Meningkatkan Pencapaian and Minat Murid

Pendidikan Sains

12

MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN 4 DALAM
TAJUK PERLINDUNGAN HAIWAN DARIPADA CUACA MELAMPAU
1

Tam Hui Teng
Amir Hamzah Bin Sharaai
1
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
2
Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia
: huiteng_tam@hotmail.com
2

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah buku besar

dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid tahun 4 terhadap tajuk
Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau. Seramai 10 orang
murid dari tahun 4 di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah
Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah dipilih sebagai kumpulan
sasaran. Instrumen pengumpulan data mencakupi ujian (ujian pra dan
ujian pasca), soal selidik dan temu bual. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan min skor yang
signifikan setelah kaedah buku besar diperkenalkan berbanding dengan
pengajaran secara tradisional. Di samping itu, hasil soal selidik dan temu
bual juga menunjukkan rata-rata dalam kalangan kumpulan sasaran
berasa lebih seronok dan berminat terhadap pengajaran sains yang
menggunakan kaedah buku besar. Rumusannya, kaedah buku besar juga
boleh diperkenalkan kepada murid-murid dalam subjek sains selain
daripada subjek bahasa. Kaedah ini harus diperkenalkan dalam kalangan
murid untuk meningkatkan pencapaian dan minat mereka terhadap sains
di samping memupuk budaya membaca.
Kata kunci: kaedah buku besar, pencapaian, minat

PENGENALAN
Menurut Strickland dan Morrow (1990) melalui Mohana Nambiar (1993), buku besar

merupakan buku kanak-kanak yang diperbesarkan saiznya berbanding dengan buku bersaiz
normal. Ia merupakan cara yang paling efektif bagi murid untuk terlibat dalam aktiviti
membaca.
Ciri-ciri istimewa buku besar ini ialah ia mempunyai illustrasi yang menarik, berwarna-warni,
mempunyai kata yang dapat diulang-ulang, mempunyai plot dan mempunyai pola teks yang
berima untuk dapat dinyanyikan (Siti Aisyah & Yohana, 2002).
Dalam pengajian bahasa Inggeris, kaedah buku besar ini merupakan salah satu kaedah yang
digunakan untuk menggalakkan kanak-kanak membaca. Ia biasanya akan dipersembahkan
oleh guru dengan cara bercerita. Guru akan bercerita samping menunjukkan gambar-gambar
dan ayat dalam buku besar. Selepas itu, aktiviti seperti memadankan ayat dengan gambar,
menceritakan semula isi kandungan dalam buku besar tersebut dan sebagainya dijalankan
untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap cerita yang telah dibaca (Nesamalar, C. et. al,
2005).
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

13


Di samping itu, buku besar ini juga merupakan cara yang biasa digunakan dalam aktiviti
membaca bersama (shared reading) yang diperkenalkan oleh Holdaway (1979). Semasa
aktiviti membaca bersama dijalankan, buku besar boleh digunakan untuk meningkatkan lagi
minat murid untuk membaca.
Tambahan, pengajaran dengan menggunakan buku besar dapat membantu membina keadaan
bilik darjah yang selamat dan selesa (Mohana Nambiar, 1993). Tingkah laku dan pencapaian
murid-murid dapat ditingkatkan apabila mereka belajar dalam keadaan tidak tertekan. .
Membaca buku cerita atau mendengar cerita merupakan trend yang tidak pernah ketinggalan
zaman (Choo, V.M., 2005). Ia sesuai diperkenalkan oleh semua golongan tidak mengira
orang dewasa ataupun kanak-kanak. Semua orang terhibur apabila membaca buku cerita dan
ada pula yang berupaya menyatakan semula isi yang terdapat dalam buku cerita itu.
Nani Menon (2010) memberi penjelasan bahawa buku besar yang mempunyai gambargambar menarik dapat merangsangkan pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak. Malahan,
beliau juga mengatakan bahawa gambar boleh menceritakan segala-gala isi kandungan tanpa
mencetakkan teks yang banyak. Justeru, gambar-gambar dapat menerangkan sesuatu topik
dengan lebih berkesan jika berbanding dengan penerangan sahaja. Tambahan pula, muridmurid akan mengingati apa yang mereka telah lihat. Hal ini adalah kerana gambar-gambar
yang mempunyai pelbagai warna dan dapat menarik perhatian murid terutama bagi murid
yang mempunyai kecerdasan penglihatan spatial.
PENYATAAN MASALAH
Saya membuat kajian terhadap topik Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau kepada

