Amalan Pengajaran Kemahiran Abad Ke 21
The 8th International Conference on Indonesia – Malaysia Relations, Pekanbaru, 23 – 25
September 2014
Amalan Pengajaran Kemahiran Abad Ke 21 Di Kolej Vokasional Sungai Petani 1,
Kedah Darul Aman, Malaysia
Oleh:
Faridah Mariani Johari
[email protected]
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Norlia Abd. Aziz
[email protected]
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Malaysia
Widad Othman
[email protected]
Fakulti Pendidikan dan Bahasa
Open University Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Hairul Nizam Ismail

Zainudin Mohd. Isa

Abstrak
Kajian eksplanatori ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan amalan pengajaran
pensyarah mengenai kemahiran abad ke-21. Secara khusus, kajian ini perlu untuk menentukan
sama ada terdapat perbezaan antara pengetahuan dan aplikasi amalan pengajaran pensyarah
terhadap kemahiran abad ke-21 dan apa sebenarnya yang diajar dan di nilai di KV Sungai
Petani 1, Kedah Darul Aman. Walaupun terdapat banyak pandangan yang berbeza mengenai
Kemahiran abad ke-21, kemahiran dalam kajian ini ditakrifkan sebagai pemikiran kritis dan
pemikiran kreatif dan kemahiran kolaborasi. KV Sungai Petani 1, Kedah Darul Aman ini hanya
telah melaksanakan sebahagian Kemahiran abad ke-21. Kajian ini menunjukkan bahawa
pensyarah mempunyai pengetahuan dan amalan pengajaran yang tinggi dalam kepentingan atau
pemahaman dalam Kemahiran abad ke 21. Manakala strategi pengajaran berada dalam tahap
yang sederhana. Adalah dicadangkan supaya proses perubahan haruslah melibatkan komuniti
kolej vokasional secara keseluruhan dan saling bekerjasama. Jika tidak, pelaksanaan Kemahiran
abad ke-21 akan terus kekal sebagai paradoks.
Kata Kunci: Amalan pengajaran, Kemahiran Abad ke 21, Kolej Vokasional
Abstract
The purpose of this explanatory study was to gain knowledge and teaching practices of
lecturers’ of 21st Century Skills. Specifically, the study was need to determine whether there is
a difference between the knowledge and teaching practices of 21st Century Skills and what is
actually taught at Sungai Petani 1, Vocational College. Although there are many different
views on 21st Century Skills, the skills of this study are defined as critical thinking and
creative thinking, and collaboration skills. Sungai Petani 1, Vocational College only
implemented part of 21st Century Skills. This study shows that the lecturer has the knowledge
and practice of teaching high of the importance or understanding in the 21st Century Skills.
1

The teaching strategies are in the medium level. It is suggested that the process of change
should involve the entire vocational college community collaboratively working together.
Otherwise, the implementation of 21st Century Skills will continue to remain a paradox
Key words: Teaching practice, 21st Century Skills, Vocational College
Pengenalan
Peranan utama pendidikan hari ini adalah untuk memperbaiki dan membangunkan modal insan dengan menjana
minda kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Dalam hal ini, ciri-ciri Pengajaran abad ke-21 dan persekitaran
pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran dan inovasi kemahiran yang menjadikan kreativiti dan
inovasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi keperluan asas bagi modal
insan pembangunan untuk pelajar (Ismail, 2013). Ini selari dengan sistem pendidikan di Malaysia melalui
aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) di mana mereka perlu
Higher Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21.
HOTS memerlukan pelajar mengguna minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baharu.
Ledakan teknologi maklumat telah mengubah landskap pendidikan di peringkat global apabila guru bukan lagi
pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan pelajar tetapi menjadi fasilitator di sisi pelajar (Travis, 2013).
Maklumat pada masa kini dapat dicapai oleh pelajar melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku
dalam talian atau dengan kata lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses pengajaran. Dalam
hal ini pelajar harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka
terima. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau
memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan (Onosko &
Newman, 1994). Menurut Ismail (2014) pembelajaran Abad Ke-21 memerlukan pelajar mempunyai aras
motivasi dan jati diri yang tinggi bagi menghadapi keperluan dalam proses pembelajaran yang semakin
mencabar. Beliau menjelaskan bahawa kemahiran belajar Abad ke-21 diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang
memerlukan pelajar berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatarkan
Taksonomi Bloom yang dimurnikan serta aliran pemikiran Edward De Bono berkonsepkan Power of Perception
(Ismail, 2014).
Latarbelakang Masalah
Amalan pengajaran pensyarah yang efektif bermakna pensyarah tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah
pengajaran, menyediakan alat bantuan mengajar, dan mendalami isi kandungan yang hendak di ajar. Selain itu,
pensyarah juga perlu mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar
supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut
kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain amalan pengajaran
yang berkesan merupakan kebolehan pensyarah dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik.
Sistem pendidikan perlu memahami dan menghayati kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam
konteks akademik secara menyeluruh. Trilling dan Fadel (2009) menyatakan antara ciri-ciri pelajar abad ke-21
ialah: (1) Kemahiran berfikiran kritikal; (2) Kemahiran menyelesaikan masalah; (3) Kemahiran berkomunikasi;
(4) Kemahiran berkolaborasi; (5) Kemahiran kehidupan dan kerjaya; (6) Kemahiran belajar dan inovasi; (7)
Kemahiran dalam media, teknologi maklumat dan komunikasi; dan (8) Kemahiran menguasai subjek teras di
sekolah.
Secara keseluruhannya kemahiran abad ke-21 merangkumi kesemua kemahiran berikut seperti: (1)
Literasi Era Digital; (2) Komunikasi Efektif; (3) Pemikiran Berdaya Cipta; (4) Produktiviti Tinggi; (5)
Kemahiran Kognitif; (6) Kemahiran Adaptasi; (7) Kemahiran Interpersonal; (8) Kemahiran Sikap, Nilai dan
Amalan Kerja; dan (9) Kemahiran Teras (Travis, 2013). Dapat dilihat disini bahawa penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat merupakan di antara kemahiran abad ke-21 perlu digarap dikalangan pelajar demi
memenuhi tuntutan masa depan. Namun, pensyarah memainkan peranan penting dalam menggarap kemahiran
ini dalam diri pelajar. Oleh itu, pensyarah perlu menguasai sepenuhnya kemahiran ini terlebih dahulu sebelum
pelajar (Travis, 2013). Dalam konteks PTV, konsep ini masih lagi baharu dan memiliki banyak kekurangan
bukan sahaja dalam kalangan pensyarah dan pelajar, malah dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Oleh yang demikian, persediaan dalam memperbaiki segala cabaran dan kelemahan perlu dilaksanakan bagi
melahirkan pakar dalam bidang pendidikan demi memenuhi tuntutan masa depan (Siti Faizzatul Aqmal &
Razali, 2011).
Pernyataan Masalah
2

Menurut Faridah Karim (2000) dalam jurnal “Strategizing Teaching and Learning in The 21 st Century”
pensyarah mengalami kesukaran melaksanakan komponen kritikal dalam kurikulum. Pensyarah mengalami
kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan aktiviti yang berpusatkan pelajar,
menggunakan teknik-teknik tertentu untuk berinteraksi dengan pelajar, memberikan tugasan kepada pelajarpelajar, merancang bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi
kandungan mata pelajaran. Pensyarah juga dikatakan kurang berinovasi dalam menyampaikan pengajarannya.
Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
i.
Pensyarah kekurangan pengetahuan dan kemahiran mengajar. Ini disebabkan mereka tidak
bersedia atau tidak dilatih dengan sebaik-baiknya.
ii.
Matlamat dan konsep inovasi dalam strategi pengajaran tidak jelas kepada mereka.
iii.
Pensyarah kekurangan bahan dan sumber pengajaran yang sesuai untuk membina pengajarannya.
iv.
Pensyarah kekurangan motivasi disebabkan kurangnya galakan daripada pihak pentadbir.
v.
Kekurangan koordinasi dan komunikasi di antara semua pihak yang terlibat dalam proses
pelaksanaan inovasi dalam strategi pengajaran.
Penyelidikan menunjukkan bahawa untuk pelajar berjaya dalam abad ke-21, mereka perlu
membangunkan Kemahiran abad ke-21. Oleh itu, pengetahuan dan pemahaman pensyarah - kerana mereka
berkaitan dengan Kemahiran abad ke-21 adalah penting untuk perubahan dalam kurikulum, pengajaran dan
penilaian. Pemahaman yang diperolehi melalui kajian ini menyediakan maklumat yang berharga kepada warga
kolej vokasional, kerana ia merupakan sebahagian daripada proses perubahan di kolej vokasional abad ke-21.
Adakah pensyarah di kolej vokasional ini mempunyai pengetahuan dan amalan pengajaran kemahiran abad ke
21?
Kerangka Teori Kajian
Kerangka teori kajian ini adalah berdasarkan tiga jenis teori iaitu teori perubahan, teori resapan inovasi dan teori
konstruktivisme. Kerangka teori ini diadaptasi untuk melihat tahap pelaksanaan Kemahiran abad ke 21 di Kolej
Vokasional Sungai Petani 1, Kedah, Malaysia. Penerokaan kajian ini juga meliputi elemen pengetahuan, amalan
pengajaran dan strategi pengajaran. Kajian ini dilaksanakan bagi menerangkan situasi sebenar bagaimana
sesuatu perubahan kurikukum dan inovasi kurikulum di laksanakan di kolej vokasional. Tumpuan utama adalah
kepada pengetahuan pensyarah sebagai pelaksana kepada perubahan kurikulum khususnya penerapan elemen
Kemahiran Abad ke 21 untuk program kolej vokasional di bilik darjah.
Teori Perubahan
Pengetahuan
Teori Resapan
Inovasi
Amalan
Pengajaran
Teori
Konstruktivisme
Pensyarah
KV
Kemahiran
Abad ke 21
Strategi
Pengajaran
Rajah 1: Kerangka Teori Kajian
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman tentang pengetahuan dan amalan pengajaran
mengenai kemahiran Abad ke- 21 pensyarah. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada
terdapat perbezaan antara pengetahuan dan amalan pengajaran pensyarah Kemahiran abad ke-21 dan apa
sebenarnya yang diajar di kolej vokasional. Walaupun terdapat banyak pandangan yang berbeza pada Kemahiran
Abad ke-21, kemahiran dalam kajian ini akan ditakrifkan dari segi pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan
kemahiran kolaborasi.
Persoalan Kajian
1.
Apakah tahap pengetahuan pensyarah dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan
untuk pelajar berjaya dalam Abad ke 21?
3

2.
Apakah tahap amalan pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam menyediakan pelajar dengan
kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam Abad ke-21?
3.
Apakah tahap strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam menyediakan pelajar
dengan kemahiran Abad ke 21?
Metodologi Kajian
Kajian eksplanatori ini dijalankan di Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah Darul Aman. Responden
kajian ini terdiri daripada pensyarah yang sedang mengajar program vokasional. Pemilihan sampel adalah
berdasarkan purposive sampling. Seramai 36 orang pensyarah telah di pilih sebagai responden. Kajian ini adalah
untuk meninjau amalan pengajaran pensyarah didalam menyediakan pelajar dengan kemahiran abad ke 21 di
kolej vokasional.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri dari satu set borang soal-selidik telah di bina yang mengandungi 25 item dan di
bahagikan kepada tiga sub skala bagi mengukur amalan pengajaran yang diadaptasi dari Fox (2011). Borang
soal selidik ini menggunakan skala Likert lima mata iaitu 1 tidak penting, skala 2 bermaksud agak tidak penting,
skala 3 bermaksud agak penting dan skala 4 penting dan skala 5 adalah sangat penting untuk sub skala 2.
