Bagaimana agama memberikan kesan terhadap sikap persepsi dan nilai seseorang

1

Bagaimana Agama Memberikan Kesan Terhadap
Sikap, Persepsi Dan Nilai Seseorang
Ahmad Zairy Bin Zainol Abidin

Definisi agama merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (2015),
mentafsirkan bahawa agama merupakan satu asas kepada kepercayaan pada Tuhan
dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, atau
kepercayaan pada sesuatu dewa (yang dipuja dan dianggap sebagai sesuatu yang amat
berkuasa). Melalui agama juga identiti seseorang akan terbentuk kerana hampir
kesemua agama mengajar agar menjalani kehidupan yang bak dan harmoni. Melalui
agama yang dianuti sama ada agama tersebut berbentuk agama monoteistik (percaya
kepada satu Tuhan), agama politeistik (percaya kepada banyak Tuhan), agama beretika
(percaya kepada amalan dan tingkah laku yang baik) dan agama nenek moyang,
kesemua kumpulan agama ini akan menyuruh penganut dan pengamalnya
mengamalkan amalan dan cara hidup yang terbaik.

Melalui agama lazimnya seseorang itu akan berupaya untuk membentuk jati
diri masing-masing yang sempurna dan terbaik. Agama lazimnya merupakan medium
yang akan memandu seseorang tersebut ke arah yang positif di dalam kehidupan

mereka. Ia berupaya memberikan kesan terhadap sikap, persepsi dan nilai seseorang
individu mengamalkannya. Ia berupaya untuk membentuk budi pekerti dan peribadi
seseorang individu. Pegangan tersebut merupakan inti pati hampir kesemua agama
yang ada di dunia ini. Melalui agama, peribadi dan etika hidup seseorang boleh
terbentuk dan akhirnya menonjolkan budi pekerti seseorang tersebut.

Melihat daripada perspektif agama yang perbagai, kebanyakan agama tidak
mengira agama samawi dan duniawi, kesemuanya mengajar agar kita sentiasa
mengamalkan perilaku yang baik. Menurut Wahyuni (2012), mengatakan bahawa
agama adalah sesuatu yang dianggap sebagai satu sistem kepercayaan yang wujud
dalam perilaku sosial tertentu. Ia merupakan satu aspek kehidupan sosial dan
sebahagian daripada sistem sosial sesuatu masyarakat. Melalui agama, terbentuknya
unsur-unsur kebudayaan dan kesenian dalam sesuatu sistem sosial masyarakat. Maka

2

sudah semestinya melalui agama, keperibadian seseorang akan terbentuk kesan
daripada amalan dan penghayatan mereka terhadap agama masing-masing.

Menurut beliau lagi, agama merupakan satu pandangan hidup yang

menerapkan nilai-nilai kehidupan terhadap individu dan juga masyarakat. Agama
dianggap sebagai satu kekuatan kolektif yang berperanan dalam mengatasi masalahmasalah yang wujud. Melalui agama berupaya untuk mencadangkan penyelesaian
masalah, persoalan dan kesusahan yang dihadapi oleh individu tersebut. Ritual-ritual
yang dijalankan oleh mana-mana agama berperanan untuk menawarkan kaedah
penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Perkara-perkara inilah yang secara tidak
langsung membentuk keperibadian individu.

Melihat daripada aspek agama itu sendiri, hampir kesemua agama berperanan
dalam menjadikan seseorang itu mempunai nilai-nilai murni dan positif dalam diri
mereka. Menurut Ahmad Bashir (2004), agama berperanan dalam membentuk
peribadi individu kerana kebanyakan ajaran agama yang ada di dunia membawa
ajaran yang menerapkan nilai, etika yang baik. Berikut adalah di antara perbincangan
yang di bincangkan berdasarkan ajaran agama yang ada.

Agama Islam

Agama Islam menerapkan amalan yang mengajar penganutnya melaksanakan
segala kebaikan dan amalan yang baik berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah.
Melaluinya, penganut umat Islam diajar akan nilai-nilai murni yang menekankan tiga
dimensi iaitu akidah, syariah dan akhlak. Melalui ketiga-tiga dimensi ini, ajaran nilainilai murni diajar secara sejagat dan membentuk peribadi murni dalam diri

penganutnya.

