ANALISIS TEKS PERBUALAN LAWAK HUMOR SATU

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

ANALISIS TEKS PERBUALAN LAWAK “HUMOR”: SATU PENELITIAN
SOSIOLINGUISTIK KUALITATIF

Nurul Shahida Jamil
nurulshahidajamil@gmail.com

Humour by Malay language given meaning as entertain but on the same time, it also brings
pragmatic meaning. On this framework, I was concentrated on analysis conversation texts acted by
famous humourist in Malaysia. They were known as JOZAN; it was combination names between
Johan Raja Lawak and Zizan Raja Lawak. Recently, on February 2012, one comedy show named as
“Lawak ke der” was held in Istana Budaya and JOZAN was a part of them. Their story surrounding
on the last examination tragedy when the bully was a Malay school boy named as Ismail or Mail
Lambung and the sufferer was a Chinese boy named as Kuat Kin Chen or Ah Chai. Many of humour
scenes had them performed until they make a promise to meet again on the same area after ten
years. Then, after ten years, they met for each other but Kin Chen no longer a sufferer instea d he
became a gangster same like Ismail. The aim of this analysis is investigate pragmatic meaning on
humour Malay language using qualititative sociolinguistic approach. The analysis had shown that
humour language is not urged to defend itself but also to bully back to other. So that, I was

concerned to know how humour language can be the one of politeness or no. Data was acquired
using electronic technology through downloading JOZAN part on youtube. Methodology on this
analysis had used interaction approach and also using paradigm ethnomethodology. Data was
analysis by using discourse text analysis with focused on Grice cooperative principle (1975), speech
act Austin (1962) and Searle (1969), Lakoff politeness (1975) and Brown and Levinson (1978). As a
result, humour by using language was a part of a politeness if consume utterance in positive way and
the culture of humouring is defend self from suffered and so on.

1.0 PENDAHULUAN
*

Nurul Shahida binti Jamil, pelajar tahun akhir siswazah di Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

Trudgill (1974:32) menyatakan bahawa “sociolinguistics is that part of linguistics which is
concerned with language as a social and cultural phenomenon. It investigates the field of language
and society and has close connections with the social sciences, especially social psychology,

anthropology, human geography and sociology”. Ertinya, sosiolinguistik adalah sebahagian daripada

ilmu linguistik yang menekankan bahasa sebagai fenomena sosial dan budaya. Bidang ilmu ini
mengenalpasti bahasa dan masyarakat dan dalam masa yang sama turut mempamerkan hubungan
yang erat dengan ilmu sains sosial yang lain terutamanya dalam bidang psikologi sosial, antropologi,
geografi kemanusiaan dan sosiologi. Skop ilmu sosiolinguistik juga meluas dan oleh kerana itu, Ajid
Che Kob (1990:920) melihat kandungan buku-buku pengantar ataupun buku-buku pengenalan bagi
menetapkan konsep ilmu yang dimiliki oleh ilmu ini. Pendek kata, kajian sosiolinguistik ini boleh
menerapkan kaedah kualitatif atau kuantitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual
langsung atau tidak langsung, menggunakan soal selidik dan sebagainya. Begitu digambarkan
mengenai meluasnya ilmu sosiolinguistik melalui pengkaedahan dan teknik yang boleh diaplikasikan
apabila mendalami bidang ilmu ini.
Namun, apa yang pasti, kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini adalah sedikit berbeza
dengan kajian sosiolinguistik yang menerapkan penggunaan soal selidik, kaedah pemerhatian
ataupun temubual kerana kajian ini menumpukan penelitian sosiolinguistik secara menerapkan
penelitian secara pendekatan interaksi atau interaction studies menggunakan analisis perbualan
melalui lakonan sketsa yang menggunakan genre lawak atau humor ini. Kotthoff (2011:315) melalui
karya the SAGE handbook of Sociolinguistics, menyatakan kaedah analisis interaksi boleh dilakukan
secara “…ethnography of communication and interactional sociolinguistic, ethnomethodology and
conversation analysis, discourse analysis and gender studies ” (2011:316). Selain itu, pengkaji


menggunakan paradigma analisis wacana serta etnometodologi dan analisis perbualan dalam
kerangka pendekatan metodologi sosiolinguistik kualitatif. Maka, kajian ini menumpukan kepada
menganalisis dialog perbualan lawak dalam pementasan sketsa komedi yang dilakonkan oleh Johan
Raja Lawak dan Zizan Raja Lawak (JOZAN) dengan menerapkan kaedah analisis teks di bawah
kerangka sosiolinguistik dalam memerhatikan penggunaan bahasa secara analisis interaksi.
1.1 KONSEP KAJIAN
Bahasa kolokial atau bahasa perbualan seharian digunakan sebagai alat atau medium perantaraan
bahasa. Interakasi antara penutur dan pendengar berlangsung secara sistematik yakni manusia itu
sendiri telah disetkan bilamana mahu bercakap dan bilamana mahu mendengar. Selain itu, fungsi
bahasa lisan bukan dilihat sebagai alat untuk menyampaikan wahana hiburan semata-mata. Malah,
terdapat juga unsur pertuturan yang bersifat tidak langsung yang berjaya ditonjolkan dalam teks

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

perbualan jenaka ini. Dengan kata yang mudah, sesuatu lakonan berkeupayaan membawa pelbagai
ragam mesej dengan hanya menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian dan dalam masa
yang sama menerapkan elemen-elemen yang dapat menggambarkan budaya masyarakat, tingkah
laku secara perbuatan mahupun penggunaan berbahasa.

Lawak boleh dianggap dan ditakrifkan sebagai jenaka, kelakar dan perbuatan yang
menggelikan hati manakala melawak pula adalah satu perbuatan atau membuat sesuatu yang
menggelikan hati atau berjenaka. Dalam kajian ini, apa yang akan ditekankan adalah mengenai unsur
penggunaan bahasa yang dimainkan oleh watak pelajar sekolah menengah yang berkontra di antara
pembuli iaitu seorang pelajar Melayu dengan yang dibuli iaitu seorang pelajar Cina. Hal ini
ditonjolkan oleh permainan bahasa oleh watak yang sering dibuli yang mempertahankan dirinya
dengan menggunakan bahasa tersirat terhadap orang yang membulinya.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian ini dikatakan muncul akibat daripada persoalan yang membelenggui fikiran
mengenai adakah budaya buli-membuli yang menggunakan kata-kata perli-memerli dianggap satu
ciri kesantunan berbahasa? Di samping itu, adakah budaya melawak dalam masyarakat berbahasa
juga boleh diiktirafkan sebagai sebahagian daripada ciri kesantunan bahasa? Perbuatan melawak itu
sendiri sebenarnya bukan hanya ingin menghiburkan hati semata-mata, malah dengan melawak juga
seseorang boleh menjadi marah, berasa, kecewa, sedih dan sebagainya. Oleh yang demikian, amat
bersesuaian jika pengkaji mengkaji penggunaan bahasa melawak melalui pementasan sketsa yang
dilakonkan oleh pelawak yang terkenal pada masa kini. Kajian yang dijalankan ini juga lebih mirip
dengan analisis wacana kerana kajian ini mengkaji teks perbualan melawak dengan menggunakan
pendekatan kualitatif. Selain itu, kajian ini menganalisis data dengan menerapkan model-model
kesantunan berbahasa seperti prinsip kerjasama Grice, Model Lakoff (1973), Leech (1983) dan
model Brown dan Levinson.

1.3 METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah menerapkan kaedah kualitatif ke arah membina hubungan yang harmoni antara
pengumpulan data, analisis dan teori yang diaplikasikan. Kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif
adalah berbeza dan hal ini boleh dibuktikan berdasarkan kenyataan ini bahawa “…features of
quantitative research, that its results can be summarized in numbers most often arranged in tables;
those of qualitative research require verbal expressions ” (Have 2004:5). Dengan kata lain, kaedah

kuantitatif memerlukan persampelan dalam pengumpulan data manakala kaedah kualitatif mengkaji

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

makna yang tersirat, mengkaji interpretasi yang pelbagai sifat, kaji bahasa konotasi dan sebagainya.
Sesungguhpun pengkaji menerapkan kaedah kualitatif, kajian ini sebenarnya tidak melibatkan kerja
di lapangan kerana data diperolehi secara dimuat turun melalui youtube.
1.3.1

Pengumpulan Data

Dalam pengumpulan data pula, kajian ini menggunakan paragdima etnometodologi iaitu sebuah

kajian tentang kehidupan masyarakat sosial yang memfokuskan kepada eksplorasi secara implisit.
Dengan kata lain, etnometodologi ditakrifkan sebagai implikasi konsep bagaimana untuk mengkaji
kehidupan sosial. Menurut Francis dan Hester (2004:20) etnometodologi adalah “…conception of
sociology based on particular way of thinking about society, language and social interaction ”.

Maka, etnometodologi dilihat lebih erat dengan kajian ini kerana meneliti aspek masyarakat, bahasa
dan interaksi sosial walaupun sebenarnya paragdima ini digunakan dalam bidang ilmu sosiologi.
Menurut Wardhaugh (1986:243), “… Ethnomethodology is that branch of sociology which in
concerned, among other things, with talk viewed in this way. Ethnomethodologist are interested in
the process and techniques that people use to interpret the world around them and to interact with
that world”. Ertinya, etnometodologi yang sebahagian daripada sosiologi berminat dalam proses dan

teknik penggunaan masyarakat untuk mentafsir keberlangsungan dunia dan untuk bertindak sejajar
dengannya. Tambahnya lagi, (1986:244), ethnometodologi memerihalkan makna dan aktiviti yang
bermakna sebagai satu pencapaian masyarakat apabila mereka berhubung secara sosial. Malah,
maklumat common sense yang bermacam jenis boleh terdiri daripada pemahaman, resipi, maksim
dan kebermaknaan yang digunakan dalam kehidupan seharian sekaligus melibatkan juga jenis
masyarakat, objek dan peristiwa sebagai contoh di antara perbualan pelajar dengan pensyarah, bilik
darjah, makmal dan sebagainya. Kajian ini tidak menggunakan data rakaman perbualan secara
langsung kerana dari segi lakonan drama, filem atau pementasan sketsa juga boleh menonjolkan

masyar akat bahasa. Selain itu, kaedah lakonan ini menggunakan olahan situasi bertulis, yakni skrip
dialog yang diciptakan dan kemudiannya dilakon mengikut penghasilan skrip lakonan untuk
menghidupkan situasi yang sebenarnya. Di samping itu, kajian ini dapat menjimatkan kos dan masa
kerana data dikumpul secara menggunakan teknologi media elektonik yang moden pada era ini.
1.3.2

Latar Belakang Penceritaan Sketsa JOZAN dalam Lawak Ke Der

Cerita bermula apabila Kin Chen yang bermonolog sendiri menyatakan dia sudah tamat SPM dengan
melaungkan dari atas sebuah bangunan perumahan. Namun, Ismail datang mencarinya dengan
tergesa-gesa kerana dia tidak dapat menjawab soalan peperiksaan yang terakhir itu. Lantas, Ismail

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

memaksa Kin Chen menjawab soalan bagi pihaknya. Setelah itu, Ismail memaksa Kin Chen menulis
surat untuk Sui Ling, seorang wanita Cina dan merupakan sepupu kepada Kin Chen. Ismail sangat
mencintai Sui Ling tetapi tidak tahu menulis surat kepadanya dalam bahasa Cina lantas memaksa
Kin Chen berbuat demikian. Selepas itu, Ismail dan Kin Chen mula menjalinkan persahabatan kerana
Kin Chen banyak menolong Ismail dan mereka membuat perjanjian untuk berjumpa di atas

bangunan yang sama 10 tahun kemudian. Selepas 10 tahun, keadaan cerita berubah dan menyaksikan
Kin Chen menjadi “Along” sementara Ismail pula menjadi samseng. Malah, kedua-duanya menjadi
samseng besar di Kuala Lumpur. Pengakhiran cerita mereka menjadi kawan semula dalam satu
kumpulan samseng yang sama. Terdapat tiga buah lagu yang diselitkan dan begitu juga
dipertonjolkan juga konflik demiki konflik dalam slot lakonan Jozan. Kesimpulannya, lakuan
berbahasa mereka dilihat berjaya menciut hati para penonton dengan adegan spontan, guna bahasa
tersirat dan sebagainya.
1.3.3

Kaedah Pemaparan dan Analisis Data

Data dipaparkan dengan menggunakan analisis teks perbualan dialog yang menerapkan konsep bock
(1964) yang dipetik daripada Alias (1991). Konsep itu dinamakan sebagai situasi sosial dan
bentuknya adalah seperti yang berikut:
SITUASI “KELAS”
Ruang: Bilik darjah

