PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK

PENDEKATAN KE ATAS HUBUNGAN ETNIK
Dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan berhadapan dengan
konflik, beberapa cara akan digunakan sebagai penyelesaian:
1. Co-existence (tinggal bersama)
2. Ethnic cleansing (pembersihan etnik)
3. Assimilation [melting pot] (asimilasi)
4. Partition (perkelompokan)

RAS
-

Aspek warisan fizikal walaupun klasifikasi ini bukannya mudah

Amalan untuk membezakan di antara warisan fizikal dan budaya sudah diterima oleh
kebanyakan masy.
-

Akibat trasmigrasi dan globalisasi, sudah wujud proses percampuran ras

Seseorang individu merupakan ahli sesuatu ras bukan sekadar berdasarkan kepada
pilihan dan persetujuan sosial tetapi lebih kepada warna kulit yang memberi identifikasi diri

serta kesan layanan berasaskan kepada penampilan tersebut
Pada abad ke 16 dan awal abad ke17 Eropah, perkataan ras digunakan untuk generasi
(descendants) dari warisan (ancestor) yang sama iaitu perhubungan kinship (kekeluargaan)
daripada ciri-ciri fizikal seperti rambut atau warna kulit
Akhir abad ke-18, terminologi ras dirujuk kepada manusia yang dikategorikan dengan
ciri-ciri fizikal yang diwarisi dari nenek-moyang
Pada tahun 1600, Francois Bernier merupakan antara orang Eropah pertama untuk
membahagikan manusia di dalam beberapa kategori. Ini menyebabkan satu hirarki yang
membezakan manusia melalui penampilan fizikal diterima dengan orang kulit putih Eropah
berada di bahagian atas hierarki tersebut. Orang Afrika diletakkan di bahagian bawah kerana
warna orang Afrika dan dianggap sebagai hamba
Immanuel Kant pula menggunakan frasa Jerman untuk ‘races of mankind’ di dalam
tahun 1770an yang dilihat sebagai penggunaan eksplisit terma biologi untuk manusia

Van Der Berghe berpendapat ia mempunyai 4 maksud iaitu:
Ia digunakan untuk membezakan manusia berdasarkan kepada konsep biologi
Secara longgar ia dianggap sebagai species, seperti tumbuhan dan haiwan atas perbezaan
fizikal
Carl Von Linne dalam buku Systema Naturae melihat ras manusia dalam 4 kelompok iaitu:
1. Caucasoid (putih)

2. Negroid (Hitam)
3. American (Merah)
4. Mongoloid (Kuning)
ETNIK
- Ciri-ciri yang utama etnik boleh dilihat dari aspek budaya. Bahasa dan agama dilihat sebagai
elemen penting keatas pendefinisian etnik
- Perkataan ethnic datangnya dari perkataan Greek ethnos atau maksud asalnya ‘nation’. Ada
yang melihat penggunaan perkataan etnik adalah dirujuk kepada peringkat penghijrahan
besar-besaran dari selatan dan timur Eropah ke Amerika pada awal abad ke-20. Sejak 1930-an
dan 40-an, menganggap adalah wajar ia dirujuk kepada maksud asal Greek iaitu nationality.
- Van Den Berghe menganggap kumpulan etnik didefinisikan secara sosial tetapi berasaskan
kepada kriteria budaya.
- John Rex pula menyatakan bahawa etnik berbeza kerana kependudukan, peraturan mengenai
baka dan alam sekeliling yang berkaitrapat dengan perwatakan mereka.
- Penerangan seperti ini menunjukkan bahawa terdapat 2 perbezaan aspek etnik iaitu
i. ia bukan sesuatu yang tetap – berubah mengikut proses reaksi dan kehadiran pembaharuan
ii.satu faktor yang memberi faedah atau menolong ahli etnik tertentu
akibat dari kedua-dua di atas – jika bersatu, boleh memberi tekanan berlebihan terhadap nilai
kebudayaan


