SIKAP GURU PELATIH TERHADAP MATEMATIK DAN INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  

INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

(Attitudes of Trainee Teachers Towards Mathematics and Integration of Computers

in the Teaching and Learning)

  

Noziati Borhan, Siti Mistima Maat

  Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

  

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sikap guru pelatih terhadap matematik dan pengintegrasian

komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan

soal selidik yang dijalankan ke atas 65 orang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang

mengambil matematik sebagai subjek wajib di dalam pengajian. Kajian ini menggunakan soal selidik

Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech

experience yang mengandungi lima konstruk utama iaitu sikap dan keyakinan terhadap matematik, motivasi

matematik, keyakinan terhadap komputer, motivasi komputer, interaksi dan penglibatan di dalam

pengajaran dan pembelajaran. Statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai digunakan bagi

menganalisis data. Pekali korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dan integrasi

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Wujudnya hubungan positif yang kuat bagi

setiap konstruk di dalam kajian. Dapatan juga menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai dua tahap

keyakinan dan motivasi iaitu sederhana dan tinggi terhadap matematik dan integrasi komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran.

  Kata kunci: guru pelatih, sikap, motivasi, keyakinan, interaksi.

  

ABSTRACT

This study was conducted to determine the attitudes of teachers towards mathematics and computer

integration in teaching and learning. This study is a survey using a questionnaire conducted on 65 trainees

at the Institute of Teacher Education (IPG) that take mathematics as a compulsory subject in the study.

This study used a questionnaire: Attitude scales toward: math's confidence, computer confidence, maths-

teach attitudes, math tech experience and consisted of five constructs, namely the attitude and confidence

toward mathematics, mathematics motivation, confidence toward computer, computer motivation,

interaction and involvement in teaching and learning. Descriptive statistics such as mean, percentage and

standard deviation were used to analyze the data. Pearson correlation coefficient was used to determine

the relationship. The findings show that teachers have a positive attitude towards mathematics and

computer integration in the teaching and learning of mathematics. There was a strong positive relationship

for each construct in the study. The findings also show that teachers have two levels of confidence and

motivation i.e medium and high level toward mathematics and computer integration in teaching and

learning.

  Key words: teacher trainee, attitude, motivation, confidence, interaction

  PENGENALAN

  Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di abad 21 telah memberikan cabaran baru kepada dunia pendidikan yang tercetus daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan pengantarabangsaan. Individu yang mahir dengan teknologi menjadi keutamaan untuk bersaing sehingga ke peringkat global. Pendidikan semakin kompeten. Penggunaan komputer dalam pendidikan menjadikan pendidikan semakin bersifat terkini. Selaras dengan arus pemodenan, pendidikan tidak boleh lagi menggunakan pendekatan lama yang tidak merangsang pelajar di alaf moden ini untuk memperkembangkan idea dan pemikiran yang kreatif. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi komputer menyerap hampir kesemua lapisan anak didik kerana ia menimbulkan minat di kalangan pelajar. Menurut Ittigson dan Zewe (2003), teknologi sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. ICT membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelbagai konsep di dalam matematik. Walaupun perkembangan teknologi komputer telah menjadi semakin global, terdapat sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran yang bersifat tradisional (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Penggunaan kaedah sebegini tidak mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru dan tidak merangsang untuk berlakunya proses pembelajaran yang lebih bermakna. Amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru menjadi indikator kepada keberkesanan penyampaian sesuatu ilmu. Begitulah juga di dalam pendidikan matematik, seringkali matematik dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang sangat menyusahkan dan membosankan kebanyakan pelajar (Effandi 2005). Setiap pelajar harus mendominasi dan menguasai literasi di dalam ilmu matematik dengan sebaiknya. Peranan guru memastikan bahawa pelbagai pendekatan terkini dilaksanakan untuk memastikan pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran dalam kurikulum matematik dapat dicapai. Sikap terhadap pengajaran menggunakan teknologi komputer harus disemai dalam pelbagai subjek bagi memastikan pengetahuan baharu dapat di peroleh dan setanding dengan negara-negara yang telah membangun dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan dan kecanggihan teknologi komputer seharusnya di manfaatkan di dalam pendidikan matematik bagi menghasilkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam bidang pendidikan matematik dan teknologi. Malahan dengan adanya penggunaan komputer dalam pendidikan matematik, perkembangan idea yang lebih kreatif, kritis dan inovatif dapat dihasilkan di kalangan pelajar dan juga pendidik.