murid Tahun 4 adalah kerana murid-murid ini mempunyai masalah untuk mengenal pasti ciriciri yang terdapat pada haiwan yang tinggal di kawasan cuaca lampau dan sukar membezakan
haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan yang terlampau panas dengan haiwan yang tinggal di
kawasan yang terlampau sejuk. Hal ini wujud kerana murid-murid tidak pernah menonton
video atau buku yang berkaitan, contohnya rancangan National Geography. Oleh itu, gambar
diperlukan untuk membantu murid mengenal pasti ciri-ciri istimewa yang terdapat pada
haiwan yang tinggal di cuaca melampau.
Melalui pengalaman saya, saya dapati bahawa murid begitu malas untuk membuat ulangkaji.
Terdapat sesetengah murid tidak membuat kerja rumah yang telah diberikan. Alasan mereka
ialah mereka sudah lupa menyiapkannya dan ada sesetengah murid menyatakan bahawa
mereka adalah tidak faham topik tersebut. Ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak
mempunyai motivasi untuk belajar dan mereka tidak dapat memahami topik yang telah diajar
dengan sepenuhnya.
Selain daripada itu, tempoh tumpuan murid pula didapati singkat. Murid-murid akan hilang
tumpuan dan mula membuat kerja lain apabila mereka mendapati cara pengajaran guru
membosankan. Christkis, D.A. et. al (2004) melaporkan dalam kajian mereka bahawa
pendedahan televisyen kepada kanak-kanak pada awal tahun adalah berkaitan dengan
masalah tumpuan. Semakin panjang masa kanak-kanak menghabiskan masa dengan
menonton televisyen, semakin singkat bagi tumpuan mereka. Akibatnya, guru perlu
memikirkan pelbagai alternatif untuk mengambil perhatian murid dalam kelas dengan
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

14

mengambil kira faktor-faktor yang memainkan perhatian kanak-kanak seperti elemen-elemen
yang terdapat dalam televisyen.
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat dua persoalan dalam kajian ini, iaitu
a) Adakah terdapat perubahan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains
selepas kaedah buku besar diperkenalkan?
b) Adakah kaedah buku besar dapat menarik minat murid berbanding dengan pengajaran
tradisional?
METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan terhadap 10 orang murid tahun 4 di mana markah ujian yang
diperoleh pada ujian awal tahun adalah kurang daripada 45%. Tiga instrument telah
digunakan untuk mengumpulkan data seperti yang ditunjukkan di bawah:
a) Ujian

Ujian pra dan ujian pasca telah diberikan kepada responden untuk menentu perubahan
pencapaian mereka setelah kaedah buku besar diperkenalkan. Item-item dalam ujian pra
dan ujian pasca adalah sama, iaitu 6 soalan objektif dan 2 soalan struktur.
b) Soal selidik
Borang soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian. iaitu bahagian A (4 soalan) dan
bahagian B (6 soalan) yang menyoal tentang kefahaman dan minat responden terhadap
pengenalan kaedah buku besar.
c) Temu bual
6 orang responden dipilih untuk menjalankan sesi temu bual, iaitu 3 orang responden yang
telah meningkat markah terbanyak dalam ujian dan 3 orang responden yang mendapat
peningkatan markah terendah dalam ujian pasca.
Teknik temu bual yang digunakan adalah soalan separa berstruktur. Ia merupakan soalan
khusus yang disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke
atas jawapan yang diberikan (Merriem, 1998)). Langkah pelaksanaan kajian tindakan
telah ditunjukkan di Jadual 1.
Jadual 1: Langkah pelaksanaan kajian
No.
Langkah
Cara pelaksanaan
Buku teks digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri dan tingkah