- Yang jelas, kategori budaya sesuatu kumpulan merupakan fokus ciri ethnik. Ini kerana
apabila suatu kumpulan wujud, maka akan hadir batasan tertentu dan apabila ada batasan
maka akan ada mekanisme tertentu untuk meneruskan kewujudan kumpulan tersebut.
- Memiliki identiti, perasaan bersama(kekitaan)
* Bagaimana mereka yang bertukar AGAMA
Bangsa
- Sering kita gunakan istilah BANGSA yang dirujuk kepada kelompok manusia yang
mempunyai asal-usul atau pertalian darah yang sama tetapi mereka yang tidak mempunyai
pertalian darah juga boleh menjadi sebangsa melalui perkahwinan atau pengambilan anak
angkat
- begitu juga dengan pembentukan bangsa Malaysia yang dirujuk bukan untuk menghilangkan
sifat komuniti etnik kerana masing-masing akan terus kekal dengan keETNIKkan mereka
tetapi ia akan mencerminkan peneguhan jati diri Malaysia yang tidak akan melemahkan
identiti etnik diri masing-masing
* MAMPUKAH
MALAYSIA

MALAYSIA

MEREALISASIKAN


PEMBENTUKAN

BANGSA

KONSEP ASAS- akomodasi
Akomodasi (Accommodation)
q Penyesuaian satu keadaan apabila kelompok berkonflik bersetuju menghentikan konflik
dengan
mengukuhkan interaksi
q Identiti boleh diteruskan atas dasar tolak-ansur; penerimaan ke atas perbezaan
q Antara cara untuk mengurangkan konflik
q Kebebasan menggunakan pelbagai bahasa, agama dan okepercayaan; kerangka
perlembagaan & parti gabungan
* BAGAIMANA DI MALAYSIA

SIDANG 3
TEORI (samb.)
RUMUSAN SIDANG 2:
i. Konsep:

a. Asimilasi
b. Diskriminasi
c. Etnosentrisme
d. Integrasi
e. Prejudis/Prasangka

ii. Teori
a. Double Consciousness Du Bois
b. Fungsionalisme

Teori Assimilasi – Melting pot Robert Ezra Park
- Membina perhubungan awal berdasarkan kepada fasa persaingan yang melibatkan pelbagai
populasi etnik bersaing untuk sumber yang terhad, misalnya peluang pekerjaan
- Begitu juga dengan fasa penyesuaian diri apabila golongan yang melakukan penghijrahan
dan masyarakat pribumi terpaksa berubah dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru

Terdapat beberapa jenis assimilasi iaitu:
i. Assmilasi Budaya melalui nilai, kepercayaan, ideologi, bahasa dan simbol budaya
dominan yang lain.
ii. Assmilasi Berstruktur misalnya etnik yang melakukan penghijrahan menjadi ahli

kumpulan utama di dalam etnik populasi dominan termasuklah ahli keluarga, kawan rapat dan
kumpulan di dalam sesuatu organisasi.
iii. Perkahwinan, peningkatan perkahwinan campur diantara individu yang berhijrah dan
kumpulan etnik dominan
iv. Identifikasi dimana individu bukan lagi melihat dirinya berbeza dan sebagaimana ahli
kumpulan dominan, melibatkan diri di dalam institusi utama masyarakat ini.
v. Assimilasi penerimaan sikap / tingkahlaku iaitu kekurangan sikap prejudis, stereotype dan
diskriminasi di kalangan kedua-duanya, kumpulan etnik dominan dan penghijrah.

Teori Masyarakat Majmuk
JS Furnivall dan MG Smith menampilkan teori ini dengan kajian ke atas masyarakat
majmuk di Asia Tenggara yang menampakkan hubungan rantaian manusia – Eropah, Cina,
India dan pelbagai kumpulan tempatan
“Mereka bergaul tetapi tidak bergabung”. Bertemu di pasar semasa membeli dan
menjual. Hidup sebelah menyebelah tetapi berasingan dalam unit politik yang sama.
-

Berdasar kajian di Burma dan Indonesia, kawasan Asia Tenggara umumnya

-


Konsep ini menumpu kepada masyarakat kolonial di kawasan tropikal

kuasa penjajah dan pengaruh kapitalisme Barat dimana berlaku perpecahan dan
konflik antara kumpulan2
Masyarakat majmuk wujud akibat dasar kolonial kerana penghijrahan penduduk
mengikut sistem ekonominya

Ciri-ciri Teori Furnivall
Dua atau lebih kumpulan ras atau etnik TINGGAL KAWASAN SAMA tetapi TIDAK
BERGAUL walaupun dalam unit politik yang sama ( MASYARAKAT MAJMUK TERDIRI

DARI KUMPULAN MANUSIA YANG HIDUP BERDAMPINGAN
BERASINGAN DALAM SATU UNIT POLITIK YANG SAMA)

TETAPI

Pemerintah dan yang diperintah (Ruler & Ruled) dari etnik berlainan dan tinggal
berasingan dan hanya satu etnik menguasai politik
Tidak ada kesedaran kebangsaan (TIAP-TIAP KUMPULAN MEMPUNYAI

AGAMA, KEBUDAYAAN, BAHASA, PEMIKIRAN DAN CARA HIDUP MASINGMASING)
Wujud konflik ekonomi dengan satu etnik menguasai ekonomi (SISTEM
PEMBAHAGIAN BURUH DALAM BIDANG EKONOMI BERASASKAN KEPADA RAS
DAN ETNIK DENGAN SETIAP ETNIK MEMPUNYAI FUNGSI BERLAINAN)
sahaja

Sebagai individu mereka bercampur tetapi hanya di pasar dalam urusan jual beli

Berkecenderungan memiliki konflik berterusan; kuasa luar akan cuba mengawal
kelompok ini

Hubungan etnik tanggungjawab siapa?
Siapakah yg bertanggungjawab ke atas proses penghayatan ke atas hubungan yg harmoi ini
Diri sendiri, pemimpin, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya, media, agensi kerajaan

Perlembagaan
Tanpa kontrak sosial, tidak mungkin wujudnya PERLEMBAGAN dan tanpa perlembagaan,
Malaysia tidak akan mencapai merdeka.

Perlembagaan:

document yg paling tinggi, mana2 undang-undang atau peraturan yang bertentangan dengan
perlembagaan dengan sendirinya akan terbatal/terhapus dng sendiri.
Ia merupakan asas penting yg telah membolehkn kita memahami hak kita sebagai warga
negara ini.

Bagi mencapai kemerdekaan, pihak british telah mengenakan syarat agar; ia itu perlu ada
kompromi dalam semua etnik dengan mengenepikan beberapa perbezaan dan hanya
mengutamakan perpaduan untuk mencapai kemerdekaan.
Lahirnya KONTRAK SOSIAL yg menjadi bahan induk utk memastikan hubungan etnik
sentiasa di landasan untuk hidup aman bersama.

Pengenalan
1. Sepanjang 54 tahun merdeka, hubungan etnik memberi kekuatan sebenar kepada Malaysia
untuk terus kekal stabil, hidup rukun dan pesat membangun
2. Siapakah yang bertanggungjawab ke atas proses penghayatan ke atas hubungan yang
harmoni ini
3. Rukunegara mekanisme untuk memantapkan hubungan antara etnik melalui semangat
patriotisme: cintakan negara, kesetiaan, ketaatan kepada negara; berbangga sebagai bangsa
Malaysia
4. Interaksi merdeka, patriotisme, hubungan etnik, kontrak Sosial,

Rukunegara

Erti Merdeka

1. Bebas dari belenggu penjajah negara: pendefinisian asas
2. Bagaimana dengan pengisian ke atas kemerdekaan
3. Pembangunan pesat dan tergolong dalam senarai negara pesat membangun
4. Warisan kepimpinan yang berwibawa
5. Nilai kompromi dan sifat kerjasama serta menerima perbezaan antara kaum

GENERASI BARU DAN 31 OGOS
Populasi Generasi Muda

perlembagaan,

76% [ 42% umur 15-39 tahun]
Benarkah generasi muda semangat patriotisme luntur?
v
Pelbagai tafsiran: tidak memahami sejarah; tidak terdedah perjuangan pejuang
kemerdekaan; tidak menilai

pencapaian negara melalui kemerdekaan
v Apakah generasi baru merasakan sudah berkorban sehingga mengandaikan pengorbanan
generasi merdeka tidak sehebat pengorbanan mereka?

