2010. Rancangan Fisikal Negara Ke 2. JPB

Jaba atan Peranc cangan Ban ndar dan De esa Semena anjung Mala aysia Kement terian Perum mahan dan Kerajaan Te empatan

13 1 Ogos 201 10

Sasaran menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi pada Tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi. Beberapa perubahan perlu dipercepatkan bagi merubah negara ini dari negara membangun kepada sebuah negara maju, berdaya saing, berpendapatan tinggi dan memiliki

PERUTUSAN

Perdana Menteri Malaysia

persekitaran yang lebih mampan.

RFN Ke-2 disediakan bagi menyokong perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dengan menetapkan dasar- dasar strategik yang menentukan arah tuju pemajuan gunatanah Semenanjung Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. Dalam hal ini RFN Ke-2 akan memudahkan kerajaan menyusun keutamaan dari segi perancangan dan penyaluran sumber bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang.

Seiring dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh kerajaan bagi mempercepatkan Malaysia mencapai status Negara Maju, RFN Ke-2 memasti perancangan gunatanah negara berada di tahap optimum; dengan memberi penekanan kepada pencapaian inisiatif-inisiatif yang telah disediakan dalam beberapa tonggak transformasi negara seperti Modal Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Konsep 1Malaysia. Sehubungan dengan ini, RFN Ke-2 akan menjadi garis panduan kepada pembangunan negara untuk menjadi sebuah tempat yang menarik untuk tujuan pelaburan, perdagangan, kediaman dan pelancongan.

Kejayaan dasar dan strategi RFN Ke-2 ini adalah bergantung kepada sejauh mana kita berjaya menterjemahkannya secara berkesan di peringkat perlaksanaan. Justeru itu saya berharap semua pihak termasuk agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, swasta dan badan-badan bukan Kerajaan untuk mengambil tindakan proaktif bagi menterjemahkan dasar-dasar RFN Ke-2 ini dalam pelan-pelan dan program yang sedang dan akan dilaksanakan.

Semoga RFN Ke-2 dapat membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, di samping mengekalkan pembangunan yang seimbang dan mewujudkan persekitaran hidup yang mampan.

Dato’ Sri Hj. Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 disediakan bertujuan merumuskan dasar-dasar strategik bagi maksud menentukan arah tuju pemajuan fizikal bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN Ke-2 adalah hasil daripada proses perundingan antara

PERUTUSAN

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menyediakan

Menteri Perumahan dan

rangka kerja pembangunan fizikal negara yang dapat di terima

Kerajaan Tempatan, Malaysia

pakai oleh semua pihak.

Berdasarkan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172), setelah RFN Ke-2 ini disediakan adalah menjadi tugas am Kerajaan Persekutuan dan setiap Kerajaan Negeri untuk membantu dalam memastikan matlamat Rancangan Fizikal Negara ini tercapai.

Adalah menjadi hasrat Kementerian ini supaya RFN Ke-2 dijadikan rujukan untuk perancangan fizikal seluruh negara bagi membolehkan pembangunan gunatanah dan perbandaran di negara ini saling menyokong dan melengkapi di antara satu sama lain. Pada dasarnya cadangan RFN Ke-2 ini hendaklah diterjemahkan dalam rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Untuk tujuan ini Kementerian akan terus mengadakan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bagi mengawal selia aktiviti pembangunan agar ianya selaras dengan RFN Ke-2. Usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan agar pembangunan bandar dan luar bandar di negara ini bersifat dinamik dan mampan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian ini bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan dasar-dasar pembangunan fizikal negara bagi memastikan pelaksanaan dasar-dasar tersebut adalah berkesan dan menyokong pencapaian maklamat sebagai Negara Maju pada Tahun 2020.

Adalah diharapkan, semua agensi-agensi persekutuan, negeri, swasta dan badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan kerjasama dan mengembelingkan tenaga bagi merealisasikan matlamat RFN Ke-2 ini berjalan dengan lancar.

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2) akan menyokong perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun

dengan mengagihkan sumber negara dalam bentuk spatial mengikut sektor. Melalui RFN Ke-2 pelbagai perancangan dan dasar sektoral diselaraskan. Disamping itu, RFN Ke-2 juga

PERUTUSAN Ketua Setiausaha

membantu dalam mengurangkan kesan globalisasi ke atas

Kementerian Perumahan dan

negara dengan menyediakan rangka perancangan fizikal yang Kerajaan Tempatan, Malaysia bertujuan untuk meningkatkan daya saing negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah memastikan semua dasar dan strategi yang terkandung dalam RFN Ke-2 menepati dan selari dengan aspirasi Program Tranformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.

Pelaksanaan RFN Ke-2 memerlukan sokongan daripada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri yang mempunyai tugas untuk melaksanakan dasar-dasar yang dicadangkan. Dalam konteks ini, adalah diharapkan agensi-agensi berkenaan menterjemahkan dasar dan cadangan-cadangan RFN Ke-2 ke dalam bentuk pelan tindakan dan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Dato' Ahmad bin Hj. Kabit

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

RFN Ke 2 telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 13 Ogos 2010. Ia merupakan hasil kajian semula Rancangan Fizikal Negara pertama yang telah di luluskan pada tahun 2005. Penyediaan RFN Ke-2 ini adalah selaras dengan keperluan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa

PERUTUSAN

1976 (Akta 172) di bawah Subseksyen 6B(4) supaya

Ketua Pengarah

Jabatan Perancangan Bandar dan

Rancangan Fizikal Negara di kaji semula setiap lima tahun

Desa Semenanjung Malaysia

selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

RFN Ke-2 ini bermatlamat untuk Membentuk Satu Rangka Spatial Negara Yang Efisien, Saksama Dan Mampan Untuk Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara Ke Arah Mencapai Tahap Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020. Matlamat ini digubal setelah mengambilkira beberapa isu dan cabaran yang memberi impak kepada perancangan fizikal seperti ancaman perubahan iklim, struktur bandar mampan - 'Compact City', kemerosotan

biodiversiti, geo-bencana, jaminan bekalan makanan dan penggunaan teknologi hijau. Ia juga di rangka bagi menyokong insiatif utama kerajaan seperti gagasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menekankan penyelesaian kepada isu jenayah, pendidikan, rasuah, isi rumah berpendapatan rendah dan infrastruktur asas luar bandar.

Strategi pembangunan RFN Ke-2 ini turut memberi penekanan kepada pembangunan inklusif dengan memperkukuhkan hubungan fizikal dan ekonomi kawasan bandar dan luar bandar supaya rakyat Malaysia dapat menikmati pembangunan yang lebih menyeluruh, adil dan seimbang.