1. Pengenalan kepada
topik secara
laku haiwan yang boleh membantu mereka daripada tinggal di
tradisional
kawasan yang terlampau panas atau sejuk.
2. Menjalankan ujian-pra Kertas ujian telah diberikan kepada murid-murid untuk
mengenal pasti pencapaian mereka selepas pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
TopikPerlindungan Hawain daripada Cuaca Melampau diajar
3. Pelaksanaan kaedah
buku besar
sekali lagi dengan menggunakan kaedah buku besar.
Kertas ujian pasca diberikan kepada murid-murid sekali lagi
4. Menjalankan ujianpasca
untuk mengenal pasti perubahan pencapaian mereka selepas
kaedah buku besar digunakan.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012


Pendidikan Sains

5.

6.
7.

15

Jadual 1: Langkah pelaksanaan kajian (sambungan)
Menjalankan soal
Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk
selidik
mengenal pasti perasaan mereka terhadap kaedah buku
besar yang digunakan.
Temu bual
6 orang responden dipilih untuk menjalankan sesi temu bual.
Analisis data
Data yang dikumpul dianalisis dan dilaporkan.


Analisis data
a) Ujian

100
90

Markah, %

80
70
60
Ujian Pra
Ujian Pasca

50
40
30
20
10
0

R01

R02

R03

R04

R05 R06 R07
Responden, R

R08

R09

R10

Rajah 1: Markah ujian pra dan ujian pasca responden
Rajah 1 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pasca responden. Rajah ini jelas
menunjukkan bahawa semua responden (N=10) yang telah diberikan pengajaran dengan

menggunakan buku besar adalah terdapat peningkatan pencapaian dalam ujian pasca
berbanding dengan ujian pra. Terdapat tiga orang responden mendapat markah tertinggi
dalam ujian pasca, iaitu sebanyak 90%. Responden yang mendapat peningkatan mendadak
adalah R07, iaitu telah meningkat sebanyak 50% dalam ujian pasca berbanding dengan ujian
pra. Manakala peningkatan pencapaian yang paling sikit dalam kalangan 10 orang responden
adalah R05, iaitu dia hanya telah meningkat sebanyak 10 markah sahaja.

Jadual 2: Perbandingan Nilai Min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian
N
Min
Ujian Pra
10
42.50
Ujian Pasca
10
77.00
Jadual 2 menunjukkan perbandingan nilai min antara ujian pra dan ujian pasca. Pengenalan
buku besar dalam mata pelajaran sains telah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian
ujian murid. Perbezaan nilai min dalam ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh oleh
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan
Pendidik
dikan Sains

16

responden adalah signifikan,
n, iiaitu nilai min responden dalam ujian pascaa ((77.0) adalah lebih
tinggi daripada nilai min dalam
lam ujian pra (42.5). Perbezaan nilai min bagi ujin pra dan ujian
4.5%.
pasca adalah sebanyak 34.5%.
jar dengan hasil kajian Siti Aisyah dan Yohana
ohana Arismanti pada
Hasil kajian ini adalah sejajar
paian murid juga telah meningkat setelah buku be
besar diperkenalkan
tahun 2002 di mana pencapaia
kepada kumpulan sasaran.
n. P
Pengkaji melaporkan bahawa aktiviti mem
embaca cerita dapat
mengembangkan kemampuan
puan berbahasa dan mengajarkan baca-tulis olehh gguru kepada murid
dalam mata pelajaran bahasa.
sa.
b) Soal selidik
i. Bahagian A
Jadual 3: Dapatan Soal Sel
Selidik Mengenai Kefahaman Responden Terha
rhadap Buku Besar
No.
Kenyat
Kenyataan
yataan
Bilangan
Bilangan
responden yangg responden yang
setuju
tidak setuju
telah diajar oleh cikgu
9
1
1. Saya faham apa yang tel
semasa cikgu mengajar
ar ddengan menggunakan
buku besar.
Sebab:
sar adalah senang
9
1
2. Cerita dalam buku besar
difahami.
Jika tidak setuju, tulisk
tuliskan
liskan sebabnya:
menggunakan buku besar
8
3
3. Belajar sains dengann me
dapat membantu saya m
menghadapi
peperiksaan.
ula iisi kandungan yang
6
4
4. Saya dapat ingat semula
terdapat dalam buku besa
besar berbanding dengan
buku teks.
Jadual 3 di atas merupakan
kan dapatan soal selidik mengenai kefahamann responden (N=10)
terhadap buku besar.

22%
Setuju

78%

Tidak Set
Setuju

Rajah 2: Dapatan keseluruha
uhan dalam soal selidik mengenai kefahamann re
responden terhadap
pengenalan kaedah buku besar
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

17

Rajah 2 menunjukkan dapatan keseluruhan dalam 4 soal selidik yang berkaitan dengan
kefahaman responden terhadap pengenalan buku besar. Dengan merujuk kepada keempatempat soalan soal selidik ini, terdapat 78% orang responden adalah bersetuju bahawa
pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar dapat meningkatkan kefahaman mereka
berbanding dengan pengajaran secara tradisional. Manakala, bakinya, iaitu 22% orang
responden memilih tidak setuju dengan kenyataan ini. Secara keseluruhannya, nisbah
responden yang setuju dengan pengenalan buku besar dapat meningkatkan kefahaman
mereka adalah lebih tinggi daripada nisbah responden yang tidak setuju.
Peningkatan pencapaian murid-murid dalam kajian menunjukkan pengajaran dengan
menggunakan buku besar dapat membantu murid untuk memahami dan ingat isi pelajaran
yang telah dipelajari berbanding dengan pengajaran tradisional. Keputusan soal selidik ini
menunjukkan kebanyakan responden adalah setuju bahawa cerita dapat meningkatkan
kefahaman mereka. Menurut Gree, M.C. (2004) dalam artikelnya, cerita dapat membantu
membentukkan imej yang jelas kepada pembaca di samping untuk membantu dalam
pengingatan semula isi. Hal ini adalah kerana cerita telah mewujudkan konteks dalam sesuatu
situasi yang dapat membantu murid untuk menghubungkaitkan konsep yang perlu dipelajari.
Cerita dapat menghubungkaitkan pengalaman lama dengan pengalaman yang baru (Frisch,
J.K. & Saunders, G., 2008), dengan ini pembelajaran berlaku dan pengetahuan baru senang
diingati. Menurut kajian mereka, murid-murid dapat menerima konsep yang lebih banyak
apabila mereka mendengar cerita. Secara tidak langsung, pencapaian murid akan meningkat
akibat penerimaan maklumat yang lebih banyak. Hal ini adalah sejajar dengan hasil kajian ini
di mana terdapat peningkatan pencapaian murid dalam ujian setelah kaedah buku besar
diperkenalkan.
Di samping itu, hasil kajian ini yang menunjukkan pengenalan buku besar telah memberikan
kesan pencapaian yang positif kepada murid-murid juga disokong oleh Jaimah (2007) yang
menyatakan bahawa kemahiran bercerita seperti menggunakan teknik buku besar, bercerita
boneka dan bercerita main peranan dapat meningkatkan prestasi murid dalam pelahiran idea
atau pendapat dalam bahasa Melayu. Hasil kajian daripada Lina dan Erlin Isnaning (2010)
juga menunjukkan terdapat peningkatan kemampuan murid bercerita dengan berpandukan
buku besar. Buku besar menarik hati murid dan meningkatkan motivasi mereka untuk
mellibatkan diri dalam pembelajaran, maka pencapaian murid dapat ditingkatkan.
ii.

Bahagian B

Jadual 4: Dapatan Soal Selidik Mengenai Minat Responden Terhadap Buku Besar
No.
Kenyataan
Bilangan
Bilangan
responden
responden
yang setuju
yang tidak
setuju
10
0
1. Saya sangat suka cara cikgu mengajar dengan
menggunakan buku besar.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan
Pendidik
dikan Sains

2.

3.
4.
5.

6.

18

Jadual 4: Dapatan Soal
oal S
Selidik Mengenai Minat Responden Terhadap
dap Buku Besar
(sambungan)
Sebab-sebab:
Saya lebih minatt cikgu mengajar mata
10
0
pelajaran sains deng
dengan
ngan menggunakan buku
besar berbanding denga
dengan buku teks.
Cerita dalam buku besa
besar menarik hati saya
10
0
untuk belajar.
Gambar yang terdapat
pat dalam buku besar dapat
9
1
menarik hati saya.
Saya akan baca semul
semula
mula buku besar tersebut
9
1
walaupun bukan bertuj
bertujuan
rtujuan untuk menghadapi
peperiksaan.
Saya berharap cikguu aakan menggunakan buku
8
2
besar untuk mengajar
ar sa
sains bagi topik yang
seterusnya.

Jadual 4 menunjukkan dapata
patan responden terhadap minat dalam buku besa
besar melalui borang
soal selidik.

7%

S
Setuju

93%

uruhan dalam soal selidik mengenai minat respond
sponden terhadap
Rajah 3: Dapatan keseluruha
pengenalan kaedah buku besar
ukkan dapatan keseluruhan dalam soal selidik
dik mengenai minat
Rajah 3 di atas menunjukka
nalan kaedah buku besar. Secara keseluruha
uruhannya, peratusan
responden terhadap pengena
%) dengan pengenalan kaedah buku besarr m
memberi maanfaat
responden yang setuju (78%
fahaman adalah lebih tinggi daripada peratusa
usan responden yang
kepada mereka dari segi kefaha
tidak setuju (22%). Ia menunj
nunjukkan responden-responden adalah mem
emberi respons yang
positif terhadap kefahamann me
mereka setelah kaedah buku besar diperkenalka
lkan oleh guru.
c) Temu bual
Hasil temu bual menerangkan
kan pengajaran buku besar dapat menarik hati da
dan minat responden
untuk belajar. Sebab mereka
ka suk
suka akan buku besar ialah buku besar telah
ah menyampaikan isi
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

19

pengajaran melalui cerita, mudah difahami, tulisannya besar dan gambar-gambar yang
dianggap cantik, berwarni-warni dan mempunyai tetingkap yang boleh dibuka.
Dalam kajian ini, cerita merupakan salah satu punca untuk menarik minat murid terhadap
pengajaran guru dengan menggunakan buku besar. Ia adalah selaras dengan hasil kajian
daripada Begoña Illán Martínez, 2007. Dalam perbincangan beliau, murid-murid adalah suka
dengan cerita dan mereka berterus-terus bertanya mengenai jalan cerita yang seterusnya.
Responden suka akan guru mengajar dengan menggunakan buku besar berbanding dengan
buku teks kerana ia mudah difahami. Menurut Loukin, N (2006), gambar-gambar dalam
cerita berhubungkait dengan ayat-ayat yang hendak disampaikan, maka murid lebih mudah
memahami sesuatu konsep. Ia disokong oleh dapatan kajian daripada Ibraheem Saeed AlJa’afari pada tahun 2009 di mana gambar-gambar dapat membantu murid untuk menjelaskan
sesuatu perkataan dengan ringkas.
Tambahan, cerita mempunyai satu siri peristiwa yang dihubungkan bersama (Brady, P &
Saliklis, E., 2009 di mana ia mempunyai plot yang melibatkan permulaan, perkembangan,
klimaks dan penutup. Ia menghubungkaitan konsep dari satu peringkat ke satu peringkat.
Akiviti daripada saling kait antara peristiwa dan konsep dalam cerita, mengingati satu
bahagian dalam sesuatu cerita dapat membantu mengingatkan bahagian-bahagian lain dalam
cerita tersebut seperti yang dinyatakan oleh Menurut Green, M.C. pada 2004.
Nani Menon (2010) mengatakan bahawa buku besar membenarkan semua kanak-kanak
melihatnya dengan jelas walaupun bilangan murid ramai dalam kelas. Hal ini dapat
dijelaskan sama seperti responden yang menyatakan bahawa tulisan dalam buku besar adalah
besar.
Ilustrasi dalam buku besar menarik hati semua peserta (Choo, V.M., 2005). Melalui sesi
temu bual dalam kajian ini, responden-responden adalah suka dengan gambar-gambar yang
terdapat dalam buku besar. Mereka tertarik kerana mereka menganggap ia berwarna-warni
dan menarik. Salah seorang responden juga mengatakan bahawa dia suka gambar-gambar
dalam buku besar kerana terdapat ekspresi muka pada haiwan-haiwan dan ia nampak lucu.
Hasil kajian daripada Ibraheem Saeed Al-Ja’afari (2009) juga menyokong bahawa gambargambar adalah menarik hati murid dan ia membantu murid untuk menumpukan perhatian
dalam pembelajaran
Melalui laporan kajian Jaimah dan Zakaria (2007), ia melaporkan bahawa murid-murid dapat
memberi tumpuan yang lebih tinggi semasa pengajaran dengan menggunakan bercerita
bersama buku besar berbanding dengan teknik pengajaran tanpa menggunakan bercerita.
Tambahan, lebih ramai murid telah memberi pendapat dan menyatakan kembali fakta yang
diberikan oleh guru berbanding dengan pengajaran kaedah kuliah. Hasil kajian yang sama
juga ditunjukkan dalam penyelidikan ini di mana responden-responden menyatakan mereka
dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar dengan menggunakan buku besar kerana
mempunyai cerita dan gambar yang cantik.
Di samping itu, penglibatan pelajar dengan membuka tertingkap ini mewujudkan satu sesi
interaktif antara guru dan murid. Menurut Green, M.C. (2004), bercerita dapat meningkatkan
perhubungan antara guru dan murid di mana mewujudkan iklim bilik darjah yang positif.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

20

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar dapat membantu murid
dalam peningkatan pencapaian dan minat mereka untuk belajar sains berbanding dengan pengajaran
secara tradisional. Cerita merupakan satu teknik pengajaran yang amat terpengaruh untuk mengajar
murid-murid sekolah. Ia dapat meningkatkan keseronokan, motivasi, perasaan ingin tahu dan
imaginasi mereka dalam pembelajaran. Di samping itu, keperluan emosi, kognitif dan psikososial
murid dapat dipenuhi secara menyeluruh (Malkina, 1995).
Pada pendapat saya, pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar meningkat lagi
keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Gambar-gambar yang menarik dan tulisan teks
yang besar dan ringkas dalam buku besar dapat membantu murid untuk memahami cerita dan isi
pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.
Di samping itu, pengajaran dengan menggunakan kaedah buku besar telah mewujudkan satu keadaan
di mana murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan. Secara tidak
langsung, pencapaian murid dapat ditingkatkan.

RUJUKAN
Amna Ali Al-Ma’mari. (2009). Using Big Book and PowerPoint in Storytelling. Ministry of
Education, Sultanate of Oman, 24, 148 – 155.
Azhad Nilam. (July 9, 2009). PPSMI Dimansuh 2012. Retrieved March 27, 2011, from
http://eputra.com/ppsmi-dimansuh-2012/
Begoña Illán Martínez. (2007). A story-based approach to teaching English. Encuentro 17,
2007, pp. 52-56.
Brady, P & Saliklis, E. (2009, October 18-20). The Structure of a Story. Retrieved
September 28, 2011, from
http://digitalcommons.calpoly.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1038&context=aen_fac
Choo, V.M. (2005). Stories and Inquiry across the Curriculum. Jurnal Pendidikan GERAK
2005, 17, 1 – 6.
Emi Puwanti. (2011). Upaya Peningkatan Motivasi Belajar Membaca Melalui Media Big
Book Di Ba Aisyah Bakipandeyan 02 Sukoharjo Kelompok B. Retrieved 17, September,
2011, from http://etd.eprints.ums.ac.id/13500/
Frisch, J.K., & Saunders, G. (2008). Using Stories in an Introductory College Biology Course.
JBE, 42(4), 164 – 169.
Green, M.C. (2004). Storytelling in Teaching. Retrieved August 28, 2011, from
http://www.psychologicalscience.org/observer/getArticle.cfm?id=1562
Ibraheem Saeed Al-Ja’afari. (2009). Using Picturees in Teaching Vocabulary in Grades 5 and
6 Classrooms. Ministry of Education, Sultanate of Oman, 14, 132 – 139.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Pendidikan Sains

21

Jaimah Abdul Manaf & Zakaria Amin. (2007). Peningkatan Kemahiran Lisan Melalui Teknik
Bercerita: Suatu Kajian Tindakan dalam Kalangan Murid Prasekolah Institut Perguruan
Perempuan Melayu Melaka. Warcana Intelektual XIII, 13, 11 – 34.
Loukia, N. (2006). Teaching Young Learners Through Stories: The Development of a Handy
Parallel Syllabus. The Reading Matrix, 6(1), 25-40.
Mohana Nambiar. (1993). Early Reading Instruction – Big Books in the ESL Classroom. The
English Teacher, 22.
Nesamalar, C, Saratha, S, & Teh, S.C. (2005). Reading: The Big Book approach. In ELT
Methodology Principles and Practices (pp 103 -105). Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar.
Siti Aisyah & Yohana Arismanti. (2002). Penggunaan Buku Besar (Big Book) dalam
Mengembangkan Kemampuan Berbahasa Anak (Dengar – Cakap – Baca – Tulis) di
Taman Kanak-kanak. Journal Pendidikan, 3(1).
Siti Zarinah Sahib. (2010). Buku Cerita Saiz Besar Lebih Menarik. MyMetro. Retrieved from
http://www.hmetro.com.my/articles/Bukuceritasaizbesarlebihmenarik/Article
Teijlingen, E. R. V., & Hundley, V. (2001). The important of pilot study. Social Research
Update, 35
Umi Faizah. (2009). Keefektifan Cerita Bergambar untuk Pendidikan Nilai dan Keterampilan
Berbahasa dalam Pembelajaran Bahasa Indonesia. Cakrawala Pendidikan, XXVIII(3),
249-256.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 20 September 2012

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

ANTARA IDEALISME DAN KENYATAAN: KEBIJAKAN PENDIDIKAN TIONGHOA PERANAKAN DI SURABAYA PADA MASA PENDUDUKAN JEPANG TAHUN 1942-1945 Between Idealism and Reality: Education Policy of Chinese in Surabaya in the Japanese Era at 1942-1945)

1 29 9

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

Improving the VIII-B Students' listening comprehension ability through note taking and partial dictation techniques at SMPN 3 Jember in the 2006/2007 Academic Year -

0 63 87

The Correlation between students vocabulary master and reading comprehension

16 145 49

Improping student's reading comprehension of descriptive text through textual teaching and learning (CTL)

8 140 133

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

Strategi Meningkatkan Nasabah Pada Bmt Usaha Mulya Pondok Indah

10 95 68

Transmission of Greek and Arabic Veteri

0 1 22

Peranan Komunikasi Antar Pribadi Antara Pengajar Muda dan Peserta Didik Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar ( Studi pada Program Lampung Mengajar di SDN 01 Pulau Legundi Kabupaten Pesawaran )

3 53 80