Generasi Merdeka vs Pasca Merdeka?
v Semangat jati diri dan patriotisme .. Penjajahan Baru!

Asas KONTRAK SOSIAL
pihak british meminta wakil pemimpin pelbagai etnik untuk mendapatkan persetujuan
tentang isu-isu perkauman sebagai syarat untuk merdeka.
-

Kompromi 4 + 1
1. Hak istimewa bumiputra
2. Agama – agama islam menjadi agama rasmi dan lain2 agama turut dapat diamalkan
3. Bahasa - Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
4. Institusi raja-raja melayu

Kontrak sosial – merujuk kpd perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam
perlembagaan;

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri

daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini
sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain,
kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai
itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan
sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi
tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di
negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa
rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia

APA ITU KONTRAK SOSIAL?
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes
dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di
mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang
bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu
institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat
tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi
syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak. Sosial pula
boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu
bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang
(perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu,
perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop
perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini
sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain,
kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai
itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan
sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi
tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang
dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di
negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa
rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN
PERSEKUTUAN

KONTRAK

SOSIAL

MENURUT

PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk
di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan
sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap
kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).
Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:
“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang
bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada
bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu
tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak
istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan
menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan
kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi
menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”
Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen
penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal
mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam
menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.
Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat
perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh
Mohamed Suffian:
“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada
orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara
ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga
dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan
memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian
komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar
ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang
dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah.
Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik
dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal
yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan
keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

▪ KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka
diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu
merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting
bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap
sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri
masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk
menerima penasihat British.
Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja
diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep
demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal
negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada
identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza
dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara.
Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.
Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa
memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut
nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Baginda juga
adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur
utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.
Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak
seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak
keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan
dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap
peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka

untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah
tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu
ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja
Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu
dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan
kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang
Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana
mahkamah.
Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa
Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja
atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

1. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153
bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukanperuntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa
perlembagaan negeri.
Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga
syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut
adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii)
belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang
mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di
Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia
adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum
Merdeka.
Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang
menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah
klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas
nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan
dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain
kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan
Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk
orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingankepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang
Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga
untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negerinegeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong
mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu
negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan
yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong
mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan
perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu
dan Perkara ini.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90
yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia
ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan
Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan
pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga
dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan
layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan
untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di
tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi,
pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan
menjelang kemerdekaan.
Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan kepentingan
sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia
menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan
agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak
untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu,
hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
1. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting
kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang
Melayu) di Malaysia.
Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak
boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi
tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang
termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu
merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu
termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam,
yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan
bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan
oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi.
Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum
pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian,
menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan
pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah
setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat,
dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang
Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan
dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau
menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau

mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan
persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk
membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan
seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

4. BAHASA MELAYU
1. Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.
Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi
kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang
masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan
perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan
permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah
dapat diselesaikan:
“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka.
Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya
tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil
atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa
perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan
kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”
Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa
lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang
menyebut:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi
maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau
hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi
sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah
menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

TANGGUNGJAWAB SIAPA
1. Perlembagaan jelas meletakkan kedudukan kesemua etnik; mengapa persoalan hubungan
etnik masih terus subur dan seringkali diambil remeh oleh pihak tertentu. Siapakah yang
bertanggungjawab?
2. Generasi baru harus didedah kepada peri-pentingnya Kontrak Sosial
3. Generasi baru juga wajar memahami Perlembagaan, Rukunegara yang mengukuhkan
semangat patriotisme
4. Kekeliruan Kontrak Sosial mesti diperbetulkan walaupun bersifat lisan; tradisional; tidak
bertulis
5. Diri sendiri; pemimpin, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya, media, agensi kerajaan
bertanggungjawab
6. Proses tawar-menawar tidak datang dengan mudah: memerlukan pengorbanan dan
keyakinan
7. Prinsip asas negara tidak boleh dikompromi dan generasi baru perlu sedar kepentingannya
8. Isu soal hal istimewa orang Melayu, bahasa, agama, sistem pendidikan, budaya dan
institusi Raja-Raja tidak akan ditimbulkan jika sistem kenegaraan difahami
9. Generasi baru mesti memahami tanggungjawab kewarganegaraan kerana ia asas
patriotisme
10. Memahami Perlembagaan dan Kontrak Sosial akan menggambarkan kekuatan dirinya
untuk menjadi warga Malaysia yang setia, bangga dan mahu bersama dalam pertahankan
hubungan etnik ini

11. Perkongsian kuasa adalah asas kekuatannya
12. Memahami Perlembagaan dan Kontrak Sosial akan menggambarkan kekuatan dirinya
untuk menjadi warga Malaysia yang setia, bangga dan mahu bersama dalam pertahankan
hubungan etnik ini
13. Generasi muda perlu memiliki kedua-duanya, kekuatan dalaman dan luaran sebagai warga
Malaysia
14. Generasi baru perlu belajar menghargai pencapaian dan pengiktirafan ke atas tanahair
15. Jika merasakan ada ’kebebasan’ hari ini, persoalan dari mana datangnya ’kebebasan’ ini
mesti dijawab
16. Patriotisme: perasaan cinta dan setia pada negara penting
17. Tingkahlaku, perasaan dan kepercayaan membentuk identiti
18. Penghayatan mata pelajaran Sejarah
19. Guru-guru dan pengetahuan pelbagai budaya
20. Menggalakkan membaca mengenai adat-resam masyarakat pelbagai kaum
21. Peranan ibu bapa
22. Peranan Jabatan Penerangan dan media massa
23. Pemimpin harus menjadi teladan [ ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan komuniti,
personaliti popular] = ‘pemimpin contoh’ @ role model
24. Perbezaan pandangan, pendapat dan kepercayaan ditangani secara berhemah, bermoral
dan bermusyawarah
25. Fahami aspirasi pengorbanan dan perjuangan generasi kemerdekaan

1. Mempertahankan hak pelbagai etnik menjadi tanggungjawab bersama;
2. Kemuafakatan perlu dipraktiskan, fahami nilai perkongsian (tolak ansur, ukhwahdll.)
3. Perbezaan pendapat ditangani secara berhemah agar tidak timbul konflik
4. Membina hubungan etnik yang kukuh supaya dapat mempertahankan nya

5. Keluhuran perlembagaan memastikan kedaulatan negara terpelihara membina bangsa
yang makmur dan sejahtera.

Kesimpulan
1. Fahami aspirasi pengorbanan dan perjuangan generasi kemerdekaan
2. Kemuafakatan perlu dipraktis; fahami nilai perkongsian; tasamuh, ukhwah, fitrah kenalmengenal penting
3. Apa hasrat sebenar pejuang kemerdekaan tanahair; apa semangat patriotisme dan
nasionalisme mereka?
4. Adakah generasi merdeka perlu menyampaikan hasrat sebenar pejuang kemerdekaan yang
begitu jelas dalam kontrak sosial
5. Membina hubungan etnik yang kukuh memakan masa; mempertahankannya getir;
meruntuhkannya tidak akan memakan masa yang lama?
Ancaman kepada semangat patriotisme?

13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda
dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga
turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang
tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan
ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut
adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.
Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan
perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan
untuk bertindak sebagai badan pemerintah.
Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai
Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong,

MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari
1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan
Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari
jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi
mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum
dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua
golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.

MAGERAN -> Majlis Perundingan Negara =>Rukun negara

Kenapa 13 mei berlaku:
1. isu pecah & perintah
2. jurang ekonomi
3. bahasa dan budaya

Faktor penarik dan penolak dalam 13 mei

1. Soal perkauman tidak diselesaikan
- kerajaan lewat dalam usaha tingkatkan taraf ekonomi orang melayu,
- kecewa dengan kerajaan kerana tidak memenuhi aspirasi budaya & masayarakat Melayu
- Kontrak sosial menjadi bahan debat secara terbuka oleh PAP (setelah s’pore masuk
Malaysia)
- PAP hasut orang cina jangan sokong MCA dngan alasan MCA bersubahat dengan org
melayu & mengkianati org cina

2. Isu pilihan raya
- kehadiran DAP & Gerakan yang cuba tarik undi golongan bukan melayu.
- gerakan pula mengkritik hak istimewa org melayu dan dasar penggunaan bahasa di sekolah
- isu status bumiputra orang melayu
- orang-orang bukan terus menkan
- UMNO berhadapan dengan PAS yg menuduh UMNO menjual orang melayu
- Parti Buruh tidak ambil bahagian dalam pilihan raya tetapi sibuk menganjurkan demotrasi

3. Penyalahgunaan kebebasan bersuara / berkumpul

4. Mencabar sifat kemanusiaan
- orang melayu merasa tercabar & marah dengan peristiwa yang berlaku
- kabar angin yang buat masing2 tidak dapat kawal emosi (Melayu cina india)
- pelbagai perasaan menyelubungi mereka (benci, marah dll)
- apa saja yang dilihat ada kaitan dengan orang cina pastinya semua habis dimusnahkan,
dibakar dibunuh dll
- wujud kumpulan mencari orang cina dalam kampung (dibakar rumah & kedai)
- Orng cina jg tidak berdiam diri dan turut sama membunuh dan merosakkan harta benda
kaum melayu

Pengistiharan darurat (13 mei 1969)
- kerajaan melalui TAR mengumumkan darurat di Kuala Lumpur dan Selangor. (berada di
bawah undang2 darurat & parlimen dihentikan fungsinya)

- sebagai langkah berjaga-jaga pihak tentera turut dikerah untuk menjaga negeri penang, perak
& melaka.
- Ramai pemimpin menyalahkan pihak pembangkang kerana peristiwa tersebut, TAR
menyalahkan pembangkang dan komunis.

Fasca 13 Mei 1969
- MAGERAN ditubuhkan dan dibantu oleh Majlis gerakan negeri
- TAR kekal sebagai PM
strategi utama adalah - menyemak semula kontrak perlembagaan untuk bentuk syarat-syarat
kebudayaan dan program untuk membawa perubahan di dalam sektor ekonomi
- Majlis gerakan negara adalah berdasarkan kepada model majlis gerakan yang wujud
semwaktu darurat dari 1948 – 1960.
- ia ditubuhkan dengan kerjasama POLIS dan Anggota tentera
- makanisma baru diperkenalkan dengan menganjurkan dialog di kalangan pelbagai etnik dan
perpaduan
- pada masa yang sama satu formula dibuat untuk untuk satu dasar baru bagi mengurangkan
konflik dan untuk mengurangkan isu yang terjejas.
- dasar pendidikan melayu diperkenalkan: BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar
- dasar ekomoni dirangka dan diwartakan
- kerajaan telah mencadangkan satu siri pindaan ke atas perlembagaan dan ini termasuklah
untuk mengeluarkan isu-isu sensitif faripada dibincangkan di kahlayak ramai

RUKUN NEGARA
Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu
formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.

▪ Kepercayaan kepada Tuhan

▪ Kesetiaan kepada Raja dan Negara
▪ Keluhuran Perlembagaan
▪ Kedaulatan Undang-undang
▪ Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970
oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu
telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan
Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh
Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal
sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan
harmoni.
Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu
semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun
Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan
hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.
Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat
yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden.

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama
sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan

keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat
setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal
yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi
rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang

bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan
kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilainilai murni.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang
dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan
keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti
disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh
kerajaan

Matlamat RUKUN NEGARA

1. Utk mencapai matlamat yang kukuh
2. Memelihara kehidupan demokrasi
3. membentuk masyarakat yang adil dan sama
4. cara hidup libral dengan mengekalkan amalan tradidi
5. bina masyarakat progresif

Budaya Popular dalam Pembangunan Masyarakat dan Budaya Melayu

Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang
dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomena ini melanda
masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi.
Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan
pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju. Gelombang budaya
popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin
penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa
pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara
maju ke paras global.

Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Fenomena
budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden
kini. Peranan fenomena itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat
dinafikan. Oleh itu, fenomena ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi perlu diberikan
perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi perancangan
pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global.

Tulisan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan peranan budaya popular Melayu sebagai
suatu arus perkembangan budaya moden yang turut mempengaruhi masyarakat dan budaya
Melayu. Selain itu, tulisan ini turut menilai keberkesanan perkembangan budaya popular
dalam membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu, terutama nilai-nilai sosial.
Tulisan juga memberikan perhatian terhadap permasalahan pembinaan budaya kebangsaan
dan pembangunan sosial dalam pesatnya arus perkembangan budaya popular itu.

Konsep dan Pemikiran Fenomena Budaya Popular

Fenomena budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budaya
yang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudah
adalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama oleh
anggota-anggota masyarakat. Dalam konteks yang lebih khusus, konsep ‘budaya’ dalam
budaya popular itu merujuk kepada segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau
anggota-anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat
ekspresif dan simbolik.

Unsur-unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama, dan dengan ini
menyatakan penerimaan atau pengesahan masyarakat untuk dikongsi bersama. Majoriti
penduduk atau anggota-anggota masyarakat itu terdiri daripada golongan muda, termasuk
golongan remaja. Sesuatu unsur budaya itu selalunya merupakan fenomena popular di
kalangan golongan itu, dan ini selalu dirujuk sebagai budaya muda mudi. Biasanya pengusaha
budaya popular itu menumpukan sasaran penawaran bahan-bahan budaya itu kepada
golongan muda mudi itu. Walau bagaimanapun budaya popular berkembang dan tersebar
secara meluas meliputi semua golongan dan kelompok sosial, tidak terbatas di kalangan
kelompok itu. Konsep budaya popular tidak boleh dianggap membawa maksud yang sama
dengan budaya massa.

Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan melalui media
massa, seperti media cetak dan media elektronik. Tetapi budaya massa itu, yang tersebar
meluas melalui media popular turut diminati ramai dan menjadi sebahagian daripada budaya
popular. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi, peranan media massa itu amat
penting dalam membina fenomena budaya popular. Malahan, teknologi media massa itu
mendorongkan kepesatan perkembangan budaya popular.

Budaya popular sebagai fenomena budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan
dinamiknya budaya itu, dan seterusnya mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu
masyarakat itu. Terdapat anggapan sesetengah pihak yang memandang rendah dan
mengaitkan penyebaran bahan-bahan budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial
terutama di kalangan remaja. Selain itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya
popular dengan rendahnya penghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat.

Persoalan seperti itu akan diperkatakan dalam tulisan ini. Walau bagaimanapun, budaya
popular kini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden, yang mempengaruhi
semua golongan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Budaya popular itu tersebar luas,
merintasi kelas atau kelompok.

Perkembangan Budaya Popular

Kemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan dengan
pembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden
di Malaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh
pemerintah kolonial. Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan
fenomena budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga
sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi
memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomena budaya
popular. Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan
kemunculan budaya popular Melayu.
Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup
penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik
ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagi
mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza
daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur
budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu. Unsur-unsur budaya