Adalah diharapkan RFN Ke-2 akan dijadikan panduan dan rujukan utama oleh pelbagai agensi dalam merangka program- program pembangunan. Maklumbalas kepada jabatan ini berkaitan perlaksanaan RFN Ke-2 ini amatlah dialu-alukan bagi memastikan keberkesanannya untuk merealisasikan matlamat menjadikan ‘Malaysia Negara Maju, Berdaya Saing Dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020’

Dato’ Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ISI KANDUNGAN

BAB 1

Rangka Kerja Perancangan Fizikal Negara 1-1

1.1 Perancangan Pembangunan di Semenanjung Malaysia 1-1

1.2 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 1-7

1.3 Fungsi RFN Ke-2 1-8

1.4 Bentuk dan Kandungan 1-9

1.5 Proses Perundingan 1-10

1.6 Kawasan Perancangan 1-11

1.7 Jangka Masa Rancangan 1-11

1.8 Pengguna RFN Ke-2 1-11

BAB 2

Matlamat, Objektif dan Prinsip 2-1

2.1 Matlamat 2-1

2.2 Objektif 2-2

2.3 Prinsip 2-11

BAB 3

Konteks Perancangan 3-1

3.1 Isu-isu Strategik dan Cabaran Global dan Negara 3-2

3.2 Kedudukan Global dan Trend Pembangunan 3-9

3.2.1 Dagangan Dunia 3-9

3.2.2 Kerjasama Antarabangsa 3-10

3.2.3 Kerjasama Serantau 3-11

3.2.4 Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia

3-11

3.3 Kedudukan Negara 3-13

3.3.1 Pertumbuhan Penduduk Nasional 3-13

3.3.2 Prestasi Ekonomi

3-19

3.3.3 Corak Guna Tanah 3-21

3.3.4 Corak Petempatan Semasa 3-26

BAB 4

Strategi Pembangunan 4-1

4.1 Konsep Strategi Pembangunan 4-1

4.2 Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan 4-6

4.2.1 Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi

4-9

4.3 Proses Perbandaran 4-11

4.4 Keseimbangan Wilayah 4-15

4.5 Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar 4-17

4.6 Penggunaan Tanah Secara Mampan 4-21

4.6.1 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan

4-21

4.6.2 Tanah Pertanian 4-22

4.6.3 Kawasan Sensitif Alam Sekitar 4-24

4.6.4 Tanah Bandar 4-26

4.6.5 Pelancongan 4-30

4.6.6 Rangkaian Pengangkutan

4-33

4.6.7 Utiliti dan Perkhidmatan 4-37

4.6.8 Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4-42

4.6.9 Kemudahan Komuniti 4-43

4.6.10 Teknologi Hijau 4-44

BAB 5

Dasar-dasar 5-1

5.1 Pembentukan Rangka Spatial Negara 5-2

5.2 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara 5-3

5.3 Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar 5-14

5.4 Pembangunan Pelancongan Mampan 5-28

5.5 Pengurusan Petempatan Manusia 5-36

5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar 5-53

5.7 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar 5-73

5.8 Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian 5-86

BAB 6

Mekanisma Pelaksanaan 6-1

6.1 Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN 6-1

6.1.1 Isu Utama dalam Pelaksanaan 6-1

6.1.2 Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial

6-5

6.1.3 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu

6-6

6.1.4 Struktur Perancangan Fizikal Negara

6-6

6.1.5 Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara 6-10

6.1.6 Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN

6-16

6.2 Pelaksanaan RFN Ke-2 6-16

6.2.1 Pematuhan Rancangan Struktur Negeri kepada RFN Ke-2 6-25

6.2.2 Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur Strategik, Bandar Baru Berskala Besar dan Pembangunan di Dalam KSAS

6-26

6.2.3 Kaedah-Kaedah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

6-27

6.2.4 Penyelarasan dengan Rancangan Pembangunan Koridor Ekonomi dan Inisiatif Perancangan Wilayah

6-27

6.2.5 Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara

6-28

6.2.6 Pertalian Dasar-dasar RFN dengan Perancangan Pembangunan Sosioekonomi dan Peruntukan Kewangan

6-28

6.2.7 Pengukuhan Perhubungan dengan Majlis–majlis Pelbagai Sektor

6-29

6.2.8 Pengukuhan Perhubungan dengan Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan Tempatan

6-30

6.3 Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara 6-30

6.3.1 Prinsip-prinsip 6-31

6.3.2 Komponen-komponen Program Tindakan

6-31

6.3.3 Model Pelaksanaan 6-43

6.3.4 Agensi Pelaksana

6-44

6.3.5 Pendekatan Pelaksanaan

6-48

6.3.6 Model Pembiayaan 6-50

6.4 Pemantauan RFN Ke-2 6-55

6.4.1 Skop Pemantauan 6-55

6.4.2 Agensi Pemantauan 6-55

6.4.3 Proses Pemantauan 6-55

6.5 Kajian Semula RFN Ke-2 6-71

6.5.1 Penilaian Keberkesanan Dasar-dasar 6-72

6.6 Cadangan 6-72

Singkatan Kata Glosari

Senarai Gambarajah

Rajah 1.1 Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara 1-1

Rajah 2.1 Konsep ‘Model Pembangunan Mampan’ 2-3 Rajah 2.2

Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan Masyarakat Mampan 2-8

Rajah 3.1 Model Peralihan Ekonomi 3-4 Rajah 3.2

Pemecahan Kawasan Hutan Semula Jadi di Semenanjung Malaysia (1954-2000)

3-6 Rajah 3.3

Sumber Semula Jadi di Zon Ekonomi Eksklusif 3-6 Rajah 3.4

Sasaran Populasi Mengikut Negeri, 2020 3-17 Rajah 3.5

Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, 2020

3-18 Rajah 3.6 Guna Tanah Semasa, 2008 3-23 Rajah 3.7 Perhubungan Hierarki Bandar 3-27

Rajah 4.1 Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu 4-7 Rajah 4.2

Strategi ‘Concentrated Dispersal’ 4-14 Rajah 4.3

Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar 4-18 Rajah 4.4

Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Depan Semenanjung Malaysia

4-23

PI 1 Rangka Spatial Negara 2020 5-4 PI 2

Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation 5-7 PI 3 Wilayah Pembangunan dan Ekonomi 5-9 PI 4 Kerjasama Ekonomi ASEAN 5-11

PI 5 Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi 5-13 PI 6 Kawasan Pertanian Utama 5-18 PI 7 Kawasan Jelapang Padi Strategik