  Permasalahan Kajian

  Peranan guru semakin hari semakin mencabar. Dalam pengintegrasian komputer, peranan semakin penting dan melibatkan beberapa pertimbangan di dalam pengetahuan guru, kemahiran, kepercayaan dan sikap (Cuban, 2000). Guru yang mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran akan mengintegrasikan penggunaan ICT di dalam mata pelajaran yang diajarnya dengan sebaiknya (Becker & Riel 2000; Cox, Preston & Cox 1999). Pengajaran dan pembelajaran matematik memerlukan pengintegrasian komputer untuk peningkatan mutu dan kualiti yang setanding dengan negara-negara maju. Kelesuan dalam pengajaran matematik harus disuntik dengan bahan-bahan berbentuk kreativiti dan teknologi yang dapat mendorong pelajar untuk lebih aktif lagi dalam pembelajaran. Golongan pelajar dewasa ini merupakan pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif dan mempunyai idea-idea yang terkini. Semestinya pembelajaran yang bercorak tradisional tidak seiring dengan zaman kini. Sehubungan dengan itu, guru-guru harus didedahkan dengan penggunaan teknologi di dalam pengajaran. Sikap positif dalam mengintegrasikan pengajaran dengan komputer perlu dipupuk supaya pemerolehan ilmu di kalangan pelajar dapat dihayati sepenuhnya. Oleh yang demikian, guru-guru pelatih khususnya perlu memantapkan pengetahuan ilmu menimbulkan permasalahan terutama bagi beberapa tajuk yang memerlukan peneguhan konsep yang jelas. Guru yang berkualiti merupakan antara aspirasi negara dalam melonjakkan sistem pendidikan negara. Ianya adalah pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan ke arah mencapai matlamat negara. Guru-guru pelatih merupakan modal insan yang paling berharga bagi negara. Dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti, pendidikan berkualiti perlu diterapkan dari awal agar dapat membentuk individu yang mempunyai peribadi yang kukuh, berketerampilan, berpengetahuan serta mempunyai jati diri yang tinggi bagi mengisi keperluan sesebuah negara. Pentingnya kesinambungan pendidikan dalam teknologi diterapkan bagi melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis dan bersedia menghadapi persekitaran globalisasi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

  Objektif Kajian

  Objektif bagi kajian ini adalah:

  1. Mengenal pasti sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

  2. Mengenal pasti hubungan antara sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

  3. Mengenal pasti tahap keyakinan dan motivasi guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

  Menurut Beck dan Kosnick (2001) sikap adalah tingkah laku seseorang guru dalam usahanya untuk menyampaikan kecekapan dan menyelesaikan sebarang bebanan kerja. Sikap juga merujuk kepada segala tindakan yang dilakukan oleh para pendidik dalam memastikan kecemerlangan dalam pendidikan dapat melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti (Abd. Halim & Rohani 2006). Menurut Maio dan Haddock (2009) sikap merupakan penilaian keseluruhan terhadap sesuatu objek berdasarkan kepada kognitif, afektif dan tingkah laku. Ia dikatakan mempunyai ikatan yang sangat kuat serta boleh mempengaruhi tindakan. Sikap guru juga memberikan kesan kepada darjah komitmen guru terhadap peranan yang dibawanya, bagaimana guru menyampaikan ilmu kepada pelajar dan dalam usaha memperkembangkan kerjayanya (Chen & Rovegno 2000, Darling-Hammond 2000). Individu membentuk sikap berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui. Sekiranya seseorang guru itu mengamalkan sikap positif, keberkesanan sesuatu inovasi dapat diperkenalkan dan diimplementasikan di dalam pengajaran bilik darjah (Albirini 2006 ;Baylor & Ritchie 2002;Teo 2008). Guru yang mempunyai sikap yang positif terhadap matematik merangsang sikap yang baik dalam kalangan pelajar- pelajarnya ( Yara 2009). Berdasarkan kepada bidang pendidikan matematik, guru mempunyai tanggungjawab yang penting terhadap kejayaan pelajar dan penguasaan isi kandungan pelajaran. Sikap yang dibawa oleh guru terhadap matematik meninggalkan kesan kepada sikap pelajar. matematik dan amalan pengajarannya mempengaruhi sikap pelajar terhadap subjek tersebut. Sekiranya guru menunjukkan sikap tidak suka atau tidak peduli terhadap sesuatu mata pelajaran, maka guru tidak berupaya untuk menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif. Sikap positif terhadap matematik bergantung kepada gaya pengajaran guru. Schreiber (2002) dalam kajiannya turut juga mendapati, terdapatnya hubungan positif antara sikap dengan prestasi matematik pelajar. Sikap yang negatif dapat dilihat apabila guru mengajar secara sepintas lalu dan pelajar cuba belajar mencari perhubungannya (Amato 2004). Pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran semakin penting. Pelajar sekolah semakin berminat dengan penggunaan komputer di dalam pembelajaran. Pelajar terdedah dengan dunia internet dan melayari nya sebagai suatu yang berkepentingan. Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Menurut Fisher (2003), pengintegrasian komputer telah lama dijalankan di negara-negara Barat dan ianya amat memberangsangkan sejak berpuluh tahun yang lalu. Parker (2008) dalam kajiannya menyatakan bahawa dengan menggunakan pengintegrasian komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran, minat serta perhatian murid semakin meningkat. Pelajar cenderung memberikan maklum balas dalam pembelajaran, membantu perkembangan literasi, pemikiran tahap tinggi, pembelajaran kontekstual dan banyak lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran seperti ini menunjukkan berlakunya perubahan di dalam pedagogi apabila pengintegrasian komputer itu di gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006).

  METODOLOGI

  Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang dijalankan ke atas 65 orang guru pelatih di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) zon selatan. Soal selidik diedarkan kepada sampel kajian yang merupakan pelajar semester dua PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari tiga unit iaitu unit pendidikan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan jenis kebangsaan Tamil yang mengambil matematik sebagai subjek wajib.

  Populasi dan Sampel

  Bagi menjalankan kajian ini, seramai 65 orang guru pelatih PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Pemilihan secara rawak ini adalah bagi memastikan setiap individu guru pelatih di IPG tersebut berpeluang dipilih sebagai sampel kajian.

  Instrumen Kajian

  Instrumen kajian yang digunakan adalah adaptasi daripada instrumen yang bertajuk

  

Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes,

math tech experience (Galbraith, P. & Haines, C. 1998-2000) yang mempunyai 40 item

  dengan menggunakan skala Likert 5 mata. Bagi tujuan kajian ini, pengkaji menyatakan setuju dan 5 sangat setuju. Jadual 1 menunjukkan pembahagian item-item berdasarkan konstruk yang dikaji di dalam kajian. Terdapat lima konstruk yang dikaji di dalam kajian ini iaitu keyakinan matematik, motivasi matematik, penglibatan matematik, keyakinan komputer dan interaksi komputer-matematik. Jadual 1: Soal selidik

Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience

  _____________________________________________________________________ Bil Pemboleh ubah

  Bilangan Item _____________________________________________________________________

  1. Keyakinan matematik

  8

  2. Motivasi Matematik

  8

  3. Penglibatan Matematik

  8

  4. Keyakinan Komputer

  8

  5. Interaksi Komputer

  8

  • – Matematik ______________________________________________________________________

  Jumlah

  40 ______________________________________________________________________

  DAPATAN KAJIAN Analisis Data

  Skor bagi setiap item adalah berdasarkan kepada skala Likert 5 mata. Kesemua data yang di peroleh di analisis dengan menggunakan SPSS Version 21 for windows. Analisis deskriptif seperti min , peratus dan sisihan piawai adalah antara analisis yang digunakan di dalam menterjemahkan data kajian. Manakala analisis inferens seperti korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan yang wujud di antara konstruk-konstruk sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran.

