FAKTOR faktor yang mempengaruhi terjadinya (5)

FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN
Antaranya:
Pencemaran
 Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhtumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.
 Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran
air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka
mengotorkan laut.
 Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China
semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab
kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
Pembalakan Haram
 Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.
 Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.
 Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain
contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada
di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan
mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.
Pembakaran Hutan
 Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah
menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.
Pemburu Haram

 Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu
faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
 Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
 Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini
menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

 Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan
terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Peningkatan Suhu Dunia
 Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di
Malaysia.
 Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana
antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan
cuaca dunia.
 Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan
sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan
yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.