5-20 PI 8

Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi 5-22 PI 9

Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar 5-25 PI 10 Petempatan Orang Asli 5-27 PI 11 Sumber Pelancongan Semula Jadi 5-33 PI 12 Sumber Pelancongan Buatan Manusia 5-34

PI 13 Conurbation dan Hierarki Bandar 5-43 PI 14

Pusat Petempatan Utama dan Kecil 5-49 PI 15 Kawasan Sensitif Alam Sekitar 5-59 PI 16

Koridor Ekologi dan Central Forest Spine 5-61 PI 17 Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif 5-64 PI 18

Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas 5-66 PI 19 Kawasan Tadahan Air 5-68 PI 20 Sumber Air Bawah Tanah

5-69 PI 21

Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim

5-72

PI 22 Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu 5-77 PI 23 Rangkaian Kereta Api Negara 5-79 PI 24 Rangkaian Jalan Raya Negara 5-81 PI 25 Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara 5-84

PI 26

Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air

5-89 PI 27 Pengurusan Sisa Pepejal 5-92 PI 28 Kawasan Mudah Banjir 5-94 PI 29 Grid Bekalan Tenaga 5-96

PI 30 Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli 5-98 PI 31 Pusat Siber

5-100

Rajah 6.1 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu 6-8 Rajah 6.2

Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara 6-9 Rajah 6.3

Mod Pelaksanaan bagi Inisiatif-inisiatif RFN Ke-2 6-49 Rajah 6.4

Program Pembangunan untuk RKK dan Model Pembiayaan 6-53 Rajah 6.5 Aliran Maklumat Menegak

6-68 Rajah 6.6

Pemberi Data Utama dalam iPLAN (Aliran Maklumat Mendatar) 6-68 Rajah 6.7

Perhubungan Menegak dan Mendatar Sistem Maklumat Perancangan Guna Tanah 2020

6-70 Rajah 6.8

Rangka Kerja Konsep Sistem Pemantauan RFN Ke-2 6-71 Rajah 6.9

Kitaran Perancangan Guna Tanah dan Ekonomi 6-72

Senarai Jadual

Jadual 3.1 Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia 3-12 Jadual 3.2

Agihan Penduduk Mengikut Negeri, 2020 3-14 Jadual 3.3

Penduduk (‘000) Di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, Tahun 1991, 2000 dan 2020 3-16

Jadual 3.4 KDNK Mengikut Wilayah, 2000-2020 3-19 Jadual 3.5

3-20 Jadual 3.6

Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), 2000-2020

Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, 1990 – 2010 3-20 Jadual 3.7 1 Pekerjaan di Malaysia (‘000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan , 1995,

2000 dan 2020 3-21 Jadual 3.8

Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 (‘000 hektar) 3-22

Jadual 4.1 Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan 4-4 Jadual 4.2

Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global 4-8 Jadual 4.3

Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN 4-10 Jadual 4.4

Anggaran Per Kapita bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, 2020 4-11 Jadual 4.5

Jumlah Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Hadapan Mengikut Negeri (‘000 hek) 4-21

Jadual 4.6 Jumlah Keluasan bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri (‘000 hektar) 4-24

Jadual 4.7 Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar 4-25

Jadual 4.8 Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri (‘000 hek)

4-26 Jadual 4.9

Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020 4-27 Jadual 4.10

Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri 4-30 Jadual 4.11

4-31 Jadual 4.12

Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi

Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, 2020 4-39

Jadual 5.1 Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar) 5-14 Jadual 5.2

Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama 5-36 Jadual 5.3

Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem 5-53

Jadual 6.1 Keahlian MPFN 6-11 Jadual 6.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN 6-12

Jadual 6.3 Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) 6-12 Jadual 6.4 Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2 6-17 Jadual 6.5 Tindakan Khusus RFN 6-32

Jadual 6.6 Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 6-35 Jadual 6.7

Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 6-40 Jadual 6.8

Inisiatif Spatial RFN Ke-2 dan Agensi Pelaksana Utama 6-45 Jadual 6.9

Indikator-indikator Bagi Dasar RFN Ke-2 6-56 Jadual 6.10

Institusi yang Bertanggungjawab Bagi Penyediaan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Semakan RFN Ke-2 6-73

BAB 1

Ra ng ka Ke rja Pe ra nc a ng a n Fizika l Ne g a ra

RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA

BAB 1 RANGKA KERJA PERANCANGAN FIZIKAL NEGARA

1.1 Perancangan Pembangunan di Semenanjung Malaysia

Perancangan pembangunan di Semenanjung Malaysia diamalkan di tiga peringkat kerajaan. Di peringkat negara, perancangan pembangunan adalah berpandukan kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan dasar- dasar sektoral yang diluluskan oleh Kabinet. Dasar-dasar ini menggariskan isu-isu strategik yang berkepentingan negara dan menyediakan rangka kerja keseluruhan untuk rancangan-rancangan pembangunan yang lebih terperinci. Secara umumnya, perancangan pembangunan negara dibentuk di dalam konteks matlamat yang digariskan dalam Wawasan 2020 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 (Rajah 1.1). Di peringkat negeri, pembangunan adalah berpandukan kepada rancangan struktur dan dasar-dasar sektoral yang dirumuskan dari semasa ke semasa oleh kerajaan negeri masing-masing. Perancangan pembangunan di peringkat tempatan pula dilaksana dan dikawal dengan rancangan pemajuan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) seperti rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas. Rancangan pemajuan tersebut memberikan keutamaan kepada pembangunan spatial dan pengagihan guna tanah yang lebih terperinci dan spesifik tapak mengikut keperluan kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan masyarakat tempatan.

Rajah 1.1 : Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara

WAWASAN 2020

PERINGKAT 1 : PERANCANGAN NEGARA

RANCANGAN FIZIKAL

NEGARA

RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN

DASAR/ RANCANGAN SEKTORAL

PERINGKAT 2 : PERANCANGAN WILAYAH / NEGERI

RANCANGAN STRUKTUR / WILAYAH

PELAN PEMBANGUNAN WILAYAH / NEGERI

DASAR / RANCANGAN SEKTORAL

PERINGKAT 3 : PERANCANGAN TEMPATAN

RANCANGAN KAWASAN KHAS

RANCANGAN

TEMPATAN

Perancangan fizikal negara yang efektif perlu melibatkan dua pendekatan iaitu ‘top-down’ dan ‘bottom-up’, dan amat penting untuk menerap dan mengintegrasikan dasar spatial negara dengan dasar, strategi dan program pembangunan sektoral lain. RFN menggariskan hala tuju umum dan keutamaan pembangunan fizikal negara, manakala rancangan wilayah, rancangan struktur dan rancangan tempatan menyediakan teras strategik dan sasaran terperinci berdasarkan aspirasi negeri berkaitan pembangunan masa hadapan negeri dan kawasan PBT. Sekiranya terdapat dasar atau isu-isu utama yang bercanggah dengan kepentingan negara dan aspirasi negeri, khususnya dalam pencapaian Wawasan 2020 dan Konsep 1Malaysia, maka perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan akan diadakan untuk merasionalisasi dan menyelaraskan setiap percanggahan tersebut.

Malaysia mempraktikkan sistem pembangunan berpandukan rancangan pemajuan. Justeru itu, mana-mana pembangunan tanah dan bangunan memerlukan kelulusan perancangan daripada PBT berkaitan. Kebenaran merancang lazimnya diberikan kelulusan sekiranya pembangunan tersebut selaras dengan rancangan pemajuan, terutamanya rancangan tempatan, keperluan agensi-agensi kerajaan dan bantahan awam. Pada keseluruhannya, sistem perancangan bandar telah membantu negara dalam memacu pembangunan, serta mempertingkat kualiti hidup tanpa menjejaskan kualiti persekitaran dan sumber-sumber warisan negara. Namun, sistem perancangan ini berubah secara positif dan berterusan selaras dengan trend perkembangan dan perubahan terkini, umpamanya peningkatan kesedaran untuk menganjurkan lebih banyak program penyertaan awam dan adaptasi spatial yang bersesuaian bagi menangani perubahan iklim dan ketidakpastian isu-isu perancangan dalam abad ke-21.

Penyediaan rangka kerja spatial Semenanjung Malaysia juga telah mengambilkira beberapa komitmen global Kerajaan Malaysia, selaku penandatangan terhadap pelan- pelan tindakan yang terdapat dalam konvensyen dan perjanjian antarabangsa. Antara tindakan yang mempunyai implikasi spatial adalah:

Habitat II: Memastikan peruntukan tempat tinggal yang mencukupi ke arah pencapaian pembangunan petempatan manusia yang mampan dalam negara maju. Sehubungan ini, objektif, prinsip dan strategi tersebut telah diintegrasikan ke dalam rancangan-rancangan pemajuan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Agenda 21: Ia merupakan kerjasama global dalam mempromosikan pembangunan mampan. Malaysia telah melaksanakan komitmen-komitmen ini melalui inisiatif Agenda

21 oleh semua PBT bagi kawasan masing-masing.

Konvensyen Perubahan Iklim: Sasaran utama konvensyen ini adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan gas perindustrian dan gas rumah hijau, khususnya karbon dioksida, yang memberikan kesan negatif dan mengubah sistem iklim, terutamanya pemanasan global. Maka, strategi spatial utama yang diterimapakai oleh Kerajaan Malaysia ialah mengekalkan program pengurusan hutan secara mampan, mengurangkan jejak perbandaran dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Konvensyen Kepelbagaian Biologikal: Matlamat utama konvensyen ini adalah pemuliharaan kepelbagaian biologikal dan menggalakkan penggunaan sumber genetik secara mampan dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi. Dalam usaha pemuliharaan biodiversiti, pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara ekosistem, mengekal habitat semula jadi, khususnya hutan hujan tropika dan tanah bencah serta mewujudkan koridor hidupan liar.

Perjanjian Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO): Peningkatan globalisasi ekonomi dan liberalisasi perdagangan yang berterusan, mewujudkan peluang dan cabaran kepada setiap negara, termasuklah tekanan tinggi terhadap pembukaan pasaran untuk persaingan dan penswastaan. Untuk menghadapi cabaran ini, pembangunan yang mampan di Malaysia perlu dipacu dengan meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing di mana pembentukan k-ekonomi adalah amat penting.

Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN (AFTA): Zon perdagangan serantau paling penting bagi Malaysia adalah AFTA kerana ia memberi kesan secara langsung terhadap hubungan perdagangan Malaysia dengan negara-negara jiran. AFTA mensasarkan liberalisasi perdagangan antara negara-negara anggotanya dengan menurunkan kadar tarif kepada 0-5 peratus pada tahun 2008.

Rancangan pembangunan dan dasar yang digunapakai untuk memandu dan membentuk pembangunan di negara ini adalah seperti berikut:

i. Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan penyataan visi jangka panjang yang menggariskan aspirasi negara. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi “sebuah negara yang maju dalam semua dimensi: ekonomi, politik, sosial, spiritual, psikologi dan budaya”. Pada masa yang sama, Malaysia berusaha untuk mencapai status negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Strategi untuk mencapai wawasan ini adalah dengan mengubah struktur ekonomi dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dengan mempercepatkan pembangunan dalam sektor perkhidmatan untuk menghasilkan kegiatan ekonomi yang mempromosikan inovasi, kreativiti dan unsur-unsur yang bernilai tinggi dalam bidang penting seperti bidang perbankan dan kewangan Islam, pelancongan termasuklah pelancongan kesihatan dan pelancongan pendidikan, perkongsian perkhidmatan dan sumber luaran, teknologi maklumat, komunikasi dan perkhidmatan profesional. Strategi tersebut juga akan mempercepatkan pembangunan sektor perindustrian dan sektor pembuatan yang berasaskan eksport. Industri pembuatan akan memberikan kesan yang signifikan terhadap sektor ekonomi yang lain, termasuk perkhidmatan logistik dan perniagaan. Pembangunan yang menyeluruh ini akan mempercepatkan pembangunan sains dan teknologi. Sektor swasta dijangka akan bertindak sebagai jentera penggerak pertumbuhan utama untuk mencapai wawasan ini.

Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah mempromosikan konsep "1Malaysia" untuk mewujudkan perpaduan negara melalui sikap saling menghormati dan toleransi di kalangan masyarakat etnik yang mempunyai kepelbagaian kepercayaan agama dan amalan kebudayaan. Sehubungan itu, perancangan spatial dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam membentuk masyarakat inklusif melalui pembangunan perumahan pelbagai etnik serta penyediaan kawasan lapang awam seperti kemudahan sukan dan taman untuk menggalakkan interaksi sosial dan hubungan antara satu sama lain.

ii. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 (RRJP3) menggariskan hala tuju strategik pembangunan ekonomi dan keutamaan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini telah membentuk rangka kerja untuk penyediaan RMLT.

Objektif utama RRJP3 adalah untuk meningkatkan semangat integrasi sosial dan etnik bagi semua lapisan masyarakat Malaysia. Tumpuannya adalah untuk menyatupadukan negara yang terdiri daripada "Bangsa Malaysia" yang progresif dan dinamik, yang "hidup dalam suasana harmoni serta mempunyai hubungan kerjasama yang rapat dan saksama". RRJP3 juga memberi fokus kepada peningkatan keseimbangan wilayah menerusi pembangunan pesat di negeri-negeri yang kurang maju. Usaha-usaha akan dilaksanakan untuk mempelbagaikan asas ekonomi bagi negeri-negeri yang kurang maju terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap pembangunan aktiviti hiliran sektor pertanian seperti pengurusan, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran produk pertanian serta pembangunan industri berasaskan pertanian. Matlamat lain RRJP3 adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan bandar-luar bandar dan memperkukuhkan hubungan ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Selain itu, RRJP3 turut berusaha untuk menangani isu peningkatan kadar kemiskinan bandar yang menjadi fenomena baru dalam kawasan conurbation negara.

iii. Rancangan Malaysia Lima Tahun

Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 (RMKe-9) merupakan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sedia ada. Rancangan ini akan memperkukuhkan usaha untuk mempertingkatkan kekuatan sektor domestik dan sektor asing dengan membangunkan sumber-sumber pertumbuhan yang baru, meningkatkan daya saing dan daya ketahanan ekonomi, serta meningkatkan penglibatan sektor swasta.

Teras utama adalah untuk membantu pertumbuhan dan kegiatan ekonomi yang berkepentingan,

meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi, mengurangkan ketidakseimbangan, meningkatkan kualiti hidup dan juga memperkukuhkan keupayaan institusi. Ia mengenalpasti sektor ekonomi yang meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi, mengurangkan ketidakseimbangan, meningkatkan kualiti hidup dan juga memperkukuhkan keupayaan institusi. Ia mengenalpasti sektor ekonomi yang

iv. Rancangan Fizikal Negara

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merumuskan dasar-dasar strategik perancangan spatial dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am pemajuan pembangunan, kegunaan dan pemuliharaan tanah di Semenanjung Malaysia.

RFN disediakan pada tahun 2005 di bawah peruntukan Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). RFN telah diluluskan oleh Kabinet pada 20 April 2005, disusuli dengan kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 26 April 2005. Seksyen 6B(4) Akta 172 juga menyarankan keperluan kajian semula RFN setiap lima tahun seiring dengan kajian semula RMLT atau jika dan apabila diarahkan oleh MPFN.

Rancangan struktur akan menjadi instrumen penterjemahan utama bagi wawasan, dasar, tindakan dan peruntukan kegunaan tanah yang digariskan dalam RFN. Kerajaan Persekutuan juga akan melaksanakan dasar-dasar spatial RFN melalui proses peruntukan pembangunan bagi agensi pelaksana, contohnya peruntukan kewangan untuk program pembangunan, terutamanya pembinaan infrastruktur utama negara. Di bawah Seksyen 6B (5), Akta 172, adalah menjadi tanggungjawab semua agensi pelaksanaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memastikan objektif RFN tercapai.

v. Rancangan Wilayah

Sub-seksyen 6A(5)(b) Akta 172 memperuntukkan Jawatankuasa Perancang Wilayah untuk menyediakan rancangan wilayah bagi kawasan yang terletak di dua negeri atau lebih yang mempunyai isu-isu strategik wilayah yang signifikan, terutamanya berkaitan dengan pembangunan merentasi sempadan dan penyediaan kemudahan secara usaha sama. Setiap rancangan wilayah mengandungi dasar dan strategi pembangunan am untuk memandu dan menyelaraskan pembangunan yang merangkumi penyediaan infrastruktur wilayah utama seperti lebuh raya dan lapangan terbang.

Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan PBT di dalam wilayah, mengenai langkah-langkah pembangunan yang bersesuaian bagi wilayah tersebut. Ini bertujuan untuk berkongsi dan Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan PBT di dalam wilayah, mengenai langkah-langkah pembangunan yang bersesuaian bagi wilayah tersebut. Ini bertujuan untuk berkongsi dan

Rancangan Pembangunan Koridor untuk koridor pertumbuhan wilayah telah disediakan dan disiapkan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara wilayah yang kurang maju dengan maju serta antara kawasan luar bandar dengan bandar, di antaranya adalah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) dan Iskandar Malaysia.

Secara dasarnya, Rancangan Pembangunan Koridor adalah berorientasikan sosio- ekonomi dan berlandaskan projek pembangunan. Pada masa kini, Kerajaan Persekutuan telah komited untuk menambah peruntukan kewangan, terutamanya bagi penyediaan infrastruktur wilayah utama untuk memacu pembangunan di wilayah yang kurang maju. Strategi pembangunan wilayah ini dilihat sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara dengan memanfaatkan potensi dan kekuatan daya saing bagi kawasan berbeza di Semenanjung Malaysia, contohnya pelancongan pantai dan pulau peranginan di sepanjang kawasan persisiran Pantai Timur. Namun, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan rancangan-rancangan ekonomi wilayah tersebut dengan sistem rancangan pemajuan di bawah Akta 172. Keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan pusat-pusat pertumbuhan wilayah seperti Kuantan dan pusat-pusat bandar strategik dalam setiap wilayah ekonomi untuk menarik lebih pelaburan, yang akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan merangsang pembangunan ekonomi kawasan pedalaman luar bandar.

vi. Rancangan Struktur

Rancangan Struktur (RS) menggariskan dasar dan cadangan umum untuk pembangunan dan kegunaan tanah di dalam setiap negeri, dengan menyediakan panduan bagi pembangunan spatial untuk menangani isu-isu negeri utama. RS menterjemahkan dasar spatial negara dan rangka kerja RFN, dasar spatial wilayah dan cadangan pembangunan peringkat negeri bagi bandar, pekan, desa dan kawasan luar bandar di peringkat negeri.

RS mengagihkan pembangunan yang dirancang di dalam setiap negeri dan mencadangkan projek ekonomi dan infrastruktur utama untuk negeri-negeri tersebut. RS juga bertindak sebagai panduan untuk pelaburan, pengagihan peruntukan atau penggunaan sumber, dan penyelarasan keputusan oleh agensi- agensi awam dan sektor swasta. Jangkamasa perancangan bagi RS adalah 20 tahun, dan selaras dengan jangkamasa perancangan bagi Wawasan 2020.