  Dapatan Deskriptif

  Kajian ini menunjukkan bahawa bilangan guru pelatih perempuan mendominasi taburan soal selidik dengan seramai 55 orang (84.6%) daripada 65 orang keseluruhannya. Pembahagian sampel yang diambil secara rawak mengikut bangsa adalah seragam dan kebanyakannya adalah guru pelatih dari unit pengajian sekolah kebangsaan sepertimana yang dinyatakan di dalam jadual 2. Hampir separuh daripada sampel adalah terdiri

  daripada guru pelatih dari unit sekolah kebangsaan dengan bilangan kekerapan sebanyak 37 orang (56.9%), SJKC 13 orang (20%) dan SJKT 15 orang (23.1%). Kesemua sampel yang diambil secara rawak ini merupakan pelajar PISMP semester dua yang mengambil subjek matematik sebagai subjek wajib sepanjang menjalani pengajian di sini.

  ______________________________________________________________________ Jenis N Faktor Kekerapan Peratusan _____________________________________________________________________ Jantina

  65 Lelaki

  10

  15.4 Perempuan

  55

  84.6 _____________________________________________________________________ Bangsa

  65 Melayu

  16

  24.6 Cina

  15

  23.1 India

  18

  27.7 Lain-lain

  16

  24.6

  _____________________________________________________________________

  Unit

  65 Sek Keb

  37

  56.9 Sek Jenis Keb Cina 13

  20.0 Sek Jenis Keb Tamil 15

  23.1 _____________________________________________________________________ Jadual 3 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi konstruk sikap terhadap matematik dan integrasi komputer yang terdapat di dalam soal selidik. Dapatan analisis sepertimana yang dinyatakan di dalam jadual 3 menunjukkan bahawa guru pelatih menunjukkan sikap yang sangat positif dan bersetuju dengan matematik dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Konstruk bagi keyakinan matematik di kalangan guru pelatih memberikan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.9385 berbanding dengan konstruk lain di dalam kajian dan diikuti dengan keyakinan terhadap komputer. Kesemua nilai min dan sisihan piawai yang didapati bagi konstruk lain di dalam kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dan integrasi komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap positif yang ditunjukkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran boleh mempengaruhi minat dan sikap pelajar ( Yara 2009).

  Jadual 3: Min dan sisihan piawai komponen sikap terhadap matematik dan komputer. _____________________________________________________________________ Komponen N Min Sisihan Piawai _____________________________________________________________________ Keyakinan Matematik 65 3.9385 0.49515 Motivasi matematik 65 3.7346 0.51563 Penglibatan Matematik 65 3.6481 0.58082 Keyakinan Komputer 65 3.7500 0.48563 Interaksi Komputer-Matematik 65 3.5192 0.51217 ______________________________________________________________________

  Kebolehpercayaan soal selidik merujuk kepada ketekalan dan kestabilan alat ukur yang digunakan. Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Jadual 4 menunjukkan indeks kebolehpercayaan mengikut konstruk adalah antara 0.701 hingga 0.735. Manakala Indeks kebolehpercayaan keseluruhan adalah 0.891. Nilai-nilai sikap guru pelatih terhadap matematik dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Azizi Yahya (2007) perkara yang perlu difikirkan oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan adalah kesahihan data yang dikumpulkan, sejauh mana data-data itu dapat memberi maklumat dan pengukuran yang tepat serta bermakna dalam penyelidikan.