Manakala bagi sub skala 3 dan 4 adalah berdasarkan skala Likert 5 skala iaitu 1 tidak sekali, skala 2 bermaksud
jarang, skala 3 ialah kadangkala, skala 4 ialah biasanya dan skala 5 adalah kerapkali.
Jadual 1.1 berikut menunjukkan konstruk dan item pengukuran dalam kajian ini. Bagi menentukan
kesahan dalaman dan kebolehpercayan, item-item dalam subskala soal selidik ini, satu analisis data telah
dilakukan untuk mendapatkan coefficient alpha. Di dapati ke empat-empat sub-skala ini mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu coefficient alpha adalah antara 0.881.
Jadual 1.1: Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik
Konstruk
Item Pengukuran
Cronbach Alpha
Pengetahuan kemahiran abad ke 21
b1, b2, b3, b4, b5, b6, b7, b8
.777
Amalan Pengajaran
c1, c2, c3, c4, c5, c6, c7, c8, c9, c10, c11
.869
Strategi pengajaran
d1, d2, d3, d4, d5, d6
.707
Keseluruhan
.881
Analisis Data
Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
20.0. Bagi menjawab soalan kajian, huraian secara deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratusan (%) telah di
gunakan.
Dapatan Kajian
Daripada Jadual 1, di dapati 83.3% pensyarah terdiri pensyarah perempuan dan hanya 16.7 % adalah
pensyarah lelaki. 80.6% berbangsa Melayu, 11.1 % berbangsa Cina dan 8.3% berbangsa India. 50.0% berusia
antara 43 – 49 tahun, 19.4% berusia antara 29 – 35 tahun dan 50 tahun ke atas; dan hanya 11.1% berusia 36 – 42
tahun. 36.1% mempunyai pengalaman mengajar 17 – 22 tahun, dan 30.6% mempunyai pengalaman mengajar 23
tahun ke atas.
Jadual 1: Demografi Pensyarah
Perkara
Jantina:
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Pengalaman Mengajar: 1 – 8 tahun
9 – 16 tahun
17 – 22 tahun
23 tahun ke atas
4
Kekerapan
Peratus (%)
6
30
36
16.7
83.3
100.0
2
10
13
11
5.6
27.8
36.1
30.6

Persoalan Kajian 1
Apakah tahap pengetahuan pensyarah dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran yang
diperlukan untuk pelajar berjaya dalam Abad ke 21?
Hasil analisis kajian dalam Rajah 1 di dapati 19 (52.8%) orang pensyarah ini memberi keutamaan kepada liputan
isi kandungan kurikulum, di ikuti 18 (50.0%) orang menyediakan pelajar untuk memberi sumbangan dan
berkolaborasi dalam kumpulan. Manakala 18 (50.0%) orang pensyarah menyatakan menyediakan pelajar untuk
berfikir secara kritis bagi menyelesaikan masalah, menyediakan pelajar untuk penilaian sumatif dan untuk
membuat tugasan adalah penting. Jadual 2 mendapati tahap pengetahuan pensyarah Kolej Vokasional Sungai
Petani 1, Kedah Darul Aman adalah tinggi. Maklumat ini disumbang oleh aspek pengetahuan kemahiran abad ke
21 [min= 4.24; sp= .436; tahap tinggi]. Interpretasi tahap adalah diadaptasi daripada Jamil (2002) di mana nilai
[min 0.0 – 1.25 adalah tahap sangat rendah], [1.26 -2.50 adalah tahap rendah], [2.51 – 3.75 adalah tahap
sederhana], dan [3.76 – 5.00 adalah tahap tinggi].
Rajah 1: Taburan analisis pengetahuan pensyarah dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran yang
diperlukan untuk pelajar berjaya dalam Abad ke 21
Jadual 2 : Interpretasi Tahap Amalan Pengajaran Menyediakan Pelajar dengan Kemahiran abad ke 21
Konstruk
Min
Sisihan piawai
Tahap
Pengetahuan kemahiran abad ke 21
4.24
.436
Tinggi
Amalan pengajaran
4.08
.578
Tinggi
Strategi pengajaran
3.64
.578
Sederhana
3.99
.531
Tinggi
Keseluruhan
Persoalan Kajian 2
Apakah tahap amalan pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam menyediakan pelajar
dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam Abad ke-21?
Hasil analisis kajian dalam rajah 2 menunjukkan 27 (75.0%) orang pensyarah sentiasa meningkatkan
pemahaman pelajar untuk belajar, 20 (55.6%) orang biasanya memberi masa yang mencukupi kepada pelajar
untuk berfikir dan menimbangkan soalan yang dibentangkan di dalam kelas. Manakala 18 (50.0%) orang
pensyarah sentiasa mengarahkan pelajar bekerjasama dalam kumpulan. Seterusnya 17 (47.2%) orang biasanya
menawarkan pilihan tugasan kepada pelajar. 16 (44.4%) orang pensyarah biasanya menyediakan rubrik
penilaian pelajar, menggalakkan pelajar memikirkan beberapa penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan
masalah dan mengajar pelajar bagaimana untuk mempersoalkan pendapat mereka. 15 (41.7%) orang pensyarah
kerapkali mengajar pelajar bagaimana untuk berfikir secara kreatif. Jadual 2 didapati tahap amalan pengajaran
pensyarah Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah Darul Aman adalah tinggi [min = 4.08; sp= .578; tahap
tinggi].
5

Rajah 2: Taburan analisis amalan pengajaran pensyarah dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran yang
diperlukan untuk pelajar berjaya dalam Abad ke 21.
Persoalan Kajian 3

Hasil analisis kajian dalam rajah 3 menunjukkan 18 (50.0%) orang pensyarah biasanya memberi kuliah dan
pelajar mengambil nota. 16 (44.4%) orang biasanya membentuk kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah,
mengadakan demonstrasi dan pelajar bertanya soalan; dan pelajar membuat demonstrasi dan kelas bertanya
soalan. Manakala 14 (38.9%) orang pensyarah biasanya mengarahkan pelajar bekerja secara bebas untuk
menyelesaikan masalah. Daripada Jadual 2 di dapati tahap strategi pengajaran pensyarah Kolej Vokasional
Sungai Petani 1, Kedah Darul Aman adalah sederhana [min = 3.64; sp= .578].
Rajah 3: Taburan analisis strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam menyediakan pelajar
dengan kemahiran Abad ke 21.
Perbincangan Dan Rumusan
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan pemahaman mengenai pengetahuan dan amalan pengajaran
kemahiran abad ke -21 pensyarah di Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kedah Darul Aman. Hasil dapatan

menunjukkan pensyarah ini mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kemahiran Abad ke 21. Ini
menunjukkan pengetahuan pensyarah ini selari dengan visi dan misi transformasi kolej vokasional untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran abad ke 21.
Lebih daripada separuh pensyarah ini memberikan keutamaan kepada liputan isi kandungan kurikukum.
Ia diikuti dengan menyediakan pelajar untuk memberi sumbangan dan berkolaborasi. Pengetahuan pedagogi isi
kandungan mempunyai peranan yang paling penting, untuk membentuk kefahaman bagaimana sesuatu topik,
masalah, dan isu-isu tertentu diajarkan dengan menyesuaikan kepada kepentingan, kebolehan, dan kepelbagaian
pelajar (Abell et al., 2009; Noor, 2009; & Shulman, 1987). Lilia dan Norlena, (2000) menyatakan bahawa
sumbangan pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam pembentukan guru yang berkesan. Kesan daripada
pengetahuan pedagogi isi kandungan pensyarah yang kurang mantap memberi impak kepada kualiti PdP dan
seterusnya mempengaruhi pencapaian pelajar. Beberapa dapatan kajian lain juga menunjukkan bahawa, jika
tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan seseorang pensyarah adalah lemah maka proses PdP akan bersifat
tradisional, iaitu pensyarah hanya menyampaikan penjelasan berupa teori dan hafalan sahaja serta kurangnya
aktiviti yang berbentuk inkuiri (Carlsen, 1999; Geddis, 1993; Sharifah Maimunah & Lewin, 1992). Oleh itu,
pensyarah yang mempunyai tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan yang lemah kurang berupaya untuk
menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal pelajar. Seterusnya menyediakan pelajar untuk berfikir secara
kritis, menyediakan pelajar untuk penilaian sumatif dan membuat tugasan.
Amalan pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah ini dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran
abad ke 21. Didapati tiga perempat daripada mereka sentiasa akan meningkatkan pemahaman pelajar untuk
belajar. Lebih daripada separuh biasanya memberi masa yang mencukupi untuk pelajar berfikir dan
menyediakan pelajar bekerjasama dalam kumpulan. Hampir separuh biasanya menawarkan pilihan tugasan
kepada pelajar dan menyediakan rubrik penilaian. Pensyarah ini juga turut menggalakkan pelajar memikirkan
beberapa penyelesaian kreatif dalam menyelesaikan masalah dan mengajar mereka bagaimana mempersoalkan
pendapat mereka. Menurut Fox (2011) dan Gardner (2000, 2006) mencadangkan pelajar kolej pada abad ke 21
perlu berfikir secara kreatif, menghasilkan idea-idea inovatif untuk menyelesaikan masalah dan bekerja secara
kolaborasi, mempunyai kognitif yang fleksibel dan memahami bagaimana untuk belajar. Sternberg dan Williams
(1996) menyatakan bahawa pensyarah perlu menjadi model kreativiti dalam kelas, mewujudkan persekitaran
yang kondusif bagi membolehkan idea-idea kreatif berkembang tanpa rasa bimbang melakukan kesilapan,
mendesak pelajar bertanya soalan yang bernas dan mencabar andaian mereka. Pembangunan kemahiran kreatif
akan menjadikan pelajar lebih fleksibel dan berkeupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam
masyarakat dan ekonomi pada masa hadapan.
Jika dilihat dari aspek strategi pengajaran, pensyarah di kolej vokasional ini mempunyai tahap yang
sederhana sahaja. Hasil kajian menunjukkan separuh daripada mereka memberi kuliah dan pelajar mengambil
nota. Banyak kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti sekiranya pensyarah sahaja
yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik kuliah. Bagi memupuk kreativiti dalam bilik
kuliah, interaksi pensyarah dengan pelajar mestilah dua hala. Pensyarah tidak seharusnya mendominasikan dan
mengawal aktiviti pembelajaran pelajar. Pelajar harus memainkan peranan yang aktif di samping memberi
maklum balas (Fox, 2011).
Kurang daipada separuh membentuk kumpulan kecil untuk menyelesaikan masalah, mengadakan
demonstrasi dan pelajar bertanya soalan; dan pelajar membuat demonstrasi dan kelas bertanya soalan. Pemikiran
kritis memerlukan pelajar untuk menilai, menimbang idea dan tuntutan, dan menilai sama ada idea-idea itu
masuk akal (Moore & Parker, 2007). Keupayaan untuk bertanya soalan yang baik merupakan elemen kritikal
kepada pelajar (Gardner, 2000, & Wagner, 2008). Pemikiran kritis, kerjasama dan penyelesaian masalah
bukanlah idea-idea baru dalam reka bentuk kurikulum. Walau bagaimanapun, ramai pengajar tidak mempunyai
keupayaan untuk mengajar pemikiran aras tinggi (Rotherham dan Willingham, 2009, ms. 19). Wagner (2008)
bersetuju dengan penilaian Rotherham dan Willingham ini di mana sekolah tidak pernah direka untuk
membolehkan semua pelajar mempunyai pemikiran yang kritikal, apatah lagi melengkapkan para guru dan
pengetua untuk mengajar kemahiran ini.
Manakala hanya satu pertiga daripada pensyarah mengarahkan pelajar bekerja secara bebas untuk
menyelesaikan masalah. Menurut Hmelo-Silver, (2004) pelajar akan belajar fokus kepada perkara kompleks,
berstruktur, masalah sebenar menerusi pendekatan penyelesaian masalah. Pendekatan penyelesaian masalah ini
menyediakan pelajar peluang untuk menimba pengalaman, mengambil risiko dan belajar dari kesilapan yang
lalu. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pensyarah ini kekurangan kemahiran pendekatan penyelesaian
masalah ini. Secara tidak langsung ia akan memberi impak kepada pelajar untuk jangka masa panjang apabila
mereka masuk ke alam kerjaya kelak. Perkembangan kemahiran kognitif ini membolehkan pelajar mempunyai
keupayaan untuk mengadaptasi dengan cepat dalam situasi kerjaya yang sering berubah dan cabaran dalam
kehidupan seharian mereka. Menurut Behar-Horenstein & Niu, (2011) pensyarah boleh menggalakkan
kebolehan kognitif untuk pemikiran kritikal, dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar dengan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang boleh membantu merangsang kreativiti dan inovasi (Kember &
7

Leung, 2005) mereka menerusi penyertaan pelajar secara aktif dalam pengintegrasian maklumat dan pengalaman
baharu dalam pengajaran.
Menurut Linda Darling-Hammond (2008) pembelajaran menerusi inkuiri penemuan, pembelajaran
berasaskan masalah dan reka bentuk berasaskan projek, semua yang mempunyai sifat-sifat yang sama tetapi
berbeza dalam aplikasinya. Kedua-dua penyelesaian masalah dan pembelajaran menerusi inkuiri penemuan
memerlukan pelajar berfikir dengan lebih kritikal. Bennett & Rolheiser (2001) menyatakan bahawa apabila
pendidik tidak menguasai pedagogi maka mereka tidak dapat mengintegrasikan atau menggubal kemahiran
berfikir secara kritikal, kreatif dan penyelesaian masalah (p.326). Kemahiran abad ke-21 memerlukan pelajar
untuk menyelesaikan masalah melibatkan inkuiri penemuan, dan berfikir secara kritis, kreatif dan pada tahap
yang lebih tinggi.
Rujukan
Abell, S. K., Rogers, M. A. P., Hanuscin, D. L., Lee, M. H., & Gagnon, M. J. (2009). Preparing the next
generation of science teacher educators: A model for developing pck for teaching science teachers.
Journal Science Teacher Education, 20, 77-93.
Behar-Horenstein, L. S., & Niu, L. (2011). Teaching Critical Thinking Skills In Higher Education: A Review Of
The Literature. Journal of College Teaching and Learning, 8(2), 25-41.
Bennett, B. & Rolheiser, C., (2001). Beyond monet: The artful science of instructional integration. Toronto,
Ontario : Bookation Inc.
Carlsen,
W.
S.
(1999).
Domains
of
teacher
knowledge.
In
J.
Gess-Newsome
& N. G. Lederman (Eds.), Examining Pedagogical Content Knowledge (Vol. 6, pp. 133-144.). New York:
Kluwer Academic Publishers.
Darling-Hammond, L., (2008). Powerful learning: What we know about teaching for understanding.
Francisco: John Wiley and Sons Publishing.
San
Faridah Karim (2000). “ Strategizing Teaching and Learning of Economic Education in Secondary Schools:
Some Considerations for The New Millenium strategizing Teaching and Learning In The 21st Century. ”
Volume 1. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 249-255.
Fox, M. O. C. (2011). Implementing 21st century skills: A paradox in a traditional world of education?
(3473512 Ed.D.), College of Saint Elizabeth, Ann Arbor. Retrieved from http://search.proquest.com/
docview/895979428?accountid=14645 ProQuest Dissertations & Theses Full Text database.
Gardner, H. (2000). The disciplined mind: Beyond facts and standardized tests, the K-12 education that every
child deserves, NY: Penguin Books.
Gardner, H. (2006). Five minds for the future. Boston, MA: Harvard Business School Publishing.
Geddis, A. N. (1993). Transforming subject‐matter knowledge: the role of pedagogical content knowledge in
learning to reflect on teaching. International Journal of Science Education, 15(6), 673-683.
Hmelo-Silver, C. E. (2004). Problem-based learning: What and how do students learn?. Educational Psychology
Review, 16(3), 235-266.
Ismail, M. Z. (2013). Instructional Media Integration Strategies for Basic Development of Human Capital: An
approach to generate critical and creative minds in teaching and learning process. The Macrotheme
Review, 2(2), 55-64
Ismail, Zain (2014, 13 Januari 2014). Integrasi motivasi, kemahiran berfikir aras tinggi. Utusan Malaysia.
Retrieved from http://www.utusan.com.my/utusan /Pendidikan/20140428/pe_03/Integrasi-motivasikemahiran-berfikir-aras-tinggi
Kember, D., & Leung, D. Y. (2005). The influence of the teaching and learning environment on the development
of generic capabilities needed for a knowledge-based society. Learning Environments Research, 8(3),
245-266.
Lilia Halim & Norlena Salamuddin. (2000). Orientasi akademik: Pendekatan alternatif dalam program
pendidikan guru siswazah di Malaysia. Akademika 56: 47-64.
Moore, B. N., & Parker, R. (2007). Critical thinking (8th ed.). NY: McGraw-Hill.
Noor, S. S. (2009). The integration of pedagogical content knowledge componens in the teaching and learning of
trigonometry. Jurnal Sains dan Matematik, 1(1), 72-83
8

Norlaila Bulat (2006). “ Tahap Kesediaan Kemahiran dan Pengetahuan Pedagogi Guru-Guru PKPG KH Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran KH.”: Projek Sarjana Muda. Tidak diterbitkan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Newby, T.J, Lehman, D.D., & Russell, JD (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning:
Designing Instruction, Integrating Computers, and Using Media . Merrill: New Jersey: Prentice Hall.
Onosko, J.J. & Newmann, F.M. (1994). “Creating more thoughtful learning environment.” In J. Mangieri & C.C.
Blocks (Eds.): Creating powerful thinking in teachers and students diverse perspectives. Fourth Worth:
Harcourt Brace College Publishers
Rotherham, A. J., & Willingham, D. (2009). 21 st century skills: The challenges ahead. Educational Leadership,
67, 16-21.
Sharifah Maimunah, S. Z. & Lewin, K. M. (1993). Insights into science education: Planning and policy priorities
in Malaysia. Research Report: Collaboration between Malaysian Ministry of Education and International
Institute for Educational Planning, Paris: UNESCO
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching; Foundations of the new reform. Harvard Educational Review,
57(1), 1-22.
Siti Faizzatul Aqmal, M. M., & Razali, H. (2011). Pengajaran dan pembelajaran berasaskan ‘Streaming
Video’bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar abad ke-21. Paper presented at the Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Universiti
Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Sternberg, R. J., & Williams, W. M. (1996). How to develop student creativity. Alexandria, VA: Association for
Supervision and Curriculum Development.
Travis, M. G. (2013). Bringing 21st century learning to the high school classroom: Program evaluation on
pedagogical change. (3572461 Ph.D.), University of Hawai'i at Manoa, Ann Arbor. Retrieved from
http://search.proquest.com/-docview/1430302469?accountid=14645 ProQuest Dissertations & Theses
Full Text database
Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st century skills: Learning for life in our times. United State of America: John
Wiley & Sons
Wagner, T. (2008). The global achievement gap: Why our kids don’t have the skills they need for college,
careers, and citizenship and what we can do about it. New York,NY: Basic Books.
9