Gambaran Keseluruhan Projek Nama Projek Objektif Projek

BAB 1 PENDAHULUAN Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas tentang tujuan dan hala tuju projek. Keseluruhan yang berkaitan dengan projek ini juga akan dimasukkan di bahagian ini. Dalam bab ini, maklumat am mengenai kajian PSM ini diterangkan serba sedikit. Perkara-perkara utama yang dinyatakan disini ialah 1. Gambaran Keseluruhan Projek 2. Nama 3. Objektif Projek 4. Skop Projek 5. Penyataan Masalah

1.1 Gambaran Keseluruhan Projek

Projek pemapar bagi kitaran masa dan juga kelajuan motor tali sawat ini dibekalkan kuasa bekalan kuasa oleh PLC yang menjana nilai voltan sebanyak 24V kepada gelung sesentuh. Adapter akan disambungkan pada gelung sesntuh yang akan menghidupkan LED. Adapter ini akan menjana nilai voltan sebanyak 3V. Adapter digunakan kerana nilai arus yang dibekalkan adalah tinggi, sesuai untuk kecerahan LED yang lebih berkesan. Pada setiap sambungan LED ini akan diletakkan juga diod yang berfungsi sebagai penghalang arus untuk mengelakkan dari berlakunya pintasan pada LED. LED akan dibahagikan kepada dua pemapar, iaitu pemapar kitaran masa dan juga pemapar Rpm round per minute bagi tali sawat. Bagi kedua-dua pemapar, nilai akan ditentukan terlebih dahulu secara manual untuk memudahkan penyambungan pendawaian LED bagi sistem pemapar. Sebanyak lima nilai atau ubahan yang boleh dipilih melalui suis-suis yang ditempatkan. Setiap nilai akan menghasilkan kelajuan motor tali sawat yang berbeza-beza dan seterusnya memberikan maklumat melalui pemapar tentang nilai kitaran masa dan nilai Rpm bagi tali sawat tersebut. LED akan menyala mengikut bentuk nombor yang telah ditentukan melalui pendawaian dan seterusnya akan menghasilkan pemapar yang menunjukkan kepada kita apakah nilai kelajuan motor dan kitaran masa bagi tali sawat pada masa itu.

1.2 Nama Projek

Sistem Pemapar Kitaran Masa dan Kelajuan Motor Berkos Rendah Bagi Tali Sawat

1.3 Objektif Projek

Tujuan projek ini adalah untuk mencipta sistem digital yang mampu untuk memapar bacaan kitaran masa dan juga kelajuan motor Rpm bagi pergerakan tali sawat. Objektif projek ini ialah:  Untuk memapar kitaran masa bagi tali sawat  Untuk memapar kelajuan motor yang digunakan pada tali sawat  Untuk menjimatkan kos pembuatan bagi sistem operasi pemapar kitaran masa dan kelajuan motor ini berbanding dengan yang ada di pasaran  Membuktikan bahawa bahan yang lebih murah dapat beroperasi setaraf atau lebih daripada sistem pemapar yang sedia ada di pasaran.

1.4 Skop Projek