  Jadual 4: Analisis Kebolehpercayaan Soal selidik

  Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience ___________________________________________________________________

  Konstruk

  ID Item Nilai kebolehpercayaan ______________________________________________________________________ Keyakinan Matematik 01-08 0.701 Motivasi Matematik 09-16 0.735 Penglibatan Matematik 17-24 0.703 Keyakinan Komputer 25-32 0.702 Interaksi Komputer-Matematik 33-40 0.708 ______________________________________________________________________ Merujuk kepada persoalan kajian seterusnya iaitu mengenal pasti hubungan antara konstruk-konstruk sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer, didapati bahawa terdapat hubungan bagi setiap konstruk sikap guru pelatih . Dapatan menunjukkan wujudnya hubungan yang positif bagi kesemua konstruk yang dikaji di dalam kajian. Guru pelatih menunjukkan sikap yang positif terhadap matematik dan penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran sepertimana yang dinyatakan di dalam jadual 5. Hubungan bagi kesemua konstruk yang menggunakan pekali korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang positif kuat diantara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji . Sebagai contoh, hubungan keyakinan matematik dan motivasi matematik memberikan bacaan r = .536, n = 65 , p < 0.01. Manakala bagi hubungan keyakinan matematik dan penglibatan matematik, hubungan adalah kuat, positif diantara keduanya dengan bacaan r=.450, n=65 dan p <0.01. Semakin seseorang guru itu mempunyai keyakinan yang tinggi, semakin guru tersebut mempunyai sikap yang positif untuk melibatkan diri di dalam matematik. Nilai pekali korelasi adalah antara yang paling tinggi bagi hubungan pemboleh ubah motivasi matematik dan penglibatan matematik iaitu r=.692, n=65, p < 0.01. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai motivasi yang tinggi dan positif dalam penglibatan matematik. Semakin bermotivasi seseorang itu semakin positif penglibatannya di dalam matematik. Manakala bagi nilai pekali korelasi yang terendah, dapat dilihat di dalam hubungan antara penglibatan matematik dengan keyakinan komputer. Keadaan ini menunjukkan walaupun hubungan adalah positif, tetapi tidak mempunyai kekuatan yang tinggi di antara keduanya sepertimana hubungan pemboleh ubah yang lain. Guru pelatih kurang berkeyakinan dalam penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan matematik. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah terhad seperti pengetahuan yang tidak mendalam, kekangan masa, bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan sebagainya. Grasha (1996), turut mencadangkan bahawa guru yang berkeyakinan dengan pelajar masing-masing. Guru sedemikian akan dapat menjalankan proses pengajaran dengan lebih berkesan kerana dapat diterima oleh pelajar dengan baik.

  Jadual 5 : Hubungan pekali pearson di antara konstruk-konstruk yang dikaji di dalam soal selidik

  Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths- teach attitudes, math tech experience

