PENGURUSAN PELAJAR KELAS SELIAAN DARI PE

PENGURUSAN PELAJAR KELAS SELIAAN DARI PERSEPSI
PENASIHAT AKADEMIK (PA)
DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
Hanin Falina Mohd Hashim1
Maifuza Binti Mohd Amin2
Kolej Komuniti Hulu Langat
Kementerian Pendidikan Malaysia
haninfalina.kkhl@gmail.com1
maifuza.amin@gmail.com2
PENDAHULUAN
Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pendidikan berkualiti
memandangkan misi Pendidikan Malaysia ke arah wawasan 2020 adalah dengan
membangunkan pendidikan yang bertaraf dunia. Malaysia memerlukan tenaga
pekerja yang mahir dalam semua bidang kemahiran bagi menampung keperluan
negara yang pesat membangun sama ada tenaga professional ataupun separa
professional. Oleh itu, Jemaah Menteri dalam mesyuarat 5 Julai 2000 telah bersetuju
dengan penubuhan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen (Norazwani Abd
Malek, 2004). Tujuan penubuhan kolej bukan sahaja memberi peluang kepada
pelajar lepasan SPM yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi, malah memberi peluang kepada mereka dan komuniti setempat untuk
menperolehi latihan kemahiran bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Pembangunan diri pelajar perlu dibentuk dengan teliti agar dapat
menghasilkan insan yang seimbang. Justeru itu, mereka memerlukan bimbingan
daripada orang dewasa bagi membantu dalam aspek pembangunan akademik,
pembangunan sahsiah, pembangunan kerjaya dan pembangunan kesediaan diri
(Prof Madya Dr Hamdan & Tee Tiam Chai, 2012). Bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang terutama dalam bidang akademik, tenaga pengajar atau pensyarah kolej
diberi tanggungjawab untuk membimbing mereka di dalam kelas semasa sesi
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) untuk memenuhi kehendak industri,
masyarakat dan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran. Selain
akademik, bagi mewujudkan pembangunan diri pelajar dalam aspek lain, PA
merupakan pensyarah yang dilantik bagi menguruskan hal-hal berkaitan akademik,
dokumen dan lain-lain telah diwujudkan di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL).
Definasi PA di KKHL adalah pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal-hal
akademik pelajar mengikut kelas. PA telah diberi senarai tugas bagi menguruskan
kelas seliaan mereka pada awal semester iaitu pada minggu kedua PdP dijalankan .
Selain mendaftar kursus, menguruskan dokumen dan sistem ePelajar mengikut
kelas, PA juga perlu memantau perkembangan kemajuan dan permasalahan pelajar
dari semasa ke semasa. Kebanyakan pelajar yang mempunyai persoalan berkenaan
dengan hal-hal tertentu akan berjumpa dengan PA bagi menyelesaikan
permasalahan mereka. Pelajar pada masa kini bukan sahaja menghadapi masalah

berkaitan akademik tetapi juga menghadapi masalah yang berpunca daripada faktor
luaran. Oleh itu, PA perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi
membantu pelajar dalam suasana persekitaran yang mencabar dan kompetitif. Ini
merupakan satu cara yang boleh dilakukan melalui program SPA yang teratur.

SPA telah diperkenalkan di kebanyakan institusi bagi memastikan pelajar
mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti dan sahsiah
yang tinggi. Menurut kajian Noriadah Abdul Karim dan Hamdan Said (2013), SPA
merupakan satu sistem yang bertujuan untuk mewujudkan suatu saluran yang
sistematik kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan, nasihat dan berbincang
perihal akademik bersama PA. Manakala menurut UiTM (2011), tujuan SPA ialah
membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sistem pengajian IPT supaya matlamat
penggunaan semester dapat direleasasikan dengan sempurna dan membantu serta
membimbing pelajar menyelesaikan masalah akademik, sosial, merancang
pembangunan individu secara holistik dan efektif.
Pencapaian pelajar sering dilihat dengan kebolehan yang terdapat pada
pelajar itu namun, tidak boleh dinafikan bahawa ada faktor lain yang mempengaruhi
pembangunan diri mereka. Justeru, di setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus
memperkenalkan SPA yang mana ia sangat penting kepada semua pelajar. Hal ini
bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan dan dengan adanya SPA pelajar

boleh meminta bantuan dan berjumpa dengan PA pada bila-bila masa asalkan tidak
mengganggu jadual mereka (Absullah Sulong & Wan Zainura, 2008).
PENASIHAT AKADEMIK
Menurut Edward Ngelai (2000), persepsi merupakan satu proses yang melebihi
tahap pendaftaran rangsangan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara dan
ianya tidak semestinya betul atau salah manakala menurut Che Haslina & Zulkefli
Mohamad (2005) pula, secara ringkasnya persepsi adalah apa-apa tanggapan atau
pandangan. Dalam kajian ini, penyelidik ingin melihat pandangan PA terhadap
pengurusan kelas seliaan di KKHL. PA di KKHL adalah pegawai yang dilantik bagi
menguruskan hal-hal akademik pelajar mengikut kelas yang dipertanggungjawabkan
atau kelas seliaan mereka. Penasihat Akademik (PA) akan ditugaskan membantu
dan menasihatkan sekumpulan pelajar bermula dari awal pengajian, iaitu semasa
mereka memasuki universiti sehinggalah mereka tamat pengajian di universiti.
( Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2006).
Tujuan PA adalah membantu pelajar dari segi kemajuan atau permasalahan
dan menguruskan hal-hal berkaitan dokumen mereka dari semasa ke semasa.
Menurut Prof Madya Dr Hamdan Bin Said dan Tee Tiam Chai (2012), PA merupakan
penasihat yang efektif di mana peranan dan fungsi mereka sebagai sumber
maklumat yang berkaitan kurikulum dan kokurikulum, polisi IPT dan prosedur
pentadbiran serta golongan yang dapat membantu pelajar menangani permasalahan

dari aspek pembangunan akademik, sahsiah, kerjaya dan kesediaan diri.

Menurut senarai tugas PA di KKHL, tanggungjawab mereka adalah seperti
berikut:
1. Memastikan dokumen di dalam Fail Peribadi Pelajar (FPP) adalah lengkap
2. Memastikan pelajar membuat bayaran yuran pengajian sebelum semester
berakhir. Sekiranya pelajar tidak membayar yuran sebelum peperiksaan akhir,
maklum kepada Unit Peperiksaan untuk tujuan penahanan daripada
menduduki peperiksaan
3. Mengenalpasti pelajar yang tidak hadir secara berterusan atau Missing In
Action (MIA)
4. Memastikan semua pelajar mendapat Kad Pelajar beserta nombor
perpustakaan dan no pendaftaran serta Baju Bengkel bagi pelajar baru
5. Kemaskini Butir Diri Pelajar, Maklumat SPM, Maklumat Yuran Pengajian dan
Alamat Waris/Penjaga dalam sistem ePelajar
6. Menyimpan salinan surat berhenti, tangguh dan surat sakit
7. Memastikan salinan keputusan peperiksaan pelajar disimpan di dalam Fail
Peribadi Pelajar setiap kali di akhir semester
8. Memastikan pelajar yang layak mendapat elaun layak diberi elaun dan
memaklumkan kepada pelajar sekiranya pelajar berhenti pengajian separuh

jalan, pelajar dikehendaki membayar semula elaun yang telah diterima
9. Pengurusan Fail Peribadi Pelajar di bawah seliaan penasihat akademik
adalah tanggungjawab penasihat akademik dengan dibantu oleh Unit
Pengambilan. Penasihat Akademik boleh merujuk kepada AJK Unit
Pengambilan sekiranya mempunyai masalah
Menurut Muhd Hasanul Isyraf (2010), PA bukan sahaja bertanggungjawab
dalam bidang akademik malah meliputi sahsiah dan kokurikulum pelajar. Ini
bertujuan bagi memastikan pelajar menjalani kehidupan sebagai pelajar institusi
yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Berdasarkan kepada senarai
tugas dan tanggungjawab PA di atas, PA di KKHL juga bertanggungjawab dalam
bidang akademik pelajar serta meliputi dokumen-dokumen pelajar. Mereka perlu
memastikan dokumen dalam FPP terutamanya lengkap dan juga rekod dalam sistem
ePelajar telah dikemaskini. Ini kerana pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
(JPKK) sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan mengejut ke kolej bagi
melihat kelengkapan dokumen dalam FPP dan sistem. Pengemaskinian dokumen
dan sistem sangat penting terutama dokumen BHHP2 (Medical Check-Up) serta
alamat waris/penjaga. Ia perlu lengkap kerana sekiranya pelajar mempunyai
permasalahan semasa di kolej, ini memudahkan pihak kolej untuk menghubungi
mereka.
Untuk merealisasikan sistem akademik yang efektif, pelajar perlu komited dan

bijak berkomunikasi dengan penasihat akademik untuk berbincang mengenai
sesuatu permasalahan. Menurut Noriadah Abdul Karim(2013), suatu hasil kajian
yang telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar pelajar UTM program ijazah
pertama dari tahun satu hingga tahun akhir pengajian daripada 13 buah fakulti
mendapati pelajar kurang menggunakan kaedah berkomunikasi bersama penasihat
akademik sebagai pembimbing pembangunan pelajar. Kepuasan pelajar boleh dilihat
apabila mereka kerap bertemu dengan penasihat akademik. Pelajar harus bijak
mengambil peluang untuk lebih berinteraksi kerana penasihat akademik berfungsi
sebagai pemudahcara, penyelaras pengalaman pembelajaran dan pakar rujuk di
institusi pengajian tinggi.

Menurut Noriadah Abdul Karim dan Hamdan Said (2013), SPA adalah hubungan
kerjasama antara pelajar dan PA yang bertujuan untuk membantu pelajar dalam
mencapai pembangunan pendidikan yang selaras dengan minat, nilai dan
kebolehan. PA diberi mandat oleh pihak pengurusan untuk membantu pelajar dalam
akademik dan turut membimbing pelajar mencapai tahap yang lebih baik dalam
pembangunan akademik, sahsiah, kerjaya dan kesediaan diri kerana perkembangan
tingkah laku pelajar sentiasa berubah. Oleh sebab itulah, PA perlu menangani
keperluan pelajar dengan sewajarnya.
METODOLOGI KAJIAN

Lokasi kajian hanya bertumpu di Kolej Komuniti Hulu Langat dan responden
dipilih di kalangan penasihat akademik di KKHL dari Sesi Julai 2013 hingga Sesi
Julai 2014 yang bertugas di KKHL. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan jarak lokasi
kajian adalah berdekatan dengan tempat pengajian penyelidik dan
mempermudahkan penyelidik untuk mengumpul data memandangkan kajian akan
dijalankan mengikut beberapa fasa. Bilangan sampel yang diambil adalah seramai
30 orang. Penggunaan saiz sampel menurut Mohd Majid (1998) perlu digalakkan 30
unit ke atas kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz
sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan mewakili populasi
dan mengurangkan ralat persampelan. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik adalah alat ukur yang
sering digunakan di dalam penyelidikan sekiranya kaedah persampelan digunakan.
Instrumen kajian yang digunakan ini adalah penting dalam pengumpulan data dan
maklumat berkaitan kajian. Maklum balas yang diperoleh menerusi kaedah soal
selidik akan dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif yang mana setiap
item akan dianalisis bagi menjawab setiap soalan kajian. Kesemua data akan
dipindahkan dan dimasukkan ke dalam perisian SPSS 21.0 for Windows (Statistical
Packages for Social Science) bagi menganalisis data.

ANALISIS DATA

Hasil dapatan kajian akan dibincangkan tentang kaedah analisis data dan
keputusan yang diperolehi daripada edaran soal selidik yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Terdapat beberapa bahagian yang ditumpukan di dalam bab ini yang mana
ia selari dengan objektif. Ia dimulakan dengan pengedaran dan pengumpulan
borang soal selidik, prosedur penganalisisan data, latar belakang responden
(demografi) dan analisis soalan bagi PA. Kesemua data yang diperolehi telah
dianalisis menggunakan perisian SPSS 21.0. Secara umumnya, keseluruhan data
yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan analisis
deskriptif dengan mencari frekuensi, peratusan, kekerapan dan min. Jadual 1
digunakan bagi mentafsir nilai min berdasarkan skala likert sebagai menjawab setiap
persoalan kajian yang telah digariskan. Jadual 1 digunakan bagi mentafsir nilai min
berdasarkan skala likert sebagai menjawab setiap persoalan kajian yang telah
diadaptasi daripada Wiersma (1995).

Julat Min

Tahap
Kekuatan

1.00 – 2.33


Rendah

2.34 – 3.67

Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi
Jadual 1: Tafsiran Min

Latar Belakang Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada PA di KKHL telah
menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Berikut adalah huraian analisis
bagi latar belakang responden berdasarkan kandungan soal selidik yang telah
diedarkan. Maklumat mengenai jantina dan program dilakukan adalah untuk
mengetahui persepsi PA terhadap pengurusan kelas seliaan.
Program

Jantina
Lelaki

Perempua
n

Sijil
Teknologi
Penyejukan
dan
Penyamanan
Udara (SPU)
6
13

Sijil Aplikasi
Perisian
Komputer
(SAP)

Sijil
Akauntansi
(SAK)


Kekerapan

Peratus
(%)

8

3

6
24

20.0
80.0

Jumlah
30 orang
Jadual 2: Responden Mengikut Jantina dan Program

100

Berdasarkan kepada Jadual 2, secara keseluruhannya didapati bahawa
kebanyakan responden yang terlibat terdiri daripada perempuan iaitu seramai 24
orang (80.0%) berbanding dengan PA lelaki hanya seramai 6 orang (20.0%). Ini
menunjukkan bahawa lantikan pensyarah lelaki sebagai Penasihat Akademik kurang
kerana bilangan pensyarah lelaki di KKHL hanya 13 orang manakala pensyarah
perempuan pula adalah seramai 47 orang.

Analisis Skor Min
Pengkaji telah menggunakan analisis skor min bagi persepsi responden
terhadap pengurusan kelas seliaan dan pelaksanaan SPA di KKHL yang diwakili
sebagai Bahagian B dan Bahagian C secara berturutan dalam borang soal selidik.
Data yang diperoleh daripada kedua-dua bahagian tersebut telah dianalisis untuk
mendapatkan nilai min bagi setiap bahagian.

Terdapat 6 item dalam Bahagian B(i),(ii) dan (iii), 5 item di B(iv) manakala 4
item di B(v). Hasil analisis memperlihatkan keseluruhan skor min bagi setiap persepsi
PA terhadap pengurusan kelas seliaan di KKHL. Perincian untuk setiap item bagi
setiap persepsi PA boleh dirujuk pada Jadual 3.
i)
N
o

Pembangunan akademik pelajar

Item

Min

Tahap

Saya memberi sokongan terhadap kemajuan akademik
4.27
Tinggi
pelajar
Pelajar sering berunding dengan saya berkenaan dengan
3.43
Sederhana
2
akademik
3
Saya sentiasa memantau kehadiran mereka ke kelas
3.47
Sederhana
4
Saya sentiasa memantau kemajuan akademik pelajar
4.27
Tinggi
Saya sering membantu pelajar dalam akademik di luar
3.53
Sederhana
5
waktu kelas
Saya sering memberi nasihat dalam pencapaian akademik
4.23
Tinggi
6
pelajar
Purata Min
3.87
Tinggi
Jadual 3: Analsis Item bagi Pembangunan Akademik Pelajar
1

Jadual 3 menunjukkan dapatan bagi persepsi PA terhadap pembangunan
akademik pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah akademik memberikan
skor yang paling tinggi terhadap dua item iaitu PA sentiasa memantau kemajuan
akademik pelajar (4.27 tinggi) dan mereka memberi sokongan terhadap kemajuan
akademik pelajar (4.27 tinggi). Majoriti PA dapat mengikuti perkembangan akademik
dengan lebih baik kerana pelajar dibawah seliaan merupakan pelajar dalam kelas
yang diajar oleh pensyarah akademik masing-masing. Namun skor bagi item kedua
menunjukkan skor min yang terendah diperolehi adalah 3.43. PA berpendapat pelajar
jarang berjumpa mereka berunding berkenaan akademik.
ii)
N
o
1
2

Pembangunan sahsiah pelajar

Item

Min

Tahap

Saya sering berhubung dengan pelajar

3.27

Sederhana

Saya prihatin terhadap kelakuan pelajar
4.30
Saya sering memberi nasihat bagi penerapan nilai-nilai
4.30
3
murni
Saya membimbing pelajar sekiranya mereka mempunyai
3.77
4
masalah
Saya merancang untuk meningkatkan motivasi dalaman
3.17
5
dan luaran pelajar
6
Saya memiliki pengetahuan untuk memotivasikan pelajar
2.13
Purata Min
3.49
Jadual 4: Analsis Item bagi Pembangunan Sahsiah Pelajar

Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Rendah
Sederhana

Jadual 4 merupakan item untuk menguji maklumbalas pensyarah akademik
terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Terdapat 6 item yang dibangunkan seperti di
dalam jadual . Didapati dua item yang mendapat skor yang tinggi iaitu PA prihatin
terhadap kelakuan pelajar (4.30 tinggi) dan sering memberi nasihat bagi penerapan
nilai-nilai murni (4.30 tinggi) kepada pelajar manakala skor yang rendah adalah bagi
item yang keenam iaitu dari segi pengetahuan untuk memotivasikan pelajar (2.13
rendah). Walaupun skor adalah rendah dalam aspek pengetahuan memotivasikan
pelajar namun pensyarah sering memberikan ayat perangsang kepada pelajar untuk
terus berjaya. Kekangan kepakaran dalam memotivasikan pelajar secara efektif perlu
diberi perhatian. Secara keseluruhan purata skor adalah sederhana iaitu 3.49.

iii)
N
o

Item

Pembangunan kerjaya pelajar
Min

Saya memberi sokongan kepada pelajar sama ada untuk
4.23
sambung belajar atau memilih kerjaya
Saya berunding dengan pelajar berkenaan kerjaya atau
3.93
2
masa hadapan mereka
Saya memberi maklumat yang berkualiti mengenai
4.07
3
penyambungan pengajian atau kerjaya
Saya memberi panduan bagi membantu menyelesaikan
3.43
4
keperluan kerjaya
Saya memberi pendedahan kepada pelajar sebagai
3.03
5
persediaan ke
alam kerjaya
Saya menjelaskan kepada pelajar kepentingan mencapai
3.97
6
matlamat kerjaya
Purata Min
3.78
Jadual 5: Analsis Item bagi Pembangunan Kerjaya Pelajar
1

Tahap
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Sederhana
Tinggi
Tinggi

Jadual 5 merupakan hasil analisis item bagi pembangunan kerjaya pelajar.
Terdapat 6 item yang digunakan untuk menguji aspek pembangunan kerjaya pelajar
(3.78 tinggi). Didapati PA memberi sokongan kepada pelajar sama ada untuk
menyambung pengajian atau memilih kerjaya sebelum tamat pengajian berada pada
tahap tinggi iaitu 4.23 manakala skor min rendah diberikan kepada item yang kelima
iaitu PA berpendapat mereka jarang memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan
persediaan alam kerjaya (3.03 sederhana). Ini kemungkinan PA tidak diberi
pendedahan secara terperinci berhubung dengan kerjaya pelajar bidang masingmasing.

iv)
N
o
1

Dokumen Fail Peribadi Pelajar (FPP)
Item

Saya tahu dokumen yang perlu ada dalam FPP

Min
4.13

Tahap
Tinggi

Saya sentiasa mengemaskini dokumen pelajar yang belum 3.87
Tinggi
lengkap
Saya merujuk kepada dokumen dalam FPP untuk
4.00
Tinggi
3
mendapatkan maklumat pelajar
Salinan Surat Tangguh, Berhenti atau Surat Sakit disimpan 4.07
Tinggi
4
oleh saya
Saya tahu kepentingan dokumen yang perlu ada dalam
4.10
Tinggi
5
FPP
Purata Min
4.03
Tinggi
Jadual 6: Analsis Item bagi Dokumen Fail Peribadi Pelajar (FPP)
2

Jadual 6 menunjukkan hasil analisis item bagi Dokumen Fail Peribadi Pelajar
(FPP). Skor yang tinggi adalah 4.13 iaitu PA mengetahui dokumen yang perlu ada
dalam FPP yang mana pada awal semester pengajian pelajar didaftarkan PA wajib
mengemaskini dokumen pelajar yang tidak lengkap dan dibantu oleh Unit
Pengambilan. Manakala skor yang rendah diantara kesemua item dalam jadual 6
adalah 3.87 iaitu dari segi pengemkinian dokumen pelajar. Perkara ini berlaku
kemungkinan disebabkan oleh kekangan masa kerana jadual mengajar atau
tambahan kerja yang sentiasa penuh.
v)
N
o

Analsis Item bagi Sistem ePelajar

Item

Min

Tahap

Saya tahu cara membuka sistem ePelajar

3.23

Sederhana

Saya tahu cara memasukkan data pelajar kelas seliaan ke
3.23
dalam sistem ePelajar
3
Saya sentiasa mengemaskini rekod pelajar yang terkini
3.03
Saya merujuk kepada sistem ePelajar untuk mendapatkan
3.33
4
maklumat pelajar
Purata Min
3.21
Jadual 7: Analsis Item bagi Sistem ePelajar

Sederhana

1
2

Sederhana
Sederhana
Sederhana

Jadual 7 merupakan hasil analisis item bagi Sistem ePelajar. Skor
keseluruhan bagi maklumbalas sistem ePelajar adalah 3.21 iaitu paras sederhana.
Skor tertinggi adalah 3.33 (sederhana) dari item keempat iaitu mereka merujuk
kepada sistem ePelajar untuk mendapatkan maklumat pelajar manakala kor yang
rendah adalah 3.03 (sederhana) iaitu dari segi pengemaskinian data pelajar dalam
sistem ePelajar. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ianya mungkin berlaku kerana
kekangan masa daripada PA.

vi)
N
o

Item

Pelaksanaan Sistem Penasihatan AKademik (SPA) di KKHL
Min

Tahap

Saya diberi taklimat oleh pihak jabatan berkenaan tugas
2.13
Rendah
sebagai Penasihat Akademik
Saya memberi panduan kepada pelajar berkenaan peranan 2.10
Rendah
2
Penasihat Akademik terhadap pelajar kelas seliaan
Saya merujuk Fail Penasihat Akademik yang mempunyai
3.60
Sederhana
3
butiran berkenaan pelajar kelas seliaan sekiranya ada
permasalahan
Saya menganalisa semua pelajar kelas seliaan agar
3.73
Tinggi
4
mengenali mereka dengan lebih dekat
Saya sering membuat perjumpaan dengan pelajar kelas
3.63
Sederhana
5
seliaan
Saya memantau pelajar kelas seliaan daripada awal
3.47
Sederhana
6
sehingga tamat pengajian
Purata Min
3.11
Sederhana
Jadual 9: Analisis Item bagi Pelaksanaan Sistem Penasihatan AKademik (SPA)
di KKHL
1

Terdapat 6 item dalam Bahagian C. Hasil analisis memperlihatkan
keseluruhan skor min bagi persepsi PA terhadap pelaksanaan SPA di KKHL adalah
3.11 iaitu paras sederhana. Perincian untuk setiap item bagi setiap persepsi PA
boleh dirujuk pada Jadual 9. Skor tertinggi adalah 3.73 (tinggi) iaitu PA menganalisa
semua pelajar kelas seliaan agar mengenali mereka dengan lebih dekat. Manakala
skor yang rendah bagi item kedua iaitu mereka tidak memaklumkan pelajar
berkenaan peranan PA terhadap pelajar kelas seliaan dengan skor 2.10 (rendah).

KESIMPULAN
Kajian ini melibatkan sebanyak 30 orang responden yang merupakan
pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat yang diamanahkan sebagai PA. Responden
dikehendaki menjawab tiga bahagian A, B dan C di dalam soal selidik yang
diberikan. Bahagian A ialah data demografi iaitu jantina dan program. Bahagian B
iaitu persepsi PA terhadap pengurusan pelajar kelas seliaan yang mempunyai lima
konstruk manakala Bahagian C merupakan Persepsi PA Terhadap Pelaksanaan
Sistem Penasihatan Akademik (SPA) di KKHL. Hasil kajian mendapati bahawa skor
yang tinggi diberikan kepada pengurusan dokumen Fail Peribadi Pelajar dengan skor
min yang paling tinggi iaitu 4.03 antara kelima-lima konstruk, diikuti oleh
pembangunan akademik pelajar (3.87) dan pembangunan kerjaya pelajar (3.78).
Oleh yang demikian PA di KKHL bersetuju yang mereka tahu akan dokumen yang
perlu ada dalam FPP termasuk kepentingan dokumen tersebut. Menurut Prof. Madya
Dr. Hamdan Bin Said & Tee Tiam Chai (2012), PA berperanan dalam memberi
sokongan terhadap kemajuan akademik mereka. Sekiranya tidak mencapai tahap
akademik yang baik, pelajar perlu berunding untuk berbincang untuk perancangan
masa depan sepanjang pengajian. Begitu juga dalam aspek pembangunan kerjaya
yang mana pelajar perlu diberi pendedahan dalam memilih kerjaya dan PA perlu
menyediakan panduan bagi membantu pelajar dalam mengimbangi pendidikan dan
pekerjaan. Seterusnya PA memberikan skor yang sederhana terhadap pembangunan
sahsiah pelajar (3.49) dan rekod sistem ePelajar (3.21). Pengunaan ePelajar jarang
digunakan oleh PA di KKHL kerana menjadi keperluan untuk mendapatkan butiran
data pelajar tertentu seperti alamat atau no telefon waris. Untuk pembangunan
sahsiah, PA perlu membantu pelajar dalam membangunkan matlamat pendidikan
bermakna yang selaras dengan kepentingan peribadi, nilai dan kebolehan. Justeru,
ia adalah jelas bahawa penasihat akademik mempunyai pelbagai perspektif dan
pendekatan teori untuk memilih gaya penasihatannya dalam membangunkan
sahsiah pelajarnya (Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Said & Tee Tiam Chai, 2012). Bagi
Persepsi PA Terhadap Pelaksanaan SPA di KKHL pula, PA bersetuju dengan sistem
yang dipraktikan di KKHL setakat ini dengan berada pada tahap sederhana iaitu
3.11. Namun beberapa aspek perlu dipertingkatkan lagi dalam melestarikan PA
dalam pendidikan yang berkualiti untuk pelajar-pelajar kelas seliaan di KKHL.

CADANGAN
Hasil daripada perbincangan dan kesimpulan di atas, penyelidik
mengemukakan beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu pihak kolej bagi
meningkatkan mutu dan peranan PA di terhadap pelajar kelas seliaan di KKHL.
Berdasarkan hasil kajian ini, segala cadangan yang bersesuaian dengan pihak yang
terlibat adalah seperti berikut:
i.
ii.

iii.
iv.
v.
vi.

Taklimat awal diberikan kepada PA awal semester iaitu sebelum pendaftaran
pelajar baharu. Ia bertujuan penjelasan yang terperinci kepada mereka
mengenai tugasan PA dalam menguruskan kelas seliaan mereka
Pendekatan kepada pembangunan diri pelajar dengan memberi pengetahuan
kepada PA agar dapat memotivasikan pelajar seliaan dengan lebih efektif
serta berkesan sama ada dari segi akademik, sahsiah mahupun kerjaya
pelajar. Dengan adanya kemahiran motivasi, ia akan melahirkan hubungan
baik antara pelajar dan PA secara langsung menjadikan pelajar mampu
mengurangkan masalah personaliti
PA perlu mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar kelas selian dua
minggu sekali dan jam pertemuan dimasukkan dalam Jadual Kelas
Penyediaan Fail Sistem Penasihatan Akademik atau Manual Penasihat
Akademik untuk rujukan kepada PA bagi mengetahui peranan mereka
terhadap pelajar kelas seliaan
Pihak Jabatan perlu menyediakan fail individu kepada PA bagi yang
mengandungi mengandungi pelbagai borang dan maklumat pelajar dan perlu
dikemaskini setiap kali perjumpaan yang ditetapkan.
Mewujudkan group watsapp antara PA dan Unit Pengambilan untuk tujuan
pengurusan FPP dan rekod ePelajar yang teratur kerana pihak JPKK sentiasa
memantau dan menjalankan pemeriksaan mengejut ke kolej bagi melihat
kelengkapan dokumen dalam FPP dan sistem

RUJUKAN
Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof (2008). “Pengaruh Sistem Penasihatan
Akademik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar”. Universiti Teknologi Malaysia.
Che Haslina Abdullah,Zulkefli Mohamad, Siti Khalijah Majid & Saharani Rashid
(2005). “Persepsi Pelajar Terhadap Kredibiliti Pensyarah Pendidikan Islam: Satu
Kajian di UiTM Kampus Jengka, Pahang”. Universiti Teknologi Mara.
Edward Ngelai (2000). “Persepsi Pelajar Terhadap Kompetensi Pensyarah Dalam
Pengajaran: Satu Kajian di Universiti Malaysia Sarawak”. Universiti Malaysia
Sarawak.
Mohd Majid Konting (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhd Hasanul Isyraf (2010). “Kajian Keberkesanan Penasihatan Akademik Terhadap
Prestasi Akademik Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal: Satu tinjauan”.
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Norazwani Binti Abd Malek (2004). “Pandangan Pelajar Terhadap Kolej komuniti Kota
Tinggi dan Kolej Komuniti Segamat, Johor (2004).
Noriadah Abdul Karim, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, Tee Tiam Chia, Nguyen
Thuy Van, Ros Ilyani Rosdi, Mohd Rustam Mohd Rameli (2013). “Kepuasan Pelajar
Terhadap Penasihat Akademik.” 2nd International Seminar on Quality and Affordable
Education (ISQAE-2013).
Portal Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris.(2006). Konsep Penasihat Akademik.
26 Ogos 2014 di http://akademik.upsi.edu.my/info/index.php?
option=com_content&view=article&id=96&Itemid=263&lang=ms.
Prof Madya Dr Hamdan Bin Said, Tee Tiam Chai, Ros Ilyani Binti Rosdi, Norashuha
Tajuddin, Noriadah Abdul Karim, Hamdan Said (2012). “Peranan Penasihat
Akademik Dalam Melestarikan Pendidikan Berkualiti.”
Universiti Teknologi Mara (2011). “Manual Penasihat Akademik”. Bahagian Hal
Akademik UiTM.
Wiersma W (1995). “Research Methods in Education: An Introduction”. Boston : Allyn
an Bacon.