Masa: Perjumpaan Kelas
Peranan : + guru
+ murid

± murid-guru
Selain itu, data dianalisis dengan melihat interaksi dua pihak antara penutur dan pendengar di
samping topik apa yang digunakan sepanjang perbualan dialog berlangsung. Analisis data juga
menerapkan konsep Hymes (1972) yang dipetik daripada buku sosiolinguistik suatu pengantar
(1995:62) yang menggunakan akronim SPEAKING yang mewakili setting, participant, end: purpose
and goal, act sequences, instrumentalities, norm of interaction dan genres. Di samping itu, analisis

data hanya dilakukan pada tahap mikro yang memperlihatkan situasi sosial yang tidak kompleks dan
rumit atau dengan kata lain situasi kongruen.
1.4 ANALISIS DATA TAHAP MIKRO
1.4.1

Penggunaan Kod

Kod merupakan sistem lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia yang lebih dikenal
dengan bahasa (Hetti dan Idris 2011:24). Penggunaan kod yang digunakan dalam perbualan antara
Ismail dan Kin Chen adalah menggunakan bahasa konotasi. Namun demikian, disebabkan Kin Chen

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.


berbangsa cina, maka diperlihatkan adanya percampuran kod bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris. Antara bentuk leksikal yang banyak digunakan adalah seperti kata ganti nama diri you,
girlfriend, reject, last paper, handphone dan sebagainya. Terdapat juga beberapa babak yang

memperlihatkan adanya pembauran kod di antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina. Walaupun
pertuturan bahasa Cina digunakan secara merepek namun penggunaan bahasa tersebut telah memberi
kesan kepada penonton kerana mereka geli hati dengan lakuan bahasa Cina yang ditutur secara ikut
suka hati sahaja. Berikut adalah contoh teks perbualan yang memperlihatkan adanya penggunaan
percampuran kod dan pembauran kod.
Data 1:
Pada ayat (1) dalam perbualan di bawah didapati bahawa penutur, yakni Ismail telah bertutur dalam
bahasa Cina. Pengkaji yakin bahawa apa yang dituturkan itu tidak membawa makna semantik namun
penutur hanya mahu menghiburkan para penonton dengan bertutur dalam bahasa Cina. Pada babak
ini juga didapati kedua-dua pelakon secara spontan turut ketawa sama dengan apa yang mereka
perkatakan itu. Pembauran kod juga dilihatkan dengan kata ganti nama you dan kata handphone.
Pengkaji yang sebagai penutur natif bahasa Melayu yakin bahawa pembauran kod seperti ini telah
menjadi kebiasaan dalam bahasa pertuturan manusia seharian.
Peristiwa tutur: Ismail membuli Kin Chen
Situasi : di atas sebuah bangunan tinggi

Ismail
Kin Chen
Ismail
Kin Chen
Ismail

:
:
:
:
:
:
:

Masa : hari terakhir bersekolah
Peranan : Ismail dan Kin Chen

kalau aku tak jumpe ko sape nak jawab ni? Dekat mane, dekat mane…
ni hou se ko to li yau lo tau wa
(1)
you cakap ape?
you jangan main-main. You jangan main-main sama saya ha!
Tak, jangan buli la. Jangan buli la!
mau kene…eee…eee…aku blasah kang. Aku perhati je perangai ko.
dah la rambut tu macam handphone.

Data 2:
Situasi yang kedua ini pula memperlihatkan bahawa penutur, yakni Ismail mahu menghantarkan
jawapan peperiksaan dengan melipatkan kertas jawapan menjadi sebuah kapal terbang kertas.
Sementara itu, dia memaksa Kin Chen melenggahkan masa agar cikgu mereka dapat mengambil
kertas jawapan supaya penutur dapat membaling kertas jawapan yang dilipat menjadi kapal terbang.

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

Peristiwa tutur: memaksa
Masa: semasa hari terakhir bersekolah
Tempat: di atas bangunan tinggi
Peranan: Ismail dan Kin Chen
Ismail
: kenapa, kenapa?
Kin Chen : cepat la, cepat la, cepat la.
Ismail
: cepat la ni.
Kin Chen : ini nak buat apa ni?
Ismail
: saya mau hantar roket, ini jawapan semua dalam ni. Cakap kat cikgu sekejap,
sekejap.
Kin Chen : cikgu! cikgu!…last paper … last paper …last paper !
1.4.2

Analisis Dapatan Kajian

Data 1:
Dalam situasi ini, Ismail mencari Kin Chen dengan perasaan geram atau marah. Dia bercakap dengan
Kin Chen dengan nada tinggi dan kasar. Dia juga agak cemas kerana tidak dapat menjawab soalan
peperiksaan matematik. Lalu, Ismail datang ke atas bangunan yang sama untuk memaksa Kin Chen
menjawab soalan bagi pihaknya.
Peristiwa tutur: melepaskan perasaan geram

Masa: semasa hari terakhir bersekolah

situasi: di atas bangunan tinggi

Peranan: Ismail (penutur)
: Kin Chen (pendengar)

Perbualan antara Ismail dan Kin Chen
Ismail

: You buat apa kat sini?

(1)

Kin Chen

: saya sudah bebas SPM.

Ismail

: You sudah bebas, saya belum bebas. Ni semua sapa nak jawab?

Kin Chen

: Cikgu peperiksaan memberikan awak dua jam untuk awak jawab,

(2)

awak buat apa?
Ismail

: aku pikir la.

Kin Chen

: Pikir sampai dua jam ke?

Ismail

: Aku pikir ko kat mane.

(3)

Dalam perbualan (1), didapati bahawa penutur menggunakan ayat tanya kepada pendengar.
Pendengar memahami apa yang dikehendaki oleh penutur, namun pertanyaan dijawab bukan secara
langsung kepada penutur. Maka, pendengar didapati telah mematuhi maksim kualiti mengikut Grice
(1975). Penutur memahami keadaan pendengar yang sudah pun berjaya menjawab soalan

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

peperiksaan kecuali diri penutur yang masih tidak dapat menjawab soalan itu. Dalam perbualan (2),
penutur didapati melepaskan perasaan geramnya dengan membuat penegasan dan penutur memberi
penekanan kepada pendengar. Namun, pendengar dengan nada yang biasa dan dengan bersahaja
diamenjawab pertanyaan itu dengan tenang. Walaupun dia tahu yang penutur sering membulinya,
namun pendengar tidak membalasnya dengan lakuan tutur yang tidak sopan dan kasar seperti
penutur. Malah, penutur tidak berasa marah akan lakuan bahasa yang ditunjukkan oleh pendengar.
Dari segi lakuan bahasa tidak langsung, pendengar didapati tidak memberi jawapan yang tepat
kepada pertanyaan penutur. Pendengar mengungkapkan kata-kata itu dalam ayat (2) adalah tidak
salah kerana dia disebalik takut dengan penutur, dia menjawab dengan memerli penutur. Hal ini
menampakkan bahawa penutur dalam diam dibuli kembali melalui tuturan dan bukannya lakuan. Di
samping itu, pendengar sebenarnya dikatakan kurang memberi penekanan kepada penutur dan
pendengar mematuhi kesantunan positif. Mengikut Brown & Levinson (1978), kesantunan positif
walaupun pendengar tahu yang dia memang sedang dibuli tetapi dia masih mampu mempertahankan
dirinya dengan memerli penutur. Situasi dalam ayat (3) juga begitu kerana pendengar memerli
penutur melalui pertuturannya untuk menampakkan dia sebenarnya pun membuli kembali penutur
melalui kata-kata secara tidak langsung.

Data 2:
Dalam situasi perbualan yang memperlihatkan Kin Chen (sebagai penutur) yang berkehendak untuk
meminjam pen daripada Ismail (sebagai pendengar) selepas dia dipaksa untuk menjawab soalan
matematik bagi pihak pendengar. Akan tetapi, gaya tuturan penutur semasa bertutur dengan
pendengar menyebabkan dia sendiri tidak memahami apa yang diingini oleh penutut. Berikut adalah
butiran teks perbualan yang ditonjolkan:

Situasi perbualan: meminjam
Tempat: di atas bangunan tinggi

Masa: semasa hari terakhir bersekolah
Peranan: Kin Chen (penutur)
: Ismail (pendengar)
Perbualan antara Ismail dan Kin Chen
Kin Chen: Ismail boleh tak pinjam [peennaa]?
Ismail:
ape benda tu? ape benda tu?
(1)
Kin Chen: [peennaa]…[peennaa]…cina cakap pen na !

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

Satu hal yang jelas dalam budaya pertuturan masyarakat Cina, mereka sering menggunakan nada
kata yang berbunyi [na], [ma], [meh], [lo] dan sebagainya. Berdasarkan perbualan di atas,
disebabkan penutur berbangsa cina dan gaya percakapannya terbawa-bawa dalam bahasa Melayu
menyebabkan pendengar tidak dapat memahami apa-apa yang diinginkan oleh penutur. Pendengar
juga seolah-olah mendengar yang [pena] itu mungkin dalam bahasa Cina tetapi sebenarnya penutur
mahu meminjam pen daripada pendengar. Namun, demikian, penutur telah menyebabkan pendengar
menjadi kabur dan tidak akan matlamat yang ingin dicapainya. Dalam perbualan ini jelas telah
menyebabkan penutur mengingkari maksim cara. Dan dalam masa yang sama juga penutur
sebenarnya ingin mengena pendengar yang suka membulinya.
Jika diselidiki tiga konsep lakuan tutur Austin (1962) iaitu lakuan illokusyenari, lokusyenari
dan kesan lokusyenari, penutur sebenarnya telah memberi kesan kepada pendengar secara sengaja.
Hal ini yang demikian diperlihatkan oleh gaya pendengar yang terpinga-pinga dengan permintaan
penutur dan mungkin ini salah satu tindakan tersirat yang digunakan untuk mengena kembali
pendengar yang sering membulinya. Daripada lakuan illokusyenari, penutur menghajati sesuatu
daripada pendengar tetapi telah menggunakan lokusyenari dengan cara yang mengelirukan bagi
sebutan /pena/. Apa yang terkesan kepada pendengar adalah dia cuba untuk memahami apa yang
dihajati penutur itu dengan memintanya menerangkan kembali apa yang dia hajati sebenarnya. Jika
menurut Searle (1969), tindakan perbualan ayat (1) memperlihatkan ujaran direktif meminta.
Data 3:
Peristiwa tutur ini berlangsung semasa Ismail dan Kin Chen berjumpa selepas 10 tahun. Pada ketika
ini, Ismail dikenali sebagai Mael Lambung sementara Kin Chen dikenali sebagai Ah Chai. Mereka
telah menjadi sangat terkenal sebagai kaki samseng di Kuala Lumpur. Ketika mereka berborak, tibatiba Ah Chai bertanya kepada Mael akan perihal ceritanya dulu dengan Siew Ling. Data perbualan
yang berikut merupaka kisah imbasan suatu ketika semasa Mael pergi ke rumah Siew Ling untuk
bertemu dengannya.

Peristiwa tutur: Perihal status Siew Ling

Masa: Mengimbau kisah lama

Situasi: Rumah Siew Ling

Peranan: Ismail dan Siew Ling

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

Siew Ling : Eh, Mael. You buat apa kat sini?
Ismail

: saya rindu sama kamu Siew Ling.

(i)

: Siew Ling. Siew Ling. Itu anak saudara kamu kan. Katakan. Katakan. Itu anak
: saudara kamu, Siew Ling.
SiewLing : tidak Mael, itu anak saya. Maafkan saya Mael, saya sudah berkahwin.
Ismail

(ii)

: Siew Ling, you jangan tipu sama saya Siew Ling. Tolong, tolong jangan buat
: saya macam ni.

Siew Ling : kita tak boleh tau, saya sudah berkahwin.
Ismail

(iii)

: Siew Ling, you kahwin sama sapa. You cakap saya, saya pukul dia Siew Ling.

Siew Ling : Saya kahwin sama apek.
Ismail

: Apek? Apek tua you kahwin Siew Ling?

Siew Ling : tak, ini apek muda.
Ismail
: mana ada apek muda Siew Ling.
(iv)
Siew Ling : Ada.
Ismail
: siapa?
Siew Ling : Khairul Fahmi Che Mat.
Ismail
: Siew Ling, tolong kembali pada saya Siew Ling.
Siew Ling : tak boleh, saya sudah kahwin sama Apek. Kerajaan Kelantan baru bagi rumah.
Apabila diperhatikan dalam ayat perbualan (i), penutur telah bertanya kepada pendengar akan
keberadaanya di rumah penutur dengan menggunakan nada yang agak terkejut iaitu “eh, Mael”. Kata
/eh/ itu sendiri dalam budaya masyarakat Malaysia membawa suatu nada yang menunjukkan
perbuatan terkejut akan sesuatu perihal. Penutur bertanya “you buat apa kat sini?” kepada pendengar,
namun dia secara tidak langsung telah menyatakan perasaannya kepada penutur “saya rindu sama
kamu”. Namun, disebalik perbualan ini, kita boleh mengetahui bahawa sebenarnya pendengar pergi
ke rumah penutur untuk berjumpa dengannya dan untuk menyatakan perasaan rindunya. Lakuan
tutur yang dikemukakan dalam ayat (i) ini lebih menjurus kepada lakuan membuat pengakuan.
Dalam ayat perbualan (ii), didapati bahawa penutur iaitu Siew Ling telah memohon kemaafan
kepada pendengar iaitu Mael kerana statusnya yang sudah berkahwin dan telah menyebabkan
pendengar berasa kecewa dan marah. Di sini dalam ayat (ii) juga merupakan satu contoh bagi lakuan
illokusyenari mengikut prinsip lakuan tutur Austin iaitu lakuan minta maaf dan Searle pula lebih

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

menggunakan istilah lakuan yang bersifat representatif. Begitu juga dengan ayat perbualan (iii) yang
turut menggunakan bentuk ayat representatif kerana penutur menegaskan sekali lagi bahawa dia
sudah berkahwin dengan menggunakan kata penegas “tau”.
Dalam perbualan ayat (iv) pula memperlihatkan bahawa penutur iaitu Siew Ling seolah-olah
ingin mempermainkan pendengar iaitu Mael. Sungguhpun kita mengetahui bahawa “apek” dalam
budaya masyarakat Cina ialah orang tua, namun penutur menyatakan bahawa “apek” yang
dimaksudkan ialah seorang pemain bola sepak negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang
menggunakan gelaran nama sebagai “apek”. Realitinya, apek yang pemain bola sepak itu masih
bujang dan belum berkahwin. Jelas, perbualan ini merupakan satu perbualan yang mampu membuat
penonton ketawa kerana tidak akan menyangka bahawa penutur bijak dalam untuk mengenakan
pendengar.
Jika dinilai dalam aspek kesantunan pula, kita ambil contoh daripada model kesantuan Brown
dan Levinson (1978), didapati bahawa penutur tidak menghormati apa yang dimahukan oleh
pendengar iaitu jawapan yang sebenar dengan siapa dia telah berkahwin. Tetapi sebaliknya, penutur
dilihat telah mempermainkan pendengar. Jadi, penutur telah mengancam air muka negatif pendengar
kerana menghalang kehendak jawapan yang dimahukan. Namun, memandangkan perbualan ini
bergenre melawak, jadi tidak menjadi kesalahan apapun kerana perbualan yang ditonjolkan dalam
ayat (iv) telah berjaya menciut hati penonton.
1.5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Lakuan berbahasa dalam analisis teks perbualan ini adalah berkenaan dengan lakuan mengarah,
memaksa dan membuat pengakuan. Situasi lakuan berbahasa bertempat pada lokasi di atas sebuah
bangunan kecuali pemaparan tempoh masa sahaja yang berubah. Hal ini boleh disaksikan bahawa
peristiwa tutur sebelum dan selepas 10 tahun dan semasa peristiwa hari terakhir mereka menjawab
soalan peperiksaan SPM. Pelbagai permainan nada dan intonasi yang ditonjolkan, ada ketika
menggunakan nada yang lembut, nada yang gembira, marah, menangis, ketawa dan sebagainya.
Permainan nada juga dilihat dalam kata yang tidak bermakna tetapi dari segi lakuan berbahasa ada
makna yang tersendiri seperti penggunaan [na] yang banyak digunakan dalam ciri pertuturan orang
Cina dan juga kata [eh] yang merujuk kepada nada terkejut.
Penglibatan peserta pula dilihat terdapat dua interaksi antara penutur dan pendengar yang
merupakan pelajar sekolah Menengah, seorang menjadi pembuli dan seorang lagi selalu dibuli.
Peserta juga dilihat pada perbezaan budaya dan agama iaitu seorang berbangsa Melayu dan