  ______________________________________________________________________

  Min Konstruk

  1

  2 3 4 5

  Min Keyakinan Matematik - .536 .450 .364 .394

    • Min Motivasi matematik .692 .405 .438
      • . **

  .293 - Min Penglibatan Matematik - 472 -

  • Min Keyakinan Komputer
    • 576 Min Interaksi Komputer-Matematik - - - - _____________________________________________________________________ **. Aras p< 0.01 (2-tailed). Jadual 6 berikut merujuk kepada objektif kajian bagi mengenal pasti tahap keyakinan dan motivasi guru pelatih terhadap matematik dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bagi tujuan objektif ini, dapatan menunjukkan bahawa kesemua unit yang terlibat di dalam kajian ini tidak menunjukkan tahap yang rendah terhadap keyakinan dan motivasi matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua unit mempamerkan tahap keyakinan dan motivasi yang sederhana dan tinggi terhadap matematik dan integrasi komputer. Sampel bagi setiap unit yang dikaji menunjukkan sikap yang positif terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru pelatih dari unit sekolah kebangsaan memberikan tahap keyakinan dan motivasi yang tinggi berbanding dengan guru pelatih bagi unit sekolah jenis kebangsaan. Seramai 19 orang guru pelatih berkeyakinan dan bermotivasi tinggi berbanding 14 orang dari unit sekolah jenis kebangsaan. Keyakinan dan motivasi yang tinggi menunjukkan bahawa guru pelatih bersetuju penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sebagai satu kaedah atau alternatif penambahbaikan dalam pendidikan terkini. Tambahan pula, teknologi dan inovasi terkini dapat memberikan kebaikan yang optimum kepada kehidupan sebenar pelajar (Noraini 2006). Di samping itu, pendidik turut dapat menghubung kaitkan pengetahuan prosedur kepada kefahaman matematik secara menyeluruh sekiranya penggunaan teknologi komputer dalam matematik dilaksanakan.
    Jadual 6: Tahap keyakinan dan motivasi guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

  

Unit Tahap Sederhana Tahap Tinggi Jumlah

  _____________________________________________________________________________ Sekolah Kebangsaan 18 19 37 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 8 5 13 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 6 9 15 ____________________________________________________________________________

  KESIMPULAN

  Berdasarkan kepada dapatan kajian, secara umumnya, kebanyakan guru pelatih tidak menghadapi masalah yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik serta integrasi komputer. Maklum balas yang di peroleh menunjukkan bahawa sebahagian daripada guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran matematik harus memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu terutama dalam pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran yang positif. Adalah ditegaskan di dalam sukatan pelajaran agar unsur-unsur yang melibatkan penyelesaian masalah, aplikasi teknologi dan beberapa pendekatan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dari semua peringkat guru. Kajian yang berfokus kepada interaksi guru pelatih, matematik dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini menunjukkan situasi yang positif. Guru pelatih menunjukkan sikap yang positif terhadap matematik dan pengintegrasian komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ianya di dominasi oleh keyakinan, motivasi dan interaksi antara komputer dan matematik itu sendiri. Dengan adanya elemen-elemen keyakinan dan motivasi, ianya dapat meningkatkan lagi sikap guru pelatih untuk menghadapi pelbagai cabaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila berkecimpung dengan dunia pendidikan sebenar. Keyakinan dan motivasi adalah penting untuk meningkatkan kemahiran guru dalam proses pengajaran. Kajian turut mendapati bahawa tahap keyakinan dan motivasi guru pelatih adalah sederhana dan tinggi bagi unit sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai keyakinan dan motivasi terhadap penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Galbraith dan Haines (1998) dalam kajiannya ke atas sikap pelajar terhadap matematik dan kesan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik turut mendapati bahawa komputer mempunyai kesan yang dominan dalam interaksi dengan pengajaran dan pembelajaran matematik. Begitu juga jika di bandingkan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Arturo García-Santillán (2012) mengenai sikap pelajar terhadap matematik dan penggunaan komputer. Ianya turut menunjukkan sikap yang positif antara kedua-duanya. Pelajar positif terhadap matematik dan penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Situasi menunjukkan bahawa komponen motivasi memberikan nilai signifikan yang paling tinggi berbanding dengan komponen lain di dalam kajian Arturo García-Santillán tersebut. Motivasi antara elemen utama bagi meningkatkan pembelajaran matematik di kalangan pelajar. Motivasi membentuk kesediaan pelajar, keperluan, keinginan serta kewajipan untuk mengambil bahagian dan mencapai kejayaan di dalam proses pembelajaran. Ini juga merupakan peranan para pendidik untuk membantu pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan untuk mempelajari matematik. Ini adalah kerana sifat matematik itu sendiri yang secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna serta menghasilkan pemikiran yang kreatif.

  RUJUKAN

  Abd Halim Tamuri & Rohani Abdullah. (2006). Kajian pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan di kalangan guru-guru pendidikan Islam. Prosiding Konvensyen Teknologi pendidikan ke 19. Albirini, A. (2006). Teachers attitude towards information and communication technologies the case in Syrian EFL teachers. Computers and Education,

  47 (4),373-398

  Arturo García-Santillán. (2012) . Student’s attitude toward Computer and Mathematics,

  Interaction and Engagement in the teaching-learning process: Empirical study on Accounting, Management, Economy, International Commerce and Marketing undergraduate students. International Journal of Applied Science and Technology

  Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Ittigson, R.J. & Zewe, J.G. (2003). Technology in the mathematics classroom. In Tomei,

  L.A. (Ed.). Challenges of Teaching with Technology Across the Curriculum:

Issues and Solutions . Hershey: Information Science Publishing, 114-133.

Baylor, A.Ritchie, D. (2002). What factor facilitate teacher skill, teacher morale and student learning in teaching-using classroom? Journal of computers education

  39 (4),395-414

  Beck , C., & Kosnick ,C. (2002). Components of a good practicum placement: Student teacher perceptions. Teacher Education Quarterly, 29(2), 81-97 Becker, J. H. & Riel, M. M. (2000). Teacher professional engagement and constructivist compatible computer use. Report No. 7, Teaching, Learning and Computing

  Project. Chen, W. & Rovegno, I. (2000)

  . Examination of expert and novice teachers’ constructivist-oriented teaching practice using a movement approach to elementary physical education, Research Quarterly for Exercise and Sport, 71, 357-372. Cox, M., Preston, C., & Cox, K. (1999). What factors support or prevent teachers from using ICT in their classrooms? Paper presented at the British Educational

  Research Association Annual Conference, University of Sussex, Brighton. Creswell, J. W. (2002). Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril

  Prentice Hall. Cuban, L. (2000). So much high-tech money invested, so little use and change in practice:

  How come? Paper presented for the Council of Chief State School Officers’ Annual Technology Leadership Conference, Washington, DC. Darling- Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement: a review of state policy evidence. Educational Policy Analysis Archive, 8,1 Effandi Zakaria. (2005). Asas Pembelajaran Koperatif dalam Matematik. Shah Alam: Karisma Publication Sdn, Bhd. Grasha, A.F. (1996). Teaching with styles. Cincinnati: Allience Pub. Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. (2007). Surveying instructor and learner attitudes Maio, G.R & Haddock, G. (2009). The psychology of attitude change. Sage

  Publication.London Manouchehri, A.& Goodman, T. (2000). Implementing mathematics reform: The Challenge within. Educational Studies in Mathematics,42, 1-34.

  Mohd. Arif Hj. Ismail & Rosnaini Mahmud. (2002). Teknik video dalam pengajaran dan pembelajaran: Penggunaan bahan sumber video secara kreatif. Jurnal Bahagian

  Teknologi Pendidikan, 84-91.

  Noraini Idris. (2006). Assessing Form One Students : Learning of Solid Geometry in a Phased-Based Instructional Environment. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam

  ,

  Fourth International Conference on Measurement and Evaluation in Education Penang.

  Pallant, J. (2001). SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press. Parker, L.L. (2008). Technology-mediated learning environments for young English language learners: connections in and out of schools. New York: Lawrence

  Erlbaum Associates. Schreiber, J. B. (2002). Institutional and student factors and their influence on advanced mathematics achievement. The Journal of Educational Research, 95(5), 274

  • – 286. Sekaran, U. (1992). Research methods for business: a skill-building approach. New York: John Wiley & Sons, Inc.

  Teo., T. (2008). Pre-service teacher attitudes towards computers use : a Singapore survey.Australiasian Journal of Educational Technology, 24(4), 413-424 Yara, P. O. (2009)

  . Relationship between teachers’ attitude and students’ academic achievement in Mathematics in some selected Senior Secondary Schools in South- western Nigeria. European Journal of Social Sciences, 11(3), 364-369.

  Maklumat lanjut, boleh hubungi:

  Noziati Borhan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia