NASI GORENG DAGING MERAH (1)

NASI GORENG DAGING MERAH
Bahan untuk daging merah:


200 gram daging



pewarna merah



1 senduk minyak masak



1 inci halia, hiris nipis



3 ulas bawang putih, diketuk




5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit



1/4 cawan cili kisar



2 sudu besar sos tomato



1 sudu besar sos tiram



1 sudu besar sos ikan




2 helai daun limau purut



3 batang kacang panjang, potong 2 inci



4 biji jagung muda, potong memanjang



sedikit tepung jagung



Karot, potong memanjang


Bahan untuk nasi goreng:


4 cawan nasi



Sayuran campur atau mixed vegie



2 sudu besar cili kisar



1/2 ketul kiub ayam




1 biji telur



2 ulas bawang putih, hiris nipis



3 biji bawang merah, hiris nipis



Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan: Cara untuk memasak daging merah:
1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging
untuk kuah.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu
garing. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik
bau.
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang
dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung
jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung.
Angkat dan hidang.
Cara untuk memasak nasi goreng:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau
sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit
keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
NASI AYAM
Bahan untuk ayam (direbus) :


1 ekor ayam dipotong 8




2 ulas bawang putih, ditumbuk halus



2 cm halia, ditumbuk halus



1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :


1 sudu besar kicap pekat



1 sudu besar sos tiram




1 cm halia, ditumbuk halus



2 ulas bawang putih, ditumbuk halus



1 sudu besar kicap cair



Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:



3 cawan beras



4 cawan air rebusan ayam



2 sudu besar butter



1 cm halia ditumbuk halus



3 ulas bawang putih ditumbuk halus




Sedikit garam



2 bunga lawang*



4 buah pelaga*



1 kayu manis*



1 batang serai ketuk




2 helai daun pandan



Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:


5 biji cili merah



3 ulas bawang putih



2 cm halia




1 sudu besar cuka



1 sudu teh garam



1 sudu teh gula



1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:


Air rebusan ayam



1 biji bawang besar, dikisar



Rempah sup bunjut



Garam



Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:


Kuah kicap perapan ayam di atas



Kicap manis cap kipas udang



Sedikit garam



Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Cara untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg
diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap
untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan
dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta
bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik
aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan
masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun
sup.
Cara untuk memasak sos:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum
dihidang.
Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan
mudah hancur ketika menggoreng.

TOMYAM
Bahan untuk tomyam paste:


15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus



1 biji bawang besar, hiris kasar



5 ulas bawang putih, hiris kasar



2 inci lengkuas. hiris kasar



2 inci halia. hiris kasar



5 helai daun limau purut, hiris kasar



1 sudu besar serbuk ketumbar



2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut



1 cawan air asam jawa



2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)



2 batang serai. hiris nipis



2 sudu besar sos ikan Thai



1 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk kuah Tomyam:


3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )



isi ayam, bahagian dada dihiris nipis



udang, dibuang kepala



sotong, potong ikut kesukaan anda



1/2 batang karot



1 biji tomato, potong 4



cendawan tiram, jika suka



1 batang serai



4 helai daun limau purut



10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus



2 sudu besar sos ikan



2 biji limau nipis, ambil jus



tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)



sedikit daun ketumbar



1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:
Cara untuk tomyam paste:
1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender
sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas
api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah
minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
Cara untuk masak tomyam:
1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak
di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan
masak seketika hingga karot sedikit lembut.
2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang
holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan
garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Tips:
Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong
juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang
mendidih
IKAN 3 RASA

Bahan untuk menggoreng ikan:


1 ekor ikan siakap



2 sudu besar tepung jagung



Sedikit garam



Sedikit Kunyit

Bahan untuk kuah:


4 ulas bawang putih, dicincang halus



3 biji bawang merah, dicincang halus



1 inci halia, dicincang halus



1 biji bawang besar dipotong bulat



1 biji tomato dipotong dadu



1 batang bunga kantan, dihiris nipis



1 batang halia, dititik



6 biji cili padi , dihiris nipis



1 biji cili merah, dihiris nipis



2 sudu besar cili kisar



4 besar sos cili



3 sudu besar sos tomato



1 sudu besar sos tiram



1 sudu besar sos ikan



2 helai daun limau purut



Garam dan gula secukup rasa



Dain bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:
1. Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng
dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili
kisar sehingga pecah minyak.

3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga
kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
5. Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
6. Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
7. Hiasakan dengan daun bawang.

OMELETTE TELUR
BAHAN-BAHAN


3 biji telur



3 sudu besar susu Full Cream



sedikit garam



keju parmesan/mozarella (optional)



minyak zaitun

Bahan untuk filling:


1/3 cawan daging kisar



1/2 biji kentang, diparut kasar



capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis



1/2 biji bawang, dihiris nipis



1/4 sudu kecil serbuk lada hitam



sedikit garam

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar
sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau
sehingga daging masak dan kering airnya.
2. Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat
dan sejukkan.
3. Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan
telur tadi. Masak di atas api yang perlahan. Kacau dan balik-balikkan di tengah

bahagian telur yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan
filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi
mudah. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap
bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.
Tips:
Cara untuk mengalihkan telur supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan
pinggan di permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan perlahan
longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah permukaan yang satu lagi.

SALAD AYAM
Bahan-Bahan:


2 ketul ayam (bahagian dada)



1 sudu kecil serbuk cayenne



1 sudu kecil serbuk paprika



1 ulas bawang putih



1/2 sudu kecil serbuk lada hitam



2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)



sedikit garam



Mixed salad leaves



Dressing:



Dijon mustard



1/2 perahan jus lemon



sedikit garam, gula dan pepper

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.
2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan
garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)
3. Taburkan serbuk cayenne, paprika, parutan bawang putih, serbuk lada hitam,
minyak zaitun dan sedikit garam.
4. Perap selama minimum satu jam.
5. Dalam bekas berasinga, rendam mixed salad dalam air sejuk. Biarkan seketika.
6. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau
sehingga keperangan dan masak. Apabila sejuk, hiris nipis.
7. Toskan salad dan potong kasar.
8. Campurkan ayamyg dihiris nipis, salad dan dressing. Sedia dihidang.
9. Nota: Anda boleh menggunakan 'ready made' salad dressing yg dijual dipasaran
sebagai ganti.
IKAN BAKAR

Bahan2nya:
2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
daun pisang atau aluminum foil
Semua bahan di mesin sehingga halus.
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 biji lada merah
2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut
Caranya:
Ikan siakap dibesihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam.
Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang

sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam
berlumpur ikannya.
Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan
Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah gareng tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan
bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam
ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill
selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas
ikan
NASI MINYAK
3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan
3 ½ cawan air
1 sudu besar kismis
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar planta
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil pewarna kuning limau
Bahan b (bahan tumisan)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk kasar)
1 inci halia (di ketuk kasar)
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara Masakan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah
dan Sedap:1. Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau sehingga rata
3. Masukkan air, kismis dan garam. Gaul sekali lagi sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan kesemuanya ke dalam periuk elektrik.
5. Masukkan susu cair dan masak seperti nasi biasa.
6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama acar timun dan ayam masak merah.

*Tips tambahan:- masukkan 1 sudu sunquick untuk mendapatkan nasi yang cantik
dan tidak berketul-ketul.