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

beragama Islam dan seorang lagi berbangsa cina. Selepas 10 tahun, penglibatan peserta masih lagi
antara dua pihak ini tetapi watak yang dimainkan adalah sama iaitu menjadi gangster di Kuala
Lumpur yang masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Budaya buli membuli yang
ditonjolkan dalam sketsa lakonan Jozan ini memperlihatkan bahawa penggunaan bahasa sebagai
medium kekerasan aktiviti membuli dan bukanlah perlakuan tingkah laku. Permainan bahasa dilihat
menjadi medium untuk memerli, mempertahankan diri dan merepek. Sebelah pihak yang dibuli
dilihat telah membuli balik secara menggunakan bahasa yang berimplikatur untuk mempertahankan
diri dan untuk memerli kembali sebelah pihak yang lain. Dalam dapatan data yang dikumpul ini,
kebanyakan penggunaan kata dalam budaya buli membuli tidak mencapai tahap kesantunan yang
maksimum kerana penggunaan bahasa dilihat bukan untuk memaparkan gejala kesopanan sebaliknya
untuk lakuan berbahasa mengikut prinsip Austin dan Searle.
Namun demikian, budaya memerli ini bukanlah menggunakan kata yang kasar, keras dan
kesat tetapi mengandungi budaya melawak atau berunsur jenaka pula. Diperhatikan bahawa budaya
melawak dalam masyarakat berbahasa sebenarnya boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada
kesantunan berbahasa jika menggunakan tutur kata yang positif dan baik. Dengan kata lain, budaya
melawak yang menggunakan kesantunan berbahasa dilihat bukan untuk menjatuhkan maruah orang
lain, membuat orang berasa marah atau kecewa dan sebagainya tetapi semata-mata untuk
menghiburkan hati sahaja. Selain itu, penggunaan kesantunan berbahasa dilihat untuk
mempertahankan dirinya daripada terus dimarahi oleh penutur dan setelah itu barulah pendengar
yang mempertahankan diri ini menggunakan bahasa untuk memerli kembali pihak lawannya.
Sebagai kesimpulan, pengkaji menyarankan agar sebuah kajian yang lebih telus dijalankan
dalam penelitian genre bahasa yang bersifat melawak ini kerana di dalamnya mengandungi pelbagai
mesej yang bukan sahaja dilihat secara positif malahan boleh juga menjadi negatif jika tidak kena
pada gayanya. Oleh itu, pengkaji berharap agar pewajaran kajian yang dijalankan ini menjadi
sebahagian penyampai ilmu yang mampu merencahkan lagi dunia penelitian sosiolinguistik yang
bersifat kualitatif. Pengkaji juga berharap agar kajian ini mampu menjadi perintis untuk sebuah
kajian yang lebih baik dan sempurna pada masa yang akan datang.

ISSN 2070-1314
Jurnal Bahasa dan Pustaka Brunei, September-Disember 2013, Bil 30.

RUJUKAN
Ajid Che Kob. 1990. Kajian sosiolinguistik bahasa Melayu: Satu tinjauan. Jurnal Dewan Bahasa.
919-924.
Abdul Chaer dan Leonie Agustina. 1995. Sosiolinguistik suatu pengantar. Jakarta: Pt Rineka
Cipta.
Alias Mohammad Yatim (terj. Fishman A. Joshua). 1991. Sosiologi Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cooren François (edit Fitch L. Kristine dan Sander E. Robert). 2005. Handbook of language
and
sosial interaction. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Ferguson, A. C. (edit Coulmas Florian). 1981. Conversational Routine. Netherlands: Mouton
Publisher.
Fasold, W. Fasold. 1990. The sociolinguistics of Language. UK: Blackwell Publisher.
Francis, D. & Hester, S. 2004. An invitation to ethnomethodolgy langiage, society and social
interaction. London: Sage Publications Ltd.
Have, P. Ten. 2004. Understanding qualitative research and ethnometodology. London: Sage
Publications Ltd.
Hetti Waluati Triana dan Idris Aman. 2011. Lakuan tutur menolak generasi muda: cermin
budaya popular dalam interaksi sosial. Journal of Language Studies. 1(1):17-34
Marlyna Maros. 2007. Penyelidikan lakuan bahasa: pemilihan kaedah dan pola penemuan.
Akademika 71:91-115.
Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharim Mydin. 2010. Pola sapaan pelajar lelaki
dan perempuan di sebuah institusi pengajian tinggi: satu kajian sosiopragmatik. Journal
of
Language Studies. 10(2): 77-96.
Nasariah Mansor, Faizah Ahmad dan Yusniza Yaakub. Ibid. Seminar on National Resilience.
337-352.
Nik Safiah Karim. 1981. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wodak, Ruth, Johnstone, B. dan Kerswill, P (edit). 2011. The SAGE of handbook
sociolinguistics. London: SAGE publication.
Peter Trudgill. 1974. Sociolinguistic: An Introduction to Language and Society. England:
Penguin Books Ltd, Harmondsworth, Middlesex.
Tengku Silvana Sinar. 2003. Teori dan Analisis wacana pendekatan sistematik-fungsional.
Medan: Pustaka Bangsa Press.
Wardhaugh, R. 1986. An introduction to sociolinguistics. UK: Basil Blackwell.
Definisi cerita jenaka. 2010. sunburst88.blogspot.com/2010/11/definisi-cerita-jenaka.html. [2 JUN
2O12].
Jozan. Lawak Ke Der Part 1, 2 dan 3. www.youtube.com/watch. 24 APRIL 2012.