utara dan selatan. Kekuatan KLIA terletak pada potensi penumpang yang ramai iaitu hampir 23 juta di kawasan
Dalam konteks domestik, dengan memperkenalkan sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi sebagai tulang belakang pengangkutan trans-Semenanjung, pengangkutan udara domestik akan menjadi kurang signifikan, justeru itu mengurangkan perkhidmatan udara domestik berjadual. Perkhidmatan chartered bagi aktiviti pelancongan tertentu pula dijangka akan memainkan peranan yang lebih penting.
Di dalam kebanyakan pusat bandar, sistem pengangkutan adalah tidak seimbang dan tidak mampan. Untuk mencapai satu tahap kemampanan yang munasabah, sistem pengangkutan awam perlu lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan kereta persendirian. Kuala Lumpur sebagai contohnya, mempunyai modal split semasa 20:80 dengan kelebihan untuk kenderaan persendirian, menggambarkan ketidakseimbangan yang jelas di antara penggunaan kenderaan persendirian dan awam. Berdasarkan ketidakseimbangan ini dan jumlah kereta, lebih banyak infrastruktur jalan raya perlu disediakan melainkan jika peralihan mod pengangkutan daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dilaksanakan. Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mensasarkan modal split 25:75 bagi kawasan Lembah Klang menjelang tahun 2012. Modal split 30:70 pula dicadangkan sebagai satu strategi negara bagi semua pusat bandar utama menjelang tahun 2020, dan modal split 50:50 sebagai sasaran jangka panjang.
Dalam jangka masa terdekat, pengangkutan jalan akan diteruskan sebagai asas bagi mod perjalanan dan pergerakan penumpang dan barangan. Rangkaian lebuh raya ekspres menampung secara meluas pergerakan antara negeri di Pantai Barat, manakala jalan persekutuan dan jalan negeri sedia ada masih digunakan untuk pergerakan antara negeri dan tempatan.
Rangkaian ini yang telah dibangunkan beberapa dekad lalu memerlukan peningkatan taraf dari segi jajaran jalan, pelebaran jalan dan lencongan jalan kampung bagi mempertingkatkan keselamatan jalan serta menampung isipadu tinggi dan keupayaan kelajuan tinggi kenderaan masa kini. Tumpuan program ini perlu diberi kepada semua jalan persekutuan dan jalan utama antara luar bandar ke bandar yang mengekang potensi pertumbuhan kawasan luar bandar yang berupaya untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan conurbation serta pergerakan luar bandar ke bandar.
RFN 28 RANGKAIAN PENGANGKUTAN NEGARA BERSEPADU PERLU DIWUJUDKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN ANTARA GUNA TANAH DAN PENGANGKUTAN
PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu
Langkah-langkah:
i. Satu Dasar Pengangkutan Negara dan Pelan Induk Rangkaian Perkhidmatan Pengangkutan yang merangkumi peranan dan fungsi kemudahan dan perkhidmatan jalan, rel, laut dan udara di peringkat negara perlu disediakan.
ii. Hierarki dan fungsi sistem jalan perlu saling melengkapi dan tidak bertindih di antara satu sama lain.
iii. Untuk memudahkan pembangunan rangkaian guna tanah-pengangkutan bersepadu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti koridor-koridor pengangkutan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam RS dan RT.
iv. Koridor pengangkutan yang telah dikenal pasti di dalam RS dan RT perlu dilindungi
daripada lain-lain guna tanah.
v. Koridor pengangkutan tidak boleh memecah belah blok-blok hutan yang penting dan koridor ekologi yang telah dikenal pasti dalam kajian CFS-Pelan Induk Untuk Rangkaian
Ekologi 16 . Koridor-koridor pengangkutan perlu mengelilingi blok hutan atau koridor ekologi termasuk menyediakan struktur lintasan hidupan liar seperti viaducts dan
terowong. (Rujuk RFN 23)
vi. Walaupun pelaksanaan rangkaian pengangkutan dijalankan secara berperingkat,
program kerja keseluruhan perlu dilaksanakan secara konsisten untuk memastikan perlaksanaan ke arah mencapai penyepaduan modal.
vii. Semua terminal pengangkutan awam utama akan dibangunkan di setiap conurbation
utama, ibu negeri dan pusat bandar sebagai satu hab pengangkutan pelbagai mod yang bersepadu bagi bas, teksi, kereta persendirian, LRT, MRT dan kereta api antara negeri.
viii. Hierarki sistem pengangkutan merangkumi perkhidmatan rel, jalan, laut dan udara yang
menghubungkan semua aktiviti ekonomi negeri di Semenanjung Malaysia perlu diperkukuhkan. Rel berkelajuan tinggi akan berperanan sebagai sistem utama disokong oleh rangkaian jalan.
16
Central Forest Spine (CFS) – Pelan Induk Koridor Ekologi, JPBD SM. 2009
PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 29 SATU SISTEM REL BERKELAJUAN TINGGI BERSEPADU NEGARA PERLU DIWUJUDKAN BAGI MELENGKAPI RANGKAIAN REL SEDIA ADA
PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara
Langkah-langkah:
i. Satu Pelan Induk Kereta Api Negara perlu disediakan dengan menggabungkan rangkaian
rel berkelajuan tinggi dan program landasan berkembar elektrik KTM yang meliputi pergerakan penumpang dan kargo.
ii. Program sedia ada untuk menyiapkan landasan berkembar elektrik negara yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar di Utara dan Kuala Lumpur ke Johor Bahru di Selatan perlu diberi keutamaan.
iii. Koridor untuk sistem rel berkelajuan tinggi perlu dikenal pasti dan dilaksanakan mengikut program fasa pembangunan.
iv. Kesemua ibu negeri dan conurbation utama akan dihubungkan melalui rangkaian rel berkelajuan tinggi dengan stesennya berperanan sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti komuniti dan pengangkutan.
v. Laluan yang akan diberikan keutamaan untuk pelaksanaan sistem rel berkelajuan tinggi adalah laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru-Singapura, diikuti oleh laluan Kuala Lumpur- George Town dan seterusnya laluan utara ke Bangkok yang menjadi sebahagian daripada laluan Kereta Api Trans-Asia untuk memperkukuhkan Koridor Pembangunan Utara Selatan.
vi. Laluan rel Timur Barat yang baru akan dibentuk bagi menghubungkan Kuala Lumpur–
Kuantan–Kuala Terengganu–Tumpat.
PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara
Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 30 RANGKAIAN JALAN RAYA NEGARA PERLU DIPERLUASKAN UNTUK KEMUDAHSAMPAIAN DI PERINGKAT WILAYAH DAN TEMPATAN
PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara
Langkah-langkah:
i. Rangkaian jalan raya pada masa hadapan perlu disokong dan diintegrasikan dengan cadangan sistem rel berkelajuan tinggi.
ii. Sistem jalan raya dan lebuh raya ekspres perlu diperluaskan di kedua-dua wilayah Pantai Barat dan Pantai Timur. Sekurang-kurangnya tiga penghubung-rentas perlu disediakan bagi meningkatkan integrasi antara Kawasan Pantai Barat, Banjaran Tengah dan Pantai Timur.
iii. Sistem lebuh raya ekspres negara perlu disokong dan dilengkapi dengan rangkaian meluas hierarki jalan di peringkat bawah seperti lebuh raya dan jalan-jalan utama (jalan persekutuan dan negeri), di mana fungsi utamanya adalah untuk menyuraikan trafik dari lebuh raya ekspres dan sistem rel ke laluan masuk tempatan.
iv. Hierarki fungsi jalan yang dihasilkan di bawah kajian HNDP 17 2007 oleh HPU perlu
digunakan sebagai rangka kerja bagi Rangkaian Jalan Raya Negara.
17 Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya Negara Ke‐2 – Unit Perancangan Lebuh Raya, 2008
PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara
Sumber : Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya (HNDP), 2007
RFN 31 LAPANGAN TERBANG DAN PELABUHAN UTAMA PERLU DIBANGUNKAN MENGIKUT FUNGSI YANG SALING MELENGKAPI BAGI MEMPERKUKUH DAYA SAING EKONOMI NEGARA DAN MEMUDAHKAN KETIBAAN PELANCONG
PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara
Langkah-langkah:
i. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan lapangan terbang
antarabangsa seperti berikut :
a. KLIA sebagai pintu masuk utama antarabangsa dan hab di rantau Asia Tenggara.
b. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai hab utama dalam memberi perkhidmatan untuk keperluan perindustrian, perdagangan dan pelancongan bagi Wilayah Utara.
c. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi perlu menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menyokong peranan Pulau Langkawi sebagai lokasi utama untuk pameran, konvensyen dan pelancongan.
d. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail sebagai hab utama bagi Wilayah Selatan dan menyokong fungsi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
e. Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dinaik taraf ke status lapangan terbang antarabangsa dan berfungsi sebagai pintu masuk pelancongan utama bagi Pantai Timur.
ii. Lapangan terbang domestik yang lain akan dinaik taraf untuk menampung ketibaan penerbangan antarabangsa secara tempahan.
iii. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan pelabuhan– pelabuhan utama seperti berikut :
a. Pelabuhan Negara Pelabuhan Klang – sebagai pelabuhan pendalaman serantau menyediakan perkhidmatan land-bridging ke negara-negara Asia. Ia perlu dikekalkan sebagai pusat pemunggahan negara bagi pergerakan kargo antarabangsa. Ia perlu mempunyai tahap hubungan yang tinggi dengan negara-negara jiran (menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur seperti Trans-Asian Railway dan memberi penekanan terhadap multimodalism dan intermodalism.
Pelabuhan Tanjung Pelepas – sebagai hab pemindahan antarabangsa dan wilayah bagi rantau Asia Pasifik. Pelabuhan Kuantan sebagai hab penghantaran barang dan kontena antarabangsa dan serantau yang utama bagi wilayah ekonomi Pantai Timur dan rantau Asia Timur.
Pelabuhan Pulau Pinang – memberi tumpuan kepada perkapalan dari barat dan berfungsi sebagai pelabuhan utama bagi Wilayah Utara.
b. Pelabuhan Wilayah Pelabuhan Kerteh-Kemaman akan diintegrasikan dengan Pelabuhan Kuantan untuk berfungsi sebagai hab penghantaran utama bagi negeri–negeri Pantai Timur dan berfungsi khusus untuk memenuhi sektor minyak, gas dan petrokimia.
c. Pelabuhan Persisiran Pantai Pelabuhan-pelabuhan Pasir Gudang, Langkawi, Lumut, Kuala Kedah, Tanjung
Langsat, Tanjung Keling dan Tok Bali.
Pelabuhan-pelabuhan ini perlu menyediakan perkhidmatan pergerakan barangan yang efisien dan berfungsi sebagai hab multimodalism dan intermodalism.
PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara
Sumber : Pelan Induk Lapangan Terbang Kebangsaan, 2010 dan Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
RFN 32 KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) PERLU DIGALAKKAN SEBAGAI ASAS PERANCANGAN GUNA TANAH BANDAR BAGI MEMASTIKAN KEBOLEHLAKSANAAN PENGANGKUTAN AWAM
Langkah-langkah:
i. Terminal rel utama perlu dibangunkan sebagai terminal pengangkutan pelbagai mod bersepadu dan tumpuan untuk aktiviti komersial, perumahan dan sosial dan dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dan mesra pengguna.
ii. Kemudahan bas perantara dan park-and-ride perlu disediakan bagi menggalakkan stesen kereta api sebagai hab pengangkutan bandar di lokasi yang sesuai.
iii. Rangkaian laluan pejalan kaki berbumbung perlu disediakan untuk menghubungkan stesen kereta api dengan mercu tanda atau pembangunan utama di dalam pusat bandar.
iv. Bagi bandar-bandar utama, stesen kereta api dan kawasan persekitarannya perlu
dijadikan sebagai kawasan perdagangan dan perumahan berkepadatan tinggi.
v. Bagi bandar yang mempunyai rangkaian rel sendiri, stesen-stesen tersebut perlu
dijadikan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan dan aktiviti pelbagai guna.
vi. Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru perlu merangkumkan
laluan LRT, MRT, ERL dan BRT (Bus Rapid Transit) di dalam pembangunan perbandaran.
vii. Laluan LRT sedia ada di Conurbation Kuala Lumpur perlu lebih bersepadu dan
perkhidmatannya diperluaskan ke pusat-pusat pertumbuhan baru.
RFN 33 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU PERLU DIBANGUNKAN DI SEMUA PUSAT BANDAR UTAMA
Langkah-langkah:
i. Kajian integrasi guna tanah-pengangkutan awam yang komprehensif perlu dijalankan di semua conurbation utama.
ii. Pengangkutan di semua pusat bandar utama perlu mengguna pakai modal split 30:70 menjelang tahun 2020 dan sasaran jangka masa panjang 50:50 di antara pengangkutan awam dan persendirian.
iii. Perkhidmatan bas awam bersepadu, tetap dan kerap perlu disediakan di semua petempatan bandar.
iv. Bagi petempatan bandar yang mempunyai penduduk melebihi 0.5 juta orang, sistem transit aliran berkapasiti tinggi yang bersepadu perlu disediakan.
v. Langkah-langkah pengurusan trafik termasuk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) perlu diguna pakai untuk meningkatkan kecekapan trafik.
5.8 Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian
Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian adalah antara satu inisiatif penggerak utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Secara prinsip, RFN Ke-2 menyediakan rangka kerja untuk penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang bersepadu.
Perkhidmatan infrastruktur utama yang dibincangkan dalam laporan ini adalah berkaitan dengan bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, perparitan dan pengairan, bekalan dan pengagihan tenaga, bekalan gas asli, komunikasi dan multimedia, pengurusan sungai dan pantai.
Tanah dan kawasan rizab yang mencukupi untuk pembangunan semua infrastruktur strategik perlu disediakan. Ini kerana pembangunan infrastruktur tersebut mungkin mempunyai impak alam sekitar dan sosial yang signifikan seperti loji rawatan kumbahan wilayah, loji jana kuasa dan tapak pelupusan sisa pepejal. Pemerolehan tanah pada peringkat awal untuk infrastruktur perlu diberi keutamaan, khususnya dalam kawasan conurbation. Kebanyakan projek infrastruktur berkepentingan negara ini juga adalah berintensif modal dan memerlukan nasihat daripada MPFN sebelum dilaksanakan.
Dengan kesediaan tanah yang semakin berkurangan, penggunaan kemudahan awam atau perkongsian kemudahan infrastuktur awam dan rizab perlu digalakkan sebagai satu kaedah untuk memaksima dan meningkatkan penggunaan tanah yang efisien.
Pembangunan infrastruktur secara mampan dengan mengaplikasikan teknologi hijau telah juga dirangkumkan ke dalam RFN Ke-2, berserta langkah-langkah mengenai aplikasi hijau/ kemampanan seperti projek kitar semula sisa, penuaian air hujan dan penggunaan tenaga yang efisien dalam bangunan.
Selaras dengan objektif kerajaan untuk mengagihkan kemudahan infastruktur dengan lebih saksama, dasar-dasar baru telah diperkenalkan untuk menyediakan tahap infrastruktur yang bersesuaian kepada semua peringkat petempatan, bagi mengurangkan jurang digital dan infrastruktur antara kawasan bandar dan luar bandar.
Kemajuan teknologi terkini dalam penyediaan infrastruktur juga telah dirangkumkan dengan mengambil kira keperluan untuk loji jana kuasa nuklear, aplikasi teknologi hijau, pewujudan bandar siber dan pusat siber dan juga memperkenalkan perkhidmatan jalur Kemajuan teknologi terkini dalam penyediaan infrastruktur juga telah dirangkumkan dengan mengambil kira keperluan untuk loji jana kuasa nuklear, aplikasi teknologi hijau, pewujudan bandar siber dan pusat siber dan juga memperkenalkan perkhidmatan jalur
RFN 34 RFN KE-2 AKAN MENYEDIAKAN RANGKA KERJA SPATIAL BAGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR BERSEPADU DI PERINGKAT NEGARA, WILAYAH DAN CONURBATION UTAMA
Langkah-langkah:
i. Agensi-agensi peringkat nasional yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan perkhidmatan infrastruktur perlu mengguna pakai RFN Ke-2 sebagai asas perancangan dan penyelarasan dalam penyediaan perkhidmatan infrastruktur. Ini meliputi :
Pembekalan dan pengagihan bekalan air; Pembetungan; Pengurusan sisa pepejal; Sistem perparitan; Pembekalan dan pengagihan bekalan tenaga; Pembekalan dan pengagihan gas asli; dan Komunikasi dan multimedia
ii. Agensi infrastruktur peringkat nasional perlu memantau agensi peringkat negeri dan tempatan untuk memastikan program adalah selaras dengan RFN Ke-2.
iii. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 perlu digunakan sebagai asas untuk program pembekalan dan pengagihan kemudahan infrastruktur.
iv. Cadangan pro-aktif untuk sistem perkhidmatan penyampaian perlu diterap bagi
mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dan kelewatan di dalam perkhidmatan tersebut.
v. Pengurusan perkhidmatan infrastruktur dapat dicapai dengan memastikan semua agensi
atau pembekal perkhidmatan infrastruktur menguruskan rekod perkhidmatan masing- masing dengan menggunakan sistem GIS.
vi. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk semua
kemudahan infrastruktur di dalam RT dan RS.
vii. Penggunaan kemudahan infrastruktur umum seperti common utility trenches, rizab utiliti umum dan kemudahan berkongsi akan diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan untuk memaksimakan keberkesanan aktiviti guna tanah di dalam perancangan infrastruktur.
viii. Penggunaan teknologi hijau di dalam penyediaan semua infrastruktur dan utiliti perlu dijadikan keutamaan untuk memastikan pembangunan infrastruktur secara mampan dan untuk meningkatkan kualiti serta melindungi alam sekitar.
RFN 35 INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR YANG BERSESUAIAN TERMASUK KERJA-KERJA SUMBER, LOJI RAWATAN, RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN PETEMPATAN
PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air
Langkah-langkah:
i. Kajian air nasional perlu dijalankan dengan merangkumi isu-isu seperti permintaan air, punca bekalan air, pemindahan air antara lembangan, permindahan air antara negeri dan rangkaian pengagihan.
ii. Penekanan perlu diberi kepada pembangunan sumber air secara mampan termasuk punca bekalan air alternatif, pemuliharaan air dan pengurangan kadar kehilangan air dan pengurusan permintaan bekalan air.
iii. Perancangan bagi infrastruktur bekalan air perlu mengambil kira unjuran permintaan, pembangunan spatial dan guna tanah yang digariskan di dalam RFN Ke-2, RS dan RT.
iv. Rizab tanah, koridor dan hak laluan perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur
bekalan air di dalam semua RS dan RT.
v. Penyediaan bekalan air yang selamat, mencukupi dan andal untuk semua penduduk
perlu diutamakan di dalam perancangan infrastruktur bekalan air.
vi. Teknologi dan infrastruktur yang bersesuaian perlu disediakan untuk memastikan kawasan luar bandar dan kawasan terpencil akan memperolehi akses kepada bekalan air minum yang mencukupi.
PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air
Nota:
1. Pelan indikatif ini adalah berdasarkan Kajian Sumber Air
Negara 2000‐2050 (National Water Resources Study 2000‐
2050) (NWRS)’.
2. Sejak penyediaan NWRS, pemindahan air antara lembangan dan
negeri telah dilaksanakan untuk mengurangkan tekanan bekalan air di kawasan‐kawasan yang menghadapi tekanan
bekalan air.
Sumber : Kajian Sumber Air Negara, 2000
RFN 36
KEMUDAHAN SISTEM PEMBETUNGAN YANG BERSESUAIAN DAN MENCUKUPI PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN DENGAN KEMUDAHAN PENGUMPULAN, RAWATAN DAN PELUPUSAN SISA KUMBAHAN DAN ENAP CEMAR
Langkah-langkah:
i. Dasar Pembetungan Negara perlu digubal untuk merangkumi isu-isu seperti kawasan- kawasan keutamaan, penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk kawasan luar bandar, penetapan sasaran yang bersesuaian, rizab tanah, rawatan serta pelupusan enap cemar, kitar semula dan guna semula bahan kumbahan dan bio-pepejal dan pengurusan permintaan air.
ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur pembetungan di dalam semua RS dan RT.
iii. Keutamaan perlu diberi untuk menyelaras dan memusatkan rangkaian pembetungan dan sistem rawatannya di conurbation utama, petempatan bandar utama, kawasan pelancongan utama dan pulau-pulau.
iv. Dasar Pembetungan Negara perlu merangkumi semua aktiviti guna tanah di kawasan bandar. Untuk mengoptimakan kos penghantaran dan kecekapan, loji rawatan kumbahan berpusat dan rangkaian utama akan dirancang secara proaktif, selaras dengan dasar spatial bagi kawasan pertumbuhan bandar baru.
v. Teknologi yang bersesuaian bagi rawatan kumbahan perlu diaplikasikan di kawasan luar
bandar dan kawasan perumahan berkepadatan rendah.
RFN 37 SEMUA PETEMPATAN PERLU DISEDIAKAN DENGAN SATU RANGKAIAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL BERSEPADU DAN/ATAU DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN PEMULIHAN
PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal
Langkah-langkah:
i. Sistem pelupusan pemulihan sisa pepejal melibatkan rawatan perantaraan, pemindahan atau kemudahan lain berkaitan perlu dipantau sepanjang masa oleh agensi-agensi kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan.
ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan pengurusan sisa pepejal di dalam semua RS dan RT.
iii. Sistem kemudahan ini perlu dikongsi oleh seberapa banyak pusat bandar yang mungkin, dengan mengambil kira infrastruktur jalan tempatan dan lokasi kemudahan tersebut.
iv. Lokasi kemudahan perlu menepati garis panduan seperti yang terkandung dalam Pelan
Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan mengambil kira aspek pencegahan dari sebarang bencana kesihatan dan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk berhampiran.
v. Berdasarkan kepada faktor kesihatan dan persekitaran jangka panjang, tapak pelupusan
sampah yang ditinggalkan atau yang ditutup dan tapak-tapak tercemar lain tidak boleh digunakan untuk petempatan manusia.
vi. Pengurusan penjanaan sisa pepejal, pengurangan dan pengasingan sisa pepejal di
sumbernya perlu digalakkan. Kitar semula sisa pepejal perlu dilaksanakan secara aktif melalui kaedah pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
vii. Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang bersesuaian dan saling melengkapi perlu
disediakan di kawasan-kawasan seperti pulau-pulau dan kawasan pelancongan luar bandar mengikut lokaliti yang sesuai.
viii. Penjana sisa berjadual perlu memastikan semua sisa berjadual akan dikutip, diangkut,
dirawat dan dilupuskan melalui kaedah yang selamat dan mesra alam sekitar, selaras dengan peraturan-peraturan semasa mengenai alam sekitar.
PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal
Nota:
1. Pelan indikatif ini adalah berdasarkan Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara (National Strategic Plan for
Solid Waste Management).2005.
Sumber : Pelan Strategik untuk Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2005
RFN 38 INFRASTRUKTUR PERPARITAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA PETEMPATAN UNTUK MEMBENDUNG KEJADIAN BANJIR BESAR, BANJIR KECIL DAN PENCEMARAN
PI 28 : Kawasan Mudah Banjir
Langkah-langkah:
i. Kajian-kajian perlu dijalankan untuk menilai impak kekerapan banjir sistem sungai-sungai utama ke atas aktiviti manusia dan ekonomi.
ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan perparitan di dalam semua RS dan RT.
iii. Semua kawasan pembangunan perlu disediakan dengan sistem perparitan yang bersesuaian untuk menampung kuantiti dan kualiti air larian hujan.
iv. Pembangunan di dalam kawasan mudah banjir akan hanya dijalankan setelah mengambil kira risiko kejadian banjir besar. Langkah-langkah bersesuaian seperti kerja- kerja tebatan banjir atau menaikkan aras platform perlu dijalankan untuk mengelakkan kerosakan besar di petempatan-petempatan berkenaan.
v. Tanah yang digunakan untuk sungai, alur, parit utama, kolam takungan air perlu dijadikan sebagai rizab sungai atau rizab parit.
vi. Cadangan-cadangan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) perlu diguna pakai di semua kawasan bandar termasuklah langkah-langkah kawalan ‘di punca’ dan langkah- langkah kawalan hakisan dan mendapan.
vii. Untuk kawasan luar bandar dan kawasan yang tidak tertakluk kepada cadangan MSMA
tetapi mengalami banjir, langkah tebatan banjir yang sesuai perlu dilaksanakan.
viii. Untuk mempertingkatkan kualiti hidup bandar, sistem takungan dan sistem persisiran sungai MSMA akan diintegrasikan untuk mewujudkan rangkaian laluan taman bandar yang berkesinambungan dan bertindak sebagai zon penampan.
ix. Selaras dengan pelaksanaan cadangan MSMA, langkah-langkah seperti guna semula
dan kitar semula air hujan perlu dirangka dan diguna pakai.
PI 28 : Kawasan Mudah Banjir
Nota:
1. Projek tebatan banjir telah dilaksanakan untuk melindungi banyak kawasan‐kawasan bandar seperti Kuala Lumpur daripada banjir.
Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 2001
RFN 39
LOJI JANAKUASA ELEKTRIK DAN RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN UTAMA ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DITEMPATKAN DI LOKASI YANG BERSESUAIAN UNTUK MENYEDIAKAN BEKALAN TENAGA YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA
PI 29 : Grid Bekalan Tenaga
Langkah-langkah:
i. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur elektrik di dalam semua RS dan RT.
ii. Perletakan rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu mengambil kira penilaian impak kepada guna tanah dan nilai-nilai estetik, terutamanya di kawasan pelancongan semula jadi.
iii. Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, ombak, geothermal dan bio-mass perlu digalakkan sebagai pelengkap kepada sumber-sumber jana tenaga tradisional.
iv. Sumber tenaga alternatif seperti tenaga nuklear perlu dinilai dengan mengambil kira
impak spatial dan alam sekitar.
v. Sistem Keberkesanan Tenaga, Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga dan Pemuliharaan Tenaga perlu digalakkan untuk memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan produktif.
PI 29 : Grid Bekalan Tenaga
Nota :
1. Sambungan bawah laut antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah dirancang tapi belum dilaksanakan lagi setakat Disember 2009.
Sumber : Tenaga Nasional Berhad, 2009
RFN 40 LOJI PEMPROSESAN GAS ASLI SERTA RANGKAIAN PAIP PENGHANTARAN DAN PENGAGIHANNYA PERLU DIKENALPASTI BAGI MENYEDIAKAN BEKALAN GAS ASLI YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA
PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Rangkaian Sistem Pengagihan Gas Asli
Langkah-langkah:
i. Penggunaan gas asli melalui rangkaian sistem pengagihan bekalan gas sedia ada dan masa hadapan akan digalakkan. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 dan juga permintaan dari aktiviti industri perlu diambil kira di dalam perancangan bekalan dan rangkaian pengagihan gas asli.
ii. Rizab dan koridor yang sesuai perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur gas asli di dalam semua RS dan RT.
iii. Penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) perlu dipertingkatkan dengan menempatkan stesen-stesen NGV di lokasi-lokasi yang sesuai.
PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli
Sumber : PETRONAS dan Statistik Industri Penghantaran Gas Talian Paip (2007). Suruhanjaya Tenaga.
RFN 41 KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN KOMUNIKASI PERLU DISEDIAKAN DI SEMUA PETEMPATAN
PI 31 : Pusat Siber
Langkah-langkah:
i. Komunikasi akan diambil kira sebagai satu perkhidmatan penting di semua petempatan. Semua pembangunan perlu melaksanakan perancangan awal bagi menempatkan rangkaian kemudahan dan infrastruktur komunikasi termasuk last mile access dan kemudahan back haul yang sesuai.
ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur komunikasi di dalam semua RS dan RT.
iii. Kemudahan dan infrastruktur komunikasi yang sesuai perlu disediakan di semua kawasan dan golongan masyarakat yang belum mendapat kemudahan tersebut untuk memastikan jurang digital untuk akses kepada ICT diminimakan.
iv. Kemudahan dan infrastruktur jalur lebar perlu diagihkan dengan menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi termasuklah keempat-empat conurbation utama dan perkhidmatan jalur lebar kepada orang awam di kawasan lain.
v. Akses kepada komunikasi perlu disokong dengan satu rangkaian infrastruktur negara
untuk keperluan kepelbagaian dan keselamatan negara.
vi. Pertumbuhan bandar siber dan pusat siber perlu digalakkan untuk memperluaskan
penggunaan ICT.
PI 31 : Pusat Siber
Nota:
1. Pelan indikatif ini menunjukkan pusat siber dan bandar siber setakat Disember 2009. Di beberapa kawasan lain, pusat siber dan bandar siber tambahan telah juga dirancang.
Sumber : Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), 2009
BAB 6
Me ka nism a Pe la ksa na a n
RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA
BAB 6 MEKANISMA PELAKSANAAN
6.1 Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN
Akta 172 memperuntukkan JPBD untuk menyediakan RFN dan mengkaji semula setiap 5 tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara. Walaupun tugas am melalui Akta 172 memperuntukkan pemantauan dan penyediaan laporan kemajuan pelaksanaan RFN dibentangkan kepada MPFN, ia tidak bertanggungjawab secara terus dari segi kuasa dan sumber kewangan untuk melaksanakan kesemua dasar dan cadangan RFN Ke-2, terutamanya di peringkat negeri dan tempatan. Dalam konteks ini, kebenaran merancang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, manakala pelaksanaannya dijalankan oleh agensi pelaksana yang berkaitan seperti JKR.
Kejayaan pelaksanaan dasar dan cadangan RFN tidak hanya bergantung kepada pembentukan dasar yang berdaya maju, tetapi juga kepada pengurusan satu mekanisme yang efektif untuk melaksanakan dasar tersebut. RFN merupakan satu proses pembentukan pelan yang berterusan, relevan, terkini dan tidak menjadi satu blueprint yang statik. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan pemantauan yang berterusan terhadap andaian dan unjuran yang menjadi asas kepada dasar-dasar, serta mengemaskini dasar-dasar dan langkah-langkah secara berkala.
Pemantauan adalah penting bukan sahaja untuk memastikan kesahihan dan relevansi RFN, tetapi juga untuk menentukan sama ada dasar dan langkah-langkah telah dilaksanakan adalah efektif. Sekiranya satu dasar tertentu didapati tidak berkesan, tindakan pembetulan yang bersesuaian perlu diambil, alternatif yang dipilih serta kesan ke atasnya memerlukan kajian dan penilaian yang terperinci.
6.1.1 Isu Utama dalam Pelaksanaan
i. Tempoh yang Panjang untuk Melaksanakan Dasar Pembangunan Spatial
Pembangunan conurbation, projek infrastruktur utama dan strategi pemuliharaan negara mengambil tempoh masa yang panjang untuk dilaksana dan memerlukan komitmen yang konsisten daripada pihak Kerajaan dan sektor swasta.
ii. Keupayaan Memantau dan Mengemaskini yang Lemah
Untuk mengumpulkan data yang diperlukan dan menilai implikasinya, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBD SM, harus mempunyai keupayaan mengemas kini yang berterusan dari segi sumber tenaga kerja dan sumber kewangan untuk menjalankan kepelbagaian dalam proses merancang. Keupayaan agensi
Persekutuan dan Negeri perlu diperkukuhkan untuk mempertingkatkan tahap pemantauan dan pengemaskinian semasa.
iii. Ketiadaan Pangkalan Data Guna Tanah Negara untuk Zon Strategik dan Pusat Bandar
Pemantauan ke atas prestasi dasar RFN Ke-2 dan perubahan terhadap aspek sosial, ekonomi, fizikal, alam sekitar dan teknologi yang memberi kesan ke atas dasar-dasar adalah bergantung kepada sistem maklumat yang efektif. Sumber-sumber data meliputi data yang diterbitkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan serta data utama yang diperolehi daripada kajiselidik yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri, terutamanya daripada RS dan RT. Pihak berkuasa perkhidmatan utiliti awam menyediakan data mengenai kemajuan pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan.
Banci Penduduk merupakan sumber yang amat penting bagi maklumat seperti sosio- ekonomi, pekerjaan dan isi rumah. Memandangkan banci tersebut hanya dijalankan setiap 10 tahun, unjuran dibuat bagi tahun-tahun perantaraan banci. Seperti sumber data lain, data ini perlu dikumpul mengikut zon, kawasan conurbation dan pusat bandar strategik yang telah ditentukan. Walaupun Rancangan Pemajuan dikehendaki untuk menggunapakai piawaian dan kriteria yang digunakan dalam RFN untuk menyeragamkan pengukuran dan analisis perbandingan, namun terdapat rancangan pemajuan yang mengguna pakai piawaian masing-masing. Ini mengakibatkan pengumpulan dan pengagihan data menjadi sukar dan tidak tepat, justeru menimbulkan masalah dalam pemantauan dan penilaian terhadap kepatuhan dan prestasi dasar-dasar.
Untuk menangani isu tersebut, JPBD SM perlu diberi tanggungjawab sebagai agensi pusat untuk mengumpul dan menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah seperti Laporan Tahunan Hartanah yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Semua jabatan dan agensi dikehendaki untuk membekalkan maklumat guna tanah yang berkaitan, termasuk kelulusan tukar syarat tanah, kebenaran merancang dan Sijil Perakuan Siap dan Kepatuhan (CCC), kepada JPBD SM secara berkala untuk mengemas kini maklumat guna tanah. Pangkalan data guna tanah negara akan dilengkapi dengan pelan-pelan ukur (Ordinance Survey Maps) terkini yang menunjukkan ciri-ciri semula jadi dan buatan manusia serta data kadastral negara, khususnya di bandar-bandar utama dan lain-lain kawasan petempatan. Sehubungan itu, adalah penting untuk mewujudkan satu program berterusan dengan JUPEM bagi menyediakan pelan-pelan ukur terkini yang menunjukkan maklumat pembangunan sedia ada dan data topografi untuk kawasan bandar.
iv. Kekurangan Indikator Dasar yang Bersesuaian
Adalah amat sukar menentukan sasaran pembangunan bagi tempoh jangka pendek untuk mengukur dan menilai pencapaian dasar-dasar RFN. Untuk mengatasi masalah ini, setiap pernyataan dasar RFN diwakili oleh satu atau lebih indikator dasar yang boleh diukur. Namun, maklumat mengenai kebanyakan indikator dasar tidak mudah diperolehi dan mengambil masa yang panjang untuk dikumpulkan. Sesetengah indikator dasar kurang berkait dalam menilai kejayaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Sejajar dengan itu, adalah penting untuk menjalankan satu penilaian yang menyeluruh ke atas ke semua indikator dasar sedia ada dan mengenalpasti secara teliti indikator-indikator dasar yang bersesuaian di mana data- data yang diperlukan mudah diperolehi, tepat dan mudah untuk digunakan.
v. Kelemahan dalam Penerapan Aspek Perancangan Spatial Negara ke dalam
Perancangan dan Pembangunan Sektoral
Kebanyakan pelan induk sektoral kurang memberi penekanan kepada penerapan aspek perancangan spatial negara di dalam perancangan dan pembangunan sektoral seperti lebuh raya yang dibina merentasi KSAS tanpa langkah-langkah mitigasi yang sesuai. Dalam hal ini, JPBD SM selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas RFN, perlu berusaha untuk mengadakan lebih banyak usaha untuk mempromosi RFN kepada pihak-pihak berkepentingan. Ini kerana konsep dan strategi perancangan inovatif yang baru bukan sesuatu yang mudah untuk difahami, di mana agensi-agensi pelaksana kurang berkeyakinan untuk menggunapakai strategi-strategi tersebut. JPBD SM juga perlu secara aktif menarik penglibatan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, NGO, pembekal perkhidmatan utiliti, sektor swasta dan kumpulan berkepentingan masyarakat dalam penyediaan RFN dan pelan-pelan induk sektoral yang berkenaan.
vi. Keperluan untuk Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara
Terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel pakar perundingan peringkat tinggi bagi perancangan spatial untuk menasihati kerajaan mengenai hala tuju baru perancangan spatial, pendekatan perancangan yang inovatif dan prinsip-prinsip pembangunan mampan. Panel ini akan bertindak sebagai satu forum untuk perhubungan dan perbincangan serta perundingan antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan spatial.
Keahlian panel adalah berdasarkan kepada jemputan. Adalah penting juga untuk mengambil kira pandangan dan pendapat masyarakat serta sektor swasta terhadap isu-isu perancangan spatial negara dan penyelesaiannya. Panel ini meliputi wakil- wakil yang memiliki kepakaran dan pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan spatial. Ahli-ahlinya terdiri daripada Badan-badan atau Lembaga Profesional, NGO yang berkait rapat dengan pembangunan, pemuliharaan dan alam sekitar. Antaranya adalah Institut Penyelidikan dan Universiti, pakar-pakar perancangan negara dan antarabangsa dan Dewan atau Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA. JPBD SM bertindak sebagai urusetia.
vii. Penubuhan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial
Pembentukan dasar spatial negara perlu disokong dan dilengkapi dengan lain-lain dokumen perancangan negara dan garis panduan atau piawaian reka bentuk, contohnya garis panduan penilaian kemampanan. Ini akan memberikan panduan yang pratikal dan terperinci ke atas pembentukan dan penggunaan dasar-dasar perancangan spatial negara semasa menyediakan pelan pembangunan dan pelan susun atur yang lebih terperinci. Terdapat juga keperluan mendesak untuk memperbanyakkan inisiatif R & D, khususnya berkaitan dengan perancangan spatial memandangkan negara kini memacu ke arah pencapaian negara maju. Sehubungan ini, Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPDRI) perlu ditubuhkan untuk melengkapi semua usaha yang dijalankan oleh JPBD SM.
viii. Pembentukan Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara
Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara akan merangkumi projek demonstrasi utama berdasarkan amalan terbaik dalam perancangan dan model-model perancangan yang boleh diterima pakai di negara ini. Sebelum idea-idea perancangan baru ini boleh diperkenal dan dijadikan contoh ke seluruh negara, ianya perlu dicuba dan diuji sebagai projek perintis dan projek demonstrasi di atas tapak sebenar. Program ini juga akan merangkumi inisiatif utama yang bukan sahaja diperlukan semasa menyediakan RFN dan kajian semula, tetapi juga program tindakan yang berkait dengan indikator pemantauan. Penyelidikan terhadap keberkesanan dasar-dasar RFN dan teknologi maklumat yang diperlukan untuk menyokong usaha negara juga perlu dirangkumkan dalam program tersebut.
Program Tindakan RFN perlu disediakan dengan peruntukan yang mencukupi di bawah RMLT. Melalui program tindakan, jalinan kerjasama antarabangsa dan perkongsian dalam industri penyelidikan akan diwujudkan. Program ini bukan sahaja akan meningkatkan perancangan fizikal ke tahap yang lebih tinggi, malah boleh mempamerkan keunggulan negara dalam perancangan fizikal ke peringkat antarabangsa.
ix. Menghubungkan Dasar-dasar RFN dengan Peruntukan Kewangan
Seperti yang dinyatakan terdahulu, JPBD SM tidak mempunyai kuasa eksekutif dan sumber kewangan secara terus untuk melaksana dan menguatkuasakan RFN Ke-2. Bagaimanapun, melalui arahan MPFN, ia boleh meyakinkan agensi-agensi pelaksana untuk melaksanakan dasar-dasar RFN Ke-2 dalam usaha mempromosikan pertumbuhan mampan demi kepentingan negara dan pihak awam.
Dasar-dasar RFN Ke-2 boleh dilaksanakan melalui kawalan peruntukan pembangunan. Ini bermaksud pembuat keputusan untuk program pembangunan dan peruntukan kewangan perlu memberi keutamaan kepada cadangan atau projek pembangunan yang selaras dengan dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN Ke-2. JPBD SM perlu mengemukakan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
x. Pembayaran Pampasan untuk Kehilangan Hak Pembangunan
Negeri-negeri di Malaysia menghadapi masalah sumber dan hasil pendapatan yang terhad disebabkan peningkatan dalam perbelanjaan awam. Negeri-negeri perlu menyediakan infrastruktur awam dan kemudahan sosial yang lebih banyak dan lebih baik untuk memenuhi keperluan penduduk di negeri masing-masing. Pada masa yang sama, kebanyakan negeri tersebut mengalami tekanan pembangunan yang tinggi untuk memenuhi permintaan penduduk terhadap keperluan perumahan dan pekerjaan.
Kesemua negeri-negeri bergantung tinggi kepada hasil yang diperolehi daripada pengekploitasian tanah milik negeri dan sumber asli seperti pemberimilikan tanah negeri, penukaran syarat tanah daripada tanah pertanian kepada pembangunan kediaman, pengeluaran balak dari kawasan hutan dan sebagainya. Sebaliknya dasar-dasar RFN adalah lebih mengarah kepada perlindungan KSAS, kawasan pertanian utama dan penumpuan pembangunan baru di tapak brownfield dalam pusat bandar utama sedia ada.
Dalam perkara ini, dicadangkan agar negeri-negeri yang berkenaan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk disediakan pampasan yang mencukupi kepada Kerajaan Negeri yang terjejas akibat kehilangan hak pembangunan dan hasil sampingan daripadanya. Secara prinsip, sekiranya perkadaran tersebut dipersetujui, satu formula pembayaran pampasan perlu dirangka. Ini mungkin melibatkan pindaan kepada beberapa peruntukan perlembagaan yang relevan daripada Artikel 109, Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi geran kepada negeri-negeri untuk memulihara KSAS Tahap 1 dan kawasan jelapang padi.
6.1.2 Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial
Perancangan bandar dan desa merupakan perkara yang disebut dalam senarai bersama di bawah Perlembagaan Persekutuan, di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa untuk menggubal undang-undang dan dasar-dasar berkaitan dengan perancangan spatial dan perolehan peruntukan kewangan.
JPBD SM merupakan jabatan utama yang bertanggungjawab untuk perancangan spatial di peringkat Persekutuan. Walaupun terdapat beberapa kementerian dan agensi lain yang terlibat dalam perancangan spatial, JPBD SM perlu menerajui aspek-aspek teknikal perancangan untuk memastikan keseragaman dalam perancangan spatial.
MPFN merupakan salah satu alat untuk mencapai keseragaman dalam perancangan spatial negara. Oleh itu adalah penting bagi kementerian atau agensi berkaitan menganggotai MPFN. Antara kementerian yang memainkan peranan utama dalam perancangan spatial ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSAAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Terdapat juga beberapa majlis-majlis peringkat negara yang terlibat dengan pembangunan fizikal. Antaranya termasuk Majlis Perumahan Negara, Majlis Sumber Air Negara, Majlis Biodiversiti Negara, Majlis Kualiti Alam Sekeliling, Majlis Teknologi Hijau, Majlis Mineral Negara, Majlis Perancangan Wilayah dan Majlis Teknologi Maklumat Negara. Perhubungan dan penglibatan konstruktif perlu diwujudkan dengan semua Majlis ini semasa penyediaan RFN Ke-2.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang baru ditubuhkan perlu dilibatkan juga dalam perancangan spatial untuk menyelaraskan sistem pengangkutan awam darat negara, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama.
6.1.3 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu
Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal perancangan spatial adalah Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Seksyen 2A (1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129).
Secara asasnya, terdapat tiga proses selari yang berkaitan dengan komponen-komponen berbeza dalam perancangan pembangunan Negara (Rajah 6.1):
a. Perancangan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara di bawah Majlis Ekonomi (Perancangan) Negara dan Majlis Perancang Pembangunan Negara (JPPN);
b. Perancangan Fizikal Negara di bawah Majlis Perancang Fizikal Negara;
c. Pelaksanaan dan Pemantauan Projek di bawah Majlis Pembangunan Negara.
Ketiga-tiga proses perancangan pembangunan ini mempunyai fungsi yang berhubung kait dengan organisasi-organisasi di peringkat Persekutuan dan Negeri. Dalam aspek ini, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan mendatar di antara satu sama lain, terutamanya di peringkat Urusetia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal. Dari segi fungsi, adalah penting untuk JPBD SM menjadi anggota di dalam JPPN, seperti mana UPE menganggotai Jawatankuasa Kerja MPFN.
6.1.4 Struktur Perancangan Fizikal Negara
Struktur perancangan fizikal negara yang dicadangkan ditunjukkan dalam Rajah 6.2. Dalam cadangan ini terdapat lima badan yang mempunyai kaitan dengan perancangan fizikal negara:-
a. Majlis Perancang Fizikal Negara
b. Jawatankuasa Kerja MPFN
c. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara
d. Agensi Perancangan Fizikal Negara
e. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial
Fungsi bagi setiap badan dan jawatankuasa di atas dibincangkan di Bahagian 6.1.5
Jawatankuasa Kerja MPFN dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar, dibantu oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian (yang menganggotai Majlis) dan semua Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia. Urusetia kepada Jawatankuasa Kerja ialah JPBD Semenanjung Malaysia. Adalah dicadangkan supaya Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Menteri berkaitan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perancangan fizikal. Perkara ini telah diamalkan di negara Denmark dan Belanda. Ketiga-tiga jawatankuasa dan Majlis ini mempunyai komposisi yang berbeza. MPFN adalah merupakan Majlis tertinggi bagi perancangan fizikal di negara ini dan anggota utamanya terdiri daripada Menteri-menteri Persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri. Jawatankuasa Kerja MPFN pula akan dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Panel Penasihat akan dianggotai oleh Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Institut Professional, Majlis Perniagaan dan kumpulan-kumpulan berkepentingan.
Agensi utama yang bertanggungjawab untuk menyediakan RFN ialah JPBD SM. Jabatan ini akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi peringkat Persekutuan dan Negeri supaya memberikan maklumat yang berkaitan serta memaklumkan mana-mana cadangan pembangunan yang boleh memberikan kesan kepada pembangunan fizikal negara melalui Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Rancangan Fizikal Negara (iPLAN). Selaras dengan proses penyediaan dan kajian semula rancangan pembangunan negara, Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) akan ditubuhkan untuk menyedia dan menyemak kertas-kertas dasar. KPAA ini akan dipecahkan kepada kumpulan kecil iaitu Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) untuk membincangkan laporan- laporan teknikal. Kertas kerja teknikal ini hendaklah berkait dengan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada perancangan bandar dan luar bandar.
MPFN juga akan menyediakan Garis Panduan Perancangan yang mirip dengan ‘Planning Policy Guidelines’ (United Kingdom) kepada negeri-negeri berkenaan dari semasa ke semasa. Apabila Draf RFN telah disiapkan, ia akan disemak oleh Jawatankuasa Kerja MPFN sebelum dikemukakan kepada MPFN untuk mendapat kelulusan. RFN yang telah diluluskan, perlu disahkan oleh Kabinet. Dasar-dasar dan cadangan-cadangan RFN yang melibatkan bidang kuasa Majlis Berperlembagaan seperti MTN, MNKT dan MKN akan dibentangkan kepada Majlis-majlis yang berkenaan. Keputusan-keputusan Majlis Berperlembagaan ini harus dipatuhi oleh kerajaan negeri.
Yang Di-Pertuan Agong
Pelaksanaan
Perancangan Ekonomi
Perancangan
dan Penyelarasan Projek
dan Pembangunan Negara
Fizikal Negara
Kabinet
Persidangan Menteri Besar
Majlis Berperlembagaan
Majlis Negara Bagi
Majlis
Pembangunan
Ekonomi Negara
Perancang Fizikal
Negara Persidangan
Tanah Negara
Kerajaan
Kewangan Negara
Jawatankuasa Kerja
Jawatankuasa Kerja
Kerja MPFN
Ra
Jabatan Perdana
JPBD SM
Perhubungan Persekutuan
ncangan Fizikal
dan Negeri
Kementerian
KPAA KPAA
Agensi /Jabatan
Negara Ke
Menteri Besar/ Ketua Menteri
Perancang Setiausaha
Pembangunan
Negeri Ekonomi Negeri
Perancangan
Negeri Persekutuan
Bagi Sabah
Setiausaha Negeri
dan Sarawak
Pegawai Daerah
UPEN JPBD Negeri
Negeri
8 Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan
Rajah 6.2: Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara
Parlimen
Kabinet
Majlis Perancang Fizikal Negara
Pengerusi : Perdana Menteri
Majlis Berperlembagaan
Menteri-menteri Persekutuan Menteri Besar/ Ketua Menteri
Majlis
Majlis Negara
Majlis
Setiausaha : KP JPBD SM
Tanah Negara
Bagi Kerajaan Kewangan Negara
Tempatan
Urusetia : JPBD SM
Dasar Sektoral
Majlis Biodiversiti-
Majlis
Majlis Teknologi
Bioteknologi Negara
Perumahan Negara Maklumat Negara
Sumber Air Negara
Kualiti Alam Sekeliling
Teknologi Hijau
Institusi Penyelidikan Perancangan Fizikal Negara
Panel Penasihat
Jawatankuasa
Agensi
Kerja MPFN
Perancangan Fizikal
Pengerusi : Menteri bagi
Pengerusi : Ketua Setiausaha
Jabatan Perancangan Bandar
Institut Penyelidikan
Organisasi Bukan Kerajaan, Perancangan dan
Perancangan Bandar
KPKT
dan Desa Semenanjung
Pembangunan Spatial Kumpulan Berkepentingan
Setiausaha : KP JPBD
Malaysia
Ketua Agensi/ Jabatan Kerajaan
Badan Profesional Pakar Perancang Bandar
Peringkat Antarabangsa dan Negara
Urusetia : JPBD SM
Institut Penyelidikan dan
KPAA
Universiti
Urusetia : JPBD SM
KKT
Jawatankuasa Perancang Negeri
JPBD Negeri
Pengerusi : Menteri Besar/ Ketua Menteri Jabatan Teknikal Setiausaha : Pengarah JPBD Negeri
Pihak Berkuasa
Jabatan Perancangan
Perancang Tempatan
Bandar dalam PBT
6.1.5 Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara
i. Majlis Perancang Fizikal Negara
MPFN ditubuhkan di bawah Seksyen 2A (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Fungsi Majlis ini adalah:
a. Untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;
b. Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172. Ini merangkumi pembentukan dasar- dasar negara dan lain-lain hal yang dirujuk kepadanya oleh kerajaan negeri dan lain-lain majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan.
c. Untuk meluluskan Draf Rancangan Fizikal Negara dan mengkaji semula dokumen tersebut seiringan dengan RMLT untuk menyelaraskan pembangunan fizikal di peringkat negara dan wilayah bagi memastikan suatu bentuk pembangunan yang mampan.
d. Untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Perancangan Wilayah (mengikut keperluan) bagi perancangan kawasan yang melibatkan dua atau lebih negeri.
e. Untuk merumuskan satu set peraturan dan garis panduan yang seragam mengenai prosedur perancangan di dalam negara.
f. Untuk menasihati Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) terhadap mana-mana permohonan kebenaran merancang dan pelan-pelan yang perlu dirujuk kepada Majlis untuk nasihat.
g. Untuk memberi arahan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa mengenai perkara yang selaras dengan peruntukan di dalam Akta 172.
h. Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta 172.
Ahli-ahli MPFN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1
Jadual 6.1: Keahlian MPFN
Ahli-ahli tetap di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ialah:
1. Pengerusi: Perdana Menteri 2. Timbalan Pengerusi : Timbalan Perdana Menteri
3. Menteri; 4. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia bukan juga menteri yang bertanggungjawab bagi perancang bandar dan desa;
5. Menteri Kewangan; 6. Menteri yang bertanggungjawab bagi Tanah; 7. Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri; 8. Menteri Wilayah Persekutuan; dan 9. Tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi.
Tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi adalah:
1. Menteri Kerja Raya 2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 3. Menteri Pengangkutan 4. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
5. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 6. Ketua Setiausaha Negara
7. Peguam Negara Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
ii. Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara
Fungsi-fungsi jawatankuasa ini ialah:
a. Membincang dan menyemak semula isu-isu yang berkaitan dengan perancangan fizikal negara sebelum diputuskan oleh MPFN.
b. Menyediakan rangka kerja bagi asas rujukan untuk penyediaan dan kajian semula RFN.
c. Menyemak Draf RFN sebelum dibentangkan kepada MPFN untuk kelulusan.
d. Mengenalpasti isu, projek dan program perancangan spatial yang mempunyai implikasi kewangan yang memerlukan perhatian daripada Majlis Perancangan Pembangunan Negara (MPPN) atau Majlis Kewangan Negara.
e. Mengkaji semula semua Garis Panduan Perancangan untuk kelulusan MPFN.
f. Mengkaji semula permohonan perancangan strategik yang dirujuk kepada MPFN untuk nasihat di bawah Seksyen 22 (2A) Akta 172.
Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN adalah seperti berikut (Jadual 6.2):
Jadual 6.2: Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN
1. Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Pengerusi 2. KSU Kementerian Kewangan 3. KSU Kementerian bertanggungjawab bagi Tanah 4. KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 5. KSU Kementerian Kerja Raya 6. KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 7. KSU Kementerian Pengangkutan 8. KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 9. KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 10. KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 11. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia 12. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut keperluan
Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
iii. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara
RFN Ke-2 menyarankan satu Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk menasihati Menteri mengenai isu-isu perancangan bandar dan desa dalam negara ini (Jadual 6.3). Panel ini merupakan satu aspek penting di dalam proses perundingan dalam penyediaan RFN. Fungsi yang dicadangkan untuk PPPFN adalah:
a. Menasihati Menteri mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa di dalam negara ini.
b. Ahli-ahli panel ini dikehendaki menyiapkan laporan ringkas untuk dibincangkan dan juga akan menjadi input kepada penyediaan dan kajian semula RFN tersebut.
c. Membentangkan pandangan dan rungutan pihak awam yang berkaitan dengan perancangan fizikal.
Ahli panel ini dipilih melalui jemputan dan hendaklah disertai oleh ahli-ahli seperti di Jadual 6.3.
Jadual 6.3: Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN)
1. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa sebagai Pengerusi 2. Ketua Pengarah JPBD SM sebagai Timbalan Pengerusi 3. Ahli-ahli Badan Profesional/Institut 4. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan pembangunan, pemuliharaan dan
alam sekitar 5. Institut Penyelidikan dan Universiti 6. Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA 7. Pakar-pakar asing dan tempatan yang terkenal dalam bidang perancangan bandar 8. Kumpulan-kumpulan berkepentingan khas yang berkaitan mengikut keperluan
Urusetia adalah JPBD Semenanjung Malaysia Urusetia adalah JPBD Semenanjung Malaysia
Agensi perancangan fizikal negara adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM). Berdasarkan Akta 172, Ketua Pengarah JPBD SM dikehendaki menyediakan RFN. Fungsi-fungsi utama Jabatan ini adalah:
a. Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah;
b. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
c. Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisien melalui undang-undang, metodologi, kajian, piawaian dan prosedur perancangan;
d. Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan;
e. Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu RS, RT; dan
f. Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) di bawah JPBD SM perlu diperkukuhkan untuk memastikan RFN disemak dari semasa ke semasa. Ini akan melibatkan pertambahan dalam kakitangan dengan kemahiran yang sesuai, di samping mempertingkatkan kemampuan GIS bagi jabatan ini.
v. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial
Apabila negara menjadi lebih maju dan semakin bersifat perbandaran, usaha yang lebih gigih perlu dijalankan untuk melonjakkan tahap penyelidikan dalam bidang perancangan bandar dan luar bandar. RFN perlu mendapat manfaat melalui penyelidikan dan pembangunan yang terkini dalam perancangan spatial. Justeru itu, kerajaan perlu menubuhkan satu Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPRDI) bagi penerusan program penyelidikan dan pembangunan serta latihan dalam perancangan fizikal negara. Institut ini seharusnya bertindak sebagai satu badan yang berautonomi dengan mendapat bantuan penuh kerajaan. Ianya boleh ditubuhkan mengikut model Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang mempunyai kuasa penuh untuk mengambil dan memberhentikan kakitangannya. Adalah penting juga bahawa institut penyelidikan ini mempunyai pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin dan saling melengkapi yang merangkumi perancang bandar, pereka bentuk bandar, jurutera, pakar ekonomi, pakar alam sekitar, perancang pengangkutan dan penganalisis impak sosial untuk mengendalikan penyelidikan terhadap pelbagai pandangan dan isu yang berbeza Apabila negara menjadi lebih maju dan semakin bersifat perbandaran, usaha yang lebih gigih perlu dijalankan untuk melonjakkan tahap penyelidikan dalam bidang perancangan bandar dan luar bandar. RFN perlu mendapat manfaat melalui penyelidikan dan pembangunan yang terkini dalam perancangan spatial. Justeru itu, kerajaan perlu menubuhkan satu Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPRDI) bagi penerusan program penyelidikan dan pembangunan serta latihan dalam perancangan fizikal negara. Institut ini seharusnya bertindak sebagai satu badan yang berautonomi dengan mendapat bantuan penuh kerajaan. Ianya boleh ditubuhkan mengikut model Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang mempunyai kuasa penuh untuk mengambil dan memberhentikan kakitangannya. Adalah penting juga bahawa institut penyelidikan ini mempunyai pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin dan saling melengkapi yang merangkumi perancang bandar, pereka bentuk bandar, jurutera, pakar ekonomi, pakar alam sekitar, perancang pengangkutan dan penganalisis impak sosial untuk mengendalikan penyelidikan terhadap pelbagai pandangan dan isu yang berbeza
Sebagai alternatif diperingkat permulaan institut ini boleh, ditubuhkan sebagai Pusat Kecemerlangan di dalam salah satu universiti penyelidikan utama dalam negara.
Adalah menjadi amalan dimana institut penyelidikan diperlukan untuk memberi sokongan kepada program-program perancangan fizikal negara. Sebagai contohnya Korea Research Institute for Human Settlement (Korea), Habitat (Nairobi), International Centre for Sustainable Cities (Kanada) dan International Institute for Urban Environment (Belanda). Untuk memberikan satu gambaran mengenai struktur yang dicadangkan untuk SPDRI, rujukan ringkas ke atas beberapa institut penyelidikan, dengan objektif yang hampir sama, akan memberi gambaran tentang bentuk SPDRI pada masa hadapan. Antara institut tersebut adalah :
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) merupakan ‘think-tank’ Malaysia yang pertama dan ditubuhkan pada 8 April 1983 di bawah Akta Syarikat. Ini adalah satu organisasi yang tidak mementingkan keuntungan dan mempunyai kuasa autonomi. Ia menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang strategik dan menyediakan khidmat perundingan. Kajian yang dijalankan meliputi bidang yang berkepentingan negara seperti pertahanan, keselamatan dan hubungan luar negara, urusan ekonomi negara dan antarabangsa, pembangunan negara, sains, teknologi, industri, tenaga dan sumber asli, serta persefahaman dan kerjasama antarabangsa.
Lincoln Institute di Amerika Syarikat yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai pembangunan bandar, persekitaran alam bina, dan dasar percukaian di Amerika Syarikat dan luar negara, khususnya melalui penyelidikan, latihan, persidangan, projek-projek demonstrasi, penerbitan dan multimedia untuk meningkatkan kualiti, membuat analisis nonpartisan dan penilaian ke atas, prosedur perancangan serta keputusan dasar.
Korea Research Institute for Human Settlement (KRIHS) ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menangani isu-isu dasar fizikal dan mempromosikan penggunaan sumber tanah yang lebih efisien di Korea Selatan. Ia merupakan agensi penyelidikan kerajaan dan pada tahun 1999, ia diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri Korea melalui Majlis Ekonomi dan Institut Penyelidikan Sosial, sebuah badan kawal selia ke atas semua institut penyelidikan yang terlibat dalam kajian ekonomi dan sosial. KRIHS mengendalikan kajian mengenai topik fizikal seperti pembangunan bandar dan wilayah, infrastruktur, guna tanah, pengangkutan dan maklumat geospatial.
The International Centre for Sustainable Cities (ICSC) ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai satu perkongsian di antara tiga peringkat pentadbiran di Kanada, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat awam. Ia ditadbir oleh satu Lembaga Pengarah yang terdiri daripada organisasi swasta, sektor awam dan pertubuhan masyarakat awam. ICSC mempunyai sejumlah kecil kakitangan utama dan disokong oleh sebuah panel antarabangsa penasihat, rakan kongsi, organisasi, persatuan, dan bandar-bandar lain. Objektif ICSC adalah untuk menterjemah kemampanan bandar ke dalam tindakan praktikal dengan membentuk kerjasama antara komuniti perniagaan, pertubuhan masyarakat awam dan kerajaan. Untuk mempromosikan tindakan tersebut, ICSC menjalankan projek demonstrasi terhadap reka bentuk bandar, perancangan guna tanah, pengangkutan, sisa pepejal, penghijauan bandar, kecekapan tenaga, mitigasi bencana, pembasmian kemiskinan, urus tabdir dan proses penyertaan awam. Selain itu, ia menubuhkan satu platform untuk berkongsi pengetahuan dan inovasi dalam perancangan bandar di antara bandar-bandar melalui sistem yang dikenali sebagai Sustainable Cities : Plus Network. Ia menyokong rangkaian pembelajaran dengan menghubungkan bandar-bandar untuk berkongsi pengetahuan dan saling mempelajari antara satu sama lain. Pembiayaan adalah melalui penjualan perkhidmatan, geran dan sumbangan daripada sektor swasta dan awam, agensi antarabangsa, yayasan dan individu. Antara penyumbang utamanya adalah Canadian International Development Agency (CIDA).
The International Institute for Urban Environment (IIUE) yang berpusat di Belanda, mempromosikan pembangunan bandar yang mampan melalui penyelidikan dan projek demonstrasi. Ia mempunyai hubungan dengan program pembiayaan di dalam Kesatuan Eropah dan boleh membantu untuk mendapatkan pembiayaan Kesatuan Eropah untuk projek-projek demonstrasi serta mencari rakan kongsi untuk menyokong projek dan menyelaraskan projek-projek tersebut. Beberapa projek perintis IIUE termasuk 'Triodos' (penilaian kemampanan bangunan pejabat), MILUnet atau Multifunctional Intensive Land Use Network (sebuah projek untuk menangani rebakan bandar dan kemerosotan fungsi pembangunan pusat bandar, bandar dan luar bandar) dan Climate Proof Cities (sebuah projek untuk membentuk rangkaian dan kerjasama antara bandar-bandar Eropah untuk menyesuaikan bandar masing- masing dengan perubahan iklim). IIUE sedang melaksanakan projek Child Friendly Cities, ENGINE yang berfokus kepada identiti warisan budaya luar bandar di Barat Laut Eropah; RISE, sebuah projek pembangunan semula kawasan perumahan bertingkat pasca-perang yang mengalami imej buruk dan tersisih; dan projek Living Green EU Partnership yang meninjau penggunaan teknologi tenaga.
Sebagai langkah sokongan, KPKT telah menubuhkan sebuah institut latihan yang bertujuan untuk menyediakan latihan kepada kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perancangan bandar, pengurusan sisa pepejal, pengurusan perumahan, pengurusan pihak berkuasa tempatan, perancangan landskap, undang-undang pihak berkuasa tempatan dan penguatkuasaan undang-undang.
vi. Kumpulan Perancangan Antara Agensi dan Kumpulan Kerja Teknikal
Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) dan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) merupakan perwakilan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang ditubuhkan khas untuk penyediaan kajian semula RFN dan diurusetiakan oleh JPBD SM. KPAA akan merangka asas rujukan bagi kajian semula. Kajian semula ini akan menjurus kepada isu-isu spatial negara seperti mana yang dikenal pasti oleh KPAA dalam jangka masa lima tahun. Terdapat juga keperluan untuk mengesahkan RFN- KPAA secara rasmi seperti mana penyediaan RMLT oleh UPE dan Dialog Bajet Tahunan oleh Perbendaraan. KPAA boleh diwujudkan bagi lapan (8) tema RFN Ke-2. Ahli-ahli KPAA akan menyediakan input data yang berkenaan dan kertas kerja untuk dipertimbangkan mengenai isu-isu perancangan semasa untuk dimasukkan dalam kajian semula. Ini boleh menjadi satu program penglibatan yang berterusan dan dilaksanakan setiap kali RFN dikaji semula. KKT yang spesifik boleh dibentuk pada dan bila diperlukan untuk menangani isu-isu utama berkaitan dengan pengagihan penduduk dan sasaran pertumbuhan mengikut wilayah dan negeri.
6.1.6 Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN
Penyertaan awam di dalam penyediaan RFN adalah dalam bentuk perundingan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Lembaga Utiliti dan pembekal perkhidmatan serta dialog dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih. Akta 172 mengkehendaki Ketua Pengarah JPBD SM untuk berunding dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri dan badan- badan lain seperti yang diarahkan oleh MPFN (Seksyen 6B (3) Akta 172).
Publisiti secara menyeluruh perlu dilaksanakan semasa penyediaan dan penyemakan RFN. Pandangan pihak-pihak berkepentingan perlu juga diambil kira semasa penyediaan RFN tersebut. Kaedah lain yang bersesuaian untuk penglibatan awam termasuklah:
i. Perbincangan Kumpulan Sasaran;
ii. Sesi Dialog;
iii. Membuat kajiselidik pendapat secara interaktif melalui media elektronik; dan iv. Pameran, seminar dan bengkel kerja.
6.2 Pelaksanaan RFN Ke-2
Dasar-dasar RFN Ke-2 merangkumi pelbagai isu yang mempunyai kesan terhadap pembangunan fizikal negara. Ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Langkah-langkah yang disarankan untuk melaksanakan dasar ini dinyatakan di dalam Bab 5. Agensi-agensi pelaksana utama yang dikenal pasti untuk melaksanakan dasar tersebut ditunjukkan dalam Jadual 6.4. Sejajar dengan RMLT dan kitaran perancangan projek, agensi-agensi tersebut perlu mengambil tindakan proaktif untuk menterjemahkan dasar-dasar ini ke dalam bentuk pelan tindakan, program dan projek. Usaha yang menyeluruh perlu dilaksanakan dalam memastikan projek-projek ini diambil kira di dalam RMLT yang seterusnya. Justeru, ini memerlukan pewujudan hubungan mendatar dengan kitaran Dasar-dasar RFN Ke-2 merangkumi pelbagai isu yang mempunyai kesan terhadap pembangunan fizikal negara. Ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Langkah-langkah yang disarankan untuk melaksanakan dasar ini dinyatakan di dalam Bab 5. Agensi-agensi pelaksana utama yang dikenal pasti untuk melaksanakan dasar tersebut ditunjukkan dalam Jadual 6.4. Sejajar dengan RMLT dan kitaran perancangan projek, agensi-agensi tersebut perlu mengambil tindakan proaktif untuk menterjemahkan dasar-dasar ini ke dalam bentuk pelan tindakan, program dan projek. Usaha yang menyeluruh perlu dilaksanakan dalam memastikan projek-projek ini diambil kira di dalam RMLT yang seterusnya. Justeru, ini memerlukan pewujudan hubungan mendatar dengan kitaran
Jadual 6.4: Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 1
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
Agensi-agensi
Menterjemahkan dasar dan cadangan RFN
dalam RS, RT dan Projek-projek Khas daripada RFN Ke-2 berperanan sebagai
Persekutuan dan Negeri,
Kementerian-kementerian. rangka kerja perancangan
JPBD SM
spatial negara untuk mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain
RFN 2
Agensi-agensi
Meletakkan aktiviti berasaskan bandar seperti
pengusahaan perindustrian, institusi pendidikan Pusat pertumbuhan bandar
Persekutuan dan Negeri,
dan latihan swasta, bandar siber dan kemudahan masa depan perlu ditumpukan
PKEN, Kementerian
infrastruktur utama di pusat bandar strategik. di conurbation strategik
Pelajaran, MDeC, JPBD
SM, Kementerian Pengangkutan
RFN 3
UPE, Agensi Pelaksanaan
Menggalakkan kepelbagaian ekonomi khususnya
dalam sektor pertanian dan pelancongan Pendekatan pembangunan
Koridor (ECERDC,
termasuk merapatkan jurang digital, koridor perlu digunapakai
NCIA,IRDA), JPBD SM,
mempercepatkan pembinaan infrastruktur utama dalam perancangan wilayah
Kementerian Pelancongan
dan menyediakan latihan teknikal serta program kurang maju untuk memacu
Malaysia, Kementerian
Kerja Raya, Kementerian
pembangunan sosial.
pertumbuhan ekonomi dan
Sumber Manusia
pembangunan bagi mengurangkan ketidakseimbangan wilayah
RFN 4
UPE, Kementerian Luar
Mempromosikan projek di Kawasan
Pertumbuhan Wilayah, penubuhan Zon Ekonomi Kerjasama di dalam
Negeri, Agensi-agensi
Khas, mengeksport perkhidmatan profesional perancangan fizikal dan
Negeri, JPBD SM,
dan pembangunan merentas sempadan. pembangunan ekonomi antara
Perkhidmatan Profesional,
Perbadanan Pembangunan,
Malaysia dan negara-negara
Kementerian Kewangan
serantau ASEAN perlu iperkukuhkan
RFN 5
MITI, PKEN, JPBD SM,
Mengenal pasti kawasan industri baru, kluster
perkhidmatan dan zon ekonomi khas secara Perancangan pembangunan
Kementerian Kewangan
spatial.
industri perlu menggunapakai strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 6
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
JPBD SM, Jabatan
JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini
Kawasan Pertanian Utama diterapkan ke dalam semua rancangan
Pertanian, MADA, Kada,
IADA Kerian-Sg. Manik,
pemajuan (RS dan RT).
perlu dipulihara khusus untuk
tujuan pertanian dan Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan
IADA Barat Laut Selangor,
IADA Pulau Pinang, IADA
pembangunan bandar dalam dengan jelas di dalam semua rancangan
Seberang Perak,
kawasan tersebut perlu
pemajuan (RS dan RT).
KETARA, IADA Kemasin-
dihadkan
Semerak
Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi.
RFN 7
JPBD SM, JPS, Jabatan
Mewartakan kawasan jelapang padi yang
Pertanian, MADA, KADA,
strategik.
Lapan (8) Kawasan Jelapang
Padi Strategik, iaitu muda JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini
KETARA, IADA Pulau
Pinang, IADA Kerian-Sg.
(MADA), Kemubu (KADA), diterapkan ke dalam semua rancangan
Manik, IADA Seberang
IADA Kerian-Sungai Manik,
pemajuan (RS dan RT).
Perak, IADA Barat Laut
IADA Barat Laut Selangor,
Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan IADA Pulau Pinang, IADA
Selangor, IADA Kemasin-
dengan jelas di dalam semua rancangan Seberang Perak, IADA
Semerak, Kementerian
Pertanian dan Industri
pemajuan (RS dan RT).
Terengganu Utara (KETARA),
dan IADA Kemasin-Semerak Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian
Asas Tani, Kementerian
Kewangan
perlu dipulihara Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak
dicerobohi. Pembangunan dalam kawasan ini hanya akan
dilaksanakan selepas perbincangan dan kelulusan daripada agensi-agensi yang berkaitan.
JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini tidak dicerobohi oleh pembangunan.
JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik.
RFN 8
JPBD SM, JPS, Jabatan
JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini
diterapkan ke dalam semua rancangan Tanah padi sedia ada yang
Pertanian, MADA, KADA,
KETARA, IADA Pulau
pemajuan (RS dan RT).
berpotensi di luar kawasan
jelapang padi, perlu dilengkapi JPS perlu memastikan sistem pengairan dan
Pinang, IADA Kerian-Sg.
Manik, IADA Seberang
dengan infrastruktur yang saliran yang teratur disediakan.
Perak, IADA Barat Laut
sesuai untuk meningkatkan
JKR perlu memastikan rangkaian jalan disediakan. produktiviti dan hasil
Selangor, IADA Kemasin-
Semerak, Kementerian
Jabatan Pertanian perlu memastikan kawasan-
Pertanian dan Industri
kawasan ini tidak dicerobohi.
Asas Tani (KPIAT)
Pembangunan dalam kawasan ini hanya dibenarkan selepas perundingan terperinci dan
kelulusan pihak-pihak berkenaan diperolehi.
JPS perlu memastikan sistem pengairan dan
saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik.
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 9
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
FELDA, FELCRA,
FELDA, FELCRA dan Jabatan Kemajuan Orang
Kawasan luar bandar dan Asli (JKOA) perlu memastikan kawasan masing-
KEMAS, Pejabat Daerah,
PBT, Jabatan Pertanian,
masing dimajukan.
Pusat Pertumbuhan Desa perlu
dibangunkan agar masyarakat Pihak Berkuasa Negeri dan PBT menyediakan
RISDA, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar,
boleh menikmati pendapatan kepimpinan dalam pembangunan kawasan luar
Jabatan Perikanan, LPP,
yang lebih tinggi dan kualiti
bandar.
MARDI, JPBD,
hidup yang lebih baik
Kementerian Kemajuan
JPBD perlu memastikan bahawa kawasan luar
Luar Bandar dan Wilayah
bandar tidak ketinggalan dalam strategi- strategi
(KKLBW), MARA
pembangunan. JKR perlu menyediakan infrastruktur asas Aktiviti-aktiviti ekonomi perlu digerakkan ke
kawasan luar bandar oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan perlu memperkukuhkan dan memperkenalkan Industri Asas Pertanian (IAT) ke kawasan luar bandar.
RFN 10
Pejabat Tanah, JKOA,
Pihak Berkuasa Negeri perlu menyediakan tanah
untuk Orang Asli bagi tujuan pertanian dan Masyarakat orang asli perlu
JPBD, FELCRA, Pejabat
Daerah, PBT, JKR,
petempatan.
diintegrasikan dari segi spatial
dan ekonomi ke dalam inisiatif JKOA perlu memastikan dasar ini dipatuhi.
Jabatan Pertanian,
RISDA, Jabatan
pembangunan utama
Perkhidmatan Veterinar,
Agensi-agensi koperasi tanah perlu
Jabatan Perikanan,
membangunkan kawasan ini secara komersial.
Suruhanjaya Koperasi
JPBD SM perlu menerapkan dasar ini ke dalam
Malaysia
semua rancangan pemajuan berstatut.
RFN 11
JPBD, UPEN, PBT,
Menubuhkan Jawatankuasa Usahasama
Perancangan Pelancongan Negeri yang perlu Sumber pelancongan semula
Kementerian Pelancongan
melibatkan penyertaan sektor swasta dan jadi, kepelbagaian budaya dan
Malaysia, Kementerian
organisasi bukan kerajaan (NGO). warisan sejarah negara perlu
Penerangan, Komunikasi
dipulihara Menyediakan Pelan-pelan Tindakan untuk kawasan kritikal serta penyediaan infrastruktur pelancongan yang diperlukan termasuk papan tanda, penginapan, jalan akses, pembetungan dan pelupusan sisa pepejal.
dan Kebudayaan (KPKK)
Menyediakan Pelan Tindakan untuk semua zon dan koridor pelancongan termasuk penentuan sempadan untuk tujuan kawalan pembangunan.
RFN 12
UPEN, JPBD SM, PBT,
Mengkaji semula Dasar Pelancongan Negara
untuk menerapkan prinsip dan cadangan Zon pembangunan
Kementerian Pelancongan
pembangunan pelancongan spatial. pelancongan di setiap negeri
Malaysia, Pejabat
perlu menekankan produk Penyertaan daripada semua pihak
Kementerian Pelancongan
Negeri, NGO
khusus wilayah berdasarkan berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan kelebihan lokasi dan sumber
penyertaan yang lebih luas dan persetujuan sedia ada
umum untuk mencapai pelancongan mampan. Pemantauan secara berkala atas impak dan
memperkenalkan langkah pencegahan dan
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
Inisiatif Pelaksanaan Utama
pembetulan yang bersesuaian atau di mana yang perlu.
Mengekalkan tahap kepuasan pelancong yang tinggi dan pengalaman bermakna kepada mereka, meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap isu kemampanan dan mempromosikan amalan pelancongan mampan di kalangan pelancong.
Menyediakan inventori data asas semasa mengenai keadaan semasa produk pelancongan, sumberjaya dan aktiviti ekonomi dalam negara atau negeri serta kawasan persempadanan dan pemantauan berkala ke atas impak–impak.
RFN 13
Kementerian Pelancongan Penyediaan Pelan Induk Pelancongan untuk Malaysia, Jabatan Taman
semua negeri yang merangkumi perancangan Infrastruktur dan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan sokongan pelancongan berkualiti tinggi
Laut, Pejabat Kementerian
pelancongan, pelan warisan budaya, koridor perlu disediakan bagi
Pelancongan Negeri,
biodiversiti dan pelancongan negara. mempertingkatkan keselesaan
Jabatan Muzium
dan keselamatan pelancong Penyediaan Pelan Tindakan Persediaan
(Persekutuan dan Negeri),
Jabatan Perhutanan Sem.
tanpa menjejaskan kualiti alam Bencana untuk semua destinasi pelancongan
Malaysia, PERHILITAN,
sekitar
utama.
Kementerian Kesihatan, MAHB, Kementerian Kerja
Penyediaan satu set inventori produk
Raya, Persatuan Hotel
pelancongan yang komprehensif di peringkat
Malaysia (MAH), MATTA,
negeri dan memantau serta melaporkan status
PBT, JPBD SM
secara tahunan kepada Kementerian Pelancongan.
RFN 14
Agensi-agensi
Menyediakan rancangan wilayah untuk
conurbation yang berkaitan. Tumpuan pertumbuhan bandar
Persekutuan dan Negeri,
perlu ditampung di dalam Mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada conurbation yang dirancang
JPBD SM, UPE
projek-projek yang bertujuan untuk dan dimajukan secara
mengurangkan jurang ketidakseimbangan antara bersepadu selaras dengan
wilayah.
Dasar Perbandaran Negara Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang
melibatkan PBT.
RFN 15
Agensi-agensi
Menubuhkan Jawatankuasa Perancangan
Wilayah untuk conurbation dan inisiatif-inisiatif Pertumbuhan empat
Persekutuan dan Negeri,
sokongan lain dalam aspek ICT, kesihatan, conurbation utama Iaitu Kuala pelancongan dan sistem pengangkutan awam. Lumpur, George Town, Johor
JPBD SM, UPE
Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global
RFN 16
Agensi-agensi
Melaksanakan perancangan bandar yang
komprehensif termasuk pembentukan had Keutamaan perlu diberi untuk
Persekutuan dan Negeri,
sempadan bandar di dalam semua RT. mencapai tahap bandar padat
JPBD SM, PBPT, UPE
yang cekap tenaga
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 17
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
JPBD SM, Kementerian
Menyediakan program-program pembangunan
yang sesuai untuk mempertingkatkan ciri-ciri Bandar berciri khas perlu
Pelancongan Malaysia,
istimewa bagi Bandar-bandar Berciri Khas. dikenalpasti dan projek
IMT-GT, UPE
pembangunan yang memperkukuhkan ciri-ciri
istimewa tersebut perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian
RFN 18
Agensi-agensi
Menyediakan kemudahan awam, menggalakkan
industri asas sumber dan kraf untuk memajukan Pusat petempatan utama dan
Persekutuan dan Negeri,
pusat petempatan utama dan petempatan kecil. pusat petempatan kecil perlu
JPBD SM, KKLBW,
dikekal dan dibangunkan Menyelaraskan perancangan dan pembangunan mengikut potensi ekonomi
Jabatan Pertanian
bandar-bandar sempadan antara negeri. setempat
RFN 19
KPKT, PBN, PBT, Sektor
Menilai situasi perumahan yang sedia ada
(penawaran, permintaan, harga, dll) untuk Perumahan mampu milik yang merangkakan program perumahan terutama di mencukupi dan dilengkapi
Swasta, REHDA
pusat bandar.
dengan kemudahan komuniti termasuk kemudahan dan
Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam perkhidmatan keselamatan
dan ameniti yang mencukupi di kawasan perlu disediakan di pusat
perumahan.
bandar utama untuk memenuhi keperluan penduduk
RFN 20
Agensi-agensi
Kajian semula terhadap piawaian perancangan
secara komprehensif perlu dilaksanakan. Piawaian perancangan dan
Persekutuan dan Negeri,
JPBD SM
garis panduan pembangunan bandar perlu dirangka bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju
RFN 21
Agensi-agensi
JPBD SM perlu dilantik sebagai agensi pusat
yang bertanggungjawab untuk menerbitkan Satu agensi pusat perlu
Persekutuan dan Negeri,
maklumat pembangunan guna tanah secara dipertanggungjawabkan untuk
JPBD SM, PBN, PBT,
Jabatan Tanah dan
berkala.
menerbitkan secara berkala
maklumat pembangunan guna RS dan RT perlu mengenal pasti kawasan-
Galian, JUPEM, Agensi
Remote Sensing Malaysia
tanah kawasan berpotensi dan mencadangkan projek
(ARSM), MyGDI, sektor
pembangunan melalui perundingan dengan
Swasta sektor swasta.
RFN 22
Jabatan Perhutanan Sem.
Menentukan sempadan KSAS dan zon
penampan di dalam RS dan RT. Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Malaysia, JAS, JPBD SM,
PERHILITAN, PBT, PBN,
perlu diintegrasi ke dalam
Agensi-agensi
perancangan dan pengurusan
Pembangunan Wilayah
guna tanah dan sumber alam
(NCIA, ECERDC & IRDA)
semula jadi
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 23
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
Jabatan Perhutanan Sem.
Mengenal pasti Central Forest Spine dalam
Rancangan Pemajuan dan merangka pelan Central Forest Spine akan
Malaysia, JAS,
pengurusan yang sesuai untuk CFS. diwujudkan bagi membentuk
PERHILITAN, JPBD SM
tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar
RFN 24
JPS, JPBD SM,
Mengenal pasti dan memelihara hutan paya
bakau, tapak pendaratan penyu, taman laut dan Ekosistem persisiran pantai
PERHILITAN, Jabatan
tapak pendaratan bagi burung migrasi. Kawasan- dan marin yang sensitif perlu
Perikanan, Jabatan Laut ,
kawasan ini perlu dilindungi dengan peruntukan dilindungi dan digunakan undang-undang atau dikenal pasti sebagai KSAS secara mampan
JAS
di dalam RS dan RT. Mengenal pasti sumber-sumber dalam Zon
Ekonomi Eksklusif dan membangunkannya mengikut kesesuaian.
RFN 25
UPE, PTG, PBPT, JPBD
Mengguna pakai garis panduan dan cadangan
daripada Kajian Pembangunan Mampan Bagi Pembangunan di tanah tinggi
SM, JKR (Bahagian
Tanah Tinggi Banjaran Utama Di Semenanjung perlu dikawal dengan tegas
Kejuruteraan Cerun)
Malaysia, UPE 2002.
bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan
Menyediakan RKK untuk Kawasan Pengurusan kualiti persekitaran dan
JMG, JPS, Pihak
Menentukan sumber tanah dan bawah tanah
serta kawasan ’recharge’ dan merangka pelan Semua sumber air permukaan
Berkuasa Bekalan Air,
pengurusan yang sesuai. dan air bawah tanah adalah
Jabatan Perhutanan Sem.
Malaysia, JAS, JPBD SM,
aset strategik yang perlu
PBN
dilindungi dan diuruskan secara mampan
RFN 27
NAHRIM, JPBD SM, JMG, Menentukan impak perubahan iklim dan JPS, Jabatan Pertanian,
melaksanakan langkah adaptasi untuk Rangka Kerja perancangan
mengurangkan kesan impak. spatial perlu mengambil kira
Jabatan Meteologi
Malaysia (JMM)
langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan iklim
RFN 28
UPE, MOT, Kementerian
Menyediakan Dasar Integrasi Guna Tanah –
Kerja Raya, JKR, JPBD
Pengangkutan.
Rangkaian pengangkutan
SM, Suruhanjaya
negara bersepadu perlu
Pengangkutan Awam
diwujudkan dengan mengambil
Darat (SPAD)
kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan
RFN 29
MOT, JPBD SM,
Menyediakan kajian feasibiliti, mengenal pasti
koridor rel dan hab-hab pengangkutan melalui Satu sistem rel berkelajuan
Kementerian Kewangan,
UPE
RS dan RT.
tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 30
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
HPU, JKR, JPBD SM,
Membangunkan jalan-jalan utama dalam koridor
Kementerian Kerja Raya,
pertumbuhan
Rangkaian jalan raya negara
LLM
perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan
RFN 31
UPE, MOT, Kementerian
Menyediakan Pelan Induk Pelabuhan Negara.
Lapangan terbang dan Mempertingkatkan infrastruktur sokongan dan
Kewangan, Pihak
Berkuasa Pelabuhan,
pelabuhan utama perlu kemudahan di lapangan terbang dan pelabuhan
Jabatan Laut
dibangunkan mengikut fungsi
utama.
yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong
RFN 32
MOT, PBT, JPBD SM
Mengenal pasti TOD untuk kawasan conurbation, RS dan RT di dalam Pelan Rancangan Wilayah.
Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam
RFN 33
UPE, MOT, JPBD SM,
Menyediakan Pelan Integrasi Guna Tanah-
Rangkaian Pengangkutan untuk kawasan Sistem pengangkutan awam
PBT, Suruhanjaya
Pengangkutan Awam
bandar.
bersepadu perlu dibangunkan
di semua pusat bandar utama Memperkenalkan pembangunan bandar padat dan sistem pengangkutan awam berintegrasi di semua pusat bandar.
Darat (SPAD)
Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam termasuk bas dan rel di semua pusat bandar.
RFN 34
JPBD SM, KPKT,
Penyediaan dasar-dasar Negara bagi semua
aspek infrastruktur iaitu sistem pembetungan, RFN Ke-2 akan menyediakan
KeTTHA, Suruhanjaya
bekalan air, tenaga, teknologi hijau dan lain-lain. rangka kerja spatial bagi
Pengurusan Sisa Pepejal
Negara (NSWNC), JPS,
penyampaian perkhidmatan
TNB , Suruhanjaya
infrastruktur bersepadu di
Komunikasi dan
peringkat negara, wilayah dan
Multimedia Malaysia
conurbation utama
(SKMM), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP),
SPAN, Suruhanjaya Tenaga (ST)
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 35
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
JPBD SM, PBN, KeTTHA,
Merangka dan melaksanakan Dasar Air Negara
dan Kajian Sumber Air Negara. Infrastruktur bekalan air yang
SPAN, Pihak Berkuasa
Bekalan Air Negeri
bersesuaian termasuk kerja- kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan
RFN 36
JPBD SM, KeTTHA,
Merangka Dasar Pembetungan Negara.
SPAN, IWK
Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar
RFN 37
JPBD SM, KPKT, Majlis
Menggalakkan pengurusan sisa pepejal dan
mengenal pasti loji rawatan kumbahan di Semua petempatan perlu
Sumber Air Negara,
kawasan bandar-bandar utama. disediakan dengan satu
Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan
rangkaian pelupusan sisa
Pembersihan Awam
pepejal bersepadu dan/atau
(PPSPA)
dilengkapi dengan kemudahan pemulihan
RFN 38
JPBD SM, JPS, PBT
Melaksanakan MSMA dan merangka garis panduan perparitan untuk petempatan desa.
Infrastruktur perparitan perlu disediakan bagi semua petempatan untuk
membendung kejadian banjir besar, banjir kecil dan pencemaran
RFN 39
JPBD SM, KeTTHA, TNB
Membekalkan tenaga yang mencukupi dan menempatkan stesen penjana elektrik dan
Loji janakuasa elektrik dan pencawang masuk utama (PMU) di kawasan rangkaian penghantaran dan yang saling melengkapi guna tanah di sekitarnya. pengagihan utama adalah aset
strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna
Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 40
Dasar-dasar
Agensi Pelaksana Utama
JPBD SM, KeTTHA, TNB
Merangka satu dasar negara berhubung penggunaan dan bekalan gas.
Loji pemprosesan gas asli serta rangkaian paip penghantaran dan pengagihannya perlu dikenalpasti bagi menyediakan bekalan gas asli yang andal dan efisien kepada pengguna
RFN 41
JPBD SM, KeTTHA,
Memperkembangkan konsep bandar siber ke
kawasan lain dalam negara, mengurangkan Kemudahan dan infrastruktur jurang digital di antara bandar dan luar bandar, rangkaian komunikasi perlu serta mempromosikan penggunaan ICT di sektor disediakan di semua
SKMM
kerajaan dan swasta.
petempatan
6.2.1 Pematuhan Rancangan Struktur Negeri Kepada RFN Ke-2
Cadangan-cadangan RFN Ke-2 akan dilaksanakan melalui semua RS yang perlu mematuhi cadangan-cadangan RFN Ke-2 secara umumnya. Oleh kerana, RS adalah dokumen yang diwartakan, ia akan menyediakan asas perundangan untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut.
Secara umumnya, ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut:
i. Semasa menyemak semula RS, Pengarah JPBD Negeri dikehendaki mengkaji dasar-dasar RFN dan dasar-dasar lain berhubungan dengan ekonomi negara, sosial, fizikal, alam sekitar dan pemuliharaan negara.
ii. Draf RS perlu mengandungi perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh JPN dan MPFN. MPFN juga akan meluluskan atau mengeluarkan garis panduan perancangan dari semasa ke semasa dan adalah tanggungjawab setiap negeri untuk mematuhi garis panduan tersebut dalam RS.
iii. Semasa mempertimbangkan kelulusan Draf RS, JPN perlu berunding dengan MPFN untuk mendapatkan panduan dan nasihat. Jika JPN gagal membuat keputusan dalam masa 6 bulan selepas tarikh penyerahan, Pengarah JPBD Negeri boleh merujuk Draf RS kepada MPFN untuk mendapatkan keputusan.
iv. Sebagai tambahan, dicadangkan satu Sijil Pematuhan dikeluarkan oleh MPFN kepada Pengarah JPBD Negeri masing-masing sebelum Draf RS dipamerkan untuk bantahan awam.
6.2.2 Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur Strategik, Bandar Baru Berskala Besar dan Pembangunan di dalam KSAS
Selaras dengan peruntukan subseksyen 22 (2A) Akta 172, semua permohonan kebenaran merancang yang melibatkan perkara-perkara yang berkepentingan negara perlu dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini adalah :
i. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya;
ii. Pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api, lebuh raya, empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; atau
iii. Pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan pemajuan.
JPN dikehendaki untuk merujuk permohonan tersebut kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan dahulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja MPFN. Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPBD SM dan diwakili oleh jabatan-jabatan teknikal yang utama dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Secara umumnya, MPFN dirujuk untuk memperolehi ulasan perancangan umum dan juga nasihat ke atas mana-mana permohonan perancangan. Nasihat perancangan umum lazimnya diberi di peringkat pelan konsep dan pelan induk yang melibatkan projek pembangunan berskala besar yang berkepentingan negara. Permohonan kebenaran merancang yang lazimnya dirujuk kepada MPFN adalah projek-projek pembangunan bandar baru. Manakala hanya sebilangan kecil projek infrastruktur dan utiliti utama atau pembangunan di lereng bukit yang dirujuk kepada MPFN.
Pada masa kini, MPFN hanya bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan dalam setahun. Setiap permohonan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri untuk dikemukakan kepada MPFN.
Klasifikasi di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 bagi pembinaan projek infrastruktur negara yang signifikan adalah seperti berikut:
i. Pembangunan lapangan terbang;
ii. Pembinaan kemudahan pelabuhan;
iii. Pembinaan landasan kereta api; iv. Pembangunan lebuh raya; v. Pembangunan jambatan berskala besar; vi. Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal atau sisa berjadual; iii. Pembinaan landasan kereta api; iv. Pembangunan lebuh raya; v. Pembangunan jambatan berskala besar; vi. Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal atau sisa berjadual;
gas; viii. Pembinaan terminal pengangkutan awam bersepadu; ix. Pembinaan empangan; x. Pembinaan stesen penjana tenaga, loji tenaga swasta (IPP) dan laluan elektrik; xi. Pembinaan loji nuklear; dan xii. Pembinaan taman-taman peringatan.
Terdapat juga keperluan untuk meminda Akta 172 bagi meliputi projek-projek penambakan laut atau persisiran pantai di bawah Seksyen 22 (2A) untuk memperolehi nasihat MPFN berkenaannya. Walaupun penyataan dasar dalam RFN melarang penambakan laut bagi tujuan pembangunan bandar, beberapa negeri masih meneruskan pembangunan tersebut sebagai satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan negeri. Ini merupakan satu aspek yang perlu dipantau dan dikawal memandangkan inisiatif tersebut menimbulkan kesan negatif ke atas alam sekitar dan persisiran pantai bagi negeri-negeri bersempadan dan juga ekosistem persisiran pantai dan laut.
6.2.3 Kaedah-kaedah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
MPFN boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan apa-apa perkara dalam Akta 172 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 58 (1A). Jika mana-mana kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak selaras dengan kaedah yang dibuat oleh MPFN, kaedah yang dibuat oleh MPFN hendaklah mengatasi kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, terbatal (Seksyen 58 (1B) Akta 172). Sehingga kini, tiada kaedah baru yang dibuat oleh MPFN. Mana-mana pindaan kepada Akta 172 dan undang- undang lain yang menyentuh perancangan spatial hendaklah dibentang di MPFN untuk mendapatkan nasihat.
6.2.4 Penyelarasan dengan Rancangan Pembangunan Koridor Ekonomi dan Inisiatif Perancangan Wilayah
Tiga inisiatif koridor ekonomi pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia dibentuk untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan wilayah dan membawa pertumbuhan yang saksama serta memastikan pembangunan ekonomi yang menyeluruh. Ketiga-tiga Pihak Berkuasa Wilayah, iaitu ECERDC, IRDA dan NCIA ditubuhkan di bawah undang- undang untuk memacu pembangunan di wilayah masing-masing. Memandangkan ini merupakan program kerajaan yang komited, inisiatif perancangan wilayah oleh JPBD SM perlu melengkapi usaha yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Koridor dan memudahcarakan pelaksanaan projek-projek yang dikenal pasti dalam RFN Ke-2. JPBD SM juga perlu menjalankan rundingan dengan Pihak Berkuasa Koridor dalam merasionalisasikan rancangan pemajuan yang berkaitan seperti RFN, RS dan RT, untuk menerap cadangan-cadangan daripada Rancangan Pembangunan Wilayah.
Akta 172 memperuntukkan pembentukan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) dan penyediaan Rancangan Wilayah untuk wilayah masing-masing. Di bawah peruntukan Akta 172, JPW ditubuhkan bagi kawasan yang melibatkan kawasan yang terletak di dalam dua negeri atau lebih. Dalam perkara ini, Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah relevan untuk:
i. Kawasan Conurbation Kuala Lumpur, Kuantan dan George Town;
ii. Kawasan Pengurusan Khas (SMA) untuk Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta- Lojing; dan
iii. Kajian-kajian Lembangan Sungai Bersepadu yang merentasi sempadan negeri- negeri berkenaan.
Bahagian Perancangan Wilayah JPBD SM dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas urusetia eksekutif bagi JPW dan membentuk rangka kerja perancangan wilayah dalam negara ini. Dalam konteks ini, kesemua Pelan Induk Ekonomi Wilayah perlu dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat supaya Pelan-pelan ini dapat diperkemaskan dengan sistem perancangan pemajuan yang ditubuhkan di bawah Akta 172.
6.2.5 Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara
Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara merupakan bahan yang dirujuk dalam kajian semula aplikasi perancangan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan. MPFN boleh menggubal garis panduan tersebut dari semasa ke semasa. Ini adalah amalan yang sama di United Kingdom, di mana Ketua Setiausaha Untuk Alam Sekitar menerbitkan Garis Panduan Dasar Perancangan (PPG) mengenai Alam Sekitar, Garis Panduan Dasar Mineral dan Garis Panduan Perancangan Wilayah dari semasa ke semasa.
Terdapat lebih daripada 24 Garis Panduan Dasar Perancangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan British yang merangkumi Garis Panduan Jaluran Hijau, Perumahan, Industri dan Pembangunan Perniagaan, Pusat Bandar dan Pembangunan Runcit, Pengangkutan dan lain-lain lagi. Adalah relevan kepada MPFN untuk menerbitkan garis panduan tersebut terutamanya mengenai isu-isu yang mempengaruhi perancangan dalam negara seperti pembangunan lereng bukit, kepadatan bandar, pengangkutan awam, sukan dan rekreasi, perumahan mampu milik, kawasan sensitif alam sekitar dan lain-lain lagi. Garis panduan ini diperlukan untuk melengkapkan RFN Ke-2.
6.2.6 Pertalian Dasar-dasar RFN dengan Perancangan Pembangunan Sosioekonomi dan Peruntukan Kewangan
Proses perancangan sosio-ekonomi dan perancangan projek telah dirangka dengan baik di negara ini. Perancangan sosioekonomi negara dirangka dalam bentuk RRJP dan RMLT. RFN pula menyediakan komponen fizikal kepada perancangan pembangunan negara.
Dalam penterjemahan dasar RFN Ke-2 ke dalam bentuk projek dan program, tindakan- tindakan berikut perlu diambil:
i. Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri hendaklah merujuk kepada RFN Ke-2 dan membuat permohonan peruntukan projek mengikut cadangan RFN Ke-2 (rujuk Pekeliling no. 2, Tahun 2006 RFN).
ii. JPPN dan UPE hendaklah memberi keutamaan kepada projek-projek yang selaras dengan cadangan-cadangan RFN Ke-2.
iii. Ketua Pengarah JPBD SM hendaklah menjadi ahli tetap JPPN bagi memastikan aspirasi RFN Ke-2 dapat diselaraskan di dalam Rancangan Pembangunan Negara yang seterusnya.
iv. JPBD perlu turut serta di dalam proses penyediaan program dan bajet program.
v. KPAA yang berkaitan dengan perancangan fizikal untuk penyediaan RMLT
hendaklah dipengerusi oleh Ketua Pengarah JPBD SM.
6.2.7 Pengukuhan Perhubungan dengan Majlis–majlis Pelbagai Sektor
Dasar-dasar sektor yang berkaitan disediakan oleh Kementerian, agensi-agensi pusat dan Majlis-Majlis sektor. Beberapa Majlis ini telah ditubuhkan di bawah Perlembagaan seperti MTN, MNKT dan MFN, manakala yang lain ditubuhkan secara pentadbiran seperti Majlis Sumber Air Negara. Semasa penyediaan RFN, Ketua Pengarah JPBD SM perlu mengambil kira DPN dan dasar-dasar negara yang lain serta berunding dengan pihak berkuasa dan badan-badan yang relevan. Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk memperkukuhkan perhubungan dengan Majlis-majlis ini:
i. Mengadakan perbincangan kumpulan sasaran dan sesi dialog dengan Majlis yang berkaitan semasa penyediaan RFN;
ii. RFN perlu mengambil kira dasar sektoral negara yang berkaitan semasa penyediaannya RFN;
iii. Melantik ahli-ahli daripada pelbagai Majlis untuk menganggotai KPAA dan KKT bagi menyediakan kertas kerja teknikal sebagai input untuk RFN; dan
iv. Cadangan-cadangan strategik yang melibatkan tanah dan kerajaan tempatan boleh
dibincangkan di dalam mesyuarat MTN dan MNKT untuk memastikan pematuhan dari PBN dan PBT.
6.2.8 Pengukuhan Perhubungan dengan Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan
Tempatan
Perhubungan yang kukuh perlu diwujudkan dengan pihak berkuasa perancang di peringkat negeri dan tempatan. Pihak berkuasa perancang utama di peringkat negeri adalah Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancang Negeri, manakala di peringkat tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan merupakan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah JPBD Negeri hendaklah menjadi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.
RS hendaklah diselaraskan dengan RFN, sebagaimana RT perlu diselaraskan dengan RS. Semua Draf RS perlu dirujuk kepada MPFN untuk nasihat sebelum diluluskan oleh JPN yang berkenaan. MPFN boleh mengeluarkan surat ketidakakuran ke atas RS yang bercanggah dengan objektif dan dasar-dasar RFN. Ketua Pengarah JPBD SM juga akan mengeluarkan arahan-arahan dan surat-surat pekeliling MPFN kepada pihak berkuasa perancangan dari semasa ke semasa. Adalah penting segala maklumat guna tanah negeri sentiasa dibekalkan kepada JPBD. Ini dapat dilaksanakan melalui penubuhan iPLAN di JPBD dan dihubungkan dengan Sistem Maklumat Perancangan Negeri (SPIS) di JPBD Negeri (Seksyen 6.4.3).
6.3 Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara
Untuk menyokong dasar RFN Ke-2, ia perlu memiliki satu program tindakan yang berkaitan dengan inisiatif-inisiatif perancangan bandar dan pemuliharaan. Program- program ini boleh merangkumi projek demonstrasi yang inovatif serta projek dan program bersepadu yang melibatkan kerjasama antara agensi. Bajet pembangunan perlu diperuntukkan untuk melaksanakan beberapa projek utama yang telah dikenal pasti. Penyelarasan dan kerjasama antara agensi di semua peringkat pentadbiran adalah penting untuk menjayakan pelaksanaan program tindakan. Inisiatif-inisiatif yang dicadangkan tidak terhad kepada inisiatif JPBD SM sahaja, tetapi boleh melibatkan kementerian yang lain, agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Penyelarasan yang efektif diperlukan terutamanya apabila inisiatif tersebut merentas sempadan pentadbiran negara, negeri dan tempatan. JPBD SM perlu mewujudkan satu platform untuk membolehkan semua pihak yang terlibat bekerjasama untuk melaksanakan inisiatif spatial tersebut.
Walau pun inisiatif yang dicadangkan adalah berbentuk spatial, ianya sering kali merangkumi pelbagai kepakaran di luar bidang perancangan. Bagi mendapatkan kemahiran yang relevan, ia memerlukan pengambilan sumber manusia dan pelaburan yang mencukupi untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kemahiran berkenaan. Salah satu risiko utama adalah untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi. Kedudukan ekonomi semasa menjadi halangan kepada ketersediaan peruntukan persekutuan. Bagi mendapatkan peruntukan untuk program tindakan, ia tidak harus dihadkan kepada pembidaan ke atas peruntukan persekutuan sahaja. Fleksibiliti perlu Walau pun inisiatif yang dicadangkan adalah berbentuk spatial, ianya sering kali merangkumi pelbagai kepakaran di luar bidang perancangan. Bagi mendapatkan kemahiran yang relevan, ia memerlukan pengambilan sumber manusia dan pelaburan yang mencukupi untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kemahiran berkenaan. Salah satu risiko utama adalah untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi. Kedudukan ekonomi semasa menjadi halangan kepada ketersediaan peruntukan persekutuan. Bagi mendapatkan peruntukan untuk program tindakan, ia tidak harus dihadkan kepada pembidaan ke atas peruntukan persekutuan sahaja. Fleksibiliti perlu
6.3.1 Prinsip-prinsip
Prinsip-prinsip asas bagi Program Tindakan RFN Ke-2 adalah:
i. Inisiatif perlu dikaitkan secara langsung dengan dasar RFN Ke-2 untuk tujuan konsistensi;
ii. Inisiatif yang mempunyai kepentingan negara atau wilayah;
iii. Inisiatif perlu berorientasikan spatial dan perancangan; iv. Inisiatif dengan implikasi spatial, yang merentas sempadan fizikal dan pentadbiran; v. Inisiatif yang boleh diambil kira dalam bajet pembangunan persekutuan untuk
peruntukan kewangan.
6.3.2 Komponen-komponen Program Tindakan
Terdapat tiga komponen daripada Program Tindakan, iaitu:
i. Tindakan-tindakan Khusus RFN Ke-2
ii. Inisiatif Spatial RFN Ke-2; dan
iii. Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2.
Tindakan-tindakan khusus RFN Ke-2 adalah inisiatif utama yang diperlukan untuk mempertingkatkan penyediaan RFN Ke-2. Inisiatif-inisiatif spatial RFN Ke-2 adalah pelan induk dan dasar-dasar sektoral negara yang relevan dan penting untuk melengkapi RFN Ke-2 tetapi masih belum disediakan atau tidak lengkap. Adalah penting bagi semua kementerian dan agensi yang berkenaan untuk menyediakan pelan-pelan dan dasar- dasar tersebut agar dapat diintegrasikan dengan sempurna dalam RFN Ke-2. Projek- projek demonstrasi RFN Ke-2 pula merupakan projek-projek utama yang dikendalikan oleh JPBD SM dengan usahasama daripada PBT dan agensi-agensi pembangunan untuk pelaksanaan projek-projek perintis yang boleh ditanda aras untuk membangunkan suatu program di peringkat negara yang lebih komprehensif.
i. Tindakan-tindakan Khusus RFN Ke-2
Objektif-objektif Tindakan Khusus RFN Ke-2 adalah:
a. Untuk menambah baik pelaksanaan RFN Ke-2;
b. Untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam perancangan spatial; dan
c. Untuk membangunkan model-model perancangan yang sesuai.
Empat Tindakan Khusus RFN Ke-2 dikenal pasti dan dirumuskan dalam Jadual 6.5.
Jadual 6.5: Tindakan Khusus RFN
Tindakan-Tindakan Khusus Objektif-Objektif
i. Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan
Menambah baik pelaksanaan RFN
Fizikal Negara (PPPFN) ii. Penilaian ke atas indikator-indikator RFN sedia
Menambah baik pelaksanaan RFN
ada iii. Memperkukuhkan Sistem Pintar Perancangan
Promosikan penyelidikan dan pembangunan dalam Guna Tanah (iPLAN) dan Penerbitan Maklumat
perancangan spatial dan memantau perubahan Guna Tanah
guna tanah
iv. Menubuhkan Institut Penyelidikan Perancangan Membangunkan model-model perancangan yang dan Pembangunan Spatial (SPDRI)
sesuai
a. Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara
Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) amat diperlukan untuk memudahcara proses perancangan, khususnya dalam memberikan penumpuan terhadap isu-isu strategik dan spatial negara. Isu-isu tersebut boleh menjejaskan daya saing negara jika tiada tindakan diambil.
PPPFN boleh mempermudahkan kajian semula RFN bagi memastikan proses tersebut akan mengambil kira isu-isu untuk dikaji dan dinilai serta menentukan implikasinya ke atas dasar RFN Ke-2 (Rujuk Seksyen 6.1.5. (iii)).
b. Penilaian ke atas Indikator-indikator RFN Sedia Ada
RFN Ke-2 memperuntukkan pembentukan satu proses pemantauan melalui pembangunan indikator-indikator dasar utama. Indikator-indikator ini akan membentuk instrumen untuk pemantauan yang berterusan, dengan syarat ianya perlu fleksibel supaya indikator ini boleh dipinda, dimansuhkan atau ditambah. Teras utama bagi proses pemantauan adalah untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk indikator secara berkala daripada agensi pembekal data yang terpilih. Pada masa yang sama, indikator ini akan diukur dan dinilai berdasarkan tempoh masa yang tertentu.
Pemantauan merupakan salah satu isu yang dikenal pasti dalam RFN. Terdapat keperluan untuk mengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan mengenal pasti indikator-indikator yang tidak mempunyai liputan data yang mencukupi, tidak boleh diukur dan mempunyai pertindihan dalam pengumpulan data. Isu spesifik yang berkaitan adalah mengenai penggunaan indikator kuantitatif untuk dasar- dasar RFN.
Pengukuran indikator kuantitatif memerlukan pangkalan data yang kukuh, di mana bukan kesemua KPI RFN mempunyai data tersebut. Pilihan lain adalah Pengukuran indikator kuantitatif memerlukan pangkalan data yang kukuh, di mana bukan kesemua KPI RFN mempunyai data tersebut. Pilihan lain adalah
Untuk mengurangkan masa dan kos, adalah perlu untuk menggunakan pangkalan data dan sumber-sumber maklumat sedia ada. Sebagai contohnya, pangkalan data ini boleh dirancang secara sistematik untuk merangkumi maklumat statistik daripada Jabatan Perangkaan. Indikator daripada MURNInet juga boleh diterapkan dalam RFN Ke-2 untuk mengurangkan masa dan mengemaskini kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan data antara agensi dan PBT.
Walaupun RFN Ke-2 telah mengkaji KPI tersebut, namun ianya bukan satu penilaian yang menyeluruh mengenai KPI dan relevansinya. Adalah disyorkan supaya satu penilaian yang berasingan dijalankan untuk menyemak dan menilai kekuatan dan relevansi KPI-RFN sedia ada.
c. Memperkukuhkan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iPLAN) RFN dan Penerbitan Maklumat Guna Tanah
RFN mencadangkan pembentukan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iPLAN). Objektif iPLAN adalah untuk perkongsian data dan maklumat yang efektif antara tiga peringkat organisasi yang bertanggungjawab dalam perancangan spatial. iPLAN akan dihubungkan dengan sistem peringkat negeri, iaitu Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Negeri (SPIS), dan sistem peringkat daerah atau Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Daerah (DPIS).
Selain daripada integrasi data spatial secara menegak antara pelbagai peringkat kerajaan, iPLAN juga menyokong perkongsian maklumat secara mendatar antara agensi-agensi persekutuan untuk mempertingkatkan penyaluran maklumat spatial. Aliran maklumat secara menegak dan mendatar ini dijangka akan diperkukuhkan melalui Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Dengan pelaksanaannya, perkongsian data guna tanah digital antara agensi- agensi kerajaan dan jabatan-jabatan akan berjalan dengan lancar.
Secara konsepnya, iPLAN akan memperkukuhkan perancangan spatial di semua peringkat kerajaan dan secara mendatar antara agensi-agensi yang berada pada tahap yang sama. Dalam amalan semasa, perkongsian data guna tanah belum lagi terlaksana seperti yang dihasratkan dalam iPLAN. Pada masa ini, tidak ada penerbitan data mengenai guna tanah mahupun guna tanah negara untuk kawasan bandar atau zon strategik atau conurbation di seluruh negara. RFN Ke-
2 menyarankan agar JPBD SM mengambil tindakan spesifik untuk memperkukuh dan mengintensifkan rangkaian mendatar dan menegak iPLAN supaya 2 menyarankan agar JPBD SM mengambil tindakan spesifik untuk memperkukuh dan mengintensifkan rangkaian mendatar dan menegak iPLAN supaya
Sebagai pihak berkuasa mengenai guna tanah, JPBD SM perlu menerbitkan data penggunaan tanah secara berkala untuk diedarkan kepada orang awam dengan harga yang berpatutan.
d. Menubuhkan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial
RFN Ke-2 mencadangkan satu Institut Penyelidikan Perancangan Dan Pembangunan Spatial diwujudkan untuk memacu penyelidikan dalam perancangan spatial. Model yang disyorkan boleh mencontohi ISIS, Malaysia; KRIHS, Korea Selatan; ICSC, Vancouver; Habitat in Nairobi dan International Institute for Urban Environment, Belanda. RFN Ke-2 berkeyakinan bahawa pembentukan SPDRI adalah relevan dan penting untuk mempertingkatkan rangka kerja spatial negara dan menyokong penubuhannya perlu diberi keutamaan segera oleh JPBD SM.
Satu langkah awal yang perlu diambil adalah untuk menubuhkannya sebagai sebuah syarikat yang tidak mementingkan keuntungan dan beroperasi dengan geran kerajaan di bawah arahan dan panduan JPBD SM. Adalah penting bagi SPDRI untuk mempunyai satu Lembaga Pengarah bebas yang terdiri daripada wakil-wakil pihak awam dan swasta yang meliputi badan atau lembaga professional seperti MIP, REHDA, NGO dan universiti. Manakala KPKT dan JPBD SM akan diwakili dalam lembaga pengarahnya.
Dalam jangka masa sederhana dan panjang, cadangan SPDRI boleh membentuk satu kombinasi seperti IIUE atau KRIHS. Ianya boleh memulakan projek demonstrasi yang akan memacu penyelidikan dan pembangunan mengenai topik spatial yang amat signifikan di peringkat negara dan global. Ia juga akan menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan perundingan, mengendalikan seminar dan bengkel, dan menerbitkan hasil-hasil kajian dalam jurnal-jurnal yang diulas oleh kumpulan tertentu. SPDRI perlu diberikan peruntukan untuk menjana dana secara bebas bagi melaksanakan pelbagai aktiviti, dengan matlamat untuk menjadi sebuah badan yang berdikari.
ii. Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2
Inisiatif-inisiatif spatial yang dicadangkan adalah selaras dengan dasar-dasar RFN Ke-2. Inisiatif-inisiatif tersebut berkait secara langsung atau tidak langsung dengan dasar-dasar RFN Ke-2, walau pun terdapat beberapa inisiatif yang terletak di bawah tema-tema umum RFN Ke-2. Ianya perlu selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan sebelum ini. Inisiatif tersebut berbentuk spatial dan dijangkakan mempunyai implikasi spatial di peringkat negara atau wilayah. Beberapa inisiatif ini melibatkan tindakan merentas sempadan PBT, PBN dan sempadan negara Inisiatif-inisiatif spatial yang dicadangkan adalah selaras dengan dasar-dasar RFN Ke-2. Inisiatif-inisiatif tersebut berkait secara langsung atau tidak langsung dengan dasar-dasar RFN Ke-2, walau pun terdapat beberapa inisiatif yang terletak di bawah tema-tema umum RFN Ke-2. Ianya perlu selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan sebelum ini. Inisiatif tersebut berbentuk spatial dan dijangkakan mempunyai implikasi spatial di peringkat negara atau wilayah. Beberapa inisiatif ini melibatkan tindakan merentas sempadan PBT, PBN dan sempadan negara
Inisiatif-inisiatif spatial kebanyakannya merupakan kajian di peringkat negara di mana hasil penemuannya dijangka akan memberikan sumbangan signifikan terhadap perancangan spatial negara yang bersifat strategik untuk pembangunan keseluruhannya. Ianya sama ada memberikan nilai ditambah tinggi ke atas pengetahuan dan maklumat sedia ada mengenai isu-isu spatial negara atau mendorong kepada penggunaan aset dan sumber asli negara secara efektif, yang menyumbang kepada penambahbaikan alam persekitaran secara keseluruhannya.
Jadual 6.6 menunjukkan perhubungan di antara inisiatif-inisiatif spatial dengan tema- tema RFN Ke-2, berserta objektif-objektif bagi setiap inisiatif tersebut. Pada keseluruhannya, 24 inisiatif spatial dikenal pasti, dengan sebahagian besar inisiatif tersebut akan dilaksanakan oleh JPBD, manakala beberapa inisiatif lain perlu dilaksanakan oleh agensi persekutuan dan agensi lain yang berkaitan. Inisiatif yang tiada kaitan dengan JPBD juga dirangkumi kerana mempunyai hubung kait yang rapat dengan dasar-dasar RFN Ke-2, yang dianggap penting untuk perancangan fizikal negara secara keseluruhan. Satu lampiran cadangan inisiatif spatial yang terperinci disertakan untuk rujukan. Perincian akan meliputi justifikasi dan skop cadangan inisiatif berkaitan. Objektifnya adalah untuk memberikan penjelasan mengenai kepentingan inisiatif spatial RFN Ke-2 untuk perancangan spatial negara.
Jadual 6.6: Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2
Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial
Objektif
Peningkatan
Penyediaan panduan guna tanah spatial Daya Saing sempadan di bahagian utara
1. Pelan Induk untuk bandar-bandar
yang lebih rasional bagi pembangunan di Ekonomi Negara Semenanjung Malaysia
wilayah bersempadan.
Menentukan keutamaan pelaburan bagi kawasan perindustrian di
2. Kajian Penilaian Spatial untuk
kawasan-kawasan sasaran industri Semenanjung Malaysia
dengan mengguna pakai strategi IMP3. Mengenal pasti potensi untuk pelaburan
industri sektor swasta. Membentuk strategi bagi kawasan-
kawasan industri yang berprestasi rendah. Pemeliharaan
Memulihara kawasan pertanian yang Sumber Pertanian
3. Satu Kajian Pelan Induk Kawasan
Pertanian Utama (KPU) di berproduktif tinggi, terutamanya kawasan dan Pembangunan
Semenanjung Malaysia (dengan pengeluaran makanan bagi memastikan Luar Bandar
penekanan khusus ke atas pengeluaran hasil pertanian negara yang kawasan pengeluaran makanan)
berterusan.
Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial
Objektif
Mengkaji impak kerugian hasil menjalankan pemajuan dan
4. Kajian mengenai kehilangan hak
pendapatan yang ditanggung oleh negeri- merangka satu kaedah
negeri berkenaan.
pembayaran gantirugi bagi negeri- negeri yang terlibat
Mengemukakan skim pembayaran pampasan bagi membolehkan negeri- negeri yang terbabit untuk membuat penyesuaian fiskal ke atas kerugian pendapatan sedia ada dan yang berpotensi.
Menukar syarat kawasan-kawasan padi di penambahbaikan kawasan-
5. Kajian-kajian feasibiliti untuk
luar kawasan jelapang padi kepada kawasan padi di luar kawasan
kawasan jelapang padi untuk jelapang padi
meningkatkan produktiviti dan hasil.
Membangunkan strategi dan dasar Pembangunan Luar Bandar
6. Pelan Induk dan Dasar
pembangunan untuk petempatan desa. Bersepadu di Semenanjung Malaysia
Menjalankan analisis bersepadu mengenai PPD dan kluster-klusternya.
Mengenal pasti peluang ekonomi dan mempertingkatkan sosioekonomi dan persekitaran sosiobudaya di pusat-pusat tersebut.
7. Pelan Induk Petempatan Orang Asli Membentuk satu Pelan Induk untuk di Semenanjung Malaysia (dengan
penambahbaikan dan pembangunan penekanan khusus ke atas
petempatan-petempatan Orang Asli. integrasi aspek spatial, ekonomi dan sosio-budaya)
Mengenalpasti peluang ekonomi yang berpotensi untuk menambahbaik tahap kehidupan mereka.
Mempertingkatkan persekitaran
sosiobudaya.
Pembangunan
Mengenal pasti strategi yang sesuai untuk Pelancongan
8. Pelan Induk Pembangunan
Pelancongan Mampan di pembangunan pelancongan mampan Mampan
Semenanjung Malaysia Membentuk garis panduan dan dasar untuk menyokong pembangunan pelancongan mampan.
9. Kajian Pengenalpastian, Mengenal pasti sumber semula jadi, tapak Pemuliharaan dan Penggunaan
sejarah dan kebudayaan dan memetakan Sumber Alam Semula Jadi, Tapak
kawasan-kawasan ini.
Sejarah serta Kebudayaan di Semenanjung Malaysia (dengan
Menentukan strategi untuk memulihara, penekanan khusus ke atas
mempertingkat dan menambah baik pembangunan pelancongan)
kawasan-kawasan ini sebagai tarikan pelancongan.
Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial
Objektif
Memetakan taman negara dan taman dan Pengintegrasian Taman
10. Kajian Pelan Induk Pembangunan
negeri untuk membentuk satu pelan Negara dan Negeri di
rangkaian hijau.
Semenanjung Malaysia dan sumbangan kepada pembangunan Menilai sumber dan potensi taman-taman pelancongan
sedia ada. Merangka strategi untuk memulihara dan
melindungi taman-taman ini. Merangka strategi untuk mengintegrasikan
pembangunan taman-taman ini kepada tarikan pelancongan.
Pengurusan
Memeta dan menentukan sempadan Petempatan
11. Pelan Conurbation Kuala Lumpur
conurbation.
Manusia Menyediakan profil conurbation. Menyediakan Rancangan Wilayah. Merangka strategi pembangunan wilayah
bersepadu.
12. Pelan Conurbation George Town
Memeta dan menentukan sempadan
conurbation. Menyediakan profil conurbation. Menyediakan Pelan Rancangan Wilayah. Merangka strategi pembangunan wilayah
bersepadu.
13. Pelan Conurbation Kuantan
Memeta dan menentukan sempadan
conurbation. Menyediakan profil conurbation. Menyediakan Rancangan Wilayah. Merangka strategi pembangunan wilayah
bersepadu.
Menentukan bandar-bandar kecil dan Petempatan Utama dan Kecil di
14. Kajian penilaian mengenai Pusat
sederhana di dalam hierarki bandar. Semenanjung Malaysia dan potensi dalam perkembangan spatial
Mengenal pasti peranan dan fungsi
bandar-bandar tersebut. Merangka strategi pembangunan untuk
pertumbuhan bandar-bandar tersebut.
Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial
Objektif
Pemuliharaan
Meningkatkan pengetahuan dan Sumber Asli,
15. Kajian Pemuliharaan dan
Penggunaan Bukit Batu Kapur pemahaman mengenai sumbangan bukit Biodiversiti dan
secara mampan di Semenanjung batu kapur terhadap pembangunan guna Alam Sekitar
Malaysia
tanah. Mengenal pasti kawasan-kawasan yang
perlu dipulihara dan kawasan kuari yang dibenarkan.
Merangka pelan strategik untuk pemuliharaan dan penggunaan secara mampan kawasan ini.
Penyepaduan
Mengenal pasti laluan yang berpotensi. Rangkaian
16. Kajian Pelan Induk Sistem Rel
Berkelajuan Tinggi di Semenanjung Pengangkutan
Malaysia Melaksanakan kajian feasibiliti.
Bandar dan Negara 17. Kajian Pelan Induk Pelabuhan Laut Mengkaji pelabuhan sedia ada dan di Semenanjung Malaysia
peranan masing-masing. Membentuk satu hierarki bagi pelabuhan
laut. Menyediakan pelan induk untuk
pembangunannya.
Mengenal pasti dan memeta bandar- bandar pengangkutan (Freight
18. Kajian mengenai pembangunan
bandar sedia ada yang berfungsi sebagai Towns) di Semenanjung Malaysia
pusat logistik. Mengenal pasti dan memeta bandar-
bandar yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat dan hab logistik.
Merangka strategi untuk membangunkan
bandar-bandar tersebut.
Melaksanakan kajian mengenai. untuk Conurbation Kuala Lumpur
19. Pelan Induk Pengangkutan Awam
pengangkutan awam untuk conurbation. (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation)
Mengenal pasti isu-isu dan halangan. Menyediakan pelan induk untuk
pembangunan.
Melaksanakan kajian mengenai untuk Conurbation George Town
20. Pelan Induk Pengangkutan Awam
pengangkutan awam untuk conurbation. (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation)
Mengenal pasti isu-isu dan halangan. Menyediakan pelan induk untuk
pembangunan.
Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial
Objektif
Melaksanakan kajian mengenai untuk Conurbation Kuantan (kajian
21. Pelan Induk Pengangkutan Awam
pengangkutan awam untuk conurbation. ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation)
Mengenal pasti isu-isu dan halangan. Menyediakan pelan induk untuk
pembangunan.
Penyediaan 22. Kajian Semula Pelan Induk Sumber Memastikan pembangunan mampan Infrastruktur
Air Negara sumber air termasuk sumber air atas dan Bersesuaian
bawah tanah. Membentuk Dasar Sumber Air Negara. Merangka strategi pengurusan
pembekalan air.
Menyediakan pembangunan Pembetungan Negara
23. Kajian Pelan Induk Sistem
perkhidmatan pembetungan yang mampan.
Menambah baik perkhidmatan pembetungan di seluruh negara.
Mengkaji implikasi dan impak pengguna inisiatif kecekapan tenaga, tenaga
24. Kajian mengenai pemakaian
pakaian teknologi kecekapan tenaga di rendah dan bangunan hijau dalam
kawasan bandar.
Conurbation Perbandaran (termasuk kajian feasibiliti
Mengenal pasti teknologi kecekapan mengenai peruntukan insentif)
tenaga yang sesuai untuk conurbation perbandaran di Semenanjung Malaysia.
iii. Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2
Komponen ketiga dalam Program Tindakan adalah Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2. Seperti inisiatif spatial, Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 ini berhubung kait dengan tema dan dasar RFN Ke-2. Perbezaannya adalah Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 ditujukan pada kawasan-kawasan khusus di Semenanjung Malaysia untuk tujuan pelaksanaan dan bertindak sebagai projek-projek demonstrasi. Ianya adalah berbentuk spatial dan kemungkinan akan diterjemahkan dalam RKK untuk memudahkan pelaksanaan. Sebagai langkah permulaan untuk Program Tindakan RFN Ke-2, 13 projek demonstrasi dikenal pasti dan diringkaskan dalam Jadual 6.7
Jadual 6.7: Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2
Tema RFN
Dasar RFN
Projek Demonstrasi
Rancangan Kawasan Khas / Kajian Feasibiliti
Peningkatan
Rancangan Kawasan Khas (RKK): Daya Saing
RFN 4
Kerjasama di dalam perancangan fizikal
1. Bukit Kayu Hitam, Kedah
Ekonomi dan pembangunan ekonomi antara Negara
2. Pengkalan Kubor, Kelantan Malaysia dan negara-negara serantau
ASEAN perlu diperkukuhkan.
Pemuliharaan RFN 22
RKK bagi Daerah Pemuliharaan di: Sumber AsIi,
Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu
1. Grik, Perak
Biodiversiti diintegrasi ke dalam perancangan dan dan Alam
2. Gua Musang, Kelantan
pengurusan guna tanah dan sumber alam Sekitar semula jadi.
RFN 23
RKK untuk:
Central Forest Spine akan diwujudkan bagi 1. Koridor Ekologi Sg. Yu, Pahang
membentuk Tulang Belakang Rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar. 2. Koridor Ekologi Labis Timur, Johor
RFN 25
RKK untuk:
Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal 1. Cameron Highlands-Kinta-Lojing (SMA) dengan tegas bagi melindungi
2. Bukit Bendera, Pulau Pinang keselamatan manusia dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti.
3. Bukit Larut, Perak
4. Gunung Jerai, Kedah
5. Bukit Fraser, Pahang
Projek-projek Pelaksanaan
Projek Penyelidikan dan Pembangunan bagi: Infrastruktur
Penyediaan
RFN 37
Semua petempatan perlu disediakan 1. Amalan Pengurusan Mampan Sisa Pepejal Bersesuaian dengan satu rangkaian pelupusan sisa
dan Pelaksanaan Teknologi di Putrajaya. pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan.
Pengurusan
RFN 16
Projek brownfield di:
Petempatan Keutamaan perlu diberi untuk mencapai
1. Pembangunan semula pembangunan Manusia Tahap Bandar Padat dan Cekap Tenaga.
bandar bersepadu, projek yang melibatkan perumahan, perniagaan, kemudahan awam, rekreasi dan terminal depot lori (14.5 hek) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (RKK Pelabuhan Klang)
Projek-projek demonstrasi yang dicadangkan boleh dikategorikan ke dalam enam kumpulan seperti berikut:
a. Rancangan Kawasan Khas untuk Bandar-bandar Sempadan
Pada peringkat awal, dua bandar sempadan iaitu Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubor, Kelantan telah dikenal pasti sebagai projek demonstrasi. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti tujuh bandar sempadan di sepanjang sempadan utara Semenanjung Malaysia dengan Thailand iaitu Kota Putra, Kedah; Padang Besar, Perlis; Pengkalan Hulu, Perak; Rantau Panjang, Kelantan; Bukit Bunga, Kelantan; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubor, Kelantan.
Projek-projek demonstrasi di kedua-dua bandar memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa bersempadan dengan Malaysia dan juga kerjasama Pusat Sub- wilayah IMT-GT untuk merangka rancangan pembangunan, yang melibatkan pelaksanaan secara usahasama.
b. Rancangan Kawasan Khas untuk Daerah-daerah Pemuliharaan
RFN Ke-2 telah mengenal pasti daerah-daerah pemuliharaan sebagai kawasan yang mempunyai peratusan tanah yang tinggi di bawah KSAS. Kebanyakan daerah ini terletak di CFS. Di kawasan ini, perancangan guna tanah dan pengeluaran sumber perlu mempertimbangkan implikasi terhadap biodiversiti dan alam sekitar di daerah tersebut, serta potensi untuk aktiviti pelancongan, khususnya ekopelancongan.
Dua model projek disyorkan untuk dilaksanakan di bawah inisiatif tumpuan utama. Dua daerah pemuliharaan yang telah dikenal pasti adalah Grik di Perak dan Gua Musang di Kelantan.
c. Rancangan Kawasan Khas untuk Koridor Ekologi
Kategori kedua melibatkan penyediaan rancangan kawasan khas untuk koridor ekologi yang dikenal pasti daripada kajian CFS. Keperluan untuk RKK akan dikaji, terutamanya di kawasan yang sangat sensitif. Sebagai permulaan, dua kawasan tumpuan dicadangkan iaitu Koridor Ekologi Sungai Yu di Pahang, dan Koridor Ekologi Labis Timur di Johor. Lain-lain koridor ekologi adalah Hutan Daerah Temerloh-Bera di Pahang, Sungai Ketiar di Hulu Terengganu dan Grik di Perak yang meliputi Hutan Simpan DiRaja Belum dan Hutan Simpan Temenggor.
d. Rancangan Kawasan Khas untuk Petempatan Tanah Tinggi
Petempatan manusia di tanah tinggi dan aktiviti ekonomi mereka memberikan impak ke atas persekitaran dan biodiversiti di kawasan tersebut. Petempatan- petempatan ini telah wujud sebelum timbulnya kesedaran dan keprihatinan Petempatan manusia di tanah tinggi dan aktiviti ekonomi mereka memberikan impak ke atas persekitaran dan biodiversiti di kawasan tersebut. Petempatan- petempatan ini telah wujud sebelum timbulnya kesedaran dan keprihatinan
Kawasan-kawasan yang dicadangkan adalah:
i. Cameron Highlands-Kinta-Lojing;
ii. Bukit Bendera, Pulau Pinang;
iii. Bukit Larut, Perak; iv. Gunung Jerai, Kedah; dan v. Bukit Fraser, Pahang.
e. Projek Demonstrasi Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pengurusan Perkhidmatan Infrastruktur Secara Mampan dan Penerapan Teknologi Hijau
Kategori ini ditumpukan kepada aplikasi teknologi hijau dan kaedah-kaedah kemampanan di dalam pengurusan perkhidmatan, terutamanya pengurusan sisa pepejal khususnya di kawasan perancangan tempatan yang tertentu. Kategori ini akan merangkumi pelbagai aplikasi penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan perancangan guna tanah bandar terutamanya dalam mempertingkatkan kualiti hidup di pusat-pusat bandar di seluruh negara.
f. Projek Pembangunan Semula Perbandaran Bercampur Bersepadu Melibatkan Perumahan, Komersial, Kemudahan Awam, Rekreasi dan Terminal Lori (14.5 hek) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan
Hala tuju pembangunan bandar RFN Ke-2 adalah untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan brownfield dan bandar padat, yang bertentangan dengan pembangunan kawasan greenfield. Projek ini merupakan sebahagian dari inisiatif pembangunan semula bandar yang dikenal pasti dalam RKK Bandar Pelabuhan Klang, berdasarkan Seksyen 16B, Akta 172. Projek ini melibatkan pembangunan semula satu kawasan seluas 14.5 hektar di Kawasan Tumpuan Selatan, berhampiran dengan bandar bersejarah Pelabuhan Klang kepada pembangunan bercampur yang berdaya maju, melibatkan perumahan, komersial, kemudahan awam dan terminal lori. Projek demonstrasi ini akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang dan JPBD Negeri Selangor menggunapakai peruntukan Akta 172, khususnya Bahagian VIII (Kawasan Pemajuan). Projek ini akan memberikan pendedahan mengenai peranan PBT dalam melaksanakan projek-projek pembangunan semula bandar, penglibatan pihak-pihak berkepentingan seperti pemilik tanah, masyarakat tempatan dan Hala tuju pembangunan bandar RFN Ke-2 adalah untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan brownfield dan bandar padat, yang bertentangan dengan pembangunan kawasan greenfield. Projek ini merupakan sebahagian dari inisiatif pembangunan semula bandar yang dikenal pasti dalam RKK Bandar Pelabuhan Klang, berdasarkan Seksyen 16B, Akta 172. Projek ini melibatkan pembangunan semula satu kawasan seluas 14.5 hektar di Kawasan Tumpuan Selatan, berhampiran dengan bandar bersejarah Pelabuhan Klang kepada pembangunan bercampur yang berdaya maju, melibatkan perumahan, komersial, kemudahan awam dan terminal lori. Projek demonstrasi ini akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang dan JPBD Negeri Selangor menggunapakai peruntukan Akta 172, khususnya Bahagian VIII (Kawasan Pemajuan). Projek ini akan memberikan pendedahan mengenai peranan PBT dalam melaksanakan projek-projek pembangunan semula bandar, penglibatan pihak-pihak berkepentingan seperti pemilik tanah, masyarakat tempatan dan
Dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang, projek-projek demonstrasi perlu merangkumi pelbagai topik strategik mengenai perancangan dan pengurusan guna tanah di negara ini. Ianya juga boleh dihubungkan dengan
inisiatif-inisiatif global yang lain seperti Local Agenda 21 1 dan program pembangunan 2 ekonomi tempatan Bank Dunia, yang mengandungi strategi
pembangunan spatial.
6.3.3 Model Pelaksanaan
i. Agensi Pelaksana Utama
Agensi pelaksana utama dan bertanggungjawab ke atas Program Tindakan RFN Ke-2 adalah JPBD SM. Ia juga perlu memastikan tindakan-tindakan spesifik tersebut dilaksanakan sebelum kajian semula yang seterusnya.
Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 akan dikendalikan oleh JPBD SM, manakala inisiatif bukan asas perancangan akan dilaksanakan oleh agensi dan pihak berkuasa yang berkenaan. Memandangkan kesemuanya merupakan inisiatif RFN Ke-2, maka sokongan daripada agensi dan pihak berkuasa yang berkenaan amat digalakkan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya.
Projek-projek demonstrasi direka bentuk untuk memudahcarakan pelaksanaan. Pada dasarnya, JPBD SM bukan sebuah agensi pelaksanaan. Walau bagaimanapun, RFN Ke-2 telah mengesyorkan penggerak-penggerak inisiatif dan inisiatif kawasan khusus yang boleh dilaksanakan sekiranya ada di antaranya diubah kepada projek-projek demonstrasi.
Penyediaan setiap projek demonstrasi melibatkan dua bahagian. Pertama adalah untuk menjalankan satu kajian pelaksanaan bagi kawasan fokal yang telah ditetapkan sebagai kawasan khas. Ini melibatkan tugasan memperincikan strategi dan menyediakan satu rancangan fizikal yang menggariskan projek-projek spesifik yang perlu dilaksanakan dan sasaran perubahan guna tanah. Bahagian kedua merupakan peringkat pelaksanaan projek-projek. Projek-projek demonstrasi secara spesifiknya dicetus daripada RFN Ke-2, dengan ini boleh dibezakan daripada sistem RKK sedia ada. Namun begitu, ianya perlu diintegrasikan ke dalam sistem RKK semasa mengikut Seksyen 16(B), Akta 172.
Local Agenda 21 merupakan satu strategi yang komprehensif bertujuan untuk melindungi alam sekitar, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan 2 kesejahteraan Rujuk program pembangunan bandar di bawah Bank Dunia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.worldbank. masyarakat. Lazimnya ini merupakan program yang diterajui oleh pihak kerajaan yang menggalakkan penyertaan masyarakat.
ii. Projek-projek Demonstrasi Sebagai Rancangan Kawasan Khas
Seksyen 16(B) Akta 172 menetapkan suatu kawasan khas bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan. Pendekatan yang digunakan adalah fleksibel dimana kaedah berbeza digunakan mengikut jenis pengolahan pemajuan yang dicadangkan. Pengarah Negeri atau PBPT adalah bertanggungjawab menyediakan RKK atau seperti yang ditentukan oleh JPN. Manakala, Ketua Pengarah JPBD SM pula akan bertanggungjawab menyediakan projek-projek demonstrasi RFN Ke-2.
Untuk memudahkan pelaksanaan, disarankan PBPT yang berkenaan menerima pakai Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 sebagai RKK dan mengisytiharkan kawasan tersebut atau sebahagiannya sebagai Kawasan Pemajuan. Ini adalah penting memandangkan projek demonstrasi adalah spesifik tapak dan di bawah bidang kuasa pelaksanaan PBPT. Perkara-perkara berhubung dengan tanah boleh diselesaikan melalui Seksyen 38 dan Seksyen 39 Akta 172, dengan syarat terdapatnya sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Dengan membenarkan PBPT untuk mengambil atau membeli tanah di dalam kawasan pemajuan yang ditentukan, maka ianya akan mewujudkan suatu persekitaran yang menggalakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan.
Terdapat peruntukan lain yang juga penting di dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk pelaksanaan projek demonstrasi. Sebagai contohnya, Seksyen
41 Akta 172 memperuntukkan bahawa PBPT dibenarkan untuk menyertai usahasama perniagaan dengan mana-mana orang, syarikat atau badan, tertakluk kepada kaedah-kaedah dan syarat-syarat dan sekatan yang diluluskan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Seksyen 41(2) Akta 172 pula memperuntukkan PBPT dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, menubuhkan suatu perbadanan untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab, perjalanan dan pengurusan apa- apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan untuk suatu kawasan pemajuan yang ditetapkan. Disamping itu, Seksyen 42 Akta 172 memperuntukkan bahawa PBPT dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri tetapi tertakluk kepada Akta Pihak-pihak Berkuasa Awam 1961 (Akta 383), boleh meminjam sejumlah wang yang perlu untuk membiayai pemajuan sesuatu kawasan pemajuan.
6.3.4 Agensi Pelaksana
i. Agensi Pelaksana Utama Bagi Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2
JPBD SM dikenal pasti sebagai agensi pelaksana utama bagi sebahagian besar projek-projek spatial dan projek demonstrasi (Jadual 6.8). Projek-projek demonstrasi perlu diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), manakala JPBD SM akan membantu Menteri berkenaan dalam pelaksanaan komponen daripada Program Tindakan. Satu program pembangunan perlu dirangka untuk projek-projek demonstrasi di bawah KPKT.
Kementerian-kementerian Persekutuan yang dikenal pasti dalam inisiatif spatial RFN Ke-2 ialah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pelancongan (MOTOUR), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
Agensi-agensi lain yang dijangka terlibat, sama ada sebagai agensi peneraju atau sokongan utama meliputi Pusat Kerjasama Separa Wilayah IMT-GT (CIMT), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
Jadual 6.8: Inisiatif Spatial RFN Ke-2 dan Agensi Pelaksana Utama
Agensi Pelaksana Utama RFN 4
Dasar RFN Ke-2
Inisiatif Spatial
1. Pelan Induk untuk Bandar-
JPBD SM/ Pusat Kerjasama
Separa-Wilayah IMT-GT Kerjasama di dalam perancangan
bandar Sempadan di bahagian
Utara Semenanjung Malaysia
(CIMT)
fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan Negara- negara Serantau ASEAN perlu diperkukuhkan.
RFN 5
2. Kajian Penilaian Spatial untuk
JPBD SM
kawasan perindustrian di
Perancangan pembangunan
Semenanjung Malaysia
industri perlu menggunapakai Strategi Pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan.
RFN 6
3. Pelan Induk Kawasan Pertanian
JPBD SM / Jabatan Pertanian
Utama di Semenanjung Malaysia
Kawasan Pertanian Utama (KPU)
(dengan penekanan khusus ke
perlu dipulihara khusus untuk
atas kawasan pengeluaran
tujuan pertanian dan
makanan)
pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan.
RFN 7
4. Kajian mengenai Kerugian Hak
JPBD SM / Jabatan Pertanian
Membangunkan Tanah selaras
Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi Strategik, iaitu Muda (MADA),
dengan RFN Ke-2 dan merangka satu jadual pembayaran
Kemubu (KADA), IADA Kerian-
pampasan untuk kerugian
Sungai Manik, IADA Barat Laut
berkenaan di negeri-negeri yang
Selangor, IADA Pulau Pinang,
terlibat
IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin-Semerak perlu dipulihara.
Agensi Pelaksana Utama RFN 8
Dasar RFN Ke-2
Inisiatif Spatial
5. Kajian-kajian feasibiliti untuk
JPBD SM / JPS/ Jabatan
penambahbaikan kawasan-
Pertanian
Tanah padi sedia ada yang
kawasan padi di luar kawasan
berpotensi di luar kawasan
jelapang padi
jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan hasil.
RFN 9
6. Pelan Induk dan Dasar
JPBD SM
Pembangunan Luar Bandar
Kawasan luar bandar dan Pusat
Bersepadu di Semenanjung
Pertumbuhan Desa (PPD) perlu
Malaysia
dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik.
RFN 10
7. Pelan Induk Petempatan Orang
JPBD SM / JKOA
Asli di Semenanjung Malaysia
Masyarakat Orang Asli perlu
(dengan penekanan khusus ke
diintegrasikan dari segi spatial dan
atas integrasi aspek spatial,
ekonomi ke dalam inisiatif
ekonomi dan sosio-budaya)
pembangunan utama.
RFN 11
8. Pelan Induk Pembangunan
Kementerian Pelancongan
Pelancongan Mampan di
Malaysia
Sumber pelancongan semula jadi,
Semenanjung Malaysia
kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara perlu dipulihara
RFN 12
9. Kajian Pengenalpastian,
JPBD SM / MICC
Pemuliharaan dan Penggunaan
Zon Pembangunan Pelancongan di
Sumber Alam Semula Jadi,
setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah
Tapak Sejarah dan Kebudayaan di Semenanjung Malaysia
berdasarkan kelebihan lokasi dan
(dengan penekanan khusus ke
sumber sedia ada.
atas pembangunan pelancongan)
10. Pelan Induk Pembangunan dan
JPBD SM / Kementerian
Pengintegrasian Taman Negara
Pelancongan Malaysia /
dan Negeri di Semenanjung
Jabatan Perhutanan
Malaysia dan sumbangan
Semenanjung Malaysia/
terhadap pembangunan
11. Kajian Rancangan Wilayah untuk JPBD SM / Kementerian Conurbation Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan dan Pertumbuhan empat Conurbation Kesejahteraan Bandar Utama iaitu Kuala Lumpur, George
Town, Johor Bahru dan Kuantan 12. Kajian Rancangan Wilayah untuk JPBD SM/ NCIA perlu disokong untuk mempertingkat
Conurbation George Town
daya saing di peringkat global. 13. Kajian Rancangan Wilayah untuk ECERDC/ JPBD SM Conurbation Kuantan
Agensi Pelaksana Utama RFN 16
Dasar RFN Ke-2
Inisiatif Spatial
14. Projek Demonstrasi 2:
JPBD SM/ Majlis Perbandaran
Pembangunan semula
Klang
Keutamaan perlu diberi untuk
pembangunan bandar
mencapai Tahap Bandar Padat
bersepadu, projek yang
yang cekap tenaga.
melibatkan perumahan, perniagaan, kemudahan awam, rekreasi dan terminal depot lori
(14.5hek.) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (RKK
Pelabuhan Klang)
RFN 18
15. Kajian penilaian mengenai Pusat
JPBD SM
Petempatan Utama dan Pusat
Pusat Petempatan Utama dan
Petempatan Kecil di
Pusat Petempatan Kecil perlu
Semenanjung Malaysia dan
dikekal dan dibangunkan mengikut
potensi dalam perkembangan
potensi ekonomi setempat.
spatial
RFN 22
16. Kajian Pemuliharaan dan
JPBD SM / Jabatan Mineral &
Penggunaan Bukit Batu Kapur
Geosains
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Secara Mampan di
perlu diintegrasi ke dalam
Semenanjung Malaysia
perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi
RFN 29
17. Kajian Pelan Induk Sistem Rel
Kementerian Pengangkutan
Berkelajuan Tinggi di
Malaysia
Satu Sistem Rel Berkelajuan
Semenanjung Malaysia
Tinggi Bersepadu Negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada
RFN 31
18. Kajian Pelan Induk Pelabuhan
Kementerian Pengangkutan
Laut di Semenanjung Malaysia
Malaysia
Lapangan Terbang dan Pelabuhan Utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuh
19. Kajian Pembangunan Bandar
JPBD SM
daya saing ekonomi negara dan
Pengangkutan di Semenanjung
memudahkan ketibaan pelancong
Malaysia
RFN 33
20. Pelan Induk Pengangkutan
SPAD/ Kementerian
Pengangkutan Malaysia / JPBD Sistem Pengangkutan Awam
Awam untuk Conurbation Kuala
Lumpur (diintegrasikan dengan
SM
Bersepadu perlu dibangunkan di
kajian conurbation)
semua Pusat Bandar Utama.
21. Pelan Induk Pengangkutan
SPAD/ NCIA/ JPBD SM
Awam untuk Conurbation George Town (diintegrasikan
dengan kajian conurbation)
Dasar RFN Ke-2
Inisiatif Spatial
Agensi Pelaksana Utama
22. Pelan Induk Pengangkutan
SPAD/ ECERDC/ JPBD SM
Awam untuk Conurbation Kuantan (kajian ini boleh
diintegrasikan dengan kajian conurbation)
RFN 35
23. Kajian Semula Pelan Induk
KeTTHA
Sumber Air Negara
Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerja-kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan.
RFN 36
24. Kajian Pelan Induk Sistem
KeTTHA / IWK
Pembetungan Negara
Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar
RFN 37
25. Projek Demonstrasi 1: Amalan
JPBD SM / KPKT/ KeTTHA
Pengurusan Sisa Pepejal Secara
Semua petempatan perlu
Mampan dan aplikasi Teknologi
disediakan dengan satu rangkaian
Hijau di Putrajaya
pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan
RFN 39
26. Kajian Penggunaan Kaedah
KeTTHA
Cekap Tenaga/ Tenaga Rendah/
Loji janakuasa elektrik dan
Bangunan Hijau dalam
rangkaian penghantaran dan
Conurbation Perbandaran
pengagihan utama adalah aset
(termasuk kajian feasibiliti
strategik yang perlu ditempatkan di
mengenai peruntukan insentif)
lokasi yang bersesuian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna
6.3.5 Pendekatan Pelaksanaan
i. Perkongsian Mendatar dan Menegak
Pelaksanaan dan kejayaan inisiatif-inisiatif RFN Ke-2 bergantung kepada pembentukan perkongsian yang berjaya diintegrasikan secara mendatar dan menegak. Perkongsian mendatar dibentuk antara kementerian dan agensi persekutuan manakala perkongsian menegak dibentuk antara PBPT dan agensi negeri. (Rajah 6.3)
Pelaksanaan merangkumi kedua-dua integrasi secara mendatar dan menegak ke atas matlamat dan visi yang dikongsi bersama untuk menjadikan persekitaran fizikal negara kondusif bagi pertumbuhan ekonomi dan pencapaian Wawasan 2020. Dalam sesetengah perkara, JPBD SM akan memulakan inisiatif dan menyelaraskannya manakala dalam perkara-perkara lain, ia akan memberikan bantuan dan kerjasama. Di peringkat integrasi menegak, JPBD SM memainkan peranan penting dalam membawa projek-projek demonstrasi ke peringkat PBPT. Di peringkat perancangan yang paling rendah, bantuan teknikal dan kewangan adalah penting memandangkan kebanyakan PBT menghadapi kesukaran untuk memperolehi akses secara terus kepada peruntukan atau dana persekutuan bagi pelaksanaan projek tersebut.
Rajah 6.3: Mod Pelaksanaan Bagi Inisiatif-inisiatif RFN Ke-2
Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan
(KPKT) Perkongsian Mendatar
Kementerian ‐ kementerian Persekutuan
nega JPBD SM
Agensi ‐ agensi Persekutuan Me
Integrasi Mendatar
ak
Sektor Swasta/ NGO
rkongsian
P e Integrasi Mene
Agensi ‐ agensi Negeri
Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan
Sektor Swasta/ NGO
ii. Mewujudkan Satu Program Pembangunan bagi Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2
Satu program pembangunan untuk melaksanakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dicadangkan untuk diwujudkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 diletakkan di bawah program pembangunan tersebut. Program ini layak untuk memperolehi dana daripada bajet pembangunan persekutuan. JPBD SM akan membantu Menteri dalam penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek yang dicadangkan di bawah program pembangunan tersebut.
Program pembangunan bagi RKK dicadangkan mempunyai jangka masa antara 10 hingga 15 tahun, di mana ianya akan merangkumi tiga tempoh RMLT. Rasionalnya adalah untuk memastikan projek berterusan dan membolehkan Projek Demonstrasi siap dibangunkan serta dikaji semula. Kesemua Projek Demonstrasi harus dikaji semula untuk menentukan kekuatan dan kelemahan masing-masing bagi memperolehi pengajaran dan amalan baik untuk projek-projek seterusnya.
6.3.6 Model Pembiayaan
Model pembiayaan untuk Program Tindakan ini terdiri dari dua peringkat. Peringkat pertama adalah dengan menggunakan peruntukan persekutuan untuk JPBD SM bagi membiayai tindakan khusus RFN Ke-2 dan kajian-kajian yang akan dijalankan di bawah inisiatif spatial RFN Ke-2. Peringkat kedua adalah membentuk satu cadangan Program Pembangunan RKK di bawah KPKT supaya ianya layak untuk menerima peruntukan daripada bajet pembangunan persekutuan. Untuk menerima dana Persekutuan, Program Pembangunan RKK disarankan untuk mewujudkan satu akaun amanah untuk tujuan tersebut di bawah KPKT.
i. Menggunakan Peruntukan Persekutuan untuk Tindakan-tindakan Spesifik dan Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2
Peruntukan persekutuan akan digunakan untuk melaksanakan tindakan-tindakan spesifik RFN Ke-2 yang telah diluluskan oleh MPFN. Rasional untuk melaksanakan cadangan inisiatif spatial RFN Ke-2 adalah untuk mengatasi cabaran perancangan strategik yang penting bagi perancangan guna tanah negara secara keseluruhan dan menyumbang kepada penggunaan tanah yang lebih rasional dan mampan, sebagai satu aset negara .
ii. Menubuhkan Akaun Amanah Untuk Membiayai Cadangan Program Pembangunan RKK
Satu akaun amanah perlu diwujudkan untuk menerima dana bagi program pembangunan yang dicadangkan. Dana tersebut lebih mirip kepada dana persekutuan, namun ia juga boleh menerima sumbangan dan geran daripada lain- lain organisasi termasuk bantuan pelbagai hala dan dua hala untuk menyokong program-program dalam RKK. Satu peluang adalah untuk bekerjasama secara usahasama dengan Kesatuan Eropah (EU) berhubung program-program
perbandarannya 3 .
iii. Menubuhkan Dana Pusingan
Dana yang disalurkan ke dalam akaun amanah untuk program pembangunan akan diletakkan ke dalam Dana Pusingan. Terdapat tiga sebab utama untuk menubuhkan Dana Pusingan ini iaitu:-
i. Untuk memastikan aliran dana tersebut diselenggara dengan sebaik mungkin;
ii. Untuk beroperasi dengan prinsip bahawa wang yang diterima perlu digunakan secara cekap dan telus dan perlu dibayar semula untuk membolehkan dana pusingan tersebut untuk terus beroperasi; dan
EU mempunyai satu program perbandaran yang aktif, direka bentuk untuk menambah baik pembangunan bandar dalam EU. Ia juga telah menubuhkan satu program wilayah, iaitu ‘EU‐Asia Urbs Programme’, untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan di Asia bertujuan untuk menambah baik persekitaran bandar. Juga terdapat satu lagi program wilayah dikenali ‘Asia Pro Eco II’, yang bertujuan untuk menaja bersama (co‐ finance) projek dalam bidang persekitaran bandar. Kedua‐dua program ini kini dalam fasa kedua. Di bawah ‘Asia Pro Eco II’, terdapat 3 projek eko‐ pelancongan di Malaysia melibatkan NGO yang bernaung di bawah program tersebut. (Malaysia‐European Community Strategy Paper for the Period
2007 ‐2013. Refer to ec.europa.en/external‐relations/Malaysia/csp/07‐13.e.pdf) 2007 ‐2013. Refer to ec.europa.en/external‐relations/Malaysia/csp/07‐13.e.pdf)
Dana Pusingan perlu mempunyai jumlah peruntukan maksimum yang ditetapkan ke atas jumlah dana tersebut. Dalam hal ini, jumlah yang disyorkan adalah RM10 bilion. Sebarang penambahan ke atas jumlah peruntukan ini tertakluk kepada keputusan Kerajaan. Sekiranya tiada suntikan peruntukan secara teratur diberi kepada dana tersebut, akan berlaku masalah ketidakcukupan dana untuk meneruskan pembiayaian projek di bawah RKK.
Dalam keadaan di mana penambahan peruntukan tidak berlaku, para pengurus dana perlu berusaha menggunakan dana yang tersedia serta mengguna pakai satu mod pembayaran yang akan menggalakkan pembayaran semula daripada para pengguna. Untuk membolehkan pembayaran semula, peruntukan kewangan daripada Dana Pusingan tersebut perlu berbentuk pinjaman berbanding dengan bentuk geran dan peruntukan. Oleh kerana kebanyakan PBPT tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, dicadangkan agar dana pusingan ini dibahagikan kepada dua sub- komponen, iaitu segmen geran dan pinjaman.
a. Geran
Geran diberikan kepada PBPT yang lebih kecil untuk membiayai sebahagian projek di bawah RKK, terutamanya projek pemuliharaan dan infrastruktur sosial. Para pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pengurus dana bagi melayakkan diri untuk mendapatkan geran daripada dana pusingan di bawah program pembangunan.
b. Pinjaman
Dana Pusingan ini juga boleh diperluaskan kepada PBPT bagi membolehkan mereka melaksana cadangan projek di bawah RKK. Pinjaman dibenarkan di bawah Akta 172. Syarat dan terma pinjaman perlu ditetapkan oleh para pengurus dana. PBPT yang berada di bawah skim pinjaman atau skim geran digalakkan untuk menerokai pelbagai kaedah untuk mengumpul dana sebagai tambahan kepada geran dan pinjaman serta pembayaran semula pinjaman mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Pengagihan antara geran dan pinjaman perlu lebih menjurus kepada pinjaman berbanding dengan geran. Dalam keadaan sedemikian, disyorkan pecahan agihan sebanyak 20% untuk geran dan 80% untuk pinjaman. Ini kerana geran sentiasa memerlukan penambahan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan saiz geran dalam dana pusingan tersebut. Segmen pinjaman memerlukan para peminjam untuk membayar semula wang mengikut jadual pembayaran semula yang telah ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Satu syarat yang mungkin dikenakan kepada para peminjam adalah penubuhan Pengagihan antara geran dan pinjaman perlu lebih menjurus kepada pinjaman berbanding dengan geran. Dalam keadaan sedemikian, disyorkan pecahan agihan sebanyak 20% untuk geran dan 80% untuk pinjaman. Ini kerana geran sentiasa memerlukan penambahan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan saiz geran dalam dana pusingan tersebut. Segmen pinjaman memerlukan para peminjam untuk membayar semula wang mengikut jadual pembayaran semula yang telah ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Satu syarat yang mungkin dikenakan kepada para peminjam adalah penubuhan
c. Akses kepada Dana Pusingan
Sistem RKK perlu mempunyai akses kepada Dana Pusingan yang dicadangkan. Ini bermaksud bahawa walaupun inisiatif fokal RFN Ke-2 merupakan penggerak utama program pembangunan untuk dana kawasan khas, dana yang diperuntukkan tidak seharusnya terhad kepada inisiatif tersebut sahaja. Lain-lain RKK yang dikenalpasti di bawah RS dan RT (Seksyen 16B, Akta 172) juga layak untuk dana pusingan ini. Namun dengan adanya had ke atas jumlah peruntukan dalam dana pusingan ini, pengagihan kewangan akan bergantung kepada ketersediaan, kelayakan dan feasibiliti projek-projek berkenaan. Dana ini tidak boleh disediakan untuk kesemua projek yang dicadangkan dalam setiap RKK. Keutamaan diberi mengikut kepentingan projek dan kelayakan adalah berbeza mengikut hasil penemuan daripada kajian feasibiliti yang dijalankan serta kemampuan peminjam untuk bayaran semula.
iv. Pembayaran Semula Pinjaman
Untuk mengurangkan kebimbangan mengenai pembayaran semula oleh pihak peminjam, cadangan-cadangan berikut disyorkan:
a. Penubuhan Sinking Fund
PBPT yang meminjam di bawah Program Pembangunan RKK untuk membiayai projek mereka digalakkan untuk menubuhkan sinking fund dalam akaun mereka. Objektif sinking fund adalah supaya peminjam mengetepikan satu jumlah wang setiap tahun untuk membayar semula pinjaman tersebut. Sinking fund perlu ditubuhkan serta merta setelah pinjaman diluluskan, walau pun terdapat tempoh penangguhan (grace period) sebelum pembayaran bermula. Wang yang diketepikan dalam sinking fund merupakan suatu jumlah peratusan daripada hasil tahunan PBPT. Komitmen untuk pembayaran semula adalah kritikal bagi memastikan penerusan Dana Pusingan dan membolehkannya digunakan untuk membantu lebih banyak PBPT.
b. Penglibatan dalam Skim Perkongsian Awam-Swasta
Untuk melaksanakan projek-projek di bawah RKK, PBPT disarankan untuk membentuk perbadanan bagi melaksanakan projek usaha sama dan untuk menguruskan penambahbaikan kawasan melalui skim perkongsian awam-swasta. Rasionalnya adalah bagi membolehkan PBPT untuk menjana wang bagi membiayai pelaksanaan projek. Penglibatan sektor swasta adalah digalakkan. Perkongsian digalakkan bagi membantu mengurangkan pergantungan kepada dana pusingan untuk sokongan kewangan. PBPT juga digalakkan untuk menuntut pulangan ke atas peningkatan persekitaran kawasan mereka hasil daripada RKK.
Rajah 6.4: Program Pembangunan untuk RKK dan Model Pembiayaan
RKK (Disediakan di bawah Projek Demonstrasi RFN Ke-2
RKK dicadangkan sebagai
Seksyen 16 (b) Akta 172)
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Program Pembangunan
untuk RKK
JPBD SM
Akaun Amanah
Dana Pusingan
Sinking Fund
Premium Pembangunan
Penubuhan Koperasi
Penilaian Semula
Cukai Hartanah
Pembangunan
Usaha sama
Perolehan Tanah
Infrastruktur Utama
atau Perkongsian
Skim Perlesenan Kawasan Pembangunan
Aktiviti 4 Cth: Medan Selera dan
Cth: Hotel/ Kemudahan
Cth: Pembangunan
Cth: Skim Tempat Letak
Gerai Makanan
Berhadapan Sungai
Kereta Bertingkat
Inap Desa
Terdapat beberapa cara bagi PBPT untuk menjana wang daripada cadangan pembangunan di bawah RKK, di mana mungkin. Sebagai contohnya:
i. Menaikkan premium pembangunan;
ii. Mengubahsuai dasar cukai tempatan bagi menggambarkan perubahan guna tanah; dan
iii. Memperkenalkan skim perlesenan kawasan pembangunan.
Skim perlesenan kawasan pembangunan membenarkan pelabur swasta untuk melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan sebahagian daripada kawasan RKK di bawah satu lesen daripada PBT. Pelabur swasta digalakkan untuk melabur kerana:
i. Sebahagian besar/kebanyakan daripada infrastuktur utama akan disediakan oleh PBPT;
ii. PBPT akan mengambil balik tanah, jika diperlukan untuk mematuhi cadangan RKK;
iii. Rancangan pemajuan telah dirangka dan kelulusan akan dipercepatkan; dan
iv. Pelabur swasta yang bersetuju untuk melibatkan diri dalam skim perlesenan kawasan pembangunan ini dibenarkan untuk membangun, membangun semula dan memberi hak pembangunan kawasan tersebut kepada pelabur lain tertakluk kepada kelulusan daripada PBT.
Pilihan yang tersedia kepada PBT bagi membentuk skim perlesenan kawasan pembangunan untuk mengumpul wang adalah:
i. Menjual atau melelong lesen pembangunan tersebut; ii.
Mewujudkan fi tahunan lesen;
iii. Menceburi perkongsian; dan iv. Menggunakan gabungan ketiga-tiga pilihan di atas.
Cadangan untuk mewujudkan satu dana pusingan di peringkat Kerajaan Persekutuan terutamanya untuk inisiatif pembangunan bandar adalah penting bagi pelaksanaan RKK yang disediakan di bawah Akta 172. Konsep yang serupa telah digunapakai di Jepun di mana satu dana kerajaan pusat ditubuhkan untuk melaksanakan perancangan jalan-jalan bandar (jalan-jalan utama dikenalpasti dalam RT) dan projek penyusunan semula tanah bersepakat yang dilaksanakan melalui sistem perancangan pemajuan.
Perancangan bandar di negara ini perlu ditransformasikan ke arah melaksanakan projek-projek demonstrasi yang inovatif untuk mempertingkatkan kualiti hidup persekitaran seperti trend semasa yang diamalkan di kebanyakan negara maju. Walau pun JPBD SM dilengkapi dengan peruntukan perundangan yang relevan untuk memulakan usaha ini, tetapi tidak banyak penekanan diberikan kepada aspek ini di masa lalu kerana keutamaan pada masa tersebut adalah untuk menyediakan rancangan-rancangan pemajuan iaitu RS dan RT. Dengan trend dalam inisiatif perancangan bandar yang bergerak ke arah pembangunan pusat bandar dan pembangunan semula kawasan bandar, adalah amat penting bagi kerajaan untuk membuka laluan terhadap penyediaan kerangka kerja melalui sistem RKK agar usaha ini dapat dicapai.
6.4 Pemantauan RFN Ke-2
Proses pemantauan menyediakan rangka kerja untuk penilaian berterusan di mana ianya menjadi asas bagi kajian semula RFN Ke-2. Indikator-indikator pembangunan utama akan dikaji manakala kesemua andaian, unjuran dan objektif yang diguna pakai akan diteliti dari segi kesahihannya. Bahagian seterusnya akan membincangkan pendekatan pemantauan prestasi RFN Ke-2 dan juga pelaksanaan dasar-dasar RFN Ke-2.
6.4.1 Skop Pemantauan
Skop pemantauan meliputi penentuan pelbagai aspek RFN Ke-2 yang perlu dipantau. Terdapat dua objektif utama dalam pemantauan iaitu:
i. Memantau pemakaian dasar-dasar RFN Ke-2 melalui penggunaan indikator tertentu; dan
ii. Menentukan tahap pematuhan di dalam perancangan guna tanah di antara RFN
Ke-2 dan RS. Aspek-aspek utama perancangan guna tanah yang dipantau termasuk meneliti perubahan guna tanah berikut:-
a. Corak guna tanah perbandaran mampan dengan penekanan khusus terhadap pertumbuhan fizikal kawasan bandar dan conurbation seperti yang dicadangkan
di dalam RFN Ke-2.
b. Pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar dan lingkaran hijau termasuklah status kawasan hutan seperti yang dicadangkan di dalam RFN Ke-2.
6.4.2 Agensi Pemantauan
JPBD SM adalah bertanggungjawab ke atas RFN Ke-2, manakala JPBD Negeri pula bertanggungjawab ke atas RS. Kedua-dua agensi ini merupakan agensi peneraju untuk menjalankan proses pemantauan. Peranan setiap agensi ini adalah seperti berikut:
i. BRFN di JPBD SM merupakan agensi utama yang bertanggungjawab memantau maklumat perancangan guna tanah negara dan indikator-indikator dasar untuk kajian semula RFN Ke-2.
ii. JPBD Negeri akan menerajui dalam pengurusan maklumat perancangan guna tanah negeri dan memantau perubahan guna tanah di peringkat negeri.
6.4.3 Proses Pemantauan
Pemantauan perubahan guna tanah diproses melalui penggunaan indikator dan pembangunan sistem maklumat yang sesuai yang membolehkan penilaian secara berterusan serta menyokong di dalam membuat keputusan.
i. Pemakaian Indikator Dasar Utama
Instrumen utama yang akan digunakan untuk memantau kemajuan dan pemakaian dasar guna tanah adalah melalui indikator-indikator dasar RFN Ke-2. Indikator- indikator ini boleh diperbaharui, dimansuhkan atau ditambah pada setiap proses kajian semula. Indikator-indikator dasar RFN Ke-2 adalah hanya untuk Semenanjung Malaysia dan maklumat akan dikumpul setiap tahun oleh BRFN JPBD SM daripada agensi pembekal data yang dikenal pasti. Semua pembekal data dikehendaki untuk mengumpul maklumat di dalam format yang telah disediakan dan seterusnya diserahkan kepada JPBD SM pada masa yang ditetapkan. Indikator-indikator disediakan dalam bentuk angka dan pengukuran statistik berdasarkan kepada dimensi kuantiti seperti kawasan, peratusan, nisbah dan petunjuk indeks. Indikator- indikator adalah berguna jika ianya relevan, diperolehi dengan mudah dan maklumat yang andal. Jadual 6.9 menggariskan dasar-dasar RFN Ke-2, indikator-indikator utama dan pembekal-pembekal data.
Jadual 6.9: Indikator-indikator Bagi Dasar RFN Ke-2
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 1
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Rangka Kerja
Julat perbezaan antara JPBD SM
sasaran penduduk dalam RFN Ke-2 berperanan sebagai
Perancangan yang
konsisten antara RFN,
RS dan RFN Ke-2
rangka kerja perancangan spatial
Rancangan Pemajuan
mengikut negeri.
negara untuk mencapai
serta Pelan dan Dasar-
perancangan guna tanah yang
bersepadu dan mampan serta Bilangan RS yang selaras JPBD SM selaras dengan dasar-dasar
Dasar Sektoral Negara
dgn klasifikasi RFN Ke-2 sektoral yang lain.
mengenai KSAS (ESA), KPU (PAA), hierarki bandar dan guna tanah
Pengagihan penduduk di Jabatan conurbation strategik.
Perangkaan
RFN 2
Tumpuan lebih tinggi
Pengagihan penduduk di Jabatan
Perangkaan Pusat pertumbuhan bandar masa
kepada aktiviti ekonomi
pusat conurbation
di Pusat Conurbation
strategik.
depan perlu ditumpukan di
yang strategik
conurbation strategik. Pengagihan pekerjaan
Jabatan
dalam di pusat
Perangkaan conurbation strategik. Bilangan kemudahan
JPBD SM strategik (ketersediaan) di
pusat conurbation (seperti universiti dan hospital).
Purata pendapatan isi UPE (Bahagian rumah mengikut negeri.
Pengagihan)
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 3
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Pengurangan
KDNK Wilayah (RM juta) UPE (Bahagian
berbanding sasaran tahun Ekonomi Pendekatan pembangunan koridor
ketidakseimbangan
Makro) perlu digunapakai dalam
pertumbuhan ekonomi
antara wilayah
perancangan wilayah kurang maju untuk memacu pertumbuhan
Kadar pertumbuhan KDNK UPE(Bahagian ekonomi dan pembangunan bagi
Wilayah (%) berbanding Ekonomi mengurangkan ketidakseimbangan
Makro) wilayah.
sasaran tahun 2020.
Purata pendapatan isi UPE (Bahagian rumah mengikut wilayah.
Jumlah dagangan
Jabatan
Malaysia dengan negara- Perangkaan Kerjasama di dalam perancangan
pembangunan merentas
sempadan disediakan
negara ASEAN.
fizikal dan pembangunan ekonomi
melalui kajian,
antara Malaysia dan negara-negara
serantau ASEAN perlu Bilangan Zon Ekonomi UPE
permohonan pelan yang
diterima dan projek
diperkukuhkan.
Khas yang telah
pembangunan yang
ditubuhkan.
dilancarkan.
Jumlah pelaburan oleh Jabatan syarikat Malaysia di luar
Perangkaan,
negara dan FDI ke
Bank Negara
Malaysia. Bilangan permohonan
MIDA membangunkan kawasan sempadan
RFN 5
Ekonomi industri yang
Kedudukan Malaysia Bank Dunia
lebih berdaya saing di
dalam Global
Perancangan pembangunan
Competitiveness Index. industri perlu menggunapakai
peringkat global.
strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ke-3
Agihan KDNK sektoral (%) UPE(Bahagian (IMP3) untuk mencapai daya saing
berbanding sasaran tahun Ekonomi global melalui transformasi dan
2020 mengikut negeri. Makro) inovasi sektor pembuatan dan
perkhidmatan.
RFN 6
Pemuliharaan KPU
Bilangan RS yang
JPBD SM
mengenal pasti kawasan Kawasan Pertanian Utama perlu
untuk aktiviti pertanian.
KPU.
dipulihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut
Luas kehilangan kawasan Jabatan perlu dihadkan.
KPU (hek.) untuk
Pertanian pembangunan bukan
pertanian. Luas kawasan (hek.) yang
JPBD SM dizonkan untuk pertanian di dalam rancangan pemajuan
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 7
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Pemuliharaan kawasan
Jumlah kawasan (hek.) JPBD SM,
yang ditetapkan sebagai KADA, MADA, Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi
jelapang padi yang
kawasan jelapang padi KETARA, IADA Strategik, iaitu Muda (MADA),
strategik untuk
strategik dalam rancangan Kemubu (KADA), IADA Kerian-
pengeluaran padi.
pemajuan
Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA
Luas kawasan (hek.) JPBD SM, Terengganu Utara (KETARA) dan
KADA, MADA, IADA Kemasin-Semerak perlu
jelapang padi yang
diwartakan di bawah Akta KETARA, IADA dipulihara.
Kawasan Pengairan. Luas penambahan/
JPBD SM, kehilangan kawasan (hek.) KADA, MADA, jelapang padi yang
KETARA, IADA strategik untuk kegunaan lain.
Peningkatan jumlah
Jabatan
pengeluaran dan
Pertanian
produktiviti padi. Peratus sumbangan dari
Jabatan kawasan jelapang kepada
Pertanian
pengeluaran padi.
RFN 8
Meningkatkan
Luas kehilangan kawasan Jabatan
(hek.) tanah padi di luar Pertanian, JPS Tanah padi sedia ada yang kawasan jelapang untuk berpotensi di luar kawasan
produktiviti padi.
kegunaan lain.
jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti
Luas kawasan (hek.) Jabatan dan hasil
tanah padi yang
Pertanian, JPS,
diwartakan sebagai
JPBD SM
kawasan jelapang strategik dalam rancangan pemajuan
Peningkatan jumlah
Jabatan
pengeluaran dan
Pertanian
produktiviti padi.
RFN 9
Mempertingkatkan
Purata pendapatan isi KKLW, UPE
rumah bagi penduduk luar Kawasan luar bandar dan Pusat
pendapatan dan kualiti
hidup di kawasan luar
bandar.
Pertumbuhan Desa (PPD) perlu
bandar.
dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang
KKLW, MOE, lebih tinggi dan kualiti hidup yang
Tahap kualiti hidup
(ketersediaan kemudahan MOH lebih baik.
awam) Bilangan PPD yang
JPBD SM dikenal pasti dalam RS
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 10
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Menambah baik
Bilangan petempatan JKOA
Orang Asli yang dilengkapi Masyarakat Orang Asli perlu
keadaan hidup dan
utiliti dan kemudahan diintegrasikan dari segi spatial dan
persekitaran masyarakat
Orang Asli.
awam.
ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan utama.
Purata pendapatan isi JKOA rumah masyarakat Orang Asli.
Bilangan dan peratus JKOA kanak-kanak Orang Asli yang menghadiri sekolah.
RFN 11
Memulihara dan
Bilangan RS dan pelan JPBD Negeri,
pelancongan (oleh agensi MOTOUR, Sumber pelancongan semula jadi,
melindungi sumber
lain) yang mengenal pasti/ KSAAS kepelbagaian budaya dan warisan
pelancongan semula
jadi, budaya dan
menentukan sumber
sejarah negara perlu dipulihara.
sejarah.
pelancongan semula jadi, budaya dan sejarah.
FDPM, Jabatan pelancongan semula jadi
Bilangan sumber
Laut, Jabatan dan sejarah yang telah
Bilangan sumber
UPEN, MICC pelancongan yang telah
memperolehi pengiktirafan antarabangsa seperti World Heritage Tourism.
RFN 12
Pertambahan ketibaan
Bilangan ketibaan
Kem.
pelancong ke Malaysia. Pelancongan Zon pembangunan pelancongan di
pelancong (domestik
dan antarabangsa)
setiap negeri perlu menekankan
produk khusus wilayah Kadar Penghunian Hotel Kem.
secara berterusan
Pelancongan sumber sedia ada.
dengan kelebihan lokasi
berdasarkan kelebihan lokasi dan
(%) mengikut negeri
Peratusan sumbangan UPE, JPM
sektor pelancongan kepada KDNK mengikut negeri.
RFN 13
Piawaian kemudahan
Pengiktirafan
MOT
antarabangsa terhadap Infrastruktur dan kemudahan
sokongan pelancongan
kemudahan pemeriksaan pelancongan berkualiti tinggi perlu
yang berkualiti tinggi
(penginapan,
(lapangan terbang).
disediakan bagi mempertingkatkan
kemudahan
keselesaan dan keselamatan
pengangkutan, akses
pelancong tanpa menjejaskan
Bilangan tempat
Kem.
kualiti alam sekitar. penginapan pelancongan Pelancongan
dan hubungan, pusat
informasi pelancong,
mengikut negeri.
(Divisyen
dan sebagainya)
Perkhidmatan Pelancongan)
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Indikator Prestasi Pembekal Data
Bilangan pusat informasi Kem.
pelancong utama
Pelancongan
mengikut negeri. Jumlah peruntukan negeri
UPE
bagi menyelenggara kawasan pelancongan.
Bilangan dan kekerapan MOT
pendaratan syarikat penerbangan antarabangsa.
Mengenal pasti kawasan Majlis yang terdedah kepada
Keselamatan bencana alam seperti
Negara (NSC),
tsunami dan banjir.
Bilangan dan jumlah nilai UPE, MIDA
pembangunan di dalam
pelaburan.
Tumpuan pertumbuhan bandar
conurbation.
perlu ditampung di dalam conurbation yang dirancang dan
Jabatan dimajukan secara bersepadu
Kadar perbandaran
Perangkaan selaras dengan Dasar Perbandaran
mengikut negeri.
Negara.
RFN 15
Menyokong conurbation
Jumlah pertambahan Jabatan
Perangkaan Pertumbuhan empat Conurbation
Utama dengan
penduduk mengikut
perancangan
conurbation.
Utama iaitu Kuala Lumpur, George
kemudahan bersepadu
Town, Johor Bahru dan Kuantan
perlu disokong untuk Bilangan kemudahan JPBD SM
yang tinggi untuk
kawasan conurbation
mempertingkat daya saing di
strategik utama di
peringkat global.
Conurbation Utama. (contohnya LRT, Pusat Siber, MICE dan universiti, dsb).
RFN 16
Mempertingkatkan
Bilangan rancangan
JPBD SM
karekter dan keunikan
pemajuan yang
Keutamaan perlu diberi untuk
setiap bandar di dalam
menentukan had
mencapai tahap bandar padat yang
pembangunan bandar. cekap tenaga.
conurbation
Keluasan kawasan (hek.) JPBD Negeri, yang dibangunkan di luar
PBT
kawasan had pembangunan bandar.
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 17
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Mengoptimumkan
Bilangan bandar-bandar JPBD Negeri,
berciri khas yang disokong PBT Bandar berciri khas perlu
potensi Bandar-bandar
dengan infrastruktur yang dikenalpasti dan projek
Berciri Khas.
sesuai.
pembangunan yang memperkukuhkan ciri-ciri istimewa tersebut perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian.
RFN 18
Mengoptimumkan
Bilangan projek ekonomi JPBD Negeri,
PBT Pusat petempatan utama dan pusat
potensi Pusat
yang dilaksanakan
mengikut potensi ekonomi petempatan kecil perlu dikekal dan
Petempatan Utama dan
yang telah dikenal pasti di dibangunkan mengikut potensi
Pusat Petempatan Kecil
dalam RT.
ekonomi setempat
RFN 19
Bekalan rumah mampu
Bilangan rumah mampu KPKT, Jabatan
Penilaian dan Perumahan mampu milik yang
milik yang mencukupi
milik yang baharu
mengikut pusat utama. Perkhidmatan mencukupi dan dilengkapi dengan
dengan kualiti hidup
Harta, Jabatan kemudahan komuniti termasuk Perangkaan, kemudahan dan perkhidmatan PBT keselamatan perlu disediakan di
yang lebih baik.
pusat bandar utama untuk memenuhi keperluan penduduk
Purata harga rumah
KPKT, Jabatan berbanding pendapatan isi Penilaian dan rumah.
Perkhidmatan Harta, Jabatan
Perangkaan, PBT
Purata jumlah isi rumah KPKT, Jabatan bagi setiap unit kediaman.
Penilaian dan Perkhidmatan
Harta, Jabatan Perangkaan,
PBT
Rumah setinggan
KPKT, Jabatan
berbanding stok
Penilaian dan perumahan mengikut
Perkhidmatan
negeri.
Harta, Jabatan Perangkaan,
PBT
Kadar Jenayah (per 1,000 Jabatan Polis
penduduk).
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 20
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Mencapai taraf hidup
Bilangan piawaian dan JPBD SM
yang tinggi.
garis panduan
Piawaian perancangan dan garis perancangan peringkat panduan pembangunan bandar persekutuan yang diterima perlu dirangka bagi memenuhi pakai mengikut negeri. keperluan sebuah negara maju.
Indeks Kualiti Hidup
UPE
Penduduk Malaysia (Malaysian Quality of Life Index).
RFN 21
Pengumpulan data dan
Bilangan pelan guna tanah JPBD SM
pemantauan perubahan
yang diperakui.
Satu agensi pusat perlu
guna tanah secara
dipertanggungjawabkan untuk
menerbitkan secara berkala Jumlah kawasan (hek.) JPBD SM maklumat pembangunan guna
berterusan.
dengan data guna tanah tanah.
terkini.
RFN 22
Perlindungan dan
Luas kawasan (hek.) yang Jabatan
Perhutanan, Kawasan Sensitif Alam Sekitar
pengurusan yang teratur
diwartakan sebagai
kawasan yang dilindungi. PERHILITAN, perlu diintegrasi ke dalam Jabatan Laut perancangan dan pengurusan guna
ke atas KSAS.
tanah dan sumber alam semula jadi.
Kawasan (hek.) rizab JPBD, KSAAS, hutan di bawah liputan
Jabatan
hutan semula jadi.
Perhutanan, PERHILITAN
RFN 23
Memulihara 45% tanah
Bilangan rangkaian
KSAAS,
Jabatan Central Forest Spine akan
sebagai Kawasan
ekologi yang telah
Perhutanan, diwujudkan bagi membentuk tulang
Liputan Hutan dan
diwujudkan.
PERHILITAN belakang rangkaian kawasan
Rangkaian Ekologi
Bersepadu bagi semua
sensitif alam sekitar.
kompleks hutan.
Bilangan rangkaian yang KSAAS, kaya dengan habitat (hek.) Jabatan Perhutanan, PERHILITAN
RFN 24
Perlindungan dan
Luas kawasan (hek.) JPS, JPBD SM
penambakan pesisiran Ekosistem pesisiran pantai dan
pengurusan yang teratur
bagi kawasan sensitif
pantai.
marin yang sensitif perlu dilindungi
pesisiran pantai.
dan digunakan secara mampan.
Bilangan komponen
MIMA, Jabatan
biodiversiti yang
Liputan paya bakau dan Jabatan
hutan pantai (hek).
Perhutanan
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 25
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Melindungi kawasan
Peratus kehilangan habitat JPBD SM,JMG,
di tanah tinggi (kawasan UPEN Pembangunan di tanah tinggi perlu
tanah tinggi dan
melebihi 300m) dan di luar dikawal dengan tegas bagi
Pengurusan Kawasan
Pengurusan Khas
SMA).
melindungi keselamatan manusia
(SMA).
dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti.
RFN 26
Perlindungan dan
Luas kawasan (hek)
JMG, JPS,
tadahan empangan yang PERHILITAN, Semua sumber air permukaan dan
pengurusan yang teratur
Pihak Berkuasa air bawah tanah adalah aset
bagi sumber air untuk
diwartakan.
Bekalan Air strategik yang perlu dilindungi dan
bekalan air di semua
Negeri diuruskan secara mampan.
lokasi.
Penentuan aquifer air JMG, JPS, bawah tanah dan kawasan PERHILITAN,
recharge.
Pihak Berkuasa Bekalan Air
Negeri Indeks Kualiti Air (WQI)
JAS
bagi sungai. Kawasan tadahan air
Jabatan (hek.) yang digazetkan
Perhutanan
dalam Rizab Hutan Simpan Kekal.
RFN 27
Meminimumkan
Memetakan kawasan yang JPM (Bhg.
terdedah dan terancam Keselamatan Rangka kerja perancangan spatial
kerugian ekonomi akibat
akibat perubahan iklim. Negara), perlu mengambil kira langkah- KSAAS, Majlis langkah mitigasi dan adaptasi Keselamatan terhadap kesan-kesan perubahan Negara(NSC) iklim.
perubahan iklim.
RFN 28
Sistem bersepadu
Pembangunan Pelan Induk SPAD
20 Tahun Pengangkutan Rangkaian pengangkutan negara
untuk semua mod
pengangkutan.
Awam Negara.
bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan
Pembangunan Pelan SPAD pengangkutan.
Induk 10 Tahun Pengangkutan Awam Wilayah.
Bilangan terminal
SPAD pengangkutan bersepadu untuk penumpang yang telah dibina dan dalam pembinaan di Malaysia.
Bilangan terminal
SPAD
multimodal atau intermodal untuk kargo di Malaysia.
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 29
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Rel Berkelajuan Tinggi
Kajian kemungkinan untuk SPAD
Koridor Rel Berkelajuan Satu sistem rel berkelajuan tinggi
(HSR) menghubungkan
ke semua Conurbation
Tinggi:-
bersepadu negara perlu
diwujudkan bagi melengkapi Koridor HSR KL-Pulau
Utama. Sistem HSR ini
didefinisikan sebagai
rangkaian rel sedia ada.
Pinang
Sistem Rel dengan tolok asas dan purata
Koridor HSR KL-Kuantan
kelajuan melebihi 140 km/j.
Koridor HSR Kuantan-
KT-KB Koridor HSR KL-JB
RFN 30
Tahap aksesibiliti jalan
Taraf perkhidmatan jalan HPU
(jumlah panjang jalan/ Rangkaian jalan raya negara perlu
yang tinggi.
1,000 orang).
diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan.
Kepadatan jalan (panjang HPU
jalan/ luas kawasan).
Indeks Pembangunan HPU Jalan (RDI) bagi jalan persekutuan sahaja.
RFN 31
Lapangan terbang dan
Bilangan penumpang MOT
berbanding kapasiti reka Lapangan terbang dan pelabuhan
pelabuhan yang
bentuk lapangan terbang. utama perlu dibangunkan mengikut
mencukupi untuk
pembangunan ekonomi
fungsi yang saling melengkapi bagi
memperkukuh daya saing ekonomi Jumlah muatan kargo MOT negara dan memudahkan ketibaan
nasional.
berbanding kapasiti reka pelancong.
bentuk lapangan terbang. Jumlah muatan kargo
MOT berbanding kapasiti reka bentuk pelabuhan laut.
RFN 32
Pembangunan TOD di
Bilangan RT dan RKK JPBD SM
yang telah menerapkan Konsep Pembangunan
semua conurbation.
konsep TOD.
Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam.
RFN 33
Modal Split (kenderaan
Nisbah modal split (bil. SPAD
penumpang kenderaan Sistem pengangkutan awam
persendirian kepada
kenderaan awam) 25:75
persendirian/ bil.
bersepadu perlu dibangunkan di
penumpang pengangkutan semua pusat bandar utama.
di Lembah Klang pada
tahun 2012; 30:70 untuk
awam).
semua pusat bandar utama pada tahun 2020
Bilangan terminal
SPAD
dan 50:50 di masa
pengangkutan bersepadu
hadapan.
yang telah dibina di pusat bandar utama.
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 34
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Perkhidmatan
Bilangan Pelan Induk Semua
Infrastruktur Nasional pembekal RFN Ke-2 akan menyediakan
infrastruktur bersepadu
yang telah disediakan di perkhidmatan rangka kerja spatial bagi
di semua petempatan.
peringkat nasional/
penyampaian perkhidmatan
wilayah.
infrastruktur bersepadu di peringkat negara, wilayah dan conurbation utama.
RFN 35
Liputan bekalan air yang
Peratusan penduduk yang SPAN
menyeluruh di semua
memperolehi
Infrastruktur bekalan air yang
petempatan.
perkhidmatan.
bersesuaian termasuk kerja-kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan
Kadar penggunaan air SPAN perlu disediakan bagi semua
harian per kapita.
kawasan petempatan.
Kadar kehilangan air
Liputan loji rawatan
Peratusan kediaman yang SPAN, JPS
dihubungkan kepada loji Kemudahan sistem pembetungan
kumbahan yang
menyeluruh di semua
rawatan kumbahan.
yang bersesuaian dan mencukupi
petempatan.
perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar.
RFN 37
Pelupusan sisa pepejal
Peratusan penduduk yang SPAN, JPS
dihubungkan dengan loji Semua petempatan perlu
yang teratur di semua
petempatan.
wilayah.
disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan
JPSPN pemulihan.
Jumlah penjanaan
sampah isi rumah / hari. Peratusan sisa pepejal
JPSPN yang telah dikitar semula.
RFN 38
Bilangan negeri yang telah JPS Infrastruktur perparitan perlu
Semua Rizab Sungai
Utama diwartakan
mewartakan (di bawah Seksyen 62, KanunTanah
disediakan bagi semua petempatan Pengurangan kerugian Negara) rizab sungai. untuk membendung kejadian banjir
ekonomi disebabkan
besar, banjir kecil dan pencemaran
banjir
Bilangan kejadian banjir JPS mengikut negeri/tahun.
Bilangan kawasan mudah JPS banjir yang dilindungi
(mangsa/ luas kawasan).
Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 39
Dasar-dasar
Hasil yang Disasarkan
Pengurangan kejadian Bilangan kejadian
TNB gangguan elektrik (indeks
Loji janakuasa elektrik dan
gangguan elektrik minima.
SAIFI dan SAIDI).
rangkaian penghantaran dan pengagihan utama adalah aset
Pertambahan
strategik yang perlu ditempatkan di Peratusan penghasilan TNB
penggunaan tenaga
lokasi yang bersesuaian untuk tenaga yang diperbaharui.
yang diperbaharui.
menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna.
RFN 40
Mempromosikan
Bilangan pelanggan
Suruhanjaya
Tenaga Loji pemprosesan gas asli serta
pembangunan
mengikut sektor.
rangkaian paip penghantaran dan
industri.
pengagihannya perlu dikenalpasti bagi menyediakan bekalan gas asli
Panjang paip gas asli Suruhanjaya yang andal dan efisien kepada
Tenaga pengguna
(tekanan tinggi dan
sederhana).
RFN 41
Kadar penggunaan talian SKMM Kemudahan dan infrastruktur
Mentranformasikan
negara kepada
tetap.
rangkaian komunikasi perlu
masyarakat
disediakan di semua petempatan.
berpengetahuan
Bilangan bandar siber dan SKMM
dengan liputan
pusat siber yang
perkhidmatan ICT
dibangunkan mengikut
yang menyeluruh.
negeri. Kadar penembusan
SKMM
telefon bimbit. Kadar penggunaan
SKMM
internet talian tetap. Kadar penggunaan jalur
SKMM lebar berkelajuan tinggi.
Pemilikan komputer
SKMM peribadi per 100 isirumah.
ii. Pembentukan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah RFN Ke-2
a. iPLAN diwujudkan sebagai rangka struktur-maklumat untuk menyokong keseluruhan proses pelaksanaan, pemantauan dan kajian semula RFN Ke-2. Ianya akan mengandungi modul sokongan yang mengesan perubahan guna tanah dan memantau pemakaian dasar-dasar guna tanah yang terpilih. Sehingga kini, jabatan telah membangunkan:
Data statistik dalam format jadual untuk profil sosio ekonomi di peringkat negeri, daerah dan bandar; Data spatial mengenai guna tanah dalam format GIS; dan Data teks mengenai garis panduan, klasifikasi guna tanah, piawaian dan
indikator-indikator.
b. Untuk memastikan pematuhan di semua peringkat perancangan guna tanah yang berbeza, iPLAN akan dibangunkan dalam rangka kerja sistem maklumat perancangan guna tanah bersepadu yang terdiri daripada tiga komponen iaitu iPLAN, Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Negeri (SPIS) dan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Daerah (DPIS). Rangka kerja bersepadu ini membolehkan perkongsian maklumat yang lebih efektif di antara ketiga-tiga peringkat organisasi yang bertanggungjawab terhadap perancangan fizikal.
c. Terdapat dua set aliran maklumat utama dalam iPLAN:
Penyaluran maklumat secara menegak di antara SPIS dan iPLAN. JPBD SM akan membekalkan maklumat guna tanah terkini dan lain-lain maklumat yang diperolehi daripada RS dan RT kepada JPBD SM, yang akan menganalisis perubahan dalam guna tanah dan memantau dasar guna tanah terpilih secara berterusan. Proses penyaluran maklumat secara menegak ini perlu dilaksanakan di antara JPBD Negeri dan JPBD SM (Rajah 6.5).
Penyaluran maklumat secara mendatar adalah diperolehi daripada agensi- agensi dan pembekal data utama kepada iPLAN. Penyaluran maklumat secara mendatar akan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi- agensi berkaitan. Penyaluran maklumat ini boleh dicapai melalui proses perundingan dalam bentuk Memorandum Persefahaman di antara JPBD SM dengan pelbagai jabatan dan agensi (Rajah 6.6).
d. Salah satu objektif utama iPLAN adalah untuk memastikan maklumat yang sahih, bertepatan dengan masa dan terkini disediakan untuk Kajian Semula RFN yang seterusnya yang dijadualkan pada sela lima tahun. Sehubungan itu, penyelenggaraan dan pengemaskinian sistem maklumat iPLAN perlu dijalankan setiap tahun supaya penganalisaan perubahan guna tanah dilakukan secara berkala. Dua tugasan utama yang terlibat dalam penyelenggaraan dan pengemaskinian maklumat iPLAN adalah seperti berikut:
Mengemaskini maklumat statistik: Data statistik merangkumi profil terpilih meliputi sektor-sektor seperti ekonomi (sektor primer, sekunder dan tertiari); penduduk, perumahan dan petempatan; infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan, guna tanah dan alam sekitar. Jadual-jadual yang menentukan jenis-jenis data yang diperlukan akan dihantar ke setiap pembekal data pada setiap tahun. Data-data statistik yang lama akan disimpan tetapi masih boleh digunakan bagi tujuan penganalisaan apabila diperlukan. Data terkini akan digunakan sebagai data asas untuk kajian semula RFN.
Pemantauan perubahan guna tanah: Ini akan dilaksanakan dari peringkat bawah ke peringkat atas, di mana semua maklumat perubahan guna tanah dapat dikesan di peringkat negeri dan akan diagregat untuk memenuhi keperluan sistem maklumat iPLAN.
Rajah 6.5: Aliran Maklumat Menegak
SISTEM PINTAR PERANCANGAN GUNA TANAH (iPLAN) RFN
Data
Remote Sensing PERSEKITARAN FIZIKAL
DEMOGRAFI-SOSIAL
Ketinggian Lereng Bukit
Penduduk dan isi
Tasik, Kolam
Petempatan desa Lembangan Sungai Kemudahan
Petempatan bandar
Jalan
Rel
Zon Tadahan Air
Hutan Simpan
masyarakat
Pelabuhan
EKONOMI Tanah Tanih Agro-Iklim
Lapangan terbang
Ekonomi Makro
GUNATANAH
Utama
Litupan tanah
Sekunder
Kawasan tepu bina
Tertiari
Sedia Ada
PENEMUAN UTAMA
STRATEGI PELAN-
GUNA TANAH NEGERI DAN
Industri
PELAN KOMPOSIT
PELAN PENGEZONAN
Kawasan rekreasi
PELAN-PELAN
PEMBANGUNAN KOMITED
SEKTORAL
Lain- lain Projek komited JPBD (NEGERI) Projek yang dicadangkan
Projek yang diluluskan
DPIS
Maklumat Pakej Lot- lot Projek Pembangunan
PIHAK BERKUASA
Data
TEMPATAN
Kawasan Tempatan
Rajah 6.6: Pemberi Data Utama dalam iPLAN (Aliran Maklumat Mendatar)
Jabatan Perangkaan
Jabatan Pertanian
MOU
AGENSI KERAJAAN
AGENSI KERAJAAN
Berkaitan Dengan :
MOU berkaitan Dengan : MOU
Pelancongan
Perumahan
Perhutanan Mineral & Geosains
iPLAN
Pendidikan Kesihatan
Pengairan & Saliran
Alam Sekitar Perdagangan & Industri
Utiliti
Kemudahan
MOU MOU Masyarakat
Pengangkutan Pengangkutan
JPBD Negeri merupakan hab bagi sistem maklumat di peringkat negeri. Bagi melaksanakannya setiap JPBD Negeri perlu menubuhkan sistem maklumat guna tanah yang mengandungi Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah bagi RS dan Sistem Maklumat Kelulusan Perancangan.
a. Bagi mencapai keseragaman, peta asas guna tanah setiap negeri perlu disediakan. Skala dan format peta asas diseragamkan supaya perbandingan corak guna tanah di peringkat negeri dan persekutuan dapat dilakukan dengan mudah. Sumber utama peta guna tanah di peringkat negeri adalah daripada Bahagian Pemetaan, Jabatan Pertanian dan JUPEM. Dengan itu adalah perlu JPBD menjalinkan kerjasama dan persefahaman dengan Jabatan Pertanian dan JUPEM supaya setiap negeri mempunyai peta asas yang seragam. Peta ini akan dikemas kini dan diselaraskan dengan maklumat guna tanah bandar yang diperolehi dari PBT.
b. Bagi tujuan mengenal pasti perubahan guna tanah di dalam iPLAN, maklumat perlu dikumpul bagi setiap projek pembangunan yang diluluskan yang mempunyai keluasan 20 hektar dan ke atas bagi negeri-negeri yang kecil seperti Pulau Pinang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan dan 50 hektar dan ke atas bagi negeri-negeri lain. Maklumat seperti status kelulusan projek dan jenis guna tanah juga akan dipantau.
c. Jadual mengemas kini kelulusan projek pembangunan dari JPBD Negeri akan dilaksanakan secara tahunan.
d. Pemindahan maklumat guna tanah dari JPBD Negeri kepada iPLAN akan dibuat di dalam format digital untuk meminimakan kesilapan. iPLAN akan mewujudkan garis panduan untuk penukaran data mengikut format yang ditetapkan.
iv. Tindakan Perkongsian Data
a. Perkongsian data antara JPBD SM dan Negeri merupakan elemen penting untuk memudahkan proses pemantauan. RFN Ke-2 menyarankan pembentukan KKT untuk mengawasi proses integrasi menegak dan prosedur perkongsian maklumat di antara semua JPBD. KKT ini juga bertanggungjawab untuk merundingkan Memorandum Persefahaman di peringkat antara organisasi untuk menjalin hubungan mendatar dengan pembekal data luar.
b. Pengaliran maklumat yang konsisten melalui integrasi menegak dan mendatar dengan menggunakan Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Pada ketika ini program MyGDI sedang dibangunkan untuk membolehkan maklumat digital berkaitan dengan tanah diguna pakai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di negara ini seperti ditunjukkan di dalam Rajah 6.7.
Rajah 6.7 : Perhubungan Menegak dan Mendatar Sistem Maklumat Perancangan Guna Tanah 2020
MyGDI
Agensi Kerajaan Agensi Kerajaan
Peringkat iPLAN Peringkat Persekutuan Persekutuan
Agensi Kerajaan Agensi Kerajaan Peringkat Negeri
SPIS
Peringkat Negeri
Agensi Kerajaan Agensi Kerajaan Peringkat Daerah/
DPIS Peringkat Daerah/
Tempatan Tempatan
Sumber: RFN: Pakej I: Implementasi Laporan Teknikal Sistem Maklumat RFN, 2001
v. Sistem Pemantauan
JPBD SM sedang membangunkan satu Sistem Pemantauan RFN menggunakan aplikasi GIS. Konsep keseluruhan dipaparkan dalam Rajah 6.8. Sub komponen sistem terdiri daripada:
Input. Utama meliputi pemprosesan dan analisis sub modul. Output mengandungi analisis jadual-jadual.
Modul tambahan dan aplikasi yang boleh ditambah pada masa hadapan akan meliputi analisis kesesuaian tanah, unjuran pertumbuhan penduduk dan sistem sokongan keputusan. Rangka kerja konsep bagi Sistem Pemantauan RFN boleh berfungsi sebagai prototaip untuk memantau perubahan perubahan guna tanah di ketiga-tiga peringkat perancangan.
Rajah 6.8 : Rangka Kerja Konsep Sistem Pemantauan RFN Ke-2
Mengenai Litupan Pengkalan Data Pangkalan Data INPUT Spatial iPlan Statistik iPlan
iPLAN
Data Remote Sensing
Guna Tanah
(Format ArcView 3)
Set data statistik & grafik
Lapisan guna tanah terpilih dari iPLAN
Modul Pangkalan
Trend Kawasan
Pangkalan Data
Data Guna Tanah
Tepubina 2-5 Tahun
Grafik NPPMS
(Format EXCEL)
(Analisis Imej)
(Format ArcGIS 9)
Sub-Modul Berpotensi M4 Analisis dan Model
Perubahan Guna
Analisis
Model Pertumbuhan Penduduk
Kesesuaian Tanah
Pusat Pertumbuhan Industri
(AHP) Pemilihan Tapak Model Geo-Demografi ArcGIS 9)
Tanah (Model Builder :
Analisis Wilayah Analisis SIA
M5
Menanda aras dan
Jadual Indikator dalam
penetapan sasaran
Format HTML
UTAMA
Sistem sokongan keputusan yang lebih baik kepada pihak berkepentingan
Cadangan hala
OUTPUT
tuju/ aplikasi masa depan
Sumber: JPBD SM, 2010
6.5 Kajian Semula RFN Ke-2
Adalah menjadi tanggungjawab pelbagai pihak berkuasa perancangan untuk mengkaji semula rancangan-rancangan yang disediakan iaitu RFN, RS dan RT. Konsep hierarki perancangan bermaksud bahawa pelan-pelan di peringkat bawah hendaklah diselaraskan dengan pelan di peringkat atas. Semasa penyediaan RT, tumpuan perlu diberi kepada dasar-dasar pembangunan semasa, dasar-dasar negara atau dasar-dasar negeri. Ini bermaksud rancangan-rancangan pemajuan akan memberi kesan yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Adalah penting untuk mewujudkan program penyelarasan bagi penyediaan pelbagai rancangan memandangkan kebanyakan rancangan-rancangan ini memerlukan tempoh masa di antara 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan (Rajah 6.9).
RFN Ke-2 perlu dikaji semula pada setiap 5 tahun seiring dengan kajian semula RMLT. Untuk tujuan ini, maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian semula hendaklah disediakan terlebih dahulu bagi memastikan kajian semula boleh dijalankan pada masa yang ditetapkan. Pengumpulan maklumat hendaklah diljalankan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum RFN Ke-2 dikaji semula. JPBD sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap iPLAN perlu memastikan segala maklumat dan data yang diperlukan terutamanya indikator-indikator telah dikemas kini dan boleh digunakan apabila diperlukan.
Rajah 6.9 : Kitaran Perancangan Guna Tanah dan Ekonomi
T+5 T+10
Perancangan ekonomi
Leadtime RMKe-8
Leadtime 2 tahun
KSP 2 tahun RMKe-10
KSP
2 tahun RMKe-11
Perancangan Spatial Leadtime
Kajian Semula Leadtime Kajian Semula
RFN Ke-2 2 tahun RFN Ke-3
Leadtime Kajian Semula RS
Leadtime
Leadtime Kajian Semula RS 2 tahun
RS
Leadtime
Kajian Semula RS
6.5.1 Penilaian Keberkesanan Dasar-dasar
Penilaian secara berterusan perlu dibuat ke atas dasar-dasar RFN Ke-2 untuk memastikan keberkesanannya dalam mencapai objektif pembangunan negara. JPBD SM, SPDRI dan universiti-universiti terpilih perlu menjalankan inisiatif penyelidikan dan kajian impak dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesanan dasar-dasar RFN Ke-2. Segala penemuan dari aktiviti penyelidikan ini akan memberi maklumat yang berguna untuk kajian semula RFN kelak.
6.6 Cadangan
Institusi-institusi yang bertanggungjawab dalam penyediaan, pelaksanaan, pemantauan dan kajian semula RFN Ke-2 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.10. KP JPBD SM bertanggungjawab untuk menyediakan, memantau pelaksanaan serta mengkaji semula RFN setiap lima tahun. Dalam melaksanakan tugas ini, beliau akan dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang dicadangkan di dalam RFN Ke-2 iaitu MPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN, PPPFN, KPAA dan KKT.
Pelaksanaan RFN Ke-2 memerlukan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang mempunyai tugas sebagaimana diperuntukan mengikut perundangan bagi melaksanakan setiap dasar yang dicadangkan. Dalam konteks ini, adalah penting supaya cadangan ini diterjemahkan ke dalam bentuk pelan tindakan dan dimasukkan ke dalam RMLT melalui UPE, Perbendaharaan dan JPPN. Bagi meningkatkan keberkesanan JPPN, KP JPBD SM dicadangkan menjadi ahli tetap JPPN. Cadangan-cadangan RFN Ke-2 perlu diikuti dan diterjemah ke dalam semua RS. Pembentukan dan pemakaian iPLAN boleh dijadikan satu kaedah untuk pemantauan dan Pelaksanaan RFN Ke-2 memerlukan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang mempunyai tugas sebagaimana diperuntukan mengikut perundangan bagi melaksanakan setiap dasar yang dicadangkan. Dalam konteks ini, adalah penting supaya cadangan ini diterjemahkan ke dalam bentuk pelan tindakan dan dimasukkan ke dalam RMLT melalui UPE, Perbendaharaan dan JPPN. Bagi meningkatkan keberkesanan JPPN, KP JPBD SM dicadangkan menjadi ahli tetap JPPN. Cadangan-cadangan RFN Ke-2 perlu diikuti dan diterjemah ke dalam semua RS. Pembentukan dan pemakaian iPLAN boleh dijadikan satu kaedah untuk pemantauan dan
Dasar-dasar RFN Ke-2 akan terus digunapakai kecuali ianya telah dikaji semula atau dipinda. Dalam membuat kajian semula, Ketua Pengarah akan bergantung kepada nasihat PPPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN, arahan MPFN dan pemakaian indikator- indikator serta penemuan kajian-kajian penyelidikan untuk menguji keberkesanannya. Faktor kritikal yang menentukan kejayaan kajian semula ini bergantung kepada penyediaan Asas Rujukan yang jelas berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu disemak. Selain daripada itu KPAA dan KKT akan diwujudkan bagi menyediakan maklumat dan input yang mencukupi untuk semakan tersebut.
Jadual 6.10: Institusi yang Bertanggungjawab Bagi Penyediaan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Semakan RFN Ke-2
Instrumen/ Institusi
Penyediaan RFN
KP JPBD SM
Akta 172
MPFN, iPLAN, KPAA, KKT, PPPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN
JPPN, UPE, Perbendaharaan, JPBD Pemantauan
Pelaksanaan RFN
Semua agensi Persekutuan
dan Negeri
Akta 172
Perubahan guna
iPLAN, JPPN, indikator-indikator tanah
KP JPBD SM
Akta 172
Pemakaian dasar MPFN, Jawatankuasa Kerja MPFN,
Kajian Semula RFN
KP JPBD SM
Akta 172
PPPFN, iPLAN, KPAA, KKT
Sing ka ta n Ka ta
RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA