Falsafah Pendidikan Negara (1) negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya

Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah
dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab
tersebut, negara kita Malaysia juga tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan
negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
Bagi mencapai matlamat yang diimpikan oleh setiap individu, masyarakat mahu pun negara
dalam merealisasikan hala tuju sistem pendidikan, satu pernyataan/perakuan iaitu Falsafah
Pendidikan Negara telah digubal dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Kurikulum pada 14
Disember 1988. Ianya adalah berdasarkan pada laporan-laporan yang telah dikemukakan oleh
individu-individu yang terbabit secara langsung dengan dunia pendidikan yang berkaitan
dengan amalan-amalan dan permasalahan yang terdapat dalam sistem pendidikan yang
dijalankan pada masa lalu. Antara laporan-laporan yang dijadikan asas dalam penggubalan
Falsafah Pendidikan Negara ialah Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961
dan Laporan Jawatankuasa Kabinet. Tujuan laporan ini dibuat/dilakukan ialah bagi
menambahbaik mutu dan kualiti sistem pendidikan dalam mengharungi cabaran-cabaran yang
wujud dipersekitaran dalaman dan luaran. Disamping itu perubahan yang berlaku dalam
teknologi dan globalisasi juga mempengaruhi sedikit sebanyak sistem pendidikan dalam
mencari hala tuju yang dikehendaki.
Isi kandungan pernyataan Falsafah Pendidikan Negara dirumus dan dinyatakan seperti berikut:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sejajar dengan perkembangan zaman dan perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan
pada masa kini, Falsafah Pendidikan Negara ini telah diberi nafas baru dengan membuat
pertukaran dari segi nama dan menambah beberapa patah perkataan. Walaupun beberapa
perubahan dilakukan terhadap falsafah tersebut, namun ianya tidak membawa sebarang
perubahan dari segi maksud yang dikehendaki di dalamnya. Namun begitu ianya memberi
makna yang luas dalam konteks semasa selaras dengan aspirasi negara dan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara. Falsafah tersebut telah ditukarkan
namanya menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1999. Antara penambahan
perkataan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah seperti yang
bertanda hitam(bold):Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kenapa perlu Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini digubal kerana ianya adalah berkaitan
dengan permasalahan yang timbul dan dihadapi oleh masyarakat dan negara. Permasalahan
inilah yang menyebabkan dasar pendidikan kebangsaan digubal bagi mencapai matlamat yang
diingini oleh masyarakat dan negara.
Rumusan dari persoalan yang dikemukakan ini telah mencerminkan pernyataan misi yang
diharapkan oleh Kementerian Pendidikan berdasarkan pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu;
melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera;
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara serta memberi
peluang pendidikan pada semua warga negara Malaysia adalah selari dengan misi iaitu

membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Misi Pendidikan dan Matlamat Pendidikan adalah hasil dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menjadi teras dan tunjang utama bagi setiap aktiviti dan program pendidikan.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan etnik, bangsa dan agama. Walaupun begitu negara

kita tidak menghadapi masalah dari segi hidup bersama dan bersatupadu. Ini kerana sistem
pendidikan yang digunakan tidak membezakan sesuatu kaum dan etnik, bangsa dan agama.
Peluang pendidikan telah diberi sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Ini untuk
memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam suasana harmoni dan makmur tanpa
menimbulkan kacau bilau. Apabila corak kehidupan baik, ianya secara tidak langsung
menyumbang pada sumbangan yang dapat diberikan oleh masyarakat pada keluarga,
masyarakat dan negara.
Sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita lebih menyeluruh dengan berlandaskan pada
kepercayaan kepada Tuhan. Ini dapat mengelakkan timbulnya sentimen perkauman
sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969. Faktor perkauman inilah yang menyebabkan
keadaan politik negara pada masa itu kacau bilau dan ekonomi terjejas. Langkah yang diambil
oleh kerajaan pada masa itu ialah dengan menyusun semula perstrukturan polarisasi. Ini
dilakukan bagi menyeimbangkan polarisasi sesuatu kaum dari segi penempatan dan
pengagihan sumber pendapatan. Apabila ianya berjaya dilakukan maka ia dapat menyumbang
pada negara dari segi keharmonian dan kemakmuran serta sumbangan yang dilakukan oleh
masyarakat.
Selain dari itu sistem pendidikan juga telah melahirkan masyarakat yang dapat bersatupadu
walaupun terdapat perbezaan dari segi kepercayaan beragama. Ini dapat dilihat melalui
penglibatan setiap masyarakat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat, bangsa
dan negara. Ini diperkukuhkan lagi dengan sambutan hari-hari perayaan yang berlaku di negara

ini. Setiap masyarakat menyambut hari-hari perayaan tersebut dengan sambutan yang meriah
dan saling kunjung-mengunjung. Perasaan saling hormat-menghormati juga dapat disemai
secara tidak langsung.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berupaya melakukan perubahan itu dengan memberi
pendidikan yang bercorak dan berorientasikan pada permasalahan yang timbul. Secara tidak

langsung ianya juga dapat menggalakkan sumbangan yang dapat dilakukan oleh masyarakat
pada diri sendiri, keluarga dan negara. Ini dapat dilakukan dengan membuat perubahan dalam
menyampaikan sesuatu matapelajaran yang diajar.
Sekarang ini boleh dikatakan kesemua subjek matapelajaran yang diajar menerapkan nilai-nilai
murni yang dikehendaki. Cara penyampaiannya dilakukan dengan kaedah merentas kurikulum
iaitu disamping mengajar topik yang hendak diajar, diselitkan juga nilai-nilai murni yang
dikehendaki bagi menyemaikan perasaan bertanggungjawab dan berakhlak mulia dikalangan
pelajar.
Dalam strategi perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan beberapa strategi telah
dirancang bagi mencapai matlamat dan hasrat kerajaan. Hasrat yang hendak dicapai itu adalah
selari dengan wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara strategi
perlaksanaan yang dijalankan ialah semua konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan
dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat
pendidikan tinggi. Ianya juga meliputi semua kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah

bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Peraturan-Peraturan Sekolah
Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah
dalam mengawal disiplin dan tingkahlaku manusia yang berada di dalamnya. Maksud peraturan
ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan
kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat
adalah bagi mengawal tingkahlaku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya
proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.
Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku ianya akan menyebabkan sistem
pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung
ianya juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni
ini adalah penting bagi para pelajar untuk menhadapi situasi yang sebenar dalam alam
kehidupan sebenar.
Dalam kajian kes ini saya akan membuat analisis tentang peraturan-peraturan sekolah yang
diamalkan oleh sekolah tempat saya bertugas. Peraturan sekolah saya dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu Bahagian A  tujuan, Bahagian B  Perawakan Pelajar dan Bahagian C 
Kurikulum. Saya akan membuat analisis tentang peraturan sekolah dan mengupas tentangnya
dari segi penekanan yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Kajian Kes

Bahagian A
Tujuan:1. Membentuk keperibadian pelajar-pelajar untuk melahirkan warganegara yang
bertanggungjawab sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
2. Melatih pelajar-pelajar menerima dan mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan,
kawalan-kawalan dan arahan secara insaf dan bertanggungjawab.
3. Melahirkan suasana disiplin sekolah yang sempurna untuk melicin dan menjamin kejayaan
pelajaran dan pendidikan.
4. Membentuk dan melahirkan akhlak yang mulia dikalangan pelajar dalam hubungan mereka
dengan sekolah dan masyarakat.
Jika dilihat pada tujuan peraturan ini diadakan, jelas ianya adalah untuk membentuk peribadi
dan tingkahlaku pelajar bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ianya juga adalah proses penyediaan para pelajar dalam hubungan mereka
dengan masyarakat dan negara
Bahagian B
Perawakan Pelajar
Pelajar Lelaki
1. Rambut(Pekeliling KP(BS)8543/Vol.11/(58)
a. Pelajar-pelajar mestilah berambut pendek tidak mencecah kolar dan tidak mencecah telinga.
Pelipis rambut tidak melebihi setengah daripada telinga.
b. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan rambut.

c. Pelajar-pelajar dikehendaki menipiskan pelipis dan belakang.