Agama Buddha

Ajaran Buddha pula menekankan agar penganutnya hidup secara bermaruah
dan berasakan kepada etika kehidupan yang sempurna untuk mencapai Nirvana yang
boleh dicapai melalui tahap amalan mereka. Penganut Buddha hendaklah melepasi

3

‘Empat Kebenaran Mulia’ (Four Noble Thruth) demi mencapai kebahagiaan hidup
dengan memenuhi keperluan dalam ‘Jalan Mulia Lapan Lapis’ (The Noble Eightfold
Path) melalui 3 kelompok moral iaitu Panna (kebijaksanaan), Sila (akhlak) dan
Samadhi (perkembangan mental). Untuk menjayakan kesemua ini, amalan harian

mereka hendaklah memastikan asas moral mereka berupaya untuk memupuk dan
membina keharmonian dan kesejahteraan melalui amalan Panca Sila. Panca Sila ini
merupakan larangan yang perlu diikuti oleh penganut Buddha untuk memastikan diri
mereka berada dalam keadaan yang terbaik dalam kehidupan mereka.


Agama Hindu

Penganut Hindu pula lebih menerapkan kepada kepercayaan yang memerlukan
mereka mengamalkan kehidupan yang bermoral. Mereka akan berpandukan kepada
dua konsep utama dalam kehidupan mereka iaitu Yamas (sifat moral untuk amalan diri
sendiri) dan Niyamas (sifat moral untuk kepentingan masyarakat umum). Melalui
kedua-dua konsep ini, penganut Hindu akan menjalani kehidupan mereka dengan
sifat-sifat baik dan mematuhi larangan-larangan yang ada dalam konteks Yamas dan
Niyamas.

Agama Kristian

Penganut Kristian pula mengamalkan nilai-nilai murni mereka berdasarkan
kepada kitab Bible mereka yang mengandungi dua lembaran iaitu Old Testement dan
New Testement sebagai asas mereka. Melalui kedua-dua lembaran ini, The Ten
Commandment daripada Old Testement dan amalan sifat akhlak murni daripada New
Testement menjadi asas kepada mereka terhadap sifat baik dan larangan dalam amalan

kehidupan mereka yang perlu di ikuti oleh penganut Kristian.


Agama Confucius

Penganut Confucius juga mempunyai asas etika yang perlu di amalkan oleh
mereka berpandukan kepada 2 konteks iaitu Lima Kebaikan (Five Virtues) dan Lima
Hubunga (Five Cardinal Relation). Lima Kebaikan yang ditekankan adalah sifat-sifat

4

baik yang perlu ada dalam diri seseorang yang meliputi Ren (sifat perikemanusiaan),
Li (norma kehidupan), Yi (melakukan sesuatu dengan betul), Zhi (kebijaksanaan) dan
Sin (kebolehpercayaan). Lima hubungan pula merupakan lima asas perhubungan

manusia yang akan sentiasa berhubung oleh individu, oleh itu hendaklah mereka
membina hubungan yang baik, mewujudkan kasih sayang dan mendidik agar saling
menghormati.

Berdasarkan kepada penerangan mengenai apakah yang diajarkan oleh agamaagama utama kepada pengikutnya, adalah didapati bahawa tidak ada satu agama yang
mengajar akan penganutnya untuk melakukan kejahatan dan kerosakan di dunia ini.
Kesemua agama yang dibincangkan mengajar agar kita sebagai manusia hendaklah
mengamalkan amalan yang baik dan murni agar memperoleh kebaikan yang

dijanjikan berdasarkan agama masing-masing. Tidak ada satu pun agama yang
menyuruh seseorang itu untuk melakukan kejahatan dan kerosakan demi agamanya.

Namun begitu, kini wujud pandangan yang menyatakan bahawa agama
merupakan punca kepada perpecahan dan persengketaan yang berlaku di dunia.
Menurut Huntington (1993) menyatakan pandangan bahawa pergolakan yang berlaku
pada masa terdekat di dunia kini adalah berlandaskan kepada perbezaan pandangan
terhadap ketamadunan yang dikaitkan juga dengan aspek agama yang dianuti oleh
sesuatu ketamadunan itu. Beliau membincangkan bahawa antara punca persengketaan
yang wujud dalam ketamadunan adalah berpunca daripada agama yang dianuti yang
memecahbelahkan di antara masyarakat dunia. Beliau menyatakan bahawa akan
berlakunya pergolakan yang akan mencetuskan pergolakan atau peperangan di antara
negara kesan daripada ketidakfahaman terhadap ketamadunan yang wujud
berdasarkan agama yang dianuti. Perbezaan ini akan menjadi punca pergolakan.

Perbezaan pandangan dan pemahaman di antara agama secara tidak langsung
mewujudkan satu pandangan negatif terhadap agama yang dihadapi yang
menyukarkan penganut agama tersebut mengamalkan ajaran agama tersebut dengan
jayanya. Perbezaan pandangan dan salah tafsiran terhadap agama ini mewujudkan satu
fobia yang dinamakan Xenophobia iaitu ketakutan terhadap individu atau sekumpulan

manusia yang dianggap asing bagi mereka. Ia akhirnya akan mencetuskan ketakutan

5

dan kelompok ini akan ditolak oleh masyarakat walaupun mereka membawa kebaikan
kepada komuniti tersebut (Samari, 2009). Ketakutan ini adalah berdasarkan
persefahaman kolektif yang membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Walau bagaimanapun, sebenarnya agama sepatutnya tidak dijadikan sebagai
alasan untuk memecahkan dan mencetuskan pergolakan. Ini kerana sekiranya setiap
penganut agama yang dianuti melakukan semua amalan dan peraturan yang diajarkan
oleh agama masing-masing, persengketaan dan perpecahan ini dapat dielakkan.

Merujuk kepada ajaran agama yang dibincangkan sebelum ini, tidak ada satu
agama yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan dan kerosakan. Setiap
penganut tidak kira mana-mana agama menggalakkan penganutnya mengamalkan
nilai-nilai murni yang dikongsi bersama oleh setiap ajaran agama tersebut. Agama
yang dianuti lazimnya menggalakkan penganutnya melakukan kebaikan tidak mengira
latar belakang kaum atau negara kerana agama merupakan satu medium yang
berupaya merentasi sempadan yang ada dalam menjadikan sesebuah kaum atau negara

itu hidup dalam harmoni. Setiap agama yang dibincangkan berupaya membentuk
peribadi individu yang baik dan bermoral tinggi.
Agama berperanan sebagai satu medium penyatuan dan ‘worldview’
penganutnya dalam melaksanakan aktiviti harian mereka. Melalui ajaran agama yang
diajar oleh agama masing-masing, penganut ini akan melihat bagaimanakah agama
berupaya membentuk pemikiran, pandangan dan perspektif mereka terhadap diri
sendiri dan masyarakat. Mereka akan mentafsir apa yang mereka lihat dan alami dan
kemudian merumuskan kesan daripada apa yang dilihat berdasarkan ajaran dan
pegangan yang dianuti. Ini kerana melalui agamalah, penganut-penganut ini mentafsir
apakah perbuatan baik dan bermoral yang seharusnya mereka amalkan dan
memberikan respons terhadap sesuatu perkara itu.

6

Individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi lazimnya berkaitan dengan
ajaran agama yang diikuti sama ada agama yang bersifat monoteistik, politeistik,
agama beretika dan agama nenek moyang. Mereka ini mempunyai pendirian dan
pandangan ‘worldview’ yang lebih meluas dan memahami akan kesan agama kepada
diri mereka.


Oleh yang demikian, agama merupakan satu medium terpenting dalam
membentuk sikap, persepsi dan nilai individu dalam bagaimana mereka mentafsir
kehidupan mereka sendiri. Sekiranya penganut tersebut mentafsir ajaran yang di ajar
secara baik dan bermoral, kesejahteraan dan keamanan akan berjaya dikecap dan
sekiranya penganut tersebut mentafsir sesuatu itu daripada sisi negatif, pergolakan dan
kekacauan akan timbul dan merugikan semua pihak.

7

Rujukan

Ahmad Bashir Aziz. 2004. Nilai dan Etika Pengurusan; Analisa dari Perspektif
Agama-Agama di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Nilai dalam Komuniti
(SIVIC). Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia pada
4-5 September.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2015. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agama
[1 Disember 2015].
Hamissou Samari. 2009. Xenophobia and the Long Road to African Integration. Bac.
Of Art. American University’s School of International Service (SIS).
Samuel P. Huntington. 1993. The Clash of Civilizations? Foreign Affair. Vol. 73 (3).

22-49.
Wahyuni. 2012. Peranan Agama dalam Perubahan Sosial. Al-Fikr. Vol 16 (1): 185-202.