RS telah disediakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, kecuali Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sedang dalam peringkat akhir penyediaan RS. RS untuk setiap negeri akan menyediakan rangka kerja dan asas untuk penyediaan RT yang meliputi setiap daerah dalam negeri tersebut.

vii. Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu komponen rancangan pemajuan dalam Akta 172; dan menyediakan asas bagi kawalan pembangunan yang lebih terperinci dan spesifik tapak di peringkat tempatan. RT yang telah disediakan melalui proses rundingan, merupakan dokumen persetujuan di antara PBT, penduduk tempatan dan pemilik tanah terhadap penggunaan tanah di dalam kawasan perancangan. Di samping mengawal pembangunan, RT juga menjadi asas bagi urus tadbir yang telus serta untuk melindungi hak-hak rakyat. Justeru itu, RT mempunyai impak tinggi secara langsung ke atas kehidupan seharian dan nilai hartanah penduduk di peringkat pusat kejiranan.

viii. Rancangan Kawasan Khas

Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan sebahagian daripada rancangan pemajuan. RKK disediakan mengikut prosedur dan kesan yang sama seperti RT. RKK merupakan pelan tindakan yang memperincikan perubahan utama dan intensif untuk pelaksanaan masa hadapan, contohnya pembangunan semula kawasan pusat bandar. Ini termasuklah maklumat terperinci mengenai jenis tindakan, agensi pelaksanaan, fasa, kos dan pembiayaian bagi sesuatu cadangan pembangunan.

1.2 Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Akta 172 merupakan asas perundangan dalam penyediaan RFN. Di bawah Sub-Seksyen 6B (1), Akta 172 Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Draf Rancangan Fizikal Negara kepada MPFN untuk kelulusan. RFN Ke-2 merupakan dokumen mengenai dasar perancangan spatial negara dan tidak diwartakan sebagai rancangan pemajuan.

Seksyen 6B (4) Akta 172 turut menyarankan keperluan kajian semula RFN setiap lima tahun seiringan dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara atau jika dan apabila diarahkan oleh MPFN, untuk memastikan kesesuaian RFN selaras dengan perubahan pesat dalam persekitaran fizikal, ekonomi, sosial dan alam semula jadi.

Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan untuk memberikan maklum balas yang cepat dan fleksibel dalam proses perancangan spatial negara yang berterusan. Sehubungan ini, wujudnya keperluan untuk memantau dan mengkaji semula prestasi RFN serta faktor- faktor sosial, ekonomi, fizikal dan persekitaran semula jadi. Ini termasuk trend mega global seperti krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi yang bermungkinan Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan untuk memberikan maklum balas yang cepat dan fleksibel dalam proses perancangan spatial negara yang berterusan. Sehubungan ini, wujudnya keperluan untuk memantau dan mengkaji semula prestasi RFN serta faktor- faktor sosial, ekonomi, fizikal dan persekitaran semula jadi. Ini termasuk trend mega global seperti krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi yang bermungkinan

Walaubagaimanapun, tidak semua aspek dari RFN akan diubah semasa kajian semula RFN memandangkan terdapat beberapa aspek yang perlu dikekalkan. Ini disebabkan oleh tempoh jangkamasa yang panjang untuk melaksanakan sepenuhnya dasar spatial dan keperluan untuk memenuhi komitmen Malaysia selaku penandatangan kepada pelbagai konvensyen antarabangsa seperti Habitat II. Aspek-aspek yang akan dikekalkan termasuklah kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk pemuliharaan atau perlindungan sumber air. Cadangan-cadangan pembangunan lain seperti pembangunan infrastruktur utama negara juga memerlukan pelaksanaan berterusan dalam tempoh masa yang panjang dan fasa tindakan selanjutnya.

Laporan RFN Ke-2 merupakan hasil kajian semula ke atas RFN. Ini adalah penting bagi memastikan kesemua dasar dan strategi perancangan spatial negara kekal terkini dan relevan dengan trend dan perubahan pesat dalam ekonomi, sosial, fizikal dan teknologi. Keupayaan untuk bertindak balas secara proaktif terhadap isu-isu antarabangsa dan cabaran masa hadapan seperti perubahan iklim, biodiversiti dan pemuliharaan juga adalah penting. Justeru, RFN Ke-2 yang terkini dan realistik akan memberikan gambaran tepat mengenai matlamat dan strategi spatial negara, serta menyediakan satu panduan perancangan yang positif seperti mana yang dikehendaki di peringkat negara, negeri dan tempatan.

1.3 Fungsi RFN Ke-2

Fungsi-fungsi utama RFN Ke-2 adalah:

i. Memperkukuhkan rancangan pembangunan negara dengan menyediakan dimensi spatial kepada dasar-dasar sosio-ekonomi negara;

ii. Menyelaras keputusan agensi sektoral dengan menterjemahkan dasar-dasar sektoral ke dalam dimensi fizikal;

iii. Menyediakan rangka kerja spatial negara bagi perancangan di peringkat wilayah, negeri dan tempatan, serta menjadi bahan rujukan utama untuk mana-mana perancangan;

iv. Menyediakan dasar-dasar perancangan fizikal bagi pelaksanaan pembangunan

mampan, serta langkah-langkah mitigasi dan adaptasi persekitaran semula jadi atau petempatan manusia terhadap perubahan iklim;

v. Menggalakkan tindakan-tindakan agensi pelaksanaan sektoral ke arah menyokong

dasar-dasar dan rangka kerja spatial negara; dan vi. Mengenalpasti program tindakan utama untuk menonjolkan dan menambahbaik

perancangan spatial dan konsep-konsep reka bentuk yang inovatif.

1.4 Bentuk dan Kandungan

RFN Ke-2 merumuskan dasar-dasar strategik perancangan spatial dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am peruntukan kegunaan tanah, dan pembangunan fizikal di Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2020. Pernyataan bertulis dasar perancangan akan disertakan dengan pelan indikatif yang berkaitan, termasuk pelan indikatif perancangan sektoral negara dan rangka kerja spatial negara, untuk menyokong dan menjelaskan dasar-dasar strategik spatial yang telah dirumuskan.

RFN Ke-2 akan menetapkan satu matlamat jangka masa panjang bagi perancangan strategik di Semenanjung Malaysia, dengan mengenal pasti isu-isu dan peluang-peluang strategik spatial negara serta mencadangkan penggerak utama dan bidang keutamaan untuk mencapai matlamat tersebut. Komponen fizikal utama RFN Ke-2, merangkumi pembentukan hierarki petempatan yang efisien (contoh, pintu masuk antarabangsa dan pusat bandar strategik), rangkaian pengangkutan negara bersepadu (contoh, lebuh raya ekspres nasional dan wilayah, rel berkelajuan tinggi dan pelabuhan) serta sistem infrastruktur utama negara yang meliputi utiliti dan kemudahan asas (contoh komunikasi jalur lebar, teknologi informasi (IT), tenaga, air, kemudahan pendidikan dan kesihatan). Selain itu, kawasan sensitif alam sekitar (seperti hutan dan tanah bencah) dan kawasan luar bandar (seperti kawasan pertanian luar bandar) akan dipelihara dan dipulihara. Rangka kerja spatial negara juga menggariskan komitmen kerajaan dalam memberi keutamaan perbelanjaan dan pelaburan infrastruktur masa depan bagi menyokong pertumbuhan mampan, pewujudan peluang pekerjaan dan pendapatan di kawasan- kawasan tumpuan. Ini akan menyumbang secara signifikan kepada pembentukan inisiatif dan perusahaan swasta untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang saksama, meningkatkan daya saing global, mengalakkan pembangunan fizikal yang mampan dan memulihara biodiversiti.

RFN Ke-2 terdiri daripada enam bab utama iaitu ;

Bab 1 Memperkenalkan konteks global dan negara dengan implikasi spatial, sistem

perancangan serta peruntukan perundangan dan fungsi RFN Ke-2. Bab 2 Menggariskan matlamat, objektif dan prinsip-prinsip untuk perancangan spatial negara. Bab 3 Menghuraikan rangka kerja perancangan dan mengkaji konteks pembangunan fizikal semasa. Bab 4 Memberi fokus kepada cadangan strategi pembangunan fizikal. Strategi RFN diperkukuhkan dengan konsep Serakan Tertumpu dalam Koridor Pertumbuhan Pembangunan.

Bab 5 Mengandungi dasar pembangunan fizikal yang disokong oleh Pelan Indikatif. Bab 6 Memberi fokus ke atas isu-isu pelaksanaan RFN Ke-2 dan cadangan langkah-

langkah untuk mempertingkatkan mekanisma pelaksanaan RFN Ke-2.

Kesemua empat puluh satu dasar di dalam RFN Ke-2 telah dikategorikan dalam lapan tema. Tiga puluh enam dasar dalam RFN telah ditambahbaik, tujuh dasar baru telah digubal manakala empat dasar telah digabungkan menjadi dua dasar dalam RFN Ke-2. Dasar RFN 22 dan Dasar RFN 31 dalam RFN, yang berkaitan dengan sumber air telah digabungkan menjadi Dasar RFN 26 dalam RFN Ke-2, manakala Dasar RFN 9 dan Dasar RFN 11 dalam RFN berhubung dengan conurbation telah digabungkan ke dalam Dasar RFN 14 dalam RFN Ke-2.

1.5 Proses Perundingan

Semasa penyediaan RFN, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa perlu berunding dengan setiap kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang lain atau badan- badan tertentu yang diarahkan oleh MPFN. Pendekatan secara perundingan dan perbincangan dengan semua agensi-agensi awam dan pihak-pihak yang berkepentingan telah diterapkan dan digunapakai sepanjang proses pembentukan RFN Ke-2.

Salah satu ciri utama proses perancangan strategik dalam RFN Ke-2 adalah untuk menggalak dan mempertingkatkan urus tadbir bandar dan penglibatan awam dalam penyediaan rancangan pemajuan. Perancangan spatial negara merupakan suatu proses yang kompleks. Ia melibatkan pelbagai dasar merentas sektor yang berkaitan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan samada secara menegak atau mendatar termasuk badan-badan bukan kerajaan, kerajaan negeri, agensi awam, pembekal perkhidmatan utiliti dan sektor swasta. Diskriminasi positif sering berlaku antara kumpulan dan kawasan yang berbeza, contohnya siapa yang akan mendapat atau kehilangan apa, berapa banyak dan di mana. Misalnya dengan sumber jaya yang terhad dan terdapat keperluan untuk pembangunan mampan, kebanyakan negeri memerlukan lebih ramai penduduk, lebih banyak dana persekutuan untuk pembangunan infrastruktur, membuka kawasan hutan untuk pembangunan pertanian, tambakan laut untuk pembangunan bandar dan sebagainya. Terdapat juga persaingan untuk menggunakan sebidang tanah yang sama, misalnya untuk tujuan pertanian, perhutanan, dan pembangunan bandar. Ini digambarkan di dalam pelbagai rancangan pembangunan koridor, RS dan RT yang telah disediakan.

Dalam hubungan ini, beberapa siri dialog dilakukan secara meluas dengan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT), agensi persekutuan dan negeri, organisasi yang berminat dan kumpulan pakar. Ini adalah penting untuk memberi peluang bagi membincangkan peruntukan sumber, peruntukan semula dengan kerajaan persekutuan dan negeri; serta mengurangkan konflik dan menetapkan keutamaan antara pelbagai pihak yang berkepentingan berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan tujuan yang telah ditetapkan.

Maklumat yang dikumpulkan dari pendekatan ini membuktikan betapa pentingnya usaha merasionalisasikan dan meningkatkan kualiti dasar dan langkah-langkah. Secara khususnya, proses perundingan ini memastikan matlamat negara dan negeri serta sektor swasta diambil kira dalam RFN Ke-2, bagi memupuk rasa pemilikan dan komitmen berterusan untuk melaksanakan dasar dalam rancangan tersebut.

1.6 Kawasan Perancangan

RFN Ke-2 hanya disediakan untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi tujuan analisis dan penghuraian strategi dan dasar yang berkaitan, empat wilayah spatial, iaitu wilayah utara, tengah, selatan dan timur, telah digunapakai selaras dengan wilayah ekonomi yang digunakan dalam RMLT. Setiap wilayah ini menampilkan ciri-ciri dan masalah yang khusus, contohnya wilayah yang kurang maju. RFN Ke-2 tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri ini tertakluk kepada perundangan perancangan yang berbeza.

1.7 Jangka Masa Rancangan

Apabila RFN Ke-2 diluluskan, dasar RFN Ke-2 akan berkuatkuasa sepenuhnya dan dirujuk bersama dengan mana-mana penambahan baru, pindaan atau pengubahan oleh MPFN. Seiring dengan Wawasan 2020, tempoh perancangan 10 tahun sehingga 2020 akan diteruskan. RFN Ke-2 perlu mempunyai dua perspektif jangka masa iaitu perspektif jangka masa pendek bagi memenuhi objektif sosio-ekonomi dan peruntukan bajet pembangunan yang terkandung dalam RMLT dan perspektif jangka panjang bagi Wawasan 2020.

Walaubagaimanapun tahun 2020 bukan merupakan tempoh terakhir dalam menyelesaikan segala isu perancangan spatial yang dikenal pasti dalam RFN Ke-2. Dalam tempoh perancangan 10 tahun, rancangan pembangunan ini akan menyelesaikan isu negara yang kritikal di samping memperbaiki isu-isu yang kurang kritikal.

Selain itu, perancangan untuk sektor-sektor yang berlainan memerlukan tempoh masa yang berbeza. Peruntukan tanah bagi sektor tertentu, contohnya sistem bekalan air dan jajaran rangkaian infrastruktur seperti rel berkelajuan tinggi perlu dikenalpasti dan dirizabkan untuk pembangunan melangkau tahun 2020.

1.8 Pengguna RFN Ke-2

Pengguna utama RFN Ke-2 merupakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat dalam perancangan masa depan, pembangunan dan peruntukan kewangan, serta agensi-agensi tempatan yang bertanggungjawab ke atas kawalan pembangunan dan pentadbiran tanah. Walau bagaimanapun, semua agensi lain juga dikehendaki mengkaji dan meneliti implikasi RFN Ke-2 terhadap sektor masing- masing seperti pendidikan, kesihatan awam dan sebagainya. Pemaju-pemaju hartanah swasta juga boleh menggunakan unjuran pengagihan penduduk dan maklumat infrastruktur nasional sebagai rujukan yang andal di dalam pembentukan maklumat pelaburan mereka. Ini akan mengelakkan berlakunya spekulasi pembangunan sektor swasta serta ketidakselarasan di antara pembangunan hartanah dan permintaan pada masa hadapan. Pihak awam juga mempunyai akses terus kepada laporan RFN Ke-2 Pengguna utama RFN Ke-2 merupakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat dalam perancangan masa depan, pembangunan dan peruntukan kewangan, serta agensi-agensi tempatan yang bertanggungjawab ke atas kawalan pembangunan dan pentadbiran tanah. Walau bagaimanapun, semua agensi lain juga dikehendaki mengkaji dan meneliti implikasi RFN Ke-2 terhadap sektor masing- masing seperti pendidikan, kesihatan awam dan sebagainya. Pemaju-pemaju hartanah swasta juga boleh menggunakan unjuran pengagihan penduduk dan maklumat infrastruktur nasional sebagai rujukan yang andal di dalam pembentukan maklumat pelaburan mereka. Ini akan mengelakkan berlakunya spekulasi pembangunan sektor swasta serta ketidakselarasan di antara pembangunan hartanah dan permintaan pada masa hadapan. Pihak awam juga mempunyai akses terus kepada laporan RFN Ke-2

Para pembaca disarankan untuk meneliti laporan ini secara menyeluruh untuk memperolehi pemahaman jelas mengenai objektif, strategi dan dasar RFN. Kandungan utama RFN Ke-2 adalah penyataan 41 dasar dan langkah-langkah seperti yang dinyatakan dalam Bab 5. Dasar-dasar tersebut akan menggantikan 36 dasar yang terkandung dalam RFN.

BAB 2

Ma tla m a t, O b je ktif da n Prinsip

RA NC A NG A N FIZIKA L NEG A RA

BAB 2 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN PRINSIP

Matlamat, objektif dan prinsip RFN Ke-2 menggambarkan hasrat negara sebagaimana ditafsir daripada Akta 172, iaitu menggalakkan penambahbaikan persekitaran fizikal ke arah pencapaian pembangunan mampan negara. Dalam konteks ini, perancangan fizikal bertindak sebagai satu instrumen yang efektif dalam mewujudkan corak petempatan spatial yang efektif, rangkaian infrastruktur bersepadu, persekitaran luar bandar yang mampan dan disokong oleh institusi pelaksanaan yang cekap. Seiring dengan itu, garis panduan perancangan spatial diperlukan bagi menyokong perancangan sosio-ekonomi negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan dan keseimbangan pembangunan wilayah. Penemuan teknikal dan maklumbalas pihak berkepentingan terhadap isu-isu utama semasa, cabaran masa depan, potensi dan ancaman telah membantu dalam memperhalus matlamat, objektif dan prinsip serta menyediakan asas bagi membentuk strategi dan dasar, seterusnya menyediakan tindakan yang jelas untuk melaksanakan RFN Ke-2.

2.1 Matlamat

Matlamat asas RFN Ke-2 adalah untuk membantu negara mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang terkandung dalam Wawasan 2020 dan Model Baru Ekonomi (MBE). Peranan utama perancangan fizikal adalah untuk mewujudkan suatu persekitaran fizikal yang berkualiti dan efisien di dalam kawasan bandar, pekan dan luar bandar yang menjadi asas kepada kehidupan berkualiti tinggi dan tempat tinggal yang sesuai untuk didiami. Ini disokong dengan kemakmuran ekonomi, kestabilan persekitaran, kesejahteraan dan integrasi sosial sepertimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

Terkandung di dalam objektif keseluruhan ini adalah keperluan untuk meningkatkan kecekapan, keseimbangan wilayah, kemampanan dan memperkukuhkan kedudukan negara secara global. RFN Ke-2 akan menterjemahkan dasar-dasar dan strategi sektoral negara ke dalam dimensi fizikal dan spatial. Dengan membangunkan potensi bagi setiap kawasan dalam negara, matlamat untuk mewujudkan petempatan yang lebih selamat, lebih hijau dan sesuai didiami oleh komuniti yang sihat, berilmu, berpendapatan tinggi dan mampan akan tercapai.

Matlamat RFN Ke-2 ialah:

PEMBENTUKAN SATU RANGKA KERJA SPATIAL NEGARA YANG EFISIEN, SAKSAMA DAN MAMPAN UNTUK MEMANDU PEMBANGUNAN KESELURUHAN NEGARA KE ARAH MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG TAHUN 2020

2.2 Objektif

Untuk mencapai matlamat tersebut, lima objektif utama telah dikenal pasti:

i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara dengan disokong oleh infrastruktur strategik untuk mencapai ekonomi yang efisien dan berdaya saing global;

ii. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan mampan dan pemuliharaan biodiversiti;

iii. Menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang untuk mewujudkan integrasi ekonomi dan perpaduan sosial;

iv. Mempertingkatkan kualiti spatial dan persekitaran, kepelbagaian dan keselamatan

untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi dan sesuai didiami; dan

v. Mengintegrasikan hubungan antara negeri yang lebih efisien dan peruntukan ruang

awam bagi interaksi sosial dan komuniti mampan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Objektif 1 : Merasionalisasi dan Menyediakan Rangka Kerja Perancangan Spatial

Negara dengan Disokong oleh Infrastruktur Strategik untuk Mencapai Ekonomi yang Efisien dan Berdaya Saing Global