d. Pelajar-pelajar perlulah berambut kemas dan bersih.
e. Pelajar-pelajar dilarang menyimpan jambang, janggut, janggut sepat dan misai.
f. Pelajar-pelajar tidak boleh mewarnakan dan mengerintingkan rambut.
g. Pelajar tidak dibenarkan membotakkan kepala.
Analisis:
Dalam aspek ini, pemeriksaan rambut dilakukan dari masa ke semasa. Pemeriksaan ini
dilakukan kerapkali pada waktu selepas perhimpunan. Sekurang-kurangnya dua kali dalam
sebulan ianya dilakukan di dalam kelas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan dibantu
oleh guru disiplin bersama-sama dengan beberapa orang guru lain.
2. Cermin Mata
a. Pelajar boleh memakai cermin mata atas nasihat doktor.
b. Cermin mata yang dipakai mestilah berkeadaan baik dan selamat.
Analisis:
Untuk aspek ini tidak berapa dititikberatkan kerana ianya dianggap sebagai perkara biasa.
Setakat ini para pelajar yang memakai cermin mata hanyalah dari golongan yang sepatutnya
memakai cermin mata kerana masalah penglihatan.
3. Pakaian(KP.BS8591/Jldd.11/(2) dan 8591/Jld.11/(39)
3.1 Lencana Sekolah

a. Pelajar-pelajar hendaklah melekatkan lencana sekolah di atas daripada saku baju.
b. Pelajar-pelajar digalakkan memakai tanda nama dan lencana sekolah tetapi tanda nama
tidak boleh digunakan sebagai gantian lencana sekolah.

Analisis:
Pada keseluruhannya para pelajar mematuhi peraturan ini. Ini mungkin kerana lencana yang
digunakan adalah dari jenis kain yang sememangnya kena jahit di poket baju. Pengecualian
hanya diberikan hanya kepada pengawas sekolah sahaja.
3.2 Baju
a. Pelajar-pelajar hendaklah memakai baju warna putih dan berkolar dengan mempunyai satu
sahaja poket – iaitu terletak di sebelah kiri.
b. Pelajar-pelajar digalakkan memakai baju tangan pendek. Lengan baju tidak boleh dilipat.
c. Saiz baju hendaklah sesuai dengan badan, berbutang putih dan dimasukkan ke dalam.
d. Singlet mestilah berwarna putih(jika dipakai).
e. Baju yang bernila mestilah tidak mengubah warna asal baju.
Analisis:
Bagi aspek ini terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar. Perkara ini berlaku
kerana kurangnya kefahaman oleh para pelajar tentang peraturan berpakaian dalam kawasan
sekolah. Ini kerana sekolah ini mempunyai dua sesi dan para pelajar menganggap bahawa
apabila sesuatu sesi itu tamat masa persekolahannya, maka sesi yang satu lagi tidak berhak

membuat atau mengambil tindakan disiplin terhadap mereka. Hal ini selalunya terjadi pada
pelajar sesi pagi.
3.3 Seluar
a. Pelajar-pelajar boleh memakai seluar pendek atau seluar panjang berwarna hijau hitam(dark
olive).
b. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket jenis bertampal dan
berbutang besi.
c. Seluar yang dipakai mestilah tidak terlalu ketat.
d. Labuh seluar mesti melampaui buku lali dan tidak mencecah lantai. Lebar kaki seluar tidak
terlalu kecil atau terlalu besar(sesuai dengan ukuran pemakai).
e. Bagi pelajar-pelajar yang memakai seluar jenis bertali pinggang, tali pinggang mestilah tidak

melebihi 1 ½ inci, tidak berkepala besar, mempunyai satu warna sahaja iaitu warna gelap dan
mesti dipakai dengan kemas.
f. Seluar yang dipakai mesti berjahit di bahagian kaki.
g. Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan memakai seluar jenis Bermuda dan Jean.
Analisis:
Dalam hal ini juga terdapat sedikit kesulitan. Hal ini berlaku kerana para pelajar seakan-akan
terikut pada perkembangan fesyen semasa. Ada sesetengahnya memperagakan fesyen dari
zaman sebelumnya dengan membuat stail carrot, kaki kecil, kaki seluar menyapu lantai dan

seluar tergantung. Dari segi pemakaian tali pinggang juga terdapat berbagai-bagai stail dan
warna penggunaan tali pinggang. Ini berlaku kerana tali pinggang dianggap sebagai pelengkap
pakaian.
3.4 Stokin
Pelajar-pelajar mestilah memakai stokin berwarna putih dan melebihi 5 inci melepasi buku lali
tanpa apa-apa hiasan.
Analisis:
Aspek ini yang paling ketara sekali kerana boleh dikatakan ¾ pelajar mengamalkan memakai
kasut tanpa stokin. Hal ini berlaku kerana ada sesetengah bilik atau kelas dan selain dari
pejabat, para pelajar harus membuka kasut dan stokin. Ini menyebabkan para pelajar
menganggap bahawa pemakaian stokin adalah tidak perlu kerana faktor-faktor tersebut.
3.5 Kasut
Jenis kasut yang dibenarkan ialah:a. Kasut jenis kanvas atau bahan sintetik lain berwarna putih mempunyai daya resap dan
penyaluran gerak udara.
b. Kasut separuh kanvas putih kesemuanya kecuali bahagian tapak.
c. Kasut berwarna hitam hanya dibenarkan untuk pengawas dan pelajar-pelajar tingkatan 6
sahaja.

d. Kasut hitam mestilah bertumit tidak melebihi 3 sentimeter.


Analisis:
Dalam aspek ini didapati para pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Boleh dikatakan kesemua pelajar mematuhi peraturan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Pelajar Perempuan
1. Rambut(KP.8534/Vol.11/658)
a. Pelajar-pelajar mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan bersih.
b. Pelajar-pelajar dilarang berfesyen secara keterlaluan.
c. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
d. Pelajar-pelajar yang berambut panjang mestilah mengikat rambut mereka. Mereka boleh
mengikat satu(ekor kuda)atau ikat dua dan tidak berfesyen-fesyen.
e. Rambut boleh ditocang satu atau dua dan tidak lebih daripada bilangan tersebut.
f. Reben yang boleh digunakan ialah jenis biasa, tidak berkilat-kilat atau bercorak. Warna yang
dibenarkan ialah hitam, biru muda, biru tua, dan putih.
g. Pelajar-pelajar hanya boleh menggunakan sepit rambut biasa dan berwarna hitam sahaja.
Analisis:
Aspek ini menampakkan tahap disiplin yang sangat rendah dikalangan pelajar terutamanya
pelajar-pelajar berketurunan Cina. Hal ini berlaku mungkin kerana faktor persekitaran serta
trend masa kini. Namun begitu pihak sekolah terutamanya para guru tidak membiarkan perkara
ini berleluasa. Tindakan oleh pihak sekolah kerap diadakan tanpa mengira waktu yang
ditetapkan. Para pelajar yang melanggar peraturan ini terus diambil tindakan dengan
menghubungi ibu bapa serta diminta membuat perjanjian dengan pihak sekolah agar perkara ini
tidak berulang lagi di masa hadapan.
2. Tudung(KP.BS8591/Jld.11/(2))

a. Pelajar-pelajar dibenarkan memakai mini telekung atau skaf berwarna putih atau biru
gelap/tua bagi pengawas.
b. Panjang mini telekung mestilah setakat menutup dada dan jangan terlalu labuh.
c. Pelajar-pelajar boleh menjahit renda yang sewarna dengan kain tudung dan lebarnya tidak
lebih daripada 1 sentimeter.
d. Biku yang terdapat di bahagian tepi kain tudung mestilah daripada corak bunga yang kecil
sahaja dan tidak berlubang-lubang. Lebarnya tidak lebih daripada 1 sentimeter.
e. Anak telekung mestilah berwarna putih bagi pelajar biasa dan warna hitam atau biru tua bagi
pengawas.
f. Pelajar-pelajar yang memakai skaf mestilah mengikatnya dengan kemas dan jangan diikat
sebelah tepi atau dipakai berfesyen-fesyen.
g. Pin yang digunakan untuk skaf atau mini telekung mestilah berwarna putih atau biru gelap
untuk pengawas.
Analisis:
Bagi aspek ini pula didapati para pelajar mematuhi peraturan tatacara memakai tudung. Dalam
aspek ini boleh dikatakan tiada masalah perlanggaran peraturan sekolah yang dilakukan oleh
pelajar.
3. Baju(KP.BS8591/Jld.11/(2))
Pelajar-pelajar perempuan mestilah memakai baju berwarna putih.
a. Saiz baju mestilah sesuai dengan tubuh badan.
b. Labuh baju kurung mestilah melepasi punggung.
c. Pelajar-pelajar dibenarkan memakai baju kurung moden tetapi janganlah singkat dan ketat
hingga mirip kepada baju kebaya.
d. Baju mestilah berleher belah depan dan dikenakan kancing baju sama ada bercakuk atau
butang putih atau reben putih bersaiz kecil.
e. Belahan leher baju di bahagian hadapan janganlah terlalu panjang.
f. Pelajar-pelajar dilarang memakai baju yang diperbuat daripada kain jarang.
g. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai baju cekak musang.
h. Blaus berlengan panjang hanya boleh dipakai oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 dan pengawas.

i. Pelajar-pelajar dilarang melipat lengan baju mereka.
Analisis:
Dari segi pemakaian baju bolehlah dikatakan para pelajar memakai pakaian yang sempurna
dan mengikut peraturan. Namun begitu ada juga pelajar-pelajar yang membuat baju dari kain
yang jarang sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat.
4. Kain
a. Pelajar-pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai kain berbentuk “A Line” atau kain
susun tepi.
b. Kain mestilah tidak terlalu labuh dan tidak terlalu singkat.
c. Warna kain yang dibenarkan ialah biru laut kecuali pelajar tingkatan 6 warna kainnya boleh
sewarna dengan warna kain seluar pelajar lelaki.
Analisis:
Keseluruhannya boleh dikatakan baik kerana semua pelajar mengikut arahan yang ditetapkan.
Namun begitu ada juga pelajar perempuan yang menyingkatkan kainnya dengan melipat naik
ke atas. Ini menyebabkan tindakan sewajarnya dilakukan oleh guru perempuan dengan
menyuruh pelajar yang melipat kain ke atas membukanya semula.
5. Stokin
a. Peraturannya sama dengan yang dikenakan ke atas pelajar lelaki.
b. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai stokin yang sewarna dengan kulit(skin colour).
c. Pelajar-pelajar juga dilarang memakai stokin yang berenda.
d. Pelajar yang berbaju kurung dibenarkan tidak memakai stokin.
Analisis:
Secara amnya dapat dinyatakan bahawa semua pelajar perempuan memakainya walaupun
terdapat pengecualian bagi pelajar yang berbaju kurung. Mungkin ini adalah kerana faktor

kecantikan anggota badan amat dititikberatkan oleh pelajar-pelajar perempuan. Kesimpulannya,
tiada masalah yang timbul dari aspek ini.
6. Kasut
Pelajar-pelajar perempuan hendaklah memakai kasut putih sebagaimana peraturan yang
dikenakan ke atas pelajar lelaki kecuali pelajar-pelajar tingkatan 6 dan pengawas dibenarkan
memakai kasut hitam yang bukan bertumit kecil dan tinggi tidak melebihi 3 sentimeter.
Analisis:
Dalam aspek ini semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan.
7. Cermin Mata
Sama seperti peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar lelaki.
Analisis:
Aspek ini juga tiada masalah yang timbul dan pelajar mematuhi peraturan.
1. Barang Kemas/Perhiasan dan Alat Solek 1. Pelajar-pelajar dilarang memakai barang kemas
kecuali jam tangan.
2. Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan adalah subang kecil yang ukurannya tidak lebih
daripada 1 sentimeter. Rupa bentuk subang mestilah ringkas. Subang yang bermata tidak
dibenarkan.
3. Pelajar-pelajar dilarang memakai apa saja bentuk perhiasan dan mengenakan apa saja
bentuk perhiasan dan mengenakan apa saja alat solek semasa berada di sekolah.
Analisis:
Aspek ini diberi penekanan yang tinggi oleh pihak sekolah supaya para pelajar mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Ini mungkin kerana faktor persekitaran yang menyebabkan pihak
sekolah mengambil tindakan agar para pelajar mematuhinya. Ini kerana sekolah ini terletak di

kawasan Bandar, di mana para pelajar terdedah kepada bahaya dan ancaman yang tinggi.
Kuku
1. Pelajar-pelajar mestilah memelihara kesihatan kuku. Kuku mestilah sentiasa bersih dan
pendek.
2. Pelajar yang berkuku panjang, berkuku kotor dan mewarnakan kuku dianggap telah
melanggar peraturan sekolah dan boleh diambil tindakan disiplin.
Analisis:
Dalam hal ini, tumpuan yang kerap diadakan ialah dari segi pemeriksaan kuku bagi memastikan
kuku dijaga dengan elok. Pemeriksaan kuku dilakukan oleh para guru pada setiap masa tanpa
mengira tempat dan waktu.
Pakaian untuk Bersukan Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk
bersukan.
Analisis:
Secara keseluruhannya para pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan memakai
pakaian yang sesuai dengan permainan.
Pakaian Sewaktu Menghadiri Aktiviti Selepas Sekolah
1. Pelajar-pelajar mestilah memakai pakaian sekolah dan tidak berselipar apabila berada di
dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.
2. Pelajar-pelajar dibenarkan memakai baju ‘T’ putih tanpa sebarang lukisan kecuali baju ‘T’
yang dikeluarkan oleh sekolah.
Analisis:
Dalam aspek ini peraturan telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan sekolah juga telah
menyediakan baju ‘T’ berlambangkan sekolah. Namun begitu sikap sesetengah pelajar cuba

menguji pihak sekolah dengan tidak memakai pakaian yang ditetapkan. Tindakan yang diambil
oleh pihak sekolah ialah dengan tidak membenarkan pelajar tersebut mengambil bahagian dan
diarah untuk keluar dari kawasan sekolah.
Bahagian C
Masa Persekolahan
1. Hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan mana-mana hari lain yang ditetapkan, mengikut
Jadual Waktu Persekolahan yang disediakan bagi sesi pagi dan sesi petang.
2. Loceng pertama sekolah akan berbunyi 5 minit sebelum masa persekolahan bermula
sebagai loceng isyarat.
3. Pelajar-pelajar dikehendaki beratur di luar bilik darjah untuk persediaan masuk ke kelas
masing-masing apabila diarahkan oleh guru selepas loceng kedua berbunyi.
4. Pelajar-pelajar hendaklah datang lebih awal dari masa sekolah bermula, kecuali dengan
alasan munasabah.
5. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan sekolah pada waktu tersebut kecuali
mendapat kebenaran daripada Pengetua.
6. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menulis surat kepada Guru Tingkatan
atau memberikan surat cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor kepada Guru Tingkatan secepat
mungkin.
7. Pelajar-pelajar yang hendak ke hospital mestilah mendapatkan surat akuan untuk rawatan
daripada guru bertugas atau ddari pejabat sekolah.
8. Pelajar tidak dibenarkan mengadakan sebarang perjumpaan atau mesyuarat pada masa
persekolahn kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua.
9. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa notis pengumuman atau mengutip yuran
persatuan dari kelas ke kelas semasa waktu persekolahan kecuali pada waktu rehat atau dalam
kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua.
10. Pelajar-pelajar adalah tidak digalakkan menggunakan alamat sekolah dalam urusan suratmenyurat peribadi. Sekiranya pelajar-pelajar menggunakan alamat sekolah, pihak sekolah
berkuasa membuka surat-surat tersebut. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab tentang
sebarang kerosakan ataupun kehilangan surat yang dialamatkan ke sekolah.
Analisis:

Dalam hal ini terdapat banyak peraturan disiplin yang tidak dipatuhi oleh pelajar. Hal ini berlaku
kerana kurang keberkesanan peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir itu sendiri.
Disamping itu juga guru disiplin tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam menangani
kes-kes perlanggaran disiplin. Contoh perlanggaran peraturan yang berlaku ialah seperti
kebenaran meninggalkan sekolah. Pihak pentadbir seolah-olah tidak mahu menanggung risiko
sekiranya terjadi apa-apa kepada pelajar sehinggakan mereka bebas untuk keluar masuk
dengan alasan sakit. Sesetengah alsan yang diberikan ialah sakit perut.
Pelajar bebas mengutip yuran persatuan dari kelas ke kelas dengan kebenaran guru persatuan
itu sendiri. Kutipan ini dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.
Kadang-kadang ada juga maklumat atau notis yang berkaitan dengan persatuan dijalankan
penyampaiannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar juga kerap mengadakan perjumpaan masa persekolahan sedang berjalan dengan
alasan mendapat kebenaran dari guru persatuan. Hal ini berlaku kerana sikap guru yang
merasakan masalah disiplin yang berlaku di hadapan mata mereka bukannya masalah mereka
tetapi ianya adalah masalah guru disiplin, pihak pentadbir dan sekolah.
Masa Pelajaran
1. Apabila guru/pengetua/pelawat masuk ke bilik darjah, pelajar hendaklah bangun dan
mengucapkan selamat atau memberi salam dan mengucapkan “Terima Kasih” waktu mereka
meninggalkan bilik darjah.
2. Pelajar dilarang menimbulkan suasana bising dan mengganggu ketenteraman bilik darjah.
3. Pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran guru untuk keluar darjah atau masuk ke bilik
darjah.
4. Bila guru tidak ada dalam bilik darjah, Ketua Tingkatan bertanggungjawab menghubungi guru
tersebut atau Guru Gantian sekiranya guru matapelajaran tersebut tidak hadir.
5. Semasa ke makmal atau meninggalkan makmal, pelajar-pelajar hendaklah berjalan dalam
dua barisan didahului oleh pelajar perempuan dan barisan tidak boleh berpecah.
6. Kelas-kelas mestilah dikunci semasa pelajar-pelajar hendak ke makmal atau pelajaran
senaman dan waktu persekolahan habis/tamat.

Analisis:
Peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pelajar dari aspek beratur berdua-dua ke makmal,
bengkel atau surau. Hal ini terjadi kerana tahap disiplin yang rendah serta kurangnya
tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Kelas-kelas tidak pernah dikunci selain dari waktu
tamat persekolahan sahaja. Ini adalah disebabkan kurangnya penekanan dari aspek
keselamatan harta benda pelajar oleh pihak sekolah.
Perhimpunan
1. Semua pelajar dikehendaki menghadiri sebarang bentuk perhimpunan yang diarahkan oleh
pihak sekolah.
2. Semua pelajar dilarang membuat sebarang bentuk perhimpunan sendiri di luar bidang
pelajaran, olahraga dan persatuan atau pertubuhan yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
3. Apabila sesuatu perhimpunan diadakan semua pelajar dikehendaki segera ke tempat
perhimpunan.
4. Semasa perhimpunan, pelajar mestilah berada dalam barisan lurus dan tidak membuat bising
bahkan mesti menjaga tingkah laku masing-masing. Ketua Tingkatan dan pengawas mestilah
mengawasi pelajar-pelajar di bawah jagaan masing-masing.
Analisis:
Kadar kebisingan pelajar pada waktu perhimpunan adalah sederhana kerana terdapatnya
pengawasan yang dilakukan oleh pihak pengawas dan guru bertugas. Keadaan kebisingan
akan menjadi rendah apabila Pengetua datang untuk upacara perhimpunan dijalankan. Amat
payah sekali bagi sekolah harian mempraktikkan keadaan senyap sunyi semasa perhimpunan
kerana kurangnya komitmen dari pelajar dan guru itu sendiri.
Masa Rehat
1. Sebarang masa pelajar-pelajar dibebaskan daripada menerima pelajaran di bilik darjah atau
di tempat-tempat tertentu adalah dianggap masa rehat.
2. Waktu rehat pelajar dilarang berada dalam bilik darjah dan di kawasan larangan yang lain.
3. Pelajar-pelajar dibenar minum sahaja selepas waktu senaman dan dilarang sama sekali

makan dan minum di dalam kelas.
4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke bahagian dalam kantin untuk makan atau membeli
makanan pada bila-bila masa.
Analisis:
Pada waktu ini kadar kebisingan akan menjadi lebih tinggi kerana kurangnya kawalan dari
aspek kebisingan. Akan tetapi dari aspek lain iaitu beratur dan tatacara membeli makanan
adalah amat teratur. Kekurangan yang dihadapi oleh pihak sekolah pada waktu rehat ialah
kekurangan tempat untuk makan kerana saiz kantin yang tidak mampu menampung jumlah
pelajar yang banyak dalam satu masa. Pihak sekolah mengambil inisiatif dengan
membahagikan waktu rehat kepada dua bahagian tetapi masih lagi terdapat kekurangan dari
aspek yang sama.
Pelajaran Pendidikan Jasmani
1. Masa pelajaran Pendidikan Jasmani , semua pelajar mestilah keluar berkumpul di padang
permainan(tempat-tempat yang ditetapkan oleh Guru Pendidikan Jasmani)kecuali hujan.
2. Pakaian lengkap untuk tujuan Pendidikan Jasmani hendaklah dipakai semasa pelajaran ini
dijalankan.
3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan:- 3.1 Berada di tempat-tempat lain.
3.2 Keluar meninggalkan kawasan Pendidikan Jasmani tanpa kebenaran.
3.3 Berada dalam kelas.
3.4 Memakai pakaian seragam sekolah.
Analisis:
Peraturan ini boleh dikatakan kurangnya komitmen dari pihak sekolah kerana Pendidikan
Jasmani hanya dianggap sebagai mata pelajaran sampingan. Ianya bukanlah mata pelajaran
utama yang perlu diberi penekanan. Hal ini terjadi kerana trend pendidikan pada masa kini
hanya menumpukan kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik menjadi kayu pengukur
akan tahap pendidikan dan sosial sesuatu insan. Pihak sekolah merasa bertanggungjawab
memenuhi kehendak yang diingini oleh para waris yang mahukan anak mereka berjaya dalam

pelajaran kerana pelajar-pelajar ini adalah amanah yang diberikan oleh waris kepada pihak
sekolah. Masalah peraturan itu dipatuhi atau tidak, bukanlah satu masalah utama yang perlu
pihak sekolah atasi dengan segera dan berkesan.
Masa Pulang
1. Bila arahan pulang diberi atau loceng akhir dibunyikan semua pelajar dikehendaki keluar dari
bilik darjah dengan tidak bising.
2. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan-arahan pengawas di tempat basikal dan di jalan
raya.
3. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah untuk pulang hendaklah melaporkan segera kepada
Guru Bertugas.
Analisis:
Peraturan ini juga tidak diberi penekanan kerana dewasa ini sudah menjadi trend bagi para
waris untuk mengambil dan menghantar anak-anak mereka dari sekolah. Masalah pelajar
menghadapi masalah untuk pulang tidak timbul. Disamping itu kemudahan pengangkutan juga
mempengaruhi peraturan ini tidak dititikberatkan. Ini berlaku kerana ada sesetengah pelajar
yang datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri seperti basikal, motorsikal dan
kereta. Peranan pengawas dan guru bertugas hanyalah sekadar untuk melepaskan pelajar
keluar dari kawasan sekolah dan melintas jalan sahaja.
Bagaimanakah Sekolah Mengawal Pelajar-Pelajar Agar Peraturan-Peraturan Dipatuhi?
Sekolah merupakan institusi yang memerlukan dasar disiplin yang kukuh. Dalam usaha
mewujudkan satu sistem disiplin yang mantap, maka pihak pentadbir, Guru Besar dan guru
memerlukan kuasa untuk mengamal dan melaksanakan dasar displin itu. Kuasa dan
kewibawaan ini diperturunkan melalui peraturan-peraturan mengenai disiplin.
Segala tindakan dan tingkahlaku pentadbir, Guru Besar, guru-guru dan pelajar sewaktu di
sekolah haruslah bersempadankan atau mematuhi peraturan-peraturan ini. Seboleh-bolehnya
Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dengan perjalanan peraturan di sesebuah sekolah
haruslah sentiasa peka akan wujudnya peraturan-peraturan berkenaan dan seterusnya

mengambil kira kandungan peraturan-peraturan tersebut semasa menjalankan tugas mereka.
Masalah disiplin yang berlaku di sekolah dianggap oleh masyarakat sebagai satu daripada
tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh pihak sekolah bagi mengatasinya. Oleh itu
pihak pentadbir, Guru Besar dan guru-guru hendaklah mencari jalan terbaik agar masalah ini
dapat diselesaikan dengan baik dan bukannya bertujuan untuk menyusahkan pelajar. Dengan
penyelesaian yang baik akan menunjukkan kewibawaan pihak sekolah dalam mengatasi
masalah perlanggaran peraturan ini. Beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh pihak
sekolah dalam mengawal pelajar agar dapat mematuhi peraturan dapat dilakukan. Antara
langkah-langkahnya ialah:1. Kepemimpinan yang tegas.
Seperti yang sedia maklum, stail kepemimpinan terbahagi kepada empat jenis iaitu autokratik,
demokratik, laissez-faire dan benovilant equalvilant. Pengetua atau pihak pentadbir boleh
memainkan peranan dengan menggunakan stail yang sedia ada untuk mengawal pelajar agar
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Stail yang hendak digunakan mestilah bersesuaian
dengan situasi masalah yang dihadapi. Ini bertujuan untuk murid merasa peraturan yang
dikenakan mestilah diikuti dan bukannya sebagai satu hukuman. Bentuk tindakan yang diambil
boleh merupakan nasihat, amaran, denda atau sebagainya. Matlamatnya yang utama adalah
untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
2. Bimbingan dan kaunseling
Kaunselor boleh memainkan peranannya dengan memberi maklumat dan juga garis panduan
mengenai peraturan sekolah. Tugas kaunselor ialah untuk memberi penjelasan mengapa
peraturan yang ditetapkan harus dipatuhi oleh pelajar. Bagaimana ianya dijalankan terpulanglah
kepada kaunselor dalam membuat penilaian terhadap pelajar yang melanggar peraturan
sekolah.